Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 11:58:28 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh kembung : baby kembung - dah habis ikhtiar
syieda8977
Ahli Baru
1. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 9:55:01 mlm    [Edit]
Syieda nak minta tolong kawan2, kalau sapa2 ada cara nak hilangkan kembung perut baby. Baby syieda baru mencecah umur 36 hari. Yang menjadi masaalahnya baby kembung teruk, dah macam2 ubat sapu kat perut dia. Tuam perut pun dah buat. Dulu masa anak sulung pun sama, kembung teruk, tak tahan lah malam je dia menangis macam kena pukul. Dah macam2 cara syieda buat, tapi masih sama lagi. Tolonglah. Kot lah sapa2 ada petua. Ubat doktor pun tak jalan.



kasih abadai ASY

202.188.75.:-)

aloya
Ahli Setia
2. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 10:20:06 mlm    [Edit]
syieda pasti ke dia kembung ?

--------------
:P

60.48.104.:-)

bayanbiru
Ahli Baru
3. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 05:59:49 pagi    [Edit]
dah try gripe water ? khas utk baby kembung. boleh dpt kat farmasi. harga bwh RM10. minyak yu yee pun ok.

--------------
aksesori comei - 019-9963815 -- e-mail:iffah51@yahoo.com YM:iffah51

218.111.9.:-)

chubuck
Ahli Baru
4. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 08:29:14 pagi    [Edit]
askum...

cuba letak minyak telon...kalau tak jalan minyak yu yee lagik elok..tp takut panas sgt ler kat baby...lepas dah letak tu.....tiarap kan baby awak..biar dia tidur meniarap...

hmm betul ker sebab kembung...??? try ler ikhtiar yg lain....baca quran ker..etc...agaknya awak mium benda2 yg angin kot or air tak masak....lepas tu breastfeed , tu yg baby pun effect

170.38.107.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 10:23:56 pagi    [Edit]
Try ambil halba yg bijian color kuning tu..Selalu ada jual kat kedai runcit terutama kedai mamak..

Buat punjut mcm sup bunjut tu, layurkan atas api sampai agak suam-suam kuku then tekat kat perut baby...Nak lagi bagus, sapu minyak dulu lepas tu baru tekapkan bunjut halba tu..Insya allah, baby akan buang angin..Ulang sampai baby rasa selesa. ( Anak saya dulu kembung mcm nilah alhamdulillah berhasil dgn bunjut halba ni)

Lagi satu kena tengok juga susu yg baby minum..Kalau minum susu ibu pastikan si ibu tak mkn makanan yg berangin, berlemak..kalau minum susu formula cuba try tukar jenama lain..Tengok serasi tak dgn baby..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.219.:-)

kamahar
Ahli Baru
6. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 10:27:34 pagi    [Edit]
try minyak yu yet cap limau....insyaallah.....

219.93.8.:-)

euza
Ahli Baru
7. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 11:34:20 pagi    [Edit]
anak euza pun dulu sepanjang waktu pantang selalu sangat kembung. mcm2 cara & petua euza guna. siap pergi berurut, jumpa doktor bg ubat tp semua tak jalan. sampai umurnya 4 bulan baru slowly kembung tu tak de. emak euza cakap mmg ssesetengah budak mmg mcm tu...

seingat euza, mmg dah tak boleh buat ape dah... tp cuba ajelah cara2 mana & petua yg orang bagi. mungkin salah satu mujarab utk baby.

sampai baby umur 4 bulan, lepas dia dah start makan baru baby euza ok.. hmm mungkin dulu tu lapar kot.. tak tahulah nak cakap sampai sekrg tak terjawab semua persoalan kenapa baby kembung seppanjang masa. walau dah cuba semua petua tak jalan juga. mungkin pembawakan baby mcm tu...

lain baby, lain caranya...

--------------
Public Mutual Unit Trust.. 013-2096008 website: www.geocities.com/iam_euza/

202.228.229.:-)

cikciti
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 1:43:24 tghari    [Edit]
syida...
dulu anak saya pun gitu jugak...pas tu ada member suggest beli colic drop, campur dlm susu...lepas buat gitu, tak pernah dah kembung perut...boleh beli kat farmasi dlm rm15 je...make sure beli utk infant .

202.184.211.:-)

noghoy
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 2:34:24 ptg    [Edit]
syieda77

Amik bawang kecik,tumbuk skit hingga keluar air bwg tu..dan sapukan pd pusat baby..sblm tu selawat la 3 kali..terus sapu je..Itu ubat yg paling mujarab sekali bg bayi yg kembung perut....cuba lah...

--------------
Akojaya Discount 5%,Halle Nano 0192711525/ainulsyaira@hotmail.com

202.144.205.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 3:49:30 ptg    [Edit]
quote:
colic drop

..pernah berkesan ngan baby adik suatu masa dulu yang kerap kembung malam even dah cecah 2er's.. but kena amik preskripsi dari doktor dulu..

..kembung baby nie mungkin sebab ketidak serasian pemakanan, jenis susu, ibu yang mengamalkan jamu, cuaca persekitaran, temperature air dan air minuman yang kotor, tahap imune badan yang kurang dll..

--------------
~:terbang tinggi:~

161.142.112.:-)

cikciti
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 5:25:04 ptg    [Edit]
quote:
but kena amik preskripsi dari doktor dulu..


tak payah ambik preskripsi...dia dlm kotak warna hijau ada gambar baby.actually bb selalu kembung ni sbb kita goncang susu dlm botol tu kuat2 sgt sampai berbuih2, tu yg angin satu badan tu. lain kali kacau susu tu dgn sudu je tak yah goncang2

* Mesej ini telah disunting oleh cikciti pada 24hb Februari 2005, 5:26:22 ptg

202.184.211.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
12. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 12:11:18 tghari    [Edit]
nak tanya syieda skit?? awk BF lg ke?? kalo dah start bg milk powder..make sure puting tu masuk betul3 dlm mulut baby jgn bg longgar sampai blh masuk angin, ini blh membuatkan baby kembung..lg satu lepas minum susu tu kena burpkan dia...

minyak pulak..selain minyak yu yi minyak telon pun ok gak..anak aton ada sekali dua jer kembung..pastu alhamdulilah..takder..cubaler try petua2 nie..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

sitislam
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 12:29:22 tghari    [Edit]



pada pendapat sitislam minyak yu yi nak bagus juga sebab sejak sitislam guna minyak yu yi nih, anak sitislam jarang kena kembung. kalau terkena kembung, sitislam sapu kat perut, belakang, dan kat pelipat kaki, tak sampai 1/2 jam dah o.k

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

mamanabil
Ahli Setia
14. Dihantar pada 03hb Mac 2005, 11:12:49 pagi    [Edit]
cara tradisional ada satu kakak office mamanabil ajar kalau baby kembung ambil daun sirih layurkan kat api biar suam-2 kuku then letak kat perut baby.. insyaallah dia akan stop nangis & elok...

203.115.226.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005