Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 23hb Dzulkaedah 1435 @ 18hb September 2014, 5:38:23 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh PARENTING: : TANDA2 ANAK HYPERAKTIF
Liz_Dee
Ahli Interaktif
1. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 1:45:02 tghari    [Edit]
Assalamualaikumm..

Anak liz ni liz tgk mcm aktif sangat lah. Dia tu tidur jer boleh diam, pantang celik mata ... tak penat2 sampai liz dgn husband gurau2 panggil dia ' budak power root tongkat ali" sbb dia terlampau lasak dan tak penat2 bila main2..

Liz jarang makan di luar kadang2 susah sgt nak bawak dia, sbb dia dah la tak takut orang, silap2 org yang tak kenal bawak jalan pun dia tak kisah.. Sbb dah byk kali terjadi..

Siap boleh lambai2 liz bye bye then pegang tangan org lain terus nak ikut balik.. Ini terjadi pd sedara.. Kalau org asing camne.. ??
Ada tak tanda2 hyperaktif.. atau mmg ini normal ke?
Liz risau la.. Sbb ramai dah kata, " anak kau liz, satu mcm 5 org.. "

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 2:11:43 ptg    [Edit]
Hai Liz....

Apakah tanda-tanda Hyperaktif

Kanak-kanak hyperaktif haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :-

1. Hiperaktiviti

Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk

Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok

Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap

Selalu banyak bercakap

Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”

2. Tempoh tumpuan yang singkat

Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain

Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas

Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)

Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

3. Tingkah laku impulsif

Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.

Bolehkah gangguan lain mengiringi Hyperaktif?

Hyperaktif sukar hendak didiagnosa kerana Hyperaktif kerap disertai dengan masalah-masalah lain.

Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.

Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik.

Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.

Masalah Hyperaktif :

Masalah sos i a l . Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.

Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai Hyperaktif?

Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain

Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis “petit mal”

Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali

Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan

Menghadapi masalah di rumah

Punca Hyperaktif

Tiada siapa tahu apakah punca Hyperaktif. Punca Hyperaktif tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti Hyperaktif bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Menonton televisyen

Alah pada makanan

Gula yang berlebihan

Keadaan hidup yang miskin

Sekolah bertaraf rendah

Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca Hyperaktif. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

Diagnosis dan rawatan Hyperaktif

Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk Hyperaktif. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.

Kerapakali rawatan berkesan untuk Hyperaktif melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sos i a l dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami Hyperaktif memerlukan rawatan.

Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat Hyperaktif, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak Hyperaktif menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.

Ubat stimulan yang utama untuk merawat Hyperaktif adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.

Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat Hyperaktif. Rawatan untuk Hyperaktif perlu diselitkan dengan program psikologi, sos i a l dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

Bolehkah Hyperaktif sembuh?

Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak Hyperaktif akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak.

Walaupun sebahagian kanak-kanak Hyperaktif akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa

* Anak saya pun hyperaktif jugak....

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
3. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 2:16:23 ptg    [Edit]
hmm.. tapi tanda2 ni byk kpd budak yang dah besar dan bersekolah.. Anak liz tak sekolah lagi. Baru 2 tahun.. Tapi ya allah.. tanggal kain saya jadiknya..

kalau makan kat kedai tu.. dia boleh ronda2 dan duduk sekali dgn pelanggan lain yg sedang makan... Kerusi tu rasanya jadik haus dia heret sana sini.. ishhh tu yg kadang2 kena tinggal bola saya jalan.. Tapi bila tinggalkan kesian pulak..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 2:28:08 ptg    [Edit]
Lerr Liz...

Anak saya 2 1/2 tahun. Rasanya sama mcm anak Liz. Anak saya lagi pulak. Suka baling dan campak barang. Suka menjerit2 kalau ada benda yg dia tak dpt. Kalau dia nak susu, jam2 tuh jugak dia nak. Kalau tak menjeritnyer satu taman tuh boleh dengar. Pernah sekali abah dia jadi pekak telinga sebelah disebabkan jeritan dia.

Saya pernah terbaca dlm magazine Mingguan Wanita kalau tak silap saya. Dia kata dlm tuh, utk menangani anak yg hyperaktif nie, disarankan supaya jgn ikut sangat kehendak bebudak nie. Biar dia orang tahu yg mana boleh dan yg mana tidak. Saya ada amalkan dan sekarang nie ada kurang sikit.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 3:02:21 ptg    [Edit]
Ya.. anak liz suka jugak baling barang.. Botol susu dibalingnya jika tak dpt apa2.. kalau pergi kedai, liz akan ikut jalan jauh supaya elakkan dr lalu kat tmn mainan tu.. Kalau tak.. abis kasut dia dibaling satu tmn dgr dia jerit..
Kalau ada customer dtg rumah beli perfume dan brg2.. dia nak ikut balik walau tak kenal org tu.. Dia akan gegarkan pintu grill rumah tu.. bising betulla time tu.. jiran pun dah kenal dah peel dia.. anak liz pompuan.. anak awak lelaki ke?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 3:29:01 ptg    [Edit]
Liz..anak saya lelaki. Mcm awak jugak laa tapi anak saya tak suka gie playground. Dia pantang nampak ToyCity. Sbb tuh kalau dah tau tempat tuh ada ToyCity, kita orang akan pusing jauh2. Asal nampak aje nak beli kereta. Kat tempat tuh kereta mahal2. Kalau selalu camnie, boleh jatuh bangkrap. Tapi satu aje yg dia boleh dok diam. Kalau gie rumah orang, dia dok diam aje. Dia tak melompat sana sini...jerit sana sini mcm kat rumah. Bak orang Kelantan kata...berjurus aje.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
7. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 4:11:48 ptg    [Edit]
Bini orang, nampaknya anak kita jer hyper kat sini..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 4:19:41 ptg    [Edit]
Tuu lerr...Anak orang lain normal kot. Anak kita jer yg hyper. Orang tua2 kata kalau anak yg hyper nie, anak yg pandai. Mintak2 betullah apa yg orang tua2 kata. Pasal apa kalau ikut logiknyer mcm betul. Sbb bebudak yg hyper nie, dia orang suka nak mengetahui. Jadi otak dia orang tuh ligat. Seminit pun tak boleh duduk diam. Suka nak observe benda2 di sekeliling dia orang. Bagus jugak budak hyper mcm nie...

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

migoreng
Ahli Baru
9. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 4:27:55 ptg    [Edit]
asm,
hmmm...anak saya pon boleh dikatakan hyper jugak..tapi takla sampai pi hospital...sbbnya bila tengok kriteria2 anak2 hyper ni... kadang2 dia ok...nak kata takde konsentrasi..kalau tengok CD yg dia suka tu boleh melekat 2-3 jam... bab mengingat pun alhamdullillah OK..skg dia dia baru 3 thn lebih tapi dah kenal ABC..dan pandai baca doa2 mudak..pandai mennyanyi...cuma kekadang yg tak tahan esp pi bwk shopping ke window shopping ke..dia berlari sana sini...org larang mmg tak dengar dah...ada sekali dia dia gi tekan button berenti kat escalator..nasib baik tak jatuh org2 kat atas tangga tu... ada masanya mmg naik darah dibuatnya..esp time balik keje dia buat perangai...adusss...pening kepala... betul kata org..anak sorang cam 5 org

202.185.107.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
10. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 4:40:24 ptg    [Edit]
Liz selalu tanya husband, bang.. anak org lain ada mcm kita ke? Bang, budak2 mcm ni ke perangai diorang? (sbb liz takde adik beradik so takde experience)

Jadik.. husband kata, memang sama mcm budak2 lain tapi anak kita ni ada extra2 sikit..

Apapun aktif dia, biarlah yg berguna.. taknak harap jer aktif tapi malas sekolah..



migoreng, anak liz pun sama.. Pernah sekali bwk dia jalan SOGO.. dia ilang.. berderau darah liz.. rupa2nya sembunyi celah baju.. main cak cak dgn SA... Ya allah..tobat!! sapa2 yg pernah dtg rumah liz tau la dia camne..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 01:08:04 pagi    [Edit]
beli rotan satu.................

60.48.180.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
12. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 09:59:29 pagi    [Edit]
Rotan ... dah ada dah.. tapi jarang guna sbb tak sampai hati nak pukul..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

putraselatan
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:05:43 pagi    [Edit]
Assalamualaikum w.b.t

Kak Liz

Ada tak akak beri dia makan atau minum berasaskan coklat?..


--------------
-| Suami Fazzlin | Ayah kepada Muhammad Amar Iskandar |-

202.190.116.:-)

migoreng
Ahli Baru
14. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:08:40 pagi    [Edit]
hmmm... rotan dah ada... cuma rasanya dia naik tak takut dah..sbb sikit2 kalau buat nakal ibu kata nak rotan...tapi tak rotan2 pun...gertak aje lebih...nak rotan betul2 tak sampai hati...bebudak ni apa lah yg dia tau... kalau rotan pun buat sakit dia je... tapi kekadang tu terpiat jugak telinga dia..tercubit jugak peha dia tu...then lepas tu rasa bersalah pulak... mulala ibu dia ni yg sedih..pi carik ubat letakkan kat tempat kene cubit tu..hmmm...anak oh anak..

202.185.107.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
15. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:31:38 pagi    [Edit]
Liz selalu marah tapi papa dia akan pukul. Liz tak sampai ati.. So dgn papa dia dia takut sikit.. Sikit je la..

Putraselatan, liz ada bagi.. tapi jarang, dan liz tau coklat boleh buat dia lagi aktif..

Yang liz lawak tu.. bila liz ambil rotan, dia dan dan terus ckp " mama nak tidor.. tak pun ' mama, nak minum..." mcm nak alih tajuk je.. hehehe

* Mesej ini telah disunting oleh Liz_Dee pada 22hb Februari 2005, 10:33:42 pagi

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:34:49 pagi    [Edit]
Menagajar anak bukan dgn cara merotan. Cara rotan nie cara orang dolu2. Orang sekarang nie bukan rotan sbb kalau rotan alamat kena dakwa dera anak. Cara yg saya gunakan....Marah anak dgn suara lembut tapi tegas dan pada masa yg sama pandang mata anak (niat dlm hati biar anak dengar cakap mak bapak). InsyaAllah anak akan ikut cakap. Kalau ikut Ustazah Bahyah Mahmod cakap, hanya dgn satu jari telunjuk boleh mendidik anak jadi orang yg sempurna. Saya pernah praktikkan. Alhamdulillah menjadi.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

yatideen
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:36:47 pagi    [Edit]


anak kedua saya masa kecil dulu aktif juga... pernah sekali masa naik bas KL-JB, dia dok jalan ke depan ke belakang sorang2.. tak tau takut dgn orang..masa tu umur dia baru 3 tahun lebih. kalau pergi ke supermarket, saya selalu elakkan dari melalui tempat yang jual barang2 permainan. mana tidaknya, kalau dia dah berkenan dgn sesuatu barang tu..selagi tak dapat, selagi tu ler..dia dok melalak sepanjang jalan. kalau pergi tempat baju pulak, suka main nyorok2... di rumah pulak, selagi ada barang yang boleh ditanggalkan...itu la kerja dia..basikal, kereta mainan..habis semua ditanggalkan....rumah saya dah jadi macam bengkel. habis bunga2 perhiasan pun ditanggalkan...kadang2 malu jugak bila ada orang tiba2 datang ke rumah..

masa di sekolah rendah pulak, saya sering terima aduan dari guru2nya.. jarang menumpukan perhatian pada pelajaran.. suka mengacau kawan2,... jarang nak duduk tetap di tempat sendiri. di luar waktu sekolah pulak..jarang lekat kat rumah..asyik merayau berbasikal ke sana sini (aduan dan pemerhatian dari jiran kerana saya bekerja..)

tapi bila naik ke sekolah menengah...telah berlaku satu perubahan yang drastik.... tiba2 ajer dia jadi "ulat buku" dan dia sentiasa berada di kalangan "top ten" di sekolah.. sentiasa ada semangat untuk bersaing dalam pelajaran.. hingga saya pula yang jadi takut...sampai ke satu tahap..saya melarangnya dari membaca buku ketika peperiksaaan PMR kian hampir...saya suruh dia rehatkan otaknya. Alhamdulillah.. dia dapat 9a.

bukanlah saya nak bermegah dgn pencapaian anak saya cuma saya nak ingatkan bagi ibu2 yang ada anak2 yang aktif ni.. jangan sekali2 melarang atau merotan anak2 yang begini... anak2 yang begini sebenarnya mempunyai daya keinginan yang tinggi terhadap benda2 di sekelingnya...sentiasa ada perasaan ingin tahu..jika dia melakukan perkara yang di luar batasan... nasihatilah dengan cara baik..terangkan mengapa ini tidak boleh dan kenapa itu tidak boleh... sehingga dia puas hati....

dan anak2 begini sering mencabar kesabaran ibu dan ayahnya. didiklah dengan penuh perhatian dan kasih sayang..insyaAlah akan membuahkan hasil yang baik...

* Mesej ini telah disunting oleh yatideen pada 22hb Februari 2005, 11:05:55 pagi

--------------
- bye -

219.95.194.:-)

Farzana
Ahli Setia
18. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 11:59:31 pagi    [Edit]

psssttttt!!!! nak tanyalah....kalau budak dia sering saja kepoh gan ibubapa dia dan jadi pendiam gan orang lain kira hyper tak? coz kite pernah dengar budak jenis hyper ni tak suka bergaul gan orang dan hanya suka dunia dia je........itu yang risau tu...kalau orang tanya tersengih aja tak nak jawab padahal dia dah pandai cakap dan kalau gan aku atau gan ayah dia punyalah becok........

kalau tang perangai dia....korang tau mungkin anak-anak korang tak seteruk anak aku...kalau makan tu dia siap duduk atas meja tak kira kat mana pun naik malu aku dibuatnya pas tu suka nyanyi kuat-kuat sampai orang yang duduk tengah makan tu semuanya toleh kat anak aku......tapi walau macamana pun yang paling dia takut KUCING........ha...kalau kucing lalu ke terus senyap sunyi......

202.95.80.:-)

Sarzanaj04
Ahli Baru
19. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 12:40:44 tghari    [Edit]
liz dee & bini org

Tingkah laku anak2 u all lebih kurang sama dgn my son 2 1/2 thn cuma dia takut dgn org tak kenal..Umur 10 bln dia dah boleh jln & 1 thn siap berjahit kat dahi sebab terlanggar sofa kayu lagi.......... gigi depan patah sebab jatuh basikal dia.........mulut kurang bercakap tapi..tangan dan kaki ligat.....utk senyap hanya waktu tidur........kalu demam sikit2 tu .......kalu bawa klinik doc selalu kata ..betul ke demam ni........aktif..

my first -kakak dia dulu tak gitu.......yg ni kami penat habis........waktu saya mengandungkan dia dulu I makan salindah.........otak nampak cergas......kalu kereta mainan tu dia akan pomen dulu,keluarkan skru, tayar......then pasang balik,kalu salah pasang .......dia campak.........tanda marah.......saya & hubby pernah denda dia......marah.....cakap baik2 la.........macam tu jugak........kalu dia nak bancuh or main tin susu dia......dia make sure dulu kitaorg tak de ataupun dia intai maid dulu..siap tolak maid kedepan sebab dia ada project kat dapur........gelihati ada......sakit hati pun ada.......anyway Alhamdullilah.......anak itu gambaran kita waktu kecil.....

202.188.127.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 1:53:02 tghari    [Edit]
Sarzanaj04...

Kekadang gelihati jugak ngan anak yg hyperaktif nie. Kekadang tuh geram jugak ngan dia orang. Walau apapun dia orang laa buah hati pengarang jantung kita mak bapak nie.

Anak saya pun sama. Kalau dia tak dpt betulkan apa yg dia nak, dia akan campak barang tuh. Kecik2 lagi dah nampak baran dia. Dan paling saya kagum ngan anak saya sorang nie, dia boleh kenal semua jenis kereta tak kira laa atas jalan atau dlm majalah Motor Trader. Tanya laa dia kereta jenis apa dan dia boleh cakap. Jawapan dia selalu betul. Kalau Toyota, dia boleh kenal semua jenis Toyota dr yg latest punyer sampai yg old version. Sama jugak dgn Honda. Siap cakap Honda Getz lagi. Saya sendiri tak kenal jenis2 kereta. Kalau ada road show kereta, dia paling suka pegi. Siap suruh bukak pintu sbb dia nak tengok camne stearing, gear, accessories. Lepas tuh salesman tuh yg explain kat dia. Bukan kat mak bapak dia. Itulah anak saya yg baru jer 2 1/2 thn.

*Teringat dulu kat dlm Majalah 3, pernah keluar issue pasal budak umur 4thn (tak silap saya laa) yg boleh kenal semua jenis kereta.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
21. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 1:59:43 tghari    [Edit]
Hopefully mcm tu la.. Pandai belajar..
Tapi dia cepat jemu bila kita ajar dia membaca.. Sekejap sgt.... lepas tu dia duduk atas buku tu buat kuda.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 2:27:51 ptg    [Edit]
Liz...

quote:
Sekejap sgt.... lepas tu dia duduk atas buku tu buat kuda.


Camne tuh????.....

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 26hb Februari 2005, 02:58:46 pagi    [Edit]
tak sangka...ramai gak geng sha.ada anak hyperaktif...memang memenatkan...kadang2 rasa malu bila dia buat peel kat tempat orang ramai.mcm tadi.pegi giant.buat perangai.dia pegi tolak troli brg laju2.bila sha amik,melalak meraung le dia..sha dgn hubby buat 'pekak telinga ' jer...pura2 tinggalkan dia.takut juga dia..last2 senyap.

penat kan kak liz dan bini orang bila anak buat peel ???nak wat camne.apa-apa pun dia tetap anak kita...

pasal bagi air coklat,memang sha campur susu dia dgn milo.kalau tak buat camtu,langsung dia tak mau minum.lagipun milo tu tak le banyak cam kita minum.sikit je..kasi kaler kecoklatan sikit doktor pun ada cakap.takpe kasi susu+milo.asalkan susu tu lebih.janji dia nak minum susu.....

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

219.92.122.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
24. Dihantar pada 28hb Februari 2005, 11:56:03 pagi    [Edit]
Ye mmg... kengkadang malu. sbb takut nanti org kata kita tak ajar anak.
Tu pasal kalau nak keluar mana2 mmg payah.

Pernah sekali pergi kenduri rumah jiran... Dia punya mengamukk dan jalan sana sini kacau org.. .. ya allah.. tak sempat makan atau baca doa.. liz terpaksa patah balik.. Org semua tanya knp. Liz ckp nak antar anak balik dulu, nanti liz dtg balik.
Bila balik rumah, husb ckp "tu la org dah ckp suruh tinggal dgn dia.. tapi liz nak bawak jugak"..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

x_eti007
Ahli Setia
25. Dihantar pada 01hb Mac 2005, 01:32:57 pagi    [Edit]
ermm..rasanya anak saya pun macam tu jugak...bangun pagi kul 10pagi pastu terus tak tido sampaila kul 2, 3 pagi..sampai nak letih saya dibuatnya..kalau dia tido tgh hari pun dia tido dlm 5,10 minit pastu jaga terus jerk main...punyalah nakal..kalau kata jangan dia buat tak tahu jerkk..kalau marah slow2 pun dia buat tak tahu...kalau ayah dia marah terus dia buat muka merajuk..nak nangis..ayah dia garang skit ,pastu ligat balik semula main...kalau pegi supermarket takleh lalu kedai mainan kang menjerit2 "nak" "nak" tapi takdela sampai ngamok2, asben mesti akan belikan dia sebiji kete walaupun yang kecik. balik umah semuanya dia pomen..kete dia dah berpuluh biji semuanya dah tercabut tayar..tercabut body..semua hancur berkecai...nenek dia belikan kete kontrol 1 hari dah tercabut anttena remote control tuu..nenek dia kata mainan yang bagi kat dia semuanya mainan satu hari... .

Tapi dia kalau pegi umah org dia takde la ligat mcm kat umah sendiri sebab dia tahu itu bukan umah dia..setiap kali pegi umah org lain dia mesti tunduk malu jerkk..pastu takmo duduk atas kerusi pun nak duduk atas riba kita jerk..kalau makan pun malu2..tunduk jerk sampai tak terkunyah makanan...ekekeke. Itulah karenah anak2..nih baru sorang blom masuk 2 lagi..kalau dah 2 mau terpengsan...ekeke

219.95.168.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
26. Dihantar pada 02hb Mac 2005, 6:35:28 ptg    [Edit]
quote:
Marah anak dgn suara lembut tapi tegas dan pada masa yg sama pandang mata anak (niat dlm hati biar anak dengar cakap mak bapak). InsyaAllah anak akan ikut cakap.


my auty wat camnie jugak..patutler..aku pun naik heran gak asal minah ni dok jegel2 bijik mata dia kat anak..upernyer salah satu psikokogi didik anak..hehehehehe tp tak jalan jugakler..anak dia samajer...

anak aton baru 9 bln..nak kata hyperaktif rasa idakler..cuma aktifjer..yallah buas kata org tua..bukan apa dah terlebih manja kot..kita org ikutjer..apanak bg..mulerler bila takdpt nangis..mula2 tak pasan gak..lelama takleh jadik..aton biorkanjer..diam sendiriler..kat nursery pun org tu ckp sama..kalo blh nak pay tension kat diajer..jgn layan orglain..maklumler kat umah manja..ngan aton & nenek pun sama..cucu sulungler katakan..apa nak semua dpt..tu yg ngada2tu..skrang pael suka campak barang..ishh tension kekdg..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

x_eti007
Ahli Setia
27. Dihantar pada 04hb Mac 2005, 5:41:59 ptg    [Edit]
semalam pegi tgk ayah mentua kat hospital...anak saya nih kalau dah nampak atuk dia mulalah suruh dukung jerkk...kalau atuk dia taknak dukung dia merajuk...itulaa..atuk ngan nenek dia selalu sangat manjakan dia..disebabkan dia kaco atuk dia...pastu saya bawa dia pegi kat children center...punyalah dia suka duduk kat situ almaklumla ramai kawan, bebudak lain duduk diam jerk tgk tv dia tak..duduk tak diam asyik nak kaco anak org..abis semua anak org lari bila tgk dia..lepas tuu dah tak larat ngan karenah dia bawa turun kat wad semula..mulalah dia kalau dah nampak atuk dia nak suruh dukung, atuk dia manaleh dukung sebab tangan dah penuh wayar...ngamok2 suh atuk dia dukung..last2 ayah dia bawa dia pegi kat children center lagi sekali, kasi dia main puas2 kat situ panjat segala yang dia nak panjat...lepas tu terus jerk balik dah tak larat dahh..tak sempat nak antar ayah mentua masuk operation room...

219.95.168.:-)

nurvidaryna
Ahli Baru
28. Dihantar pada 04hb Mac 2005, 10:25:37 mlm    [Edit]
pengalaman saya menjaga anak buah adalah sorang nie aktif sangat.masa mula umur satu tahun tak tahu macam mana dia boleh jatuh dalam kolam renang panik semua orang rupanya pengsan.sampai kakak saya kata malu nak bawa keluar.jadi dia jadi mangsa duduk rumah.cerita pada doktor .doktor kata NORMAL namapun budak .jadi dia suruh kurangkan makanan bergula atau content gula .macam makan gula-gula, pisang ....kalau nak bagi boleh tapi kurangkan.alhamdullillah jadi.sekarang dia kurang aktif boleh tahan la.tangan dia pun dah diam.

219.95.47.:-)

Melayu04
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 04hb Mac 2005, 10:39:40 mlm    [Edit]
tension melayan anak mcm ni.................kita ada sorang............tak tau la hyper ke tak..............tapi bila dtg sheikh dia............selalunya 5/6 kali sehari dia akan mengamuk dan menendang................pijak adik dia.....gigit dan menjerit...............kami dah tahu bila sheikh dia mai...............kami buat dek jer............lepas tu dia diam dan kekadang terus tido..............umur pun baru 2 1/5 tahun...............kekadang kita tengah tido dia hempas dgn basikal atau senapang dia atas kepala............dah berbenjol kepala ni............................

--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......

218.111.68.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
30. Dihantar pada 04hb Mac 2005, 11:02:47 mlm    [Edit]
Melayu04

Ini kes betul ke.....?

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.24.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 05hb Mac 2005, 01:03:17 pagi    [Edit]
mama....citer melayu04 ni menggerunkan la...ada ke anak dia ganas camtu?pedaah je tu...

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

61.6.58.:-)

suzismi
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 05hb Mac 2005, 02:01:51 pagi    [Edit]
org kata anak2 hyper ni bijak...
anak su dulu mcm tu juga..
tapi bila dah sekolah ni kurang sikit...

--------------
Salindah/Examo/Revell/Cosway/DCL/mawar9774@yahoo.com/sms~0127526483

203.106.196.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005