|
||||||
| Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib | 12hb Rejab 1434 @ 22hb Mei 2013, 03:22:24 pagi |
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Sembang² » Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan | |
| (Pengendali : boboiz, piqah) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru |
| Dihantar oleh | ANGIN : Selesaikanlah masalahku...sakittt..... |
|
eidadara Ahli Aktif |
1. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 10:45:16 mlm [Edit]
Eida ada masalah. Dalam diri eida terlalu banyak angin (disamping naik angin). Pantang makan lambat skit, pantang makan benda berangin...satu malam tak boleh tido. Tak berhenti2 sendawa. Kadang2 lenguh sana sini sbb angin..kalah org tua. Nak diet pun susah...asik kena makan jer. Doktor kata eida byk angin. Masa tu eida doktor scan check rahim, doktor susah nak detect sbb diselubungi angin. Bidan mengurut pun heran , badan keras dgn angin. 1)So, kawan2...tolonglah beri panduan atau cadangan utk hilangkan angin. Setakat makan jamu...jap je lega...pastu jadi balik. 2) Apakah punca angin? Kenapa org lain ok jer...eida jugak yg teruk? 3) Apakah makanan yg angin? Terima kasih krn sudi membaca dan membantu. ![]() -------------- 210.187.7.:-) |
|
raihanis Ahli Produktif |
2. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 11:19:23 mlm [Edit]
kalau setakat kembung perut je, i selalu sapu gel Dolla Cantik tu. memang berkesan. tapi kalau angin seluruh badan, mak i amalkan minum air halia. masa zaman i anak dara dulu, kdg2 pukul 2 pagi kena bangun tumbuk halia campur dgn air panas kasi mak minum....sbb aruah ayah takde. ada sekali tu...dia suruh i tumbuk belakang badan dia sbb angin duk sekat nafas. dia dah sukar bernafas time tu. aruah ayah pun penah cerita, dah 2 kali dia ajar mak i mengucap kalimah syahadah masa kena serang angin tu waktu tengah malam. kiranya teruk jugak la penyakit angin mak i ni. tapi alhamdulillah, sekarang ni takde pulak masalah angin tu. dia cuma duk amalkan air halia tu je. dan juga kapsul bawang putih...(zaman tu belum ada tablet bawang putih lagi). cuba la cara ni dulu. takla mahal sangat dan memang berkesan pada mak i yg dianggap pendek umur oleh aruah ayah tu. -------------- 219.95.33.:-) |
|
raihanis Ahli Produktif |
3. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 11:24:20 mlm [Edit]
lagi satu produk yg i dah cuba utk mengatasi masalah angin dalam badan ialah Guara Cafe. power jugak. sejam lepas minum, asik menembak aje kejanya. kalau boleh elakkan makan ubi kayu, kacang hijau, pulut dan ada lagi makanan2 lain tapi i tak ingat. banyakkan halia dalam makanan seharian. i malas nak minum air halia, so setiap kali i masak apa2 biasanya i masukkan 2 inci halia yg dimayang. senang buang angin. dari pagi sampai ke malam. ![]() -------------- 219.95.33.:-) |
|
Ashsha Ahli Produktif |
4. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 00:55:19 pagi [Edit]
sha pun ada masalah angin dlm badan.nak kata banyak tak tau la.tapi bila dtg angin tu,masya'allah tuhan je tau.kekadang loya rasa cam nak muntah.hubby pk pregnant je la tapi bukan...dah try beli halia,tumbuk then rebus.minum waktu suam2 kuku tapi camtu jugak.start kena angin ni lepas bersalin tahun 2002 yg lalu.bila berurut,makcik tu pulak yg terkentut2 .nasib baik tak berbau.kalau tak,mau nye sha lari ntah la.tak tau nak buat camne lagi.penyakit angin ni penyakit keturunan ke sebab ayah sha memang ada penyakit angin badan ni.... -------------- 61.6.58.:-) |
|
aneesa Ahli Produktif |
5. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 01:11:19 pagi [Edit]
bab angin banyak dalam badan ni,salah satunya sebab kurang ketat masa pantang atau mungkin gak suka sangat makan bebenda yang berangin...kalau nak sebut memang banyak itulah gunanya makan jamu,dan jadikan amalan...lagi satu kena rajin bertungku dan mengurut..... ![]() -------------- 210.186.16.:-) |
|
Ashsha Ahli Produktif |
6. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 01:47:34 pagi [Edit]
hai aneesa..tak tido lagi ker? nak tanya la.apa makanan berangin ek?masa berpantang tu tak tanggal pun stokin.kecuali mandi.. camne nak wat ni ek?kalau nak makan jamu sekarang ni,jamu apa yg sesuai?sha takleh mkn ma'ajun.period sebulan tak berenti...panas sgt kot..doktor tak bagi.lagipun masa bersalin dulu,tumpah darah banyak...la ni sha ada darah rendah... -------------- 61.6.58.:-) |
|
shahir Ahli Aktif |
7. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 09:30:39 pagi [Edit]
Nak komen banyak pasal masalah ni tak brapa pandai...tapi shahir pun ada gak masalah ni dulu....sewaktu belajar lagi. Sampai sekarang pun dah beranak pinak still ada lagi problem ni ...cuma shahir dapat elakkan. My petua...pastikan makan tepat pd masa dan tak skip salah satu meal. Kalau lambat makan, shahir akan pastikan ada biskut atau roti sbg alas perut. Ada yg suruh ambil bawang putih utk masalah ni...tapi malaslah walaupun ada gak supplemen bawang putih ni yg boleh ditelan. Kalau dulu sebulan sekali mesti berurut tapi sejak shahir ambil vitamin masalah lenguh angin ni pun dah tak da lagi. Tapi mungkin sbb shahir jaga makan gak. Makanan berangin Teh tarik, kopi tarik...semua ni tak minum lagi sbb kalau ambil mak oi..kembung jer, rasa x sedap satu badan dan payah nak tidur. Nangka, ciku, bubur kacang mmg shahir pantang skit...kalau makan lebih...mesti perut rasa sebu jer. -------------- 218.111.211.:-) |
|
cikni Ahli Baru |
8. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 10:32:57 pagi [Edit]
cik syorkan HERBA TUJU ANGIN keluaran HPA. dia lembut, perlahan tapi berkesan. sebab cik ckp mcm ialah bila kita mkn, effect dia slow-slow, tak drastik jadi tak adalah masalah sampingan. bila masalah angin dah kurang, kita kurangkan sukatannya kepada 'bila perlu' sahaja. -------------- 202.190.27.:-) |
|
cikni Ahli Baru |
9. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 10:37:54 pagi [Edit]
eidadara cik nak kongsi pengalaman masalah angin' yang cik hadapi masa dulu2, mmg teruklah tp tak reti nak mkn jamu sbb masa tu anak dara lagi, mak pun tak pandai jamu2 ni, so dia pun tak pernah suggest apa-apa kat cik. tiap2 mlm nak tido kena sapu minyak angin serata tempat terutamanya kaki. Masa mengandung anak pertama, masalah angin lagi teruk smpai sakit dada macam ditumbuk2. Tiba2 lepas beranak, legalah pulak angin. Rupa-rupanya masa dalam pantang tu mkn ubat akar kayu yang mak sediakan, lps tu continue minum smp 3-4 bulan. Sekarang cik tak minum lagilah ubaat akar kayu tu (panas) tapi cik maintain herba tuju angin HPA dan kekadang p mengurut. Alhamdulillah. -------------- 202.190.27.:-) |
|
eynda Ahli Produktif |
10. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 10:44:10 pagi [Edit]
Bercerita pasal angin ni eynda teringat pengalaman eynda sebelum kawin dulu. Maybe badan eynda banyak angin sangat kot...kalau datang penyakit tu, eynda selalu takleh bangun berjalan....kena berbaring jek. Kalau bangun rasa macam nak muntah lepas tu nak makan pun tak lalu. Memang teruk dulu sampai kena pi jumpa doktor mintak ubat buang angin . Tak lama kemudian eynda try makan nona roguy. Mula2 makan tu dlm masa 2 minggu ada krisis pemulihan. Mabuk giler eynda dibuatnya...habis angin keluar satu badan disamping pembuangan toksin melalui najis . Tapi lama-kelamaan, angin dlm badan macam dah hilang.....eynda tetap teruskan makan NR sampai la eynda bersalin thn 2001, kira baru je berhenti makan sebab plan nak pregnant tahun ni. Eynda bersalin secara c-section so takleh mengurut dulu. Hanya amalkan NR, semua angin keluar. Sampai sekarang kalau makan benda berangin especially my faveret "gulai nangka".....takde berangin pun badan ni. 219.95.95.:-) |
|
aneesa Ahli Produktif |
11. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 11:01:19 pagi [Edit]
Ashsha
kalau nak kira dan bebetul pantang..memang banyak makanan berangin ni tak semstinya kita pantang sampai 44 hari jer...kalau boleh biar pantang makan makanan yang kuat berangin tu sampai setahun. contoh makanan yang buat badan beragin dan bisa urat cam kat bawah ni: rebung,nangka,pisang mentah,laksa,air teh,nescafe,ais,minuman bergas,jambu air,nasi sejuk,pulut,mangga,petai,jering,meehon,kacang botol,durian, dan banyak lagi ler jadi sebab tulah,bagi orang pompuan yang tak dapat nak elakkan makanan ni kena rajin bertungku,dan amalkan jamu utk kesihatan dalaman. Kalau tak boleh makan jamu,cuba try minum akar kayu(buatan orang kampung)...memang bagus. ![]() * Mesej ini telah disunting oleh aneesa pada 17hb Februari 2005, 11:02:58 pagi -------------- 210.186.16.:-) |
|
ketoyong Ahli Baru |
12. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 11:20:04 pagi [Edit]
pnh gak nmpk org jual ubat periuk,akar kayu..so kl org belum kawin..boleh ke try? 202.45.133.:-) |
|
cha Ahli Produktif |
13. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 11:37:06 pagi [Edit]
eidadara aspek pemakanan memang penting untuk mengelakkan drp masalah angin dlm badan nih... jauhi makanan/minuman yg bleh menyebabkan angin... selain drp tu, kena rajin bertungku atau berurut... tapi kini ada kaedah mudah sebagai alternatif selain drp bertungku/berurut: pakailah halle nano -------------- 161.142.141.:-) |
|
salsham Ahli Setia |
14. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 12:34:35 tghari [Edit]
kalau nak buang angin, leh gak minum air halia, tak yah susah2 nak kupas atau tumbuk, bancuh jek. Halia yang diadun bersama madu berbentuk serbuk. Boleh dicampur dgn minuman kegemaran sprt kopi, teh, milo dan lain2. Serbuk Halia Madu keluaran Ana Edar Harga: RM6.20 (150 gm) ![]() -------------- 202.190.186.:-) |
|
cikni Ahli Baru |
15. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 1:00:25 tghari [Edit]
saya sokong pendapat aneesa takkanlah nak pantang memanjang, mkn le sikit2 dgn bantuan jamu @ air ubat akar kayu -------------- 202.190.27.:-) |
|
kaklonglin Ahli Setia |
16. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 5:26:53 ptg [Edit]
Eida selain dr minum air halia,kak long lin nak recomend Garlic & Licorice dr Nutrilite. i memang amalkan. ia elok untuk gastik pun. ![]() -------------- 210.186.217.:-) |
|
eidadara Ahli Aktif |
17. Dihantar pada 19hb Februari 2005, 11:58:28 mlm [Edit]
Terima kasih atas pandangan dan perkongsian pengalaman. raihanis Boleh tak air halia tu campo gula? Eida suka minum teh halia...tapi teh tu plak yg angin. Penh juga eida susah bernafas, angin kat dada. Jenuh hubby ketuk2 belakang badan. Sekali sendawa...fuhhh...panjang... GUARA CAFE tu sejenis kopi ke? Ashsha Yesss....memang sakit keturunan. Dari arwah ayah sampai ke adik bongsu. Tapi mak ok plak. aneesa
Eida belum pregnant lagi. Selalunya makanan yg berangin tu la yg sedap...petai, nangka....fuhh...sedap tak terkira! shahir
Aiseh....feveret tu...tapi kalau lepas minum tu mmg kembung perut semacam jer. Kalau ketuk bunyinya kalah gendang raya...ada member suggest tablet bawang putih ni...tapi tak jalan sangat. Sekejap jer oknya. cikni Pernah dengar HPA ni ok..tapi belum cuba. Insya Allah saya akan cuba. Terima kasih. eynda
Ramai yg kata NR ok...tapi kena tahan la mabuknya...time tak keje ok la berulang alik ke toilet...tapi kalau keje ni, payah skit. Apa pun, eida akan cuba beranikan diri . Dulu pernah minum skit...eida lupa...tapi seingat eida eida minum 3 bancuhan. Setengah peket jer ambik. Esok pagi, sblm subuh dah masuk toilet. cha Teringin gak nak berbarut. Di samping tu boleh rampingkan pinggang kan? salsham Kat mana bleh dapatkat Halia madu tu? Eida kat area puchong-shah alam. kaklonglin Teringin nak makan calsium magnesium. Apa khasiat dia? Sorry, lari topik angin. ![]() -------------- 210.187.7.:-) |
|
eynda Ahli Produktif |
18. Dihantar pada 20hb Februari 2005, 09:47:11 pagi [Edit]
eida,
Eynda pernah minum yg serbuk tapi lama2 angkat bendera putih . Tak lalu le....lepas tu eynda ambik yg kapsul aje. Dulu namanya herbanika bersalin, sekarang dah tukar jadi phytonatal. Eynda makan sebelum kawin lagi walaupun ianya khas utk wanita yg lepas bersalin.....Yang ni memang eynda continue makan sampai tahun lepas.219.95.93.:-) |
|
eidadara Ahli Aktif |
19. Dihantar pada 20hb Februari 2005, 4:15:21 ptg [Edit]
eynda Hasil dan kesan kapsul ni sama tak dgn yg serbuk tu? -------------- 210.187.7.:-) |
|
eynda Ahli Produktif |
20. Dihantar pada 20hb Februari 2005, 6:11:40 ptg [Edit]
Eida, Selalu orang kata ubat yg serbuk lebih cepat kesannya. Tapi bagi eynda yg kapsul ni pun ok gak. Takde beza la....janji kita ikut sukatannya. 219.95.18.:-) |
|
eidadara Ahli Aktif |
21. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 8:56:37 mlm [Edit]
Kasi up! Ada yg nak membantu? -------------- 210.187.7.:-) |
|
cikni Ahli Baru |
22. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 9:52:08 mlm [Edit]
eidadara setakat ni dah cuba ke mana-mana tips? ok tak? boleh share kat sini -------------- 210.195.25.:-) |
|
raihanis Ahli Produktif |
23. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:29:45 mlm [Edit]
boleh campur. tapi jangan la manis sangat. kang penyakit lain pulak datang bertandang. seeloknya minum air halia yg dibuat sendiri kat rumah. asli gitu. masalah u sama gak dgn my mom. biasanya kes tu selalu terjadi tengah2 malam. nak tahu detail ttg guara cafe, baca kat topik yg diaorg duk bincangkan tu. banyak faedah minum kopi ni. -------------- 219.94.82.:-) |
|
eidadara Ahli Aktif |
24. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 9:53:15 mlm [Edit]
So far eida dah try minum air halia....uuiii pedas le. Pagi2 jer menembak je kejenya. Brapa kali ambik wudhuk....asik terbatal. Dah lah subuh nak habis...hehehehe.... ![]() -------------- 210.187.7.:-) |
|
raihanis Ahli Produktif |
25. Dihantar pada 26hb Februari 2005, 04:30:08 pagi [Edit]
eida, jangan la bubuh halia tu banyak sangat. agak2 dlm 1/2 inci pun dah ok, sebab u kena amalkan tiap2 hari. kalau banyak sangat kang, cepat pulak menopouse. -------------- 219.95.63.:-) |
|
kaklonglin Ahli Setia |
26. Dihantar pada 01hb Mac 2005, 1:58:29 tghari [Edit]
AIDADARA CALCIUM & MAGNESIUM# Dibuat daripada bentuk-bentuk semula jadi kalsium karbonat dan magnesium oksida # 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif. # Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon. # Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal. # Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. # Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi. # Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang. # Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium. ![]() -------------- 210.186.217.:-) |
|
kaklonglin Ahli Setia |
27. Dihantar pada 01hb Mac 2005, 2:01:54 ptg [Edit]
CALCIUM & MG JUGA TELAH MENOLONG MELEBATKAN RAMBUT SAYA. PERLU DIINGAT CALCIUM KALU TAK DIHADAMKAN DGN SEMPURNA BOLEH MENJADI BATU KARANG. DGN ADA NYA MAGNESIUM , IA MENOLONG PENYERAPAN CALCIUM DGN SEMPURNA. SEBAB ITU KITA SELALU TENGOK DOKTOR KALU PRESCRIBE CALCIUM MESTI ADA VITAMIN LAIN SEKALI. PERASAN TAK ? ![]() -------------- 210.186.217.:-) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru |
| Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |