Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 8hb Muharram 1436 @ 01hb November 2014, 6:58:13 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh sihir : Minta bantuan bagaimana nak mengubati
bungapadi68
Ahli Baru
1. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 4:56:36 ptg    [Edit]
Assalamualaikum,

Salah seorang ahli keluarga saya telah terkena sihir (buatan orang). Setelah diubati berpuluh kali oleh seorang ustaz yang dikira handal, keadaannya masih tidak berubah walaupun ustaz menyatakan 'makhluk yang menumpang' sudah tiada lagi dalam dirinya.

Dirinya kini berada dalam keadaan was-was yang kronik dan tidak mempunyai keyakinan serta takut untuk berjumpa orang lain termasuk sesetengah ahli keluarganya. Dia hanya mampu mendiamkan dirinya di dalam bilik sepanjang hari dan malam. Keadaan ini telah menyebabkan keharmonian rumah tangganya terjejas dan kehilangan punca pencarian tempat keluarganya bergantung, keadaan ini telah berlarutan lebih setahun lamanya. kami telah cuba menyarankan supaya dia berjinak2 dengan alquran, zikir, manzil ttp setiap kali dia cuba melakukan seolah-olah ada sesuatu yg menghalang walaupun sedaya upaya dia cuba melawan, hatta hendak ke bilik air untuk mengambil wuduk pun dia tidak mampu melakukan.

Kerana kasihankan anak-anaknya yang masih kecil, yang masih memerlukan perlindungan, perhatian dan kasih sayang, saya ingin mengambil kesempatan di sini jika ada sahabat2 di sana yang mempunyai pengalaman di mana dan bagaimana untuk menyembuhkan penyakit ini.
Pertolongan dari sahabat2 sekelian saya dahului dgn ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

202.188.197.:-)

eyzlyn
Pengendali
2. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 6:23:47 ptg    [Edit]
cuba pergi kat darul syifa...alamat dia saya tak tahulah, dulu kat UTMJB ader.. nanti kita tunggu kenkawan lain masuk, mungkin diaorg boleh tolong

bungapadi ni duk kat area mana yer?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

Nikmaya
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 7:00:58 mlm    [Edit]
makcik saya insyaAllah boleh mengubati penyakit sebegini itupun kalau diizinkan Allah swt. kalau nak no.tel nya ni email saya 'znmk_79@hotmail.com'

edit - Dr Norhisham (pelangi) - makcik saya anak muridnya.

* Mesej ini telah disunting oleh Nikmaya pada 24hb Februari 2005, 09:15:38 pagi

--------------
Sekali Jatuh Tidak Bererti Jatuh Selama-lamanya!

219.94.58.:-)

pisces1978
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 9:44:50 mlm    [Edit]
quote:
cuba pergi kat darul syifa...alamat dia saya tak tahulah, dulu kat UTMJB ader..
pisces pernah gi kat bangi... insyaallah tak sesat... tak reti nak eksplen mcm mana..... kene tanya org ler.... time tu nak amik air penawar utk arwah nenek... dia kene barah....

202.58.80.:-)

Nors022275
Ahli Baru
5. Dihantar pada 18hb Februari 2005, 2:31:21 ptg    [Edit]
Bungapadi, kisah sedara awak macam suami saya dulu. Alhamdullilah Bossnya amat memahami dan dia x dibuang kerja. Suami saya berubat dengan ustaz malik. Dia ada buat perubatan shifa' pada hari ahad di surau.

Alamatnya: Surau Nurul Iman, Kg Seri Indah, Sg Buloh Selangor.

210.187.102.:-)

ikhlasonline
Ahli Setia
6. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 09:17:25 pagi    [Edit]
bungapadi

Saudara u tinggal dimana? Area Selangor @ KL?

Jika benar kata bungapadi.. saudara awak dah kena lebih dari setahun... nak pulih tu ambik masa.. sebab jika benar dah kena sihir... dia dah bertapak kat dalam badan dia... setakat rawatan 5 kali... tak sure nak pulih tu... belanja pun banyak...

Dengan izin Allah Insyaallah boleh dibuang... Kena cari yang pandai... mana-mana ustaz yang saudara awak jumpa memang dah buang sihir tu.. tapi dia tak protect saudara awak daripada makhluk tu kembali ke badan saudara awak tu...

Imarahkan rumah saudara awak tu... dengan bacaan ayat-ayat suci... zikir dan lain-lain...

Any details u boleh PM @ YM saya...

210.186.222.:-)

bungapadi68
Ahli Baru
7. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 3:57:37 ptg    [Edit]
Nor2275,
sedara saya dah pergi berubat dgn ustaz Malik kat Sungai Buluh tu, dah banyak kali, kadang2 ustaz datang rumah...kata ustaz, makhluk tu dah tak ada....tapi diri sedara saya tu macam x ada perubahan positif.
Suami u macamana? dah ok ke?

202.188.197.:-)

natgif
Ahli Baru
8. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 7:12:23 mlm    [Edit]
try la berubat kat CEMARA EMAS ! PROMOTE JGAN TAK PROMOTE.

nak tau lanjut, tgk website http://www.cemaraemas.tk

atau hubungi terus perawat di cemara emas - Puan Fazila (012 290 3431)

isnyaAllah - penyakit cam ni kena ikhtiar, ada rezeki baru sembuh

--------------
rawatan alternatif http://www.cemaraemas.tk

218.208.243.:-)

bungapadi68
Ahli Baru
9. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 1:04:25 tghari    [Edit]
cemaraemas tu website apa?
saya dah try masuk tapi x dapat pun.

202.188.197.:-)

Sarzanaj04
Ahli Baru
10. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 3:00:57 ptg    [Edit]
bungapadi68,
Sekadar nak share, saya & hubby memang tgh berubat alternatif selain di hospital, kami berubat di Bukit Antarabangsa, sepanjang ini, Haji yg berubat menggunakan Al-Quran shj. Tn. Hj. tersebut akan scan dulu masalah kita, nanti dia akan berikan Surah2 dlm Alquran untuk diamalkan selepas solat Subuh & Magrib/Isyak.
Tiada bayaran dikenakan, walaupun u serah di tangan dia ,dia tak nak ambil, dia selalu kata niat i nak tolong org shj.........jadi kami letakkan dlm tin utk Sedekah Ke rumah anak yatim/kebajikan. Dia bekerja disalah satu institusi swasta as a somebody jugak........so lepas isyak baru dia berubat org........kami selalu lepas kerja ambil nombor dulu..........kalu tak mahu balik pukul 1-2 pagi. To me segala penyakit di dunia ini ada penawarnya.....so carilah.........

202.188.127.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
11. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 4:50:13 ptg    [Edit]


bungpadi68...
Maaf, bertanya... sdra bung itu menetapnya di mana? Kalau di kawasan JB, saya sarankan berjumpa Ust. Jumadi, di Kg. Kayu Ara Pasong, Pontian... Darulsyifa di UTM tidak beroperasi lagi oleh sebab2 tertentu... Kalau nak berubat dgn org Darulsyifa di UTMJB boleh datang ke Masjid UTM, orang di situ boleh beritahulah siapa yg bung boleh jumpa...

161.139.100.:-)

sufiku
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 08:29:47 pagi    [Edit]


Try Hj Sanip 03-8766 7524 d Kg Sesapan Batu Rembau, Semenyih. Dia mula mengubat org lps solat `Asar bjemaah kat 'surau' sblh rmh dia. Lagi pula antara 3:00-4:00 tu dia ada kelas agama. Seboleh mungkin jgn datang hjg minggu coz ramai org. Kena bawa air masak ... tak bleh mineral water. Rawatan dilakukan secara terbuka.

Pengalaman aku sendiri, dulu aku dapatkan rawatan drp Hj Sanip nih. Kes aku bkn kes sihir, tapi ada 'makhluk' yg cuba mdampingi aku. Teruk gak aku kena ... dan blh dikatakan tahap kritikal coz selalu was-was, selalu marah2, benci pd org tak bsebab dan tahap plg kritikal bila kaki rasa tak jejak ke tanah. Alhamdulillah, skang dah ok walaupun sesekali aku rasa lain. 'Makhluk' tuh sesekali lakukan 'lawatan', tapi aku dah bosan nak layan semua tuh. Buat dekk jerr la (pernah sekali pd thn 2003, kwn aku nampak seorg wanita menyerupai wajah aku di tengah mlm buta bpakaian serba putih waktu dia sidai pakaian - kwn aku nih lelaki, org Sabah dan bnyk pengalaman. Dia tak citer kat aku, tapi bila aku btanya ttg makhluk halus pd dia, barulah dia bterus-terang). Yg penting, jaga solat dan keraplah baca al-Qur`an.

Buat sementara waktu nih, usah biarkan sedara anda bsendirian @ duduk sesorang. Dia perlu sentiasa ada teman bbual dan jgn beri peluang dia mengelamun.

(Bg sesiapa ada breast cancer, blh cuba ikhtiar jg dgn Hj Sanip nih. Bkn dia yg sapukan ubat, tapi isterinya dgn mgunakan bawang putih. Hj Sanip just akan bagitau kat mana perlu disapu ubat dan apa yg perlu dibuat olh isterinya).

* Mesej ini telah disunting oleh sufiku pada 24hb Februari 2005, 08:37:29 pagi

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.159.:-)

Nors022275
Ahli Baru
13. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 2:01:16 ptg    [Edit]
Bungapadi, suami saya Ok. Sihat. Kadang-kadang ada juga dia pergi jumpa ustaz tu. Saja nak cek. Amalkan ayat al quran yang ustaz tu beri. Allah Maha berkuasa dan amat adil pada hambanya. Walaupun makhluk tu kita x nampak tapi Allah bagi ayat Alquran utk melindungi kita dari mereka. Mereka jug hamba Allah. Selain berubat cara traditional saudara awak perlu juga jumpa kaunselor dan pakar psykologi untuk pulihkan semangatnya. Cuba dengar motivasi free DR HM Tuah di Radio Malaysia Selangor 7.30 pagi. Cuma lima minit sahaja. Tapi kalau 5 minit tu masuk dlm otak kita memang bagus. Jangan biarkan dia bersendirian. Betul kata ikhlasonline rumah juga perlu diimarahkan spt baca alquran, sembahyang berjemaah, berzikir dan sebagainya. Cuba beri peluang dia buat perkara yang dia minat supaya dia leka dan lupakan masalahnya. Suami saya minat berniaga. Jadi abang angkatnya bagi peluang utk berniaga sambilan. Seronoklah dia selain dpt duit, dia juga sentiasa dikelilingi oleh orang ramai.

210.187.102.:-)

bungapadi68
Ahli Baru
14. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 3:40:55 ptg    [Edit]
sedara saya ni dah pun dibawa ke session kaunseling dan dah habis sesi dah. Masalah juga bila diri sendiri yang tak nak usaha utk berubah, apa yg orang lain mapu buat, atau pun mungkin dia dah sedaya upaya untuk melawan dan berubah tapi tak ada keupayaan...kita hanya nampak luaran saja, tapi dalamannya hanya empunya diri saja yang tahu.

202.188.197.:-)

Mann70
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 28hb Februari 2005, 8:13:47 mlm    [Edit]
bungapadi

kalau nak cuba, saya boleh rekemen seorg ustaz...dia lebih kurang Haron Din gak..tapi lagi senang sebab dia boleh pegi ke rumah pesakit..

baru ni saya jumpa dia, dia baru balik dari Fraser Hill pulihakn sebuah banglo yg penghuni nya diangkat ke luar masa tido..

ada jin dlm rumah tu...dia alihkan jin islam ke masjid, dan jin kafir ke kws bukit lain..dah settle dah...dia kata jin islam tu janggut sampai ke lutut..

kalau berminat boleh PM kat saya..

61.6.35.:-)

emkay
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 03hb Mac 2005, 09:22:07 pagi    [Edit]
Bab sihir nih aku dah nengok macam2 bomoh pasal aku asal dari utara, ada guna lampu suluh, lilin, mangkuk air, garam, besi bat lah....issh macam2 lagik........semua tuh melibatkan setan dan kaum2 yg sejenis dgn nyer....

Tapi lepas aku kawin, aku kenal ler tokwan (atuk) sebelah bini aku nih. Dia tok haji lah....dia pun tulung ubatkan org kena sihir dan kes2 yg sewaktu dgn nyer. 100 % dia guna ayat suci al-quran. dia dapat ilmu mengubat org nih pun masa dia gi haji dulu. pastu kalu dia tulung org pun tak pernah minta duit, ikut org nak sedekah kat dia..... tapi la nih dah tua dah tak larat nak dah.....

nasihat aku laaahh.........kalu nak cari bomoh, biar selidik dulu....jgn main tangkap muat jek....pilih yg guna ayat suci al-quran dan bukan bomoh cari makan....sekali ubatkan org charge beribu.....

--------------
“Saya simpati dgn Khir Toyo. Pemainnya mahu gaji besar tapi kena belasah dengan Perlis yg miskin"

218.111.141.:-)

moshi
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 22hb April 2005, 10:57:17 mlm    [Edit]

Salam.

Kejadian penyakit kerana sihir itu adalah perkara yang dapat diterima.
Cuma, tuduhan terhadap sipolan-sipolan punya angkara itu yang HARUS TIDAK dapat diambil pakai.

Banyak sebab, Allah jadikan penyakit datang terhadap seseorang,
harus kerana kifarah
harus kerana ujian
dan bukan mesti yang punya diri sahaja puncanya,
harus dalam kaumkeluarga dahulu atau sekarang.

Oleh itu, hendaklah berada dalam
'SABAR YANG BENAR'
dan bukan sabar kerana belum pulih.

Nak bantu macammana ?
kita tak tahu asal kejadian atau sejarah hidup yang punya diri, jika dapat ganmbaran
sejauhmana penjagaan solahnya - isterinya - ibubapa keluarganya,
pekerjaannya, jenis majikannya,
pengetahuan agamanya,
amalan sehari-hari dahulu, sekarang ( sebelum sakit ).

Jika kita dapat sedikit sebanyak maklumat, baru 'doktor' dapat belek-belek begnya, lalu mencari dimana sangkutnya. WA.

TIADA ALLAH JADIKAN SAKIT TANPA PENYEMBUHAN.
Kecuali sakit tua yang akan menemui ajalnya. WA.

JKKK.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

ceroi
Ahli Setia
18. Dihantar pada 25hb April 2005, 12:07:37 tghari    [Edit]
Ala...
Aku lupa la nama ustaz sorang tu...
Dia dok dekat utan aji kt perlis...
Sblum ni anak buat aku kena santau angin n mcm2 lagi...
Skrang al-hamdulillah....
dah ok dah la tengok dia....

--------------
.....HiDuP PeNuh DeNgAn CaBaRan DaN DuGaAn.....

61.6.35.:-)

ceroi
Ahli Setia
19. Dihantar pada 25hb April 2005, 12:12:43 tghari    [Edit]
Kot2 ada orang perlis yang tau....
Umah dia tak jauh selpas trafic light kat sipang 3 tu...
Dekat2 kubur apa ntah la namanya tu...
Sblum nk masuk lorong tu ada kedai makn 1buah...
Skrang kat situ dah naik taman dah klau tak silap masa last aku pi dlu...
Budak2 perlis kot ada yang tau cbgitau la

--------------
.....HiDuP PeNuh DeNgAn CaBaRan DaN DuGaAn.....

61.6.35.:-)

thinkerbell
Ahli Setia
20. Dihantar pada 25hb April 2005, 3:39:29 ptg    [Edit]

saya ada juga tau seseorang yg berubat org yg terkena sihir nih..umah dia kat kemunting/taiping..dekat dgn kem askar..dia berubat dgn menggunakan ayat2 alquran..insya-allah boleh...cuba laa..

--------------
sekali air sungai melimpah..sekali pasirnya pun berubah..itulah falsafah yg menjadi ikutan & bualan

161.142.14.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005