Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Muharram 1436 @ 31hb Oktober 2014, 7:18:34 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Pendidikan terkini : Kemasukan anak ke Sekolah Berasrama
nana67
Ahli Setia
1. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 08:37:11 pagi    [Edit]
Assalamualaikum, Dan Salam sejahtera,

Nana ingin pohon pandangan kengkawan tentang perkara diatas.

1)Anak nana dapat 5A dan semua permohonan utk ke asrama penuh dan Mara di tolak atas alasan ekonomi ibubapa

2) terima tawaran daripada Sek.Agama Tinggi disatu daerah di selangor Hanya bertahan selama 5 hari aje, menangis minta dikeluarkan. setelah disiasat rupa nya ada kes moral dan anak nana soon menjadi mangsa ke 2.

3) Sekarang hanya ada satu perluang terakhir utk mendapatkan tempat ke sek berasrama iaitu membuat rayuan ke MARA. TAPI anak nana dah fobia tidak mahu tinggal diasrama lagi atas kes no.2 diatas.

4) buat masa sekarang nana dah keluarkan drp sek agama dan bersekolah di sekolah harian biasa.

perkara yang nana pohon pandangan drp kengkawan semua

1)Adakah patut nana ikut rayun anak nana tidak menghantarnya ke sekolah berasrama (jika dptlah melalui rayuan)

2)Rasa terkilan juga sebab anak dah belajar bersungguh-sungguh, hantar ke kelas tambahan utk dptkan 5a dgn harapan dpt bersekolah di sekolah berasrama penuh- mohon pandangan drp guru-guru yg mengajar di sekolah harian biasa (sebab belum ada pengalaman anak sekolah menengah)means peluang pelajar untuk mendapat keputusan yg cemerlang di peringkat PMR nanti- maaf bukan nak down gred sekolah biasa cuma mohon pandangan.

Terima kasih.

202.188.130.:-)

eyzlyn
Pengendali
2. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 09:54:22 pagi    [Edit]
pandangan saya la, kalau anak tak mau, jgn paksa. nanti dia tak boleh nak concentrate studies even duk kat boarding school. sekolah harian biasa ok, nanti lepas PMR, boleh cuba mintak MRSM. yg penting, don't push him/her.. biar dia buat pilihan, ok?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
3. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 10:14:42 pagi    [Edit]
Setuju dengan pandangan eyzlyn.


quote:
2) terima tawaran daripada Sek.Agama Tinggi disatu daerah di selangor Hanya bertahan selama 5 hari aje, menangis minta dikeluarkan. setelah disiasat rupa nya ada kes moral dan anak nana soon menjadi mangsa ke 2.


Selalu dengar kes ni..

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.219.:-)

salsham
Ahli Setia
4. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 10:44:15 pagi    [Edit]
laa...cam tu ke? x leh dpt sbb alasan ekonomi. cube aa appeal, tu pun kalau anak tu nak...

kalau dpt nanti,bg moral suppot kat die, bior clear seme pikiran buruk psl asrama yg die dok dulu tu. biasa aaa, memula mmg x biasa. lps tu ok la nanti.

tak pun antar je ke skolah harian, ok jek, bile dh PMR ok, tukarkan die. cam adik aku yg skrg ni form 4, tukar ke skolah asrama penuh lps PMR, dulu die KRK kat satu skolah harian tu, tp dok asrama (bukan asrama penuh).

--------------
diammmmmmm......Barisan depan!!!

202.190.183.:-)

tempoyak
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 10:51:07 pagi    [Edit]
anak nana tu lelaki ke pompuan? kalau pompuan elok la bior belajor dulu kat sekolah biasa berulang dari rumah, suk dah form four, nak masuk balik asrama baru kasik masuk balik... sian kat bebudak tu, lagi pulak die tengah fobia skang ni..

203.106.245.:-)

edinamaya
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 11:09:50 pagi    [Edit]
..bila baca topik nih tingat masa memula naik form 1 dulu...ehehehe. Edin nih mmg nakal dan manja dengan mak kot....weekend je mak dan abah kena datang hostel tgk Edin kalau tak mau taknya 100x Edin buat call kat umah...

secara kebetulan Edin dgn akak satu asrama...hehehehe. Selalu kena marah dengan akak sbb malas nak coci baju dan kasut...tak di nafikan Edin mmg rajin bab akademik sanggup buang keja2 coci mencoci nih. Akak jadi mangsa....sbb tu mak susah hati...sanggup jengok tiap hujung minggu...

Memula mmg payah dan liat ddk hostel nih dah lama2 ....okler....apa pun sampai skang still ingat gelaran yg dorang bagi kat Edin ...." BULAN " sbb muka mulat2 kot...ehehehe

--------------
Makkkkkkkk! Lapooooooooo..

161.139.100.:-)

HeMoi
Ahli Baru
7. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 11:35:09 pagi    [Edit]

saya tak barapa setuju anak2 dihantar kesekolah asrama dikala umur masih mentah lebih2 lagi zaman sekarang yg byk masalah sos i a l nun diluar sana..saya ramai anak buah yg mana semua berjaya dlm pelajaran memasing..ada ambil kedoktoron,engineering,law, comp.studies n tahfiz..bila habis peringkat rendah memasing dapat 5A an terus sekolah biasa berdekatan rumah hingga form 3...bila dpt best result PMR baru diizinkan keasrama penuh...sekurang2 depa dah dapat pendidikan agama yg baik dari rumah dan ibubapa depa berusaha kearah itu...bila anak2 dihantar keluar terlalu mentah umurnya faham2 sajalah yg mendidik mereka adalah environment mereka bukan lagi kita...tak semesti sekolah biasa anak2 tak boleh berjaya dan sekolah biasa dipandang kecil oleh sestengah pehak ibubapa...kakak2 dan abang2 saya cukup bimbang nak hantar anak2 kesekolah asrama penuh waktu umur terlalu muda tapi alhamdulillah mereka berlumba2 juga belajar untuk dpt result yg baik dlm PMR dan dpt masuk asrama...bila dah masuk asrama mestilah diri mereka diambil berat selalu..tak semsti skolah itu top school kita lepas tangan....ini pendapat sayalah berdasar dalam family sendiri

* Mesej ini telah disunting oleh HeMoi pada 14hb Februari 2005, 11:35:49 pagi

--------------
..::RinDu itu senTiasa MenJadi MiLik Ku::..

219.95.4.:-)

bugpepel
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 11:43:54 pagi    [Edit]
setuju ngan hemoi..wa cayalu...tapi provided ibubapa sentiasa mendidik dan mengawasi anak2ler...jangan ibubabpa buat bodo je tak ambik tahu langsung hal anak2 walaupun selalu jumpa kat rumah...

210.186.244.:-)

nana67
Ahli Setia
9. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 12:42:46 tghari    [Edit]
Terima ksih pada,
eyzlyn,mama,salsham,tempoyak,edinamaya,hemoi dan bugpepel.

nana ingat ikutlah cadangan kengkawan, lagi pun anak nana memang tak nak juga pergi asrama, masa result MRSM keluar tak dpt dia ckp alhamdulilah x yah duduk asrama.

cuma takut nanti kalau rezeki dia baik dpt pmr bagus nak hantar asrama x nak juga kerana pengalam yg dia lalui.

nana heran lah mcm mana kat seklh agama pun bebudak nie tak berakhlak bukan semua. Yelah perkara menjijikan mcm tu mereka boleh fikirkan nak buat pada junior.

satu lagi dgr cite tahun lepas masa orentasi junior kena kurung dlm tandas drp pd kul 7 ptg sampai kul 7 pagi esoknya, kan tandas tu tempat syaitan suka duduk. Sorang-sorang pulak tu kunci drp luar. apalah ye agaknya perasaan junior tahun lepas tu duduk dlm tandas tu sorang-sorang kesiannya.

Masalah kat sini bukan nana manjakan anak sgt, tapi takutlah dgr mcm-mcm kes sek.agama dibwh jais nie baru nie keluar lagi dlm paper ustaz belasah murid. kat mana ye silapnya.

202.188.130.:-)

sangprabu
Ahli Setia
10. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 12:57:14 tghari    [Edit]
Masaalah ekonomi...tu pasal tak dapat?..
kelayakan ekonomi hanya untuk orang awam macam kita..saja..yang tak ada kabel...atau tak ada power..

Anak Normala samsudin dan menteri besar negeri sembilan tu orang miskin ke?......

ini bukan dengar cakap orang...tapi baca kat paper...dengan bangga nya mereka hantar anak kat asrama penuh...
adakah mereka miskin....
????
sekolah biasa okay...tapi belanja tusyen yang teruk sikit....

--------------
MELABURLAH DI BURSA MALAYSIA..GO KAYA 2005

203.106.5.:-)

nana67
Ahli Setia
11. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 1:11:40 tghari    [Edit]
Betul kate sangperabu,

Tapi yelah, nak sejuk kan hati kira tak ada rezeki ajelah, husban pulak kate kite guna kabel dirct dgn Allah s.w.t lagi berkat anak belajar ketenya. Kalau anak kite guna kabel(sebenarnya ada kabel) dpt masuk mana-mana sekolah tapi anak kite akan cemerlang drp segi akedamik tapi kite tak pasti daripada segi akhlak kerana kita dh guna hak orang yg lebih hak, so nana ikut ajalah apa yg husban ckp.

Tapi mcm kate sangperabu, perbelanjaan tu utk pastikan anak dpt pelajaran yg lebih sempurna kena keluar duit lebih sikitlah. Kalau ikut segi ekonomi nana n husban nie bukanlah besar sgt gajinya, alhamdulilah buat kate org tu taklah sampai kena meminjam itu saja.

tapi terkilan sikiiiiiit tu adalah juga. Kat sekolah anak nana yg dpt 5A 13 org hanya 3 org aje yg dpt masuk kemana-mana sekolah berasrama penuh. klu nak ikut pun drp segi kokurikulumnya lebih kurang aje, pendapatan parents mereka lagi baik drp kami. senang cite kira rezeki ajelah ye.

Terima kasih sekali lagi pada semua yg respon pada isu nana , insyAllah nana jadikan pendoman

202.188.130.:-)

maizana
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 5:57:10 ptg    [Edit]
Nana

Mara ada bagi ke jawapan kata anak u tak ditawarkan beserta alasan sekali?. I cuma check kat laman web... then masukkan angka giliran.. jawapannya cuma PERMOHONAN ANDA TAK BERJAYA... itu jer..

Anak I pun dapat 5A.. harapan tu memanglah nak anak tu sekolah berasrama penuh. Kat sekolahnya 31 orang dapat 5A.. punyalah ramai. Sek. Men Sains.. Kementerian Pendidikan yang akan pilih.. so I tunggu jugaklah.. tapi hampa...

Dalam masa yang sama.. I buat pertukaran biasa dari Sek. Men Taman Kosas (Selangor - I memang tak nak anak I sekolah kat sini... disiplin dia orang teruk bagi I) ke Victoria Institution dan Aminuddin Baki (Wilayah Persekutuan).. kedua-dua sekolah ni.. adalah sekolah Bestari (hanya dipilih 5As students). Tapi hampa jugak.. alasannya bagi keutamaan budak2 wilayah.

Kemudian anak I dapat tawaran KRK (Kelas Rancangan Khas).. dihantar anak I ke High School Kajang... I daftarkan ke sana.. dalam kelas tu semuanya 5A dan 4A student dan cikgu yang mengajarnya pun katanya cikgu khas untuk KRK.

Seminggu sekolah di sana.. anak I dapat tawaran ke Sek. Aminuddin Baki dibawah quota Yayasan Selangor... for sure I ambil offer tu.. so..dia pun sekolah di Aminuddin Baki dan berasrama di Asrama Tun Dr. Ismail, Kg. Pandan.

Sambil2 tu I tunggu jugak MRSM... I ingat boleh dapat sebab my hubby ex Air Forced... (rupanya dia bagi keutamaan anak orang yang masih dalam servis).. baru2 ni keputusan keluar.. anak I tak dapat.. tapi sebelum tu.. I dah bagi tau anak I.. kalau dapat area Melaka (Terendak Kem) jer yang I consider untuk hantar.. kalau selain Melaka... baik dia duduk diam2 kat Aminuddin Baki tu.. dekat sikit dengan I.. hari2 boleh jenguk...

Penilaian.. bagaimana nak masuk MRSM... akedemik 25% (katanya mesti 5A).. sosio ekonomi 45% (gaji RM 1000 and below) dan 30% koko.. Part yang ni.. I fail lah.. declare tak kerja.. tapi parents stay kat kondo... macamlah orang MARA tu bodoh bendul...

Tapi I tak kisah sangat pun.. sekurang2nya dia sekolah di Aminuddin Baki.. I boleh monitor dia time nak exam... tapi masalahnya.. anak I ni selalu nak balik lah.. tiap2 minggu nak balik.. balik pun sebab nak lepas gian main PS dan gameboy. Semalam my hubby dah pesan kat dia.. minggu ni kalau cikgu kata boleh balikpun.. ayah tak nak ambik kamu.. selamba jer dia jawab.. minggu ni memang tak leh balik..

Lagi satu yang pelik.. ada 2 kawan anak I.. yang mak ayah dia cikgu.. dapat ke MRSM.. ada special ke cikgu ni.. tak kan gaji mereka below RM 1000 kot?...

* Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 14hb Februari 2005, 10:50:54 mlm

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.148.:-)

nana67
Ahli Setia
13. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 08:24:08 pagi    [Edit]
Ya lah Pn, Maizana, nana hantar sms ke MARA, masuk WEB memang jawapan dia permohonan anda tidak berjaya, lepas tu nana telefun sendiri tanya bahagian pendidikan menengah, tu yang dapat jawapan anak puan gagal kerana ekonomi parents. Nana memang harap sangat MRSM kat Kuala Kubu sebab dekat ngan umah 30 minit aje. Sebab Sekolah sains dah tak dapat. Nana tanya juga boleh tak merayu, tapi jwpnya kalau puan meyu kami tetap akan melihat status ekonomi juga. Tak apelah kira tak ada rezekilah tu ,adalah hikmah tersembunyi disebaliknya yang nana tak dapat lihat.

Koko anak nana memang baik wakil daerah bola jaring, bola baling, corus speeking, bendahari persatuan, pengawas sekolah, wakil daerah pasukan marhaban.

Yayasan selangor macam tu juga jawapan sebab ekonomi, tapi yg herannya bos kat opis nie gaji RM4000.00 dapat pulak. Kalau nak kira anak selangor ayah nana memang orang Kuala Kubu emak lah orang pahang.

Tapi sekarang nana ikut nasihat kengkawan yg lain tunggu ajelah untuk tingkatan 4 yg akan datang. Cuma satu aje kelemahan kami parents tak dpt tumpukan 100% untuk melihat perkembangan pelajaran anak. Cuma satu aje yg nana risau takut anak nana tetap fobia dgn asrama.

Tq Pn.Maizana, dan tahniah anak dpt ke aminuddin baki. tapi selalulah bertanya khabar sebenar keadaan anak di asrama.

202.188.130.:-)

sangprabu
Ahli Setia
14. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 12:20:25 tghari    [Edit]
Sudah lah nana,..kita mintak ikut saluran yang betul...dah okay..jangan lah
kerana nak hantar anak masuk mrsm kita kita declare orang susah...nanti dimakbulkan olih tuhan lagi bala...elok2 ada kereta nanti terus jalan kaki...

Masa anak saya upsr dapat 4a 1b....dah tentu tak dapt masuk..sekolah asrama..
masa PMR baru ni dia cemerlang score 8A...Sekolah biasa je..cuma saya hantar tusyen..sebab nak ajar dia...saya tak bolih nak tolong..saya tengok pelajaran dia terlalu advance...kalau saya dulu tentu fail...
Anak2 kami seorang pun tidak dapat apa2 bantuan...buku2 semua beli sendiri..sebab saya declare yang benar...siap beri pay slip yang original...gaji cukup makan ..aje..

Yang penting sekali kita mesti beli buku soalan latihan..kat kedai buku...spen lah RM50 sebulan...biar dia rasa ujian setiap minggu..
Tusyen satu kemestian...
Memang banyak pakai wang...tapi demi pelajaran mereka...

Tapi saya rasa itu keberkatan nya...
Yang benar itu berkat...

--------------
MELABURLAH DI BURSA MALAYSIA..GO KAYA 2005

203.106.5.:-)

ardinawate03
Ahli Setia
15. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 4:58:47 ptg    [Edit]
bersetuju dengan hemoi...biarlah anak2 yg masih mentah tinggal dengan kita....byk lagi sekolah harian yang baik2 belaka....bila lagi anak2 nak tinggal bersama dengan kita...esok dah masuk u..terpisah...pastu kerja..pastu kawin.....

219.93.8.:-)

maizana
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 5:09:29 ptg    [Edit]
quote:
saya tak barapa setuju anak2 dihantar kesekolah asrama dikala umur masih mentah lebih2 lagi zaman sekarang yg byk masalah sos i a l nun diluar sana..saya ramai anak buah yg mana semua berjaya dlm pelajaran memasing..ada ambil kedoktoron,engineering,law, comp.studies n tahfiz..bila habis peringkat rendah memasing dapat 5A an terus sekolah biasa berdekatan rumah hingga form 3...


Kalau boleh memang nak sebegitu.. tapi kalau ada jaminan dan kita lihat ramai yang berjaya bila masuk ke asrama penuh.. teringin juga... macam I.. kat area I tu.. segala pusat game ada disitu... 4 .. 5.. buah games center ada disana.. rata2 I lihat budak2 sekolah yang masuk kesana.. I ni ibu bekerja.. kalau surirumah sepenuh masa.. memang nak anak sentiasa disisi... gejala sos i a l diluar tu lebih hebat... takut anak I terikut sama...

Kalau di asrama penuh tu.. dah tentu kawan2nya dikalangan yang rajin2 belaka (mungkin juga bernasib baik), maka diharapkan tempias tu ke anak kita...

* Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 15hb Februari 2005, 5:11:37 ptg

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

HeMoi
Ahli Baru
17. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 5:48:13 ptg    [Edit]

salam buat kak maizana...alhamdulillah dikurniakan keluarga bahagia dan anak2 yg comel dan pintar..memang hemoi faham kita memasing ade keinginan memasing utk masa depan anak2...itulah keluarga kami maizana
sebelas adik beradik saya sampai kemenara gading tiada seorangpun keasrama penuh sehingga form 3..kini cucu2 babah saya pula dididik begitu..kakak2 dan abang2 saya semua ada kerjaya malah selalu jugak memasing keluar negara...tapi mungkin we all bernasib baik babah kami turut mengambil berat cucu2nya..dia sentiasa berpesan kalau nak berjaya bukan setakat didunia tetapi juga untuk akhirat...kakak2 saya 2 org doktor alwiz cerita pada kami bagaimana siswi2 diuniversiti sekarang makin ramai menggugurkan kandungan diklinik2 swasta yg dimiliki kawan2 dia...itulah realiti zaman sekarang...boleh keasrama penuh tapi biarlah dewasa sikit, itulah babah saya juga ibu saya dan saya menyokongnya...pengukuhan ilmu agama adalah keutamaan dari segala2nya...alhamdulillah bila cuti2 sekolah anak2 buah lebih suka balik bercuti kerumah datuk...bila ditanya mengapa? jawapnya "lagi seronok dapat sembahyang jemaah dan makan jemaah dgn datuk dan nenek"....semuga anak2 kak zana juga berjaya dimasa depan...walau jaminan duduk diasrama penuh boleh berjaya dlm pelajaran semuga ada juga jaminan utk berjaya sebagai anak yg soleh...sama2 berdoa utk anak2 kita..insya'allah!

* Mesej ini telah disunting oleh HeMoi pada 15hb Februari 2005, 5:52:43 ptg

--------------
..::RinDu itu senTiasa MenJadi MiLik Ku::..

219.95.10.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
18. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 5:50:18 ptg    [Edit]
Kak Maizana

Kalo anak masuk Sekolah Aminuddin Baki...insyallah..sukses masa depannya...saya bekas Pelajar SAB..

--------------
~PnAnn~

eternal_beau
Ahli Setia
19. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 7:32:50 mlm    [Edit]
ayo ..yo .. susahnya skolah kat mesia sekarang ni ...

kat sini sumer free... budak2 pi skolah berlengang jer ..



kakak2 kat sini brapa ek sebulan guna duit utk anak skolah ???

honestly nak tau ni ...


--------------
=:Jika Takut Pada Kebenaran Jangan Bicara Pasal Perjuangan:=

82.41.68.:-)

maizana
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 8:15:24 mlm    [Edit]
PnAnn
Ibu dia dulu sekolah SIS (Sekolah Iskandar Shah - orang tak kenalpun.. tapi whitecabai mesti tau).. berjaya juga jadi xxxxtek.

HeMoi

Begitu juga dengan adik beradik kami.. terdiri dari profesional.. pun kami tak masuk asrama penuh (mungkin tak ada masa tu kot).., tapi itu zaman Kak Zana.. belum ada UPSR.. cuma ujian penilaian (darjah 5).. masa tu abang Kak Zana dapat 3rd grade pun boleh memasuki UM...

Abang Kak Zana yang satu lagi tu dapat 1st grade (21 aggregate) masih layak untuk ke oversea.. begitu juga dengan kakak yang lainnya dan Kak Zana sendiri cuma dapat 1 A2... the rest semua C... masih mampu menjejakkan kaki ke Universiti... Itu zaman Kak Zana.. zaman dah berlalu.

Keadaan sekarang berbeza... masing2 berlumba nak mencapai sebanyak mungkin A.. Kak Zana bukanlah terkilan sangat anak tak dapat ke asrama penuh.. tapi masih beranggapan... sekolah berasrama penuh lebih beruntung dari sekolah harian biasa. Malah kalau nak fikirkan SAB tu lebih baik dari MRSM.. sebab disana mereka bercampur gaul dengan ramai kaum lain (MRSM mungkin ada.. tetapi sedikit) dan dari segi penguasaan bahasa.. mereka berpeluang memperbaikinya.

quote:
kakak2 saya 2 org doktor alwiz cerita pada kami bagaimana siswi2 diuniversiti sekarang makin ramai menggugurkan kandungan diklinik2 swasta yg dimiliki kawan2 dia...itulah realiti zaman sekarang...


siswi pun manusia biasa.. ada nafsu berahi.. tittle siswi bukan jaminan yang mereka tak melakukan kesalahan.. begitu juga kalau kita lihat mereka yang berkerjaya dan berpelajaran tinggi.. seperti kes baru2 ni (engineer MBSA).. , mungkin sekurang-kurangnya bila berpelajaran tu.. harapan kita jaga2lah diri dan maruah.

eternal_beau

Rasanya Kak Zana dah berhabis banyak dah.. nearly 1K untuk anak sulung tu.. mana ada istilah buku pinjaman lagi?.. Kemudian.. semuanya sekolah make money, folderlah.. buku koko lah... samping, necktie.. belum lagi asrama... cadar mesti beli kat sekolah.. walaupun kita sendiri dah ada..

Stay kat asrama.. makan dah bayar siap2.. cuma duit poket dalam RM 80 sebulan.

Anak perempuan Kak Zana.. campur tuisyen dan kelas piano adalah dalam RM 180 sebulan...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

60.48.218.:-)

roseum
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 11:50:16 mlm    [Edit]


ermm.. pada pandangan roseum, kalu anak tak mahu, tak perlulah paksa... lagipun dia muda lagi... ade peluang lagi nak masuk asrama form 4 nanti...

pengalaman roseum sendiri, dulu masa form 1, dapat masuk asrama, mmg berprestij giler lar sekolah asrama nih, sapa masuk situ, mmg salute lar... tapi setengah tahun, roseum kuar... atas sebab2 tertentu esp. masalah kesihatan, tekanan blaja untuk maintain cemerlang dan jugak homesick

masa nak kuar dr asrama tuh, mmg sumer menentang dan kutuk giler melainkan family roseum dan cikgu maths roseum di sekolah asrama tuh... ingat lagi cikgu tuh kata "actually usia 13 tahun terlalu muda utk u all berpisah ngan family, byk perkara yg u all perlu blaja dlm idop nih sebelum leh dilepaskan pergi berdikari sendiri..maknanya kalu u all masuk asrama masa form 4 tuh kira oklah sket, dah matang".... so, roseum teruskan juga akhirnya niat untuk quit...

so, balik le ke sekolah harian sampai form 3... exam PMR dapat cemerlang lagik, dapat lagik offer sek berasrama penuh (yang berlainan drpd form 1 dulu) dan MARA... akhirnya gi sekolah asrama penuh... sebab dah matang sket, enjoy lah sket idop di asrama biler masuk kali kedua nih...

Alhamdulillah, SPM score lagik...sampailah akhirnya melangkah kaki ke universiti... masuk universiti jumpa balik ngan kawan2 di sekolah asrama masa form 1 dulu tuh..bangga beb !! kita serupa !! skrg dah grad ngan 1st class hons dan dh keje pun.... Alhamdulillah.... semuanya dipermudahkan olehNya....

so, moral of the story...kalu kita study smart consistently, campak di mana pun, tetap menjadi... dan percayalah, apa yg berlaku pasti ada hikmahnya... sebagai ibu, tanggungjawab u adalah memantau progress anak u dalam pelajaran supaya dia maintain cemerlang tak kira dia bersekolah di mana sekalipun...

so, tepuk dada tanya hati...


--------------
Sayangi Diri Sendiri Sebelum Anda Disayangi...

218.111.20.:-)

kittun
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 00:44:11 pagi    [Edit]
a'kum.
kittun setuju dgn ezlyn, kalau anak nana taknak masuk sekolah asrama masa form 1, biarlah dia stay sekolah harian biasa, dan duduk dgn nana dulu.lepas pmr barulah masuk sekolah asrama..dan ramai juga pelajar sekolah harian lulus dgn cemerlang pmrnya..biasanya produk ni, pi mrsm..

kalau anak tensen dok sekolah asrama, result teruk juga nanti.banyak juga kes camni.ramai juga kat boarding school teruk resultnya..tapi dicover oleh pelajar2 cemerlang.

sekian pandangan 1 sen saya.hehe.

--------------
sabar itu indah..

138.253.28.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 03:09:42 pagi    [Edit]
anak kalau dah pandai, letak sekolah mana pun pasti berjaya, ibarat berlian walau dicampak kemana sekali pun tetap akan berkilau..

kesian jugak kecik2 lagik dah kena duduk diasrama...

satu lagik tak semestinya belajar kat sek harian tak boleh berjaya..cuma masyarakat hanya nampak sek berasrama penuh lulus 100%, mmg la sbbnya yg pergi sek asrama tu semuanya terpilih (bijak2) kat sekolah harian tu hanya belen2 yg tak boleh masuk sek asrama, abis camno

kat sek harian biasa pun para guru berhempas pulas mendidik pelajar supaya memperolehi kelulusan 100%, jgn lah risau dan rasa kecewa krn anak tak dpt belajar di sek berasrama penuh

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 16hb Februari 2005, 03:10:43 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

eyzlyn
Pengendali
24. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 04:36:57 pagi    [Edit]
hihihi... satu advantage duk kat rumah, masa tu la mak nak turunkan ilmu rumahtangga especially memasak kat kita. memang umur 13 tahun for a girl, terlalu muda nak keluar rumah. ini pendapat sayala. dah 16 tahun tu, anak dah matured skit.

apa-apa pun, saya memang duk sekolah harian biasa. fasal apa? woo... saya tak mau sia-siakan zaman remaja saya dgn belajar jer. kat sekolah harian biasa, saya boleh pergi tution, ada internet dan pc sendiri kat rumah, tak campur dengan SEGA (Masa tu PS1 dan PS 2 blom ader),ASTRO, baju boleh masuk washing machine dan yg pasti saya rasa safety dgn keluarga saya.

bak kata kak noor

quote:

anak kalau dah pandai, letak sekolah mana pun pasti berjaya, ibarat berlian walau dicampak kemana sekali pun tetap akan berkilau..



saya dah buat kajian ni masa zaman study saya, memang 100% betul. tetapi, kalau tak tahan dgn godaan nak-nak form 4 tu honeymoon year, masuklah MRSM lepas PMR. godaan kuat betul. tapi hati mesti kuatlah. semangat juang kena tinggi. sebab saya cakap macam ni, persekitaran sekolah harian biasa lain dgn MRSM. kat MRSM, semua yg ke sana jenis kak study, kat sekolah biasa ni, berapa keratlah yg betul-betul nak study.. nak-nak sekolah macam saya ni.

nana,

lin rasa lepas PMR, mungkin anak awak berkeinginan nak masuk MRSM. percayalah.. dan lin percaya pada masa itu dia sudah boleh belajar untuk berdikari...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

nana67
Ahli Setia
25. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 09:02:15 pagi    [Edit]
Terima kasih atas pandangan kengkawan semua,

Sekarang nana dah sekolah anak nana dekat umah, bagus juga sekolah tu, semua murid kena sembahyang berjemaah sebelum balik umah.

Keluar drp sekolah Agama Tinggi nana tak sekolahlah dia selama sebulan, duduk umah aja atas sebab:-

1) tunggu keputusan MRSM sebab harap sangat, dan x sekolah kan dulu adalah kerana nak jimat belanja. Masa daftar dan sediakan kelengkapan utk Sek Agama tu dah dekat mencapai 2K. Kalau masuk kesekolah sekrg kena keluar belanja lagi baju, buku, yuran. dengan anggapan kalau dpt MRSM belanja nya dkt 2k juga dgrnya.

2)ada betul juga Apa Puan.Maizana ckp , kalau duduk di asrama cara pembelajaran tu lain sikit, tempias bebudak yg pandai tu sipi-sipi melekat juga kat anak kita. dgn situasi parents bekerja sekrg keluar subuh, dan balik maghrib, masa untuk melihat pelajaran anak tu kurang dpt dipraktikkan.

3)setuju juga dgn pendapat Hemoi, pernah dgr satu ceramah Dr.Hasmah drp pendidikan di hantar anak dia ke overses lepas tingkat 5, dan dia banyak terlepas menumpahkan kasih sayang kpd anak tersebut, pada mulanya tidak disedari, sehingga anak itu sendiri menelefun drp Oversea dan menyatakan ketidak puashatinya atas penghantarannya kesana dan kurangnya kasihsayang dan perhatian drp parentsnya. parenta 2-2 berpangkat besar mungkin masa tidak mengizinkan mereka berbuat begitu semasa anak berada di Malaysia. Dan dia juga menyatakan tidak sempat untuk melihat rupanya anak tersebut tidak sempat menghabiskan satu kitab suci al-Quran sebelm berlepas kesana- akhirnya beliau menasihati kami supaya melihat keadan anak-anak memasing seperti yg dimaklumkan oleh Hemoi.

4) baru-baru ini berbual dgn pengusaha kinder garten anak , anak sulung nya juga mempersoalkan beliau kenapa menghantarnya keasrama, dan yg lain tidak mama n papa tak adil memisahkannya diwaktu umur yg masih muda.

emm berat juga mendidik anak yg makin dewasa nie, kite parents kena banyak menambah ilmu rupnya. TQ rerakan semua

202.188.130.:-)

eternal_beau
Ahli Setia
26. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 8:59:40 mlm    [Edit]
quote:
eternal_beau

Rasanya Kak Zana dah berhabis banyak dah.. nearly 1K untuk anak sulung tu.. mana ada istilah buku pinjaman lagi?.. Kemudian.. semuanya sekolah make money, folderlah.. buku koko lah... samping, necktie.. belum lagi asrama... cadar mesti beli kat sekolah.. walaupun kita sendiri dah ada..

Stay kat asrama.. makan dah bayar siap2.. cuma duit poket dalam RM 80 sebulan.

Anak perempuan Kak Zana.. campur tuisyen dan kelas piano adalah dalam RM 180 sebulan...

kak zana

mekasih banyak .. tak sangka lak sampai cam tu sekali.. tu lum lagi nak masuk u kan ..

e/b ni taun depan my girl masuk skolah ..
kami cadangkan nak antar dia kat kampung pak dulu ..
biar dia rasa susah senang idup kat kampung ..
biar dia merasa segala kemunduran dan kejakunan..
biar dia cedok segala pengalaman yg. mahal itu ..
pengalaman yg. tidak sumer urang berpeluang merasakannya ....

bila dah besar nanti tak tau lagi ..camana corak dan warnanya ..
kak nana berjaya mendidik anak2 .. e.b ni baru nak mula !!

bila baca cerita kat sini terkedu sekejap ..

cepatnya masa berlalu..
budak2 sekarang tidak lagi macam dulu2..

--------------
=:Jika Takut Pada Kebenaran Jangan Bicara Pasal Perjuangan:=

82.41.68.:-)

roseum
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 11:15:48 mlm    [Edit]


well, congrats... anda dah buat keputusan yg sepatutnya...


--------------
Sayangi Diri Sendiri Sebelum Anda Disayangi...

218.111.207.:-)

maizana
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 09:14:16 pagi    [Edit]
nana67 ,

Akhirnya anak saya dapat juga ke MRSM. Mungkin 2nd intake... 1st intake memang tak ada nama dia. Tapi instinct I.. kata.. anak I mesti dapat.. hari2 dok check peti surat.. dan jawapan tak menghampakan.. last friday tengok peti surat ada offer letter dari MARA.. Alhamdulillah.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

CheNot
Ahli Baru
29. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 11:37:28 pagi    [Edit]
Nana, saya dulu pun tak berpeluang masuk sekolah berasrama penuh walaupun ayah saya merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam membuat pemilihan masuk ke sekolah asrama masa tu (sekarang dah pencen). Kami semua sekolah biasa je tapi semua control school so sama je macam sekolah asrama sebab mostly ramai budak yg pandai dan very competitive. Reason ayah saya tak hantar asrama penuh, sebab dia nak kami compete dgn non Malays. Alhamdulillah semua lulus dgn cemerlang. kalau tak 17A1 pun, ada le antara kami yang dapat 9A1 masa SPM.

Soal persekitaran tak sama macam sekolah asrama, terpulang le......ikut camner parents control anak-anak kat rumah. Saya dulu parents saya memang strict pasal study ni. lepas balik sekolah ada tuisyen, petang boleh berseronok jap. Lepas sembahyang Maghrib malam, kena buat kerja rumah, study. Ayah saya memang tunggu kitaorg masa tu. Kalau pkl satu kitaorg tidur, pkl satu le dia tidur. Jadi samada masuk sekolah asrama atau tak, tiada bezanya bagi kami. Nana tak yah le rasa sedih sgt kalau anak tak dapat masuk asrama. Janji anak kita rasa comfortable di mana dia berada dan dapat bagi sepenuh perhatian kepada pelajaran dia.

203.115.196.:-)

Melayu04
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 10:04:51 mlm    [Edit]
nana67........

ini berdasarkan pengalaman sayer menjadi guru ni sekolah berasrama penuh terbaik di malaysia sejak bertahun lalu.........setiap kali exam spm diumumkan sek ni jer yg bagus...........so berdasarkan pengalaman bercampur ngan pelajar dan melihat perkembangan pelajar cemerlang ni saya suggest kat nana supaya ikut jer dulu kehendak anak tu.........sbb bagi saya pelajaran di asrama terutama ke mrsm.( mara ) sebaiknya bermula pada usia dia ditingkatan 4....dan hendaklah memilih mrsm yg tertentu aje.........sbb seandainya dia gagal ke mrsm PKP........4 buah sahaja lebih baik dia duduk saja disekolah biasa yg sempurna......maknanya semua guru menjalankan tugas dgn baik drp kita memaksa mereka ke asrama penuh kerana banyak kes yg berlaku anak gagal menyerlah diperingkat PMR terutama di mrsm kerana kegagalan menyerap tekanan budaya belajar pelajar menengah atas yg mereka jadikan contoh dalam pembelajaran............

tetapi apabila mrk telah survive semasa ditingkatan 1-3 disekolah harian dan mereka layak ke mrsm .....mereka akan menjadi pelajar yg lebih cemerlang dan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara lebih luas............bayangkan pada tahun 2002......seramai 100 orang pelajar daripada seramai 140 pelajar di sebuah mrsm PKP diutara telah dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam semua bidang teknikal dan sains......melalui mara....itu kelebihan bila menyertai mara........begitulah yg berlaku pada setiap tahun........

kesimpulan mudah : semasa saya mengajar di mrsm tersebut.......majoriti guru sendiri tidak menghantar anak mereka ke mrsm pada tingkatan 1.......tetapi dibiarkan dgn sistem kementerian.....selepas pmr baru mereka pastikan juga anak mereka menyertai sistem mara........

--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......

218.111.3.:-)

Pinardi90
Ahli Setia
31. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 08:50:12 pagi    [Edit]


Pada P90, jangan la antor anak2 masuk asrama masa dia porm 1 sbb takut dia terpengaruh ngan unsur negetip....padahal masa nih la paling kritikal........sbb P90 penah alaminya ....so tau la sket2.....hehhee....kalau lepas PMR tuh boleh laa...tuh pon kena tengok la dulu pe'el dia cam ner....kalau OK...lepas laaa.....kalau tak...ermm...kena pemantauan yang lebih ketat laaaaaa....tu jer laaaa

--------------
No BOdY ElSE BuT ME!!

61.14.137.:-)

nana67
Ahli Setia
32. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 08:54:16 pagi    [Edit]
Tahniah Pn.Maizana.

Tq kepada melayu04 dan kengkawan semua.

Setakat nie tengok Alhamdulilah anak nana dah ok sekolah kat sek.Harian biasa, cuma kat sekolah tu banyak guru pelatih, kemudahan komputer kurang sikit begitu juga dengan makmal.

sekarang pun nana dah boleh terima kenyataan. Janji anak happy dan boleh belajar. Ujian baru nie pun alhamdulilah 80 % mata pelajaran dapat pertama dalam kelas , dan 20% kedua dalam kelas.Melayu baru nana tahu mcm tu rupanya sistem kat MRSM.

202.188.130.:-)

Arman754
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 08:55:28 pagi    [Edit]
Uhhhhh........toksah masuk asrama. Sekolah harian pun ok skrg nih.
Sampai skrg aku rasa kehilangan sebahagian dari masa remaja sbb dari form 1 masuk asrama. Tak cukup tu matrikulasi. Kat U duduk kampus lagi. Berapa punya banyak asrama.

Aku kalo boleh tanak hantar langsung anak aku masuk asrama......sbb pengalaman tu.

210.187.95.:-)

maizana
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 10:33:20 pagi    [Edit]
Terimakasih Nana...

Sebenarnya.. pada I.. pilihan nak masuk asrama atau tak... terletak pada kita sendiri. Sebab hanya kita yang tahu bagaimana perwatakan anak kita dan kita jugalah yang lebih tahu hala tuju anak-anak kita.

Awal2 topik ni lagi I dah katakan.. walaupun peringkat permulaan anak I tak tersenarai dalam senarai yang berjaya.. tapi I memang teringin nak anak berasrama penuh.. , dan masa anak I tak tersenarai I tak lah memburuk2kan atau mengatakan asrama tu tak elok untuk anak2.

So now anak I dah dapat Alhamdulillah, yang tak best nya dengar macam2 cerita... yang tak baik tentang asrama... itulah kita.. selalu memberi gambaran yang tak baik tentang sesuatu.. yang baik tak nak kata... patutnya be fair...lah kan.. mesti ada pro and cons.

Sebenarnya.. semua orang nak yang terbaik untuk anak2. I nak cerita sikitlah pasal anak2 I...

I ada anak 4 orang. Anak sulung ni.. I nampak ada potensi dalam belajar... sebab dari umur 4 tahun dah nampak kecemerlangannya... dan.. nakal pun boleh tahan... nakal anak I ni.. nakal belakang.. depan I macam tikus jatuh ke beras.. kalau tetamu datang.. semua kata anak I baik.. depan I pun baik.. patuh pada arahan.. tapi bila I tak ada... hmmmm.. macam-macam jadinya... I sampai bawa rotan carinya ke game centre... Cara I didik anak.. agak conservative... I tak kisah cikgu rotan dia.. sebab I tau kalau dia tak salah.. cikgu tak denda.

Anak I.. bukanlah kategori samseng.. bukan kategori suka pau-pau orang.. bukan kategori suka pukul2 orang ni, main bola pun tak pandai. Tapi dia degil.. suka main game... malas membaca... and I call him destroyer.. sebab suka nak tahu sesuatu sampai sanggup buka dan tak tau pasang balik.. contohnya radio.. dia nak tau how its works.. bukak.. dan terbarai.. tak boleh pasang balik....

So.. I nak dia duduk kat asrama.. supaya dia disiplin sikit.. dan dia pun willing to go.. bukan paksaan. Harapan I.. dia akan lebih berdisiplin.. kalau dulu disiplin kurang... dengan lebih berdisiplin.. I berharap pelajarannya lebih cemerlang. Itu harapan I.. kalau dia sekolah harian.. nak tengok dia berjaya.. jawapnya.. I kena berhenti kerja dan pantau dia sepanjang masa.

Anak kedua, ketiga dan keempat.. kesemuanya perempuan.. yang kedua tu.. ada potensi dalam musik.. so rasanya biarlah duduk rumah jer dan sekolah harian bila form 1...dan biar dia tumpu kan ke bidang muzik dia.

Yang ke tiga... dan ke empat.. masih kecil.. jauh lagi perjalanan.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
35. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:13:48 ptg    [Edit]


saya ni bekas budak asrama, duduk asrama dari f1 sampai u6... jenguh dok asrama... sambung lagi, kat u, puin duduk asrama, dari th1 sampai th4, masuk kerja, tinggal pula diasrama, jaga budak2.. dah masuk 10 tahun... sehingga sekarang... kira2nya lebih daripada separuh, umur saya, duduk di asrama...
komen saya... ada pro dan kon... duduk asrama ni... yg penting, diri budak itu sendiri, kalau pandai bawa diri, mana2 ok... kalau tak pandai bawa diri, di mana2 hanyut!!!! yg kedua... kena pandai pilih kawan dan berkawan... sebab pengaruh kawan sangat kuat... kalah nasihat ibu bapa..., kalau salah pilih kawan dan berkawan... bukan setakat hanyut, lemas terus jadinya... di mana2 pun sama... umur tak jadi masalah, yang penting, anak itu matang, bersifat mendiri, keras (bukan kasar), tangkas, dan tidak bersifat kera duku... tak kenal orang, cuma tahu dunianya sahaja... kalau tak ada sifat macam ni, payah nak survive di asrama...kalau masuk pun, inilah bakal2 mangsa... kalau berhajat nak masukkan anak2 ke asrama, latihlah anak hidup mendiri, keras sedikit, tangkas, kenal2 orang, hidup bermasyarakat... baik lelaki mahu pun perempuan...
Sekarang kita bukan setakat mahu anak2 dpt 17A, 18A... kita hendak juga mereka ini jadi orang yg sebenar2nya orang, bukan manusia robot... reti erti kemasyarakatan, kejiranan, alam sekitar, negara, bangsa, dan agama!!!

161.139.100.:-)

nuralisya
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:52:29 ptg    [Edit]
NANA
sama cam EZLYN cakap aa.. rasanya elok tunggu lepas PMR baru hantar asrama..

kalu antar asrama pun, selidik pencapaian & enviroment sekolahnya. kalu tak, tak mengapa laa hantar sekolah biasa.. at least depan mata mak bapak.

202.184.41.:-)

Melayu04
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 4:02:12 ptg    [Edit]
kejayaan pelajar atau sesebuah sekolah dlm peperiksaan atau moral pelajar sebenarnya terletak kepada disiplin pelajar sekolah tersebut. kalau pelajar teruk......ilmu tak berkat.......jahat dan bukan nakal.......nakal masih ok........sbb itu realiti kejadian kanak2.......dan remaja.....tapi jahat.......maaf lah buang masa jer nak bentuk...........tapi majoriti budak kita nakal...........yg jahat tu kalau dah pukul guru.........takkan nak pujuk dia jadi baik............gunung berubah.....tak pelik tapi kalau ada manusia yg berubah itu pelik..................

--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......

218.111.3.:-)

haji_abhar
Ahli Baru
38. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 4:29:27 ptg    [Edit]
Assm.,

Bagi saya peluang anak memasuki SBP perlu diambil dan jangan sesekali melepaskan peluang tersebut. Tak kira selepas UPSR atau PMR. Peluang hanya datang sekali bagi setiap peringkat pengajian. Bergantung kepada kita untuk memantau prestasi pelajaran anak kita semasa mereka berada di asrama.

Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman. Anak yang sulong (perempuan)dari T1 hingga sekarang T4 tidak ada masalah untuk belajar dan disiplin dijaga. Cuma semasa di T1, kena buli dek kakak-kakak senior. Saya datang jumpa Guru HEM dan minta berjumpa dengan senior tersebut. Saya saikologi dan sekellogi mereka. Dan tiada buli terhadap anak saya selepas itu. Dan saya pastikan anak saya tidak akan buli adik-adik di STF.

Anak kedua lelaki, lompat ditahun 4. Tak dapat masuk SBP lepas UPSR macam kakaknya. Sekolah biasa saja. Hikmahnya kita dapat memantau secara terus dari segi pembelajaran mahupun disiplinnya. Alhamdulillah lepas PMR dapat masuk SM Teknik Pontian. Itupun tiap-tiap minggu kena jengok apa yang dibuat dan dipelajari.

Anak ketiga, sekolah biasa saja. Perempuan. Tiada masalah tentang pembelajaran dan disiplin. Walau pun sekolah biasa. Prestasinya amat memberangsangkan. Masih T2.

Anak keempat perempuan, terus saya hantar ke SM Sains Bandar Penawar apabila ditawarkan ke sana tahun ini. Sebelum ini di SSI JB dapat duduk asrama. Pengetua nasihatkan pergi kerana peluang dah diberi. Saya lihatpun begitu. Alhamdulillah pelajaran dan disiplinnya dikawal dan ada spy (yang tak dibayar gaji) untuk memantau kegiatan anak.

Cuma agak letih sedikit nak ziarah mereka tiap-tiap minggu. Satu di hujung sebelah barat (Pontian) dan satu lagi dihujung sebelah timur (Bandar Penawar). Dan satu lagi ditengah-tengah. Harap-harap mereka tidak memberi sebarang masalah semasa menuntut di asrama.

Wassalam.

161.139.89.:-)

maizana
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:40:39 ptg    [Edit]
haji_abhar

Thanks for sharing. Anak I selama 3 bulan duduk di asrama Yayasan Selangor ni... I dah taulah serba sedikit kelemahannya. Mungkin kerana rumah I dekat dengan asramanya.. maka dia pun ambil kesempatan atau I sendiri yang beri peluang untuk dia tak berdikari.

Semalam I jumpa pengetua asramanya untuk inform anak I nak keluar asrama Yayasan Selangor... dari pengetuanya I tau yang dia ni tak ada lagi sikap2 berdikari. So.. bagi I selagi dia berkepit dengan I.. selagi tu dia tak akan ada sikap berdikari...

Pernah satu malam tu.. I hantarkan baju untuk nya.. terpaksa tunggu sampai pukul 10.30 untuk dia habis tuisyen .. itu yang I nak tengok. Selama ni I tak pernah hantar dia ke tuition centre (I sukar nak percaya pada kelas2 tusyen kat luar ni).

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

hemobikbik
Ahli Setia
40. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 6:01:44 ptg    [Edit]
hemo dulu dpt masuk MRSM, dpt recommendation dr org MARA. ramai org kampung hemo masuk MRSM, selain dr result etc. adalah dari recommendation org kuat negeri pahang. itu dulu, sekarang tak taulah.. tapi adik2 hemo try apply w/o recommendation, tak dpt - tak tau lah bukan rezeki dia kot.

dr segi belajar, power & berdisplin. cikgu pun byk yg komited, & mengajar subjek khusus. alat2 belajar bagus & up to date. kalau rajin belajar, sure hepi duk asrama nih... tapi ada cons jugak - yg jenis panjat pagar sekolah tiap2 mlm pun ramai, yg kena kantoi tido kat luar ngan b/f pun ramai.... aktiviti skodeng budak pompuan mlm minggu pun banyak... tapi bab2 buli student, hemo rasa kurang.

I rasa belajar 3 MRSM - all so far is good experience for me except hemo ni malas belajar!!! kalau jenis takde displin, kantoi duk MRSM sebab dia tak depends on periksa shj - tugasan, aktiviti luar sumer dikira.

Sekarang ni MRSM memang strict. result tak ok dia akan tendang keluar, so students akan lebih komited utk belajar...

tapi dari form 1 - form 5 duk asrama, hubungan ngan adik-beradik kurang sikit. sebab walaupun hemo anak sulung, hemo tak merasa jaga adik no 5 & 6. lepas hemo kawin baru diaorang kamceng ngan hemo...

* Mesej ini telah disunting oleh hemobikbik pada 23hb Mac 2005, 6:04:41 ptg

202.189.55.:-)

nuralisya
Ahli Interaktif
41. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 6:06:35 ptg    [Edit]
quote:
Cuma agak letih sedikit nak ziarah mereka tiap-tiap minggu. Satu di hujung sebelah barat (Pontian) dan satu lagi dihujung sebelah timur (Bandar Penawar). Dan satu lagi ditengah-tengah. Harap-harap mereka tidak memberi sebarang masalah semasa menuntut di asrama.

emm.. memang yg jenis prihatin tu rajin ziarah..

masa zaman gue.. smua lepas sendiri.. cuma wajib tepon tiap-tiap minggu.
pastu.. bersedia laa.. bila tiba-tiba, mak terpacak kat pintu bilik waktu subuh... (sebab dia naik bas malam, sampai skolah subuh, dan amik bas pd malamnya).. sanggup tu 'pegi balik hari' kl-utara... semata-mata nak wat spot check.. anak dia sihat ke tidak.

cuma dlm adik bradik.. yg bongsu saja yg skolah biasa.
sebab ntah naper.. ayah ngengada plak takmo antor..
dia kata sunyi kalu adik takder...
tp dah masuk universiti.. kira okey dah...
pandai berdikari.. lebih rajin dari akak dia.. hehehehe

kesimpulannya:
timbang laa baik buruk.. mengikut situasi dan kebijaksanaan dan..
instinct mak bapak..

* Mesej ini telah disunting oleh nuralisya pada 23hb Mac 2005, 6:07:20 ptg

202.184.38.:-)

sofiaaliya
Ahli Setia
42. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 05:41:43 pagi    [Edit]
My experience,lepas drjh enam dapat offer SBP,tapi sekolah kat situ cuma 2 bulan je coz i rasa tension berjauhan dgn parent.Mmg homesick gila2 punya sampaikan apa yg cikgu ajar tak masuk.I fikir kalau i teruskan jugak,maybe takkan kemana coz tak boleh concentrate dgn study.

Then sekolah biasa and masa PMR,dapat 8A but i still dgn my decision,taknak gi asrama.I prefer sekolah biasa yg dekat dgn rumah and my parent pun tak halang and in fact,didikan diorg mmg i rasa mcm kat SBP plak,my parent mmg strict dlm didik we all adik beradik.

Then lepas SPM,dpt masuk U,ni pun sengaja pilih U yg dekat kebetulan course yg i buat i.e law ada kat sini.Memula tu,missed sgt everything kat umah,tapi nasib baik umah dekat,time matriks patutnya takleh balik everyweek,but i balik je.Then bila dah masuk first year,still stay kat hostel,but i ada kereta,so senang nak balik umah.

Maybe i ni jenis yg attached sgt dgn family,takleh nak berjauhan,that's why i prefer sekolah biasa but at the same time,i tak neglect study and always nak compete dgn kwn2 sekelas termasuk from other races.

But now,akhirnya jauh gak dgn my parent lepas kawin coz ikut hubby yg kerja kat sini.Nasib baik kerana hubby,kalau tak,tak inginnya jauh2 berpuluh ribu batu ni.

My hubby pun sama,tak gi SBP,after SPM baru berjauhan terus study kat ireland ni sampailah skrg dah kerja ni.We all pun slalu bincang yg one day nanti,biarlah our children takyah masuk SBP dulu masa form 1 tu.Kalau nak masukpun,maybe after form 4,itupun if we all percaya dia boleh manage,kalau stay kat rumah pun,if didik dgn betul and diorg ada kesedaran,insya-allah berjaya juga.Yg penting,kena ada kesedaran utk memajukan diri tak kira kat mana u berada.

--------------
~sofia~

83.71.82.:-)

wanli
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 08:07:31 pagi    [Edit]
mmm.. nak join gakss... anak nana sekolah kat sekolah agama mana???

actually,

awal bulan 3 yg lepas ni, saya ada hantar adik saya yg baru lepas PMR ke sebuah sekolah berasrama penuh agama yg terletak di Selangor.. mula2.. memang la adik saya ni beria sangat.. sbb x penah duduk asrama n rasa excited sangat.. masa hantar dia tu.. ok jerk.. byk juga barang2 yg dia bawak.. seminggu kendian.. dia dah mula buat hal.. bukan buat hal apa.. dia dah nangis2 tepon mak saya... beritahu dia x nak sekolah situ lagi.. hehe.. tergelak saya.. memang dah jangka.. sure kejutan budaya nih.. x biasa tinggal luar.. siap mengadu lagi pada mak saya.. kawan2 dia simbah air la.. cam dorang dah ada klik masing2.. n buat x tau jerk ngan adik saya... adik saya sorang ni memang pendiam skek.. dia x suka melawan.. suka pendam perasaan.. alih2.. masa cuti sekolah seminggu tu.. dia pegi angkut suma barang2 yg dia dah bawa masa pendaftaran tu.. termasuklah hanger, baldi, cadar.. satu apa pun tak tinggal kat asrama tu.. beria dia cakap x nak sekolah kat situ balik... hehe.. masa balik tu.. ada la gotong royong kat sekolah lama dia.. dia laks yg sibuk2 pegi sekolah lama dia.. ingatkan nak jumpa kawan2 lama.. skali dengan dia skali pegi buat keje gotong royong tu.. siap bersihkan makmal lagi.. isk... isk.. macam sekolah dia jerk.. padahal dah bekas sekolah.. bila cuti skolah dah abis.. nak tak nak terpaksa la dia balik.. siap cikgu kasik kaunseling lagi.. ye la.. bukan senang nak tukar2 sekolah.. lagipun.. kalu pindah time ni.. nnti ada subjek yg x masuk kepala.. susah gaks... so.. skarnag ni dia dah balik semula ke sekolah tu.. n kiter tunggu je la.. cemana dia nnti... ahad ni saya akan pegi melawat dia.. ye la.. x biasa lg.. harap2.. dia ok..

saya lupa nak kasik tau.. yg adik saya yg masuk asrama ni, ada kembar.. kira dia ni si kakak.. yg si adik ni sekolah kat sekolah tinggi hishamudin klang.. kira keputusan dorang pun sama.. 8A 1B.. si adik pun ada gaks dapat tawaran sekolah asrama penuh.. tp dia siang2 lg cakap x nak. alih2.. si kakak laks yg nak gie.. hehehe.. alasan si adik ni, sbb dia nak amik STA.. mmm.. nak di banding si adik ngan si kakak ni, si kakak ni dia pendiam n suka pendam perasaan.. si adik ni lain skek.. suka marah2.. yg jadik mangsa.. si kakak.. si adik ni tegas orangnyer.. dia akan pertahankan hak dia.. si kakak laks.. suka mengalah.. alahai... tu yg saya naik risau bila dia dok asrama tu.. takut kena buli ngan kengkawan.. si adik laks.. kalu dia kena buli.. dia balas balik.. kiranya.. apa yg xde pada si adik.. ada pada si kakak.. begitu juga sebaliknya..

yg kelakar tu.. masa dok sama2.. malam2 masak megi makan sama2.. citer antara dorang dalam bilik kenkadang sampai lewat pagi.. huh.. kuar gado gaksss... bila si kakak ni dah xde.. si adik ni dok sensorang,... mula la x tentu arah.. cara si adik ni nak menghilangkan rasa rindu tu, balik lewat tiap hari.. buat aktiviti kat sekolah.. macam2.. aktif jugak dia nih.. tp tu ler.. sampai je rumah.. ingat si kakak.. siap x lalu makan lagi.. sama jugak la dengan si kakak.. x lalu nak makan kat asrama.. x leh tido.. slalu tido adik dia dok sebelah.. skali tido kat asrama.. kawan2 dia jerk..

isk.. rasa klakar gaks.. tp tu ler.. dah namanyer kembar.. gitu ler.. sama2 doakan adik saya yg kat asrama tu ok.. salamzzzzzzzzz......

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

manisa
Ahli Baru
44. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:00:21 pagi    [Edit]
Bagi pendapat saya, memang elok hantar anak˛ ke sekolah berasrama
demi untuk memastikan pencapaian akademik dan akhlak yang seimbang, serta membentuk disiplin dan sahsiah diri yang baik.

jadi ayah saya memang target akan hantar anak˛nya ke sekolah asrama demi memastikan pelajaran kami adik beradik tidak terganggu. even orang kata masih kecil lagi, masih tak pandai nak urus diri sendiri, namun ayah saya nekad jua. kami memang rasa sedih, berbagai lah perasaan yang tak seronok timbul, maklumlah kena berpisah ngan parents. namun kenalah kuatkan semangat, kalo tidak, tak dapatlah nak hidup cam hari ini. alhamdulillah, semuanya berjaya.

Kalau dibandingkan zaman 80an - 90an dahulu, pendapatan orang melayu terutamanya tidaklah macam sekarang nie. rata-rata dah mampu nak hantar anak pegi tuisyen, dah mampu nak beli komputer (satu rumah satu buah), buku teks sume dah boleh beli sendiri. zaman sekarang nie, kehidupan dah lebih selesa, rumah pon dah luas, dah ade ruang belaja, ruang solat, dan bermacam jenis ruang lagi.

masa saya dahulu, duduk pun dirumah flat dbkl, rumah kecik, hanya ade dua bilik, memang tak sesuai langsung kalo nak blaja.dengan keadaan yang bising, hiruk pikuk nya, menjadikan suasana belajar yang tak sihat.

namun semuanya bergantung pada u all semua, kalau rasa mampu nak didik anak sendiri, dari segi duniawi dan ukhrawinya, dan boleh sediakan persekitaran pembelajaran yang selesa dirumah, ape salahnya belaja di sekolah harian, lagi elok kalo kita dapat didik anak kita sendiri. kita lebih puas hati kalo dia cemerlang dunia dan akhirat hasil dari sentuhan kita sendiri. lagipun ibu bapa sekarang ramai yang educated, dah mampu nak didik anak sendiri, cuma mungkin dari segi masa yang kurang cukup. namun, nak seribu daya...

219.93.8.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005