|
||||||
| Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib | 15hb Rejab 1434 @ 25hb Mei 2013, 02:29:22 pagi |
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Sembang² » Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen | |
| (Pengendali : LangBuana, harsha) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru | Muka 1 | Muka 2 |
| Dihantar oleh | RESEPI : DALAM PANTANG... |
|
farmin Ahli Setia |
1. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 4:12:01 ptg [Edit]
KEPADA sesiapa yang tahu kat mana nk cari menu masakan semasa dalam pantang bersalin sila bagitau...sy ni org baru ...baru nk cari pengalaman tima kasih kakak semua... kalau boleh bagilah website yg banyak mengenai pregnancy dah mcm mcm lagi tima kasih. -------------- 219.95.111.:-) |
|
Rimbunan3887 Ahli Aktif |
2. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 4:28:18 ptg [Edit]
em.. ok gak kata orang tua tua.. kalau masa bersalin elakkan makan ikan sebab nanti badan bau hayir banyakkan makan sayur rebus. khasiat : kulit cantik menawan banyak minum air petua cantik banyakkan selawat dan zikir hesmbus kemuka bertungku elok tau cepatkan urat urat mengecut. pakai bengkung jangan tak pakai plak -------------- 218.111.188.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
3. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 00:58:38 pagi [Edit]
akak kalau dlm pantang makan nasi panas2 + ikan panggang garam kunyit + lada hitam ditumbuk...perghhh itu pung sodappp. -------------- 195.92.67.:-) |
|
maizana Ahli Produktif |
4. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 02:12:24 pagi [Edit]
Mother Inlaw I pernah masakkan I daun pegaga dengan kunyit hidup tu... campur dengan lada hitam dan dia letak santan sikit (dia masak pekat2)... mmm selera jugak makan. Pegaga dan lada hitam kan memang elok untuk perempuan yang lepas bersalin. Mak I pulak.. lempoyang tumbuk dengan ikan bilis mesti tak tinggal. Katanya itu untuk buang angin. Lepas tu dia suruh I minum air halia... mmmm best.. teringin nak beranak pulak rasanya...he he he... -------------- 218.111.65.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
5. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 03:16:48 pagi [Edit]
yesss..betul tu kak Zana , mak Noor pung buat macam tu masa Noor berpantang kat kg..(kita org panggil masak lemak kuning lada hitam) lawan dgn ikan panggang..sodappp dan berkhasiat Last 2 weeks gi London sekali jumpa dorang jual daun pegaga (import from Thai) apa lagi..Noor pung beli utk buat masak lemak kuning lada hitam dan nasi kerabu..perghhh nikmat betul sesekali jumpa daun pegaga kat sini..satu ikat lebih kurang RM7.00 kat sini (kalau kat Mesia baru 50 sen)..mana tak nikmatnya.. Satu lagi lobak putih pung bagus dimakan dlm pantang.. * Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 14hb Disember 2004, 03:17:51 pagi -------------- 195.92.67.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
6. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 08:53:55 pagi [Edit]
selalaunya semasa dalam pantang kak liza akan masak... ikan haruan bakar daging bakar dicicah ngan sos lada hitam ikan bilis digorengkan garing [mmg buat stok] kerabu pegaga masak lemak lada hitam peria sup lobak putih + ikan bilis [untuk banyak susu badan dn kalsium] tumis daun kucai + tahu [untuk banyakkan susu badan] nanti kak liza akan tuliskan resepinya... * Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 14hb Disember 2004, 09:09:36 pagi -------------- 219.93.199.:-) |
|
jamd Ahli Produktif |
7. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 08:57:39 pagi [Edit]
jamd lak masa pantang menu pagi 1. roti 2 keping & susu anmum 2. tengahari - nasi, ikan bilis goreng tanpa minyak/ ikan tenggiri goreng, kicap, ulam pucuk daun betik, sambal ikan bilis dgn halia dgn lada hitam 3. petang - epal fuji sebiji, roti 2 keping, susu anmum 4. malam - roti 2 keping & susu annmum untuk 10 days after bersalin...taip2 pagi minum air rebusan akar kayu disamping ubat yg Dr bagi. menu tu untuk selama 60 hari...alternate ikan bilis goreng dgn ikan tenggiri goreng. Buah pun sama gak...kadang epal kadang lai...normally 2 buah nie jelah makan masa pantang * Mesej ini telah disunting oleh jamd pada 14hb Disember 2004, 08:58:34 pagi -------------- 61.6.163.:-) |
|
yusmar Ahli Produktif |
8. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 10:50:24 pagi [Edit]
Kerabu Pegaga 1 biji bawang besar – dihiris 2 biji cili merah – ditumbuk sedikit garam seikat daun pegaga – dihiris Campurkan semuanya dan gaul hingga sebati. Kalau suka boleh campurkan kerisik. Tapi saya suka begini saja sbb nak kurangkan lemak. Ikan Tenggiri Masak Halia 2 ketul ikan di goreng 2 ulas bawang merah- ditumbuk sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk 6 ulas bawang putih – dihiris ½ ketul halia – dihiris memanjang Cara: Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng. Ikan Gelama Masak Asam 2 ekor ikan gelama 1 biji bawang besar – dihiris 5 ulas bawang putih - dihiris ½ ketul halia – dihiris 1 biji cili merah – dihiris 1 mangkuk air asam Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi. Sawi tumis air Sedikit ikan bilis 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 pokok sawi – dicuci dan potong Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api. kak Liza Tak tahu pulak peria boleh makan. Saya memang suka mkn peria nanti dlm pantang boleh lah makan. -------------- 141.11.194.:-) |
|
yusmar Ahli Produktif |
9. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 11:25:03 pagi [Edit]
Ada lagi sementara tengah ingat ni... Kucai goreng kicap 1 ikat kucai – dihiris 2 ulas bawang merah – dihirs 3 ulas bawang putih – dhiris kicap Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap. Kari Ikan Haruan 1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar ( dimesin) 1 biji bawang besar- dihiris 1 camt halba campur 1 tangkai daun kari 4 camb serbuk kari ikan 1 camt serbuk cili 1 mangkuk air asam Cara: Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar . Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api. Peria goreng kelapa 5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih sedikit kunyit ½ mangkuk kelapa parut Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama. Sup Ikan Tenggiri 1 Ketul ikan tenggiri sedikit minyak bijan 4 ulas bawang putih dicincang seulas halia diketuk 1 biji tomato sedikit daun sup Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api. -------------- 141.11.194.:-) |
|
fazyan_77 Ahli Produktif |
10. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 1:03:12 tghari [Edit]
jamd nak tanyer laa.....akar kayu untuk di jadikan air rebusan tu..jamd dapatkan dari mana???..actually, kalu dah 5-6 bln lepas bersalin nak minum leh tak??? -------------- 219.93.8.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
11. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 1:10:14 tghari [Edit]
Yusmar wah laju nyer .. bagus gitulah ahli MDC yg baik... kak liza selalunya makan peria dalam pantang.. kak liza buat sayur goreng..tumis bawang merah +| baw. putih ngan lada hitam..pecahkan telur dan masukkan peria..bila dah maasak..makan ngan nasi putih dan ikan bakar.. kak liza suka buat sos lada hitam semasa dalam pantang... bahan lada hitam kunyit hidup garam bawang putih 1 ulas jer.. sikit cuka garam semua bahan ni mesin dan gaulkan simpan dan bila nak makan ....hidangkan jer.. -------------- 219.93.199.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
12. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 1:13:29 tghari [Edit]
Kerabu pegaga pegaga..bersihkan dan hiris kecil kelapa muda bahan tumbuk... lada hitam' bawang merah ikan bilis garam cara.. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa... bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutp api.. kacau rata dan hidangkan.. simple kan... kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg bolehlah... memang sedap..... ![]() -------------- 219.93.199.:-) |
|
yusmar Ahli Produktif |
13. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 1:45:15 tghari [Edit]
Kak liza , bukannya apa yg ini memang boleh ingat dlm kepala. Selalunya lada hitam tu memang dah mesin siap2, bawang merah , bawang putih dan halia pun ada yg dah siap dimesin siap2 sbb saya dlm pantang jaga dan masak sendiri. Sos lada hitam kak liza tu pun ingat nanti nak buat siap2 gak. -------------- 141.11.194.:-) |
|
jamd Ahli Produktif |
14. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 2:14:17 ptg [Edit]
fazyan masa bersalinkan anak sulung jamd beli set bersalin HPA..so dlm pek tu ada le air rebusan akar kayu anak no 2 & 3 lak jamd beli je kat pasar tani...ada org jual akar2 kayu & cakap untuk org lepas bersalin...so dia akan campur ramuan tu & masukkan dlm pek plastik & untuk berapa hari punya minum kalau lepas 5-6 bulan boleh lagi minum akar kayu ...cuma campuran ramuan akar kayu lain sikit. -------------- 61.6.163.:-) |
|
Inaz2205 Ahli Interaktif |
15. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 2:54:15 ptg [Edit]
Menu lam pantang....aku ni main belasah jer... tapi mak aku selalu masak.... Pucuk mengkudu masak lemak cili padi (tapi cili padi sikit jer, tak pedas pun) Pegaga masak lemak cili padi.. Ikan bilis goreng tanpa minyak + lada hitam Serunding lengkuas berulamkan lempoyang... Sawi rebus Ikan bakar... Itu jer yg aku ingat... -------------- 219.95.52.:-) |
|
ms_elyn Ahli Baru |
16. Dihantar pada 02hb Mac 2005, 3:34:00 ptg [Edit]
nak tanya kat akak2 kat sini pasal resepi bagi orang yang kena operate.... sapa2 yang tau... tolongla share kat sini 219.93.8.:-) |
|
mamanisa Ahli Produktif |
17. Dihantar pada 02hb Mac 2005, 3:53:20 ptg [Edit]
ms_elyn, Saya dulu operate..sama jer menu dia mas adlm pantang.. cuma kucai mak saya tak bagi mkn sbb takut luka tu lambat baik.. Yg lelain semua sama..Minum air kunyit mcm bersalin normal jugak..mandi air rebusan daun-daun kayu..cuma tak bertungku perut dan tak berbarut/bengkung jer.Tapi saya tungku jugak dari bawah punggung ker kaki..kalau tak bisa pulak bdn.. Bab pantang mkn semua sama.. Cuma banyak mkn ikan haruan..sup ,bakar...dan minum air gamat..Insya allah tak ada apa yg perlu di risaukan.. * Mesej ini telah disunting oleh mamanisa pada 02hb Mac 2005, 3:55:30 ptg -------------- 60.48.36.:-) |
|
ms_elyn Ahli Baru |
18. Dihantar pada 02hb Mac 2005, 4:25:06 ptg [Edit]
mamanisa.. time kasih sebab sudi bagi tau... maklumlah.. dalam keluarga tak ada lagi yang kena operate .. tu yang nak tau tu... 219.93.8.:-) |
|
kittun Ahli Aktif |
19. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 9:23:48 mlm [Edit]
Bagusnya topik ni.bagi Up sikit..sape2 ada pengalaman ,lehla share -------------- 138.253.28.:-) |
|
lobakbiru Ahli Interaktif |
20. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 10:01:25 mlm [Edit]
walau pon diriku tak pernah berpantang...sbb single mingle lagik hmm...nak share le menu nih.tatau le kenapa masa kakak saya dok berpantang kat umah ni asik2 nak makan menu simple ni.sedap kot...ntah ler...tapi yg ni ler yg selalu saya buat untuk kekandaku itu.erkk...cam dah lupa.jap...nak ingat balik.... hmm...halia yg banyak...lada itam....ikan bilis.ha tu jek kot.tumbuk jer...pehtu siap.makan dengan nasi panas.selera je saya tgk dia....44 hari tu je menu dia.tak pon bakar ikan yg mana buleh tu dengan daun pisang.perap dengan halia+lada itam tu pn selera gak.ahahai...tiba2 jer perutku rasa lapar plak...tapi bukan nak makan style pantang ni.nak pi carik burger lerrr.... ![]() -------------- 219.95.175.:-) |
|
hazdi Ahli Produktif |
21. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 10:29:40 pagi [Edit]
saya lak dalam pantang menunya.... ikan tenggiri goreng cicah kuah lada hitam (bwg putih bakar ketuk + serbuk lada hitam + air asam jawa) sawi rebus air ikan bilis goreng (stok ni) ulam daun pegaga ayam/daging/ikan goreng halia + lada hitam (nak goreng kena letak kunyit hidup) peria goreng sambal lada hitam ikan bilis tak tau kucai bleh makan so ingat yg no 4 ni nak try.... tapi dijangka bersalin 15/11/05....org tgh dok sibuk buat open aidilfitri house..... ![]() * Mesej ini telah disunting oleh hazdi pada 04hb Mei 2005, 10:34:27 pagi -------------- 61.6.163.:-) |
|
cikgu_taska Ahli Produktif |
22. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 10:59:01 pagi [Edit]
Dulu topik pasal resepi utk org bersalin pernah keluar...aku kasi resepi cam nie arr...ikan bilis tumbuk campur lempoyang ngan lada hitam..tup-tup terkeluar lak soalan lempoyang tu apa...dekat 10 msg sebut pasal lempoyang...hehehe...la nie payah dah nak jumpa..kat kg pun jarang yg tanam..siap ada yg kata lempoyang tu lengkuas..kekekek -------------- 218.111.167.:-) |
|
waha7475 Ahli Aktif |
23. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 11:22:05 pagi [Edit]
Waha bersalin cara operate. Masa dlm pantang tak mkn ayam. Mak cik waha tak bagi coz takut gatal. Mkn ikan haruan, ikan kerisi, tenggiri, ikan bilis & ikan parang aje. Minggu pertama pantang buat ikan bakar (yg kering saja) & bila dah pertengahan pantang baru mkn benda berair mcm masak singgang, kicap & lemak kuning pegaga. -------------- 219.95.159.:-) |
|
Sarzanaj04 Ahli Baru |
24. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 2:48:44 ptg [Edit]
semuaNak share resepi Mak Mertua masak dlm pantang......simple tapi saya suka kailan + carrot / lobak putih ( tambah susu katanye) tumbuk bawang putih + lada hitam Tumis guna minyak sikit tambah sikit air.......bestnye......... ikan selalunya ikan yg tak bisa & gatal ( goreng/bakar or masak pindang)......ikan haruan very good tapi tak nak makanlah.......tersanggkut kat leher.........kalu nak yg lagi bagus......anak ikan haruan yg warna oren tu.......telan hidup2.kalu dah terdesak boleh telan kut...... 202.188.127.:-) |
|
sayangmoon Ahli Setia |
25. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 4:35:42 ptg [Edit]
Moon bacer kat sini ader yang makan masak lemak sili padi yerk... Maser Moon dalam pantang, mak tak bagi makan cili padi langsung...cili padi & rebung pantang 100 hari, nenek sedara Moon cakap... Mak Moon pon jenis kuat berpantang org nya.. Mula2 tuh pon mak tak kasik makan santan...Bila dah 3 minggu baru boleh.. Kenalah makan ikan bilis goreng lada hitam..ikan bakar..sawi..ikan tenggiri goreng asam.. Ikan goreng berlada pulak guna lada besar (cukup tak pedas).. Tapi best jugak tak boleh makan itu ini...abis pantang..slim sikittt!!! ![]() 202.184.41.:-) |
|
dikme Ahli Setia |
26. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 7:59:25 mlm [Edit]
masa saya berpantang di rumah mak mertua lauk yg saya mkn sama dgn lauk org yg tak berpantang (nak senangkan kerja dia kot) . kdg2 dia tak masak dia beli je lauk kat kedai. apa nak buat tak mkn nanti takut dia kata byk songeh punya menantu ada sekali masa breakfast dia beli nasi lemak saya tak sentuh pun. pernah jugak utk dinner dia belikan mee goreng dlm nya ada udang dia kata mkn mee aje bkn suruh mkn udang takkan gatal pun katanya. saya tetap tak mkn, makan roti je mlm tu .dlm pantang akan dtg blh jugak try menu kwn2 kat MDC sebab kali ni saya memang nak jaga sendiri aje * Mesej ini telah disunting oleh dikme pada 04hb Mei 2005, 8:00:49 mlm 192.228.154.:-) |
|
waha7475 Ahli Aktif |
27. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 12:25:56 tghari [Edit]
Moden betul mak mertua dikme ye. Klu org yg takut pantang mesti suka cara mcm tu. Makan apa saja. Tapi kita kena ingat hari tua gak. Mak waha pun tak kasi mkn cili api. Buat masak lemak kuning sayur pegaga tapi tak letak cili api. Klu boleh 100 hari tak mkn cili api. -------------- 219.95.174.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
28. Dihantar pada 07hb Mei 2005, 00:54:50 pagi [Edit]
masa kak liza dalamm pantang/bersalin ..kak liza selalu makan ...daging bakar.. DAGING BAKAR Bahan-bahan 300 gm daging lembut garam minyak Cara 1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak. 2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. Air Assam 4 keping adsama gelugor garam 5 s/k lada hitam tumbuk sedikit hirisan bawang kecil Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya. -------------- 219.95.97.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
29. Dihantar pada 07hb Mei 2005, 01:25:14 pagi [Edit]
IKAN KERING MASAK HALIA Bahan-bahan 200 gm ikan kering [isi] 1 cawan santan 3 sm halia 3 ulas bawang putih 2 s/k lada hitam 2 keping asam gelugor 2 sm kunyit hidup garam[jika perlu] Cara 1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil. 2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain. 3. Masakkan sehingga kuah pekat. 4. Angkat dan hidangkan bersama nasi. * Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 07hb Mei 2005, 01:26:02 pagi -------------- 219.95.97.:-) |
|
dikme Ahli Setia |
30. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 08:02:22 pagi [Edit]
kak liza ikan kering apa yg sesuai , lagi satu air asam utk daging bakar utk cicah daging kan 192.228.154.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
31. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 10:27:06 mlm [Edit]
selalunya kak liza gunakan ikan talang..kurau ..merah dan tenggiri air asam lada hitam tu boleh juga makan dengan ikan bakar atau ayam bakar... adus..terliur pulak la bila bincangkan pasal air asam ni.... -------------- 219.95.97.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
32. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 10:38:53 mlm [Edit]
HARUAN PANGGANG HALIA Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan 1 biji limau nipis [ambilkan jusnya] 2 s/b minyak 1/2 cawan air 1 s/k cuka 1 helai daun kunyit [mayang halus] garam bahan tumbuk 5 ulas bawang putih 6 sm halia 4 sm kunyit hidup bahan rempah - tumbuk 1 s/k jintan manis 1 s/k jintan putih 1 s/k lada hitam Cara 1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan. 2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan. 3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak. 4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat. 5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit. 6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar. 7. Hidangkan dan makan semasa panas. -------------- 219.95.97.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
33. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 10:49:05 mlm [Edit]
NASI MENGKUDU Bahan-bahan 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1 batang serai 3 cawan air rebusan daging 1 batang serai [ketukkan] 300 gm daging [rebuskan] 1 s/b serbuk lada hitam 1 s/b kerisek 3 ulas bawang merah [mayangkan] 2 helai daun mengkudu garam cara: 1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut. 2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa. 3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan adaunnya sikit supaya kurang pahit. 4. Daging diketukkan dan potong nipis. 5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam. 6. Gaulkan dengan ansi sehingga rata dan hidangkan -------------- 219.95.97.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
34. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 10:53:06 mlm [Edit]
NASI PEGAGA Bahan-bahan: 3 cawan beras [basuh dan toskan] 3 s/k lada hitam 1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair] 3 cawan air 150 gm daun pegaga sedikit garam cara: 1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya. 2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam. 3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan amsakkan saperti nasi biasa. -------------- 219.95.97.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
35. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 11:02:28 mlm [Edit]
NASI HALIA Bahan-bahan 3 cawan beras 4 cawan air 100 gm halia [mesin dan tapiskan] 150 gm ikan kurau masin 1 batang serai [ketukkan] 2 s/k lada hitam 2 s/b kerisek 2 s/b air rendaman asam gelugor 2 ulas bawang putih ] sedikit isi cekur ] tumbukkan garam Cara 1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa. 2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya. 3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam. 4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata. 5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2. -------------- 219.95.97.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
36. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 11:08:19 mlm [Edit]
NASI REMUNI KEDAH Bahan-bahan: 3 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya] 1 cawan santan pekat 3 cawan air 1 s/k halba 3 sm halia [mayangkan] garam Cara: 1. Campurkan semua abhan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa. 2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa. -------------- 219.95.97.:-) |
|
kachang Ahli Baru |
37. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 11:33:57 pagi [Edit]
saja nak upkan balik topik ni..menarik laa.. nak tanye kalu dalam pantang boleh makan tak benda2 ni: 1) makan nasik kerabu 2) serunding daging 3) cendawan/kulat kayu ..--- buat serunding..pehh sedap giler atau pun goreng aje pun sedap.. 4) serunding ikan bilis.. 5) tempe -------------- 202.47.162.:-) |
|
dagoonn Ahli Setia |
38. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 4:17:50 ptg [Edit]
Ya Allah.. besnyerr kalo maser dalam pantang itu ari.. dagoonn dijaga oleh akak-akak sumer.. dagoonn ari tuh pantang takder makan mender-mender tuh sume.. dah ler memang tak tau sume mender tuh buleh makan.. yer la tak pernah plak bersalin.. pastuh sumer orang kata tak buleh makan itu tak buleh makan ini.. mak dagoonn cuma kasi dagoonn makan nasi putih + ikan kering + sayo sawi rebus + sambal bilis tuh.. sampai ler abis pantang..air pong kasi sekerat cawan..mimpi ler nak makan ikan goreng ker ayam goreng ker pegaga masak lemak ke.. tapi biler mak tak nampak dagoonn curik-curik gak minum air banyak-banyak..-------------- 219.93.8.:-) |
|
nr75 Ahli Produktif |
39. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:55:50 pagi [Edit]
menarik la topik nieh.... saje nak up kan balik... errr air rebusan untuk mandian memang ada jual ke? kat mana nak carik yek? kalau buat sendiri apa bahannya? -------------- 161.142.141.:-) |
|
sriputri Ahli Setia |
40. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:07:38 tghari [Edit]
nr.. masa sri dlm pantang nenek tolong buatkan air mandi tu... tak tau sgt ler exactly daun apa yg ada tapi mmg tersangatla banyak daunnyer... yg sri perasan mest ada daun sirih, daun pandan, ada lagi tah apa daun tah tak kenal... kalau nak tau nanti sri try tanya mak... masa memula mandi tu mmg tak puas.. tapi dah lama2 dah terbiasa... lagi satu nenek tak galakkan minum air masak putih sangat, kalau boleh rasa nak minum air tu dia suh minum air rebusan campuran halia, bawang putih, bawang merah, lada hitam, manjakani... apa lagi tah... rasa dia mmg pergghhhh.. memula tu tak boleh telan... tapi lama2 telan jugak la... nak minum air putih mmg kena curi2.. hush... -------------- 202.188.127.:-) |
|
nr75 Ahli Produktif |
41. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:11:15 tghari [Edit]
sri tolong tanya yek.. sebab ingat nanti dalam pantang nak jaga sendiri jerk kat umah.. masa dalam pantang dulu (anak sulong) memang banyak minum air suam, kopi tapi bila minum milo.. jadi sembelit pulak... adusss seksa jiwa raga nak terbaron...![]() -------------- 161.142.141.:-) |
|
cha Ahli Produktif |
42. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:24:32 tghari [Edit]
sedap nasi nih... leh buang angin dlm badan... cuma, kaler nasi nih jek tak lawoo... ![]() nr75 sembelit??? ko minum ler prune jus sblm ko makan/minum benda lain.. * Mesej ini telah disunting oleh cha pada 28hb Jun 2005, 12:25:22 tghari -------------- 161.142.141.:-) |
|
nr75 Ahli Produktif |
43. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:30:30 tghari [Edit]
cha leh minum jus ke masa dalam pantang? ![]() ingat nanti nak oder salindah kat cha.. ini reen yang cadangkan... rasanya leh dapat rega ahli dak? ....tapi tunggu conpom dulu ngan dr...sb simptom tu dah ada.... * Mesej ini telah disunting oleh nr75 pada 28hb Jun 2005, 12:33:02 tghari -------------- 161.142.141.:-) |
|
cha Ahli Produktif |
44. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:41:13 tghari [Edit]
wah tahniah!!! salindah??? boleh.. boleh no problem ma... confirm kalu, inform aku... minum jus prune? apa tak bleh nyer... aku.. 3x berpantang... memang makan prune.. tapi now dah ada prune jus... lagi senang... tapi masa lam pantang, aku memang tak minum teh kopi sumer... aku minum air masak, air horlick, enfamama... air kunyit, cuma utk 3 pagi jek... air inai, utk 3 pagi gak... mak aku kata, tak bleh minum lebih2 takut nanti cepat menopaus plak.. ![]() * Mesej ini telah disunting oleh cha pada 28hb Jun 2005, 12:43:10 tghari -------------- 161.142.141.:-) |
|
nr75 Ahli Produktif |
45. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 1:23:12 tghari [Edit]
cha mekacihhh... ![]() konpom nanti saya kasi tau yek.... ![]() -------------- 161.142.141.:-) |
|
kittun Ahli Aktif |
46. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 02:24:33 pagi [Edit]
pernah dengar jugak, air kunyit takleh minum byk2..setakat nak bagi darah nifas cpt kering je.sebab org tua2 kata air kunyit ni leh cepatkan menopouse.hehe. ade sape2 tak pengalaman yg berpantang tak betoi2, dah mula rs sakit2? citerla sket...org kata, kalau mkn apa sj, time ni mmg la tak rs apa2..ok je.tp dah masuk 30 an 40 an, adela kesannya. kesan apa yek? kittun nak berpantang dgn emak. nak belaja. kittun nak pantang betul2..cumanya, may be kalau mak tak bagi minum ayer, kittun nakla minum air..sebab kalo takde air camana susu nak byk??? Ikut logik jugakla.. -------------- 138.253.134.:-) |
|
mamanisa Ahli Produktif |
47. Dihantar pada 11hb Julai 2005, 03:58:43 pagi [Edit]
so far semua resepi dan menu ni saya dah copy sekali..Senang nak buat rujukan sbb insya allah pantang kali ni husband yg jaga..Dia dah confirm cuti 2 minggu lepas tu dah kuat sikit boleh jaga sendiri. (lagi pun planing nak abihkan pantang di kg sbb dah dekat nak raya)Maybe mak akan datang tapi tengok pd keadaan sbb adik -adik sekolah siap ada yg nak PMR lagi tu..kesian pulak kut tak ada org nak jaga depa.. -------------- 219.95.36.:-) |
|
maz3d Ahli Produktif |
48. Dihantar pada 30hb Oktober 2005, 12:35:43 tghari [Edit]
Bagus kalau kita upkan topik ni....sbb makan/minum masa pantang ni mmg penting utk jaga badan sampai tua ... ![]() -------------- 60.48.107.:-) |
|
maz3d Ahli Produktif |
49. Dihantar pada 30hb Oktober 2005, 1:22:07 tghari [Edit]
Selak punya selak terjumpa pulak topik nih....bagus arrr dah copy siap2 hehehe kene buat persediaan awal nanti senang ..... -------------- 60.48.107.:-) |
|
eyzlyn Pengendali |
50. Dihantar pada 31hb Oktober 2005, 00:45:10 pagi [Edit]
aku pun baru nak siap-siapkan sambal tumis lada hitam, nak makan dgn ikan bakar nanti... idak ler berpantang sangat, sedang-sedang ajer... --------------
|
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru | Muka 1 | Muka 2 |
| Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |