Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Dzulkaedah 1435 @ 22hb September 2014, 12:11:29 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh BAJU MUSIM SEJUK: : KAT MANA NAK BELI?
maslinazaris
Ahli Setia
1. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 10:40:03 pagi    [Edit]
Nak tumpang tanya kat warga MDC... sapa2 yang tahu kedai menjual pakaian musim sejuk...kalau boleh harga yang berpatutan...area KL le.

My husband nak kena g China pada 20 Feb ini, so kena beli baju sejuk sebab suhu kat sana tgh sejuk.

Setakat nie..kami ada g Summit kat Subang...kot labuh around RM150... tak ada pilihan sangat. Kat Reject Shop & FOS pun tak de..

So please sesiapa yg ada maklumat tu..

219.93.8.:-)

sofea_aki
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:06:28 tghari    [Edit]
baju2 sejuk selalunya mahal kalau beli kat mesia

apa kata suruh hubby awak beli sehelai dua je dulu, dah sampai sana baru beli je kat sana?
sebab kat sana lagi murah dan lagi banyak pilihan berbanding kalau beli kat mesia kan

kalau beli banyak2 dari mesia, nanti mesti menyesal sebab reganya mahal bebenar

--------------
**projek besar-besaran**

211.126.240.:-)

eyzlyn
Pengendali
3. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:49:29 tghari    [Edit]
kat winter butik, cawangan dia ader kat alpha angle, mid valley ader kot, can somebody confirm it? tapi rega dia mahal la...

budget dalam berapa?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

maslinazaris
Ahli Setia
4. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:07:49 tghari    [Edit]
Beli banyak tu idakle...dlm sepasang dua je..sebab pergi pun bukan lama..dlm 3 hari. Budget pun tak besor...tu yg nak tahu mana2 yg jual dlm harga berpatutan...

Thanks Lyn & Sofea...Cuti nie boleh g cari kat Alpha Angle & Mid Valley..

219.93.8.:-)

eyzlyn
Pengendali
5. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:37:58 tghari    [Edit]
mas, lin confirm butik tu kat alpha angle, kat midvalley tak sure la. winter butik ni ader banyak cawangan. beli kot satu cukuplah. kat dalam pakai turtle neck, kat reject shop banyak jual, dalam 30 ringgit jer. em, suhu kat china tu sejuk sangat ke? mencecah minus 20 ker?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

maslinazaris
Ahli Setia
6. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 2:24:21 ptg    [Edit]
Thanks lyn...
Suhu kat China sekarang nie dlm -10.

219.93.8.:-)

shasha13
Ahli Setia
7. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 6:34:21 ptg    [Edit]
mazlinazaris...

kalau tak salah shasha dulu pernah beli kat area Jln TAR...P.Lal Store kot yg sebelah ngan Money changer tu...Kita beli winter coat tu pun sbb pi China. Harganya berpatutan lah jugak.. Kot yg kita beli tu siap boleh tukar pakai samada nak pakai 2 lapis atau selapis (boleh pisahkan wool lining tuh) tapi punyalah berat masa nak bawak jenjalan2..... Cubalah round kat TAR tu.

Lagi satu kat area Jln Loke Yew. Cam mana nak explain ek?..Depan/opposite Sekolah Cina lebih kurang 100 m drp bulatan Loke Yew menghala ke K.L. Kedai tu terletak sebelah kiri jalan kalau dr Cheras menghala ke K.L. satu line ngan kedai pemborong/jual alat2 jahitan. tiap2 hari kita lalu jln tu masa nak pi kerja.

--------------
Ira Balm,Gel Dolla Cantik,Voucher Hotel/Apt murah;susu IgG 6pcs=RM25;call/sms 013-3696540

161.142.112.:-)

Syiran
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 9:30:56 mlm    [Edit]
maslina..ni nak kasi tips la..kalau beli baju winter beli sekali sarung kaki, topi dan jugak sarung tangan wool atau yang jenis tebal. Kalau suhu dah -10 tu, as soon as hubby jejak kaki ke tanah jacket saja tak cukup. Tangan, kepala dan kaki kena ambik perhatian jugak. Kalau tak dan2 tu boleh jatuh sakit. Lagipun kaki, tangan dan kepala antara bahagian yang kurang lemak jadi tak boleh tahan suhu begitu sejuk. Kita ni plak orang Mesia dah biasa sentiasa berpanas.

Antara pakaian yang hubby awak patut ada selain dari jacket tebal, ialah baju long john atau nama lain dia thermal dress. Biasanya warna putih dan tight dibuat dari wool atau kapas..lengan dan sluar panjang. Lagi satu kalau dapat cari but atau kasut yang beralaskan wool didalamnya. Kalau tak silap kedai jual pakaian winter di Jalan TAR tu lebih berpatutan skit harga dia.

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

194.165.132.:-)

maslinazaris
Ahli Setia
9. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 09:53:37 pagi    [Edit]
Thanks
shasha...
Jalan TAR tu...kami tahu cuma belum g lagi...tapi sebab u pun kata harga berpatutan..so bolehle round sekali nanti...cuma yg kat bulatan dekat jln Loke Yew tu kena cari betul2...Bestla u dah g China...makanan kat sana senang tak (mean nk cari yg halal le)?

Shiran..thanks atas tip2 berguna...mmg betul kalau suhu terlalu sejuk & kita pulak org M'sia nie mmg tk tahan...silap haribulan kulit boleh pecah...

Satu yg saya tak boleh nk bayangkan sure org negara sana ingat my husband pun org sana...(muka sama)...dan bantai ckp cina dgn dia.

219.93.8.:-)

eicha
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 11:12:11 pagi    [Edit]
kalau citer pasal makanan kat sana... bergantung pada kawasan mana yg ur hubby pegi. InsyaAllah, memang takde masalah cuma kena pandai la pilih restoran. selalunya restoran halal, nama kedai atau papan tanda tu berwarna hijau. cuba la tanya...to confirm tu restoran halal. risau jgk depa bawak pi vegetarian restaurant, which kita tatau apa jenis minyak yg digunakan. its better bawak translator, sebab bahasa Inggeris memang teramattttt la jarangnya digunakan. jgn terkejut, semua restaurant halal yg penah saya pegi kat beijing and mongolia serve liquor. memang arak tu dah jadi kebiasaan utk depa panaskan badan.

kalau hubby awak jenis suka makan chinese food, then he wont have any problem kat sana. macam saya, tekak saya tak boleh terima... walaupun makanan tu halal. kalau pegi first class restaurant (yg penah dipegi oleh perdana menteri kita), makanan dia quite nice jgk. segala macam makanan ada, lemak lutut lembu la.. unta laa...etc. tepuk dada, tanya iman

--------------
I'm Knackered

202.58.80.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 11:29:49 pagi    [Edit]
Saya ada banyak winter jacket....masa study dulu beli kat london...kalau nak beli, saya tak jual sbb sayang...kalau nak pinjam pun saya tak beri sbb sayang...pokoknya saya sayang akan winter jacket saya....

Tahun 91, sebelum family saya ke russia, dia orang beli winter coat kat p lal store (jln tar)...pegi laa tengok kat situ sbb suhu cina ngan moscow lebih kurang aje....tak tau laa harga dia berapa...dan lagi satu awak kena beli long john (camne ntah spelling dia)..ala yg stokin tebal paras pinggang ngan baju dia sekali. Sbb pakai tuh rasa selesa..tak rasa sejuk. Lepas tuh baru pakai jeans atau t-shirt...

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

lala_ru
Ahli Baru
12. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 10:11:55 pagi    [Edit]
Inilah yang kita cari2. Wpun dah setahun berlalu amatlah relevan sekali topik ini. Minta tolong kawan2 yg dioversea atau pernah dok di oversea.. kita nak gi Jepun (Tokyo) dalam 2 minggu lagi. Search internet takdelah sejuk sangat dlm 5-10 degree celsius. Nak gi utk tempoh masa 1 bulan.Tapi sejuk lah lagi dari Malaysia lah kan.. . Itu yg nak tanya kawan2 ni.. baju camnear nak pakai? sweater cukup tak? long john tu rasanya tak payah lah kan.. i plan pakai lah legging kat dalam, baju kurung di luar. kalu nak pakai jaket kat laur.. jaket cam mana.. dan kat mana nak beli? under 100 rm ada tak? info dr kawan2 sgt lah dihargai.. thanks

--------------
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.

219.93.8.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
13. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 11:12:09 pagi    [Edit]
Kat Pyramid ada. melambak uu..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

lala_ru
Ahli Baru
14. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 11:21:21 pagi    [Edit]
mekasih liz. sunway pyramid ke? kedai mana tu cek??

--------------
Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.

219.93.8.:-)

aisyatin
Ahli Setia
15. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 12:37:06 tghari    [Edit]
kat jepun pon boleh dapat coat yg murah....sekarang tgh sale rasanya.
setakat long john tu awak leh beli kat LAOX, byk...harga pon tak mahal....dlm 2000 yen or less. Kena pandai cari la.

Dah bulan dua ni suhu mmg tak sejuk sgt. So tak yah beli winter coat lagi dah. Saya biasanya pakai long sleave je kalau gi Japan masa spring ni. Kat dlm pakai satu lagi tshirt, ok dah tu.

Awak pegi la jejalan Yokohama, kat sana ada tempat cantik2 penuh dgn bunga sakura.......beshhhnyaaa....rindu nak gi sana lagi...tapi kos mahal.

From tokyo ke yokohama sejam je naik ketapi.

144.199.176.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
16. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 12:51:33 tghari    [Edit]
Seingat liz, sederet Vincci. Err.. dkt dgn tangga tue.. kat bulatan depan.
Sebelah kedai atau peralatan gym. Tapi sebelah kedai kasut la.

Atas bawah atau kar area situ. tapi mmg ada.. Pastu kat sederet Tomei. Tak ingat la.

Pastu pergi Sg wang.. ada satu kedai tu.. kecik je.. ada gak jual2 ni.. untuk ke obersea. Stocking la.. ada situ.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

nana67
Ahli Setia
17. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 5:47:31 ptg    [Edit]
Maslinazaris,

kak nana baru balik drp beijing. lagi elok beli kat sana aje, murah2 sangat dalam Rm30.00 dah dapat lawa2, topi pun dlm rm15.00, sarung tangan kulit dalam rm12.00, tapi careful tentang kulitnya.

satu perkara lagi orang2 kat sana kurang pandai berbahasa inggeris, so pandai2 le nak guna bahasa isyarat. kalau nak tawar tawr hingga 50 ke 70% drp harga kat sana.

kalau pegi tempat pusat jed, kalau kat sini gred c gelang tangan dalam Rm200.00 dan cincin dalam RM80.00 kat sana boleh dapat Rm160.00 bagi gelang dan cincin. Mcm tu juga mutiara minta tawar dalam 50 to 70%.tapi tahan telinga le kena marah.


kak nana pegi dulu 7hb.1.06 suhu (-10) sungai pun beku. Makanan lebih baik prepair seperti coklat,conflake. memang ada restoran halal, tapi kat depan tu memang arak ada disediakan. Tapi kalau dibandingkan antara Bangkok dan Beijing lebih baik rasanya makanan kat Beijing.

cadangan tak payah beli kat Malaysia pakaian sejuk tu , meyesal nanti

202.188.130.:-)

hemobikbik
Ahli Setia
18. Dihantar pada 06hb Februari 2006, 6:08:23 ptg    [Edit]
dulu2 hemo & hubby gi Tokyo tengah bulan dua. hemo pakai sweat shirt roxy yg ada hood & t-shirt 2 lapis ajer... siang walaupun 6 degrees celcius, ok - boleh maintain sebab matahari terik atas kepala walaupun nafas keluar asap . tapi bila dah gelap.... pergh.... menggigil sebab angin kuat... sib baik train dia ada heater kat bawak kerusi... kalau tak mau beku... masa gi Odaiba (pukul 6.00 ptg) ambik gambar pun dah tak larat nak senyum....

hubby beli baju panjang DKNY kat Isetan Tokyo baru 3,000 yen.

tahun ni gi Tokyo - prepare abih ngan jacket tebal, baju dalam panjang, beanie, sarung tangan...(sebab anak ikut... kang beku pulak budak tu kang )

202.189.55.:-)

Presint9
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 07hb Februari 2006, 10:15:39 pagi    [Edit]
quote:
-----
Tahun 91, sebelum family saya ke russia, dia orang beli winter coat kat p lal store (jln tar)...pegi laa tengok kat situ sbb suhu cina ngan moscow lebih kurang aje....tak tau laa harga dia berapa...dan lagi satu awak kena beli long john (camne ntah spelling dia)..ala yg stokin tebal paras pinggang ngan baju dia sekali. Sbb pakai tuh rasa selesa..tak rasa sejuk. Lepas tuh baru pakai jeans atau t-shirt...
-----
bini_orang... sister baru pi moscow sekeluarga akhir bulan 12, 05 nih.. masih teringat2 persiapan dia yg hampir mencecah RM10,000 untuk lebih 3 hingga 5 taun disana... bnyk persiapan makanan.. bila b_o crite2 pasal tu yg teringat kat dia tuh.. tapi walau baru sebulan lebih disane nampaknye dia sekeluarga amat selesa disana.. tak dek masalah.. perubahan cuaca mmg mengejutkan sedikit tapi ok lah, sbb persiapan telah dibuat lebih awal.. baju2 sejuk pun adik pinjamkan dia punye siap boot, glove, stocking, topi dll.. 2 kali dia stay kat luarnegeri mesti melambak baju2 sejuk dia.. dpd simpan, baik pinjamkan... long john tu dia beli kat p lal store, rasa2 around 200 gak la...

teringat anak buah dok call anak p9 crite pasal sane.. 'ish aku baru jek letak air kat luar dan jadi ais'...heheh.. bebudak punye crite...

219.93.8.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 09hb Februari 2006, 10:48:10 pagi    [Edit]
Presint 9...

Sis you kerja ker study kat sana? Mmg preparation nak gie sana menjangkau ke angka riban2. Teringat masa mula2 my dad kena ditugaskan ke sana. Masa kat Malaysia lagi, dah borong Maggi ada dlm 50 kotak. Sardin lagi...Macam2 laa. Sampai penuh bilik saya. Itu belum termasuk ikan lagi tuh. Tapi semua tuh boleh claim. Bukan apa...tahun 91 masa tuh zaman komunis lagi. Time kita orang kena balik for good, baru dia orang merdeka. Zaman komunis, makan pun susah. Bukan susah apa, kita foreigner kena beli kat kedai foreign aje. Teringat Stockmann. Situ aje laa supermarket yg foreigner boleh beli. Tapi siap laa duit sebab dia guna USD bukan Rubble. First time jejak kaki ke Moscow, snow turun. Huhhh best nyerr....Kengkadang tuh kereta my dad pun kena balut ngan snow. Hari2 dia kena bawak turun air panas nak start enjin keta. Bila cerita pasal Moscow, banyak kenangan manis. Antaranya tempat yg kita orang selalu gie window shopping....Moscova (tak ingat spelling dia). Kalau weekend selalu gie Ismail Luski (flea market) yg banyak jual gambar2 dan souvenir2 Russia. Dan yg paling teringat....tube station dia yg paling dalam didunia. Kalau naik dan turun escalator dia memang tak nampak bumbung. Banyak lagi laa....Kalau nak cerita sampai esok pun tak habis.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

60.50.200.:-)

amoi
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 09hb Februari 2006, 11:14:48 pagi    [Edit]
semalam baru pasan kat jalan lok yew ada kedai jual baju musim sejuk...
kedai dia bebetul kat tepi jalan...
bedepanan ngan sekolah cino...
kalo dari cheras... kedai tu belah kiri...
kedai dia sebelah niteklub kelab d'boss

* Mesej ini telah disunting oleh amoi pada 10hb Februari 2006, 4:25:28 ptg

--------------
ngantuk...!!!

218.111.117.:-)

yana2006
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 10hb Februari 2006, 2:37:15 ptg    [Edit]
beli kat bundle shop jeerrr

60.50.49.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005