|
||||||
| Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib | 8hb Rejab 1434 @ 18hb Mei 2013, 2:02:25 ptg |
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Sembang² » Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen | |
| (Pengendali : LangBuana, harsha) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru | Muka 1 | Muka 2 |
| Dihantar oleh | KARIPAP: : CARA BUAT DOH KARIPAP YG RANGGUP |
|
lemak_manis Ahli Baru |
1. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 5:43:54 ptg [Edit]
Lemak nak mintak tolong ngan kengkawan kat MDC nie,macamana nak buat kulit karipap kita ranggup dan cantik bila digoreng....kulit karipap tu tak menggerutu bila digoreng.Dan lagi satu Lemak nak tau selain kentang,keledek dan labu dijadikan sebagai bahan inti utama,ader tak selain dr itu...Lemak ni jahil ttg masakan..... -------------- 219.95.255.:-) |
![]() harsha Pengendali |
2. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 6:10:43 ptg [Edit]
karipap inti : ayam sardin sayur + telur --------------
|
|
NoorMasri Ahli Produktif |
3. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 6:20:49 ptg [Edit]
lemak_manis, nak kulit karipap yg tak mengerutu senang je..masa goreng tu jgn guna minyak yg terlampau panas..guna minyak sederhana panas..pasti tak mengerutu..ni akak menuntut petua ni dr kawan akak..kena sabar lah goreng karipap ni maklum lah api slow..so dlm nya pun garing tu yg kulitnya jadi rangupp..jika guna api yg kuat..kat luar dah garing kat bahagian dlm masih belum dan kulit pulak gerutu..pasti tak best langsung se lagi..kawan akak ajar..utk 1 cawan tepung, 1 sudu besar majerin..diramas2 dulu jd cam serbuk roti baru buh air.. ![]() KARIPAP DAGING Bahan-bahan Inti: 3 biji kentang dipotong dadu. 200g daging cincang 2 sudu besar rempah kari daging 1 labu bawang besar dipotong dadu 5 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih -ditumbuk 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk 1 sudu besar udang kering-ditumbuk Setangkai daun sup }dihiris Sedikit gula & garam Cara membuat inti: Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering. Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat masukkan daun sup. Bahan-bahan untuk pastri/kulit: 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar majerin air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan secubit garam masukkan ke dalam air Cara membuat kulit karipap: Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh. Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi. Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup * Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 05hb Februari 2005, 6:29:38 ptg -------------- 195.92.67.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
4. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 6:21:35 ptg [Edit]
akak pun suka karipap inti sardin..selain karipap ayam dan daging -------------- 195.92.67.:-) |
|
lemak_manis Ahli Baru |
5. Dihantar pada 06hb Februari 2005, 02:13:15 pagi [Edit]
KAK NOOR ; Macamana pulak kalau kita gantikan margerin ngan minyak panas...boleh tak ?apa bezanyer... -------------- 219.95.161.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
6. Dihantar pada 06hb Februari 2005, 02:19:29 pagi [Edit]
lemak_manis , akak tak pernah lak cuba guna minyak panas..so tak tahu lah nak beza camana..mmg setengah org buat buh minyak panas.. -------------- 195.92.67.:-) |
|
bunnybucuk Ahli Baru |
7. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 04:26:27 pagi [Edit]
yg selalu buat karipap tu wangi cemana plak kak?.. suka karipap yg pastri lembut tapi wangi.. -------------- 84.92.51.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
8. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 9:28:34 mlm [Edit]
bunnybucuk , wangi camana ?..tak perasan kak Noor selama ni makan karipap ada yg wangi ke idak....klu suka karipap yg pastri lembut lebihkan majerin tapi jgn terlampau byk..kang nak pegang pun tak leh sbb ianya berderai ... ![]() -------------- 195.92.67.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
9. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 11:30:04 mlm [Edit]
kak liza suka buat karipap pusing berbanding ngan karipap biasa tu.. KARIPAP PUSING Bahan kulit A 350 gm tepung gandum 1 cawan air suam + sikit garam Bahan kulit B 150 gm tepung gandum 1 s/k lemak spry [crisco] majerin ikut lembut Cara 1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan. 2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga. 3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis. 4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis. 5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur. 6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis. 7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan. Bahan Inti. 1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil] 1 labu bawang besar [potong dadu] 2 ulas bawang putih [cincang] 500 gm ubi kentang [potong dadu] 1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air] 1 cawan air garam gula daun kari minyak untuk tumis Cara masak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu. 2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing. 3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air. 4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering. 5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan. -------------- 219.93.199.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
10. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 11:49:57 mlm [Edit]
KARIPAP BIASA bahan 500 g tepung gandum + secubit garam 3/4 cawan minyak 1 1/2 cawan air panas Cara 1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya. 2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu . 3. Uli lagi supa semua bahan rata dan kental. 4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai. 5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat. 6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat. 7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap. 8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan. ini gambo contoh jer... * Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 08hb Februari 2005, 00:06:51 pagi -------------- 219.93.199.:-) |
|
bunnybucuk Ahli Baru |
11. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 03:30:21 pagi [Edit]
alamak kak liza tak terbayang bunny akan arahan nak buat karipap pusar tue.. kalau ada step by step picture bila kak nak buat karipap boleh tak?.. emm yg kak liza kata masukkan bebola b kedalam bebola a.. pastu bebola yg lain plak nak masuk dalam bebola b ker?.. atau repeat the same procedure?.. konfius2.. -------------- 84.92.51.:-) |
|
sitiz700 Ahli Baru |
12. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 1:11:41 tghari [Edit]
Nak tanya sesiapa yang tahu macamana nak buat karipap frozen. Agak-agak bila rajin boleh gak buat dah tu di frozenkan... bila nak gi kerja bolehlah goreng.. jimat sikit masa.. Tima kasih pada yang sudi beritahu... ![]() 202.58.80.:-) |
![]() PnAnn Pengendali |
13. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 3:28:34 ptg [Edit]
Kulit Karipap rangup dan cantik digoreng...seeloknya guna Majerin...kulitnya memang cantik...kedian..kalo goreng ...jangan minyak terlalu panas...perlahankan api... sitiz700 Pn Ann memang ada Sijil dari Institut Cutlinary - Frozen Food. Antaranya yang saya dah belajar Karipap, Pizza, Popia, Kuih Bom, Cucur Badak, Samosa, Roti Canai, Roti Boom, Tembosa dan Kuih Kasturi. Karipap Frozen, kalau nak buat...anda kena goreng separuh masak...kedian bekukan karipap...sebelum simpan...wrap dengan plastik kedap udara...Inti karipap..pastikan kering..jangan terlalu berminyak..biasanya boleh tahan selama 3 bulan. --------------
|
|
sufiku Ahli Produktif |
14. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 3:52:14 ptg [Edit]
kak hanieliza
+- sama cam resepi yg arwah mak pturunkan pd saya. Cuma, + sket ngan marjerin (saya suka guna marjerin product felda - harum baunya). Arwah mak kata tak perlu letak marjerin bebanyak ... minyak pun dah cukup. Mmg rapuh + rangup (tapi tak la sampai relai). Teringat 1st time hubby makan masa memula kawin dulu ... ada ke patut disangkanya karipap beli ... La ni dah lama tak buat ... tak bkesempatan. Tgk la esok lusa kalau rajin. Skang nih suka buat jenis2 puding jerr ... (teringat arwah mak 'tebar' doh roti canai/murtabak utk sarapan pagi atas belakang talam yg ditelangkupkan ... ditarik2 sampai nipis ... klasikkk gitu ... tapi sedapp) * Mesej ini telah disunting oleh sufiku pada 08hb Februari 2005, 4:14:35 ptg -------------- 219.95.159.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
15. Dihantar pada 10hb Februari 2005, 7:23:06 mlm [Edit]
Ann , boleh bagi resepi Kuih Kasturi tak..kak Noor biasa buat tapi resepi main agak2 jer..ntah betul ke idak..selagi roti canai..dah cuba beberapa resepi tapi masih belum jumpa resepi roti canai yg best..mekasih ![]() * Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 10hb Februari 2005, 7:24:53 mlm -------------- 195.92.67.:-) |
|
zuhroh Ahli Baru |
16. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 08:59:12 pagi [Edit]
Kak Liza, semalam dah try karipap pusing yang kak liza bagi. okay rasanya tapi apasal dia tak tahan lama lepas tu kulit dia lembik. Apasal haa?? ada petua tak sebab hubby memang hantu karipap. ![]() 219.93.82.:-) |
|
chempedak Ahli Baru |
17. Dihantar pada 16hb Februari 2005, 5:16:42 ptg [Edit]
chem dah lama cari resepi cam ne nak buat mini karipap yg slalu dijual time raya tue. Boleh simpan lama dan sedap. Cam ne nak buat kulit karipap tue jadik keras dan ranggup ye. Pas tue, dgn inti serunding tue skali. Kalau ade sesape tahu, bole tak perturunkan ilmu kebatinan buat karipap mini tue kat chem.. tq..tq..tq ![]() 219.95.32.:-) |
|
yusmar Ahli Produktif |
18. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 4:22:20 ptg [Edit]
Saya selalu buat karipap biasa je sbb kalau yg pusing tu anak2 x suka. Untuk kulit selalunya saya campurkan marjerin dan minyak, tapi sukatan xde sbb main agak2. Untuk intinya saya selalu buat campur sosej, ubi kentang dan carrot. Kalau buat selalunya lebihkan sbb simpan dlm freeze. -------------- 141.11.194.:-) |
|
ngah_2 Ahli Aktif |
19. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 5:06:41 ptg [Edit]
semlm ngah try wat karipap resepi K.Noor, mmg rangup pastri dia...patut la selama ni karipap ngah bila sejuk dah x rangup pasal air terlebih...tapi teruk gak nak uli doh resepi K.Noor tu... ...ada lagi 5 biji lum goreng, leh makan hari ni...semlm hubby ngah hadap 10 biji sekaligus... ...hubby mmg suka karipap...ngah wat 3 cawan tepung, dpt 24 biji ...size sedang2 g2...-------------- 82.3.32.:-) |
![]() PnAnn Pengendali |
20. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 5:16:35 ptg [Edit]
Kak Noor sowi..tak perasan ada soklan... ...nanti saya cuba korek buku masa belajar dulu...dah lama belajar sebenornyaa...tahun '98...hubby yang sibuk soh kita belajar masak... ...almaklum saya masa zaman anak dara tak pernah masak...bila kahwin..tu yang kantoi masak... ...belajar masakan pun hubby yang sponsor...kalo ikut saya..sowi leeee...memang tak minat masak...belajar sebab terpaksa...![]() --------------
|
|
NoorMasri Ahli Produktif |
21. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 8:00:41 mlm [Edit]
ngah , mmg ler.. penat gak la menguli sbb air kurang tapi worth la..ianya kekal rangup walaupun setelah sekian lama digoreng..satu lagi inti jugak memain peranan utk buatkan kulit kekal rangup..inti tu kena agak kering kalau dah basah/berair sgt nanti lembapan tu akan serap doh disebelah dlm walaupun digoreng dibahagian dlm lambat garing.. ngah, biasa kak Noor wat saiz cam dlm gambo tu 1 cawan tepung dpt purata 10 biji Ann , ok tak per..dah jumpa nanti tepek sini yer..boleh gak akak dan yg lain guna/praktikkan ilmu Ann tu. -------------- 195.92.67.:-) |
|
zuhroh Ahli Baru |
22. Dihantar pada 09hb Mac 2005, 08:20:49 pagi [Edit]
macam mana yeah nak bagi karipap pusing sentiasa ranggup hingga ke petang. Sebab sellalu buat keranggupan nya tak tahan lama . Apasal yeah?? ![]() 219.93.82.:-) |
|
eyzlyn Pengendali |
23. Dihantar pada 09hb Mac 2005, 10:31:24 pagi [Edit]
esok saya akan cuba buat karipap ikut resepi kak noor. baru pergi pinjam penggelek dgn member daaa ![]() --------------
|
|
ngah_2 Ahli Aktif |
24. Dihantar pada 09hb Mac 2005, 3:34:37 ptg [Edit]
zuhroh- sbb tu la ngah tak suka karipap pusing... lyn- selamat menggelek ...ala, ko gelek dgn botol pun boleh ![]() -------------- 82.3.32.:-) |
|
norza Ahli Setia |
25. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 09:30:38 pagi [Edit]
Sha, Kau duduk kat Singapore kan....apa bezanya karipap dan Samosa? 144.199.176.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
26. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 10:30:04 mlm [Edit]
karipap samosa -------------- 195.92.67.:-) |
|
nilam72a Ahli Setia |
27. Dihantar pada 11hb Mac 2005, 08:06:47 pagi [Edit]
camne nak lipat dia jadi segitiga...? demonstrate skit.... ![]() 202.146.65.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
28. Dihantar pada 11hb Mac 2005, 12:11:33 tghari [Edit]
kak liza biasa buat begini.. buat saperti kelonsong ketupat daun palas dn amsukkan inti..pastu bungkus dan gamkan dengan putih telur.. atau... atau... boleh rujuk sini.. http://www.parsleysoup.co.uk/SoupsStarters/vegetable_samosas.htm -------------- 219.93.197.:-) |
|
nilam72a Ahli Setia |
29. Dihantar pada 11hb Mac 2005, 2:06:11 ptg [Edit]
ooo.... tau...tau....nanti nak cubalah....tq ![]() 202.146.65.:-) |
|
buazo Ahli Interaktif |
30. Dihantar pada 14hb Mac 2005, 3:24:27 ptg [Edit]
semlm dh buat karipap.. jd ler jugak.. hihi... tima kasih kak noor.. cuma mak ckp terlebih majerin -------------- 218.111.101.:-) |
|
saffiya Ahli Baru |
31. Dihantar pada 15hb Mac 2005, 4:26:29 ptg [Edit]
kak liza or kak nor atau sesapa yg tau pasal inti samosa, selain dari sayur campur (jagung, carot , kacang peas) apa lagi kita boleh letak? ayam + kentang ok ke? any idea? 219.93.29.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
32. Dihantar pada 15hb Mac 2005, 6:15:15 ptg [Edit]
saffiya , boleh juga buh kentang dan ayam...akak buat akak buh kentang, ayam/daging, peas, bawang besar kalau stail pakistan dorang tak buh kentang..dorang buh karot, peas, bawang dan ayam/daging -------------- 195.92.67.:-) |
|
sliparburuk Ahli Setia |
33. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 2:39:41 ptg [Edit]
nak tanya... mana nak dapatkan kulit nak buat samosa tu? panjang2 jerk... ke kulit nak buat popiah sais besar tu kita potong 2@3 ? -------------- 219.93.8.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
34. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 07:16:23 pagi [Edit]
sliparburuk , kalau kat sini mmg ada jual kulit samosa ni panjang2..tapi kalau tak ada boleh guna kulit popia yg saiz besor tu kemudian potong 3 memanjang.. -------------- 195.92.67.:-) |
|
hanieliza Ahli Produktif |
35. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 07:23:24 pagi [Edit]
selipar.. kak liza pernah buat.. jika potong 3..samosa tu kecik cotet jer..jenuh nak habiskan kulit tu dan nak masukkan intinya... jika potong 2..okeylah taklah lama sangat mengadap samosa ni.. so terpulanglah..anyway boleh cuba kedua2 cara... ![]() -------------- 219.93.197.:-) |
|
sliparburuk Ahli Setia |
36. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 08:05:16 pagi [Edit]
okeh.. tq. ingat weekend nih nak try ler... ![]() -------------- 219.93.8.:-) |
|
hazdi Ahli Produktif |
37. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 08:04:28 pagi [Edit]
saya mmg suka makan samosa nih..... kat rumah mak saya area keramat, ada sorang makcik nih bila time posa ajer mmg bisnes samosa dia kencang shg bleh upah pekerja dalam 20 orang... antara tugas pekerja2 tuh yg saya tgk adalah mencanai kulit samosa, memasak inti samosa,membungkus samosa, susun samosa ikut pesanan pelanggan.... mostly pelanggannya adalah peniaga2 di pasar ramadhan..... tapi mmg saya cakap sedap samosa makcik ni...biasanya saya akan beli yg blum goreng then bleh simpan 2 - 3 hari dalam freezer..... -------------- 202.157.192.:-) |
|
Liz_Dee Ahli Interaktif |
38. Dihantar pada 20hb April 2005, 10:04:36 pagi [Edit]
camne nak buat karipap.. tolong la.. -------------- 202.75.160.:-) |
|
cikgu_taska Ahli Produktif |
39. Dihantar pada 20hb April 2005, 12:08:25 tghari [Edit]
La nie aku tengah nak belajar masak...so far takat lauk untuk tekak aku ngan suami aku lepas ler..klu kat umah mak mertua aku..sah-sah mcm aku tak pernah masuk dapur..kekekek... Bab-bab kuih tradisonal nie lagi ler...memang hancur abis...nie yg dok korek resepi jerk nie..hehehhe..so far yg aku rajin buat cuma popia jerk..kekekek... -------------- 60.48.202.:-) |
|
ngah_2 Ahli Aktif |
40. Dihantar pada 20hb April 2005, 3:44:05 ptg [Edit]
liz-dee- nak step by step buat pastri karipap ke ? kalau nak resepi, resepi kat atas tu dah ada... -------------- 82.3.32.:-) |
|
Liz_Dee Ahli Interaktif |
41. Dihantar pada 20hb April 2005, 3:56:36 ptg [Edit]
ngah tq bebanyak.. mmg dah tau buat karipap tapi nak dia punya doh tu lagi lembut. Liz akan letak butter (dipanaskan) dlm doh tu.. dlm setengah ketul butter tu kalau tepung setengah packet. inti dia mmg liz dah pandai. cewah.. dan kalau simpan dlm fridge camne nak elakkan dr lekat2.. tq * Mesej ini telah disunting oleh Liz_Dee pada 20hb April 2005, 3:58:57 ptg -------------- 202.75.160.:-) |
|
arenum Ahli Aktif |
42. Dihantar pada 20hb April 2005, 4:02:15 ptg [Edit]
kalo karipap ni aku kureng sket kecuali yang mak buat..... lebih suka temosa....inti kelapa + ikan ....paling best temosa raja ada campor telur sehiris..... 210.187.228.:-) |
|
Liz_Dee Ahli Interaktif |
43. Dihantar pada 20hb April 2005, 4:06:49 ptg [Edit]
Temosa? sama mcm samosa ke? -------------- 202.75.160.:-) |
|
arenum Ahli Aktif |
44. Dihantar pada 20hb April 2005, 4:55:42 ptg [Edit]
bukan cam samosa......temosa ni pakai kulit karipap gak... selalu nye dibuat bentuk bulat.... 210.187.228.:-) |
|
kittun Ahli Aktif |
45. Dihantar pada 22hb April 2005, 00:22:24 pagi [Edit]
uwaaaa..nak makan karipap..err..leh tak sape2 demo craa2 nak wat bunga2 tepi karipap? la ni kittun takdela pencetaknye.tak bwk..kena guna tangan kot..tp ritu mak suh wat, kittun tak reti2..tak cun.last2 cabut lari tgk TV..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.nyesalnye nyesalnya. -------------- 138.253.28.:-) |
|
ngah_2 Ahli Aktif |
46. Dihantar pada 22hb April 2005, 2:42:24 ptg [Edit]
lizz dee- setakat ni ngah suka pastri resepi K.Noor tu, kemudian ngah lbhkan marjerin 1 camb ...ranguppp...baru2 ni ngah belajar wat karipap pusing tapi ngah kureng suka pasal satu adunan tu just tepung, air garam, + putih telur...campur dgn adunan tepung+marjerin+kuning telur....adunan yg air garam tu buat ngah tak suka, tapi rupa mmg cantik la kan... kittun- kena belaja praktikal dgn mak lagi tu...ngah pun belajar dgn mak...praktis lama2 ok le... -------------- 82.3.32.:-) |
|
fadzreen Ahli Produktif |
47. Dihantar pada 28hb April 2005, 4:21:44 ptg [Edit]
ngah ari tu reen ada perasan ngah bagi resepi buat mee kuning.. boleh reen tau kat sembang mana..? reen cari kat sembang pelbagai resepi mee dan laksa takde pun?? -------------- 161.142.141.:-) |
|
ngah_2 Ahli Aktif |
48. Dihantar pada 28hb April 2005, 9:23:51 mlm [Edit]
fadzreen- kat diari masakan 23 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=4601 karipap pusing ngah buat semlm ![]() * Mesej ini telah disunting oleh ngah_2 pada 28hb April 2005, 9:27:20 mlm -------------- 82.3.32.:-) |
|
kittun Ahli Aktif |
49. Dihantar pada 23hb Mei 2005, 5:31:32 ptg [Edit]
ngah, cantiknya karipap..pinggan akak mcm pinggan kita lah. -------------- 138.253.28.:-) |
|
ngah_2 Ahli Aktif |
50. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 06:26:34 pagi [Edit]
kittun- siapa tah cakap tak jadi karipap pusing dia, nanti kalo stok karipap dah habis ngah wat lain....ngah kasi gambo step by step...happy lak rasa bila dah jadi pinggan ? ala ...pinggan tu asalnya org M'sia yg dah balik ke m'sia punya...dia tinggal...ngah blm pandai lagi bab pinggan-mangkuk ni...masih pk2...nak beli ke tak ? he..he... -------------- 82.3.32.:-) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru | Muka 1 | Muka 2 |
| Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |