Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 25hb Ramadhan 1435 @ 23hb Julai 2014, 01:26:43 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Microwave Oven : Pinggan pecah
tiara_honey
Ahli Baru
1. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 3:35:51 ptg    [Edit]
Assalamualaikum....... semua ahli MDC
Saya ada satu kemusykilan. Saya ni baru jer membeli microwave convection oven. Konon nak start rajin memasak ler. Tapi masalahnya, saya ni tak tahu menggunakannya. Bila baca dalam buku manual, susahnya menggunakan benda nih. Alatan dia tak boleh sembrono jer. Contoh logam tak boleh sebarang logam. Cam tadi, saya cuba bakar ayam guna fungsi bakar. Tiba-tiba tak sampai sepuluh minit dengan suhu 250 darjah, pinggan pecah dua. Lepas tu, ingat nak buat kek lapis. Tapi tak tahu pulak acuan yang macammana yang boleh masuk dalam microwave ni. Sebab bila baca manualnya, kalau menggunakan alatan logam yang tak sesuai, boleh merosakkan microwave ni. So, kepada mereka yang ada pengalaman, tolong lah saya. Sebab saya dok fikir la ni, bila dah ada microwave, nak kena beli pinggan mangkuk, periuk belanga yang sesuai pula. Sekian, terima kasih.

219.95.100.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 4:07:56 ptg    [Edit]
selalunya kak liza gunakan pinggan biasa jer..
tak pernah pecah..
atau m/wave tu ada convectional oven..
itu sebab pinggan pecah..
kak liza pernah gunakan pelastik bekas eskrim nestle [warna biru segi banyak tu]..
kalau takut gunakan je dimana ada lambang 'safety microwave'..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
3. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 4:13:38 ptg    [Edit]
aah kak liza. Microwave tu jenis convention. Kalau nak buat kek cam ner. Acuan besi biasa ke?

219.95.100.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 4:16:46 ptg    [Edit]
kak liza tak dapat nak bagi jawapan sebab kak liza hanya gunakan microwave biasa jer..
bukan ada convectional oven tu..

u kena baca mannual book [buku panduan] microwave tu ..

maaf sekali lagi...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

harsha
harsha
Pengendali
5. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 5:20:06 ptg    [Edit]
pakai pyrex lerr kalau nak buat kuih? ok rasanya..

ntah ler.. pasal aku buat kek dalam oven biasa..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

NoorMasri
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 6:14:52 ptg    [Edit]
kak Noor kat sini mmg pakai microwave convention oven..bila nak guna fungsi oven dgn microwave kak Noor guna bekas pyrex...sbb pyrex ni microwaveable dan oven safe..kalu setakat nak guna fungsi microwave boleh guna pinggan yg microwaveable spt pinggan arcopal, correlle dll

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
7. Dihantar pada 06hb Februari 2005, 4:49:08 ptg    [Edit]
Terima kasih sebab sudi berikan idea.
Agaknya saya dah jumpa sebabnya. Kalau guna fungsi panggang, kena gunakan rak ketuhar atau dulang pembakar. Pinggan yang microvable hanya untuk fungsi gelombang mikro. Kalau guna pinggan untuk fungsi bakar, mestilah pecah pinggan tu. Kenapa ler saya study tak abis.

219.95.99.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 06hb Februari 2005, 7:16:40 mlm    [Edit]
tiara..
apa pun kita belajar dari kesilapan..so janganlah susah hati sangat..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

harsha
harsha
Pengendali
9. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 00:48:27 pagi    [Edit]
aaa.. dah tahu silap kat mana.. alhamdulillah.. lepas ni boleh improve

learning is a lifelong process.. tak gitu?

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

nornie
Ahli Setia
10. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 2:53:51 ptg    [Edit]


ni pun nak cerita sikit arr....nornie pun dah dekat 2 tahun beli microwave .. segala macam benda bole masak..pergh cari yg multifunction

skrang....fungsinyer cuma panaskan makanan jer...x tau ler..masak guna microve...rasa kurang la...buat stim...ikan keras semacam..atau nornie yg x reti guna...microwave tu...konon x nak goreng nugget guna microwave...rasa cam x masa..buat lama skit..terus liat satu macam....buat biskut...biskut lembabb.... ..buat bubur ...1 jam pun x jadi aper...
guna rice cooker lagi cepat...

apsal arr...nak kata salah resepi...tengok buku dier..

la nie ...microve tu cuma..panaskan makannan jer...buat stim terus guna pengukus...bakar ayam terus guna oven biasa..

--------------
~ ku memerhatimu dari jauh ~

203.163.103.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
11. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 4:08:30 ptg    [Edit]

Itu ler kalau dapat kat kita yang tak berapa kreatif bab-bab masak ni. Tapi alhamdulillah, lepas tiara study buku resepi dengan manual dia, rasanya ok ler sikit. Cam semalam, tiara buat kek coklat. Alhamdulillah.........jadi. Sebelum ni tiara buat kek coklat tak pernah jadi yang macam twiggies keluaran gardenia tu. Tapi guna microwave ni, jadi pulak. Lepas tu, bakar daging, ayam pun jadi. Elok perangnya. Cuma tiara nak pastikan, tak nak guna pinggan kaca lagi. Rasanya dah settle problem.
Cubalah guna microwave yang cam tiara ni. Panasonic C784MF.
Thanks semua.

219.95.100.:-)

nornie
Ahli Setia
12. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 2:43:14 ptg    [Edit]
tiara...

tahniah...dah menjadi...nak belajar gan tiara boleh...

nornie punya model national ...nombornya lupa lak...

abis tu tiara buat kek coklat tu..guna bekas aper yekk??..guna loyang biasa ker atau..loyang yang hitam tu....

resepi kek tu sama ker....yg macam resepi kek2 biasa ..pastu berapa lama bakarnyer...

--------------
~ ku memerhatimu dari jauh ~

203.163.103.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
13. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 4:34:18 ptg    [Edit]
normie,
sebenarnya malu nak cakap. Tapi kan tak per lah. Sebab nak kongsi pengalaman. Sebenarnya, tiara beli je tepung kek yang kat kedai 'Barang Kita'. Tak tau lah kat normie ada tak kedai tu. Sebab sebelum ni tiara beli tepung kek yang dah siap tu bermacam jenama, tak menjadi. Tapi beli dekat kedai 'Barang Kita' menjadi pulak. Murah jer harganya. Dalam tiga empat ringgit cam tu ler. Senang jer buat. Just tambah telurdan majerin. Cepat dan sedap.
Tentang dulang pembakar pula, tiara beli yang agak mahal sikit. Mahal pun tak ler mahal sangat. Dalam 12 ringgit gitu jer. Tu pun cuba2 gak. Tapi nasib baik menjadi. Pas tu kan normie, tiara semalam buat biskut. Pun beli tepung biskut yang dah siap kedai 'Barang Kita'. Harga dalam 2.00. Tambah majerin jer, telur tak payah. Ranggup dan sedap. Siap bawak pergi sekolah lagi. Heheheehe
Bakar pula, tiara bakar guna fungsi kek. Okey....... terima kasih

219.93.196.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
14. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 4:10:20 ptg    [Edit]
dok cari topik ni...sbb dah lama dapat hadiah Samsung Microwave Oven...dulu tak guna sbb ingat microwave aje....rupannya ada oven bleh buat kek & biskut.

masalahnya sama cam tiara tu...kalau nak buat kek bakar dlm dulang lain ke? pinggan kaca tu tak bleh guna ke tiara?

sbb anak dah besar & suka makan kek, nak try masak sendiri, masa bujang guna electri oven...senang nak masak...pakai microwave tu kureng skit le....nak kena tanya dulu sebelum guna...

tiara bagi le resepi kek & biskut....yg u dah try tu...

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
15. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 9:02:50 mlm    [Edit]
Leila,
Nak jawab pertanyaan leila tu, untuk membakar memang tak boleh guna pinggan kaca. Kena guna dulang lain. Kalau nak guna pinggan kaca, kaserol ke, kena guna fungsi microwave.
Yang kedua, tiara ni tak ler pandai bab-bab buat kek dan biskut ni. Tapi kat kedai Barang Kita tu, dia jual tepung kek dan biskut siap dengan resepi sekali. Pendek kata bagi orang yang tak pandai cam tiara ni, kalau buat memang menjadi ler.
So Leila try ler beli tepung kek dekat kedai barang kita.
Cuba ler guna microwave tu. Sayang kalau tak digunakan.

219.95.103.:-)

maria03
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 09:52:14 pagi    [Edit]
Tiara.
nak tanyalag berapa ek awak beli microwave oven ni? saya gi Panasonic punya website ada 1 model jek dlm 1400.00..nak cari yg model macam awak tu..

saya dah ada microwave biasa..ingat nak jual dan beli microwave oven coz dapur sempit jek takde ruang nak letak oven..
nak juga bakar2..so far microwave kat rumah tu utk reheat and masak maggi jekk...

--------------
1- Nureen Saffiya 2- ? 3- ? 4-?

219.95.242.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
17. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:13:17 mlm    [Edit]
Maria,
Tiara beli yang harga RM1379. Tapi boleh dapat dalam 1300.
Memang yang macam tu ler. Tapi yang tu, yang lama punya. Dia dah keluar model terbaru, tapi harga sama.

219.95.97.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 2:14:05 ptg    [Edit]
tiara...thanks..semalam dah beli brg buat kek kat Pasaray Bakery Shah Alam...pun senang gak caranya..tambah telur & keju je....bleh bakar dah!!..hmm...weekend ni nak try.

semlm jumpa chinese lady kat situ tanya..dia kata kalau microwave kite swicth guna 'convertion' dia kata kaca tu tak pecah...bleh guna....so dia pandai tanya le macam2 soklan...dok beli dulang utk bakar kek & muffin sekali...dah try nanti bagi tau jadi ke tak....member heran pasal semnagat nak masak ni?....dah 5 thn tak pakai....Samsung tu hadiah kawin...company asben yg bagi.

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
19. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 9:35:54 mlm    [Edit]

Leila, cam tu ker?.
Nampak gaya membeli tu, agaknya banyak resepi yang nak dicuba. Lepas ni tak laku ler kuih kat kedai, ye tak?.
Gurau jer. Buat, jangan tak buat time rajin ni. Tiara pun, coz anak2 suka makan kek dan biskut, buat jer la.

219.95.100.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 11:26:57 pagi    [Edit]
tiara~ kalau anak sorang beli aje..tapi dah ramai & suka so buat sendiri lebih selamat & dijamin suci....kan kan!!...tak sabar nak try....

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

monica
Ahli Setia
21. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 11:40:53 pagi    [Edit]
Hai semua ,

Saya baru beli microwave double grill & convection oven sharp r888f, Rasanya saya kena beli dulang utk membakar kek or biskut yg microwave & oven safe, coz yg dah sedia ada mcm x sesuai utk microwave ni..... Nak beli pyrex kena tunggu durian runtuh la pulak......

Utk reheat boleh guna brg2 stonewear ker????? mcm utk grill/memangang kita just guna tray jejaring yg dah sedia ada ker??? bawah tu memang ada 1 piring yg sedia ada gak????? memula mcm susah jer benda alahni... tapi menarik actually.....

thanks

218.208.18.:-)

maizana
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 11:54:08 pagi    [Edit]
quote:
Saya baru beli microwave double grill & convection oven sharp r888f, Rasanya saya kena beli dulang utk membakar kek or biskut yg microwave & oven safe, coz yg dah sedia ada mcm x sesuai utk microwave ni..... Nak beli pyrex kena tunggu durian runtuh la pulak......



Monica, Kak zana berpendapat, kalau nak bakar kek atau biskut tak perlu gunakan fungsi microwave, so kalau tak guna fungsi microwave, gunakan jer fungsi convection bake, yang ni dulang ppembakar zink tu pun boleh guna..

Bila nak gunakan fungsi microwave jer baru gunakan bekas2 seperti corning, vision or pyrex..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

monica
Ahli Setia
23. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 12:01:29 tghari    [Edit]
Thanks kak zana,


Ada org kata zink yg biasa tu x elok guna, coz boleh memendekkan hayat microwave tu, so far saya guna utk reheat sayur & lauk pauk or mengukus, tu pun guna stoneware set pinggang mangkuk....

Belakang microwave ni panas x bila kita sedang gunakan Coz plug memang dok belakang tu.

Kak zana nak pindah umah x buat house warming ker???????

218.208.18.:-)

tenet_my
Ahli Setia
24. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 12:19:17 tghari    [Edit]
hi honey,

tenet pun mcm u gak, buta skit pasal microwave tp so far tenet uat kek alhamdullilah jadik tp acuan kena pakai pyrex brand ler....penah pakai aliminium foil tp arus karan tu menakutkan....

192.85.47.:-)

monica
Ahli Setia
25. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 1:06:03 tghari    [Edit]
thanks tenet,

That mean loyang/bekas yg biasa kita guna utk bakar kek tu x sesuai ker??? Rasa nyer zink kot????? Insyaallah kena carilah juga bekas yg sesuai ni...... Buta x reti guna boleh baca kat manual book dia.

218.208.18.:-)

shasha13
Ahli Setia
26. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 2:18:56 ptg    [Edit]
sebenarnya lah kan, setahu shasha memang tak leh guna pinggan mangkuk yg ada unsur2 logam spt zink tu. bukannya apa, secara teori scientifiknya, cara microwave berfungsi ni lain dr cara oven biasa. oven biasa masak makanan dengan cara memanaskan udara supaya udara dapat salurkan kepanasannya kpd makanan. Microwave pulak, cara dia berfungsi adalah dengan "menembak" gelombang micro terus kepada makan & pinggan + whatever "bende" yg ada kat dalm microwave tu. bila makanan dah dapat gelombang micro ni, zarah2 akan bergetar menghasilkan haba yg panas yg menyebabkan makanan masak. tetapi bila zarah2 zink pulak (cthnya) dapat energy dr microwave ni, susahlah pulak sbb ia akan menghasilkan "spark", kalau banyak sangat boleh meletup microwave oven hang. Cek kena jaga2 sikit. Bukan nak menakutkan.

So far dah pernah masak, bread pudding, apple pie, OK lah tapi kena cover ngan plastik sebelum masukkan kdlm mic oven.

--------------
Ira Balm,Gel Dolla Cantik,Voucher Hotel/Apt murah;susu IgG 6pcs=RM25;call/sms 013-3696540

61.6.35.:-)

monica
Ahli Setia
27. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 2:59:55 ptg    [Edit]
shasha

thanks a lot 4 your info. Tu yg x boleh nak try bake biscuit or cuba buat cake tu, coz x der equipment yg sesuai.... Rasanya LA KAN SETAKAT nak reheat lauk pauk guna set pinggang mangkuk jenis stoneware????

218.208.18.:-)

maizana
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 3:03:53 ptg    [Edit]
Kalau nak tau memasak gunakan microwave.. marilah Kak Zana ajarkan... kita boleh goreng ikan bilis tanpa minyak (memang sesuai sesiapa yang ada baby), buat kerisik tak perlu kacau dan tunggu, nak buat sambal kacang.. tak perlu goreng kacangnya, goreng keropok tanpa minyak, bakar jagung, masak pulut kuning, ayam bakar, kek.. cookies.. dan masak dodol pun boleh...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

monica
Ahli Setia
29. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 3:59:03 ptg    [Edit]
Thanks kak zana saya pernah gak dgr goreng keropok tanpa minyak dlm microwave, mcmana dia nak kembang yer???? Saya bukan x nak join class memasak akak, cuma kena keja cari duitlah kak..... akak pun tau kan saya ni?????? if not sure saya kena stop amik nutrilite. Hujung minggu memang waktu saya keja lebih utk dpt $$$ lebih.

Apa salah nya ajar dlm ni gak, nanti saya boleh buat popcorn & goreng keropok dlm tu? cuma kena beli pinggan or bekas2 yg sesuailah. Takut rosak la pulak microwave.

218.208.18.:-)

jamm_vas
Ahli Baru
30. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 7:36:28 mlm    [Edit]


saya pun baru dapat hadiah microwave tu... jimat duit baru cadang nak beli...tapi masalahnye saya tak tau nak masak ape guna benda alah tu....

kak maizana ada buat kelas masakan ke.... blehlah ajar saya masak memasak guna MV. kat mana kelasnye..... bila pukui brape and yurannye...????

--------------
"sOMe tImE lOVe jUSt aIn'T eNOuGh"

219.93.11.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 7:41:07 mlm    [Edit]
kak Noor mmg biasa masak keropok keping dlm microwave bila time malas melanda...caranya letakkan keropok keping dlm pinggan biar satu lapis je...pastu tekan je 1-2 minit..high power..bergantung byk mana keropok tersbt..kalau tak kembang sepenuhnya..sambung lagi 1-2 min lagi..senangggg..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

ani7
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 10:28:30 mlm    [Edit]


Kena pakai pinggan pyrex mana boleh pakai pinggan biasa kalau tidak beli tupperwear untuk microwave ada dijual

165.21.154.:-)

monica
Ahli Setia
33. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 08:40:19 pagi    [Edit]
Kak noor,

Mudah memanglah mudah. Tapi keropok keping tu kembang mcm kita goreng dgn minyak ker???? yg popcorn tu pulak, dlm manual book tu ada kata boh dlm beg khas, mana nak beli beg khas ni pulak???

Oh ya dlm MV tu masa beli dia ada attached 1 piring/ rak tinggi & rendah. If kita panggang ayam just boh atas rak ni, bawah dia x boh pinggan, x pa ker??? coz surelah air menitik2.

Barulah tau betapa jahilnya aku ni, coz kat offis guna MV biasa(just for reheat). Dok terfikir2 berbaloi ker beli, if x reti nak guna

218.208.18.:-)

maz3d
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 07hb Mei 2005, 00:02:50 pagi    [Edit]
..ehmmm ramai gak yg tak pandai guna MV ni dgn sepenuhnya....samalah kita...
saya cuma tahu buat heating, defrost dan masak maggie ...

saper guna MV samsung c/w steam clean (Combi)....kalau ada yg pakai boleh
ler ajar saya. dah tanya kat kedai tapi diorg tak reti sbb model baru...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
35. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 4:27:20 ptg    [Edit]
putri nak tanya...

pinggan yang berpusing2 dalam microwave tu kan...kalau pecah ada jual tak kat kedai?

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

Ibuayu
Ahli Baru
36. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 10:21:40 pagi    [Edit]

Rasenya putri boleh tanya kat tempat beli dulu. Akak memang guna Microwave Convection banyak kegunaannya boleh masak nasi, penggang ikan/ayam daging, bakar biskut/kek akak suka masak sayur ala2 steam brokoli, bunga kobis, karot, lada benggala dan jagung muda masak cuka 2 minit cantik warna tak tukar pastu akak siram tumisan sos tiram + cendawan best terasa manisnya sayuran tu.... masak pulut memang senang 15 minit dah boleh makan.

--------------
Hidup sihat keluarga bahagia

219.93.8.:-)

raihanis
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 00:34:30 pagi    [Edit]
quote:
If kita panggang ayam just boh atas rak ni, bawah dia x boh pinggan, x pa ker??? coz surelah air menitik2.



biasanya i selalu letak rak tu dlm pinggan tembikar. kdg2 panggang dlm
pinggan je. sedap jugak. cuma ayam tu agak melekat kat pinggan tu.

kalau sekadar nak panaskan makanan pun i slalu guna pinggan atau
periuk tembikar ataupun mangkuk pyrex. harga sebiji mangkuk tu dah
blh cover brg2 dapur utk seminggu. mahai giler. tapi kena beli gak
la...alang2 dah ada microwave kena la pakai sampai puas hati. ada jugak
i beli bekas plastik yg tahan utk microwave, tapi bekas ni tak boleh diguna
kalau kita nak masak lama. ianya tahan dlm 20 minit je. kalau lbh dari time
tu, bekas tu mcm melengkung sikit.

skrg ni dah byk perkakas pinggan mangkuk yg blh masuk microwave. cuma
kena siapkan fulus je la.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.213.:-)

jamd
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 5:59:16 ptg    [Edit]
jamd baru dok berangan nak beli oven....so tak sure microwave kat rumah tu leh berfungsi sebagai oven ke tak...rasa utk microwave je....coz harga pun murah

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

218.208.239.:-)

nornie
Ahli Setia
39. Dihantar pada 07hb Oktober 2005, 03:52:18 pagi    [Edit]


nak up balik topik nie especially bulan puasa...

calling for kak maizana...
teruja dgn penjelasan kak zana tu...
so harap kak zana bole ler tolong ajarkan..
nak belajar terus jumpa kak zana x dapat ler..coz saya kat perak..

tu leila, kak jamd, rahanis, tiara honey, monica dan yg lelain tu..
camner dah berfungsi sepenuhnya ker..microwave anda tu...

--------------
~ ku memerhatimu dari jauh ~

210.187.95.:-)

tiara_honey
Ahli Baru
40. Dihantar pada 07hb Oktober 2005, 04:25:27 pagi    [Edit]
Mekasih coz upkan balik topik ni.
Acc... dari try and error, masalah saya dah settle. Alhamdulillah, sekarang ni microvawe tu dah berfungsi. Siap dengan buat jagung manis dan memasak kari lagi. Tambah2 bulan puasa ni, memasak ayam percik ke ataupun ikan percik, agak senang ler kerja saya.

219.95.96.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
41. Dihantar pada 07hb Oktober 2005, 05:46:36 pagi    [Edit]
mmm.. kat umah Lynnda takde microwave... yg ada pun yg biasa nyer... kecik la... nak letak ikan pun kena potong dua... selalu wat reheat dan ikan stim jer la...

penah try bakar biskut, tapi dia mengelembung... camner tu ekk? ada sapa2 leh bgtau camner nak elakkan sbb dia mcm bantat....

my hubby lak dia masukkan bateri henpon dalam microwave tu.. nasib ler tak terbakar.... naya jer.r.....

--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

daketor
Ahli Aktif
42. Dihantar pada 07hb Oktober 2005, 7:23:00 mlm    [Edit]
lynnda,

biasanya microwave yg jenis convection je yg boleh guna utk bakar membakar ni..yg biasa tokleh..

hasilnya tak tahu la camna, umah MIL ada, tak pernah tgk dia guna pun function tu..asek guna utk reheat lauk je..

cam membazir je beli mahal2

--------------
**Lily Bumbleroot of Fair Downs**

84.203.3.:-)

maz3d
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 07hb Oktober 2005, 8:21:59 mlm    [Edit]
tiara_honey......kalu nak masak ayam/ikan percik tu kene tekan kat function
apa yer....m/wave oven saya jenis samsung ...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.109.:-)

maz3d
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 08hb Oktober 2005, 12:17:38 tghari    [Edit]
keburukan menggunakanm/wave ..boleh refer kat sini..

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=11631

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.109.:-)

nornie
Ahli Setia
45. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 1:21:57 tghari    [Edit]


wah tiara...tahniah...dah teror memasak guna microwave. nanti kasi tips ker ..ajer ler..

last week teringin nak buat pecal..tapi malasnya nak goreng kacang tanah..then teringat kak zana ada mention tu ari..so nornie cuba ler..panggang kacang tanah...buat 1 min..1 min..bestnyer..4 minit dah masak kacang tu...

anak nornie suka kacang tanah ni..coz dia masak rata dan x rentung ..then rasa dia cam makan kacang yg jual tu...tong garden...peh ni nak panggang pelbagai jenis kacang..

--------------
~ ku memerhatimu dari jauh ~

210.187.95.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005