Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 16hb JamadilAkhir 1435 @ 17hb April 2014, 00:20:18 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Club : : Zuriat yang ditunggu-tunggu PART 8
wanli
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:45:43 ptg    [Edit]
baru nak post utk PART 7 td tetiba x leh post lakss... refresh balik topik dah tutup.. cess.. sabo jer laa... tape laa.. kat sini skali lg saya bukak topik baru.. dan PART 8 dah... harap dapat sambung segala informasi kat sini..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:47:12 ptg    [Edit]


Senarai ahli :

1) Fiedariza7 - 20 Dis 2003
2) SITI7677 - 7 Sept 2003
3) wanli - 5 Jun 2004
4) emy_aina - 7 Jun 2003
5) Icecreamgirl - 22 Feb 2004
6) eyzlyn
7) sukalagu - 31 Mei 2003
8) maisarazai - 2 Nov 2002
9) tejaputeri
10) maz3d
11) aDiYa
12) kittun
13) vogue2704 - 14 Mac 2003
14) cikwan - 5 Jun 2004
15) sohor11
16) eidadara
17) Virgo76 - 4 Sept 1999
18) sherry_zie
19) calis_enjel
20) nizawan
21) teletubis76
22) cikbusuk
23) kaklonglin
24) nilam72a
25) cheq
26) maie8808
27) CheNot
28) che_tomb
29) mrs_ally
30) kyra_aleya
31) Rosniena
32) Babyhubby
33) alieyah
34) ctcure
35) pearlsweets
36) ikhlasonline
37) kitty_chan
38) babyviva - 17 Julai 2003
39) ruhaizah
40) PrincessLea - 20 Ogos 2004
41) suriapagi
42) mulan
43) makdukun

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:49:24 ptg    [Edit]
For references :

Part 7 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=2879

Part 6 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=2790

Part 5 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=2497

Part 4 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=1674

Part 3 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=964

Part 2 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=516

Part 1 http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=68

* Mesej ini telah disunting oleh wanli pada 04hb Februari 2005, 3:50:32 ptg

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:50:03 ptg    [Edit]


info...

PERSENYAWAAN DAN KEJADIAN KEHAMILAN
Kehamilan adalah hasil percantuman antara benih-benih lelaki dan perempuan. Benih lelaki digelar spermatozoa dan benih perempuan digelar ovum. Proses percantuman yang digelar persenyawaan (fertilization) menghasilkan satu embryo yang kemudian tumbuh dan membesar untuk menjadi satu bayi. Sebelum kita mengkaji dengan mendalam tentang proses tersebut, penting bagi kita untuk memahami tentang pengeluaran, bentuk dan pergerakan benih-benih lelaki dan perempuan.

Benih Lelaki (Spermatozoa)

Organ-organ pembiakan lelaki adalah terdiri daripada zakar (testis), saluran mani (epididymis), karung mani (seminal vesicle) dan kilang prostate. Bentuk dan kedudukan organ-organ tersebut adalah ditunjukkan dalam rajah 1.

Zakar mengandungi banyak tubule seminferous yang terdiri dari sel-sel yang membentuk benih-benih. Proses pembentukan benih digelar spermatogenesis dan proses ini adalah rumit sedikit. Sel-sel normal mempunyai 46 rangkaian kromosom. Tetapi apabila sel-sel ini membentuk benih dalam proses spermatogenesis, bilangan kromosom menjadi separuh iaitu 23. Kromosom-kromosom adalah struktur penting yang terletak dalam nuklues sel dan menerusi kromosom-kromosom ini baka dan ciri-ciri warisan biasanya diturunkan kepada anak.

Pembentukan benih atau spermatogenesis adalah di bawah kawalan hormon terutamanya FSH atau follicle stimulating hormon, yang dikeluarkan oleh kilang pituitari. Hormon kelakian iaitu testosterone juga mengambil peranan dengan memastikan spermatogenesis berlaku terus menerus. Tetapi paras hormon testosterone yang terlalu tinggi boleh menindas pembentukan benih.

Sejurus selepas dikeluarkan oleh sel-sel dalam tubule seminferous, benih-benih tersebut belum lagi mempunyai daya untuk bergerak-gerak dan tiada kemampuan untuk bercantum dengan benih perempuan. Benih-benih mendapat kemampuan untuk bergerak di dalam saluran epididymis. Perjalanan benih-benih melalui saluran ini mengambil masa selama 9 hingga 14 hari.

Benih-benih lelaki adalah dianggap sebagai satu unit hidupan dan merka mempunyai kemampuan untuk hidup sendiri dengan mendapat bekalan makanan dari lendir-lendir yang dikeluarkan oleh saluran epididymis, karung mani dan kilang prostat.

Jika diperiksa dengan alat mikroskio, kita dapati benih-benih lelaki mempunyai satu bentuk yang istimewa: mereka ini mempunyai rupa bentuk seperti anak berudu (lihat rajah 2). Terdapat tiga bahagian dalam setiap benih iaitu kepala, leher dan ekor. Kromosom-kromosom terletak di dalam bahagian kepala dan leher, manakala bahagian ekor mempunyai peranan penting dalam pergerakan.

Selepas persetubuhan, air mani ditimbulkan di dalam faraj. Berjuta-juta benih lelaki adalah terkandung di dalam air mani tersebut jika ia dikeluarkan oleh seorang lelaki yang normal. Kebanyakan daripada air mani tersebut terdiri dari lendir yang dikeluarkan oleh kilang prostat dan karung mani. Lendir tersebut mengandungi banyak jenis bahan kimia dan makanan untuk menampung kehidupan benih-benih. Sebaik sahaja dikeluarkan, benih-benih tersebut belum lagi mempunyai keupayaan untuk fertilization dan biasanya benih-benih tersebut mengambil masa lebih kurang tujuh jam untuk mendapatkan keupayaan ini. Pakar-pakar perubatan berpendapat bahawa keupayaan ini didapati apabila benih-benih tersebut menembusi lendir pada pangkal rahim (cervix). Lendir pangkal rahim ini juga mempunyai beberapa tugas lain yang penting terhadap benih-benih lelaki seperti memberi sumber makanan, memperkuatkan tenaga untuk pergerakan dan juga menyimpan benih-benih itu dalam keadaan hidup untuk beberapa hari. Benih-benih lelaki biasanya mempunyai jangka masa hidup selama 24-28 jam sahaja selepas dikeluarkan. Tetapi kadangkala benih-benih tersebut boleh disimpan oleh lendir pangkal rahim sehingga beberapa hari.

Selepas menembusi lendir pangkal rahim dan mendapatkan tenaga lebih untuk pergerakan, benih-benih lelaki perlu menempuh satu perjalanan yang jauh untuk menemui ovum (telur perempuan) pada muncung saluran fallopian. Perlu diingat bahawa benih-benih lelaki adalah terlalu kecil bentuknya dan bagi mereka jarak antara pangkal rahim ke muncung saluran fallopian adalah amat jauh. Oleh kerana bahaya dan rintangan dalam perjalanan tersebut terlalu besar dan ada kemungkinan benih-benih itu musnah sebelum sampai ke destinasi, maka dengan bilangan terbesar benih-benih, iaitu sehingga berpuluh juta banyaknya, masalah tersebut mungkin dapat diatasi. Sekurang-kurangnya beberapa benih lelaki akan sampai ke muncung saluran fallopian untuk bercantum dengan ovum, walaupun kebanyakan daripada mereka akan musnah.

Kegiatan ekor benih memainkan peranan utama dalam pergerakan benih-benih. Tambahan pula perjalanan benih ke arah muncung saluran fallopian adalah ditolong dengan kuatnya oleh kontraksi atau tindakan kembang-kuncup yang berlaku pada otot-otot rahim dan saluran fallopian. Adalah dipercayai bahawa tindakan kembang-kuncup rahim adalah disebabkan oleh sejenis hormon, digelar prostaglandin yang terkandung di dalam air mani dan dikeluarkan oleh kilang prostat. Perjalanan benih-benih menembusi lendir pangkal rahim dipermudahkan dengan saluran pangkal rahim menjadi kembang, yang biasa berlaku jika wanita itu mencapai kemuncak (orgasm) ketika persetubuhan.

Pada dinding bahagian dalam saluran fallopian terdapat rerambut-rerambut atau cilia yang sentiasa bergerak-gerak sehingga menimbulkan satu arusan. Gerakan cilia ini menolong perjalanan benih-benih lelaki ke arah muncung saluran fallopian. Gerakan cilia ini juga menimbulkan ombak-ombak yang kemudian menarik antara benih-benih perempuan (ovum) yang dikeluarkan oleh ovari ke arah muncung saluran fallopian di mana percantuman antara benih-benih lelaki dan perempuan berlaku. Daya tarikan kimia atau chemotaxis juga mempunyai peranan penting dalam perjalanan benih-benih lelaki dan perempuan menuju ke arah muncung. Saluran fallopian mempunyai beberapa peranan dalam perjalanan benih-benih, malah saluran tersebut juga mengeluarkan lendir yang kaya dengan bahan-bahan makanan untuk kegunaan benih-benih tersebut.

Benih Perempuan (Ovum)

Ovum atau benih perempuan adalah dikeluarkan oleh ovari atau kilang ovum. Pada kebiasaannya satu sahaja ovum dikeluarkan dalam satu pusingan haid walaupun kadangkala terdapat lebih dari satu dan keadaan begini boleh menyebabkan kehamilan berganda seperti bayi kembar.

Tidak semua wanita mengeluarkan ovum dalam setiap pusingan haid: setengah pusingan haid tanpa ovulasi (pengeluaran ovum) dan ada setengah wanita pula, oleh sebab penyakit, tidak mengeluarkan telur langsung di dalam hayatnya. Ada setengah wanita mengeluarkan ovum dari ovari adalah satu faktor penting dalam menentukan kesuburan seseorang wanita, kerana tanpa ovum, kehamilan tidak boleh berlaku.

Seseorang wanita mempunyai dua ovari yang terletak dalam rongga punggung. Dalam ovari ini terdapat banyak sel yang digelar primodial follicle yang mempunyai potensi bagi menajdi ovum. Pada permulaan hayat seseorang wanita, terdapat lebih kurang 400,000 primodial follicle, tetapi dari jumlah tersebut hanya lebih kurang 400 sahaja yang berjaya untuk menjadi ovum. Kebanyakan dari follikal lain menjadi musnah. Sebelum menjelma sebagai ovum, banyak perubahan berlaku di dalam struktur follikal-follikal tersebut dan ini dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari dan hypothalamus yang terletak di dalam otak.

Terdapat dua jenis hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitary, digelar follicle stimulating hormone (FSH) dan luteinising hormon (LH). Pengeluaran hormon-hormon tersebut adalah dipengaruhi oleh releasing factor yang dikeluarkan oleh kilang hypothalamus. Aspek-aspek mental, khususnya emosi, mempengaruhi peredaran haid menerusi perantaraan hypothalamus. FSH bertindak ke atas follikal-follikal dalam ovari dan menyebabkan mereka menjalani beberapa peringkat perubahan yang digelar maturasi atau pematangan follikal. Proses maturasi ini berlaku pada minggu pertama dan kedua dalam pusingan haid. Pada pertengahan pusingan haid, biasanya pada hari ke 14, pengeluaran benih dari follikal berlaku dan proses yang digelar ovulasi ini adalah dikawal oleh hormon LH. Walaupun banyak follikal menjalani proses maturasi, tetapi hanya satu sahaja mencapai ke peringkat ovulasi dan mengeluarkan ovum. Dalam rawatan dengan ubat gonadotrophin bagi pesakit-pesakit yang tidak ada ovulasi, kadang kala berlaku beberapa follikal mencapai maturasi sehingga mengeluarkan beberapa ovum. Keadaan ini boleh menyebabkan kehamilan berganda. Rawatan dengan ubat penyubur seperti clomiphene boleh menghasilkan kehamilan kembar dalam 10 peratus dari pesakit-pesakit yang menerima rawatan.

Ovum adalah satu struktur yang amat kecil dan ia mempunyai nukleus sendiri. Jumlah bilangan kromosom di dalam ovum juga menjadi separuh (23) daripada jumlah bilangan biasa (46). Ovum ketika dikeluarkan oleh follikal adalah diselaputi oleh satu lapisan digelar zona pellucida. Ia mula bergerak atas daya tarikan dari muncung saluran fallopian. Daya tarikan ini berpunca dari pergerakan cilia atau rerambut pada dinding saluran fallopian tetapi jika persenyawaan tidak berlaku, benih-benih tersebut akan musnah begitu sahaja dan sel tersebut diserap oleh sistem peraliran darah. Ovum biasanya boleh hidup selama 24-28 jam selepas ia dikeluarkan oleh ovari.

Persenyawaan Dan Pertumbuhan Bayi
Kejayaan sesuatu persenyawaan bergantung kepada beberapa faktor. Pertamanya, adalah penting bagi bilangan benih-benih lelaki itu mencukupi dan mempunyai kemampuan untuk bergerak dan daya untuk bercantum (capacitance). Keduanya, saluran-saluran peranakan mulai dari vagina, saluran cervik, ruang rahim dan saluran fallopian mestilah mempunyai bentuk yang normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang mungkin menghalang perjalanan benih-benih lelaki.

Persetubuhan mestilah dilakukan dengan jayanya pada waktu yang tertentu, iaitu pada waktu kesuburan isteri, kerana pada ketika itu ovum dikeluarkan oleh ovari. Persetubuhan yang disertai kemuncak kepuasan (orgasm) adalah penting kerana keadaan begini dikatakan memudahkan perjalanan benih-benih lelaki melalui saluran pangkal rahim, ruang rahim dan seterusnya saluran fallopian. Bilangan benih-benih lelaki yang dikeluarkan ketika persetubuhan adalah juga penting kerana perjalanan menerusi saluran peranakan adalah jauh bagi benih-benih yang begitu kecil bentuknya itu. Banyak rintangan yang ditempuh oleh benih-benih tersebut dan banyak daripada mereka yang musnah sebelum sampai ke destinasi.

Selain dari benih tersebut menambah kekuatan tenaga dan daya pergerakan ketika mereka menembusi lendir di dalam pangkal rahim, lendir cervik ini juga membekalkan bahan makanan dan juga memberi daya bercantum kepada benih-benih lelaki (capacitance). Bentuk benih-benih lelaki yang normal juga penting bagi kejayaan sesuatu persenyawaan. Jika bentuk benih lelaki banyak yang luar biasa, ini mungkin mengendalakan persenyawaan. Rangkaian kromosom yang terkandung di dalam benih lelaki dan ovum juga penting bagi menghasilkan satu embryo yang normal. Kelainan dalam kromosom telah dikatakan menimbulkan kehamilan-kehamilan luar biasa seperti kehamilan anggur (hydatidiform mole) dan keguguran. Benih lelaki membawa 23 kromosom dan ovum juga membawa 23 kromosom, dan ini, apabila bercantum, akan menghasilkan satu embryo yang mengandungi rangkaian kromosom yang normal bagi setiap sel iaitu 46.

Percantuman benih-benih lelaki dengan ovum berlaku pada muncung saluran fallopian. Banyak benih lelaki akan mendekati ovum dan mereka ini juga menembusi selaput tebal zona pellucide tetapi akhirnya hanya satu benih lelaki sahaja akan berjaya mencantumkan nukleusnya dengan nukleus ovum (lihat rajah 4). Persenyawaan menghasilkan satu zygote dan di dalam zygote ini proses pembiakan sel-sel terus berlaku. Dari satu sel ia membiak mejadi 2, 4, 8 dan seterusnya tidak terkira banyaknya. Pada ketika ini juga zygote mula berjalan melalui saluran fallopian untuk menuju ke ruang rahim. Perjalanan in biasanya mengambil masa selama 5 hingga 7 hari. Pada ketika yang sama perubahan-perubahan telah berlaku di bawah pengaruh hormon-hormon estrogen dan progesterone pada lapisan endometrium untuk menyediakan dan menerima zygote yang kini telah berkembang menjadi embryo untuk menghasilkan kehamilan. Embryo ini perlu membenamkan dirinya pada dinding rahim (endometrium) di mana ia terus membiak, tumbuh dan membesar. Proses ini digelar ‘implantasi’ dan untuk kejayaan proses ini, embryo perlu mengeluarkan enzim yang khsusus untuk membolehkannya menembusi dan membenamkan diri ke dalam lapisan endometrium.

Setelah implantasi berlaku dengan jayanya, embryo terus membiak dan tumbuh membesar. Sel-sel ini membentuk anggota-anggota dan organ-organ badan. Dari sel-sel tersebut juga terbentuk uri yang mempunyai beberapa tugas penting khususnya bagi membekal makanan dan oksigen, serta membuah kumoh-kumoh dari bayi (lihat rajah 5).

Tanda-tanda dan Kepastian Bagi Kehamilan
Tanda yang paling penting bagi kehamilan ialah tidak datang haid pada waktu yang dijangka. Walaupun keadaan ini boleh disebabkan oleh banyak perkara termasuklah sesuatu jenis penyakit, ketidakdatangan haid biasanya menandakan kehamilan.

Tanda-tanda yang sering menyertainya ialah rasa loya dan muntah-muntah khususnya pada pagi-pagi hari. Ini mungkin juga disertai oleh rasa pening kepala. Gangguan dalam perkencingan mungkin juga berlaku seperti kerapkali hendak buang air kencing. Ini disebabkan oleh tekanan rahim yang kian membesar ke atas pundi-pundi kencing. Satu lagi tanda penting yang boleh diketahui oleh wanita hamil ialah kesedaran tentang buah dadanya membesar dan ini sering disertai oleh rasa sengal-sengal atau sakit.

Walaupun tanda-tanda kehamilan mungkin jelas, seringkali kepastian hanya boleh dicapai dengan pemeriksaan oleh doktor. Jika doktor masih juga ragu-ragu untuk membuat kepastian tentang kehamilan, ujian-ujian khsusu boleh dilakukan. Ujian-ujian human chorionic gonadotrophin (HCG) yang dikeluarkan oleh sel-sel trophoblast dalam kehamilan. Hormon HCG ini disalurkan keluar melalui air kencing. Beberapa jenis ujian telah dicipta atas dasar tersebut, dan banyak dari ujian ini boleh didapati dengan sedikit bayaran dari kedai-kedai ubat atau chemist. Kepastian tentang kehamilan boleh dibuat dengan ujian-ujian lain seperti dengan alat ultrasonic di mana kehamilan dalam rahim dapat digambarkan dengan jelas melalui peti televisyen. Denyutan jantung bayi boleh juga dikesan dengan alat-alat ultrasound setelah kehamilan mencapai dua bulan atau lebih.

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:51:19 ptg    [Edit]


info..

KEMANDULAN ISTERI

Dalam penyiasatan ke atas pasangan kelamin yang mandul, tumpuan utama diberi kepada pihak isteri oleh kerana kebanyakan daripada sebab-sebab kemandulan (60%) adalah berpunca daripada pihak isteri. Pada biasanya seseorang isteri tidak perlu membawa suaminya bersama pada kali pertama ia ke klinik mandul.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan, keterangan yang mendalam tentang kesihatan, edaran haid, perhubungan antara suami isteri perlu dicatat oleh doktor. Kebanyakan daripada soalan yang dikemukakan ini mungkin menyentuh peribadi dan maruah seseorang tetapi bukanlah tujuan doktor hendak memperkecilkan hati seseorang itu, sebaliknya butir-butir ini adalah sangat penting bagi doktor yang merawat.

Butir-butir Penting Dalam Riwayat Pesakit

Persoalan-persoalan akan ditimbulkan seperti berapa tahun kelamin itu telah berkahwin dan berapa lamakah ia telah mencuba untuk mendapat kehamilan. Butir-butir tentang edaran haid seperti umur seseorang perempuan itu pertama kali keluar haid, sama ada haid disertai dengan kesakitan atau tidak, dan juga keluaran darah luar biasa selain daripada darah haid dan tarikh hari pertama keluaran haid yang terakhir adalah penting untuk dicatat dalam rekod penderita.

Butir-butir mengenai cara-cara dan amalan perancang keluarga perlu diperolehi jika penderita itu pernah mengamalkannya sebelum ia menjadi mandul kerana ini ada kaitannya dengan kesuburan seseorang wanita. Jika penderita itu pernah diperiksa dan disiasat oleh doktor-doktor lain atas kemandulannya, butir-butir mengenai siasatan ini serta keputusan-keputusasn penyiasatan tersebut perlu dibawa apabila pesakit itu menemui pakar untuk mendapat rawatan selanjutnya.

Sejarah tentang kesihatan penderita perlu diambil secara mendalam terutama dari segi penyakit-penyakit tibi, kencing manis (diabetes) dan juga jenis pembedahan yang telah dilakukan seperti pembedahan ‘appendix’ atau pembedahan perut yang lain. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sistem peranakan seperti keluaran lendir keputihan, atau rasa sakit di bahagian bawah perut, khususnya ketika haid atau persetubuhan. Butir-butir lanjut mengenai sesuatu pembedahan yang dilakukan ke atas sistem peranakan seperti ‘D & C’ adalah penting dicatatkan dalam rekod pesakit.

Pemeriksaan Tubuh Badan

Pemeriksaan yang lengkap akan dilakukan oleh doktor ke atas penderita yang datang ke klinik mandul dengan tujuan untuk mengesan sesuatu keadaan luar biasa yang mungkin terdapat pada tubuh badannya, khususnya pemeriksaan di bahagian peranakan.

Kadangkala saya mendapati setengah daripada pesakit berasa malu dan segan untuk diperiksa bahagian kemaluannya. Perlu ditegaskan di sini bahawa satu sahaja pemeriksaan ke atas kemaluan penderita iaitu tidak mencukupi dan tidak boleh memberi segala maklumat tentang punca kemandulan penderita itu. Pemeriksaan ini mungkin perlu diulang dan juga disertai dengan beberapa jenis ujian darah dan lain-lain.

Sebab-sebab Kemandulan Perempuan

Untuk memudahkan pemahaman ke atas sebab-sebab kemandulan di kalangan wanita, sebab-sebab tersebut boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, kemandulan yang disebab oleh penyakit dalam faraj dan pangkal rahim, kedua penyakit dalam rahim, ketiga penyakit dalam saluran fallopian dan kegagalan ‘ovulasi’ (pengeluaran benih).

I. Penyakit-penyakit dalam faraj dan pangkal rahim

Penyakit yang berlaku dalam faraj misalnya jangkitan kuman khususnya kuman ‘Monilia’ (sejenis kulat), ‘Trichomonas’ dan lain-lain bakteria boleh menyebabkan kemandulan. Penyakit kuman ini biasanya menyebabkan perubahan dalam lendir faraj. Keadaan begini mungkin memusnahkan setengah daripada benih lelaki kerana keadaan lendir yang wujud tidak sesuai bagi benih-benih tersebut.

Penyakit yang berlaku pada pangkal rahim dan menyebabkan saluran pangkal rahim itu tertutup akan menyebabkan kemandulan. Keadaan ini boleh berlaku jika timbulnya satu tumbuhan di hadapan pangkal rahim atau pangkal rahim itu menjadi rosak dan tertutup (stenosis) selepas menjalani sesuatu pembedahan seperti ‘amputation of cervix’

Lendir yang terdapat pada saluran pangkal rahim mempunyai peranan yang penting dan aktif dalam percantuman benih lelaki dengan benih perempuan, bukan hanya satu saluran yang pasif. Lendir tersebut dipercayai mengambil peranan dalam pengangkutan, penyimpanan, perlindungan serta memperkuatkan tenaga benih-benih lelaki sebelum bergerak menuju ke kilang telur.

Kadangkala terdapat gangguan dalam bentuk lendir tersebut kerana keadaan tidak seimbang dalam kandungan hormon pesakit itu. Keadaan ini boleh mengganggu peranan yang dimainkan oleh lendir saluran pangkal rahim. Keadaan begini sering timbul dalam penyakit ‘cervical erosion’. Jangkitan kuman (cervicitis) juga boleh mengganggu keadaan lendir itu, dan seterusnya menimbulkan kemandulan.

Penyakit-penyakit yang menimpa saluran faraj dan saluran pangkal rahim dapat dikesan dengan mudah ketika pemeriksaan kemaluan dilakukan. Walaupun demikian ujian-ujian khusus perlu dilakukan untuk mengesahkan jenis jangkitan kuman dan juga mengesan sama ada lendir saluran pangkal rahim boleh menjalankan tugas-tugasnya. Di antara ujian tersebut ialah:

a) Pemeriksaan mikroskopi ke atas lendir faraj

Ini bertujuan untuk mengesan kuman yang menyebabkan penyakit, seterusnya semaian (culture) boleh dilakukan ke atas lendir itu untuk mengetahui jenis kuman yang menjangkitinya serta jenis ubat yang sesuai untuk rawatan. Setelah diketahui jenis kuman itu, rawatan yang khusus adalah mudah diberikan. Biasanya ubat-ubat ini diberikan secara ‘pessary’ di mana ubat itu dimasukkan dalam faraj tiap-tiap hari selama seminggu atau lebih. Ubat ‘pessary’ ini mengandungi banyak jenis ramuan seperti antibiotik, antifungal dan lain-lain yang boleh memusnahkan berbagai jenis kuman.

b) Pemeriksaan mikroskopi ke atas lendir pangkal rahim

Ini bertujuan untuk mengesan sama ada benih lelaki terdapat dalam lendir itu. Juga ia bertujuan untuk mengesan secara tidak langsung, sama ada wanita mandul itu telah mengeluarkan telur atau tidak. Ujian yang digelar ‘post-coital test’ ini perlu dilakukan lebih kurang 8 jam setelah persetubuhan dilakukan dan juga pada ketika benih lelaki tidak terdapat dalam lendir itu, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti kemandulan lelaki atau sesuatu penyakit yang berlaku pada lubang faraj dan saluran pangkal rahim. Jika kemandulan disebabkan oleh ‘cervical erosion’ iaitu pangkal rahim menjadi merah warnanya rawatan sejajar ialah dengan ‘cautery’, di mana pangkal rahim ‘dibakar’ dengan menggunakan alat elektro, cyro (sejuk) atau bahan kimia. ‘Pembakaran’ ini bertujuan untuk merangsangkan pertumbuhan sel yang normal di pangkal rahim. Dengan cara ini tisu-tisu pangkal rahim boleh sembuh seperti sediakala.

Penyakit-penyakit Dalam Rahim

Rahim adalah perkakas yang amat penting dalam kehamilan kerana ia merupakan satu ruang di mana hasil kehamilan itu tumbuh dan membesar sehingga menjadi bayi. Jika sesuatu gejala berlaku ke atas rahim, maka kehamilan akan tergendala. Keadaan selaput endometrium mungkin tidak sesuai untuk menerima implantasi atau penanaman embryo kerana sesuatu sebab penyakit. Bentuk ruang rahim juga mungkin tidak sesuai sehinggakan setiap embryo yang berjaya menempuhi proses implantasi, tidak berjaya tumbuh dan berkembang. Di antara penyakit yang boleh menimpa rahim ialah penyakit semula jadi di mana bentuk rahim menjadi luar biasa atau bercabang dua seperti yang terdapat dalam ‘bicornuate uterus’, tumbuhan bukan kanser seperti ‘fibroid’ dan juga penyakit jangkitan kuman khususnya penyakit tibi.

Dalam pemeriksaan faraj tumbuhan pada rahim biasanya mudah dikesan tetapi penyakit-penyakit lain mungkin memerlukan penyiasatan serta ujian yang lebih teliti. Di antara ujian-ujian tersebut ialah:

(a) Dilatation dan Curettage (D & C)

Ini adalah satu prosedur pembedahan kecil untuk mengambil contoh tisu dari selaput endometrium dalam ruang rahim. Ini penting dilakukan dalam waktu yang tertentu iaitu dalam bahagian akhir pusingan haid ataupun beberapa hari sebelum haid berikutnya dijangka keluar. Tujuan pemeriksaan ini ialah untuk mengesan sama ada wanita itu ada mengeluarkan benih (ovum) atau tidak kerana ia akan menentukan sama ada dinding rahim (endometrium) itu sesuai untuk menerima kehamilan atau tidak. Dalam pemeriksaan ini juga ujian khusus untuk mengesan penyakit tibi dilakukan dengan menghantar contoh endometrium untuk ‘guinea pig inoculation’. Penyakit tibi yang menimpa rahim dikatakan menyebabkan kemandulan di kalangan 2% dan pada pesakit yang datang ke klinik mandul. Jika dipastikan penyakit tibi, rawatan khusus dan ubat akan diberikan oleh doktor pakar tibi.

(b) Pemeriksaan X-ray (hysterography)

Satu pemeriksaan istimewa yang menggunakan X-ray akan dilakukan untuk mengesan jenis penyakit dalam rahim seperti penyakit tumbuhan atau keganjilan dalam bentuk rahim (bicornuate). Tujuan lain ujian ini ialah untuk mengesan sama ada saluran “Fallopian’ terbuka atau tidak dan juga sama ada saluran pangkal rahim itu normal atau tidak. Kadangkala terdapat saluran pangkal rahim lemah (incompetent) dan ini menyebabkan keguguran berulang kali.

Pemeriksaan ini dilakukan dengan memasukkan sejenis cecair khas (contrast medium) ke dalam ruang rahim dan ketika itu gambar X-ray diambil. Ujian ini tidak memerlukan penderita dimasukkan ke hospital. Ini biasanya dilakukan dalam bilik X-ray. Dalam pemeriksaan ini, sedikit kesakitan mungkin dirasai ketika cecair itu dimasukkan ke dalam rahim. Adalah penting bagi semua penderita untuk mengetahui bahawa ianya tidak hamil ketika pemeriksaan X-ray ini dilakukan kerana bahangan X-ray mungkin membawa mudarat kepada bayi yang dikandungnya. Untuk mengelakkan kemungkinan kecacatan bayi ini, tarikh keluar haid yang terakhir perlu diketahui. Biasanya X-ray ini dilakukan antara 4-7 hari selepas haid berhenti.

Jika didapati kemandulan disebabkan oleh tumbuhan atau sesuatu kelainan dalam bentuk rahim, pembedahan mungkin boleh dilakukan untuk membetulkannya. Biasanya hasil pembedahan bagi rawatan penyakit tumbuhan ‘fibroid’ adalah memuaskan tetapi jika tumbuhan ini terlalu banyak dan telah merosakkan saluran ‘fallopian’, hasil pembedahan seringkali menghampakan.

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:52:01 ptg    [Edit]



info

KEMANDULAN LELAKI

Kesuburan seseorang lelaki biasanya diukur dari segi keupayaan benih-benihnya mempersenyawakan ovum (telur) perempuan. Keupayaan ini bergantung atas beberapa faktor seperti hitungan benih yang cukup, kebolehan benih bergerak-gerak dan bentuk benih yang normal. Di samping itu persetubuhan adalah penting dan sesuatu kelemahan dalam hubungan seks seperti impotens atau lemah tenaga batin, ejakulasi prematur dan ejakulasi ke belakang (retrograde) boleh menimbulkan kemandulan.

Seseorang lelaki itu boleh subur jika telah membuktikan bahawa ia boleh menghamilkan pasangannya. Ia ‘mandul’ langsung jika didapati air maninya tidak mengandungi benih-benih atau daya pergerakan benih-benih dan bentuk normal benih-benih itu kurang dari biasa. Air mani lelaki yang tidak mengandungi benih langsung digelar azoospermia manakala air mani yang rendah hitungan benih digelar oligospermia.

Sebagaimana telah ditegaskan, pihak lelaki didapati menyebabkan lebih kurang 40 peratus dari kes-kes mandul yang datang ke klinik doktor pakar obstetriks dan ginekologi untuk penyiasatan dan rawatan. Oleh itu penting ditegaskan bahawa pihak lelaki perlu datang bersama-sama isteri untuk menemui doktor walaupun perbuatan ini mungkin mengancam egonya dan menyinggung maruah kelakiannya. Dalam bab ini penghuraian secara mendalam akan dibuat dari segi sebab-sebab kejadian kemandulan lelaki, pemeriksaan dan ujian-ujian siasatan, dan rawatan-rawatan bagi kemandulan lelaki.





Sebab-sebab Kemandulan Lelaki

Apa yang saya maksudkan dengan ‘kemandulan lelaki’ di sini sebenarnya tidak bererti bahawa seseorang itu tidak boleh langsung menghasilkan satu penghamilan terhadap isterinya. Konsep kemandulan lelaki di sini adalah satu konsep yang ‘relatif’, ertinya data pembiakan atau kesuburan seseorang lelaki itu berkurangan walaupun ada setengah daripada mereka mandul langsung. Lelaki tersebut mungkin mempunyai benih-benih dalam air maninya tetapi hitungan benih tersebut mungkin berkurangan atau pun daya pembiakan benih-benih tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan yang lain. Tetapi terdapat setengah mereka tanpa mempunyai benih langsung dalam air mani mereka (azoospermia) dan mereka tidak mempunyai harapan untuk menghamilkan isteri mereka.

Banyak perkara boleh menyebabkan seseorang lelaki menjadi rendah daya kesuburannya. Di sini saya akan huraikan beberapa perkara yang menyebabkan penyakit ini. Pertamanya penyakit semula jadi, iaitu satu penyakit yang diwarisi khususnya penyakit yang bersangkutan dengan kelainan dalam rangkai ‘chromosome’ di mana lelaki tersebut mempunyai buah zakar yang amat kecil dan dengan ini ia tidak mempunyai daya untuk mengeluarkan benih-benih lelaki. Penyakit yang saya maksudkan ini ialah penyakit Klinefelters syndrome. Lain-lain penyakit semula jadi yang mungkin menyebabkan kemandulan lelaki ialah sesuatu penyakit yang menimbulkan kelainan dalam persaluran air mani, karung air mani atau pun persaluran air kencing tempat-tempat yang dilalui air mani bila dikeluarkan. Mungkin salah satu daripada saluran-saluran tersebut menjadi tersekat. Dalam hal ini kadangkala kita dapati seseorang lelaki mempunyai persaluran air kencing yang luar biasa, iaitu ia terbuka pada pangkal zakar, bahagian bawah (hypospadias) atau bahagian atas (epispadias), bukan pada hujung zakarnya seperti pada lelaki yang normal.

Sesuatu penyakit yang menimpa pada buah zakar, khususnya penyakit-penyakit yang merosakkan sel-sel pembina benih lelaki seperti penyakit mump atau beguk boleh menyebabkan kemandulan. Penyakit ‘mump’ tidak semestinya melibatkan buah zakar tetapi jika menimpa buah zakar akibatnya buruk. Juga penyakit-penyakit yang menimpa pada persaluran air mani seperti penyakit tibi, penyakit-penyakit gonorrhoea dan siplis juga boleh menyekat perjalanan benih-benih daripada buah zakar kepada karung air mani. Sejenis penyakit digelar varicocele di mana saluran pembuluh (veins) menjadi luar biasa dan bergumpal-gumpal, seperti keadaan vericose vein pada kaki, boleh menyebabkan kemandulan lelaki.

Terdapat beberapa penjelasan tentang bagaimana gerombolan vein ini menyebabkan kemandulan lelaki dan salah satu daripadanya ialah hawa panas yang bertindak terhadap buah zakar dan saluran mani dan ini menindas pembentukan benih. Lelaki yang terdedah kepada bahangan radiation, misalnya seseorang yang mendapat rawatan oleh sebab barah buah zakar atau pekerja dalam pusat-pusat radioisotope yang terdedah kepada unsur-unsur radiotion boleh menjadi mandul ataupun kesuburannya menjadi kurang. Hawa panas boleh menindas pembentukan benih-benih, khususnya bagi lelaki yang bekerja dikilang-kilang blast furnace, juga pemandu-pemandu lori atau kereta yang perlu memandu beratus-ratus batu jauhnya di hari yang panas. Banyak di antara kes-kes mandul yang saya rawati terdiri dari pemandu-pemandu kereta dan lori.

Berkaitan dengan perkara ini penggunaan seluar dalam atau suspender yang amat ketat boleh menindas pembentukan benih-benih lelaki. Seluar-seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.

Setengah daripada mereka yang merokok terlalu banyak dan juga mereka yang meminum arak terlalu banyak, mungkin mendapati hitungan benih dalam air mani mereka menjadi kurang daripada biasa. Keadaan ini boleh menyebabkan kemandulan. Kadang-kadang terdapat buah zakar tidak turun dan menduduki karung-karung mereka, satu atau kedua buah zakar mungkin terletak di dalam perut (undescended testes). Keadaan penyakit ini seringkali dikaitkan dengan kemandulan tetapi yang lebih penting bagi keadaan ini ialah seringkali ia dikaitkan dengan kejadian barah buah zakar.

Gangguan dalam pembentukan benih mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam kilang-kilang hypothelamus dan pituitari. Pengeluaran hormon-hormon FSH dan ICSH mungkin terganggu dalam penyakit tersebut dan menyebabkan pembentukan benih tertindas. Satu penyakit di mana pengeluaran hormon prolactin oleh kilang pituitari menjadi berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan lemah tenaga batin (impotence) di kalangan lelaki.

Ramai di antara orang lelaki yang didapati hitungan benih mereka rendah (oligospermia) tidak menghidap apa-apa jenis penyakit dan tidak ada sebab boleh dikesan selepas berbagai jenis penyiasatan dilakukan. Kumpulan ini merupakan bilangan terbesar di kalangan lelaki mandul.

Pemeriksaan dan Penyiasatan Lelaki yang Mandul

Dalam lawatan pertama biasanya pihak lelaki tidak diperiksa, hanya isterinya diperiksa dengan teliti. Oleh itu dalam lawatan pertama ke klinik mandul, suami tidak perlu ikut bersama tetapi biasanya saya arahkan si isteri itu memberikan pesanan atau memberitahu suaminya supaya datang ke Makmal pada masa yang tertentu supaya air maninya boleh disiasat. Jika sesuatu kelainan didapati dalam penyiasatan air mani itu maka barulah suami itu dipanggil untuk diperiksa dan penyiasatan selanjutnya dilakukan. Walaupun demikian jika suami datang bersama-sama isteri dalam lawatan pertama, ia juga akan saya periksa. Dalam pemeriksaan ini banyak persoalan akan dikemukakan kepada suami yang mungkin menyentuh hal-hal peribadi, tetapi ini tidak bertujuan untuk memperkecilkan atau menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya ia bertujuan untuk mengesan sesuatu faktor yang mungkin menyebabkan kemandulan.

Faktor-faktor menyebab kemandulan seperti yang saya jelaskan di atas akan diselidiki. Riwayat hiup suami dari aspek-aspek sos i a l , penyakit-penyakit yang lampau atau jenis-jenis pembedahan yang telah dijalani sebelum itu, khususnya pembedahan bagi penyakit hernia, adalah sangat penting. Pemeriksaan ke atas tubuh badan akan dilakukan oleh doktor ke atas suami khususnya untuk mengesan sesuatu penyakit yang telah saya nyatakan di atas. Pemeriksaan pembiakan khususnya zakar dan buah zakar akan dilakukan dengan teliti untuk mengesan sesuatu kelainan pada perkakas tersebut.

Walaupun kadangkala terdapat suami enggan datang untuk diperiksa tetapi bilangan mereka dalam golongan ini adalah terlalu kecil; hampir semua suami yang telah saya rawati mengikuti arahan untuk diperiksa di klinik mandul. Hakikat ini diterima oleh sebab timbulnya kesedaran di kalangan masyarakat kita bahawa kemandulan boleh juga disebabkan oleh orang lelaki. Lagipun taraf pelajaran masyarakat kita kian meningkat dan kebanyakan kelamin telah pun membaca tentang kemandulan ini dari majalah-majalah atau buku-buku dan ini memberi panduan kepada mereka supaya mendapatkan rawatan dari doktor-doktor tertentu.

Pemeriksaan Air Mani (Semen Analysis)

Pemeriksaan air mani atau semen analysis adalah satu penyiasatan yang amat penting dalam kes mandul. Contoh air mani yang akan diperiksa ini sebaiknya didapati secara pengeluaran sendiri atau masturbation. Contoh-contoh air mani yang didapati dengan cara lain seperti cara persetubuhan ataupun cara memakai sarung getah didapati tidak memuaskan untuk tujuan penyiasatan kerana perbuatan-perbuatan demikian boleh memusnahkan benih-benih.

Biasanya suami dinasihatkan supaya menjauhi daripada persetubuhan dalam masa 3-5 hari sebelum pengambilan contoh hair mani itu dilakukan. Pengeluaran air mani ini boleh dilakukan di rumah dan ia kemudian dikumpulkan dalam satu botol yang bersih. Penting diingati bahawa setelah air mani dikeluarkan ia mesti dikejarkan ke hospital dalam masa setengah atau-atau selewat-lewatnya satu jam. Mereka yang datang dari jauh akan mendpati sukar untuk membawa contoh air mani dari rumah kerena perjalanan ke hohspital mungkin mengambil masa yang amat panjang. Oleh itu kemudahan-kemudahan diberi kepada mereka untuk mengeluarkan contoh air mani nmereka di hospital-hospital. Setengah daripada suami yang telah saya rawati mengalami kesukaran untuk mengeluarkan air mani dengan cara masturbasi.

Dalam penyiasatan air mani ini beberapa perkara akan diteliti. Di antara perkara-perkara tersebut ialah isipadu (volume), viscositi hitungan benih dan ada atau tidaknya sel-sel luar biasa. Kandungan bahan-bahan kimia seperti fuctose, phospate dan hyaluronidase dalam air mani kadangkala juga disukat. Air mani yang ‘normal’ adalah mempunyai isipadu lebih kurang 3 cc dan ia menjadi cair selepas setengah jam jika dibiarkan. Hitungan benih yang normal ialah sebanyak 20 juta benih-benih atau lebih dalam 1 cc. Air mani tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus benih yang berbentuk normal dan juga sekurang-kurangnya 40 peratus daripada benih-benih tersebut mempunyai daya bergerak.

Jika air mani tersebut didapati tidak mengandungi benih lansung, keadaan ini digelar azoospermia dan ia boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang telah saya jelaskan di atas. Apabila keadaan ini berlaku biasanya saya arahkan supaya pemeriksaan air mani diulang dan jika dipastikan bahawa tiada benih langsung dalam air mani (azoospermia) dalam 2 atau 3 kali penyiasatan, maka penyiasatan-penyiasatan yang selanjutnya akan dilakukan seperti penyukatan paras hormon dalam darah, testicular biopsy dan chromosome analysis.

Kadangkala kita dapati hitungan benih-benih adalah rendah iaitu hitungan antara 10 hingga 20 juta benih per ml, dan keadaan ini dipanggil oligospermia. Banyak perkara boleh menyebabkan keadaan tersebut dan ini telah saya huraikan di atas. Biasanya dalam hal demikian saya beri nasihat-nasihat tertentu dan juga rawatan-rawatan tertentu khususnya dengan ubat-ubat hormon. Analisa air mani selanjutnya diulang selepas nasihat-nasihat dan rawatan diberikan. Jika terdapat daya pergerakan benih-benih lelaki itu menjadi terlalu rendah (kurang dari 30%), rawatan khusus dengan hormon juga diberikan.

Testicular Biopsy

Jika telah dipastikan bahawa seseorang lelaki itu tidak langsung mengeluarkan benih, rawatan atau penyiasatan selanjutnya yang saya lakukan adalah ‘testicular biopsy’, di mana sedikit tisu daripada buah zakar diambil untuk dikaji secara mikroskop. Untuk melakukan penyiasatan biasanya saya tidak lakukan sendiri tetapi saya mendapatkan pertolongan daripada Doktor Pakar Urology yang biasanya mengendalikan penyakit-penyakit pada sistem pembiakan orang-orang lelaki. Dalam penyiasatan ini yang biasanya boleh dilakukan secara pesakit luar iaitu pesakit-pesakit tidak perlu dimasukkan ke hospital, secebis tisu dari buah zakar diambil di bawah pengaruh bius tempatan sahaja. Kemudiannya tisu-tisu ini dihantar kepada Doktor-doktor Pakar Patologi untuk dikaji bentuk-bentuk selnya. Dari maklumat-maklumat ini kita boleh dapati apakah sebab-sebab yang menimbulkan kejadian ‘azoospermia’ atau ketiadaan benih-benih.

Pemeriksaan Darah

Beberapa pemeriksaan darah akan juga dilakukan, ini bertujuan untuk mengesan paras hormon ‘testosterone’ dan juga ‘follicle stimulating hormone’ (FSH). Jika sesuatu kelainan didapati dalam paras hormon ini maka rawatan dengan hormon-hormon tertentu boleh diberikan. Penyiasatan ‘chromosome analysis’ perlu juga dilakukan jika kita mengesyaki penyakit ‘Klinefelter Syndrome’. Siasatan in adalah untuk mempastikan penyakit tersebut. Ada setengah pakar-pakar yang juga menyiasat tentang paras antibodi dalam darah suami untuk mengesan semen antibody. Setakat ini pakar-pakar belum dapat menentukan tentang kepentingan ‘antibodi’ dalam darah seseorang lelaki.

Rawatan Bagi Kemandulan

Nasihat-nasihat umum

Nasihat-nasihat umum khususnya nasihat yang bersangkutan dengan persetubuhan adalah sangat penting. Saya pernah menemui beberapa suami yang lemah tenaga batin mereka iaitu apa yang kita gelar ‘impotence’. Keadaan ini boleh menyebabkan kemandulan kerana ini adalah disebabkan oleh tekanan menal. Kadangkala juga terdapat si suami tidak boleh melakukan persetubuhan oleh kerana ‘premature ejaculation’. Beberapa nasihat tertentu boleh saya berikan tentang keadaan ini tetapi jika gagal biasanya saya rujukkan perkara ini kepada Doktor-doktor Pakar Ilmu Jiwa atau psychiatrist. Saya juga pernah temui satu pasangan kelamin yang mandul selama 3 tahun dan apabila saya selidiki tentang riwayat persetubuhan, mereka tidak pernah langsung mengadakan persetubuhan oleh sebab sesuatu keadaan yang menghalangnya seperti lubang faraj terlalu kecil. Dalam hal demikian nasihat-nasihat tertentu dan juga rawatan secara pembedahan kecil terhadap faraj isteri boleh dilakukan untuk membetulkan keadaan demikian. Salah seorang daripada mereka telah hamil selepas pembedahan kecil tersebut.

Nasihat-nasihat seperti pemakaian seluar dalam yang longgar dan menjauhi pemakaian suspender yang ketat adalah penting bagi mereka yang mana hitungan benihnya adalah rendah. Saya juga sering nasihatkan kepada mereka untuk merendam buah zakar mereka dalam air yang sejuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali mereka balik daripada kerja. Keadaan ini dipercayai boleh menambahkan hitungan benih-benih mereka. Mereka juga saya sering nasihatkan memakan bahan-bahan makanan yang mempunyai banyak zat khususnya makanan yang banyak mengandungi berbagai jenis viamin. Setengah pakar berpendapat bahawa vitamin E boleh memperbaiki daya kesuburan seseorang lelaki tetapi bukti tentang hakikat ini hanya boleh didapati daripada eksperimen pada haiwan, buktinya pada manusia belum jelas lagi.

Nasihat-nasihat tentang persetubuhan pada waktu yang tepat khususnyaa pada ketika isterinya itu subur adalah penting. Biasanya kesuburan isteri berlaku pada pertengahan edaran wanita iaitu hari yang ke 14 jika dihitung dari hari pertama mula datang haid, pada orang yang edaran haidnya tetap 28 ke 30 hari. Dalam hal ini biasanya saya memberi nasihat tertentu kepada pasangan-pasangan yang mana si suami seringkali keluar beberapa hari dalam sebulan. Misalnya pasangan yang suaminya bekerja sebagai askar, polis hutan ataupun pemandu-pemandu lori yang pergi jauh. Pada ketika isterinya subur saya beri nasihat supaya mereka berada di rumah dan persetubuan dilakukan pada ketika itu.

Satu lagi nasihat yang kadangkala saya berikan kepada lelaki-lelaki yang rendah hitungan benih mereka (oligospermia) ialah ketika mereka melakukan persetubuhan mereka mempraktikkan split ejaculate. Ini bermakna ketika suami mencapai kemuncak dan mengeluarkan air maninya ia hanya melepaskan separuh sahaja air maninya ke dalam kemaluan isteri, dan separuh yang kemudian dilepaskan di luar. Adalah dipercayai separuh bahagian pertama air mani mengandungi lebih banyak benih daripada separuh bahagian terkemudian. Amalan ini patut diteruskan jika ia gagal selepas beberapa percubaan kerana ia mengurangkan kepuasan persetubuhan di pihak isteri.

Rawatan Dengan Hormon

Beberapa jenis hormon telah digunakan untuk merawat kemandulan orang-orang lelaki tetapi rawatan ini hanya ditujukan kepada mereka yang mana hitungan benihnya rendah atau pun jika daya pergerakan benih-benih itu rendah. Jika seseorang lelaki itu tidak ada mempunyai benih langsung tidak ada rawatan ubat yang khusus boleh diberikan kepadanya Beberapa jenis hormon boleh digunakan untuk rawatan orang-orang lelaki yang hitungan benih mereka rendah Kebanyakan dari hormon-hormon itu adalah termasuk di dalam golongan hormon lelaki yang digelar ‘testosterone’. Jenis hormon yang sering saya gunakan ialah provironum yang saya arahkan untuk dimakan sebanyak 3 kali sehari. Setelah memakan ubat-ubat ini selama 6 bulan atau setahun, saya dapati ramai daripada mereka meningkat bilangan benih-benih dalam air mani. Ada setengah daripada mereka yang bilangan benihnya mencapai ke peringkat normal. Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan lebih kurang 30% daripada mereka ini kemudiannya boleh menghamilkan isteri mereka. Lain-lain jenis hormon telah juga digunakan misalnya clomid hormon-hormon thyroid dan gonadrotrophins, tetapi hasil daripada rawatan-rawatan hormon tersebut tidak begitu memuaskan.

Rawatan Pembedahan bagi Kemandulan Orang-orang Lelaki

Pada ketika ini rawatan pembedahan bagi orang-orang lelaki mempunyai peranan yang terhad, iaitu hanya dalam satu jenis penyakit sahaja yang saya dapati rawatan pembedahan ini memuaskan. Penyakit yang saya maksudkan ialah penyakit varicocele di mana pembuluh darah menjadi luar biasa iaitu bergumpal-gumpal dalam karung buah zakar. Rawatan bagi penyakit ini ialah untuk mengikat saluran pembuluh ini supaya ia tidak boleh mempengaruhi pembentukan benih-benih dalam zakar. Mengikut kajian-kajian yang telah dilakukan ke atas kes-kes yang telah dibedah, lebih kurang 60% mendapati hitungan benih mereka meningkat naik. Walaupun demikian hanya lebih kurang 20-30% daripada mereka yang berjaya untuk menghamilkan isteri-isteri mereka. Rawatan yang selanjutnya bagi yang berbentuk pembedahan bagi merawat kemandulan lelaki jarang sekali dilakukan seperti penyambungan persaluran air mani. Satu lagi aspek rawatan pembedahan ialah pembetulan persaluran air kencing yang luar biasa. Ini pun jarang kita temui.

Inseminasi benih suami (AIH) dan benih penderma (AID) akan dibincangkan nanti.

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:52:36 ptg    [Edit]


info..

Kemandulan oleh sebab kesekatan saluran fallopian

Saluran fallopian merupakan satu saluran penting dalam pembiakan. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan kemudiannya bercantum dengan ovum perempuan. Saluran ini tidak bertugas secara pasif malah ia bertindak secara aktif dengan saluran ini juga bertindak untuk menarik ovum dari ovari dengan daya tarikan kimo serta pergerakan rerambut pada dinding saluran tersebut.

Setelah percantuman benih lelaki dengan ovum berlaku serta menghasilkan satu embryo, saluran fallopian membekalkan bahan-bahan makanan serta menolong pergerakan embryo tersebut ke arah ruang rahim untuk menjalani proses ‘implantasi’.

Untuk menjayakan proses percantuman benih serta menghasilkan kehamilan, saluran fallopian perlu mempunyai bentuk normal. Jika sesuatu kelainan berlaku dan menyebabkan saluran itu tersekat atau tersumbat, maka tugas-tugas tersebut akan tergendala dan kehamilan akan gagal.

Sekatan di saluran fallopian disebabkan oleh beberapa perkara. Ia mungkin berlaku buat sementara sahaja kerana kuncupan (spasm), ataupun oleh sebab kesumbatan (blockage). Kuncupan atau ‘spasm’ seringkali terdapat di kalangan wanita yang sentiasa ‘nervous’ atau tegang suasana mentalnya. Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk jika wanita itu sangat-sangat ingin hamil tetapi telah hampa mencapainya setelah beberapa tahun.

Kesumbatan saluran fallopian adalah lebih berat kerana ia merupakan suatu keadaan yang memerlukan rawatan khusus. Kesumbatan saluran boleh disebabkan oleh banyak perkara terutama penyakit jangkitan kuman. Jenis kuman yang sering menjangkit saluran fallopian ialah ‘gonorrhoea’, tibi dan kuman-kuman bakteria lain.

Jangkitan kuman ini seringkali didapati dari perhubungan seks terutamanya dari kalangan lelaki yang mengidap penyakit-penyakit tersebut. Jangkitan kuman mungkin juga berpunca dari appendix atau dari peraliran darah seperti penyakit tibi.

Kesumbatan saluran fallopian boleh juga timbul dari sesuatu penyakit tumbuhan dalam rahim atau ovari seperti tumbuhan ‘fibroid’ atau ‘endometriosis’. Beberapa jenis penyakit dalam rahim yang lain boleh menimbulkan kesumbatan saluran dan tidak perlu dinyatakan kesemuanya di sini.

Cara-cara untuk menguji ‘Patency’ Saluran Fallopian

Dalam penyiasatan kes mandul, penting bagi doktor untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak (ujian-ujian patency). Ujian-ujian ini boleh membezakan antara kesekatan yang disebabkan oleh kuncupan (spasm) dari kesumbatan (blockage).

Penilaian akan juga dilakukan untuk menentukan sama ada kesumbatan itu teruk atau tidak dan sama ada pembedahan untuk membetulkan kesumbatan boleh dilakukan atau tidak. Hakikat ini adalah penting apabila doktor menasihatkan penderita-penderita tentang pembedahan untuk membetulkan saluran fallopian.





(a) Insuflasi Saluran

Ujian ini dilakukan dengan meniup gas karbon dioksida ke dalam ruang rahim dan melalui saluran fallopian. Walaupun ujian ini boleh dilakkan tanpa bius, ia lebih sering dilakukan ke atas pesakit di bawah pengaruh bius. Ujian ini juga dilakukan serentak dengan D & C di mana secebis tisu dari selapurt endometrium diambil untuk dikaji.

Ujian ini dianggap kurang memuaskan untuk menentukan ‘patency’ saluran fallopian kerana ia bergantung ke atas paras tekanan gas yang ditiupkan. Paras tekanan C02 ini dicatatkan pada carta graf. Kuncupan saluran (spasm) boleh menimbulkan satu keputusan yang mengelirukan. Walaupun kurang tepat, ia masih digunakan oleh setengah doktor kerana ia mudah dilakukan dan tidak membahayakan penderita dan ia biasanya dilakukan sebagai ujian peringkat awal dalam penyiasatan kes-kes mandul.

(b) Hysterosalpingografi

Ini adalah satu ujian X-ray yang istimewa di mana sejenis cecair khas diinjekkan ke dalam ruang rahim melalui pangkal rahim. Kemudian gambar X-ray diambil dan dari gambar ini doktor akan dapat mempastikan sama ada ruang rahim itu normal atau tidak, ataupun tertutup.

Oleh kerana ujian ini melibatkan pancaran X-ray, adalah penting bagi seseorang pesakit yang akan menjalani pemeriksaan ini mengetahui tarikh keluaran haid yang terakhir untuk mengelakkan bahangan X-ray terhadap kehamilan yang mungkin telah wujud pada ketika itu. Pada keseluruhannya, ujian ini adalah memuaskan tetapi kadangkala terdapat keputusan yang mungkin mengelirukan seperti juga yang berlaku pada ujian insuflasi saluran. Jika pembedahan untuk membetul saluran fallopian dirancangkan, ujian X-ray mestilah dilakukan sebelumnya.

(c) Laparoscopy

Ini adalah satu ujian yang dianggap terbaik dalam penyiasatan ke atas seseorang penderita mandul. Bukan sahaja ia boleh menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tertutup malah dengan ujian ini doktor dapat melihat dengan sendiri keadaan ovari, rahim dan juga alat-alat yang terlibat dalam proses pembiakan.

Dalam ujian ini pesakit perlu dimasukkan ke hospital selama 2 hari dan ubat bius diberikan. Satu alat teropong yang digelar ‘Laparoscope’ akan dimasukkan ke dalam ruang perut menerusi satu ‘incision’ di bawah pusat, setelah ruang itu diisi dengan gas karbon dioksida. Melalui teropong ini doktor dapat melihat dengan jelasnya semua perkakas-perkakas pembiakan. Ujian ini juga adalah sangat penting bagi menilai keadaan saluran fallopian sebelum doktor menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesumbatan yang mungkin berlaku pada saluran tersebut. Dalam ujian ini saluran fallopian itu terbuka cecair biru akan dapat dilihat dari teropong Laparoscope itu.

Rawatan Bagi Kesekatan Saluran Fallopian

Biasanya jika kesekatan berlaku hanya sementara oleh sebab kuncupan saluran itu (spasm), ujian-ujian tersebut di atas mungkin mempunyai nilai-nilai rawatan. Tegasnya setelah menjalani ujian-ujian tersebut didapati beberapa penderita telah berjaya mendapat kehamilan.

Jika kesekatan saluran disebabkan oleh sesuatu jenis penyakit seperti yang telah disebutkan di atas, rawatan yang lebih aktif adalah diperlukan. Rawatan ini biasanya memerlukan pembedahan unutk membetulkan kesumbatan yang berlaku pada saluran tersebut. Setelah ujian-ujian penilaian, tidak kesemua penderita akan didapati sesuai untuk menjalani pembedahan.

Biasanya sebelum saya menjalankan sesuatu pembedahan untuk membetulkan kesekatan pada saluran fallopian, saya berbincang dengan pesakit serta suaminya tentang beberapa aspek, terutamanya tentang kejayaan pembedahan tersebut.

Satu lagi aspek penting yang saya telitikan ialah tentang keadaan suami penderita sama ada ia subur atau tidak dan juga umur penderita wanita itu. Jika umur penderita wanita itu telah terlalu lanjut iaitu melebihi 40 tahun biasanya saya tidak cadangkan kepada pesakit itu tentang pembedahan tersebut, kerana hasil pembedahan pada umur tersebut sangat menghampakan. Jika kerosakan pada saluran terlalu teruk saya tidak akan cadangkan apa-apa jenis pembedahan.

Hydrotubation

Ini adalah satu cara di mana sejenis cecair yang mengandungi beberapa ramuan ubat (antibiotik), hydrorotisone dan hylase) akan diinjekkan ke dalam saluran fallopian melalui pangkal rahim. Biasanya saya lakukan tatacara ini di dalam wad tanpa memerlukan penderita itu dimasukkan ke hospital. Tujuan ini ialah untuk menyediakan penderita tersebut sebelum ia menjalani pembedahan untuk membetulkan kesumbatan pada saluran fallopian. Ianya sering juga saya lakukan sebagai rawawtan susulan selepas pembedahan ke atas saluran fallopian.

Kadangkala tatacara ini juga digunakan untuk merawat pesakit-pesakit di mana kesumbatan pada saluran fallopian tidak begti teruk dan mungkin boleh dirawat dengan secara injeksyen dengan cecair sahaja.

Pembedahan Untuk Membetulkan Saluran Fallopian

Adalah penting ditegaskan di sini bahawa hasil pembedahan untuk membetulkan kesumbatan pada saluran fallopian pada keseluruhannya memberi hasil yang kurang memuakan. Purata kejayaan dari segi kehamilan selepas pembedahan adalah dalam lingkungan 20 hingga 30% sahaja. Peratus kejayaan pembedahan ini boleh diperbaiki jika pemilihan kes yang akan dibedah itu dilakukan dengan teliti dengan melakukan ujian-ujian yang saya sebutkan di atas.

Walaupun kejayaan ini tidak begitu menggalakkan namun jika saluran fallopian seseorang pesakit itu telah tersumbat rawatan yang khusus baginya ialah pembedahan dan tidak ada cara lain. Oleh itu pembedahan merupakan pemilihan yang terakhir bagi mereka ini.

Beberapa kemajuan telah dicapai dalam bidang pembedahan untuk membetulkan kesumbatan saluran fallopian. Salah satu dari kemajuan tersebut ialah penggunaan alat teropong ketika pembedahan (microsurgery). Bidang mikrosurgeri kini kian berkembang di negara barat dengan adanya tenaga-tenaga kepakaran. Tetapi di negara kita bidang ini belum lagi mendapat tempat untuk berkembang walaupun langkah untuk menuju ke arah ini sedang diambil. Teknik pembedahan mikro boleh menjauhkan kesan trauma atau luka terhadap tisu saluran fallopian yang sering berlaku dalam teknik pembedahan biasa. Satu lagi bidang kemajuan yang sedang diusahakan oleh pakar kemandulan ialah pemindahan saluran fallopian (tubal transplant) bagi saluran yang teruk sangat kerosakannya. Prinsipnya adalah sama dengan juga pemindahan ke atas organ-organ lain. Masalah yang dihadapi pada ketika ini dalam bidang pemindahan ialah masalah tidak penerimaan tisu yang dipindahkan (tissue rejection). Walaupun demikian bidang ini merupakan satu kemajuan yang boleh dicapai kerana saluran fallopian muda diperolehi dari penderma. Biasanya penderma ini adalah dari kalangan orang yang menjalani pembedahan ke atas rahim mereka disebabkan sesuatu penyakit iaitu pembedahan hysterectomy.

Sebagai rumusan saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ujian-ujian untuk menentukan sama ada saluran fallopian itu terbuka atau tidak adalah penting dilakukan ke atas semua pesakit mandul. (Kesumbatan saluran fallopian terdapat 20% kemandulan perempuan). Rawatan dengan pembedahan pada ketika ini menghasilkan kejayaan yang kurang memuaskan. Walaupun demikian kemajuan untuk mengatasi masalah ini sedang giat dijalankan. Perkembangan terbaru dalam rawatan kesekatan saluran fallopian ialah persemaian di luar tubuh (in vitro fertilisation) dan ‘embryo transplant’. Ini adalah prinsip bagi bayi tabung uji atau ‘test tube baby’ yang menggemparkan dunia (lihat bab ‘bayi tabung uji’).

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:55:14 ptg    [Edit]


info..

MW 869 14-21 Julai 2000

PAK BIDAN... OH PAK BIDAN
Oleh: Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan


Walau teknologi semakin moden namun penggunaan rahim wanita lain untuk dapatkan bayi tidak dibenarkan dalam Islam

KAEDAH BAYI TABUNG UJI

DI KALANGAN pasangan yang mengalami ketidaksuburan atau kemandulan tentu sahaja telah berusaha dengan pelbagai kaedah rawatan bertujuan untuk memperolehi cahayamata.


Antara kaedah yang dilakukan ialah bayi tabung uji. Bagaimanapun, kaedah ini merupakan kaedah terakhir kerana terdapat banyak kaedah rawatan yang boleh menghasilkan kehamilan.


SOALAN: Siapakah yang sesuai untuk menjalani kaedah rawatan ini?

JAWAPAN: Kaedah ini sesuai untuk
1. Wanita yang mengalami saluran falopian tersumbat
2. Bagi mereka yang telah menjalani semua rawatan tetapi tiada sebab diketahui, (kemandulan tanpa sebab)
3. Di kalangan suami suami yang mempunyai masalah benih lemah atau kurang. Walaupun rawatan telah dilakukan, seperti menjalani suntikan hormon tetapi tidak berjaya.
4. Bagi wanita yang ada penyakit lain seperti endometriasis dan pembedahan akibat fabriod.

SOALAN: Apakah kaedah yang biasa dilakukan?
JAWAPAN: Kaedah pertama ialah kaedah GIFT, itupun dengan syarat saluran falopian wanita itu normal, atau untuk pasangan yang mengalami kemandulan tanpa sebab.
Kaedah kedua ialah secara IVF (Invitro fertilazation)

SOALAN: Apakah perbezaan antara kaedah GIFT dan IVF?
JAWAPAN: Ada perbezaan antara kedua kaedah rawatan ini. Dalam kaedah GIFT, telur dan benih suami diambil dan dicantumkan dan dimasukkan dalam saluran falopian sejurus selepas itu.
Kaedah IVF pula, ialah telur wanita diambil dari ovari dan benih suami dicantumkan di makmal. Proses tersebut dilakukan antara tempoh 2-3 hari. Kaedah begini memerlukan makmal kesuburan, kepakaran dan peralatan canggih dan ubat-ubatan yang mahal.

SOALAN: Bagaimanakah dari segi kos rawatan kaedah GIFT dan IVF ini?
JAWAPAN: Rawatan ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi iaitu antara RM8000 hingga RM15,000. Kos yang disebutkan ini adalah untuk sekali rawatan.

SOALAN: Bagaimanakah pula dari segi peratus kejayaan rawatan ini?
JAWAPAN: Kos rawatan untuk kaedah ini memang tinggi, tetapi hasilnya tak boleh dikatakan seratus peratus. Dari segi purata, hanya antara 20-30 peratus sahaja. Memandangkan kos rawatan yang tinggi dan peratus kejayaan yang rendah inilah, kaedah rawatan sebegini merupakan kaedah rawatan mengatasi kemandulan ini merupakan pilihan terakhir.

SOALAN: Apakah kaedah rawatan bayi tabung uji ini dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam?
JAWAPANenggunaan rahim orang lain juga tidak dibenarkan. Sebagai contoh jika suami mempunyai benih dan isteri mempunyai telur tetapi tidak mempunyai rahim (sejak lahirnya begitu) pasangan tersebut dilarang untuk meminjam rahim orang lain, biarpun rahim adik beradik sendiri.

Walaupun dari segi teknologi ia boleh ia dilakukan, contohnya ia dilakukan di negara-negara barat. Namun undang-undang dan agama Islam tidak membenarkan perkara ini.

SOALAN: Apakah ada prosedur tambahan ketika melakukan kaedah rawatan bayi tabung uji?
JAWAPAN: Bagi pasangan suami mengalami benih lemah atau kurang, ada prosedur tambahan, iaitu proses menyuntik benih suami ke dalam benih wanita, ia dipanggil sebagai ICSI.
Langkah yang dilakukan dalam proses bayi tabung uji. Langkah pertama ialah bertujuan untuk merangsang kilang telur, supaya ovari dapat keluarkan banyak telur.

SOALAN: Bagaimana kaedah ini dilakukan?
JAWAPAN: Kaedah merangsang ovari dilakukan dengan tujuan supaya mengeluarkan banyak telur ialah dengan memberikan suntikan hormon dan ubat hormon diberi mulai dari hari haid pertama hingga hari haid ke enam.
Selepas itu proses mengawasi perkembangan telur dilakukan dengan menggunakan ultrasound menerusi faraj mulai sejurus selepas habis rawatan.

SOALAN: Apakah kepentingan mengawasi
JAWAPAN: Ia penting kerana melalui ultrasound jumlah telur boleh diukur saiznya. Ujian kedua pula dengan mengambil darah untuk menyukat hormon.
Ujian darah ini boleh mengesan perkembangan telur secara tidak langsung. Apabila sampai hari 12 atau 13 hari haid, telur bersaiz 2cm, suntikan ke atas telur dilakukan untuk mematangkan telur. Selepas itu telur dituai.

SOALAN: Bagaimana proses penuaian telur dilakukan?
JAWAPAN: Teropong laparoscopy digunakan. Pesakit dibius dahulu pada hari itu. Telur diambil dan dicampurkan dengan benih suami kemudian diproses di makmal.
Kemudian kedua-duanya dicampurkan dan ia dimasukkan balik dalam muncung saluran falopian dengan menggunakan kaedah laparoscopy supaya bersenyawa. Itu dalam GIFT.

SOALAN: Bagaimana pula dari segi proses penuaian untuk IVF?
JAWAPAN: Bagi kaedah IVF dan ICSI pula digunakan alat scanning vagina dan ada jarum masuk ke arah telur dan disedut telurnya satu persatu.
Langkah seterusnya dipanggil pemindahan embrio dalam rahim, embrio yang 2-3 hari disimpan, mungkin ada 8-16 sel embrio. Namun kita hanya masukkan 2 embrio masukkan ke dalam rahim melalui faraj. Diharapkan proses ini akan membolehkan wanita itu mengandung.

SOALAN: Bagaimana pula dengan embrio lain yang selebihnya, jika ada?
JAWAPAN: Embrio lain disimpan dan dibekukan dalam `special freezer'. Embrio ini boleh tahan beberapa tahun

SOALAN: Apakah menyimpan embrio dalam `special freezer' ini tidak menyalahi agama Islam dan undang-undang?
JAWAPAN: `Embrio freezing' dari segi agama dan undang- undang tak salah asalkan ia tak bercampur dengan pemilik lain-lain pasangan. Oleh kerana itu, proses perlabelan perlulah betul

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:58:05 ptg    [Edit]


hi kenkwn...soriler kalau byk sgt info yg saya pastekan kan sini...sajer jer nak share dgn semua...lgpun tak bz petang nie...so carilah info...

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:08:45 ptg    [Edit]
tq siti, byk info yg berguna..

soal jawab utk ICSI tu memang sama dgn apa yg diberitahu Dr Adilah kpd emy...

its remind me to that moments..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:18:13 ptg    [Edit]


emy..

yer ker..maaflah..bukan nak buat awak sedih ..nah .. .

* Mesej ini telah disunting oleh SITI7677 pada 04hb Februari 2005, 4:18:52 ptg

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:25:26 ptg    [Edit]
mm.... dah part 8 dah...
ada sesapa yang pernah p berurut tak... sakit tak..

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
13. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:37:41 ptg    [Edit]
hai....buleh ngintai2 umah korang ni?
nak amik tips untuk akan datang...!

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.167.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:41:37 ptg    [Edit]
lobak.. ko anak dara's.... nanti dah ada gelaran mak dara baru leh join kelab ni.. hehehehe..balik balik...syuh.... biasa ni.....

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:48:13 ptg    [Edit]
siti..
jgn risau, emy tak sedih pun..

elok juga siti post info2 tu..at least sng la utk emy prepare bila dah tau procedure nya..bila dah bersedia nti, just go on..


lobakbiru, intai le...intai utk kebaikan takpe..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

Fiedariza7
Ahli Setia
16. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:48:56 ptg    [Edit]
siti..
thanx... banyak info yang boleh dikongsi bersama

emy..
fieda dah baca masa u posting kat part 2... masa baca tu tak tau naper.. rasa meremang bulu roma... perasaan bercampur baur... dan fieda terlalu kagum pada emy yg walaupun dah tahu aper yang telah doktor maklumkan tu tapi emy tetap tak putus asa disamping tidak terlalu mengharap...

sebagai teman... takde aper yg mampu fieda lafazkan selain doa' dan ucapan.. sabarlah... walaupun mungkin telinga emy dah naik lali mendengar ucapan itu... tapi percayalah emy... berkat kesabaran dan ketabahan emy dalam menempuh ujian ini... Insha-Allah suatu hari nanti pasti akan terbalas jua.. Ingatlah janji Dia... Bila Dia kata..kun fayakun... dan masa tu tiada kuasa lain yang dapat mengatasi kuasa-Nya... Allahuakbar..

quote:
seandainya ditakdirkan, susah tertulis..kitalah segolongan wanita yg tidak akan dapat merasai pengalaman itu, redha lah..sesungguhnya ada hikmah disebaliknya..bersyukurlah dgn apa yg telah dikurniakan oleh Nya..

terlalu sayu hati fieda menatap bait-bait ini.......

--------------
...the strength to stand today...

161.142.112.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 5:09:02 ptg    [Edit]
tq fieda..

emy pun harap supaya ketabahan dan kesabaran hati ini akan terus kekal selama2nya ujian ini akan berakhir..

actually, yg banyak membantu emy..adalah bila emy join thread ni..bila tahu ramai yg senasib dgn emy..and mungkin ada yg lebih malang lagi yg menimpa insan2 diluar sana..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

Fiedariza7
Ahli Setia
18. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 5:29:08 ptg    [Edit]
yup... you r right emy.. Thread ni yg banyak mengembalikan semangat dan keyakinan fieda... sekurang2nya kita dapat berkongsi rasa hati... insafi diri... bahawa hakikatnya kita hanyalah insan yang kerdil yang masih mengharapkan petunjuk dan inayah-Nya...

--------------
...the strength to stand today...

161.142.112.:-)

cikwan
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 09:16:32 pagi    [Edit]


selamat pagi sumer. jap jer dah part 8. cikwan ader berita sedey la. nak gak share ngan kwn2 sumer. semalam cikwan asyik sakit perut, ingat cik P tu nak datang. kencing pun tak lawas. mlm tadi ajak hubby jumpa dr.
kena kencing kotor. Doktor kata banyak kuman. Masuk kali ni dah banyak kali kena macam tu. ader tak kawan2 tau sebab apa. sampaikan doktor marah cikwan. . dahla kena 'kuarantin'. sian hubby. dr bagi antibiotik banyak kena habiskan. naper ek?????

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

202.190.180.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 09:36:32 pagi    [Edit]
cikwan, emy penah tau pasal ni..actually ianya adalah jangkitan kuman kat pundi kencing kan?

ok..slalunya, apa yg emy penah dgr and baca...ianya senang nak kena kpd kaum wanita, sbb saluran faraj adalah berdekatan dgn saluran ke pundi kencing...ber beza dgn kaum lelaki..

so Doc nasihatkan supaya, kaum wanita, sentiasa sensitif/menjaga kebersihan vagina..especially sebelum/ketika/selepas melakukan hubungan intim dgn pasangan..makesure, keadaan vagina betul2 bersih, sebelum melakukannya..begitu juga dgn pasangan. Sekiranya, pasangan tidak betul2 bersih, kemungkinan besar, jangkitan kuman akan terkena kpd kaum wanita..

And begitu juga selepas bersama..untuk wanita yg sering mengalami jangkitan, kalau boleh, jgn biarkan keadaan vagina dlm keadaan basah terlalu lama..spt terus tido slepas itu..cuba elakkan...sbb dlm keadaan ini, kuman akan cepat merebak and bertindak..

lagi satu, slepas buang air kecil/besar..makesure keringkan/lap vagina..jgn biarkan ianya dlm keadaan basah..keadaan vagina yg lembap/basah dan terperap akan menyebabkan jangkitan kuman senang berlaku..

Antibiotik tu kena habiskan tau..ianya bahaya kalau dibiarkan..kuman tu boleh merabak kebahagian lain, spt rahim dsbnya..

Cikwan jgn risau k..Makesure mkn ubat ikut time..nti ok la tu..
Ok, ni yg emy tahu setakat ni..wallahualam...

* Mesej ini telah disunting oleh emy_aina pada 05hb Februari 2005, 09:40:20 pagi

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 10:24:09 pagi    [Edit]
cuba pakai pencuci wanita LACTACYD....
sb mana2 ibu yang dah bersalin, doktor mmg bagi benda ni...siap dia bubuh dlm paper bag lagi. Saya tau sebab member kat opis ni bersalin kat hkl, doktor mmg bekalkan benda tu... saya pakai. MMG MEMUASKAN...!

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

cikwan
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 11:24:16 pagi    [Edit]
emy_aina

thanks... rasanya mungkin sebab tu kot. isk... agaknya salah cikwan x pandai jaga kesihatan diri. semalam dr pun pesan pas bersama tu, kalau boleh cuci dulu baru tido. kdg2 tu terus zzzz jer... maklumlah letih sgt. boring dah makan antibiotik. td bagi tau mak, mak soh minum air barli banyak2. kembung perutla nanti ni.... . tak per... ubat tuu....

ice
cikwan ler ni pakai pencuci revell. tp dah nak abis dah. time igt guna la. igt pas ni nak tukar tu la.. tp botol dia tu besau payah nak bawak kulu kilir la... kalau avon camner ek. ok ker tak?

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

202.190.180.:-)

wanli
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 11:31:02 pagi    [Edit]
cikwan

smalam pun saya asik kencing jerk.. tp x laks gie jumpa doc.. tp yg takut tu.. kat 'bibir luar' tu ada cam biji.. eee.. takut gakss.. cakap ngan husband.. dia soh gie jumpa doc nnti.. sebelum ni penah la kencing x lawas cam tuh.. cam mak saya pun.. dia penah kena kencing kotor.. terkena laks kat saya.. sbb dah tau tu kencing kotor.. jadinyer x la gie jumpa doc.. cuma smalam tu bila check ada cam jerawat kat 'bibir luar' tu.. bila pegang sakit.. mlm ni nak husband soh gi check.. ntah ler.. sabar je la ek!!

yg tak tahan bila kena kencing kotor nih.. bila time kencing.. skekkkk jer dia kuar... tp rasa cam nak kencing byk.. kuar skek jerk.. pas tu.. pantang sejuk skek.. mesti nak kencing.. tp skek ler.. smalam sepanjang waktu rehat dok dalam tandas (tandas duduk ler, tandas cangkung maunyer 'cramp' kaki ) lebih kurang 2 jam cam tu.. terkencing2... tp dalam kuantiti yg sikit.. 5 minit.. skek je kuar.. pas tu.. 5 minit lg.. kuar lg skek.. tension jerk.. abis satu novel baca dlm tandas tuh..

emy

saya pun penah dengar gaks pasal jangkitan tu.. tp x penah ler jumpa doc.. tu yg husband beria soh gi jumpa doc tu.. apatah lg bila tumbuh benda cam jerawat tuh.. isk...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
24. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 11:47:54 pagi    [Edit]
wanli, cikwan
emy nasihatkan, kalo kena camni, jgn dibiarkan..lagi cepat jumpa doc, lagi bagus..kalo dah kerap kena, lagi bahaya...

takut nti, jangkitan tu merebak ke rahim...kang susah..antibiotik penting, jgn main2..mkn btul2..

kalo dah tumbuh jerawat ke ape ke..lagi la kena cepat jumpa doc..takut jugak kena jangkitan penyakit kelamin, lagi bahaya ni..moga dijauhkan la yer..

so, pegi la jumpa doc ya...emy plak yg risau..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

wanli
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 12:01:30 tghari    [Edit]
emy

hehe.. emy laks yg risau.. saya pun risau gakss.. tp smalam bila saya cakap ada jerawat kat tempat tuh.. husband gie bantai gelak... sabo jer laaa... dia ingat benda ni memain per... pas tuh apa lg.. majuk laaa.... then baru dia cakap.. dia acah jerkk.. pas tu ajak gie klinik ari ni.. tp dia keje lakss... so.. malam ni dia ajak gie jumpa doc.. harap2 xde pape.. risau gaks nih...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 12:39:25 tghari    [Edit]
mm...... kalau sesapa yang kencing tak lawas/ kencing kotor tu, elok minum air masak byk2.... saya dulu pun kene camtu gak... mak paksa minum air... sampai naik kembong...tapi seminggu lepas tu, dah ok dah...

jerawat kat tut... hehehehe...ada kalanya normal... takat sebiji ok.... tapi kalau berbiji2, bahaya gak.... elok jumpa doktor...

saya sejak pakai LACTACYD, ok gak.... LAgipun doktor yang cadangkan... mestilah produk ni bagus kan.. tapi kalau nak pakai, elok dapatkan nasihat doktor...

better kawan2 sumer, start makan asid folic ngan Susu Anmum...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

cikwan
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 12:41:20 tghari    [Edit]
emy. wanli

cikwan igt cikwan jer kena cam tu. wanli ngan cikwan kena jugak. agaknya kiter ni satu musim kot sebab kawin ari sama. dr kata smlm maybe dtg dari sperm hubby. terkedu dia atau sbb cikwan sendiri yang x jaga kebersihan. pas seminggu kena pegi check balik. dr kata pas dia kata kuman xder baru boleh bersama . sian hubby. period pulak still x datang2 sambil tu berharap jugak melekat, kalau ader rezeki.

nanti cikwan cuti seminggu. xlehla nak online. tunggu ntah part baper la pulak. anyway, jumpa lagi nanti. thanks atas info dan nasihat yek. nah munger

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

202.190.180.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 1:04:04 tghari    [Edit]
wow..cuti seminggu yer..lama tuh, boleh gi honeymoon..

okey, selamat bercuti..take care..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

Fiedariza7
Ahli Setia
29. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 1:39:36 tghari    [Edit]
cikwan.. & wanli...
betul kater eskrem.. kena minum air bebanyak... aku dulu pun pernah kena gak kencing tak lawas ni... dr kater kencing kotor.. then dia bg antibiotik dan kena banyak minum air.. pastu.. dalam 3,4 hari dah ok ..

eskrem..
LACTACYD yg jual kat guardian sumer tu ker?

quote:
better kawan2 sumer, start makan asid folic ngan Susu Anmum...

asid folic tu memang aa makan... susu anmum tu cam konpius jer... tokleh nak masuk aaa bab warna2 putih ni (melainkan soya).. ishh camner ni ek.. nanti confirm mesti kuar balik...

--------------
...the strength to stand today...

161.142.112.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 1:56:48 tghari    [Edit]
quote:
tokleh nak masuk aaa bab warna2 putih ni (melainkan soya).. ishh camner ni ek.. nanti confirm mesti kuar balik...



nasi tu putih per..tp tak kluar balik plak ek..

jgn mare ye..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 05hb Februari 2005, 5:55:10 ptg    [Edit]
....semlm g scan pasal dah 2 bln tak 'peot'. dah buat UPT tp neg. tak pueh hati...g scan. tp mmg '0'. tadak baby lg...frust sungguh rasanya. sblm nih tadak plak kes tak dtg bulan....uwwaaaaaaaaaaaaa

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

202.188.24.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 06hb Februari 2005, 00:29:18 pagi    [Edit]


adiya...

tak datang period maybe hormon tak seimbang...jgn stress sgt yer...brehat byk2..

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 00:32:58 pagi    [Edit]


utk semua ...

...tips: Amalkan doa ini sebelum bersetubuh "Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)."

...Makanlah asid folik 10 mg setiap hari selagi merancang untuk hamil untuk menjauhi dari spina bonifida ataupun kecacatan otak dan tulang pada bayi. Makanan kaya asid folik, bayam, sayuran kekacang. Ia perlu dimakan sebelum hamil lagi.

ANDA HAMILKE?
Haid anda lewat? Wanita yang berkahwin mesti memastikan haid mereka datang dengan teratur setiap bulan. Kalau haid selalu lewat atau tak menentu itu tidak bermaksud anda tidak hamil. Bersifat bijak dan pastikan dari sekarang anda mencartakan haid anda setiap kali ia datang dan untuk berapa lama. Betapa pentingnya menyimpan carta ini kerana kerja remeh inilah yang akan menolong anda bila anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan jika ada masalah kelak. simpan satu buku nota dan catitkan perjalanan haid anda. Hari pertama datang haid hinggalah ke hari terakhir. Tuliskan samaada turun darah banyak ataupun tidak dan notakan juga pada hari-hari bila?

Kalau buah dada terasa sakit dan membengkak, anda merasa loya, pening-pening lalat, cepat letih, kerap buang air dan hilang selera makan, berhati-hati. Begitulah simtom awal kehamilan.

Ataupun period anda tak pernah lambat, tiba-tiba ia tidak datang dan anda lewat lebih dari dua minggu. Apa tindakan selanjutnya?

Inilah masanya anda perlu ke farmasi dan membeli ujian kehamilan untuk menentukan samaada anda hamil ataupun tidak. Jenama yang terkenal sekali di pasaran ialah Clear Blue. Lakukan ujian pada sebelah pagi sebaik sahaja bangun dari tidur, dapatkan sedikit contoh air kencing anda dalam gelas plastik kecil dan celup bahagian muncung kertas ke dalam spesimen air kencing anda.

Tanda dua jalur? anda hamil!! tahniah.



PERASAAN ANDA
Anda hamil dan bakal menjadi seorang ibu dan inilah pertama kalinya anda akan melaluinya? Adakah anda bersedia? Adakah anda memang mahu menjadi ibu? Adakah anda merasakan ia satu keseronokan atau satu beban? Ia memang dirancang? Apa pun jawapan pada benak anda pada peringkat ini hakikatnya sudah tiba masa anda menyambutnya dengan gembira dan penuh bertanggungjawab. Lakukan yang terbaik untuk bayi anda.

Perasaan bercampur-baur dengan suka dan juga runsing. Suka kerana inilah jawapan kepada status anda sebagai wanita. Bingung kerana anda tak pasti dapat menjadi seorang ibu yang berjaya nanti.

Yang paling penting sekarang adalah menyiapkan diri anda sebagai bakal ibu supaya anda akan dapat memberi yang terbaik terhadap bayi anda dan mengenepikan persoalan yang berkecamuk itu. Dialah bakal mewarisi anda. Dialah kawan di kala sepi dan lawan di kala dia membesar. Dialah yang akan menemani anda insyaallah mudah-mudahan sampai ke akhir hayat.

Hargailahnya! dan jangan sia-siakannya .... duhai ibu.


...tips : kalau boleh dapatkanlah rawatan seorang doktor atau juru-rawat yang baik dan andaboleh percayai. Tanyalah kawan-kawan dan sahabat-handai pendapat mereka tentang khidmat seorang doktor yang boleh merawat anda. Ini kerana perhubungan dua-hala perlu diujudkan di antara ibu mengandung dan doktor. Dari hubungan ini, segala permasalahan kehamilan anda akan dapat ditangani dengan baik.

...Doa anak sempurna Doa mendapat anak yang sempurna. "Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami, sebagai penawar hati dan cahaya mata yang mententeramkan jiwa, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang bertaqwa" SURAH Al Furqan : 74.



ANDA DAN DOKTOR ANDA
Okey sekarang yang terpenting adalah mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda. Inilah langkah pertama yang patut para ibu jalankan untuk diri mereka.

Dewasa ini, perkhidmatan kesihatan adalah tersedia rapi di Malaysia. Wanita Malaysia beruntung kerana struktur kemudahan kesihatan kita mewajibkan setiap orang mendapat rawatan sewajarnya.

Namun ramai wanita tidak menggunakan perkhidmatannya dengan sebaiknya. Kenapa ibu-ibu mengandung didapati keguguran atau mendapat anak yang cacat lagi tidak sihat lantaran tidak mengetahui langkah sewajarnya yang perlu diambil ketika mengandung. Jadi penting sekali kita melakukan pemantauan sebelum ditimpa kemalangan yang tidak diingini.

Pertama sekali, selepas melakukan ujian kehamilan di rumah lawatlah seorang doktor yang biasa anda lawati di mana-mana klinik. Doktor ini akan mengambil ujian kehamilan sekali lagi untuk memastikan anda hamil. Dari situ anda mempunyai tiga pilihan bersesuaian dengan kawasan di mana anda tinggal dan juga pada bujet anda, anda perlu memilih cara yang anda ingin mendapat rawatan ante-natal anda yakni rawatan susulan untuk sepanjang tempoh kehamilan anda.

Rawatan Antenatal
Sekarang bersiap-sedialah untuk berjumpa dengan doktor.

Panduan ringkas yang perlu anda buat untuk setiap lawatan bulanan sampai hamil 32 minggu:
1. Sediakan contoh air-kencing - untuk memantau pre-eclampsia, kencing manis.
2. Ambil tekanan darah dan denyutan nadi - untuk memantau tekanan darah tinggi
3. Timbang berat badan - untuk memastikan kadar berat badan naik dengan baik purata 12kg dalam tempoh 9 bulan.
4. Ujian ultra-sound - untuk melihat pertumbuhan bayi dan kesihatan uri dengan jelas dengan tujuan memantau kecacatan pada janin dan uri yang tidak sihat.

Pada kebiasaannya anda akan melawat doktor dan melakukan ujian ultra-sound serta melakukan prosedur di atas. Lawatan perlu dibuat sebulan sekali sampai mengandung 36 minggu. Selepas itu dua minggu sekali sampai bersalin.

...tips : darah waktu awal . hati-hati kalau ada kesan turun darah dan cramping pada bahagian perut. Segera berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Ini tanda-tanda awal keguguran bayi.

Pergilah melawat pegawai perubatan atau doktor di tempat-tempat berikut:

1. Doktor Biasa (Family General Physician) di klinik am
2. Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan (District Hospital)
3. Pakar Sakit Puan (Obstetrician & Gynecologist) di klinik swasta/hospital swasta.

1. Doktor biasa.
Doktor akan mengawasi perkembangan anda selama tempoh kehamilan dan akan mencadangkan kepada anda hospital yang sesuai untuk anda bersalin. Sekiranya nampak sesuatu yang luar-biasa, akan berlaku, doktor akan merujukkan anda ke pakar di hospital swasta mahupun kerajaan.

2. Pusat Kesihatan
Jika anda terdiri dari wanita-wanita yang tinggal di luar-bandar serta tinggal jauh dari hospital puan boleh mendapat rawatan dari Pusat-Pusat Kesihatan. Jangan tak pergi jumpa doktor walaupun duduk jauh! Nyawa dan kesihatan anda lebih penting. Akhirnya anda akan bersalin di hospital kerajaan.

3. Pakar Sakit Puan.
Anda juga boleh memilih untuk mendapat rawatan pakar sakit puan di hospital kerajaan dan swasta. Mereka kebiasaanya mempunyai klinik sendiri.

Bergantung pada bujet anda, pilihlah yang mudah anda jumpa dan yang penting sekali yang berwibawa dan anda percaya. Isu kesihatan perlu diletakkan pada seseorang yang amanah, berpengalaman dan bertanggungjawab. Cubalah dapatkan yang elok untuk rawatan anda

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

wanli
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 08:59:20 pagi    [Edit]


morning sumer.. semoga ri ni penuh dengan keberkatan...

fieda, SITI, emy, eskrem, emy, cikwan

smalam dah gie jumpa doc.. tp doc biasa je laa... dia kata memang kencing kotor... tp diagnosis yg dia buat tu berdasarkan cerita saya semata2... dia x check ke.. apa ke... tetiba je dia kata "kencing kotor kot!!! uish.. sabo jer laaa... pas tu.. dia kasik ubat minum yg lawas kencing tu.. ngan antibiotik... uik.. pahit gilerrr... dah la x suker makan ubat... malam td makan ubat antibiotik tu sampai muntah.. isk..

nak kata x minum byk air.. kat opis ni saya ada satu botol air minum yg dalams atu hari tu.. refill 2 kali.. means.. sehari..lebih kurang dlm 2 liter laa air saya minum... x cukup ke???

nak kata kureng minum air.. dah byk sangat dah air saya minum.. ntah ler.. ni pun masih ada rasa skek2 ler.. tp x sehebat smalam n kelmarin.. smalam lg laa.. satu ari dok dalam tandas duduk tuh.. siap bawa majalah lg.. ari ni ok skek.. x la sekerap smalam.. tp bila dah masuk opis.. kena aircond.. sejuk.. pas tuh.. bila dah kena air tuh.. isk.. terus rasa nak kencing.. tp tu ler.. skek jerkkk... geram gaks kekadang.. bila teran tu la sakit kat ari2..

kalu ari x ok gakss.. nak gie klinik putrajaya laks.. nak check.. menda laa masalahnyer...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 09:10:42 pagi    [Edit]



slmt pagi semua................

wanli..

teruk betul doktor tu kan mesti nak untung jer...kalau masih bterusan jugak baik awak pegil klinik lain yg lebih baik

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.24.:-)

PrincessLea
Ahli Setia
36. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 11:02:52 pagi    [Edit]
wanli

isk teruk gak tu...penah skali aritu saya masuk wad sbb suspek appendix so ade la room mate yg sakit kencing kotor ni...dia ckp mcm wanli la..sket2 nak kencing..pastu siap demam kuat lagi...isk ngeri betul....tgk dia pun kesian...xpe wanli g check la dulu...

--------------
~*~You're the simplest love I've known ...the purest one I'll own~*~

219.93.97.:-)

emy_aina
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 11:25:26 pagi    [Edit]
tp kan...menurut Doc, slalunya, penyakit ni berlaku pada wanita yg dah berkahwin (dah melakukan hub. seks) je..Tak tau betul ke tak kata Doc tu..Wallahualam..

--------------
Confuse dengan diri sendiri..

203.106.242.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
38. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 11:53:45 pagi    [Edit]
apsal topik ni cam best jer???
ah...nak lepak sini kejap lah...buleh tak mak2 dara sumer?

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.163.:-)

PrincessLea
Ahli Setia
39. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 11:54:18 pagi    [Edit]
emy

ha'ah..selalunyerr...akak tu mmg dah kawen pun...heheh

--------------
~*~You're the simplest love I've known ...the purest one I'll own~*~

219.93.97.:-)

wanli
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:33:41 tghari    [Edit]
SITI, PrincessLea, emy

sebelum saya kawin x penah laks ada penyakit nih... mak saya pun cakap.. lepas kawin pompuan senang dapat penyakit ni... tu yg kena jaga tu..

so far ari ni, tak la asik nak terkencing jer cam semalam n kelmarin.. cuma susah nak tahan kencing...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
41. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:57:54 tghari    [Edit]


wanli..

harap awak dapat jumper doktor yg lebih baik sbb takut jangkitan kuman jer..baik cegah dr awal

saya dapat nie dr seorg kwn..harap dapat membantu

Jika puan pergi merujuk kepada General Klinik, puan akan merana seumur hidup (macam isteri saya)

Sejarahnya: Diwaktu tahun pertama perkahwinan, isteri saya dijangkiti UTI, tapi waktu tu kita jahil. Waktu itu tinggal di KT, tak banyak Pakar Sakit Puan, jadi kami pergi dari Klinik ke klinik hingga ke Hospital Besar, semua Dr-Dr ni berlagak expert dalam hal sakit puan, setiap Dr mengatakan ni masalah biasa, boleh di kawal dengan antibiotik. Setiap Dr bagi satu set anti biotik.. walaupun mereka mengetahui isteri saya mengandung ketika itu. Setelah beberapa rbulan lamanya, masalah tak bertambah baik tapi bertambah buruk, sehinggallah bayi dalam kandungan isteri saya gugur.

Lepas D&C masalah yg sama masih ada, i mula cari bahan bacaan berkenaan UTI, Viginitis etc... memeranjatkan, artikel2 yg saya baca mengatakan UTI adalah disebabkan ketidak seimbangan good and bad fungus di bahagian virgina.. applying wrong type and wrong way of antibiotic will kill the bad fungus/bacteria but will also kill the good fungus/bacteria yg dah sedia sedikit disebabkan UTI. Kelegaan sementara sahaja, tetapi selepas itu the bad fungus/bacteria multiply much faster then the good one! Then the condition become worst and worst. At that time i was thinking.. these Drs never read this kind of article or what??

Luckyly, someone recommend Dr Wan Saleha at terengganu to me.. she is garang but very kind hearted Dr... dia buat fungus check and do the right treatment with the right antibiotic.

UTI is dangerous.. simptom dia dari kencing tak puas, badan rasa sejuk macam nak demam, sehingga pendarahan pada salur kencing kerana terlampau kerap kencing. Keadaan lebih serious jika jangkitan merebk sehingga ke buah pinggang.

Jangan buang masa.. pegri buat rawatan segera. Di Pusrawi jalan Ipoh ada seorang pakar sakit puan (lelaki). He is good, and reasonable price. Kalau u nak dapat reasonable price.. letak perkerjaan u and hubby sebagai kerani atau salesman (tips)

JANGAN PERGI KE KLINIK BIASA.. dia orang tu bagi Panadol dgn ubat batuk je dia tahu.

One more case i kena, my archilie tendon raptured masa main basket ball.. pergi klinik biasa (actually sebab nak MC).. Dr tu pergi tekan pada the raptured area.. i straight away take her hands off me!! Next day i jumpa Ortopedic do hospital Damai.. dia cuma picit betis i to show me my tendon dah putus totally! see what i mean by General Klinik!!

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:15:17 tghari    [Edit]
mekasih la siti.....bg semangat. itu la, agaknya badan dah anik, hormon pun tak betul..

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

161.142.112.:-)

wanli
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:21:36 tghari    [Edit]
SITI

insya allah... soal penyakit ni x leh buat memain... tu yg saya risau sangat tu...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:36:24 tghari    [Edit]
LACTACYD tu mmg ada jual kat gurdian... tgk ler.... ala.. ada tulis.... kotak tinggi... kalerr putih... feminime apa ntah yang dia tulis... tak sure aa..

susu anmum... mmm..sesapa pernah minum susu ni bagitau aa.... apa rasanya...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
45. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:55:01 tghari    [Edit]

kepada yang semua yg sedang try untuk dapatkan zuriat ni, Sirna nak nasihatkan supaya u all buat pemeriksaan doktor dulu terutama utk bab2 kesihatan wanita ni...

Sirna selalunya akan buat ujian Pap Smear setiap tahun and especially sebelum pregnant.. ni utk make sure kita tak de sebarang jangkitan kat saluran vagina atau kat pangkal rahim. Ujian ni bole pastikan jugak kita tak ada kanser pangkal rahim dan bole uji samada kita punya keputihan tu keputihan biasa atau ada jangkitan kuman or bakteria... Kdg2 jangkitan2 or kanser pangkal rahim ni bole jugak menjadi salah satu sebab kenapa kita susah nak mengandung...

Selain Pap Smear, Sirna pun akan buat ujian ultrasound kat bahagian rahim dan sekitarnya (ovaries, fallopian tubes) utk kesan samada ada fibroid ke atau sebarang ketumbuhan atau kelainan kat kawasan2 yg disebut tadi. Ini adalah tempat penting dlm sistem reproduksi wanita..so kesihatan dalaman bahagian2 ni cukup penting. Salah satu sebab kenapa kita susah nak mengandung mungkin disebabkan ada sesuatu yg tak kena dgn rahim, ovaries or fallopian tubes ni)

So ujian2 ni biasakan buat tiap2 tahun selain ujian breast cancer.

Kepada adik2 yg sdg cuba nak mengandung tu jgn putus asa dan make sure ketika bersama suami anda tidak dlm keadaan stress, terlalu penat atau terlalu memikirkan ttg anak. Just enjoy it and each other companies and be relax. Sbb kdg2 kita susah nak mengandung sbb terlampau stress and terlalu memikirkan samada bole pregnant ke tidak lps tu. Dulu ada kawan sirna yg pegi kaunselling then doktor nasihatkan supaya diaorg lbh relax and tak fikirkan apa2 masa bersama, alhamdulillah lps tu terus melekat. Kdg small little thing mcm tu pun boleh menyebabkan kesukaran pregnant... so hopefully u all dpt apa yg dihajati ok..

ni ada website yg mungkin bole membantu.. sirna baru jumpa
www.hamidarshat.com
Dr. Hamid Arshat ni kan pakar sakit puan terkenal kat negara kita.. so mungkin u all bole dpt manfaat dr website ni

Wallahualam

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 2:00:36 ptg    [Edit]
ari2 enjoy pun tak sangkut gak... conpius dah ni.... kene p oversea kot..baru best... hehehehehehe...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

mrs_ally
Ahli Baru
47. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 2:20:11 ptg    [Edit]
Assalamualaikum
Nak tanya kawan2 ler ....... Saya dah buat test HSG dalam bulan 12 hari tu. Kenapa lepas tu period saya untuk bulan 1 dia dtg sikit2 cth utk hari pertama hingga ke empat saya tak payah pakai pad. Lepas tu baru kena pakai coz banyak keluar. Pastu dia dtg lama sampai 10 hari lak tu. Lepas tu lepas 1 minggu dia keluar balik sikit2 selama seminggu (tak payah pakai pad).
Pastu bulan 2 pun macam tu gak .. period dtg tepat pada masanya. Tapi tu ler hari pertama hingga ke empat dia dtg sikit2. Lepas tu baru banyak.. Semua ini lepas saya buat HSG. Ada tak kawan2 yang alami situasi macam saya ni. Risau gak ...

202.157.192.:-)

PrincessLea
Ahli Setia
48. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 3:07:11 ptg    [Edit]
eskrem

hehhe..saya pun ari2 enjoy...tp x lekat gak...ni pun agaknyer kena ubah angin ni...angin obersee..hehhh

--------------
~*~You're the simplest love I've known ...the purest one I'll own~*~

219.93.97.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 5:07:31 ptg    [Edit]
enjoy sampai perasaan pun tertekan.. huhauhauahua....

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

161.142.112.:-)

PrincessLea
Ahli Setia
50. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 5:24:54 ptg    [Edit]


isk...kadang2 terasa camtu gak..mulut kata enjoy...hati?..hmm.. tuhan je yg tau.....

--------------
~*~You're the simplest love I've known ...the purest one I'll own~*~

219.93.97.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005