Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Dzulkaedah 1435 @ 27hb Ogos 2014, 7:03:17 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Automotif  
(Pengendali : zacks)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Pertanyaan : Tuning enjin
azfa_510
Ahli Baru
1. Dihantar pada 08hb Disember 2004, 4:27:23 ptg    [Edit]


brape rpm yg sesuai masa 'on' aircond..?
brape rpm yg sesuai masa 'off' aircond..?

kat mana nak tuning enjin kat shah alam..?
brape kos..?

FYI skang guna iswara 1.3 je...

202.184.38.:-)

webweb
Pengendali
2. Dihantar pada 08hb Disember 2004, 7:10:52 mlm    [Edit]
aku bab tuning ni serius tak terer sesangat, so kut salah tolong betulkan,

anw setahu aku rpm masa on dan off aircond patut kena lebih kurang sama. kalau tak katalah masa kau tgh bawak keter, then bila compressor aircond kau start je tu yg kau rasa macam keter kau tetiba loss power sikit.
kut cam iswara yg pakai carburator yg ni boleh adjust, skru ada kat tepi carburator.

berapa sepatutnya rpm yg tu bergantung pada engine dan lain-lain, but biasanya lebih kurang 1000 (1x1000).
anw biasanya kut nak tepat elok kau tuning dgn mengambil kira berapa peratus carbon yg lepas dan lain-lain lagi. sebab nak dapatkan fuel/air ratio yg tepat.

errr betul ke apa aku cakap ni?
apapun lenglain yg lebih pakar sure ada kat sini dan dapat bagi jawapan yg lebih tepat lagi.


--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

Mann70
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 10:25:44 pagi    [Edit]
kalau iswara biasanya pakai kaberator

so biasa kalau keta rasa berat, atau bunyik bising masa nak naik bukit, tu tuning keta dah out..

so pegi je mana² kedai kedai, minta dia tuning semula...kalau lagi bagus dpt pomen yg pandai adjust dekat distributer..gosok sikit dgn kertas pasir, lepas tu setting angin dgn minyak...

dulu aku pakai iswara 1.5, aku buat kat Balakong...kedai kawan aku..
lepas tuning, keta pikap & minyak save..

RPM kalau pasang aircond, biasa nya mesti 1000 atau 900 sahaja..
bukak atau tutup aircond beza 100 rpm sahaja

Kalau dah sampai 1200 rpm, minyak kuat le jawabnya..dan keta mengaum masa berenti..dah jadi cam auto lah pulak..

kalau keta dah lebih 5 thn, mmg selalu prob dgn tuning...sebab minyak dan angin dan balance..

tetapi lain pula dgn keta yg pakai injection sebab boleh tuning pakai komputer box...tu yg bagus nya injection..

192.228.129.:-)

waja82
Ahli Baru
4. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 10:01:25 pagi    [Edit]


hmm... kite pun nak tumpang tanye gak pasal tuning ni...

saya beli kereta satria 1.3GLi tahun 2001... baru beli tahun ni... kereta 2nd...

masa mula-mula dapat kereta tu... rasanya ada masalah dengan tuning... sebabnya, bila nak bawak kereta tu, saya kena pastikan meter temperature tu berada di tengah-tengah (maksudnya kena cukup panas) baru kereta boleh bergerak...

kalau tak cukup panas, bila bukak air-cond, enjin kereta mati tiba-tiba...

saya tukar meter satria dengan meter wira 1.5 sebab meter satria takde meter rpm... kemudian saya mintak tolong kawan di bengkel "tuning"kan enjin balik...

dulu susah nak start enjin pagi-pagi... skrang ni alhamdulillah... cuma masalah enjin mati bila pasang air-cond tu... tetap terjadi jugak...

saya pun tak tahu banyak pasal kereta, maklumlah kereta pertama jadi nak tumpang tanya pada rakan-rakan di sini, apa masalah dengan kereta saya?

buat pengetahuan, rpm kereta saya time idle lebih kurang 700-800... kalau pasang air-cond, idle masih sama...

--------------
- semalam merupakan warna-warna yang perlu diadunkan pada hari ini untuk mencipta hari esok -

61.6.129.:-)

cik_donna
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 10:43:28 pagi    [Edit]
aku lagi tak tau.. tau start enjin keta, pasang air con, pasang radio, zoommmmmmmmmm gi keja ngan balik keja. Minyak tarak.. stesen minyak ada pigi.. akekeke... nih nak belajor le ni...

Hari Ahad ni aku nak soh cik abe aku ajar camna nak tukar tayar, isi air battery, check minyak hitam ngan isi angin tayar ler... risau aku bawak keta tak tau apa-apa.


--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

kudean
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 03:09:18 pagi    [Edit]


waja82 >> vacum out tuh ...tukau baru ...

kat shah alam nie .. takde tuning yang betul2 power menepati kehendak jiwa aku nie ... power = pickup dan jimat ... ada jer alasan pomen2 .. tu tak kena la, ini tak kena la ... tuning sendiri ? .. haram .. aku pun tak lps bab nie ... hancuss ...

tp ada sikit tips la .. adjust api (distributor) kasi low, angin masuk kasik kuat ... apa2 pun, kasik bersih itu karburator dulu ... cuba try dr carbon ..

202.188.246.:-)

waja82
Ahli Baru
7. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 08:49:19 pagi    [Edit]
kudean
vacum? first time dengar mende tu... ape bende vacum tu? ape fungsinya?

kalau nak tukar vacum mahal tak? boleh bagikan range harga + upah?

--------------
- semalam merupakan warna-warna yang perlu diadunkan pada hari ini untuk mencipta hari esok -

61.6.129.:-)

ummie_76
Ahli Setia
8. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:57:12 pagi    [Edit]
errr...mahai ka nak buat tuning ni?

211.24.141.:-)

webweb
Pengendali
9. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 12:22:51 tghari    [Edit]
mahai ke tak tuning ni?
tengok jenis kereta. dan keter tu pakai carburator ke atau injection.
tempat aku cam wira carburator dlm RM30. injection beza dlm Rm10-15 kut.

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

tempoyak
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 12:03:22 tghari    [Edit]
tadi gitar tanya aku kat mana nak tune engine kat sekitar lembah klang ni, korang ade tempat yg ok, harga berape lak?

203.106.245.:-)

GitarTua76
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 12:31:43 tghari    [Edit]
Alamak poyak...eheeheheh..segan aku.

Tima kaseh tima kaseh...

--------------
- Meor, Hanan dan Natrah ... mencari petang -

203.115.199.:-)

RedTomato
RedTomato
Pengendali
12. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 12:34:17 tghari    [Edit]
aku pun nak gak weiii.....
tolong tanyakan

--------------
ezrinjamil.multiply.com

jemboo80
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 12:36:01 tghari    [Edit]
satria bila nak kuar ?
dah 2 tahun abg tunggu ni..

--------------
I won't let you bury it.smother it or murder it....

219.94.62.:-)

tempoyak
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 1:08:36 tghari    [Edit]
quote:
aku pun nak gak weiii.....
tolong tanyakan
nakl tune kepale ke? elok la tu, skru pun dah banyak yg longgar dah tu...

203.106.245.:-)

Crazyman
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 1:42:22 tghari    [Edit]
buat ape nak susah...
kalau proton antar lah proton servis...

kalau honda hntar lah honda servis...
bukan mahal pun proton aku buat 35ringgit jek..
tuning ni bukan pakai tanggan...

--------------
Get Back!!...Get Back!!...You Know Me LIke That..!!

202.129.171.:-)

GitarTua76
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 4:32:07 ptg    [Edit]
Crazzman:
Tq tq...tapi aku dengar workmanship tune carburator wira RM80..ishhh..jauh beza..

Mat:
Ha ah laa..ko sudah pakai itu satria kan? Syabas beyteh..Dulu putra kan? putra lrt..

--------------
- Meor, Hanan dan Natrah ... mencari petang -

203.115.199.:-)

kudean
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 25hb Disember 2004, 03:33:18 pagi    [Edit]


waja 82 >> gi hantar keta kat crazyman .. die bleh buat + citer sal technical .. mcm aku nie .. tahu lagi sikit drpd sikit2 ...

crazyman >> yg aku malas gi pusat servis nie bukan ape .. malas nak dgr diorang punyer recommendation .. itu kena tukar, ini kena tukar ... ini dah rosak, itu dah rosak ... hangin jer dgr ... mcm la keta tuh dah lingkup ... baik suruh customer tukar keta baru jer ...

gitar >> workmanship RM80? ... tak payah ler ... nak mengetuk nama nyer tuh .... range die dlm 15 - 35 jer kat bengkel biasa ...

219.93.6.:-)

Crazyman
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 11:01:16 pagi    [Edit]
quote:
waja 82 >> gi hantar keta kat crazyman .. die bleh buat + citer sal technical ..
mcm aku nie .. tahu lagi sikit drpd sikit2 ...

crazyman >> yg aku malas gi pusat servis nie bukan ape .. malas nak dgr diorang
punyer recommendation .. itu kena tukar, ini kena tukar ... ini dah rosak, itu dah rosak ...
hangin jer dgr ... mcm la keta tuh dah lingkup ... baik suruh customer tukar keta baru jer
...



1st - pasal ape nak hantar kat aku?? ko inggat aku ade pusat servis ke??...
aku cume bg cadangan tu jek....ko kenape??

2nd - same jugak!..kalau ko malas dengar baik takyah pakai kereta, tak pun ko tuning
sendiri..kalau dah malas dengar ckp jek lah kat dia org, "Aku Juz Nak Tuning Kerata"
ko ko Layan dia org buat ape....aku tak pernah pulak dia org duk recommen ape2 kat
aku kalau aku ckp nak tuning enjin...bkn nye nak ganti part!...
biasenye org buat tuning enjin ni sbb timing lari......rpm rendah atau terlalu tinggi...

--------------
Get Back!!...Get Back!!...You Know Me LIke That..!!

202.129.171.:-)

kudean
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 2:57:30 ptg    [Edit]


crazymann >>laaaa .. aku takde la sampai ingat ko ada pusat servis .. aku ingat ko kerje kat pusat servis .. tu jer ... cadangan jer ke tuh ? .. isk isk isk ...

219.93.6.:-)

ena_cool
Ahli Baru
20. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 11:55:31 pagi    [Edit]
aku ada masalah sama gak... keter aku nih.. baru lepas isi gas aircond.. peh tu aku pi bengkel tuning sebab kalo aku bukak aircond dia drop teruk sapai keter aku bergegor sampai nak mati enjin... kalo bukak lampu lagi laa...

aku tuning... guna seminggu... tetiba aircond aku panas balik, rpm aku drop balik padahal baru jer malam tuh aku bukak aircond sejuk.. takkan within one day dia panas balik...

dulu aku tanya mekanik aku.. besa tuning keter baper lama... dia kata 2 bulan skali datang ler...

yang aku musykil nih

apa kaitan aircond aku panas ngan tuning enjin? sebab dia jadi serentak.

kedai aircond kata aircond aku bocor.. ye ker aa...?

219.93.8.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005