Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Ramadhan 1435 @ 24hb Julai 2014, 10:18:32 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh sembelit : baby sembelit
arejue01
Ahli Baru
1. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 11:54:09 pagi    [Edit]

anak saya umur 9 bulan susah betul nak buang air besar...asyik sembelit sebab dia suka tahan....fobia nak membuang, tu yang jadik keras....doktor suggest tukar susu.....sekarang ni dia minum susu Lactogen.....
boleh tak kawan-kawan kat sini cadangkan susu apa yang sesuai untuk baby 9 bulan yang selalu berak keras....kalau boleh yang lingkungan harga macam susu Lactogen jugaklah....Lactogen 2 kg RM32.90....

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
2. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 12:57:43 tghari    [Edit]
..susu lactogen memang kurang bagus...anak leila pun minumd
dulu, kemudian dah tukar susu...

tapi jika bayi sembelit minum susu ini..amat bagus...BIO LAC..susu homopaty..walaupun harga agak mahal..baik utk bayi sembelit, kerap selsema, batuk, dan deman.



500gram. RM19.90

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

arejue01
Ahli Baru
3. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 2:19:04 ptg    [Edit]
thanks Leila..camna nak beli ya? Ada di kebanyakan kedai ke? Sebab saya tak pernah tengok lak susu ni....

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

shasha13
Ahli Setia
4. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 2:23:00 ptg    [Edit]
arejue01

pernah jugak terjadi kat baby shasha. lKesian sangat sampai terpaksa bagi ubat doc (laxative). Lepas tu tukar susu ke bebelac...beraknya agak cair sikit coz panas...than try dumex, najis tak sembelit & cair. Sampai sekarang dua2 minum Dumex . Harganya pun ekonomi berbanding dgn susu jenama lain.

--------------
Ira Balm,Gel Dolla Cantik,Voucher Hotel/Apt murah;susu IgG 6pcs=RM25;call/sms 013-3696540

219.94.100.:-)

arejue01
Ahli Baru
5. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 2:52:34 ptg    [Edit]
shasha,
dumex o.k ya? tapi tadi doktor pesan ngan saya jangan bagi dumex pulak sebab kebanyakan baby kena sembelit ......doktor suruh try ducthlady.....tak taulah kan..setengah baby o.k....setengah tu tak o.k....tu yang pening tu....dulu abangnya minum lactogen o.k jek tak penah sembelit even tak penah minum pun air masak.....yang no 2 minum banyak air masak pun tetap gak sembelit.....

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
6. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 3:06:19 ptg    [Edit]
arejue ~ mungkin farmasi melayu ada...kalau kat PJ,shah alam ,sunway, kelana jaya bleh beli dgn leila.

kalau kat KL bleh beli kat HQ sana...PM or YM leilasamad.

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 3:58:07 ptg    [Edit]
arejue01
anak NP yg sulung dulu pun, selalu sembelit! Tak sanggup tengok dia dok berpeluh2 menahan! NP siap belikan ubat utk bagi berak tu! Dia sampai fobia tengok mender tu tau! Last2, NP bagi dia Scot's Emultion, Multivitamin & Vitamin C! Alhamdulillah, sekarang ni, tak der lagi masalah tu! Dia pun, selalu jer demam! Tu yg ambil Multivitamin tu! NP pun ada post kan topic ni before! Dah macam2 usaha buat... anak sulung NP tu pun minum susu Lactogen jugak! NP selalu buat susu, kalo 180ml (eh... betul ke ni huh? alah botol susu yg panjang tu lah...) NP letak 3 sudu susu jer! Tak boleh lebih! Tapi, ok lar arejue01! Mak mertua (anak2 mak mertua yg jaga) sendiri pun dok puji, sebab perubahan paling ketara ialah, dia berak dah ok & makin cergas sebab tak selalu demam! Kalo tak dulu... adussss... sakit pala oorrrr!!!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

arejue01
Ahli Baru
8. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 4:23:21 ptg    [Edit]
NP,
nak bagi multivitamin dia baru 9 bulan....boleh ke?
tapi memang bab buat susu tuh memanjang susu dia memang saya buat cair sikit....biasanya kalau air 5 susu dia 4 scoop...still pekat lagi ke?
tak taulah......pening memikirkannya......tulah orang dok suggest beli susu mahal......bukan takmoh beli...tapi dua-dua beradik tu tengah menyusu kuat......sakit sikitlah kalau nak beli susu mahal nih.....bukan apa nanti termiss pulak keperluan lain untuk dorang tuh....kalau boleh saya nak gak sediakan apa saja kehendak anak-anak saya....tak naklah sebab susu mahal...saya tak mampu nak beli makan @ pakaian yang best-best untuk dorang.......yalah gaji saya pun baperlah sangat

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 5:08:26 ptg    [Edit]
arejue01
alah, NP faham coz NP pun anak 2 org! Ok, kalau air 5, susu 3 sahaja tau! Sebab, susu Lactogen memang panas! Lagi satu, multivitamin tu utk 1 year! So, tunggu dululah! Mcm Scot's tu... NP bagi dia sejak dia 8bulan lagi (tak tahan sebab asyik dok berak keras jer!) Memanglar lambat effect, tapi, insya Allah, berkesan! Bukan apa, budak2 kengkadang, tak mo makan sayur2 atau buah2! Tu yg diorang nyer diet tak cukup tu! Banyakkan minum air suam! Memang lar durang tak mo... tapi, rajin2 lar bagi air suam! Anak2 NP dulu... time menyusu kuat, 3 tin Lactogen yg besar tu utk sebulan tau! Tapi, anak punya pasal, tak palah! Try dulu... Scot's tu... kalo berkesan, dia dah setahun nanti, tambah multivitamin tu! Ok?

Multivitamin tu, NP dptkan drpd amway... memanglar mahal skit, tapi 100 biji, sehari sebiji... tahanlar 3bulan lebih! Jimat jugak lar NP rasa... kalo nak nanti, call NP ye... atau email ok?!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 5:11:49 ptg    [Edit]
NP,

kita nak tanya apa yang sesuai untuk anak setahun lebih..anak kita asyikj demam je....minggu lepas...seminggu demam...sampaikan doktor amik darah takut denggi..sian dia....suggestla kat kita...

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 5:17:31 ptg    [Edit]
vogue2704
quote:
NP,

kita nak tanya apa yang sesuai untuk anak setahun lebih..anak kita asyikj demam je....minggu lepas...seminggu demam...sampaikan doktor amik darah takut denggi..sian dia....suggestla kat kita...

cam anak NP lar masa awal puasa & last puasa! Sampai tak ingat nak rayalah! Siap pi GH lagi! Duit ubat ni, jgn katalah kan! Beratus2 dah habis! Last2, NP kasi jugak lar Multivitamin, Vitamin C & Scot's Emultion! Alhamdulillah, sejak lepas baik (seminggu sebelum raya) sampailar sekarang, jgn kata demam, selsema pun susah nak dpt, padahal time kitowang pi raya, ramai bebudak yg kena selsema. Alhamdulillah, anak2 NP tak berjangkit pulak!

Cam anak sulung NP, dia senang dpt 'panas badan'. So, mak NP suggestkan, amalkan minum air barli seminggu sekali (cooling down)

Utk Multivitamin tu, kalo interested, call me atau email ye?!

Happiness is when your baby grows up healthy & happy

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

shahir
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 00:06:07 pagi    [Edit]
vogue2704
Chewable multivitamin dan Chewable Natural C mmg boleh diambil oleh budak yg berumur setahun ke atas. Supplemen ni membekalkan nutrien yg penting bg memenuhi tumbesaran anak2.

Insyaallah setakat ni anak yg ambil chewables ni mmg payah nak kena demam.

Air barli juga elok utk turunkan suhu badan. Boleh juga diberi minum walaupun ketika anak tu tak demam. Satu lagi, make sure yg anak vogue gi toilet setiap hari.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.66.:-)

shahir
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 00:12:21 pagi    [Edit]
quote:
anak saya umur 9 bulan susah betul nak buang air besar...asyik sembelit sebab dia suka tahan

Selain drp beri baby minum air, cubalah berikan baby tuh minum juice apple and prune. Apple and prune juice ni boleh dibeli di pasaraya samada jenama heins atau gerber (kalau tak silap brandnya). Cuma bila nak beri baby minum dilute sedikit juice tersebut dgn air agar ianya tak terlalu manis.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.66.:-)

gee67
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 00:40:04 pagi    [Edit]
vogue2704,

Antara suppliment yang elok diambil oleh kanak2,



NUTRILITE Protein 450 g

Protein memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pengekalan kesihatan badan. Oleh kerana tubuh anda tidak menyimpan protein yang berlebihan, maka pengambilan seharian adalah perlu untuk memastikan bahawa tubuh anda mendapat segala apa yang diperlukan. Protein adalah penting untuk semua peringkat umur bagi pembaharuan sel, kulit yang cantik dan pembinaan otot. Ia juga adalah asas blok pembinaan untuk organ dalaman dan hormon.

Protein yang berasaskan soya adalah pilihan makanan yang lebih sihat untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan lemak atau kolesterol mereka, mereka yang mungkin alah dengan susu dan produk yang berasaskan susu atau vegetarian yang tidak memakan sebarang produk yang berasaskan haiwan, termasuk susu lembu.

Kini NUTRILITE Protein dirumus semula supaya tidak mempunyai Organisme Terubah Suai Secara Genetik (GMO). Mengandungi tambahan kalsium (70mg) dan zat besi (1mg) yang wujud secara semula jadi dengan tambahan faedah Isoflavon Soya (Sebatian Tumbuhan PHYTONUTRIENT*).

Satu sudu 10g memberi 8g protein berkualiti tinggi daripada protein soya terasing dan pekatan protein susu, membekalkan sejumlah sembilan asid amino perlu yang seimbang.

Sembilan asid amino perlu tersebut adalah sangat penting dan mesti diperolehi melalui diet atau suplementasi.

Dicerna dengan mudah (Skor 1.0 , skor PDCAAS tertinggi yang mungkin ?(Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein).

Mengandungi dadih susu untuk kebolehcernaan yang diperbaiki dan lesitin supaya protein bercampur sebati.

Rendah dalam lemak dan kolesterol, hanya 36 kalori.

Rumusan yang mudah dicampur.





NUTRILITE Chewables Multivitamin and Iron Supplement (100 tablet)

Satu tablet yang boleh dikunyah memberi sejumlah 10 vitamin : A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E; dan zat besi.

Tablet pelbagai vitamin yang berkhasiat dengan zat besi, dirumus khas untuk kanak-kanak bagi membantu mereka memenuhi keperluan tubuh yang semakin membesar.

Rasa oren semula jadi dimaniskan dengan fruktosa - sedap dimakan





NUTRILITE Chewable Natural C (100 tablet)

Satu tablet yang boleh dikunyah memberi 30 mg vitamin C semula jadi, yang datang daripada Pekatan Ceri Aserola NUTRILITE yang eksklusif dan anda akan menyukai perasa 'punch' buah-buahan semula jadi yang enak.

Kanak-kanak perlukan vitamin C untuk
pembentukan kolagen.
penyerapan zat besi yang membantu membentuk darah.
pembentukan tulang, gusi dan gigi yang kuat.
sebagai antioksidan untuk melindungi tubuh daripada kesan-kesan radikal bebas.





NUTRILITE Chewable Calcium Magnesium (100 tablet)

Satu tablet boleh dikunyah berperisa coklat membekalkan 270 mg kalsium dan 50 mg magnesium

Membantu mengekalkan tulang yang sihat.

Kalsium berperanan penting pada awal tahun perkembangan kanak-kanak dalam mengekalkan tulang yang sihat.

Magnesium membantu dalam metabolisme kalsium.


Kalau rasa susah atau banyak sangat yang nak kena telan, campurkan dan tumbuk sampai lumat, campurkan dengan protein powder, bancuhkan dalam susu. Tapi biasanya budak2 suka makan sebab rasanya sedap. Protein Powder tu bancuh dalam susu yang diminum.




--------------
Amway, Phyto Fiber, Susu IGg, DCL ~ Bidadari & Vinergy, PM/call Kak Gee di 017-3339880

218.208.240.:-)

arejue01
Ahli Baru
15. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 10:32:39 pagi    [Edit]

alhamdullilah anak saya dah selamat membuang air besar semalam...itupun lepas makan ubat yg doktor bagi.....sampai 3 kali lak tuh......emm..camna yek nak tukar susu ke tak? ....tapi mungkin saya akan tukar jugak susu yang lain kot.....Lactogen tu dah tak ngam kot ngan dia....
Saya jugak akan ikut saranan NP untuk beri Scott's kat anak saya tu.....kot-kot berak dia boleh normal.....thank you NP atas nasihat awak....tapi kalau nak bagi Scott's tu cairkan dulu dalam air kan? kalau tak pekat sangat lah pulak....

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

juita77
Ahli Baru
16. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 11:06:33 pagi    [Edit]
assalamualaikum...

Anak saya pun sembelit gak. Dua hari sekali baru membuang...
Umur dia baru nak masuk lima bulan, macam mana nak atasinya?
Nak beri vitamin dia kecik sangat lagi.
Kalau beri apple juice or prune juice dari gerber tu, boleh tak?
Juice tu tak mengandungi kandungan gula yang banyak ke?

--------------
kaulah satu-satunya...di antara berjuta insan teristimewa!

202.75.44.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 11:08:49 pagi    [Edit]
arejue01
quote:
Saya jugak akan ikut saranan NP untuk beri Scott's kat anak saya tu.....kot-kot berak dia boleh normal.....thank you NP atas nasihat awak....tapi kalau nak bagi Scott's tu cairkan dulu dalam air kan? kalau tak pekat sangat lah pulak....

Cam NP, pernah jugak bancuh dlm air (air sejuk pulak tu, coz kalau panas, sure dia tak mo minum!) dia tengok jer, dah tu, dia geleng kepala siap kata 'nanak' (tak nak!!) sabar jelah, pujuk punya pujuk, Abi dia yg suapkan dia! Memang lar mula2 tu, dia luah banyak kali, tapi, keep on trying! Lama2 dia telan jugak! Tapi, memang nampak kesan dia! Bila dah setahun nanti, berikan dia Multivitamin tu! Insya Allah, akan ok! Amalkan seminggu sekali, minum air bali (kalo dia tak mau makan buah bali tu pun tak pe, janji dia minum) tapi, nak tarik perhatian dia, sejukkan & minum sama2 ngan dia! Dia akan join kita sekali bila dia tengok kita minum! Selamat mencuba! Anak sulung NP skang, dah 2 tahun 8 bulan, dah tak der masalah sembelit & demam berulangan! Tahap setahun ke 5 tahun ni, kita kenalah banyak bersabar & bekalkan dia dgn vitamin yg membantu tumbesaran & pertahanan badan. OK?!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 11:20:20 pagi    [Edit]
juita77
quote:
Anak saya pun sembelit gak. Dua hari sekali baru membuang...
Umur dia baru nak masuk lima bulan, macam mana nak atasinya?
Nak beri vitamin dia kecik sangat lagi.
Kalau beri apple juice or prune juice dari gerber tu, boleh tak?
Juice tu tak mengandungi kandungan gula yang banyak ke?

Err... 5 bulan! Cam anak NP, siap beli jus buah2an kat supermarket tu (drpd yg murah sampai lar yg mahal!) dia tak mau minum, last2 Abi dia yg minum! Sabar jelah! Dia makan bubur tak? Kalau makan bubur, selang selikan dgn sayur2 cth: ubi kentang, carrot, ikan atau daging (ikan & daging pastikan cincang lumat & campurkan dgn sedikit halia & bawang putih- agar tidak berbau atau hanyir!) Susu, kalau 5 air, letakkan 3 scoop susu sahaja! Amalkan minum banyak air suam (selalunya, 5 bulan ni, tak memilih sangat lar kan, senang nak sumbat jer!) kalau makan nestum, jgn terlalu pekat sangat! Sulamkan dgn air suam ok?!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

shahir
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 11:23:42 pagi    [Edit]
quote:
Kalau beri apple juice or prune juice dari gerber tu, boleh tak?
Juice tu tak mengandungi kandungan gula yang banyak ke?


Boleh beri juice apple dan prune ni. Campurlah dgn air supaya tak manis sangat. Sbb kalau baby dah biasa minum yg tak dilute mungkin lain kali dia dah tak nak minum air kosong sbb rasa juice lagi sedap.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.148.:-)

arejue01
Ahli Baru
20. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 12:11:38 tghari    [Edit]
thank you kekawan atas nasihat dan saranan memasing.......setakat 2 hari ni anak saya membuang o.k jek....sampai terlebih lawas adalah.....saya peninglah pulak....nak tukar susu ke tanak? emm....nantilah saya fikirkan dulu....tapi apa-apa pun saranan NP memang bernas....trimas NP....selama ni tak terpikir pun nak cuba bagi Scott's.....mender tu memang ada tapi saya hanya bagi kat yang sulung since dia pun dah 4 tahun umurnya......
err.....tolong ya kekawan bagi idea kat saya...patut atau tidak saya tukarkan susu tuh!!!!

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

ella973
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 12:20:03 tghari    [Edit]
arejue

anak ella dua org minum susu lactogen, dr lahir sampai setahun, alhamdullilah takde masalah langsung pasal sembelit ni, sebab anak u dah 9 bulan kan, kalau dia baru jer minum susu ni, pastu sembelit, memang patut la tukar sebab tak sesuai, tapi kalau dah 3-4 tin mungkin bukan sebab susu agaknyer

--------------
Amway/DCL/Salindah/T&K/PF/Be-Nice/Tupperware/ANGGUN~ella973@hotmail.com/YM:eljoe73/012-2728944

219.93.8.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 12:28:35 tghari    [Edit]
arejue01
quote:
tapi apa-apa pun saranan NP memang bernas....trimas NP....selama ni tak terpikir pun nak cuba bagi Scott's.....mender tu memang ada tapi saya hanya bagi kat yang sulung since dia pun dah 4 tahun umurnya......
err.....tolong ya kekawan bagi idea kat saya...patut atau tidak saya tukarkan susu tuh!!!!

Sama2.... mana tidaknya... dah ada experience tu! Bila dah sembelit, bagi ubat, dah kerap pulak dia berak! Nak tau... sampai luka tau! Menangis ni, jgn katalah! Kes paling terok, masa dia setahun 3 bulan, setiap sejam dia berak! Pi klinik, durang bagi ubat (time tu, dia dah pandai memilih, tak mau makan ubat!) NP time tu, pregnant lak tu! Kalau bawak pi hospital, sure kena tahan! Last2, bawak pi kedai ubat cina! Botol kecik aje.... bancuh & bagi dia minum! Yg dia sikit lar punya menangis.. Tuhan sajalah tau! Alhamdulillah, raksi ubat tu dgn dia... tak sampai sejam, reda skit berak dia!

Anyway... susu nak tukar? Erm.... cam NP... NP takut sister perut dia terjejas... lagipun... dia kecik lagi! Paling baik ialah... susu Bebelac! Pi farmasi, ckp dia, nak susu Bebelac utk baby yg kerap berak... sure dia bagi punya! (coz dia ada color tertentu!! tapi, tak ingat color apa dah!!) Bebelac ni, sesuai utk mana2 baby pun... harga pun... fuyyoooo... buleh tahan!!!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

arejue01
Ahli Baru
23. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 1:24:52 tghari    [Edit]
ella,
betul gak kan.....mungkin bukan pasal susu sebab lactogen tu bukan kata 3, 4 tin dah bertin-tin pun....tak yahlah kot tukar.......

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 2:04:01 ptg    [Edit]
arejue01
anak NP minum Lactogen, drpd umur dia 6 bulan lagi! Sampai lar sekarang! Tapi, bila dia ada masalah cirit birit jer, NP akan pi farmasi beli susu Bebelac utk baby yg cirit birit! Susu Lactogen tu, NP stop kan sementara sebab pernah NP pi klinik pakar kanak2 time dia kena cirit birit tu, doctor kata, kalau dia kena cirit birit stopkan dulu Lactogen sebab ianya mengandungi Lactosa (Lactose) Doctor akan bagi susu Bebelac atau susu yg berasaskan soya (tak ingat lar nama dia, tapi, ada gambar bear kat depan tin tu..) memanglar mahal, tapi, bila cirit birit dia dah stop, baru NP bagi balik Lactogen! But, until now.... Alhamdulillah, no problem!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

jeen
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 2:14:40 ptg    [Edit]
Lactogen 2 memang tak bagus sangat. Selalunya berak keras. Tapi Lactogen 1 meamng sesuai sangat bagi baby yg baru lahir.

Anak jeen, memang pakai susu Lactogen 1, bila nak tukar susu tak sambung ke lactogen tapi tukar ke Dumex 1 +. Buat masa ni ok la..ada gak sesekali keras mungkin kurang minum air kot..

--------------
noorize@yahoo.com/016 6727 661

219.93.226.:-)

ardinawate03
Ahli Setia
26. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 2:28:58 ptg    [Edit]
meh sini nak bagi petua....gerenti anak tak sembelit lagi...dah ada experiece anak sembelit nih.....pegi beli jus buah prune..ada jual kat pasaraya...jenama sunsweet ke apa pun takpe...masukkan sedikit jus tuu dalam botol baby + air masak...bagi baby minum sehari 2-3 kali pun takpe...insyaallah tak sembelit lagi..

219.93.8.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 2:40:53 ptg    [Edit]
ardinawate03
quote:
meh sini nak bagi petua....gerenti anak tak sembelit lagi...dah ada experiece anak sembelit nih.....pegi beli jus buah prune..ada jual kat pasaraya...jenama sunsweet ke apa pun takpe...masukkan sedikit jus tuu dalam botol baby + air masak...bagi baby minum sehari 2-3 kali pun takpe...insyaallah tak sembelit lagi..

NP pernah cuba.... drpd jenama yg mahal.... sampai lar ke jenama yg tak paha2 punya jenama.... tapi, anak sulung NP tu, memang jenis memilih! Nak tau... gula2 dia tak makan tau! Tu yg nak suruh dia ambil vitamin pun susah! Kena tunggu dia pulak bila time makan vitamin (takut dia buang!) Makan Scot's tu pun, walaupun dah nak dekat 3 bulan, kadang2 tu dia buat perangai jugak (dia luahkan & dia macam nak termuntah!). Org yg dpt anak memilih ni, memang rasalah camner! Anak NP yg sulung tu, memang memilih betul! Si adik tu pulak, tolak batu ngan kayu jer!!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
28. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 3:08:55 ptg    [Edit]
adus..pening jugak yer masalah anak sembelit nie..
anak aton pun sama gak ..selalu kena sembelit tp still berak lg...nak kata pasai susu bukan rasanyer sbb ada kata guna susu mahai berak budak ok..aton guna susu enfa pro A+ tu mahal gak..rm43.50 utk 900gm still berak keras jugak...sajajer tukor kan mamex gold step 2 rege utk 900gm rm39.90 sama gak kerasnyer...agaknyer pasai pemakanan kot..aton suka bagi makanan instant..cam jenama gerber etc...so wat pekat2 skit..tu yg punca berak keras..bila cairkan sikit makanan dia alhamdullilah berak dah ok..agaknyer punca makanan pun boleh menyebabkan budak berak keras kot arejue...bab susu plak..cam NP ckp cairkan skit jgn exactly ikut sukutan..kalo 3 auz susu air 4/5 kasi cair..kalo pekat sgt takut panas badan budak tu..

p/s: susu mahai ngan murah sama jer sebenornyer..cuma ada skitler tambnyer...apa2 pun ikut kemampuanler..kalo dah rasa tak mampu wat per nak paksa diri kan..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

cha
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 3:11:35 ptg    [Edit]
cuaca juga mempengaruhi stool baby, skarang ni kan cuaca panas, so better bagi baby lebih air masak

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 3:18:46 ptg    [Edit]
ha'ah... diet baby ni pun kadang2 kurang jugak! bila cukup segala jenis nutrition dlm badan... ok lar budak tu! Kalau tak cukup... mulalah meragam! sabar jelah! tapi, sejak anak2 np amalkan multivitamin, vitamin C & Scot's tu... memang nampak ketara perubahannya! Kalau dulu, sebulan sekali, mesti standby duit utk ke klinik! Dah tu, ubat bukan senang nak telan lak tu! Siap sumbat ubat ikut buntut dia bila panas kuat sangat! (anak sulung NP pernah kena 'tarik' masa bulan puasa lepas, sebab terlalu panas). Tu yg, NP nak tak nak.... budget utk supplement & vitamin dia... mesti dlm schedule NP tiap2 bulan! cam multivitamin tu, jimat lar skit... 100biji, sehari sebiji, utk 2 org! tahan lar dlm 50hari! vitamin c & scot's tu, memang dlm shopping list sebulan bulan!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

arejue01
Ahli Baru
31. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:28:24 ptg    [Edit]
erkk tolong.....tolong.....
jadik balik semalam......anak saya sembelit balik semalam selepas dua minggu dia membuang o.k......nak tanya NP....kalau bagi dia Fibre Plus yang Cosway punya tu o.k ke ha? ishh tensionnya

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

k_link
Ahli Baru
32. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 4:39:30 ptg    [Edit]
Assalamualaikum.......puan boleh call saya 017-6826482/483 rashid / rogayah....Saya boleh tolong masalah anak puan..Isyallah saya akan bantu puan.

--------------
`HIDUP YANG SIHAT ADALAH KEKAYAAN YANG TIADA NILAINYA' 017-6826482/483/03-80708930

202.157.192.:-)

lynn65
Ahli Baru
33. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 10:32:18 pagi    [Edit]


Apa kata cuba produk phtyo fiber, hanya bagi beberapa sudu kepada anak kita, saya yakin membantu masalah sembelit, sebab produk ni amat sesuai utk semua umur yg ada masalah sembelit, migrain, gout, darah tinggi, k.manis, kolestrol tinggi dll.

salina_mmt@yahoo.com

--------------
utamakan kesihatan (salina_mmt@yahoo.com)

202.188.7.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
34. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 11:32:32 pagi    [Edit]
Anak saya pun ada masalah sembelit... kira teruk jugaklah...meraung dia kesakitan meneran sampai 30-45min...dan adakalanya sampai berdarah...dan buat dia takut nak membuang. Anak saya sekarang dah masuk 10 bln. Dia sembelit dari umur dia 2-3 bulan lagi.... (selepas susu badan saya terus kering...)
Dulu tukar susu dari paling murah...berperingkat² hingga yg mahal...dan akhirnya dia sesuai dgn Bebelac... Bukan tu saja, kami juga bagi jus prune, jus limau, bagi air masak dicampur sedikit madu, dan juga bagi ubat doktor (ubat mcm minyak dan ubat cecair masuk ikut dubur - memang terus yak).... kira semua dah cuba laa...tapi kalau dia nak jadi , jadi gak....cuma bila dah minum Bebelac sembelit dia dah jarang sangat berlaku.
Tapi pabila dia masuk 6-7 bulan... kami tukar susu Bebelac utk 6++bulan... dah tak sesuai plaks... tapi takkan nak bg susu 0-6 bulan?? Jadi tukar lagi... cari susu lain sampai yg agak mahal... Enfapro dan sebagainya... tapi ntah la... bila tingat doktor suruh cuba tukar susu sampai yg sesuai... akhirnya saya berpatah balik pada yg murah, sbb dok tgk iklan Dutch Lady...tetiba jer rasa nak try semula (masa dia 3 bln pernah try Dutch Baby Step 1)... Dutch Lady Step 2... alhamdulillah sembelitnya berkurangan... digabung pula dengan Nestum jenama Nutricia... makin pulih sembelitnya...

Tapi kekadang ada juga miss sehari dua kalau dia kurang minum air masak...yelah skrng musim panas kan... Nasib baik dia suka minum juga walau kekadang dia buat main air tuu...kekadnag tengah duduk, merangkak atau berdiri dia sibuk nak minum air masak...dah minum sambil mendongak cam anak burung hehe. Memang penting bg baby minum air masak... doktor pun nasihatkan banyakkan minum air masak, sbb susu formula ni semuanya panas (sbb tu kita lihat kalau baby menyusu dia berpeluh)...so kalau budak yg tak tahan memang mudah sembelit.

Macam anak saya ni nak makan pun susah... bubur nasi takmau, nestum pun tak mau bersuap dgn sudu (say amasukkan dlm susu dia)... Jadi kena bagi makanan yg kita hanya perlu suap dgn tangan bukan dgn sudu. so hari² bagi makanan lain² sbb dia cepat jemu... bagi biskut farley's, bagi donut tanpa gula, bagi roti potato, biskut merry, buah².... dia nak gak laa makan benda² camni... tapi adakalanya taknak langsung apa pun...so harap susu dan nestum sesudu dlm susu tu... takut gak boh nestum banyak jd sembelit semula. Tapi yg peliknya badan dia tetap kategori semangat laa walau ramai yg kata dah susut sket badan dia...kalau tak dulu leh jadi baby mechellin...badan berketak² hehe

* Mesej ini telah disunting oleh ady1661 pada 08hb Februari 2005, 11:35:39 pagi

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

arejue01
Ahli Baru
35. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 1:15:33 tghari    [Edit]
tulah ady....saya pun memang cadang nak cuba susu tu Dutch baby step dua ya?.....sekarang dok pakai lagi Lactogen 2 tuh.....ntahlah tengok dua hari ni o.k balik....sampai dua tiga kali pulak membuang.....sebabnya saya bagi makan pisang....kalau bagi makan pisang memang cepat dia membuang......hari ahad yang lepas sampai 5 kalilah pulak.....

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 08hb Februari 2005, 2:10:56 ptg    [Edit]
arejue

tu lah tu...kekadang tak menentu anak kita ni, nak cakap ini sesuai itu tidak pun susah gak. Sebab kita tak tahu penerimaan dia camne...baby mana reti cakap kalau dia sakit perut hehe.... baby saya laks kalau makan pisang lagi keras najisnya... tu yg susah tu. ada yg kata kekadang susu mahal ada gak lagi sembelit baby.... cam yg saya observed byk baby yg minum susu S26 jadi sembelit, kesian tgk nangis² membuang air besar... nak ikutkan susu tu bagus dan agak mahal harganya...
mmm untungggnyaa org yg boleh nyusukan baby dgn susu badan....

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005