Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 5:27:29 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh resepi soto : meh kongsi resepi raya nieee
nuralisha
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 19hb Januari 2005, 11:41:32 pagi    [Edit]
Kuah soto

1 ekor ayam belah 4, buangkan kulit dan lemak-lemak
2 batang serai
Bahan tumis (dikisar) :
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 keping lengkuas
sedikit halia
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit kunyit
minyak untuk menumis
rempah tumis - (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga)
2 biji kiub ayam Knorr
4 peket Nasi Impit (rebus, sejukkan dan potong kiub)
1 peket kecil Soohoon digoreng (jgn basuh soohoon, goreng kering-kering gitu)
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
telur rebus (jika suka)
keropok keping yang sudah digoreng
Kicap cili padi:
segenggam cili padi
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 cawan kicap
2 biji limau kasturi

1. Goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak dan kisar.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi

Cara:
1. Dalam periuk yang besar, panaskan minyak dan tumis rempah tumis, bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam
3. Rebus hingga ayam betul-betul empuk
4. Keluarkan ayam dan sejukkan sebentar sebelum disiat-siat. Guna garfu untuk siat ayam.
5. Masukkan soohoon yang telah digoreng kedalam kuah soto.
6. Masukkan pula kiub ayam, sedikit garam dan sedikit gula.
7. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
8. Cara menghidang:
Dalam mangkuk hidang, letakkan potongan nasi impit, ayam yang telah disiat dan curahkan kuah soto
9. Hias dengan daun bawang dan daun sup
10. Letakkan benda-benda lain dalam bekas lain dan hidangkan sama.

Selamat Mencuba dan Salam Ramadhan.

Soto Ayam
Utk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Utk. mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut

Bahan2:

Kuah Soto (ayam/daging)

1/2 ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik
dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis
garam

caranya:

1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

utk sambal kicap:
5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar
1 sudu gula pasir ] kesemua
1 ulas bwg putih } bahan dan
∏ cwn kicap masin ] cukupkan
air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya

hidangkan bersama bahan hiasan.


bahan2 lain :

taugeh
kacang tanah - digoreng
suhun - digoreng
daun sup/bawang
bawang goreng
nasi himpit/mee/mee hoon
tauhu - digoreng & dipotong kecil2
fish ball - direbus & dipotong kecil2
1/2 ekor ayam direbus & disiat
1/2 ekor ayam digoreng & disiat
cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin


Untuk Begedil

6 biji Kentang ( Dipotong kecil dan digoreng )
Bawang Goreng
Sedikit Daging Kisar (Digoreng)
Lada Sula
Garam
Telur
Daun Soup (Dipotong Halus)
Daud Sadri (Dipotong Halus)

Cara Membuatnya:

1. Goreng daging cincang besama sedikit minyak hingga garing kemudian angkat dan sejukkkan.
2. Kentang dipotong-potong sederhana kecil dan digoreng, kemudian ditumbuk menjadi halus.
3. Selepas ditumbuk di masukkan kedalam bekas, kemudian masukkan bawang goreng, daging goreng, daun soup dan sadri, garam dan lada sula. Jika mahu pedas tambah sedikit lagi lada sula.
4. Selepas adunan sebati, ambil sedikit dan dibulat-bulatkan kemudian di leperkan sedikit. Buat sehingga adunan tadi habis .
5. Panaskan minyak untuk mengoreng.
6. Pukul telur dan masukkan sedikit garam. Celupkan ke dalam telur dan dimasukkan kedalam minyak . Goreng sehingga kekuningan. Goreng sehingga habis.

SOTO BEST sesenang ABC
Bahan2:

A. Sup

1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama,optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam renih sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara:

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya


B. Pegedil

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. 1/2 cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. 1/2 cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. 1/2 cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.


C. Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 1/2 cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara:

1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.


D. Bahan Hidangan

1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara:

1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)


SOTO AYAM (8 person)
SOTO AYAM (8 orang makan)

NASI HIMPIT :
2 cawan beras
plastik yang dicucuk2
4 liter air
1 sd besar garam
2 helai daun pandan
(Cuci Beras dan isi 1/3 penuh dalam beg plastik. Tutup
bhgn atas beg plastik (pakai sealer atau api) atau
staple dan masukkan dalam air yang dicampur garam dan
pandan, tutup dan rebus hingga jadi nasi himpit.

atau pakai ketupat segera untuk memudahkan kerja.



MIHUN :
1 bungkus mihun dicelur (pakai cap bintang sedap sikit
dan tak berapa melekit)

MEE KUNING :
500 gm mee kuning juga dicelur

Jika melekit sapu sikit minyak jika perlu.

Bahan bahan diatas adalah pilihan samada nak pakai
nasi himpit, mihun atau mee even kue teow pun boleh.

KUAH SOTO :
2.5 kg ayam - potong 4 (lebih kurang 1 ekor ayam putih bersih kat pasar basah atau pakai dada, paha bla2 ayam pun boleh asalkan 2.5 kg)

Tumbuk berasingan :

3 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
1 sd besar jintan manis
4 sd besar lada hitam
2/3 cawan udang kering halus (grago)

1 ketul halia - dipecahkan
2 rempah sup bunjut atau
1 paket rempah soto (kat batu pahat ada)

Rempah Campak :
2 batang kayu manis
4 lawang
8 biji cengkih
5 pelaga

3.5 liter air
1 kiub pati ayam
2 batang serai dititik

1/2 cawan susu cair
2 biji kentang - belah 4
3 batang carrot - potong 3 setiap satu
10 tangkai cili api - belah 2

2 sd besar garam
1/2 sd teh msg

1 kg bawang merah - dimayang nipis dan goreng kuning, angkat dan tos, gaul dgn 1 sd besar gula (bagi garing)

2/3 cawan minyak goreng bawang

Bahan2 accompany/taburan :
30 biji telur puyuh (direbus)
1 pokok each daun ketumbar dan daun bawang (hiris)
bawang goreng
pergedil daging
kacang tanah goreng
sambal kicap
Isi Ayam carik
hirisan cili api (jika suka pedas lagi)

SAMBAL KICAP :
1 cawan cili api
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1/2 sd teh garam
1/2 cawan gula

Tumbuk cili api yang telah dibersihkan bersama bawang putih hingga lekit, masukkan gula dan tumbuk sedikit, campurkan garam dan kicap, lenyek rata rata dengan lesung dan masukkan dalam mangkuk. Simpan dalam peti sejuk biar rasanya sebati.

Caranya :

Panaskan minyak goreng bawang, masukkan rempah campak dan kacau sekejap hingga wangi, masukkan bawang putih dan goreng hingga kuning baru masukkan bawang dan
goreng kejap kemudian halia, kacau hingga naik bau. Masukkan udang tumbuk dan goreng sekejap, kemudian masuk jintan manis dan lada hitam. Kacau hingga sebati. Masukkan rempah sup atau rempah soto dan kacau sedikit. Masukkan ayam dan serai titik bersama garam dan pati ayam. Kacau sebentar ayam bersama bahan2 tumis tadi hingga sebati. Masukkan air dan lobak merah juga cili api dan kentang, juga bersama 1/4 bahagian bawang goreng bersama lain2 bahan perasa. Tutup dan biarkan renih 1/2 jam, angkat kentang dan carrot dan blend halus dengan susu cair dan 1 senduk sup yang menggelegak. Masukkan dalam periuk sup tadi kembali dan renih lagi hingga sejam (the longer the better bagi suma pati ayam release-pastikan bertutup). Angkat ayam dan carik isinya dan hiris kulit ayam - gunalah plastic glove supaya ayam tak basi. Aturkan dalam pinggan bersama bahan accompany yang lain. Ketuk tulang ayam yang telah diambil isi dan kulitnya dengan belakang chopper dan masukkan kembali dalam sup menggelegak tadi dan rebus lagi. 10 minit kemudian bolehlah padamkan api dan hidangkan lah dengan potongan 4 bergedil dan lain2 bahan accompany seperti yang disebutkan diatas. Tuang kuah yang panas (make sure kuah sentiasa panas) dan makanlah ngan berselera sekali

Lagi sumbangan dari KZ GMD - Mee Kari
Resepi ni kegemaran suami KZ. Jom kita cuba.

Mee kari

Bahan2 untuk kuah:
2 labu bawang putih
8 ulas bawang merah
4 tangkai serai
1 paket serbuk rempah (campur rempah daging & rempah ketam- dibancuh dengan sedikit air)
3 batang fish cake
300 gms tulang ayam
300 gms kerang dikopek
1 ekor ketam
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
tahu kering

Cara membuatnya:
1.Tumiskan bawang putih,bawang merah & serai yang telah digiling halus. Setelah kekuningan masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air
2.Kemudian masukkan ayam, fish cake & kerang. Biarkan sehingga kering airnya.
3.Masukkan santan cair & ketam. Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam dan tahu kering.

Bahan2 untuk sambal:
10 ulas bawang putih (digiling)
3 susu besar cili giling
cawan udang kering (rendam dan tumbuk)
sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan cili
2.Setelah cili garing masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus & biarkan seketika & masukkan dua tiga sudu air. Setelah masak diangkat.

Hidangan ini elok di makan dengan mee kuning yang dicelur, taugeh celur, telur rebus,bawang goreng serta daun bawang. Untuk menambah keenakan boleh ditambah dengan bahan2 segar yong tau fu (dicelur dulu) .




Kek lapis Asam Manis
Chetam dapat resepi ni dari Restoren Pak Amir. Dah cuba beberapa kali. Memang sedap dan mudah sebab kek ni tak payah dikukus, cuma dibakar dalam oven ajer. Cubalah.....gerenti tak menyesal...

Kek Lapis Asam Manis
10 biji merah telur
7 biji putih telur
3 sudu makan susu pekat manis
1 1/2 buku mentega
2 sudu besar esen vanilla
15 bungkus asam manis (spt duit syilling)
1 1/2 gelas gula caster
2 gelas tepung soda ( biskut soda di blend halus dan di ayak)
1 sudu besar quick 74 (ovallette)
Acuan segi empat bersaiz 8"x8"

1. Pukul putih telur hingga kembang
2. Pukul mentega dengan susu hingga putih
3. Pukul merah telur dengan gula hingga kembang
4. Masukkan esen vanilla dan ovalette
5. Gaulkan semua bahan-bahan di atas
6. Bahagikan kpd 3 bahagian - warnakan hijau, merah dan warna asal
7. Bakar selapis demi selapis berselang warna dengan api sebelah atas (grill) - suhu 150C . Apabila sampai ke warna asal, susunkan asam manis dan begitulah seterusnya hingga habis.
8. Setelah adunan habis, tukar api kepada pemanas atas bawah bakar selama 10 minit.

/* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf277e; font-weight: bold; } a:hover { color: #96095a; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway_rose/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_rose/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } #sidebar ul a { color: #e25984; } #sidebar ul a:hover { color: #b02c56; } #powered-by a img { border: none; } #blog-header h1 a { color: #feeef3; text-decoration: none; } #blog-header h1 a:hover { color: #d9b4c1; } h3.post-title a { color: #ba476b; text-decoration: none; } h3.post-title a:hover { color: #902245; } /* miscellaneous ----------------------------------------------- */ .post-photo { padding: 3px; border: 1px solid #ebbdcc; } .profile-img { display: inline; } .profile-img img { float: left; margin: 0 10px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebbdcc; } .profile-data strong { display: block; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; }

Puding Biskut Marie
Bahan-Bahan
500 gm biskut Marie (dipatah 2)
1 tin susu cair
5 biji telur ayam (dipukul)
3 sudu makan marjerin
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan gula

Cara
Sediakan kuali. Masukkan susu cair, gula dan serbuk koko. Hidupkan api, jangan terlalu kuat. Kacau sehingga rata. Bila mendidih sedikit, masukkan marjerin dan kemudiannya telur. Kacau rata, perlahankan api. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga keseluruhan biskut marie dilapisi coklat. Padamkan api. Masukkan biskut marie ke dalam bekas yang telah dilapik dengan kertas minyak. Tekan bahagian atas sehingga mampat dengan plastik atau senduk plastik. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Water ChestNut

1 kg sengkuang cina
botol pewarna merah
1 biji kelapa (ambil santannya) garam
300 gm air gula

Cara:
Sengkuang cina dibelah empat (potong dadu) kemudian direndam di dalam pewarna merah yang dicampur air selama satu jam. Kemudian sejat dan gaul bersama tepung. Kemudian diayak dan diambil sengkuang cina dan rebus di dalam air mendidih hingga timbul. Angkat sengkuang dan masak didalam air gula yang telah disediakan. Semasa hendak makan, masukkan santan dan ais.

Feedback dari Lyne:
"Sebaik-baiknya tepung ubi .Tak perlu sukatan... asalkan dapat seliputi buah water chessnat tu dan berkeadaan kering, ok lah tu... I pernah tanya org yg jual dessert ni kat Foodcourt kat office I. Tapi dia tak bagitahu detail ler.. rahsia perniagaan. Dia kata pakai tepung ubi, sebab tu bila kita makan terasa licin je disaluti tepung... lagi satukan, nak sedapkan lagi, sepertimana yg i pernah makan kat foodcourt tu, dia tambah nangka, hiris
kecil kecil. Ais tu pulak, bukan ais batu, tapi ais parut macam ais ABC tu... tapi kalau tak ade mesin nak buat ais parut, guna air batu pun boleh... ada tak para netters yg tahu macammana nak buat ais parut sendiri (kalau tak ada machine ABC)... harap sedia berkongsi...Thanks pada Noriza Shaharom kerana beri resepi kegemaran saya ni..."

/* links ----------------------------------------------- */ a { color: #bf277e; font-weight: bold; } a:hover { color: #96095a; } a.comment-link { /* ie5.0/win doesn't apply padding to inline elements, so we hide these two declarations from it */ background/* */:/**/url(http://www.blogblog.com/thisaway_rose/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } html>body a.comment-link { /* respecified, for ie5/mac's benefit */ background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_rose/icon_comment.gif) no-repeat 0 45%; padding-left: 14px; } #sidebar ul a { color: #e25984; } #sidebar ul a:hover { color: #b02c56; } #powered-by a img { border: none; } #blog-header h1 a { color: #feeef3; text-decoration: none; } #blog-header h1 a:hover { color: #d9b4c1; } h3.post-title a { color: #ba476b; text-decoration: none; } h3.post-title a:hover { color: #902245; } /* miscellaneous ----------------------------------------------- */ .post-photo { padding: 3px; border: 1px solid #ebbdcc; } .profile-img { display: inline; } .profile-img img { float: left; margin: 0 10px 5px 0; padding: 3px; border: 1px solid #ebbdcc; } .profile-data strong { display: block; } .clear { clear: both; line-height: 0; height: 0; }

BUTTERED EGG PRAWNS
=================

Bahan A :
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B :
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C :
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter

1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa :
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
=========

1.Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
2.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
3.Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
4.Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
5.Gaul rata bahan C. Ketepikan.
6.Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
7.Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
8.Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

Updated Info dari sorang ahli : "After suryeving a few restaurant in Seberang Jaya and Kulim there are a few Chinese restaurants yang mencampurkan telur goreng yang halus tu dengan nestum, masa goreng last sekali. Butter kena lebih sikit sebab nestume serap butter.

Kinda weird but Nestume when combined with butter taste very
differently. Rasa sekali memang bukan macam Nestume. Furthermore, telur goreng halus akan nampak banyak."



202.75.44.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005