Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 2hb Dzulkaedah 1435 @ 28hb Ogos 2014, 11:18:55 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Betol ke? : Suami rendah taraf akan susahkan bini
IRONMAN
Ahli Interaktif
1. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 2:22:21 ptg    [Edit]


Hemm...ni kisah dalam mingguan malaysia ruangan Dicelah-Celah Kehidupan....semalam 17 jan.

Petikan lebih kurang begini:

" kata ayah, saya (isteri) akan menghadapi masalah bila berumahtangga dengan orang (lelaki) yang rendah taraf pendidikannya. Mengikut pengalaman ayah, orang lelaki ni lain sikit, kalau dia tak boleh setaraf dengan isterinya, dia akan menyusahkan isterinya dalam menjalani kehidupan,

dia akan dikawal gerakan, persaudaraan, persahabatan dan lebih teruk lag iwang ringgit, dia (suami) akan kawal. Semua mesti serah pada dia (suami)".

Betolke?....ada sesapa kat sini yang suaminye "rendah taraf" dan benarkah perkara ini akan berlaku pada isteri (anda)? atau lebih tepat lagi KING CONTROL...

--------------
IRONMAN berehat panjang...kita jumpa lagi bila ada masa

219.92.36.:-)

pingu
Ahli Baru
2. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 3:25:25 ptg    [Edit]


sekadar memberi pendapat.

Ianya bergantung kepada mentaliti si suami.....

sekiranya suami tersebut sememangnya seorang yang bertanggungjawab, seorang yang benar2 faham akan tugas & tanggungjawab di dalam kehidupan dan juga faham tentang tuntutan agama....insyaAllah tiada sebarang masalah...bahkan akan menjadi lebih baik daripada mereka yang berkahwin dengan yang sama tarafnya.

akan tetapi.....


sekiranya si suami tu sebetolnya memang biol, bengong, pentingkan diri sendiri, tak ada pengetahuan agama, tak paham akan tanggungjawabnya.....maka si isteri akan terpaksalah menanggung "si biawak hidup" ni seumur hidup.maka banyaklah masalah akan timbul.........silap2 haribulan suami yang cenggini dapat menjatuhkan (downgrade) mertabat si isteri tak kiralah walaupun si isteri tersebt telah memenuhi 4 syarat yang telah ditetapkan oleh agama.

maka......

para isteri dan suami...tepuklah kepala ...tanyalah akal....

Sekadar merujuk kepada pengalaman sendiri

--------------
Aku adalah aku...

202.58.80.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
3. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 3:32:30 ptg    [Edit]
kalo ikut kesimpulan pingu.. maka tidak ada kena mengena antara status kewangan antara suami dan isteri dgn sikap tidak bertanggungjawab.. dua perkara berbeza..


dan kalo ikut statement mingguan malaysia tuh.. byk yg aku dengar vice versa.. bila lelaki kurengg dari isteri.. isteri yg control semua.. dan byk suami yg lepas tangan dlm byk hal.. king always in control.. tapi control bg org yg lepas tangan nih utk kepentingan sendiri sahaja bukan kepentingan rumahtangga..

wallahualam..

--------------
~;]usoP..

zabat69
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:06:45 ptg    [Edit]
Saya kurang setuju dengan pendapat siayah tu.Kalau sisuami tu dari awal lagi rendah taraf (drp isteri dari segi pangkat) patutnya dia lebih menginsafkan diri dan jauh sekali menjadi King Control.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.95.103.:-)

IRONMAN
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:25:21 ptg    [Edit]
bila king control, ini bermakna dia mengontrol semua hal hal rumahtangga ke ?.....atau lebih bersikap lepas tangan....atau harus setuju dengan setiap keputusannya tiada bantahan.....

mungkin jarang sekali bila sisuami "bertaraf rendah" dia akan kurang bertanggungjawab.....memang perkara ini berlaku di masyarakat kita.
byk perkara akan dibebankan kepada isteri....

mungkin juga kisah diMM tu sekadar permulaan kehidupan yg baru setahun jagung....melainkan sisuami tu berusaha untuk memajukan diri...
misalnya...berniaga kecil kecilan....

--------------
IRONMAN berehat panjang...kita jumpa lagi bila ada masa

219.92.36.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
6. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:33:19 ptg    [Edit]
Dlm islam pun ada sebut " sekufu"

Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. .

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
7. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:40:31 ptg    [Edit]
quote:
Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.


anak pompuan laa nih susah nak dilarang.. bila problem lepas nikah mulalah berlinang airmata depan pintu umah mak bapak.. bapak gak kena settlekan.. isk isk isk

--------------
~;]usoP..

PnAnn
PnAnn
Pengendali
8. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:49:43 ptg    [Edit]
Usop

Baik ko mulut ko...ko ada anak pompuan 3 orang.....sok-sok anak ko cegitu....

--------------
~PnAnn~

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
9. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:51:45 ptg    [Edit]
Ann..
wuih! ko janganlaa doa yg bukan2 lak.. itu mengikut observation aku zaman nih.. zaman anak2 aku esok insya-Allah.. nih kan tgh berusaha memperbaiki generasi nih.. ko tak baik Ann..

--------------
~;]usoP..

Liz_Dee
Ahli Interaktif
10. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:53:14 ptg    [Edit]
tau takutt pak usop.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
11. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 4:55:55 ptg    [Edit]
bukan takut lizz.. insya-Allah anak2 aku aku rotan tiap2 hari.. takut doa Ann terbalik kat anak2 dia.. tak ker haru.. silap2 isuk kalo kitorg berbesan tak ke pening pala memikirkannya.. makanya hati2 kalo ngomong..

--------------
~;]usoP..

Liz_Dee
Ahli Interaktif
12. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 5:01:41 ptg    [Edit]
usop, rotan tiap2 ari tak takut ke anak dara lari.. hehe

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
13. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 5:37:45 ptg    [Edit]
kalo lari aku ikat kat tiang rumah.. biar dia gila jgn aku yg gila.. heheh
nauzubillah.. cukuplaa kita mengarut utk hari ini..

--------------
~;]usoP..

ady1661
Ahli Interaktif
14. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 5:49:44 ptg    [Edit]
yup....nak ikutkan banyak hikmahnya sekufu yg dianjurkan dlm ISlam....

Tapi dulu Nabi Muhammad s.a.w pun tak sekufu dgn Siti Khadijah

Tapi kalau dah jodoh tak sekufu, apa nak buat... dah itu yg terbaik utk kita... jodoh ni kan ketentuan Allah, kalau kita berusaha utk menidakkan pun...ia tetap datang dengan izinNYA...jadi apalagas??? kawen laaa hehe...

Kalau kita berlandaskan agama insyaAllah masalah boleh diatasi...

* Mesej ini telah disunting oleh ady1661 pada 17hb Januari 2005, 5:51:01 ptg

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

IRONMAN
Ahli Interaktif
15. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 7:27:29 mlm    [Edit]
ucop...anak2 nko 3 pompuan...takde hero ke....hehehe

--------------
IRONMAN berehat panjang...kita jumpa lagi bila ada masa

210.186.38.:-)

ani7
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 8:30:56 mlm    [Edit]
Ironman

Saya tak boleh cakap semua lelaki lah tapi ex bf saya dulu dia cuma kerja driver aje tapi dia punya lah EGO tinggi mengada -ngada suka merendah kan perempuan . Saya pernah cakap awak ni ada attitude problem balik ajelah dengan janda awak itu tengok dia boleh tahan tak dengan perangai awak. Dalam akbar ada mengatakan70% orang lelaki kalau boleh nak isteri nya bodoh dan berpelajaran rendah takut intellecual mereka turun.

Saya tak boleh cakapa samada lelaki melayu atau cina tapi kebanyakkan lah ada yang tak kisah ini tengok macam mana perangai dia dah keadaan sekeling dia . Perempuan tak akan mengungkit melainkan suami ajak berperang mulut tapi kita kena tengok perangai masing masing.

165.21.154.:-)

gojira
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 8:33:48 mlm    [Edit]
Taraf itu ditentukan adakah dengan menilai pendapatan
suami dan isteri?

--------------
Abah Irah & Mamat...

219.94.45.:-)

putraselatan
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 8:35:01 mlm    [Edit]
Assalamualaikum w.b.t

gojira

sebenarnya hendak tanyakan juga soalan itu..


--------------
-| Suami Fazzlin | Ayah kepada Muhammad Amar Iskandar |-

202.190.116.:-)

ani7
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 9:08:36 mlm    [Edit]
gojira

Taraf itu ditentukan adakah dengan menilai pendapatan Dua dua $$ dan pangkat perkerjaan suami dan isteri

165.21.154.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 10:54:45 mlm    [Edit]
kalau takut di landa dan bantai tsunami....usah berumah dekat pantai....
pi buat atas gunung.....

60.48.183.:-)

putraselatan
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 10:56:37 pagi    [Edit]
Assalamualaikum w.b.t

ani7

bagaimana pula dengan taraf/tahap ilmu dia..
tidak kiralah ilmu agama ke, ilmu kekeluargaan ke..
tidak perlu diambil kira ke?..


--------------
-| Suami Fazzlin | Ayah kepada Muhammad Amar Iskandar |-

202.190.116.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
22. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 11:14:53 pagi    [Edit]
putra & gojira..
malangnya realiti hidup zaman materialistik skrg, jika hanya punya ilmu tapi tanpa wang, harta dan pangkat, kita bukan siapa2.. itu realiti.. selain dari yg melibatkan material maka itu tidak akan diambil kira utk menaikkan taraf hidup ko.. semua org mengejar wang, harta dan nama.. semua itu yg membuatkan kita jadi terlalu lekat dgn dunia.. tapi bagi org yg mempunyai taraf ilmu yg tinggi, dunia ini bukan apa2 pada mereka.. maka dia juga takkan heran atau risau kalo org merendah2kan diri mereka.. wallahualam..


ps:man besi..
adalaa sorg spiderman kat umah aku tuh..
kesian dia kena handle power puff girl..

--------------
~;]usoP..

putraselatan
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 12:04:32 tghari    [Edit]
Assalamualaikum w.b.t

pak usop

saya senyum sahaja baca ayat itu..
agaknyalah kan..

agaknyalah kan..
kalau orang itu banyak harta dan bukannya duit (banyak beza tu!!)..
tetapi dia senyapkan sahaja..
pun dikira tiada taraf..


--------------
-| Suami Fazzlin | Ayah kepada Muhammad Amar Iskandar |-

202.190.116.:-)

IRONMAN
Ahli Interaktif
24. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 2:18:12 ptg    [Edit]
skg ni kalau di peratikan taraf lebih diutamakan...samada hartabenda, wang ringgit......pelajaran juga jadi pokok utama....
org sekarang dah pandai demad..lebih lebih lagi kalau parents tu harta mengalahkan pemilik ferarri....

korang semua tahukan yang mas kawin paling tinggi ialah org kedah...apa pasal jadi gitu.....?..kerana "petak sawah"...betol ke?...itu yg aku dengo..
itulah yg dinamakan hartabenda....

taraf..pendidikan...berapa ramai perempuan yang nak kan suami dia "bengap".....dan brapa ramai bakal mertua yang sanggup terima bakal suami berpelajaran "bengap"....kena lak anak dia tamat U....takut bakal suami tak leh "pakai"...cuma sekadar nak perabih harta bini (wand dia la)...

mentaliti orang sekarang dah teradvance .....


ps: ucop....heheh....tebalik lak susuan nko dgn aku
1 powerpuff girl
3 man...superman..spiderman n batman.....aku ironman...penyelamat segala pecakaran

--------------
IRONMAN berehat panjang...kita jumpa lagi bila ada masa

203.106.69.:-)

avanza
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 3:49:34 ptg    [Edit]
quote:
Betolke?....ada sesapa kat sini yang suaminye "rendah taraf" dan benarkah perkara ini akan berlaku pada isteri (anda)? atau lebih tepat lagi KING CONTROL...


ini memang betul..dah tentu mereka tak berpelajaran..pemikiran tersangatlah cetek..apa yang mereka tahu hanya ingin menguasai tanpa memikirkan baik buruk nyer...bagi mereka bila dah berkuasa dah baguslah tu tak tahu orang sekeliling yang memerhati..mentertawakan dan mengeji jenis class apa suami sebegini...

--------------
~nak seribu daya..tak nak seribu dalih~

211.24.145.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
26. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 4:12:10 ptg    [Edit]
quote:
kalau orang itu banyak harta dan bukannya duit (banyak beza tu!!)..
tetapi dia senyapkan sahaja..
pun dikira tiada taraf..

putra..
begitulah resam dunia.. sebab itu aku kata org yg betul2 kaya dia tak heran bab taraf nih.. yg dok sibuk bab taraf nih org miskin ataupun rasa dah kaya.. sebab org kaya nih yg set standard.. org kaya tak malu masuk hotel lima bintang pakai kain pelikat tapi org miskin gie pasar malam pun nak kena pasang badan..

biar aku relatekan dgn citer 'king' aku yg dah luput tarikh tuh.. sebagai raja kita tak risau kalo tak dipuji dan dibelai.. kita tak kisah kalo kita yg kena buat ground work.. tapi org yg dibawah kita yg akan tersentuh hati dan berebut2 nak tolong bila nengok kita mencemar 'duli'..

bila dlm rumahtangga kita adalah raja.. maka kita tak kisah kalo isteri atau anak2 kita komplen macam2.. sebab itu mmg jobscope dia.. sama gak kalo kita rasa diorg tak amik kisah dan macam tak sayang kita.. tapi bila kita sebagai raja tunjukkan sedikit saja kasih sayang kita, maka anak isteri kita akan bertambah lebih lagi menunjukkan kasih sayang mereka kepada kita.. tak sempat kita nak basuh pinggan, baru nak angkat pinggan dah berebut anak isteri sambar..

sebagai raja kita tak heran kalo taraf pendidikan atau taraf hidup kita lebih rendah dari isteri.. sebab sekali kita jadi raja, maka kemana pun kita tercampak, aura kita akan tetap bersinar.. org akan sentiasa kenal kita sebagai raja..

kita harus kenal siapa diri kita.. apa pandangan org terhadap kita, terutama yg memperlekehkan kita, itu semua hanya seperti agas.. kita buat asap maka larilah semua tuh.. selagi kita tahu siapa diri kita, tidak perlu kita khuatir kalo org memandang rendah terhadap kita.. kerna taraf manusia yg tertinggi ialah yg hampir dengan-Nya..

ps:man besi..
power puff girl 3 org laa.. kalo sorg tuh catwoman..

--------------
~;]usoP..

tuanSENTANG
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 4:23:15 ptg    [Edit]
pada aku pelajaran rendah tak semestinya rendah mentelitinya....menteliti rendah tak semestinya sikap pon haprak...utk susahkan bini nihh lebih kepada sikap.....bukan menteliti..bukan drp kurangnya pelajaran....

192.55.6.:-)

MrsBayijahat
Ahli Setia
28. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 4:36:49 ptg    [Edit]


saya ada pengalaman nih.............dlm keluarga saya sendiri. saya takkan ceritakan secara detail tp cukuple saya katakan ada 2 suami yg tidak sekufu.

1. suami pertama - tidak sekufu dari segi kedudukan/ harta/ kerja - ego dan King Control spt ironman cerita sehingga menyusahkan isterinya balik

2. suami kedua - tidak sekufu dari segi kedudukan/ harta/ kerja dan pelajaran (beza 1 takak shj - ch. diploma & degree) - belum boleh dijangka tetapi tidak ego dan boleh bertoleransi

tidak boleh nak bezakan sekufu dari segi agama sbb tiada yg lebih tinggi (alim sgt dari isteri masing2) tetapi dari segi perlaksanaan mungkin, tetapi itu saya tidak berani komen w/pun saya percaya perlaksanaan dlm ibadat seharian juga penting dlm pembawaan diri seorg suami.

jadi, sbnrnya bergantung pd mentaliti dan pembawaan serta dasar 'sedar diri' suami/ isetri itu sendiri..........boleh jadi 3 kes dlm kes suami rendah taraf ni.

1. suami king control - tidak sedar diri tetapi isteri sedar diri sbg seorg isteri

2. suami pengikut - terlalu sedar diri dan isteri ambil kesempatan jd Queen C.
tutnye sbg seorg suami (spt mengawal pemakaian/ aurat isteri, pergaulan isteri dsb) dan isteri pun sedar diri sbg seorg isteri

so, tengokle yg mana...........yg menyusahkan isteri,

sekadar pendapat

219.93.8.:-)

MrsBayijahat
Ahli Setia
29. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 4:44:18 ptg    [Edit]
sorry......

terdelete yg ch ke3....

3. suami sedang2 - sedar diri ttp boleh jd King COntrol pd masa yg sama bila patut (spt menjaga aurat isterinya, pergaulan isterinya dsb) dan isteri juga sedar diri sbg seorg isteri (perlu patuh dan taat hal tertentu) pd masa sama tlg ringankan beban suami tanpa mengecilkan kemampuannya

sekian, wallahualam.

** setuju pendapat Pingu...sbb tgk pengalaman org.

219.93.8.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005