Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 23hb JamadilAkhir 1435 @ 24hb April 2014, 09:36:02 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh RUMAH : BELI RUMAH ATAU BELI TANAH
ummie_76
Ahli Setia
1. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 09:38:57 pagi    [Edit]


Ummie nak tanya sikit la, beli rumah siap dah atau beli tanah then buat rumah lagi baik? Kalau kita beli tanah then nak buat rumah camner procedure dia ek? Tolong la kasi pendapat anda semua sbb ummie tengah pening kepala ni.

Apa plak kelebihan kalau kita beli rumah siap/beli tanah dulu?

211.24.141.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 11:27:48 pagi    [Edit]
lebih baik beli tanah yg dah ada rumah.....
1 x kerja....
daripada beli tanah pastu buat rumah..... 2 x kerja...

60.48.182.:-)

roze
Ahli Baru
3. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 12:12:29 tghari    [Edit]
roze pun sama pdpt dng az
kalau beli tanah dulu ditakuti duit habis sebelum buat rumah
ttp kalau tanah tu murah mungkin boleh dipertimbangkan
kalau dekat kl mana nak dpt tanah murah kan

skrg ni roze & hubby dah menyimpan beberapa rumah dan tanah utk masa tua nanti
ttp dah dengar macam2 peristiwa ni takut jugak utk melabor dlm hartanah lagi dan rasa nak jual je mana yg dah dpt untung
so nasihat saya kalau nak beli rumah tu, eloklah beli yg 80% siap

* Mesej ini telah disunting oleh roze pada 17hb Januari 2005, 12:13:25 tghari

61.6.163.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
4. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 12:16:38 tghari    [Edit]
Beli tanah la dulu.
Tapi kalau kat KL ni.. ada ke tanah murah2 nak dijual utkku beli..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

iiapaii
Ahli Baru
5. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 3:29:11 ptg    [Edit]

dua2 ada baik & tak baiknya

Beli rumah siap
1. sudah tentu harganya lebih mahal dari kos pembinaan asal
2. rekabentuk rumah tersebut belum tentu sesuai dengan citarasa pembeli, & ni yg kekadang membuatkan pembeli terpaksa membuat pengubahsuaian... duit lagi.
3. kalau rumah tu baru, takde masalah, tp kalau rumah second hand, lagi lama risikonya lebih tinggi, sebab kekadang, sebelum jual, pemilik asal rumah akan membaiki mana2 yg rosak atau menampal mana2 bhg yg retak dsb. tapi lama2 bhg yg ditampal tu akan retak semula, sama jugak dgn komponen2 lain seperti struktur bumbung, paip, bingkai tingkap & pintu, dll. kalau nak baik pulih,,, duit lagi
4. yg bagusnya, rumah yg siap ni, memang dah siap, beli & terus tinggal (kalau rumah tu in good condition la)

Beli tanah & buat rumah baru
1. rumah yg dibina adalah mengikut citarasa & modal yg kita sanggup keluarkan, tidak melibatkan keuntungan bagi pihak ketiga (betul ke ayat ni?)
2. kita akan rasa lebih puas & selesa dengan rumah yg dibina tu sebab rekabentuknya mengikut kehendak & perancangan kita sendiri, sebab lagipun banyak duit kita mengalir ni
3. yg tak syoknya, proses nak buat rumah baru ni makan masa yg lama, nak tunggu kelulusan pelan je dah makan 4-5 bulan, baru boleh construct, makan time gak ni, pastu dah siap kene apply CF pulak

219.95.58.:-)

ummie_76
Ahli Setia
6. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 3:33:40 ptg    [Edit]
thanks az, liz, roze & iiapaii for pendapat u all. Tapi tu la kan, kat area2 kl tu mana ada tanah yang murah. Kalau murah pun sekangkang kera ada la. Buat rumah sendiri best sikit sbb boleh buat plan ikut kita sendiri. Betul ke kalau buat sendiri rumah for example budget RM100K pun dapat rumah besar berbanding beli rumah siap dah RM100K pun still rumah kecik je dapat.

211.24.141.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
7. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 3:34:03 ptg    [Edit]
Org kata.,. kalau ada tanah untung bila buat rumah sendiri... sbb rumah yg dah siap ni cthnya berharga RM300,000... sebenarnya kos dia cuma half, dan half lagi upah. so jimat byk kalau ada tanah dan buat sendiri..
Especially contractor yg kita kenal. betul ke?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

ani7
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 9:03:13 mlm    [Edit]
Ummie_76

Ada baiknya awak beli tanah dari rumah sebab kalau beli rumah belum tentu budget awak ada. Lain lah macam singapura ni kena beli rumah apa flat kata orang jb tinggal kat sangkar batu Dah memang pun tapi kalau saya nak retire saya nak beli rumah kat malaysia boleh bercucuk tanam itu pun kalau ada kemampuan lah . Duit yang lebih itu kena simpan mana tau dah tua tua nanti sakit .

Awak kena tengok kawasan mana awak nak beli tanah kalau kawasan pendalaman memang murah sebab susah nak masuk lagi lagi kalau tak ada kereta. Bas memang tak masuk langsung. Awak kena lah survey dulu kawasan mana dan negeri mana yang awak nak labur kan. Dah itu awak tengok budget awak nak buat rumah dan berapa lama pembinaan boleh dibuat. Tentang renovasi rumah itu mula mula itu jangan lah beli mahal mahal beli alah kadar aje simple renovation tak sampai $50,000 rm kalau kat singapura alahai nak cakap $30,000 jangan cakap ada kan contractor ketuk lebih ada sampai separuh jalan. Awak cari contractor berlesen dan pasti kan cangkaram awak tu jangan melebih dari harga yang awak kena bayar. Awak , suami atau ibu bapa awak kena rajin tengok pembinaan rumah jangan pulak tak tengok nanti di tipu nya awak hidup hidup.

Kat singapura ni dah banyak kes tipu kalau saya cerita alahai sampai esok pagi tak habis.

165.21.154.:-)

maizana
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 07:24:06 pagi    [Edit]
Kalau banyak duit.. beli tanah dulu.. pastu baru buat rumah.. kalau tak banyak duit.. beli rumah dan tanah sekali...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

60.48.83.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005