Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulkaedah 1435 @ 02hb September 2014, 02:34:14 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Baby : Ruam Susu
cocobutter
Ahli Baru
1. Dihantar pada 15hb Januari 2005, 6:57:31 ptg    [Edit]
A'kum..
Saya dah selamat bersalin anak kembar...dua2 boy...
Kat sini saya nak tanya..cemana nak ilangkan ruam susu kat muka baby?
Saya dah try letak calamine lotion tapi tak menjadi laarrr...
ader sesaper kat sini yg bleh tolong...?
sian tgk muka bay merah2
Tq

219.95.130.:-)

harsha
harsha
Pengendali
2. Dihantar pada 15hb Januari 2005, 7:20:42 mlm    [Edit]
pastikan kawasan sekitaran mulut sentiasa kering..
tiap kali lepas menyusu, ambil tuala kecil yg lembut dan lapkan muka baby. biarkan kering naturally.


--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

cocobutter
Ahli Baru
3. Dihantar pada 15hb Januari 2005, 8:08:01 mlm    [Edit]
Thanx Harsha...
Saya rasa itu adalah utk mencegah...cemana kalau muka baby dah penuh ngan ruam..???cara tu bleh ilangkan ruam keer??

thanx in advance

219.95.130.:-)

harsha
harsha
Pengendali
4. Dihantar pada 15hb Januari 2005, 9:01:07 mlm    [Edit]
belum cuba belum tahu kan.. lain orang lain tindakbalasnya. with my b a b i es, cara ni boleh hilangkannya..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

LeiLa04
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 15hb Januari 2005, 10:08:04 mlm    [Edit]
coco

jika ke klinik pun dokor beri cream sapu, tapi racun kalau termakan oleh anak...keluaran era edar ada Krim Skindis ~ amat mudah hilang ruam susu, ruam lampin dan lain lain, tidak bahya TIADA racun, jika anak termakan tiada mudarat...

cuma RM10.00 sahaja sebotol.

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

cocobutter
Ahli Baru
6. Dihantar pada 16hb Januari 2005, 4:26:25 ptg    [Edit]
Leila,
kat mana nak dapatkan krim skindis tuu??

219.95.44.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
7. Dihantar pada 16hb Januari 2005, 4:36:43 ptg    [Edit]
coco ~ cuba cari setengah farmasi ada jual...farmasi melayu selalu ada...kalau tak jumpa gak...leila bleh dicari kat PJ..kalau cuti SUbang...

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

nazz
Ahli Baru
8. Dihantar pada 16hb Januari 2005, 11:22:23 mlm    [Edit]
Kak nazz letak krim droplene (betul ke eja ni..) tapi masa gi klinik ada nurse bagitahu
sapu kulit pisang aje dah ok dah.. akak cuba gak ..alhamdulilah ok..

--------------
******

161.142.112.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
9. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 08:47:02 pagi    [Edit]
droplene tu kalau ruam lampin. consider racun kalau baby termasuk dlm mulut...bahaya..cari lah yg tak merbahaya utk anak...sakit tu bukan sekarang..akan datang...

take care..

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
10. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 09:43:36 pagi    [Edit]
calamine lotion lambat baik ...

saya poie beli kat farmasi jek.. emolet... ker emalet lotion ... lupa plak... .. 2 hari jek dah baik... RM11 ringgit lobih kurang ...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 09:47:06 pagi    [Edit]
cocobutter, anak aton pun ada kena ruam nie masa dia 2/3 bln..skrang dah nak masuk 8 bln dah....aton mintak krim kat my panel knilik..okler...tp krim nie panas skit, takleh nak buh byk sgt nan ti nampak kesan parutnyer..& lagi cam leila ckp racunler...bahaya utk baby..expecially baby yg dah pandai pegang2...

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

acen1010
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 10:40:53 pagi    [Edit]
Betul tu...

Kebanyakan krim mengandungi steroid yang membahayakan baby. Dielakkan utk penggunaan berterusan. Drapolene itself mengandungi zink oksida . Makanya tidak digalakkan utk menyapu dibahagian muka anak. Maklumlaa... bila kita menyusu, anakkan suka paling2 muka dia.. kena kat puting kanker bahaya bila masuk mulut. Ataupun kalau jenis yang suka gosok2 muka dan lepastu masukkan tangan dlm mulut nyonyot.

So, utk yang lebih baik masa menyusu lapikkan satu tuala dibawah mulut baby dan lap dengan air bersih selepas minum. InsyaAllahhh.... (ini utk prevention sake)... dan kalau nak letak lotion gak, sapu diwaktu malam..

192.91.75.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
13. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 11:46:08 pagi    [Edit]
yep.. masa anak saya kena ruam susu... tangan dia saya bedung ... atau masukkan tangan dia dalam seluar... kalo bedung dia jerit skek sbb lemas.. masukkan tgn dalam seluar kurang meronta skek.. tak ketat agaknyer... selalu sapu taim dia ala-ala nak tidooo so takde arr dia heboh nak gosok2 muka...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

cocobutter
Ahli Baru
14. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 2:19:34 ptg    [Edit]
coco pon ader pegi klinik...doktor bg ubat sapu..aper ntah nama dia..tapi bila sapu muka baby jadi merah...padahal coco sapu sikit jeeer...
skang ni mlm2 sblm tdo coco try lap muka dia ngan sapu tangan basah..so far muka dia cam dah kering skit..cam dah start nak menggelupas...
tu kira dah makin ok keeer??
ada org cakap ltak jel gamat..betul keer??

219.94.61.:-)

acen1010
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 2:29:04 ptg    [Edit]
cocobutter

Kalau nak letakkan jelly gamat pun ok gak. Macam saya letak gak pasal dia waterbased, tapi salunya letak waktu malam.. kurang risiko dia nak masuk2 mulut ke apa..

Kena banyakkan bersabar..


Jelly Gamat

192.94.94.:-)

gojira
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 17hb Januari 2005, 8:31:16 mlm    [Edit]
Masalah Ruam Susu

Petua2 dari Internet untuk dicuba...

disalin dari http://yanif.tripod.com/panduan.html
Ramas 2 helai daun sirih muda bersama sedikit air.
Tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelengkeng.
Campurkan kedua bahan tersebut, kemudian bancuh
bersama bedak sejuk.
Sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.


disalin dari http://www.geocities.com/kssupm/petua.html
Ambil segenggam daun letup, masukkan kedalam air suam
beserta sedikit ibu garam, ramas dan mandikan bayi dengan
air tersebut menggunakan daun tadi.
Lakukan setiap kali bayi dimandikan.


Selamat mencuba...

--------------
Abah Irah & Mamat...

219.94.45.:-)

cocobutter
Ahli Baru
17. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 10:23:31 pagi    [Edit]
Leila
saya duk PJ, kat mana farmasi tu??

219.94.119.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 11:21:18 pagi    [Edit]
coco

time saye dlm pantang dulu ada gak masalah camni..pipi baby naik ruam sebb kena susu badan.. patutnye lepas menyusu lap muka baby ngan towel kecil yg dicelup dgn air suam..suam skit jer.. tapi time tu 1st baby..tak berapa reti sangat.

petua yg saya dapat..
bersihkan pipi baby dengan towel basah..biarkan kering..sapukan bedak nyonya yg ketul tu (ada gambar nyonya opera kat bekas) sapu je kat pipi yg affected..2-3 hari ruam jadi keriing..pipi baby saya pun gebu jer..

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
19. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 1:27:24 tghari    [Edit]
coco ~ kalau dok PJ..call aje no HP leila tu..sepanjang waktu keje ada kat PJ, sebelah Balai Polis PJ, jln yoong shook lin....mai le dtg,...

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

RuBuNaSan
Ahli Baru
20. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 6:29:17 ptg    [Edit]
cocobutter,

pernah dengar ubat ruam susu tu susu ibu tu sendiri. Tak pernah cuba tapi kan selalu dari mana datang racun, penawar pun dari situ jugak. (macam lalat masuk air). Cubalah bubuh sikit tapi lepas tu kena basuh jugak dengan air.

Ruam susu tu sebab contact terlalu lama dgn susu tu kan. Tertidur masa menyusu ke?

210.186.38.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005