Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 20hb Syaaban 1431 @ 01hb Ogos 2010, 05:25:45 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Iklan & Niaga  
(Pengendali : Krew)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Aktiviti Wanita : Tempat Beraktiviti (Jahit, seni kraft, masak)
maizana
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 05hb Disember 2004, 9:17:16 mlm    [Edit]
TERBARU - JADUAL AKTIVITI

AKTIVITI PERTAMA - SMOCKING

Tarikh: 23 Januari 2005 - (Ahad)
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : B-401, Cemara Apartment, Kajang Utama, Kajang, Selangor.

Bahan-bahan yang perlu dibawa:
2 meter kain (plain - prefer jenis cotton), Pita ukur, pensil (pensil warna pun boleh), pembaris (pembaris jahit tu), Benang DMC (jenis cotton), jarum (No. 7 atau 8).

Bahan yang Kak Zana akan sediakan dan peserta bayar dengan Kak Zana
2 meter kain
Pleating (machine pleating).

Nota:
Kalau ada antara peserta yang rasa sukar nak mendapatkan bahan.. boleh beritahu Kak Zana awal-awal, Kak Zana akan sediakan.

Bayaran:
Hanya RM 10.00.


Apa yang anda akan pelajari disana nanti:
Kak Zana akan tunjukan bagaimana nak buat 'manual pleating' (atas kain yang anda bawa) dan boleh mulakan 'basic smocking' pada kain yang Kak Zana sediakan.


AKTIVITI KEDUA - ASAS JAHITAN

Tarikh: 29 Januari 2005 - (Sabtu)
Masa: 3.00 petang - 5.30 petang
Tempat : B-401, Cemara Apartment, Kajang Utama, Kajang, Selangor.

Bahan-bahan yang perlu dibawa:
2 meter kain putih (jenis cotton), Pita ukur, pensil (pensil warna pun boleh), pembaris (pembaris jahit tu), Benang putih.

Nota:
Kalau ada antara peserta yang rasa sukar nak mendapatkan bahan.. boleh beritahu Kak Zana awal-awal, Kak Zana akan sediakan.

Bayaran:
Hanya RM 10.00.


Apa yang anda akan pelajari disana nanti:
Kak Zana akan tunjukan bagaimana nak buat asas jahitan, termasuk jenis-jenis jahitan tangan, kelim, bagaimana nak memasang piping, zip, jahit pinggang kain dan sebagainya. (Ini adalah asas kepada yang langsung tak tahu nak menjahit sebelum anda pergi kepada paten pakaian)

Disana ada kemudahan kolam renang, kalau rasa-rasa husband nak ikut dan anak2 nak mandi dan husband boleh manage anak-anak, dipersilakan.

SESIAPA YANG NAK TURUT SERTA BOLEH BERI NAMA, PM ATAU SMS.

* Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 16hb Januari 2005, 07:08:32 pagi

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.17.:-)

ayyang
Ahli Baru
2. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 09:11:36 pagi    [Edit]
....

leh tak masukkan nama saya sekali...tersangatlah seronoknya...!!!

nah bunga...

--------------
SHYANG

202.133.106.:-)

laylyza
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 10:27:23 pagi    [Edit]
kak zana,

saya pun teringin nak joint, boleh ke?. sekarang ni anak saya dah tak jadi
masalah, sebab baby sitter sanggup nak jaga kalau ari minggu. itu yg
rasa sejuk hati sikit tu. emmm RM10.00 tu utk tenaga pengajar, makan2
kena bawak sendiri ke?. buat cam pot luck ker?. bukan apa tanya dulu, kang
tau la nak meng edjas nya.

--------------
pedulilah apa org nak kata... susah ke senang ke, sendiri yg tanggung kan?

211.24.181.:-)

dyana00
Ahli Baru
4. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 11:25:28 pagi    [Edit]
maizana,

jangan lupa masuk name i sekali nak join gak.

203.121.36.:-)

atizar_nim
Ahli Baru
5. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 11:33:34 pagi    [Edit]
nim pun nak join jugaks..
tapi harapnya jangankler selalu buat hari weekend sebab payah sikit.. hubby selalu ader plan... kalo hari sabtu bolehla join jugak..

202.185.40.:-)

saffiya
Ahli Baru
6. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 12:04:23 tghari    [Edit]


kak zana jgn lupakan ina tau..ina suka aktiviti macam ni...mesti best!...insyaallah ada masa pasti ina akan dtg..lagi pon kajang dekat lagi ngan nilai...

219.93.29.:-)

monica
Ahli Setia
7. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 12:33:22 tghari    [Edit]
saffiya & k. zana,

Saya nak try buat tart nenas, boleh bagi resepi???????? complete resepi dari buat jem samapi ker doh & cara gulung & cara sapu telur, last time pernah cuba, telur tu color dia pucat lesi, so x menarik & x sedap rasanya

218.208.18.:-)

salasi62
Ahli Baru
8. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 2:05:29 ptg    [Edit]
quote:

Insyallah bermula bulan Januari 2005...tempat di Kajang.

kak zana, kelas tu tiap-tiap minggu ke just one time only? bukan apa...saya
ni orang jauh. kalau agak-agak one time class tu bolehlah plan utk bercuti
sekali.

157.165.41.:-)

maizana
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 2:23:42 ptg    [Edit]
ayyang, laylyza, dyana, nim, ina ..

Memang dialu-alukan.

Laylyza,
Kirim salam dengan Fauzan. Bila dia nak belanja makan?

Nim,
Plannya memang nak buat hujung minggu..sebab I bekerja..so cuma weekend jerlah berkesempatan.

Monica,
Sedap ke tart yang Ina buat tu.. ..tak apa..nanti kita belajar sama-sama.

salasi62,
I cadang nak buat tiap2 minggu.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

saffiya
Ahli Baru
10. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 2:50:25 ptg    [Edit]
Monica,

kalau nak belajar buat tat tu seeloknya tanya pada sifoo kita kak zana. memang sedappp tat tu..nasib baiklah ada kak zana. ramai yg puji..sedap, lembut, sampai ada yg tempah. kak zana mmg pandai masak, tak kedekut ilmu lagi. semlm ina cuba puding triffles kak zana. hubby cakap sedap. ari ni bwk separuh kat opis bagi kawan2 rasa...ramai puji ..siap mintak resepi..sedappp...

tuk kak zana semoga ilmu yg dikongsi diberkati dan akan di ingat sampai bila2..
bunga tuk kak zana

219.93.29.:-)

Junior
Ahli Baru
11. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 3:05:47 ptg    [Edit]
Kak Zana

Ada buat class schedule ke? Minggu ni nak belajar apa, minggu depan nak buat apa...Kalau ada senang sikit nak buat perancangan...

Tak sabar nak tunggu kelas buat tart nenas kak Zana... dengar sana sini
orang cakap sedap....

--------------
Hidup tak selalu indah, hati tak selalu resah gelisah!!

202.47.162.:-)

laylyza
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 06hb Disember 2004, 3:59:52 ptg    [Edit]
kak zana,

kirim salam ngan fauzan?? hihihihi.. boleh apa salahnya. tapi dia sekrang tengah
sibuk buat audit la. jrg betul nampak muka dia kat opis. tunggu bila dia melekat
kat bangku dia tu, saya kirim la salam kak zana tu. emm dia belanja kak zana,
kak zana lak belanja saya tapi dlm bentuk ilmu la. saya teringin sgt nak gi kelas
yg kak zana anjurkan tu. best la kak zana ni rajin menolong org utk majukan
diri.

--------------
pedulilah apa org nak kata... susah ke senang ke, sendiri yg tanggung kan?

211.24.181.:-)

maizana
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 03:05:41 pagi    [Edit]
Junior

Insyallah..memang ada schedulenya nanti. Akan Kak Zana releasekan nanti. Sementara tu..nak tanya jugak sesiapa yang pandai buat kuih talam...jom lah sumbangkan ilmu tu kat sini.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.19.:-)

ashra
Ahli Interaktif
14. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 09:44:49 pagi    [Edit]
tadi cari resepi tat kak zana kat mdc lama..tapi tak jumpe..nak masok page 2 dah tak boleh..kenapa ntah..ash nak buat tat tu utk hantaran abg bertunang hmm kempunan la nak dpt resepi tu..ade sesapa ade resepi tat kak zana..sumbangkan lah yek..tq

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

203.78.194.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
15. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 10:15:54 pagi    [Edit]
Maizana
saya ada sijil buat kuih talam...aneka kuih talam...kalo sesiapa nak belajar boleh laaa..apa pun nengok pada schedule...coz jadual saya next year..padat dengan aktiviti lain...

--------------
~PnAnn~

jannah
Ahli Baru
16. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 10:37:13 pagi    [Edit]


Hmm kalo kat kajang tu dekat jer dgn rumah jannah... kak zana count me in yer.


219.93.97.:-)

salasi62
Ahli Baru
17. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 10:57:33 pagi    [Edit]
quote:

tadi cari resepi tat kak zana kat mdc lama..tapi tak jumpe..nak masok page 2 dah tak boleh..kenapa ntah..ash nak buat tat tu utk hantaran abg bertunang hmm kempunan la nak dpt resepi tu..ade sesapa ade resepi tat kak zana..sumbangkan lah yek..tq



Ini resepi Kuih Tart Bungkus kak Zana.

Bahan Pastri:

625g butter (pilih buttercup - lebihkurang 2-1/4 @ 2-1/2 buku yang 250g)
1kg tepung gandum
Bahan 1 - Gaulkan sebati hingga menjadi doh

4 biji kuning telur + 1 biji putih telur
Sedikit essen vanila dan pewarna kuning telur
sedikit garam
Bahan 2 - Satukan

Jem Nenas (seeloknya nenas yang diparut - so bila makan nanti ia macam bertali2 dan tak bersepai rapuh)

Cara Membuatnya:

Butter dibiar pada suhu bilik. Gaulkan butter bersama tepung gandum (Bahan 1) sehingga sebati. Satukan kuning telur, putih telur, essen vanila, garam dan pewarna kuning (Bahan 2). Setelah adunan butter dan tepung (Bahan 1)menjadi doh.. masukkan Bahan 2. Uli sehingga sebati.

Ambil sedikit doh, buat macam kita buat kuih buah melaka tu..., masukkan jem nenas kedalamnya. Bentukkan seperti nenas dan gunting atau sepit seperti nenas. Sebelum bakar..sapukan sedikit kuning telur yang dicampur dengan 2..3..titis pewarna kuning ke atas kuih tadi. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.

157.165.41.:-)

shaliana
Ahli Setia
18. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 1:09:01 tghari    [Edit]
sha dah try buat tart kak zana nie....sedap....
tapi kalau dpt tengok kak zana buat sendiri lagi best...
tapi tu laaaa......sha jauh di utara....
so, kwn2 yg dekat.... jgn lepaskan peluang nie....

--------------
hidup mesti berani

219.95.237.:-)

ashra
Ahli Interaktif
19. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 1:15:55 tghari    [Edit]
sal
thanxx yek

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

203.78.194.:-)

salasi62
Ahli Baru
20. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 1:40:19 tghari    [Edit]
ashra

no problem....kita kan kawan-kawan!

sya

itula.....sal pun teringin nak tengok dan belajar cara2 nya....mungkin satu
hari nanti kak zana boleh dtg ke utara ni utk mengajar member2 disini. kak zana...
amacam...set ke?

157.165.41.:-)

laylyza
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 07hb Disember 2004, 3:25:39 ptg    [Edit]
kak zana,

agak2 bila aktiviti yg pertama akan dijalankan?. tak sabar nih!!!!.

--------------
pedulilah apa org nak kata... susah ke senang ke, sendiri yg tanggung kan?

211.24.181.:-)

maizana
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 08hb Disember 2004, 6:19:53 ptg    [Edit]
PnAnn

Menarik tu... cuba slotkan satu weekend untuk PnAnn mengajar membuat kuih talam. I ni memang teringin sangat nak belajar, setakat ni cuma tau buat kuih kasui jer.. itupun ikut resepi Kak Hanieliza.

Pasal tart , sesiapa yang dah cuba buat ikut resepi yang Kak Zana bagikan..mesti dah tau rasanya..sebenarnya tak susah kannn...cuma nak dapat resepinya jer kadang2 jadi susah (sebab ada yang kedekut nak bagi resepi).

Insyallah nanti Kak Zana akan ajar. Kak Zana bercadang aktiviti pertama..adalah masakan dan aktiviti akan diadakan minggu pertama Januari.. (atau ada cadangan lain..memandangkan minggu tu sekolah baru dibuka). Jadualnya Kak Zana sedang susun... sekarang ni..sibuk dengan PTK.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.17.:-)

siti5184
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 09:26:58 pagi    [Edit]
kak. maizana,...sy berminat untuk seni kraftangan/gubahan dll....bila agaknya akan diadakan???...

--------------
tiada idea nak isi apa.....

219.93.21.:-)

ms_elyn
Ahli Baru
24. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 10:48:19 pagi    [Edit]
wah bestnya dah dapat resepi kuih tat... tapi nak tanya sikit.. tat bungkus tu kan.. boleh jadikan tat gulung tak...???

219.93.8.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 09hb Disember 2004, 10:54:19 pagi    [Edit]
kak zana

kalau boleh kan..boleh sediakan satu jadual lengkap spt tarikh sekian sekian aktivitinye sekian sekian..so boleh la orang pilih aktiviti mana yg dia minat. kalau ada permintaan mungkin boleh buat kelas ulangan.

sekadar cadangan jer.. tak sabar dah nak join ni...!

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

maklongeffy
Ahli Baru
26. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 12:09:33 tghari    [Edit]
kak zana,

nih maklongeffy yg call k.zana pasal triffles puding that day...
kita nak join sekali eh..

--------------
http://www.shuhaida.com/index.php?ref=effyzah

202.184.41.:-)

mscomet
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 2:22:20 ptg    [Edit]
kak zana:

masukkan nama saya sekali ek..............

--------------
nak joint revell? call 019-3316833

219.95.109.:-)

nurafieza
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 2:53:53 ptg    [Edit]
Waaaaa...kak zana dah buat kelas.....tart nenas kak zana tu memang behhhh......

ramai puji....eiza buat tart ni waktu hari raya ari tuh....tapi eiza tak bungkus...eiza buat macam tart gulung....malas nak bungkus..cuba gak membungkus dan menyepit...lelama rasa cam lambat lak...emmm aper lagi..masuk dlm acuan jer lah...jadikan tart gulung...

219.94.61.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 3:56:09 ptg    [Edit]
welkam untuk diri sendiri... hehhehehe...

segala yg dipelajari dalam kelas jahitan langsir lom pon diterai.. kes..kes...kes.. langsir raya pon takde, kunun dalam pantang nak buat.. omak den tak kasi menjaittt .. sompat buat sarung kerusi jek ..

ado maso.. ader resepi yg beh-beh leh JOinnn ...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

maizana
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 02:28:12 pagi    [Edit]
Terima Kasih atas respons kalian. Kalau nak ajak kawan2 lain..sila2kan lah juga.

Aktiviti ni akan diadakan pada setiap minggu.. sama ada hari Sabtu atau Ahad.. kalau govt. cuti hari sabtu.. kita buat hari Sabtu, kalau tak..buat hari Ahad. Masanya jam 11 - hingga 2 ptg. (or any suggestion).

Kak Zana tak mahir dalam semua bidang.. so kat sini kalau ada sesiapa yang expert dalam sesuatu tu (masak, jahit dan kraf).. bolehlah sumbangkan/kongsikan idea/ilmu.

Misalnya macam masakan... mungkin antara kita memang pandai buat kek keju... so diharapkan dapatlah menampilkan diri. Begitu juga dengan jahitan dan kraf.

Kak Zana hanya mampu sediakan tempat dan menyumbang ilmu sekadar termampu. Misalnya untuk memasak... dapur Kak zana complete dengan microwave, food processor, kukus dan sebagainya.

Begitu juga untuk jahitan.. I dah lengkapkan dengan berberapa buah mesin jahit lurus dan jahit tepi dan meja kerja, cuma menunggu orang yang nak mengajar jer...

Kemahiran Kak Zana hanya pada.. smocking, langsir, sedikit tentang kraf dan memasak.. hanya 1..2.. jenis jer. Teringin jugak nak belajar nasi beryani gam.. atau popia basah.. atau kek keju ke..

Maka aktiviti buat masa ni yang terfikir... minggu pertama.. Aktiviti Memasak, ke dua, jahitan dan ketiga kraf.. kalau minat nak belajar solek pun..Kak Zana boleh ajarkan.. tapi make up mesti Artistry ler...

Ada sesiapa yang volunteer nak sumbangkan ilmu.. boleh call Kak Zana..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.65.:-)

maizana
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 31hb Disember 2004, 2:40:34 ptg    [Edit]
New update...

Insyallah Aktiviti akan dimulakan bulan Januari ni... tengah buat persiapan dan mencari tenaga pengajar yang sudi volunteer.. esp. bab-bab memasak.

Kak Zana bagi tengok hasil kerjatangan yang telah siap... tote bag and pouch guna ribbon embroidery... yang ni nanti akan masuk dalam aktiviti.. dan hasil kerja tangan ni..boleh dipasarkan melalui Pengajarnya nanti...










--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 02hb Januari 2005, 9:54:55 mlm    [Edit]
syoknya..kalaulah berada di M'sia boleh gak join ni..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

chetam
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 11:05:36 pagi    [Edit]


Kak Zana......chetam nak join. Sori lambat reply topik ni sebab chetam tak berapa pasti sama ada dapat join atau tidak. Tapi kalau chetam bawa baby boleh tak? Maklumlah, bila weekend, buya pulak nak rest sebab weekdays dia dah jaga.

Hopefully ahli yang lain tak keberatan.

--------------
Produk Revell? http://chetam.blogspot.com/

203.121.87.:-)

noerall
Ahli Setia
34. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 11:46:02 pagi    [Edit]

noe nak join gak... tapi yg jahit menjahit je la. Bab masak2 nih... den lomah sikit... kureng berminat.

--------------
okk aaaaaloh! guuuuuaaanooo gitu??

202.184.38.:-)

sribayu
Ahli Baru
35. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 12:09:25 tghari    [Edit]
,

noe...sama lah kita....Sri pun nak join gak...tp utk yg menjahit nyer program......bab masak2 nie....kalu masak lauk...Sri minat lah jugak....

203.106.140.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 12:40:09 tghari    [Edit]
kak zana : kalau dah dpat cikgu tu bagi tau lah kitaorang kat sini..kalau boleh bagi jadual sekali..nah atas usaha murni kak zana

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

laylyza
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 4:15:28 ptg    [Edit]
wow! kak zana cantiknya beg tu!!!. sulamannya jahit sendiri ker?
cantik giler la.... bekenan sgt la. cepatlah kak zana, dah bulan january
dah ni, bila kelas pertama akan diadakan?.

--------------
pedulilah apa org nak kata... susah ke senang ke, sendiri yg tanggung kan?

211.24.181.:-)

siti5184
Ahli Aktif
38. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 4:27:48 ptg    [Edit]
teringin nak duk KL bleh joint byk aktiviti...rindunyaaaaa .....

..buat member MDC yg joint prog. ka zana tu,, buat betui2x,,..

--------------
tiada idea nak isi apa.....

219.93.21.:-)

maizana
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 8:40:41 mlm    [Edit]
Noormasri
Tak apa.. balik Malaysia nanti boleh joint.

Chetam
Boleh jer... yang pentingnya chetam sendiri..rasa2 boleh handle tak..

noerall, sribayu
Kak Zana bab-bab memasak... bolehlah.. tapi masak biasa jer, masak kek tak tau sangat (tapi roti bun tu ok...boleh buat macam kat kedai roti tu)... dan yang paling sedih tu..tak tau buat kuih koci (husband pun pelik).

fadzreen
Insyallah minggu depan..Kak Zana bagi jadual dia... husband Kak Zana pun dah tanya..bila nak mula...

laylyza
Sulaman tu memang hasil kerja tangan... Isnyallah kalau dah tau..mesti boleh buat..

siti5184

Sian kat siti... kalau kat o'seas.. macam kat UK/ US.. memang ada belajar jahit secara online.... memang best, explaination dia very clear..kat Malaysia ni tak ada lagi lah...at least kalau ada video pun ok dah...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

60.48.223.:-)

chetam
Ahli Aktif
40. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:41:35 pagi    [Edit]
InsyaAllah kak zana.......tak dapat buat tapi dapat tengok pun jadilah..... kalau tak bawa baby, sampai bila2 pun tak boleh pi belajar. Kelas Puan Ann pun sempat masuk sekali jer. Lepas tu bila nak join, mula la suami kata fikir diri sendiri. Tak kesian kat anak.............hehehehe........ almaklumlah, time anak bermesra ngan chetam cuma pada hujung minggu.........masa hari bekerja...........chetam pi keje, dia masih tidur, chetam sampai umah, dia dah masuk tidur.

--------------
Produk Revell? http://chetam.blogspot.com/

203.121.87.:-)

Adinra
Ahli Baru
41. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 1:34:29 tghari    [Edit]
,

Ha K.Zana... saya pu interested nak belajar gak...tapi yg jahit menjahit le yer..

Teringin nak belajar ribbon embroidery. Dekat Quilt Gallery..dia ajar RM200 tapi itu rege tahun lepaih waktu promotion. Tahun ni tak tau la plak berapa dia charge. Tpi owner dia very the friendly sgt!!

--------------
If there's a will, there's a way!

211.24.129.:-)

maizana
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 10:27:14 mlm    [Edit]
quote:
Dekat Quilt Gallery..dia ajar RM200 tapi itu rege tahun lepaih waktu promotion. Tahun ni tak tau la plak berapa dia charge. Tpi owner dia very the friendly sgt!!


Ya lah.. Kak Zana pun pernah jumpa Gill tu.. kat sana patchwork dia bernilai ribuan ringgit... dan barang2nya boleh tahan mahal.. kalau belajar kat sana..barang2 pun kena beli dari sana. Kak Zana kalau g sana mesti nak beli cotton dia tu..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

60.48.80.:-)

Qiena
Ahli Aktif
43. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 08:45:22 pagi    [Edit]
nanT kalo ada nk buat bengkel jahit langsir,
leh la inform ek...
saya nk join la..

--------------
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu..

61.6.163.:-)

KakZa
Ahli Baru
44. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 08:56:00 pagi    [Edit]

Maizana
Wah bila ternampak saja ribbon embroidery Zana tu langsung KakZa berminat nak join. Masih boleh lagi ke?. Nak juga tahu berapa agaknya kos nak belajar nanti. Bukannya apa kalau dah tahu kosnya bolehlah ketepikan duit sedikit - maklumlah. Pls put my name in tau.... tidak nanti KakZa . Anyway tahniah to Maizana for organizing activities like these, nak ambik bunga semoga berjaya.

203.121.30.:-)

harsha
harsha
Pengendali
45. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 08:57:38 pagi    [Edit]
kak za, pi ler beli ribbon embroidery starter kit masa datang sini nanti.. ada jual kat nun tu haa..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

KakZa
Ahli Baru
46. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 09:23:02 pagi    [Edit]

Oh ya ka Sha, beli aje nanti tak tahu nak begakan. Depa ada ajar ke sekali Lebihkurang berapa kosnya?. Harus KakZa turun nanti.

203.121.30.:-)

harsha
harsha
Pengendali
47. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 09:41:23 pagi    [Edit]
hehhee.. kak za practise dulu sebelum mintak zana ajar ler.. dalam sgd 15 kot gitu untuk dibuat frame rasanya..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

siti5184
Ahli Aktif
48. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 11:56:46 pagi    [Edit]
kak zana, sy ni jenis tangan keras skit, nak jahit secara online gerenti tak pandai...
so far bila rancangan akak teratur utk 2005, blehlah war3kan...mana tau klu kebetulan ke KL bleh joint ajer...

--------------
tiada idea nak isi apa.....

219.93.21.:-)

maizana
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 2:54:51 ptg    [Edit]
Antara aktiviti yang akan Kak Zana anjurkan berkaitan dengan kraf adalah;

1. Needlecraft (smocking, quilting)
2. Basic Sewing - jahitan baju
3. Masakan
4. Solekan

Aktiviti akan diadakan setiap hujung minggu... so siapa yang nak joint boleh bagi nama kat Kak Zana. Dari segi bayaran..cuma RM 10 setiap datang aktiviti.. ini adalah untuk saguhati kepada guru yang mengajar. Sesiapa yang nak mulakan kerjaya dari rumah amat dialu-alukan. Misalnya Kak Zana akan mengambil jahitan smocking yang telah siap untuk dipasarkan. Begitu juga..misalnya sesiapa yang berkebolehan menyiapkan kuih-muih atau masakan yang berkualiti dan sedap.. akan dipasarkan nama anda dikalangan kawan-kawan untuk mendapat tempahan.

Alatan menjahit seperti mesin akan disediakan (setakat ni..cuma ada 3 mesin jahit lurus dan 2 jahit tepi). Alatan memasak semuanya lengkap.

Maka Kak Zana nak tau.. siapa yang suka apa... maksudnya tak semua orang nak joint aktiviti masak.. dan tak semua nak join aktiviti jahit.. Kalau boleh.. siapa nak turut sera.. sila beri nama dan.. jenis aktiviti yang nak disertai..nanti Kak Zana senang nak merancang tarikh dan kelas

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

KakZa
Ahli Baru
50. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 3:14:06 ptg    [Edit]

Maizana
Bagaimana KakZa nak bagi nama - adakah melalui topik ini atau menalipon.
TQ. Minat dalam masakan dan basic jahitan.

203.121.30.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005