Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 28hb Dzulhijjah 1435 @ 23hb Oktober 2014, 10:23:51 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh KERABU : Sayur Pembuka Selera
hanieliza
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 10:52:24 pagi    [Edit]
Tentu dah jemu dengan masakan sayur saperti goreng..sup...mask lemak..
kerabu adalah pilihan yg sedap dan boleh menambah selera...

KERABU TAUGEH atau PUCUK PAKU

bahan
300 gm perut lembu (perut yang tebal seperti tuala)
2 sm halia
500 gm taugeh
1 labu bawang besar
2 s/b kerisik
1 cawan kelapa digiling
3 biji cili merah
Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
1 labu bawang besar[mayang]
Asam limau
garam & gulasecukup rasa
Belacan sebesar ibu jari

Cara membuat
1. Perut hendaklah direbus dgn halia dan garam sehingga lembut.
2. Kemudian dipotong kecil.
3. Cili dan belacan ditumbuk halus untuk dibuat sambal.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal, kerisik.
5. Gaulkan sekali perut lembu, taugeh, garam, gula dan asam limau.
6. Hidangkan dlam pinggan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 10:57:22 pagi    [Edit]
KERABU NANGKA

bahan
Nangka muda secukupnya
3 ulas bawang merah [mayang]
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 sudu besar ikan bilis atau udang kering (ditumbuk lumat)
1 sudu besar air asam limau nipis/kasturi
1 cawan santan pekat.
garam

Cara membuat
1. Nangka dibersihkan dan potong kecil dan nipis.
2. Panaskan air dan garam dan rebus nangka sehingga lembut.
3. Angkat dan toskan nangka.
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam bersama ikan bilis atau udang kering.
5. Masukkan nangka ke dalam mangkuk besar dan campurkan bahan tumbuk, lada hitam, air limau dan sedikit santan.
6. Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 11:12:17 pagi    [Edit]
KERABU TERUNG

bahan
4 biji terung panjang..potong kecil....celur/rebus/bakar dan buangkan kulitnya
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah........]
1 biji cili merah...................] mayang halus

3 biji cili merah ]
sket belacan ]
2 biji cili api ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam ]
garam

Cara membuat
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
Hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

nilam72a
Ahli Setia
4. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 11:24:57 pagi    [Edit]
Malam tadi baru je buat kerabu taugeh.... Lain sikit ngan kak Liza nye...

Bahan-bahan yg saya gunakan...
Taugeh (dicelur kejap)

belacan, serai, udang kering, cili merah, cili padi, halia (ditumbuk lumat)

gaulkan dengan taugeh tadi, tambah sedikit kerisik, air asam jawa dan garam secukup rasa.

goreng ikan bilis garing...tabur atas kerabu taugeh tadi. Nak makan baru tabur, kalau tak, nanti ikan bilis tu dah tak rasa crispy, dia jadi lemau.....kureng...sedaplah gitu....

202.146.65.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 11:32:50 pagi    [Edit]
KERABU TUNA

bahan
120 gm tuna dalam air [hancurkan]
120 gm carrot
120 bunga kobis/kobis biasa
1 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
2 biji cili merah [cincang]
garam


Cara membuat
1. Sayur dipotong kecil dan halus dan kukuskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan roti fiber atau ratah saja

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 11:43:42 pagi    [Edit]
JELATAH atau KERABU NENAS

bahan
1 biji nenas muda
2 biji timun
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan kacang tanah goreng [tumbuk ]
gula
garam


bahan tumbuk/mesin kasar
5 tangkai cili merah
2 s/b udang kering
2 ulas bawang merah
1 cm belacan

cara
1. Nenas dan timun dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama sedikit garam
3. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan kemudian hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

dowry
Ahli Baru
7. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:22:34 tghari    [Edit]
Kak lieza semalam kita beli majalah saji ..ada satu resepi kerabu daum selum + daun kesum + paru...sedapnye....

tapi majalah ni kadang bagi resepi macam tak confident je nak buat..cthnye kepek bawang resepi tu simple sangat sdgkan buat kepek bawang tu kena ada dua adunan bertindih pas tu gulung pas tu baru di canai jadi kepek..dia bagi cam tak kena je..jadi kita tak percaya yg resepi lain pun betul malas nak try takut tak jadi.

192.228.129.:-)

eyzlyn
Pengendali
8. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:25:05 tghari    [Edit]
quote:
KERABU TUNA

bahan
120 gm tuna dalam air [hancurkan]
120 gm carrot
120 bunga kobis/kobis biasa
1 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
2 biji cili merah [cincang]
garam


Cara membuat
1. Sayur dipotong kecil dan halus dan kukuskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan roti fiber atau ratah saja



kak liza, sayur kalau nak masuk microwave boleh tak? susah nak cari pengukus la..

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

hanieliza
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:30:02 tghari    [Edit]
KERABU DAUN SELOM DAN ULAM RAJA

Bahan
1 ikat daun selom
1 ikat daun ulam raja
2 labu bawang besar
[semua ni dibersihkan dan dimayang halus]

5 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit belacan
udang kering
[semuanya ditumbuk halus]

1 cawan kelapa parut [muda]
air asam limau nipis
gula dan garam secukupnya

Cara:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar
dan rasakan masin dan manisnya.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:30:55 tghari    [Edit]
KERABU BELIMBING

Bahan-Bahan:
buah belimbing buluh..ikut suka...lagi banyak lagi masam..
2 biji bawang besar ] dimayang
1 pokok daun bawang ]
1/2 cawan pati santan
udang kering ]
1 inci belacan ] ditumbuk
2 biji cili merah ]
5 biji ciliapi ]
Sedikit garam
secubit gula..untuk seimbangkan masam buah belimbing

Cara:
1. Belimbing dihiriskan kecil dan dibasuh dengan sedikit air garam
kemudian ditoskan.
2. Gaulkan semua bahan-bahan dedalam sebuah mangkuk.
3. Tuangkan santan dan gaul rata-rata.
4. Rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan ikan bakar...nyum..nyummm

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:32:08 tghari    [Edit]


KERABU TIMUN BERSANTAN

Bahan:
400 gm timun.....buang tengah dan hiris nipis
50 gm udang kering... ]
3 biji cili merah............]tumbuk
5 ulas bawang kecil....mayang
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara:
Gaul rata semua bahan dan hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:33:16 tghari    [Edit]
KERABU PEGAGA

bahan
pegaga...rendamkan supaya bahan lain akan terasing..pastu hiriskan halus
kelapa parut ...............]
ikan bilis/udang kering....]
sambal belacan.............]. ditumbuk
bawang merah ............].
sikit lada hitam..............]
garam..gula

cara
Tumiskan sket bahan yg ditumbuk sehingga agak garing.
Masukkan pegaga dan tutup api...jgn sampai layu sangat.
Angkat dan hidangkan.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 11hb Januari 2005, 12:42:44 tghari

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:35:15 tghari    [Edit]


URAP

Bahan
1 btg lobak merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [mayang halus]
200 gm taugeh [bersihkan kakinya & celurkan]
500 gm kerang [rebus dan ambil isinya]

Bahan Sambal
5 biji cili merah
5 biji cili padi
5 ulas bawang kecil
1/2 biji kelapa parut [goreng sikit]
3 biji limau nipis [ambil airr]
gula
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dalam magkuk.
2. Masukkan air limau.gula dan garam.
3. Masukkan isi kerang dan gaul rata.
4. Hidangkan bersama nasi putih.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 11hb Januari 2005, 12:43:25 tghari

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:36:28 tghari    [Edit]


KERABU PERUT

Bahan-Bahan:
10 tangkai kacang panjang(dipotong kecil/pendek2])
1 mangkuk tauge [bersihkan kakinya]
500 gm perut lembu[rebus sehingga lembut & hiris ]
biji kelapa(buat kerisik)
3 batang serai [mayang halus]
2 labu bawang besar[mayang]
1/2 cawan santan pekat
2 biji limau nipis [ambil air saja]
garam
gula


bahan tumbuk
2 s/b udang kering
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah

Cara:
1. Perut lembu dibersihkan, direbus & dipotong memanjang & kecil-kecil.
2. Taugeh dan kacang panjang dicelur lembut.
3. Bawang putih & merah, serai, udang kering & cili padi ditumbuk hingga halus.
4. Campurkan semua bahan yang telah ditumbuk dengan kerisik.
5. Masukkan perut lembu, bawang besar, kacang panjang & tauge.
6. Perahkan limau nipis, tambahkan garam & gula, gaul hingga kesemua bahan sama rata.
7. Hidangkan bersama nasi putih.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 11hb Januari 2005, 12:43:56 tghari

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:38:00 tghari    [Edit]


PECAL atau ROJAK SAYUR

Bahan-bahan Sayur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat pucuk paku
200 gm taugeh [buang kaki]
200 gm kacang panjang
200 gm kangkung
[semua sayur ini direbus lembut]

1 biji timun
2 kpg tahu (digoreng)
1 kpg tempe (digoreng)
1 biji sengkuang [saiz kecil]

Bahan-bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah [goreng tanpa minyak]
2 cm belacan
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
5 biji cili api
[semua bahan ini digoreng dgn minyak sikit dan blend ]

air asam jawa
gula & garam

Cara-cara
1. Buangkan kulit kacang dan mesinkan [kasar].
2. Bancuhkan bahan yg digoreng dgn minyak dan blend tadi dengan air asam jawa dan garan & gula. Rasakan manis n masinnya.
3. Masukkan kedalam mangkuk besar.
4. Bahan sayur tadi dihidangkan dalam pinggan besar.
5. Bila nak makan barulah gaul dan hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:40:50 tghari    [Edit]
KERABU JANTUNG PISANG

bahan
1 biji jantung pisang[rebus sehingga lembut........hiris]
250 gm perut lembu[rebus sehingga lembut..hiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya

1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah..................]
cili api & cili merah.....]
sedikit belacan
garam
gula

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:44:48 tghari    [Edit]
lyn..
boleh saja sayur tu masuk m/wave tapi jngan lama sangat atau lembek sangat..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 10:01:45 mlm    [Edit]


SALAD ORIENTAL

bahan

Tomato
Salad bulat
Nenas
Timun
Bawang besar
Cili Besar Hijau dan Merah

1 cawan mayonis
cawan susu segar
1 s/b air limau nipis

cara
1. Semua sayur dipotong nipis.
2. Gaulkan mayonis dan susu dan air limau nipis.
3. Gaulkan dengan bahan sayur dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam.
4. Hidangkan bersama ayam bakar.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

nilam72a
Ahli Setia
19. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 10:49:48 pagi    [Edit]
kerabu mangga ada tak....?

202.146.65.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 11:41:20 pagi    [Edit]
nilam...



KERABU MANGGA

bahan2:

1 biji mangga
7 biji ciliapi...kalau nak pedas boleh tambah
2 biji cili merah
5ulas bawang merah
2 s/b udang kering
1/2 cawan kacang tanah [goreng dn tumbuk kasar]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
gula and garam secukup rasa
2 s/b jus limau kasturi


cara
1. Mangga dicincang sehingga halus.
2. Bawang dimayang/cili dipotong nipis
3. Gaulkan semua bahan tadi.
4. Masukkan sos nampla/ikan, garam dan gula secukup rasa..
5. Perahkan limau nipis dan taburkan kacah tanah.
6. Hidangkan ngan ikan goreng dan nasi putih.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

nilam72a
Ahli Setia
21. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 11:59:16 pagi    [Edit]
akak.....tertelan air liur saya dibuatnye...... balik kang mesti buatnye...saya tanya ni pun sbb kat rumah ada mangga....

akak....dalam gambar tu, apa yg kat atas kerabu tu.... macam sambal sotong je...? telan air liur lagi........

202.146.65.:-)

nafizah
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 12:08:57 tghari    [Edit]
kak lieza ..
sedapnya salad tu.. saya bukannya suka sgt sayur2 ni, tp salad tu mmg terliur rasanya.. kerabu pulak mmg saya x gemar, ntah kenapa.. saya x pernah rasa pun, nak buat sendiri apatah lg.. tp saya ada 1 jenis kerabu utk di'share'kan...

utk peminat2 kerabu sekelian...

Kerabu Rambutan

BAHAN-BAHAN

1 Mangkuk Rambutan (dibuang biji)
Mangkuk Tauhu (dihiris)
Mangkuk Udang
Mangkuk Timun (dihiris)
2 Sudu Daun Parsli Cina
2 Sudu Daun Bawang
1 Biji Tomato (dihiris)
1 Batang Lobak Merah
1 Sudu Kecil Cili
1 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Jus Limau Nipis
1 Sudu Besar Nampla (sos ikan)
1 Sudu Besar Cili Hijau


CARA MEMBUAT

1. Gaulkan gula, jus limau nipis, sos ikan dan cili hijau yang telah dikisar.
2. Masukkan rambutan, tauhu goreng, timun yang telah dipotong serta udang ke dalam mangkuk.
3. Campurkan kesemua campuran tersebut di dalam satu mangkuk.
4. Sedia dihidang.


--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.4.:-)

nafizah
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 12:11:06 tghari    [Edit]
1 lg...

terlupa nak paste td...

Kerabu Seafood

BAHAN-BAHAN

40gm Sotong
30gm Udang
40gm Kepah
30gm Cili Merah (dipotong kecil)
10gm Bawang Putih (dipotong halus)
45gm Nampla (sos ikan)
45gm Jus Limau Nipis
15gm Gula
10gm Serai
1 Helai Daun Limau Purut
30gm Daun Bawang
10gm Bawang Besar (dipotong Bulat)
20gb Lobak Merah
5gm Daun Pudina

CARA MEMBUAT

1. Rebuskan semua makanan laut.
2. Campurkan cili merah,bawang putih,nampla (sos ikan),jus limau nipis,gula,serai, daun limau purut,daun bawang,bawang besar yang dipotong bulat,lobak merah dan daun pudina.
3. Apabila kesemua siap dicampur masukkan pula kesemua makanan laut yang telah direbus.



yg ni saya pernah makan, mmg sodap!!!

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.4.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
24. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 12:45:09 tghari    [Edit]
lapor perut tengok resepi kerabu.............memang paling suka!!

tak yah nasi pun ok.........bedal satu pinggan!!

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.180.:-)

udasri
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 1:19:54 tghari    [Edit]
Uda anak beranak suka sangat kerabu pucuk paku. MIL ngan anak-anak dia pun suka. Sekali buat sampai 2 biji kelapa. Sambal dia boleh simpan lama. Bila nak baru gaulkan dan taruh asam limau. Besstttttttttt

--------------
..belum ada satu hari pun berlalu tanpa aku mengingatimu.

219.93.8.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 1:29:55 tghari    [Edit]
nilam...
kak liza rasa yg atas kerabu tu adalah udang kering..

nafizah..

kak liza cukup suka salad tu..
anak2 kak liza kalau buat tu sure banyak makan ayam bakar atau ayam goreng..
depa panggil salad kenny rodgers sebab mulanya depa makan kat situ..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 3:06:29 ptg    [Edit]
Kerabu oh kerabu..memang feveret ni..Sejak kecik lagi...Dulu dok kg tepi sawah.banyak sgt pokok "Paku Rawan" tak pun pokok "semeling/kemeling "
yg tumbuh dlm air..Sedap tu buat kerabu lagi satu kerabu pucuk jangus( gajus) letak udang kepal..fuh terangkat..sedap sgt!!

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.25.:-)

zurina77
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 4:10:40 ptg    [Edit]
Ni tajuk kerabu tapi kak liza tulis sayur pembuka selera..

Kira ok la kot apa yg saya nak minta ni..

Saya nak tanya resepi sayur campur..
Nampak simple je tapi sedap..
Saya tak pandai buat..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

akma22
Ahli Setia
29. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 4:23:13 ptg    [Edit]
kak hanieliza...

suami akma suka makan coslaw...akak ada resepi tak? coslaw yang ala ala kfc punye...tima kasih...

60.48.146.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 5:47:54 ptg    [Edit]
zurina...
sayur campur tu pun sejenis masakan sayur untuk pembuka selera jugak...
kak liza memang selalu buat sebab nak bagi anak2 makan sayuran ni..
so kena kreatif jugak..
campurkan warna warni sayuran tu..

SAYUR CAMPUR GORENG

Bahan-Bahan:

100 gm brokoli
100 gm bunga kubis
100 gm cendawan segar
10 batang kacang buncis
5 batang putik jagung
1 batang carrot kecil
100 gm isi ayam [hiris nipis dan kecil]
100 gm udang segar kecil [buangkan kulit]
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ]mayang
2 biji cili merah ]
1 sudu besar sos tiram ]
2 camca teh tepung jagung ]
1 cawan air rebusan ayam ] bancuhkan
garam
daun bawang bawang

Cara:
1. Potong sayur mengikut kesesuaian.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan lembut dan masak.
4. Masukkan putik jagung carrot, kacang buncis, garam dan udang. Gaulkan rata.
5. Bila dah agak lembut masukkan bunga kobis dan brokoli dan juga air rebusan ayam, sos tiram & tepung jagung.
6. Bila dah mendideh masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

fazyan_77
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 5:51:16 ptg    [Edit]
akma,

coslow ni somi aku pon suka makan...kalu suka dia wat arrr sendiri ..ni resepi coslow somi aku...

kobis
carrot
mayonis
garam
serbuk lada (kalu nak rasa pepedas skit..)

racik kecik2 kobis ngan carrot
gaulkan ngan mayonis
boh garam secukup rasa..dah siap!

** leh gak boh sos thousand island...

--------------
kHiDmAt wIriNg..

219.93.8.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 5:55:13 ptg    [Edit]
akma...
oleh sebab anak2 kak liza suka beno makan coleslow KFC tu ..
so kak liza memang buat sendiri..
kak liza gunakan mayonis Ladies Choice dalam beg tu..3 kgs tau..
sampaikan kedai tu tanya..
nak berniaga ker sebab selalunya yg beli tu hanyalah penjual burger...

COLESLOW

bahan


200 gm kobis manis
1 batang carrot kecil
1 cawan mayonis
2 s/b air cold water
1 s/k lada sulah
garam

cara
1. Racik halus kobis dan carrot.
2. Gaulkan semua bahan dan sejukkan dalam petisejuk.
3. Hidangkan bila nak makan.

NOTA Selain dari makan ngan ayam goreng..atau ayam bakar..boleh juga sibuatkan sapuan pada burger..

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 12hb Januari 2005, 5:56:52 ptg

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

nid
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 5:56:38 ptg    [Edit]
kak liza
kobis manis??? kobis camne tu???

203.121.49.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 6:09:12 ptg    [Edit]


inilah kobis manis..
warna dia putih dan ada banyak hijau ..
kalau kobis yg putih saja tu tak sedap sangat...




ini pulak kobis putih biasa tu..

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 12hb Januari 2005, 6:11:33 ptg

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

nafizah
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 09:52:03 pagi    [Edit]
" nasib baik lah aku join mdc ni.. kalau tak tau ada kobis manis ngan kobis biasa..... "

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.7.:-)

akma22
Ahli Setia
36. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 11:15:58 pagi    [Edit]


fazyan_77

waaaa...besh somi fazyan wat sendiri...kalo somi akma wat sendiri sure dia tuang smpai habis mayonis...wakakka..antu mayonies dia tue...kami kalo pegi kfc...w.pun set ayam dah ada coslaw tp tetap akan ode 1 large coslaw untuk somi akma sorang...ehehhe..akma tak minat sangat coslaw...lebih suka mash potato...tq for the resepi...

kak hanieliza

mak aih...sampai 3 kg sekali beli mayonise...akma biasa beli botol kecik atau saiz sederhana jer...

terima kasih for the resepi...balik nie nak buat lah...eh tak boleh lah ...sbb mayonise dah abis...kobis ada tapi kobis putih biasa...tak pe esok nak pi carrefour..ujung minggu boleh buat...beshnyer...tima kasih kak...

tmpt hiris kobis dah beli kat pasar malam...org tue buat demo...mcm mcm patern boleh buat...ehehhe...tp blum penah try lagik...


nafizah

betul lah...akma pon baru tau kobis ada yang manis...ingat kan semua sama...kalo kobis bunga tau ler...ehehhe...

60.48.146.:-)

nafizah
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 12:49:04 tghari    [Edit]
kak lieza

kalau buat guna mayo yg beli dlm botol kecik tu sedap tak? sos thousand island bubuh tak?

akma

tempat hiris kobis pun ada ke? saya potong mcm tu je guna pisau biasa... mcm mana yg awak beli tu?

fazyan

untung hubby rajin masak.. saya ni mimpi jer la.. cuma last 2 days, blk keja tetiba tgk dia dok goreng maggee. saya pulak terkejut.. ??

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.7.:-)

RedTomato
RedTomato
Pengendali
38. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 1:38:28 tghari    [Edit]
perghhh!! sumanyer nampak enak belaka.......
sesaper ader resepi kerabu ikan bilis
that day pegi camping kawan masak kat puncak gunung.....
adusss......teman dok ratah ikan bilis jekkk

--------------
ezrinjamil.multiply.com

akma22
Ahli Setia
39. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 2:29:54 ptg    [Edit]
nafizah...

emm...camner ek nak xplain...emm...tmpt hiris tue dia panjang (regtangular)...pas tue dia ada lobang lobang...boleh hiris timun, carrot, ubi kentang...yg kita tolak depan belakang tue...kene lapik ngan piring...akma beli yang murah jerk...tak ingat berapa rm...

mak akma pon ade...tp dia nyer mahal sket kut...sbb benda tue datang ngan bekas sekalik...boleh tukar tukar dia punye pisau...

beli pon sebab t'pesona & t'pengaruhdgn cara org salesman tue buat demo..ehehhe...rasanya dah 3 bulan beli...tapi buat hiasan kat dapur jek...wakakkaka...

60.48.146.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 3:54:44 ptg    [Edit]
nafizah...
kalau jarang buat..cukuplah beli botol kecil tu...
kalau nak bubuh thousand island tu pun boleh...cuma gaul dan campurkan
sos tu baru gaulkan dgn sayur...

kak liza hiriskan sayuran tu gunakan pisau biasa jer..
cuma kena pisau tajam ..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 8:24:01 mlm    [Edit]
kat sini kobis putih tu dipanggil white cabbage..isinya tebal dan padat..tak best langsung..kalau yg manis spt kak Liza cakap tu dipanggil green cabbage..mmg sedap suka beli green cabbage wat masak..white cabbage ni pernah sekali beli pastu takmo dah pasai isinya keras.

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 16hb Januari 2005, 06:06:54 pagi    [Edit]
Noor wat coleslow tak suka hanya bubuh mayonis saja, campur skit natural yogurt utk kurangkan penggunaan mayonis (kurang skit kolestrol) dan selain karot dan kobis buh gak skit bawang besar racikk..sedappp..anak2 suka siap kata cam kat KFC lagik..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 26hb Februari 2005, 5:07:08 ptg    [Edit]


SOM TAM [KERABU BETIK]

Bahan

1 biji betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad
1 biji tomato [ dibelah lapan]
4 tangkai cili padi [racik halus]
50 gm udang kering [ditumbuk kasar ]
3 sudu besar kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
1 labu kecil bawang besar [mayang]
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil jusnya
Gula mengikut rasa

Cara:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

KakZa
Ahli Baru
44. Dihantar pada 28hb Februari 2005, 12:20:05 tghari    [Edit]

Selalu dok baca aje - tapi kali ni disebabkan cerita pasai kobis KakZa pun teringin menyampuk le sikit disini. Cerita pasai sayur Kobis ni memang favourite KakZa jadi ingin le KakZa memberitahu kepada semua pasai kobis ni. Ada 3 jenis kobis dimana kita tengok ianya serupa tapi sebenarnya berlainan rasa. 1. Kobis Bulat Cameron Highland (warna ada hijau sedikit kekadang tu banyak dan tidak berapa berat - dalamnya agak lampong berlayer besar. Memang kobis ini manis dan sedap dibuat lauk. 2. Kobis Beijing - ianya kecil, bulat dan berat - warna keputihan dan hijau sedikit. Ke 3 - Kobis Indonesia - sama seperti kobis beijing cuma warnanya banyak hijau. Kobis ini memang kurang sedap. jadi kalau nak beli pastikan kobis jenis round cabbage.

203.121.30.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
45. Dihantar pada 05hb Oktober 2005, 05:25:02 pagi    [Edit]
Meleleh ayak liur tengok kerabu.............

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.181.:-)

linot9778
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 05hb Oktober 2005, 05:54:02 pagi    [Edit]
sabor mama... poser nih. sakan tul carik resepi

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

yusmar
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 06hb Oktober 2005, 08:54:36 pagi    [Edit]
adusss...godaan bulan posa ni..!.

Kemarin bukak posa makan somtam(apple)....taruh plak ikan bilis garing-garing....fuh!...takyah cakap. Sedap punya pasal sampai lupa nasi.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.125.127.:-)

maz3d
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 06hb Oktober 2005, 1:03:22 tghari    [Edit]
...ehmmm sedapnya tgk gambar2 ni ....

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.109.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
49. Dihantar pada 08hb Oktober 2005, 2:25:39 ptg    [Edit]
lama tak nampak kak liza.......sibuk buat kuih ke bulan pose nih???

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

m_a_y_a_
Ahli Setia
50. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 2:54:10 ptg    [Edit]
cobaan... cobaan... ahaksss...

--------------
...somewhere over the rainbow...???

202.184.60.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005