Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulhijjah 1435 @ 02hb Oktober 2014, 08:19:26 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Telur : Pelbagai resepi telur pulak..
idamann
Ahli Baru
1. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:17:28 pagi    [Edit]


sesapa ada resepi telur yg best selain di mata kerbaukan, disambalkan, dimasak lemakkan, dikurmakan,disupkan, dikarikan atau dikicapkan..

eh..semua aku dah sebut ek..

tak pelah.. share jelah resepi telur versi korang..

biar aku mulakan dengan yg paling sonang dulu..

telur goreng mata kerbau kicap

goreng telur cam biasa tp sebelum garing tuh campak bawang ngan cili pastu kicap.. so rasa telur lebih sebati dan lebih best..kena hati-hati cos mudah hangit..

--------------
dcl~biodex~trim&klenz~sureco~sms 012-2042260 fiza

218.208.111.:-)

eyzlyn
Pengendali
2. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:33:41 pagi    [Edit]
ini resepi utk budak-budak nyer..

sosej -dipotong, masukkan dalam telur yg telah dikacau, lepas tu goreng la ia... bebudak kecik suka makan, baby umur setahun lebih pun boleh makan dgn bubur...

bistik telur...

bawang merah dicincang halus dan digoreng bersama-sama daging cincang. angkat. pecah telur, masukkan bahan yg digoreng, masukkan serbuk roti skit, tepung jagung skit, daun sup skit.. lepastu goreng( macam telu dadar lak)...

utk kuah bistik telur ni, tumis bawang besar dan puth yg dihiris, masukkan sos tomato+sos cili.. perasakan garam, gula.. kalau suka amsukkan sayur campur , tomato dan nenas..

kuah dituangkan atas telur yg digoteng tadi. makan dgn nasi panas.. sodap..

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

ashra
Ahli Interaktif
3. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:37:08 pagi    [Edit]
lyn
selera betui resepi telor bistik ko balik kang aku nk buat hehehe menu baru tuh..hubby aku hantu telor

aku pulak kalau ade sambal belacan lebihan smalam..aku campo dgn 2 biji telor..dah campo tu toksa letak garam lagi kang masin..pehtu goreng

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:39:21 pagi    [Edit]
telur goreng ikan bilis

bahan
kentang - potong nipis
lobak masin - hiris halus
kacang tanah
telur
minyak masak

Cara membuat:
panaskan minyak
goreng kentang - toskan
goreng lobak - toskan
goreng ikan bilis
masukkan semula kentang dan lobak masin dlm kuali
pecahkan telur.. gaul sebati
(kalau suka boleh campur hirisan cili api dan bawang besar)

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

eyzlyn
Pengendali
5. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:44:48 pagi    [Edit]
ini resepi yg aku dapat dari sebuah restoran baba kat melaka.

telur dadar baba

lobak asin-rendam selama 3 jam
telur

buat macam telur dadar, tapi yg ni taruk lobak asin... sedap makan dgn nasi serta kuah sam pedas... terangkat beb..

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

fadzreen
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:49:03 pagi    [Edit]
lyn

kalau sampai terangkat tu..kena ikat badan kat kusi la..satgi terangkat skali ngan kusi dah jadi kes misteri nusantara pulak

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

idamann
Ahli Baru
7. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 11:02:52 pagi    [Edit]
terima kasihlah pd seme yg menge'share' resepi telur..

telur ni setiap umah musti ada..kira lauk darurat..

eyzlyn
telur bistik tuh mesti best..nnt cuba..tq

aku slalunya bila masak telur yg stail dadar-dadar nih..bila tak abih..
esok buat sarapan pg..makan ngan roti..

--------------
dcl~biodex~trim&klenz~sureco~sms 012-2042260 fiza

218.208.111.:-)

nafizah
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 11:29:20 pagi    [Edit]
nak share jugak la, tp yg sonang jer..

scramble egg

telur (ikut suka la byk mana)
tomato - dipotong dadu
cili merah
bawang besar-dipotong dadu
sedikit garam

mula tu, goreng bawang ngan tomato, selalunya saya tumis ngan minyak sapi-baru wangi skit.... pastu masuk telur n cili merah.. kacau.. kan dah siap!! (kekadang saya bubuh carrot n kacang peas... masa nak makan gaul ngan pepper..


menu ni sesuai digunakan waktu kalut2 nak pegi keja...

--------------
~puteriku balqis.......~

219.95.204.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 2:30:25 ptg    [Edit]
ACAR TELUR PUYUH

Bahan
20 biji telur puyuh [rebus dan goreng sehingga garing]
3 s/b cili mesin
10 biji bawang kecil [biarkan bulat gitu]
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] mayang
1 inci halia ]
1 s/b cuka
1 s/b gula
1 s/b lobak asin [potong kecil]
3 s/b minyak
sedikit kismis
sedikit bijan [goreng tanpa minyak]
garam

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tuniskan bahan mayang sehingga layu.
2. Masukkan cili dan kacau rata. Bila sudah naik minyak masukkan gula dan cuka.
3. Masukkan semua bahan yg lain dan perlahankan api.
4. Biarkan reneh sehingga pekat sedikit. Sejukkan
5. Bila menghidang taburkan sedikit bijan.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 10hb Januari 2005, 2:31:06 ptg

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

Inaz2205
Ahli Interaktif
10. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 2:31:48 ptg    [Edit]
fida
kak ina dpt masa gi umah kawan kat melaka..
sempoi jer...tapi rasa cam sodap plak...
tak tanya pun resepi kat dia, tp main agak2 jer..

telur tu masak sambal, tapi sambal hancur....
biler cili + bawang++++++ segala bagai bahan
tu dah masak, masukkan telur, hancur2 kan + kacau sampai sebati....
boh ler segala jenis perasa + garam + gula + sos ikan...
sedap gak...kekkekek...baik ko terai...
mesti anak2 ko pun suka...hehehh..

--------------
~KutunjangkanResahkuDidadaSolat, KuHimpunkanHarapankuDigenggamDoa, KututupiKekecewaankuDenganTakwa~

60.48.151.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 2:32:00 ptg    [Edit]
GULAI CILIAPI TELUR

Bahan
6 biji telur itik
1 mangkuk pati santan
1 mangkuk santan cair
1 batang serai - dititik
10 biji belimbing - di belah 2
daun kunyit- dikoyakkan sikit

Bahan tumbuk:
10 biji cili api
4 ulas bawang merah
kunyit hidup
Sedikit air
Garam

Cara membuat
1. Masukkan bahan tumbuk, santan cair, serbuk kunyit & serai ke dalam periuk.
2. Reneh atas api perlahan sehingga mendideh.
3. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.
4. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah.
5. Masukkan garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan
sampai pecah minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 2:33:09 ptg    [Edit]
MASAK KURMA TELUR

Bahan
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah ]
2 ulas baeang putih ] tumbuk
1 inci halia ]
2 mangkuk santan
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam


Cara membuat
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan kentang dan telur rebus.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 2:37:05 ptg    [Edit]


PUDING GULA HANGUS

Bahan:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal
5 biji TELUR
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

1 tin fruits cocktail...untuk hiasan

Cara membuat
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail.
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 2:41:28 ptg    [Edit]
SALAD TELUR

bahan
telur rebus [potong slice]
daun salad hijau [potong kecil]
tomato [potong bulat]
timun [potong bulat]

Semua bahan disusunkan dalam pinggan hidang yg bujur/besar dan tuangkan kuah sos.

Kuah sos
tomato sos
cili sos
sikit minyak jagung

Cara...gaulkan bahan ini dan rasakan masinnya


--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

idamann
Ahli Baru
15. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 3:03:44 ptg    [Edit]
kak ina

keh...keh..sambal tuh bese gak wat..
tp matchkan ngan bubur nasi..lauk lain ikan bilis goreng..
memang sedap..

--------------
dcl~biodex~trim&klenz~sureco~sms 012-2042260 fiza

60.48.151.:-)

nafizah
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 4:05:45 ptg    [Edit]
hanieliza

nampak sodap je puding gula hangus tu, saya pernah buat tp x jd.. bila dah siap kukus jd lembik.. apsal ye? sedap tu mmg la sedap cuma rupa jer tak elok...


--------------
~puteriku balqis.......~

219.95.204.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 4:38:06 ptg    [Edit]
nafizah

kemungkinan nampakk sedap tu sebab texture puding tu cantik je nampaknya..
banyak orang bertanya..
rasanya... mungkin kak liza masukkan tepung kastad tu...
itu jer beza puding tu ngan puding orang lain....

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 10hb Januari 2005, 4:38:58 ptg

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

zurina77
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 4:56:52 ptg    [Edit]
kak liza

Saya dah try puding gula hangus kak liza.. dah sebulan dah kot..

Tang puding tu ok..
Tapi tang cairkan gula tu fail le..

Masa cairkan gula tu kena kacau sepanjang masa ke?

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

nafizah
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 5:04:08 ptg    [Edit]
betul kak liza...

baru saya perasan.. saya tak letak tepung tu, blk nanti boleh try la...


hubby dok sebelah ni, dia dok gelak.. cari resepi mcm nak rak tp buatnya tak... sampai hati..

--------------
~puteriku balqis.......~

219.95.204.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 5:33:08 ptg    [Edit]
zurina...
selalunya kak liza panaskan gula tu dalam loyang yg nak masukkan adunan puding tu..
hanya gunakan api yg paling kecil dan kacau jugak sehingga nampak buih2 kecil dan tutup api...

nafizah...
biasalah kata2 suami tu hanya kita anggapkan sebagai cabaran jer..
insyaAllah satu hari nanti U akan buat satu persatu..dan berjaya ...
kata saja pada dia..memanglah mula apa pun kutip ilmu kemudian baru praktikal...
kalau dia gelak..ajak jer dia masak sama..boelh sama-sama gelak dan bergurau senda didapur..
tentu seronok tau..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

Inaz2205
Ahli Interaktif
21. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 5:37:33 ptg    [Edit]
quote:
Tang puding tu ok..
Tapi tang cairkan gula tu fail le..


hehehheh....super cam akak ek...
takpe....ader kawan...ader kawan....
tang gula, hangus terus.....kekkekke..

--------------
~KutunjangkanResahkuDidadaSolat, KuHimpunkanHarapankuDigenggamDoa, KututupiKekecewaankuDenganTakwa~

60.48.151.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 9:37:26 mlm    [Edit]
sesapa ade resepi telur bungkus yg paling beshhh?

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.25.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:13:47 mlm    [Edit]
TELUR BUNGKUS

Bahan-Bahan:
5 biji telur

100gm isi ayam @ daging [ dicincang)]
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar [mayang]
1 biji tomato [ dadu]
1 camb kacang peas
3 camb cili sos
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun sup [dipotong 1 inci ]
minyak

Cara:
1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
3. Setelah masak masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar sehingga bawang layu.
4. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun sup dan bungkus telur berbentuk empatsegi.
5. Hidangkan semasa panas dengan nasi dan tomyam campur.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:44:22 mlm    [Edit]
wahh..kak liza..rajin yer jenguk MDC mlm2 camnie..
anyway, thanx..nanti bleh la sy cuba..

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.5.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 10hb Januari 2005, 10:53:31 mlm    [Edit]
sambil tenguk tv..sambil bertenet..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

eyzlyn
Pengendali
26. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 04:21:45 pagi    [Edit]
ari ni masak gulai lemak telur... sebab takder ketam, telur pun jadi la...

bawang merah, bawang puitih, kunyit, halia dan lengkuas serta cili padi dan ikan bilis diblend. lepas tu, taruk dalam santan. jerang dalam kuali. pecah telur sebiji sebiji. ader dua option... nak pecah lemak atau tidak. terpulang megikut citarasa masing-masing.. hubby lin suka pecah lemak...

actually resepi kata atas tu utk lemak ketam, tapi lin bantai letak untuk lemak telur.. ketam mahal woo...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

ashra
Ahli Interaktif
27. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 08:34:46 pagi    [Edit]
gulai lemak telur paling bes guna telur itik..tebal dan sedap

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

eyzlyn
Pengendali
28. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 09:17:08 pagi    [Edit]
yup... tapi kat sini nak cari telur itik susah woo... ader pun mahai... aduh.. kenyang la makan nasi dgn lemak telur ni, nak-nak lawan dgn sambal ikan bilis kak sha tu..

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

nafizah
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 09:21:14 pagi    [Edit]
betul ash.... gulai lemak telur kalau guna telut itik memang terangkat... tp telur itik tu goreng pun sodap....

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.4.:-)

zurina77
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 10:36:56 pagi    [Edit]
kak liza

Cenggitu ke kak liza... emmm ari tu saya cairkan gula dalam kuali..
dah tu transfer ke loyang lak..
Mcm kak liza cakap tu lebih senang rasanya..
Nanti leh try..


kak inaz

Sib baik ada geng gak..
Malu gak masa tanya tu..
Kot2 ada org kata 'apa la zu ni, yg tu pon tak reti'..


Eh, baru perasan.. sblm ni saya penah minta resepi telur bungkus..
Takde sapa yg tulis pun..
Tiba2 tengok kak liza tulis kat sini.. teingat plak..
Nanti leh wat.. hehhe.. TQ lagi sekali kak liza..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 10:47:14 pagi    [Edit]
zurina..

agaknya kak liza tak perasan soklan telur bungkus tu kot..
so..boleh cubalah yg ni...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

arkina78
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 2:59:23 ptg    [Edit]
Masak telur yang paling simple..bhn-bhn dia, bwg merah, sedikit halia. Lepas tuh tumiskan dgn minyak. Masukkan air. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pasyuh masukkan garam sesedap ra. Nak bg pedas, masukkan cili padi sedikit. Kalau nak sedapkan lagi masukkan ubi kentang (ubi ni kena potong dadu- kecil-kecil) ataupun massukkan sayur campur (Tahu tak sayur campur..ala yg ada suun, sayur pucuk tuh...).

Walaupun simple..tapi sedap....

--------------
Hari Yang Ceria Bermula Dengan Minda Yang Ceria

210.187.40.:-)

ila_2004
Ahli Baru
33. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 3:10:25 ptg    [Edit]
arkina78

hang rajin masak no...


203.106.9.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
34. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 3:24:20 ptg    [Edit]
Masa bujang dulu saya suka buat masak telur begini... tumis cili kering, bawang, garam apa semua sama seperti kita nak buat sambal tumis tu... pastu masukkan telur yg telah didadar (3-4 biji).... kacau macam kita buat scramble egg tu... dah masak... makan telur tu saja ngan nasi putih panas ...perghh sedap sekalik!! hehe ...jadi telur hancur pedas gitu

* Mesej ini telah disunting oleh ady1661 pada 11hb Januari 2005, 5:50:42 ptg

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

nafizah
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 4:55:06 ptg    [Edit]
ady1661

bila tgk resepi awak teringat waktu study dulu.... mmg sambal telur ni kira feveret habis la, cepat dan mudah. pas tu ekonomi lg.. kalau hari ni menu sambal telur ngan ikan bilis goreng, esok pulak sambal bilis ngan telur goreng... mcm tu la rotate hari2... tp waktu tu kira sedap dah la...

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.4.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 5:13:36 ptg    [Edit]
kekadng tu datang malas sikit kak liza buat gini..

TELUR PUDINA

5 biji telur

bahan mayang
3 biji cili merah
2 cili hijau
1 labu bawang besar
daun pudina
garam

cara
1. Gaulkan dan pukul sikit semua bahan.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan dan tuangkan adunan telur.
3. Pelankan api dan biarkan garing setiap belah.
4. Angkat dan potong saperti pizza dan hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

idamann
Ahli Baru
37. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 5:20:52 ptg    [Edit]
emm..
macam-macam cara nak buat telur ni jadik makin sedap ek..

ni lah ..lauk sepanjang zaman...

--------------
dcl~biodex~trim&klenz~sureco~sms 012-2042260 fiza

218.208.111.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 5:37:05 ptg    [Edit]
kak liza memang suka lauk telur..
nak pulak yg lembut bergoyang2 tu..
masak dalam kuali non-stik tu..

renjiskan kicap dan gorengkan bawang agak layu dgn minyak lebihan tu..
pastu racikkan cili dn makan...
ini pun dah cukup buat kak liza..

le ni anak2 kak liza pulak berhantu makan telur mata kerbau/..mata lembu..mata sapi..
sib baik bukan mata kak liza..naya mak dia nanti..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

nafizah
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 5:39:59 ptg    [Edit]
quote:
nak pulak yg lembut bergoyang2 tu..


eemmm.... mmg sodap telur goreng mcm tu...
tp kan , tiap kali saya nak rebus telur separuh masak, mesti jd telur 'sepenuh' masak.. selalu x jd. agak2 nya sapa yg tahu exactly dlm berapa minit?

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.4.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 5:45:48 ptg    [Edit]
kak liza selalu gunakn bekas yg khas untuk masak telur separuh masak tu..

tapi telur yg kak liza maksudkan bergoyang2 lembut tu adalah telur mata kerbau..mata lombu tu..bukan rebus..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 8:20:01 mlm    [Edit]
quote:
le ni anak2 kak liza pulak berhantu makan telur mata kerbau/..mata lembu..mata sapi


kak Liza, anak noor pung sama lah ..malam2 sebelum tido kalau lapar tengok2 dah pi goreng telur sendiri..nanti sorang dah start makan adik2 pong nak gak sorang sebiji telur mata lembu/kerbau ..kadang kalau hari minggu maknya lepas subuh sokmo masuk selimut balik..anak2 tak reti bangun lewat..awal dah bangun main komputer..hahaa tu yg depa goreng sendiri telur mata kerbau ni wat breakfast..mak nya bangun je satu dapur bau telur goreng..hihihi..depa makan dgn sos tomato..anak2 Noor pong suka yg kuningnya lembik..ikut maknya kalu dah keras tak besh langsung..hehehe

quote:
tiap kali saya nak rebus telur separuh masak, mesti jd telur 'sepenuh' masak.. selalu x jd. agak2 nya sapa yg tahu exactly dlm berapa minit?



nafizah , akak ada terbaca dlm buku resepi akak, ttg telur rebus nak lembik ke keras ke..nanti akak check balik dlm buku mana ntah..

quote:
gulai lemak telur paling bes guna telur itik..tebal dan sedap


ashra , akak dah lama ngidam nak masak lemak telur itik..2 minggu lepas gi pasar pagi kat sini..sekali tengok ada org jual telur itik..dlm hati mmg nak beli nak pusing kedai lain dulu sekali alih balik nak gi beli telur itik dah habisss..uwaaaaa..kempunan betull..last week gi carik lagi telur itik kat pakcik tu katanya dah habis jugak..hampehss dot com betul la..bila baca lynn masak lemak telur lagilah membuat kempunanku bertambah2.

Dulu (7 tahun lepas) teringat makan masak lemak telur itik dgn pucuk ubi..perghh sedap giler..makan kat umah org lak tu..tu yg bertambah2 sedap..hehehe

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 11hb Januari 2005, 8:21:31 mlm

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 8:46:53 mlm    [Edit]
Noor..
nampaknya depa kat sini dah tak lalu makan ikan sebab ombak tsunami tu..
so pilihan lauk lain..teloq lah jawapannya..

kak liza ingat lagi masa baru duduk sini...kawan bagi teloq itek dan ajo masak gulai kunyit lengkuas telur itek ..
resepinya sama saperti macam gulai ciliapi cuma tambahkan lengkuas sebanyak 1 inci [mesinkan ngan cili api tu]..
meamng sedaplah Noor..terasa lengkuas tu...
lama sungguh kak liza tak masak gulai ni..
sebab asben kak liza nak kurangkan penggunaan lauk telur ni...kalesterol tinggi walaupun dia kurus..

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 11hb Januari 2005, 8:47:34 mlm

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 8:54:24 mlm    [Edit]
quote:
kak liza ingat lagi masa baru duduk sini...kawan bagi teloq itek dan ajo masak gulai kunyit lengkuas telur itek ..
resepinya sama saperti macam gulai ciliapi cuma tambahkan lengkuas sebanyak 1 inci [mesinkan ngan cili api tu]..



yesss...ni stail Trg..Noor kalau gulai telur cam gini gak...arwah ayah panggil gulai rebah bangun..ntah napa..kami panggil gulai kunyit kuas jer..hehehe..mmg sedap ikan kalau masak gulai cam gini pong sedap, nak nak ikan selar kuning..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

ashra
Ahli Interaktif
44. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 08:25:52 pagi    [Edit]
kak noor
msk lemak telur itik memang sedap..ala akak pesan le dgn pakcik tu suruh simpankan..nanti akak amik le.. ..cam ash kalau darurat telor itik tu wat sambal tumis hihihi licin wa ckp luuuu dah le tebal sedap plaks tu..sampai depa pon eran apsal le telor sambal ni beso..tak tau ash kai telor itik hehe

* Mesej ini telah disunting oleh ashra pada 12hb Januari 2005, 08:26:46 pagi

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

yusmar
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 11:14:45 pagi    [Edit]
tak pernah pulak saya mkn telur itik, lagi pun susah nak dpt. Saya suka buat telur dadar sbb anak suka mkn. Kat sini saya bagi yg sll buat.

Telur dadar ayam

1/2 mangkuk isi ayam (lebihan sup/goreng/bakar)
daun sup dan bawang
bawang besar dicincang
sayur campur ( carrot/peas/jagung)
3 biji telur
sedikit lada
sedikti pati ayam

Campurkan semua dan goreng.

Telur dadar sayuran

3 biji telur
kacang buncis dihiris halus
carrot di hiris halus memanjang
bawang besar didadu
garam

Campurkan semua dan goreng.

Telur Murtabak

1 biji ubi kentang didadu
1/2 btg carrot didadu
1 btg sosej di dadu (atau ayam/daging)
1 camb serbuk kari daging
1 biji bawang besar didadu

Tumiskan bawang besar dan masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan air. Apabila dah naik minyak masukkan ubi dan carrot. Masak hingga ubi rempuk dan masukkan sosej.masak hingga kering.

pukul telur dan campurkan bhn yg dah digoreng tadi. Panaskan minyak tuang kan kedlm kuali leper. Masak atas api yg sederhana. Terbalikkan telur perlahan-lahan hingga masak ke2 bahagian.

Telur hancur campur

2 biji telur
1 ikat suun
1 keping fucuk
1/2 btg carrot dihiris memanjang
cendawan hitam dihiris memanjang
daun bawang dan sup
1 biji bawang besar
lada
sos tiram

Panaskan minyak, pukul telur dan goreng. Kacaukan telur semasa goreng. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bawang besar dan masukkan fucuk, masak hingga lembut. Masukkan carrot, cendawan dan suun. Apabila dah masak masukkan telur, lada dan sos tiram. Sebelum angkat taburkan daun bwn dan sup yg dihiris dan kacau sekali.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

Qiena
Ahli Aktif
46. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 11:23:18 pagi    [Edit]
CENDAWAN CHEESE OMELETTE

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
Potong button mushroom - sederhana tebal.
Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
Kacau rata (macam telur dadar).
Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.

--------------
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu..

61.6.163.:-)

nafizah
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 11:31:58 pagi    [Edit]
Noor

kesian kat akak ye, kempunan nak makan telur itik.. kalau dekat boleh la bg.. mcm kat sini (alor star), saya selalu ambik telur itik kat supplier tu, dia mmg bela byk itik.. murah pulak tu.. ni akak dok jauh, kang kalau courrier ter'pecah' la pulak telur2 tu..

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.4.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 3:36:35 ptg    [Edit]
Teringat resepi Mak ( masa kecik dulu) setiap kali dapat telur rebus kenduri.Simple tapi sedap!

Beberapa biji telur rebus ( 4-5 biji)
1 labu bawang besar - potong nipis
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sudu makan cuka / jus limau
1/2 inci belacan - bakar lagi sedap.
Sedikit garam/gula

Telur tu potong tak nipis tak tebal..sedang-sedang la kiranya- ketepikan
Dalam satu mangkuk campurkan cili merah,cili padi, bawang besar, cuka makan/jus limau dan belacan..gaul sebati..Tenyeh sikit belacan tu bagi sebati dan hancur..Masuk telur dan rasakan garam gula nya...
Ratah gitu pun sedap.. terasa-terasa pulak sbb lama sgt tak makan ni...

teringat pulak time bebudak dulu..ISH syahdu pulak sambil akan telur rebus ni..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.25.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 14hb Januari 2005, 7:10:40 mlm    [Edit]
quote:
tiap kali saya nak rebus telur separuh masak, mesti jd telur 'sepenuh' masak.. selalu x jd. agak2 nya sapa yg tahu exactly dlm berapa minit?



nafizah , ni akak taip panduan rebus telur (nak keras ke lembik) dr buku resepi akak, akak dah cuba resultnya mmg menjadi....tapi dlm bahasa omputh ler..maleh nak translate


GRADATIONS OF BOILING

After 3 minutes:

Started in cold water and cooked for 3 minutes from the moment the water comes to the boil, eggs have whites that only partially set and yolks that are still liquid

After 4 minutes:

Started in cold water and cooked for 4 minutes from the moment the water comes to the boil, the white is frimly set, as is most of the yolk, though the centre is still soft and dark yellow.

After 6 minutes:

Started in cold water and cooked for 6 minutes from the moment the water comes to the boil, both yolk and white are firmly set, although the centre of the yolk remains tender.

After 10 minutes:

Started in cold water and cooked for 10 minutes from the moment the water comes to the boil, yolk and white are both firmly set and the yolk is pale yellow in colur


so kalau nak telur masak separuh yg kuningnya masih cair dan telur putih ada skit2 cair pilih hanya 3 minit, anak akak suka makan telur masak separuh makan dgn kicap..

quote:
kak noor
msk lemak telur itik memang sedap..ala akak pesan le dgn pakcik tu suruh simpankan


ashra, esok akak pi ushar lagik telur itik hihihi..pakcik tu jual kat pasar pagi hanya hari sabtu..cam pasar mlm kat M'sia stail nya cuma dibuat pagi..hingga pukul 3-4 ptg..

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 14hb Januari 2005, 7:11:31 mlm

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

ashra
Ahli Interaktif
50. Dihantar pada 14hb Januari 2005, 7:18:31 mlm    [Edit]
elok tuh kak kalau ade lebih boleh buat telor asin..cam mak ash time puasa je seperiuk buat telur asin..maklom le itik ternak sendri..kalau buat sendri kita boleh agak masin yer..kat kedai kadang telurnya terlebih masin

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005