Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 22hb JamadilAkhir 1435 @ 23hb April 2014, 5:34:28 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Kek Carrot : Dah cari tapi takde.....
Babyhubby
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 10:27:24 pagi    [Edit]


Nak mintak tulun pada pakar² masak kat MDC ni... Nak buat carrot cake weekend nih.. tapi resipe tu byk sangat sampai tak tau nak buat yg mana...

SO! pada yg dah try carrot kek yg sedap tu sudi² kan lah sumbang kat saya ye!

Tulun ye.... nah munga dulu...

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 11:39:31 pagi    [Edit]
Tulun la wei......

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

harsha
harsha
Pengendali
3. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 11:40:37 pagi    [Edit]
weyy.. takyah lerr nak nangis. takde resepi camna nak bagi dik nonnnn!! buat jer la kek lain, yg dah pernah buat.. yg dah expert buat..

* Mesej ini telah disunting oleh harsha pada 07hb Januari 2005, 11:41:28 pagi

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

hanieliza
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 11:49:24 pagi    [Edit]
babyhubby..
jap...japppp..
nanti kak liza korek dari buku..
first nak cari buku dulu..
ni tengah suapkan anak bungsu kak liza makan sarapan...

sabarlah sayangggggggggg ... .. ..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 11:59:58 pagi    [Edit]
KEK CARROT

Bahan-bahan: -
150 gm tepung kek
175 gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecilsoda bicarbonate
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
175 gm marjerin – dicairkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
80 gm walnut – dipecah-pecahkan
40 gm kelapa parut
1/2 tin kecil kepingan nenas – dicincang kasar
150 gm lobak merah – diracik halus & dicelur dan toskan kering


Cara membuatnya: -
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masukkan kedalam acuan pembakar.
2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 175ºC selama 50 - 60 minit.

Hiasan
Bahan-bahan: -
200 gm keju krim
30 gm marjerin
50 gm gula ising
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya: -
1. Pukul marjerin dengan gula ising hingga sedikit kembang.
2. Masukkan keju krim dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan jus lemon dan gaul rata.
4. Sapukan diatas kek dan sejukkan.



kak liza dah lama tak buat so..tak der gambo..
apa pun kak liza rasa bolehlah buatkan hiasan kek ini saperti gambar ini..

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 07hb Januari 2005, 12:08:26 tghari

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 12:01:14 tghari    [Edit]
baby aku penah buat kek karot nie nanti hari isnin aku bawa resepi yer...

202.75.44.:-)

harsha
harsha
Pengendali
7. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 12:05:50 tghari    [Edit]
haa. tu dia. kak liza dah kasik resepi.. lisha pun nak kasi resepi..

ko tak menyabar sangat.. baru hantar topik sejam dua dah nak nangis..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

Babyhubby
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 07hb Januari 2005, 12:11:19 tghari    [Edit]
Yahooo!!!!!!!!

Dah agak mesti ada yg dapat membantu....

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 08hb Januari 2005, 05:17:22 pagi    [Edit]
Babyhubby , dah buat tu jgn lupa makan utk akak skit..terliur nengok gambo kek Kak Liza tuh..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 08hb Januari 2005, 08:16:52 pagi    [Edit]
Noor

kak liza ingat kek carrot ni tak sedap....
tapi bila kawan kak liza kempen suruh buat...
waduh...memang sedap woooo..nak pulak kena ngan krim keju tu..
memang terangket abis...

rasaa kek ni macam kek buag sikit tapi dia moist sungguh..
bila kak liza bagi jiran.. siap tanya nak order sebab dia tak der oven dan agak malessss nak cari bahan dan buat..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 08hb Januari 2005, 4:46:29 ptg    [Edit]
Kak Liza , yes..kek carrot mmg sedap dulu masa kat sekolah ada sorang cikgu ni..jual home made kek carrot mmg sedap..atas aisiing tu siap buh carrot palsu (boleh makan)..Noor tak pernah belajar masak kek carrot lagik..nanti bila2 nak cuba gak resepi kak Liza nih..TQ

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

nilam72a
Ahli Setia
12. Dihantar pada 08hb Januari 2005, 5:27:09 ptg    [Edit]
Salaam Kak Liza dan kawan2 semua.......

Saya memang ada belajar buat kek karot ni dari kawan dulu. Memang sedap...sehingga menjilat jari...apalagi apabila digandingkan dengan cream cheese tu. Makan cream cheese saja dah sedap dah.... Anyway kat sini saya nak bg petua skit... Saya punya resepi tu, lbh krg ngan Kak Liza punya, cuma ada beberapa yg lain skit.

Okay, instead of using mentega, saya menggunakan Carotina Oil (minyak yg warna merah tu, dlm botol yg cantik...ada jual kat pasaraya....pi cari..). Rahsianya, warna kek ni nanti akan orange kemerah-merahan, cantik.... berbeza kalau guna mentega, warnanya pucat....

Lagi satu, saya guna kacang gajus, instead of walnut spt resepi Kak Liza. Rahsianya, gajus ni memberi lebih rasa lemak.....

Kak Liza letak kelapa parut, saya pula tak letak ni, tapi letak golden raisin. Ha....yg ni takde rahsia apa-apa. Suka hatilah mana suka.

Wait.....ada lagi nak share.... sebelum sapu cream cheese atas kek, sapu dulu sikit ngan air nenas dlm tin tu, pastu barulah sapu cream.....

Itu sajelah, sekian...... Cubalah Kak Liza, untuk kelainan......

60.48.38.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 08hb Januari 2005, 6:34:56 ptg    [Edit]
Hai nilam72a , bahan yg diganti tu kuantitinya sama ke dgn resepi kak Liza..sudilah kiranya bagi resepi penuh.. TQ

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 08hb Januari 2005, 11:05:10 mlm    [Edit]
kak liza jumpa dari resepi Chef Wan semasa rancangan memasak dibulan puasa..
jika sesiapa yg rajin bolehlah mencuba..


KEK LOBAK MERAH DAN WALNUT BERAISING OREN

Bahan Bahan
4 biji telur
¾ cawan minyak jagung
390 gm gula halus
255 gm tepung
½ s/kecil garam
1 s/kecil serbuk kulit kayu manis
¾ s/kecil soda penaik
¼ s/kecil serbuk penaik
455 gm lobak merah (diparut)
75 gm kacang walnut (dicincang)


Cara Menyediakannya

1. Dengan mesin pengadun pukul putih telur sehingga kembang,
masukkan minyak sedikit demi sedikit, rendahkan kelajuan dan
tambah gula, pukul pada kelajuan tinggi selama 3-4 minit sehingga
adunan naik 2 kali ganda. Kemudian baru masukkan kuning telur.

2. Ayak bersama tepung, garam, serbuk kunyit kayu manis, soda
penaik dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan telur, kaup
dan balikkan lobak merah dan kacang walnut dan kacau rata.

3. Tuang adunan ke dalam acuan kek 25 cm bergris dan bertepung,
bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 40 minit.


Bahan Bahan (Aising Keju Krim Oren)

220 gm keju krim
60 gm mentega tanpa garam (dilembutkan)
1 s/kecil esen vanilla
130 gm gula halus
1 biji buah oren (diparut kulit)
1 s/kecil jus buah oren
3 s/besar susu
sedikit pewarna kuning


Bahan Hiasan

Parutan lobak merah
Hirisan buah oren


Cara Menyediakannya

1. Dengan mesin pengadun berkelajuan rendah pukul keju krim,
sedikit demi sedikit masukkan mentega, campur esen vanilla, gula
serbuk, parutan kulit oren, jus oren dan susu, tanpa terlebih
mengadun, kacau sehingga adunan tidak berbintil-bintil dan boleh
disapu.

2. Sapu krim ke atas kek dan hiaskan dengan parutan lobak merah
dan hirisan buah oren.


--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

nilam72a
Ahli Setia
15. Dihantar pada 09hb Januari 2005, 11:26:13 pagi    [Edit]
okay... mehlah kita sama-sama share resepi...

Cream Cheese Carrot Cake

Bahan A
225ml Carotino Oil
170gm fine castor sugar
4 eggs (B)

Bahan B
100gm canned pineapple - chopped & drained off excess water
200gm carrot - shredded & soak in a hot boiling water for 1 min, drain off water
50 gm ground cashew nuts - blend semi-crushed
70gm golden raisin

Bahan C
200gm super fine flour (cake flour)
2tsp baking powder
1tsp soda bicarbonate
1/2tsp cinnamon powder
*bahan C all sifted together

=Whisk bahan A until thick & lemon colour (appr. 10mins), fr low to medium high speed & reduce to medium after 8-10mins.
=At min speed, fold in bahan C gently followed by bahan B.
=Pour batter into a 9" round tin or 8" square tin & bake for 30-40 mins at 180" or until cake tests done.

Cream Cheese Frosting
375gm Philadelphia/Anchor brand cream cheese
70gm icing sugar
3/4tsp vanilla essence
2tsp lemon juice
150gm Fern butter

=Mix all ingredients until fluffy

Itulah saje.... selamat mencuba semua.....

60.48.38.:-)

sitislam
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 12:04:32 tghari    [Edit]



kak liza..resepi chef wan tu sitislam dah cuba..tapi siti ubah apa yang ada jer ganti walnut dan kacang tanah,kulit kayu manis pun sitislam tak letak..hasilnya kek jadi dan moist tapi rasa kacang tanah tu yang tak berapa best..tapi jiran kata sedap siap order lagi .ingat nak try kek carrot resepi kak liza ,nampak cam sedap sangat sebab ada taruk kelapa kering dan nenas.wassalam

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 11hb Januari 2005, 8:30:31 mlm    [Edit]
gara2 baca resepi kat sini..semalam masa gi town beli gak lah 1 potong kek carot..ermm sedap betul..nyum..nyum...mana tak sedapnya 1 potong 99 pence

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
18. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 09:27:26 pagi    [Edit]
semua......

Wah rancak kita borak pasa kek carot ni nyek... Ok sebenarnya saya dah cuba resipe kek carot nih! Siap bawak balik umah mak mentua lagik...
Sekelip mata dah habis...tapi saya tak guna resipe kak liza tu cz ada barang yg tak cukup n tak sempat lak nak membeli nya.. so saya try yg ni:

Kek Lobak Merah
Sumber: Majalah Jelita Febuari 2001

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
270 gm gula
3 biji telur
1 ½ camca teh esen vanila
350 gm tepung gandum
1 ½ camca teh soda bikarbonat 275 ml susu segar
¾ camca teh garam
100 gm kismis
½ cawan potongan walnut
1 camca besar prutan lobak merah
Hirisan badam
Cara:
Campur semua bahan kecuali kismis, walnut dan lobak merah. Pukul pada kelajuan perlahan hingga kembang.

Masukkan bahan lain dan pukul selama tiga minit.
Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 35 minit.

Nak buat kek nih habis pakat kena beli benda baru... ari tu siap beli pemarut...beli penimbang.. :p semangat punya pasal...
Tapi dia punya ising tu saya tak buat cz ni baru permulaan.. Insyaallah nak try lagi sampai jadi cam dalam gambar tuh!
Ari tu ada amik gambar tapi camera tertinggal umah MIL lah...
Itu aja lah nak cita....

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 09:54:34 pagi    [Edit]
baby jadi tak kek karot hari tu, minta maaflah lisha dah cari resepi lisha tu tapi tak jumpa.. sebab pindah rumah barang pun tak habis kemas lagi... nest time kita bagi yer.......... baby ikut resepi mana hari tu.... jadi tak kek tu

202.75.44.:-)

Crazyman
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 10:43:14 pagi    [Edit]


sape pandai buat cake camni?? yg creative..saya nak tempah lah!..

--------------
Get Back!!...Get Back!!...You Know Me LIke That..!!

202.129.171.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 3:05:37 ptg    [Edit]
Lisha...
Ha'ah jadik!! SEdap jugak... tapi kan carot tu parut lebih sket... dalam resipe dia kata satu sudu besar kan.. ala parut aja sebatang cz saya buat separuh batang tak cukup rasa carot sgt.
N bakar kena tengok ler...kena test cucuk.. cam saya lanjut sampai 45 mins.

Selamat mencuba!

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 03:27:50 pagi    [Edit]
Kak Noor dah cuba resepi ni dr buku baking, sedap dah buat 2 kali bg kat kawan..siap anaknya suruh maknya buat jugak kek cam acik Noor bagi..



CLASSIC CARROT CAKE

Makes 12 bars
Preparation time: 10 minutes
Cooking time: 20-25 minutes

Ingredients

125 g self raising flour
pinch of salt
1 tsp ground cinnamon (kak Noor buat tak buh ni pun sbb tak suka rasa cam berempah jer.. )
1 tsp baking powder
100 g soft brown sugar
2 eggs } beaten
100 ml sunflower oil
125 g carrot, peeled and finely grated
25 g desiccated coconut
25 g wlnuts } chopped
walnut pieces } for decoration

Icing

4 tbsp butter }softened
50 g full fat soft cheese
60 g icing sugar }sieved
1 tsp lemon juice

Method

Ligthly grease a 20 cm/8 in square cake tin and line with baking paper

Sieve the flour, salt and ground cinnamon into a large bowl and stir in the brown sugar
Add the eggs and oil to the dry ingredients and mix well

Stir in the grated carrot, desicated coconut and chopped walnuts

Pour the mixture into the prepared tin and bake in preheated oven 180'C/350'F/Gas Mark 4 for 20-25 minutes or until just firm to the touch. leave to cool in the tin

Meanwhile make the icing in a bowl, beat together the butter, full fat soft cheese, icing sugar and lemon juice until the mixture is fluffy and creamy

Turn the cake out of the tin, spread with the icing and cut into 12 bars or slices. Decorate with walnut pieces.

Peringatan: masa nak buat icing tu jangan terlebih pukul..nanti icing jadik cair..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

shurie
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 2:32:39 ptg    [Edit]
sedapnya...shurie memang suka gilerr mkn kek ini..first time makan masa bezday
bos...pastu teringat2 kek tu...nak cubala resepi ni..mmg tak sabar dahh

--------------
Smart : IgG-Plus....sila sms/call..012-6705713

210.187.119.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
24. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 2:45:02 ptg    [Edit]
shurie try lah buat.. senang n sedap tau!

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

suzismi
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 8:14:26 mlm    [Edit]
kek carrot ni kalau kukus boleh tak...
kat rumah tak de ovenlah...

--------------
Salindah/Examo/Revell/Cosway/DCL/mawar9774@yahoo.com/sms~0127526483

210.186.172.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005