Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 20hb JamadilAkhir 1435 @ 21hb April 2014, 8:07:20 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh gigi : pembedahan gigi
tia75
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 06hb Januari 2005, 11:59:23 pagi    [Edit]

ari tu tia ada antor topik berkenaan dengan pembedahan gigi. masa tu masih guna format lama...taktau cam ner nak cari balik topik tu.

dah 2 x spital selayang call....suruh admit sehari sebelum buat operate gigi. tp sayang...call mengejut tia tak ready lagi sbb keje terlampau byk.
masuk waiting list lagi....kali ni kalau call, nak tak nak terpaksa gak pegi..yelah kalau call kali ni 3 kali le...takkan nak kata tak mo pulak. nanti marah pulak spital selayang..ingat kita main2.

tia nak tanya lah pada sesiapa yg pernah melalui pengalam cam ni....cam ner prosessnya....
prob tia adalah, gigi bongsu tia...tak keluar langsung...menurut kata doc gigi tia baring kat dalam gusi..sangat complicated...berdekatan dgn urat saraf dan tulang.
doc kene operate untuk mengeluarkan gigi tu...sbb gigi tu dah rosak kat dalam. tapi risiko yg harus ditanggung, sbb betul2 dekat dgn urat...kalau urat cedera sikit mulut tia akan kebas dalam masa seminggu dua...kalau terputus or cedera byk..kemungkinan akan kebas selama2nya.
risiko kedua dekat dgn tulang...kemungkinan tulang akan patah...tp doc kata boleh repair balik.
kalau ikut hati memang tak nak buat...tp sbb sakit on off...kejap sakit kejap ok...peh tu sakit balik...peh tu asyik berdarah aje dari gusi tu...tu yg buat nak jugak buang gigi tu.


--------------
cAyaNg SeLaLu

192.228.129.:-)

reynna
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 06hb Januari 2005, 12:50:19 tghari    [Edit]
camne tia tahu ttg tia ada masalah gigi terbenam tuh ek? sbb adik reynna pun ada masalah ngan gusi.. memula giginya berlunag, pastuh gi la dentist tampal gigi.. then a week after that, gusinya kat area gig bertampal tuh, mula bengkak, pastuh bernanah.. sampai skang tak baik lagi.. bila nanah nya kluar, ingatkan dah elok, rupenya pastuh dia bengkak balik, and bernanah lagi.... tia nye simptom lak camne ek?

--------------
http://buymebeauty.blogdrive.com <one-stop bargain center>

203.106.56.:-)

sitizulieani
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 06hb Januari 2005, 5:40:20 ptg    [Edit]
tai, aku pernah operate gigi bongsu horizontal ni.
masa tu senang je, sbb x complicated cam ko sangat. aku set appoiment kat hospital gigi kerajaan je, amik x ray pas tu operate. dua minggu x leh makan makanan pejal, bengkak sey...
pas tu ni ada lagi satu x kuar2, ntah bila nak kena operate lagi, asik tangguh manjang je.
dentist kata rahang aku sempit, gigi bongsu tu x de ruang nak naik, sbb tu dia asik tujah gusi nak naik, pasal tu la gusi bengkak. yg baru ni x ray dah ambik, tapi x operate lagi.
x de pape la tia, insyaallah, cuma penat aar ko nak nganga mulut, aku dulu sejam tu...lenguh sey...
baik ko operate, sakit gigi lagi sakit dari operate gigi.

--------------
rindunya aku kat korang...

219.95.254.:-)

tia75
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 06hb Januari 2005, 5:56:52 ptg    [Edit]
reyna, aku tak tau pun ada gigi dalam gusi tu. gigi tu kat belakang sekali.
cuma aku perasan nape gigi aku yg sebelah (kira no dua dr gigi yg tak keluar tu) cam rosak dan sakit...
aku gi klinik kerajaan...dia cek...dia kata gigi aku ada prob. dia buat surat suruh refer bahagian pembedahan mulut di spital selayang.
bila aku pegi sana, doc xray...baru nampak gigi bongsu tu terbaring kat dalam.
doc advice suruh buang gigi tu...tapi kene operate.

siti, doc kata masa nak operate nanti...dia bius habih...kira aku cam tidur lah....langsung tak rasa apa-apa. nampk pun tak...dgr pun tak. dia kata kalau bius tang gigi tu aje nanti aku lenguh nak nganga...dan aku boleh dgr kalau diaorang tarik ke potong ke gigi tu...krak..kruk..krak..kruk...semuanya leh dgr.
so doc advice bius terus. sebelum tu aku kene admit sari dulu sbb nak cek tekanan darah, nak cek tu nak cek ni..takut ada penyakit lain.

--------------
cAyaNg SeLaLu

192.228.129.:-)

tia75
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 19hb Januari 2005, 5:01:23 ptg    [Edit]
kalau tak de apa hal, tia kene admit 2/3...operate 3/3..di spital selayang.
takut ni...tapi terpaksa gak buat.

doakan untuk tia yerk,,,

--------------
cAyaNg SeLaLu

192.228.129.:-)

reynna
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 20hb Januari 2005, 8:40:09 mlm    [Edit]
wah.. selamat beroperate ye! harap semuanya okey.. adik reynna dah gi dentist... doc kata, nerve/urat kat gusi nye ada infection.. so either, nak cabut gigi tu, atau buat nerve treatment.... nampak gaya mcm cabut je.. sbb treatment tuh mencecah RM500 gak... so, ilanglah giginya yg kat belakang tuh.. (2nd from belakang)... sib baik la boleh cabut biasa je.. doc kata, certain case mcm tuh, ada gak yg kena bedah, but fortunately this one boleh cabut biasa.... but kena la gak injection bius sume tuh.. ye la.. nak cabut gigi kekal, sure sakit gilerr nye... so, gitu la kisahnya.....

--------------
http://buymebeauty.blogdrive.com <one-stop bargain center>

219.95.34.:-)

eyzlyn
Pengendali
7. Dihantar pada 21hb Januari 2005, 05:35:07 pagi    [Edit]
... lin pun kena macam tia gak. tapi takder duit nak buat operation. insuran tak cover. dah seminggu membengkak, asyik makan bubur jer. kos operation sama dgn tambang tiker pergi balik malaysia. macam ni nak balik buat kat kg la...

kalau buat kat hospital kerajaan, kena bayo tak?

camner ek nak bagi bengkak surut ni? ader ubat tak?

* Mesej ini telah disunting oleh eyzlyn pada 21hb Januari 2005, 05:35:43 pagi

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

reynna
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 22hb Januari 2005, 5:28:42 ptg    [Edit]
lynn kena bengkak kat gusi tuh ker? yg ada nanah dlm tuh ek? cam adik reynna la nih.. doc bg antibiotic sementara nak cabut next week, tapi tak surut2 pun bengkak nye...

--------------
http://buymebeauty.blogdrive.com <one-stop bargain center>

219.95.34.:-)

eyzlyn
Pengendali
9. Dihantar pada 23hb Januari 2005, 08:41:54 pagi    [Edit]
doktor pun kasi antibiotik kat lin, tapi tak surut gak...

kalau bengkak tak surut, tak boleh operate kan? tiap kali bangun tido musti sakit teramat sangat. skang ni duk bedal pain killer jer...

* Mesej ini telah disunting oleh eyzlyn pada 23hb Januari 2005, 08:42:56 pagi

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

Qiena
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 23hb Januari 2005, 9:49:27 mlm    [Edit]
ehh.. cam sama je kes ni.. saya pun ada satu gigi ujung yg kuar separuh je.. pastu mcm ade lebihan gusi lembut lak atas gigi tu.. sesekali penah gak selak2 time dalam bilik air.. tapi takdela sakit cuma gigi tu tak dicuci dengan bersih la sbb daging gusi tu tersepel kt situ.. kes ni kena rujuk ospital ke? takutnyer...!!

--------------
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu..

202.188.82.:-)

sportage
Ahli Setia
11. Dihantar pada 23hb Januari 2005, 10:59:13 mlm    [Edit]

sport besa gak tonton 8TV..
tiap ahad mlm i.e. Extreme Makeover..
generally dia pasal plastic surgery..
for the purpose of individual beautifying..
but then, every patient mesti wat rawatan gigi..
depa guna sistem laser..
so..mmg gigi akan jadik cantik arrr...
hmmm...
jgn kata bedah gigi..
kalo dgr nak cabut gigi pon sport ngeri..
w/pon sport bknlah jns takut tgk darah...
tapi bab gigi ni kan...uihh..ngilu arrr...

--------------
tinggalkan aku di sini..

203.106.196.:-)

eyzlyn
Pengendali
12. Dihantar pada 24hb Januari 2005, 04:31:03 pagi    [Edit]
qiena,

awak blom kena bengkak macam lin lagi tu. benda ni tungggu masa jer nak sakit. lin mula-mula kesan benda ni masa form 5. tapi kata doktor, nanti esok-esok, dah sakit dan membengkak, pi operate la. beberapa tahun lepas tu barulah timbuk sakit ni. skang ni tgh membesar lagi bengkak. gigi lin tak boleh nak kacip rapat skang. atau dgn kata lain tak lih gigit rapat.

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

eyzlyn
Pengendali
13. Dihantar pada 24hb Januari 2005, 11:54:38 pagi    [Edit]
upkan topic ni...sebab gigi tgh sakit lagi....

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

tia75
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 24hb Januari 2005, 2:29:55 ptg    [Edit]
ramai gak sakit gigi..erkkk

tia dah call spital selayang....tanya pasal bayaran...deposit aje 400.00
lom masuk operate lagi. peh tu duduk dalam wad kene 3 hari....

nak murah ambik 3rd class....nak sederhana duduk 2nd class...nak best duduk 1st class lahhrr...tp mahai gak...

co cuma cover 500 aje untuk pergigian...tu pun kene bayar dulu...


--------------
cAyaNg SeLaLu

192.228.129.:-)

kamar401
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 24hb Januari 2005, 3:10:06 ptg    [Edit]
saya punya kes sama cam Qiena...dua belah gigi ujung keluar
separuh dan senget keluar skit. kalau makan tu...kadang2 makanan
terlekat kat situ, susah sikit nak gosok gigi ....pernah tanya doktor gigi
kat klinik Putrajaya, dia kata kalau tak sakit tak yah cabut...
tapi yg problemnya asyik tergigit pipi kat dalam dekat
ngan gigi tu...aduh! sakit bila nak makan.

--------------
bersama HERBALIFE - membina keyakinan diri....ctc wan 019-2776889

219.95.16.:-)

eyzlyn
Pengendali
16. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 06:04:10 pagi    [Edit]
tia, takkan operate skit mahal nyer.....

kalau buat kat private klinik baper ek? kalau mahal gak, lin buat kat canada jer la..

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

maria03
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 10:27:08 pagi    [Edit]
pasal gigi ni kan..
2 minggu sebelum raya pose yg lepas maria tetiba sakit gigi depan yg amat sangat..3-4 hari sakit sampai nangis2 nahan sakit..hubby tgk pon kesian..dah makan macam2 ubat tapi tak berkesan..

bila tgk di cermin xder masalah..dahla gigi depan takut sgt kena cabut, malu beb!

so pergilah klinik swasta kat rumah..doc cek katanya bengkak kat akar/saraf so kena wat rawatan saraf/akar..kos die satu gigi RM120..yg kena tu 3 gigi..takkan nak cabut sume kan..
so buatlah rawatan akar..dahla masa tu nak raya..maria pon tgh kering, nak gi PPUM lambat lak kena tunggu turn sakit dah tak tertahan..sib baik hubby belanja..

bayar sikit2 coz treatment tu 3 kali..
die akan korek bahagian dalam gigi tu kat saraf die tu & buang saraf yg menyebabkan sakit tu..so x perlu cabut..
tapi ada lubang sikitlah doc suggest suruh wat crowing..ada 2 jenis..yg biasa tu RM400 satu gigi utk crown ()sesuai utk gigi belakang)..yg cantik tu khas utk gigi depan RM900 satu gigi..bayangkan 900x3=2700 dah...mau pengsan beb!

so sekarang dah tak sakit, lubang yg di korek tu tampal ngan penampal sementara...ikukan kalo takmo crown tapi just nak tampal pon boleh tapi takut tak tahan nanti akan dtg tercabut ngan gigi2 sekali naya beb..kalo gigi belakang xper gak..
so maria akan wat appointment pergigian kat PPUM, masuk waiting list lebih kurang 6 bulan tunggu..tapi kalo tak sakit xder masalh nak tunggu..kos separuh dari swasta lagipon crowning tak sakit pon..kalo cabut, tampal , rawatan saraf tu takut gak nak wat kat doc pelatih atau gomen ni..
..

kunun hari tu balik kelate (raya haji) nak buat kat sana kot murah sket..tapi lebih kurang jek rege..tak taulah kalo pandai survey kan..

--------------
1- Nureen Saffiya 2- ? 3- ? 4-?

218.208.192.:-)

eyzlyn
Pengendali
18. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 11:50:39 pagi    [Edit]
maria, kat kelantan ader satu klinik, dr ahmad.. lin buat rawatan akar kat situ. dia caj 80 ringgit sebatang. tapi tak taulah kalau skang dah naik harga ker tak. buat crown kalau kat hospital gomen, yg gigi depan tu 345 kot sebatang .. lin buat gigi palsu yg pakai bukak jer... takder duit nak pakai crown ni

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

maria03
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 11:56:57 pagi    [Edit]
oh iye ke lin..
ni pon maria lom register lam waiting list lagik kat PPUM..
nak juga pergi..
lagipon PPUM bole bayar sket2 so xderla berat sgt..
nak pakai gigi palsu rasa cam keberatan pulak..

bila tgk kos klinik swasta rasa cam nak buka klinik gigi jek...ehehehhehehe...kayo beb!

--------------
1- Nureen Saffiya 2- ? 3- ? 4-?

218.208.192.:-)

eyzlyn
Pengendali
20. Dihantar pada 25hb Januari 2005, 12:42:33 tghari    [Edit]
hihi.. memang pun.. nak-nak kat KL. ari tu, pi cuci gigi kat one klinik kat taman melawati, dibantainya 200 ringgit. padahal lin buat kat kelantan 50 ringgit jer. melampau betul. bukannya lin cabut or tampal gigi, cuma cuci gigi jer. lin memang suka pi cuci gigi, nanti gigi putih bersih.. masa tu rasa asyik nak sengih memanjang jer....

skang ni lin buat sendiri kat rumah, pakai alat utk buang plak. jenuh weh. kalau kat klinik, dia pakai machine...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

reynna
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 12:24:45 tghari    [Edit]
crowning tuh apa? tampal lubang tu ke?

* Mesej ini telah disunting oleh reynna pada 26hb Januari 2005, 12:27:47 tghari

--------------
http://buymebeauty.blogdrive.com <one-stop bargain center>

203.106.58.:-)

tia75
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 04hb Mac 2005, 11:28:49 mlm    [Edit]


alhamdulillah, tia baru aje keluar spital selayang petang ni. duduk dalam wad 2 malam 3 hari.
Sakitnya tak terkira. Tia mintak bius habis. Masuk air dalam 2 1/2 botol. Bayangkan 3 batang gigi kene buang secara pembedahan. Lepas op, bius habih ya-Allah sakitnya tuhan yang tahu. Dah le tu, kat idung kene masuk tiub. Masuk tiub bius larrr..tp lepas abih op...gusi sakit...mulut sakit...idung sakit...tekak sakit. Sampai tia menangis. Sakit beranak pun tak cam ni....ni sakit sesangat. Sampai doc inject ubat tahan sakit dua kali baru ilang sakit. Bengkak kat muka jgn cakap lar....macam orang sakit beguk.
MC dapat seminggu. Minggu depan kene pegi balik spital cabut benang dan doc nak cek ok ke tak. Kalu still tak ok dapek lagi mc.
Ni nasihat tia lahh....pegi lah cek gigi..kalu gigi geraham tu tak cukup maybe ada yg masih dok dalam gusi...terutamanya gigi bongsu.
Mungkin ada yg anggap tak penting kalu gigi ni tak keluar...tp ingatlah...kalu tak buang gigi yg terbenam dan keluar langsung dr gusi ni alamatnya kita yg tanggung kesakitan.
Kos tak mahal....tia kene kat spital selayang cuma RM76.00 aje. Ambik kelas 3...Rm3.00 sehari...kos operate cuma RM50.00 campur kos ubat, ujian darah, radiologi semua dalam 76.00 aje. Ingatkan mahai le kene..rupanya murah aje.

--------------
cAyaNg SeLaLu

61.6.109.:-)

drakulaz
Ahli Baru
23. Dihantar pada 05hb Mac 2005, 02:24:10 pagi    [Edit]
tia75
rasa2nya cam pernah ko dengar kes ko nih.. bukan ker kat forum cari pun ko ada cerita gak ker.... masalah gigi ko nih satu dunia tau daa..

219.93.80.:-)

eyzlyn
Pengendali
24. Dihantar pada 05hb Mac 2005, 1:58:18 tghari    [Edit]
aiseh tia, naik ngeri lin dengar...

sajer nak update, nway, selepas sebulan merana sakit gigi, bengkak kat gusi dah sutuh. skang ni tak boleh makan benda manis, bepantang. nanti gusi sakit looo

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

merci
Ahli Baru
25. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 09:38:48 pagi    [Edit]
tia75,
Merci baru gi UM semalam, pasal geraham bongsu nilah.Kena buat surgerylah.Ni yang seram ni.Macam tialah, kata dr. kena pecahkan gigi tu dan ambil sikit-sikit, takut kena nerve - nanti kebas semua gigi or kena tulang nati habis berkecai semua gigi.Gigi merci, baring juga.Now dalam waiting list, belum dapat date lagi.
Macam tia, rasanya oklah sebab dapat bius pengsan terus.Kalau nganga, ada lenguh sebab lama.Kata budak india semalam, dia kena buka mulut selama 1 1/2 jam dan dia kata sakit.... sangat.
Tak ada ubat ke yang boleh matikan gigi ni tanpa kita cabut?Masalah merci ni macam masalah sorang kawan kat atas ni, iaitu ada daging dah 'tersembul' kat gigi tu dan menghalang masa nak gosok gigi. Hai, seriau betul!

202.190.233.:-)

tia75
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 3:55:57 ptg    [Edit]
drakulaz

tak baik lar cakap cam ni. bukannya tia nak inform satu dunia....
tia ni memang jenis suka bertanya...tak salah kan.????
sekarang tia dah alami sendiri...so dah ada xprience..apasalahnya tia berkongsi citer.

merci
masa buat tu mintak le bius pengsan...memang tak sedar apa pun. cam ner diaorang ngangakan kita pun kita tak tahu.
tp lepas bius abih memang sakit larrrr...tak tahu nak cakap cam ner sakitnya. Tp elok lar merci buang gigi tu..sbb tak buang pun ada risiko.
Ubat nak matikan tak de kot...tah ler...tanya doc..dia lebih arif.
Apa-apa pun berdoa byk2 dan tawakal aje. Insya-Allah mudah-mudahan semuanya selamat.

Esok tia kene pegi spital balik..nak cabut benang. Sekarang ni masih sakit...berdenyut2.

--------------
cAyaNg SeLaLu

61.6.163.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 14hb Mac 2005, 10:53:45 pagi    [Edit]
baca pasal gigi ni ngilunye.....semalam baru buat tampal gigi...tupun Dr kata kalau sakit lagi kena cabut atau tak nak cabut kena buang akar yang dah rosak tu...aii...macam-macam ..menyesal tak gi tahun lepas...dari tahun lepas lagi sakitnye heheh....sebab dia on and off jadi malas...tapi 2, 3 ari ni asyik sakit je...gosok gigi pun asyik berdarah je..so amik keputusan gi la dentist..sebenarnya kita ni penakut kalau bab gigi ni hehehe...
rasa cam sakit nak bersalin jek debarnya...aii sabor je la..

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005