Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 3hb Syawal 1435 @ 31hb Julai 2014, 3:23:06 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh BOTOX. : HALAL atau HARAM ?
moshi
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 25hb Januari 2006, 6:04:00 ptg    [Edit]



Pagi tadi,
Sambil sarapan pagi,
sambil lihat-dengar 'Selamat pagi Malaysia'.
Ehwal. 'Botox'.

( tetamunya seorang Dr Pakar Botox,
keturunan India.
yang menemurah DJnya seorang wanita, keturunan Melayu ).

Antara lain kata Dr tu.

Botox melalui suntikan,
Sudah di amalkan belasan tahun lalu. Khasnya di USA.
Di Malaysia pun kira-kira lebih kurang 15 tahun.

Pengalamannya di Malaysia.

... Lebih 80 % pelanggan adalah wanita yang mahukan 'mengekalkan kecantikan'
dan,
sangat kurang 'Botox' untuk kesihatan yang seharusnya melibatkan kes untuk 'kanak-kanak' yang 'ada masaalah kaki-tangan' sukar dinormalkan sendi-sendinya.

... 'Keberkesanan suntikan 'Botox' adalah untuk MENEGANGKAN KULIT
( biasanya pada bahagian muka untuk kecantikan wanita ) boleh bertahan antara lebihkurang enam bulan sekali suntikan, ianya berharga antara RM600.00 sekali suntikan.

'BOTOX untuk KESIHATAN'
Cuma untuk 'mengurangkan mengeluarkan peluh' yang berlebihan dibahagian ( nota saya: kerana 'hapak' kot ) ketiak atau cecelah...
yang menelan belanja antara lebihkurang RM4,000 dan dapat bertahan antara enambelas bulan sekali suntikan.
( nota saya: sekadar mengurangkan keluar peluh, sedangkan memang badan yang sihat perlu mengeluarkan peluh )

LAIN-LAIN KES PEMULIHAN KESIHATAN,
tidak ada disebutkan walau di ulang-ulang tanya oleh sijuruhebah (DJ).( jangkaan saya: harus untuk korek sama ada menghalalkan cara atau bagi memastikan ada fakta kuat boleh diamalkan oleh orang Islam ).

Sehingga ditanya oleh DJ wanita itu, kerana tidak ada yang dapat menguatkan HUJAH KERANA KESIHATAN, maka diajukan soalan : tentang membetulkan 'mata juling',
Jawap Dr. yang tidak memihak mana-mana bunyinya:
'BOTOX' ADALAH SUNTIKAN UNTUK LUARAN (KULIT) DAN BUKAN DALAMAN.
tambahnya; 'bola mata' bukan diluar... ada dalam 'rumah mata'.


NOTA:
Secara jelas dari Dr Pakar 'Botox' Malaysia itu ( pada hemat saya memang Dr. itu menyatakan secara jelas dan tidak berkepentingan, melainkan atas pengetahuan seorang pakar 'Botox') ,
JELASNYA:
'BOTOX' adalah kaedah suntikan yang menjurus kepada 'MENEGANGKAN KULIT AGAR KELIHATAN AWET MUDA' YANG BERMAKSUD KECANTIKAN WANITA ATAU LELAKI YANG TIDAK MAHU KELIHATAN KEDUT 'DI-DAHI ATAU TEPI KENING, kerana kurang berkesan untuk menghilangkan 'kedut' pada antara pipi dan mulut, dan ianya yang kena dibuat setiap enam bulan.

Walaupun, DJ TV tu cuba untuk membawa 'fokus 'BOTOX' untuk kesihatan', namun setiap kali ia di ajukan, Dr. Pakar Botox itu tidak memberi 'jawapan positif'
.


WA.




NOTA KHAS:
Majlis Fatwa tangguh keputusan mengenai Botox
23/01/2006 - (Utusan Malaysia)
PUTRAJAYA 23 Jan - Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menangguhkan keputusan untuk mengeluarkan fatwa mengenai penggunaan Botox yang dikatakan dapat mengurangkan kedutan di muka sehingga laporan lengkap mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya diperolehi.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 25hb Januari 2006, 6:15:12 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 25hb Januari 2006, 11:19:36 mlm    [Edit]


BERKENALAN DENGAN 'BOTOX'

Untuk menyatakan ehwal 'botox',
haruslah juga kita sedikit sebanyak mengetahui apakah bendenya,
yang dikatakan 'botox'.



gaya hidup
Rahsia muda ...tanpa bedah



KEBANYAKAN bintang-bintang Hollywood kini memilih rawatan kecantikan tanpa pembedahan. Mereka menyuntik 'Botox' bagi melumpuhkan fungsi otot-otot muka tertentu untuk melenyap kedut-kedut di wajah.

Hasilnya apa jua memek muka, tidak meninggalkan garis dan kedut pada kulit wajah.

Suntikan 'ajaib' ini turut diamalkan oleh peragawati terkenal dan ratu cantik, termasuk penyanyi Madonna dan Cliff Richards.

Menurut pakar perawat Botox yang juga Pengarah dan Ketua Bahagian Dermatologi Kosmetik Universiti Miami, Florida, Dr. Leslie Stafford Baumann, rawatan suntikan Botox boleh mengekang proses penuaan.

Botox adalah larutan Botulinum Toxin A, yang dihasilkan oleh mikro organisma, yang dikenali sebagai Clostridium Botulinum.

"Penggunaan Botox bukan lagi rahsia di kalangan bintang-bintang terkenal Hollywood. Kebelakangan ini ramai menyuntiknya untuk mengelak berpeluh di ketiak sewaktu menghadiri majlis Anugerah Grammy,'' kata Baumannn ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya lagi, "suntikan Botox popular kerana ia mudah, cepat, murah, selamat, amat berkesan dan tidak perlu melalui pembedahan sebagaimana rawatan menegangkan kulit yang ada pada hari ini.

Rawatan Botox adalah rawatan kosmetik kedua paling pesat berkembang di Amerika Syarikat, selepas rawatan pengelupasan kimia. Manakala suntikan kolegan menduduki tangga ketiga.

Pada tahun 1999 sebanyak 498,204 rawatan Botox dijalankan di seluruh Amerika Syarikat iaitu peningkatan sebanyak 216 peratus.

"Kini Botox digunakan meluas di 66 negara di dunia,'' ujarnya yang meramalkan suntikan Botox akan menjadi pelopor rawatan kosmetik tanpa bedah di alaf ini.

Dr. Baumann berada di Malaysia untuk mengelolakan seminar bagi melatih pakar rawatan kosmetik yang mengendalikan rawatan suntikan Botox.

Botox asalnya dicipta oleh Dr. Alan Scott sekitar tahun 70-an untuk merawat strabismus iaitu juling pada monyet. Beliau kemudian menjual rumusan Botox kepada sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa pada 1980.

Kesinambungan penyelidikan yang diusahakan oleh syarikat farmaseutikal ini, Botox akhirnya dapat dimanfaatkan untuk merawat masalah blepharospasm (mata selalu berkenyit).

Mendapat kelulusan Federal Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat, hari ini Botox dipakai meluas untuk kepentingan perubatan, khususnya merawat kecacatan therapeutik yang memb a b i tkan otot-otot hyperaktif.

Botox juga didapati berkesan meredakan migrain dan mengawal peluh berlebihan di tapak tangan dan ketiak.

Penggunaan Botox bagi tujuan kecantikan telah bermula di Amerika Utara lebih 10 tahun lalu.

Ia disuntik pada bahagian tertentu muka untuk melicinkan garis dan kedut pada dahi, leher, dagu, hujung mata, sekeliling bibir dan hidung, garis-garis senyum dan kesan berkerut antara kening.

Jelas Baumann, "untuk awet muda larutan Botox disuntik pada otot-otot muka yang menyebabkan kedut.''

Kesannya otot-otot berkenaan akan menjadi kendur dan sekali gus melumpuhkannya. Hasilnya wajah kekal licin, bebas daripada kedut.

"Kalau diteliti gambar-gambar seniwati terkenal, kita akan dapati kebanyakan mereka mempunyai bentuk bulu kening yang seragam dan cantik. Suntikan Botox boleh memberi bentuk kening sebegitu,'' sambungnya membuka rahsia.

Botox juga dikatakan boleh mengatasi masalah ketidaksamaan bentuk pada bahagian-bahagian muka.

"Biasanya mereka menjalani suntikan Botox tiga kali setahun, yang mengambil masa lima - 10 minit. Kesan sepenuh Botox dapat dilihat dalam masa lima - tujuh hari dan ia bertahan antara tiga - empat bulan, bergantung kepada kepekatannya,'' jelasnya lanjut.

Katanya, "kelemahan suntikan Botox. Ia hanya memberi kesan yang sementara. Justeru kami masih meneruskan penyelidikan mengenai Botox untuk mencari jawapan bagi memanjangkan keberkesanannya.''

Rawatan suntikan Botox hanya layak dikendalikan oleh para doktor sahaja seperti pakar bedah kosmetik dan dermatologi.

Menurut Baumann ia suatu prosedur yang selamat dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan.

Bagaimanapun biasanya bahagian yang disuntik akan berasa lembut seketika atau sedikit lebam dan mata berasa kering. Bagi sesetengah orang pula mungkin mengalami ptosis iaitu kelopak mata atau kening jatuh sedikit.

"Kesan ini sementara saja dan hanya berlanjutan paling lama dua minggu, orang ramai tidak perlu gusar kerana tiada rekod yang menunjukkan rawatan ini mendatangkan musibah,'' terangnya

Seperti negara-negara maju, penggunaan Botox telah dipraktiskan kalangan doktor Malaysia bagi merawat masalah strasbismus (juling), blepharospasm (mata tidak henti berkenyit), cervical dystonia dan spastik.

Ia juga digunakan untuk, mengendurkan otot-otot pesakit cerebral palsy dan kejang otot yang disebabkan serangan angin ahmar.

Namun, menurut pakar dermatologi tempatan Dr. Lim Chai Leng, rawatan suntikan Botox untuk tujuan kecantikan hanya ditawarkan lebih setahun lalu.

"Ia adalah rawatan pilihan selain pembedahan plastik untuk mereka yang mahu memiliki wajah awet muda, licin dan segar,'' ujarnya.

Menurut Lim lagi ramai ahli perniagaan lelaki menyuntik Botox untuk menghilangkan garis kerut di muka supaya wajah mereka sentiasa tampak tenang dan terkawal apabila berurusan, walaupun dalam keadaan marah.

Purata satu bahagian memerlukan antara 40 -50 unit. Penggunaan ini kecil kalau dibandingkan dengan rawatan cerebral palsy yang memerlukan 800 unit suntikan Botox.

Oleh kerana serbuk Botox hanya boleh bertahan 24 jam setelah botol dibuka, Lim mencadangkan mereka yang mahu menjalani rawatan ini datang secara berkumpulan untuk menjimatkan kos.

Bagaimanapun rawatan ini tidak disarankan kepada wanita mengandung dan yang sedang menyusukan anak.

sisipan dari.
utusan malaysia.22/12/2000 -



Kris Dayanti - Seribu Satu KD pendedahan berani

Bersama Dean
BERTEMU kembali! Sudah beberapa minggu, ruangan ini tidak menemui pembaca Pancaindera. Minggu ini, saya bersedia untuk berkongsi catatan terbaru saya bersama seorang lagi personaliti yang saya temu bual baru-baru ini.

Kunjungan bintang tersohor Indonesia, Kris Dayanti ke ibu negara minggu lalu sempena pelancaran autobiografinya, Seribu Satu KD dan pelancaran Minggu Setiausaha di Mutiara Hotel, Kuala Lumpur memberi kesempatan kepada saya bertemu dengannya. Kali terakhir kami bersua ialah pada Ogos tahun lalu di Genting Highlands.

Banyak yang saya bualkan dengan Kris. Ada yang boleh ditulis dan ada yang Kris minta off the record. Jangan siar kerana katanya ia begitu peribadi sekali.
........


Apakah Kris menyenangi pendedahan .....

....

Mengapa saya harus takut berdepan dengan masyarakat kalau sekalipun saya sedang menghadapi masalah? Saya lihat, sebagai artis saya harus tabah dan menjadi manusia yang kuat untuk menghadapi apa sahaja dugaan. Apabila saya memilih untuk menjadi artis, maka saya harus tahu saya milik semua orang.

Dengan cara yang sedemikian juga, saya sedar yang saya akan lebih dihormati oleh peminat-peminat dan juga media serta masyarakat keseluruhan.

Dalam Seribu Satu KD turut dimuatkan pendedahan Kris menggunakan botox selain pembedahan untuk kecantikan. Tidakkah Kris bimbang kesan sampingannya?

Sebagai seorang artis, saya sering diingatkan penampilan amat penting sekali. Personaliti seseorang artis itu sering kali menjadi perhatian semua orang.

Dalam hal ini, saya tidak ketinggalan dan kerana itu saya sering memberi perhatian terhadap kecantikan diri. Keputusan saya untuk mencantikkan diri dengan teknologi moden bukan dibuat atas dasar suka-suka, sebaliknya, saya merujuk kepada pakar-pakar perubatan.

Saya menemui mereka untuk mengetahui kesan sampingan serta baik buruk penggunaan botox dan sebagainya.



......

Saya percaya Kris juga sudah tentu membuat pelaburan yang besar untuk proses itu.

Kos? Boleh tahan juga (ketawa).

Kris gembira dengan cara itu untuk mengekalkan karier Kris?

Ya, saya senang sekali dengan perkembangan kerjaya seni saya. Bahkan, sokongan suami dan anak-anak juga menyebabkan saya amat gembira sekali.

Bagaimana penerimaan keluarga Kris dan keluarga mentua Kris terhadap pendedahan berani Kris dalam Seribu Satu KD?

Syukur kaum keluarga saya dan keluarga mentua saya dapat menerimanya dengan begitu terbuka sekali. Sokongan sebegini yang sebenarnya memberi kekuatan kepada saya.

Utusan Malaysia.(21/03/2004 )




SISIPAN DARI AFP.


discoveries

Botox glamour treatment may hold unknown dangers, warns journal


PARIS Nov 22 - A prestigious medical journal has issued a warning over the use of Botox, the anti-wrinkle treatment that is spreading like wildfire among celebrities and the well-heeled.

Botox - botulinum toxin, derived from the bacterium Clostridium botulinum - is a viciously powerful neurotoxin that at high doses can cause fatal paralysis.

At low doses, it is licensed for use to treat neurological conditions such as facial tics and muscular spasms in the neck, back, fingers and wrists.

But it is starting to move out of the clinic and into unlicensed areas, driven by a frenzied demand by men and women who want to look younger.

By paralysing muscles that cause wrinkles in the forehead, it can smooth out age and worry lines.

Global sales of Botox have risen from US$25 million in 1993 to an estimated US$430 million this year, driven especially in the United States, the home of ``Botox parties,'' where champagne-guzzling socialites are injected with the drug.

The craze has been driven by media coverage and endorsements by celebrities in the music and movie business. One person who has acknowledged having used it is Sir Cliff Richard, the veteran British singer whose tabloid nickname is appropriately ``the Peter Pan of pop.''

In an editorial published in Saturday's issue, the British Medical Journal (BMJ) sternly warns that many aspects of Botox's long-term impact on health have never been explored, especially on the nervous system.

``Robust evidence for the action of botulinum toxin on sensory neurones is lacking,'' according to the editorial, written by Peter Misra, a consultant at the National Hospital for Neurology and Neurosurgery in London.

``Animal experiments have shown that botulinum toxin affects the transmission of afferent nerves,'' he said, referring to nerves that relay signals from the limbs to the central nervous system.

Other studies, among rats, have shown that Botox can block the release of nerve-signal chemicals called neurotransmitters in rats, he said.

``It is easy to forget that botulinum toxin is a potent neurotoxin and that its very long-term effects are still unknown,'' he warned.

The BMJ is the weekly organ of the British Medical Association (BMA).

Botox took a significant step towards moving out of the celebrity sphere in May, when the British high street group Boots started to offer injections, administered by doctors, at three stores for 200 pounds (300 euros, dollars).

Botox treatment is not permanent - follow-up injections are needed a few months afterwards - and those who receive it sometimes complain their faces look frozen and inexpressive. - AFP(23/11/2002)

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 26hb Januari 2006, 11:26:19 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 25hb Januari 2006, 11:44:41 mlm    [Edit]
Botulin toxin



Chemical overview

Botulinum (botulinus) toxin is the toxic compound produced by the bacterium Clostridium botulinum. The names Botox® and Dysport® are trade names and should not be used generically to describe the neurotoxins produced by Clostridia species. There are seven serologically distinct toxin types, designated A through G; 3 subtypes of A have been described. The toxins incorporate an enzyme (a protease) that attacks one of the fusion proteins at a neuromuscular junction, preventing vesicles from anchoring to the membrane to release acetylcholine . By inhibiting acetylcholine release, the toxin interferes with nerve impulses and causes paralysis of muscles in botulism. The toxin is a two-chain polypeptide with a 100-kDa heavy chain joined by a disulphide bond to a 50-kD light chain.

It is possibly the most acute toxic substance known, with a lethal dose of about 200-300 pg/kg, meaning that somewhat over a hundred grams could kill every human living on the earth (for perspective, the rat poison Strychnine, often described as highly toxic, has an LD50 of 1 mg/kg, or 1 billion pg/kg). It is also remarkably easy to come by: Clostridium spores are found in soil practically all over the earth. Food-borne botulism usually results from ingestion of food that has become contaminated with spores (such as a perforated can) where the environment is anerobic allowing the spores to germinate and grow. The growing (vegetative) bacteria produce toxin; ingestion of preformed toxin causes botulism, not ingestion of the spores or vegetative organism. Infant (intestinal) and wound botulism both result from infection with spores which subsequently germinate, resulting in production of toxin and the symptoms of botulism.


History

The German physician and poet Justinus Kerner first developed the idea of a possible therapeutic use of botulinum toxin, which he called "sausage poison." In 1870, Muller (another German physician) coined the name botulism. The Latin form is botulus, which means sausage. In 1895, Emile Van Ermengem first isolated the bacterium Clostridium botulinum. In 1944, Edward Schantz cultured Clostridium botulinum and isolated the toxin, and, in 1949, Burgen's group discovered that botulinum toxin blocks neuromuscular transmission. Throughout the 1950s, the toxin was used experimentally in the medical cosmetic treatment of politicians. Then actor-turned-politician Ronald Reagan is rumoured to be one of the earliest patients of this microexpression-concealing procedure.

By 1973, Alan B Scott, MD, of Smith-Kettlewell Eye Research Institute used botulinum toxin type A (BTX-A) in monkey experiments, and, in 1980, he officially used BTX-A for the first time in humans to treat strabismus. In December 1989, BTX-A (BOTOX®) was approved by the US Food and Drug Administration (FDA) for the treatment of strabismus, blepharospasm, and hemifacial spasm in patients aged younger than 12 years. BTX-A received FDA approval for treatment of cervical dystonia on December 21, 2000. Finally on April 15, 2002, the FDA announced the approval of botulinum toxin type A (BOTOX® Cosmetic) to temporarily improve the appearance of moderate-to-severe frown lines between the eyebrows (glabellar lines). Although it has not been approved by the FDA for any other indications, the acceptance of BTX-A use for the treatment of spasticity and muscle pain disorders is growing, with approvals pending in many European countries.

Dysport® is a therapeutic formulation of the type A toxin developed and manufactured in the UK and which is licenced for the treatment of focal dystonias and certain cosmetic uses in many teritories world wide.


Chemical warfare

Botulin toxin has always been considered an inferior agent for chemical warfare since it degrades rapidly on exposure to air, and therefore an area attacked with the toxic aerosol would be safe to enter within a day or so. There are no documented cases of the toxin's actually being used in warfare; however, it was probably used in the Operation Anthropoid to kill top Nazi Reinhard Heydrich ([1]) and in "Operation Mongoose" in 1961, the CIA saturated some cigars, of Fidel Castro's favorite brand, with botulinum toxin for a possible assassination attempt. The cigars were never used, but when tested years later were found still effective. [2].

There has been concern over the use of botulin toxin as a terrorist weapon, but it appears not to be ideal for this purpose. The vials used therapeutically are considered impractical as weapons because each vial contains only an extremely small fraction of the lethal dose. Nor is home-growing very viable; the bacterium in question is anaerobic and grows poorly in the presence of oxygen. This would make it difficult for terrorists to produce the toxin in bulk.

The toxin's properties did not escape the attention of the Aum Supreme Truth cult in Japan, who had set up a plant for bulk production of this agent, though their assassination and other attacks used the nerve agent sarin instead, because of its easy dispersal and faster-acting properties.


Medical uses

Researchers discovered in the 1950s that injecting overactive muscles with minute quantities of botulinum toxin type A decreased muscle activity by blocking the release of acetylcholine at the neuromuscular junction, thereby rendering the muscle unable to contract for a period of 4 to 6 months.

Alan Scott, a San Francisco opthamologist, first applied tiny doses of the toxin in a medicinal sense to treat crossed eyes and uncontrollable blinking, but a partner was needed to gain regulatory approval to market his discovery as a drug. Allergan, Inc., a small pharmaceutical company that focused on prescription eye therapies and contact lens products, bought the rights to the drug in 1988 and quickly received FDA approval in 1989. Allergan renamed the drug Botox®.

Cosmetic benefits of Botox® were quickly realized when the frown lines between the eyebrows appeared to soften following treatment for eye muscle disorders. The increased potential of Botox® as a cosmetic treatment led to clinical trials and subsequent FDA approval in April 2002.

Currently, Botox® is finding enormous additional potential in several therapeutic areas including the treatment of migraine headaches, cervical dystonia (a neuromuscular disorder involving the head and neck), blepharospasm (involuntary contraction of the eye muscles), and severe primary axillary hyperhidrosis (excessive sweating). Other uses of botulinum toxin type A that are widely known but not approved by FDA include urinary incontinence, anal fissure, spastic disorders associated with injury or disease of the central nervous system including trauma, stroke, multiple sclerosis, or cerebral palsy and focal dystonias affecting the limbs, face, jaw, or vocal cords. Treatment and prevention of chronic headache and chronic musculoskeletal pain are emerging uses for botulinum toxin type A. In addition, there is evidence that Botox® may aid in weight loss by increasing the gastric emptying time.


Chemical mechanism of toxicity

The heavy chain of the toxin is particularly important for targeting the toxin to specific types of axon terminals. The toxin must get inside the axon terminals in order to cause paralysis. Following the attachment of the toxin heavy chain to proteins on the surface of axon terminals, the toxin can be taken into neurons by endocytosis. The light chain is able to leave endocytotic vesicles and reach the cytoplasm. The light chain of the toxin has protease activity. The type A toxin proteolytically degrades the SNAP-25 protein, a type of SNARE protein. The SNAP-25 protein is required for the release of neurotransmitter substances from the axon endings [3]. Botulin toxin specifically cleave these SNAREs, and so prevent neuro-secretory vesicles from docking/fusing with the nerve synapse plasma membrane and releaseing their neurotransmitters.

Though it affects the nervous system, common nerve agent treatments (namely the injection of atropine and 2-pam-chloride) will increase mortality by enhancing Botox's mechanism of toxicity. Attacks involving Botox are distinguishable from those involving nerve agent in that NBC detection equipment (such as M-8 paper or the ICAM) will not indicate a "positive" when a sample of the agent is tested.

----
http://en.wikipedia.org/wiki/Botox

WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 25hb Januari 2006, 11:46:49 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 25hb Januari 2006, 11:52:32 mlm    [Edit]
Botox Manufacturers Would Smile If They Could: Jury Finds No Liability for Months-Long Migraine

Author(s):Michelle Kaminsky




The legal record of Botox remains unblemished. In its first brush with the law, Allergan, Inc., the drug manufacturer, was cleared of responsibility for Irena Medavoy many ailments after a 2002 injection. Medavoy, a former model and actress, received a dose of Botox from Dr. Arnold Klein, dermatologist to the stars. She claims to have sought the injection to help ease her migrainesn off-label use of the purported anti-wrinkle drug. For the next four months, Medavoy claimed to suffer from an unbearable migraine, fatigue, neck weakness, and difficulties breathing and swallowing.

Medavoy sued both Allergan and Klein, who happens to be a $100,000 a year consultant for Allergan. The focus of her case? Failing to warn her about the potentially serious side effects and intentionally misleading her about the safety of Botox. She sought reimbursement for both her medical bills and her lost wages from a proposed talk show. Appropriate compensation for pain and suffering was left to the jury. But the jury eventually sided with Allergan, 9-3.

The five-week trial was heavy with medical testimony. About 20 doctors speculated on off-label uses of Botox and the cause of Medavoy illnesses. Klein, who keeps Elizabeth Taylor youthful, testified that Botox has been safely administered in much higher doses than what Medavoy received. The doctor denied that he exceeded a safe dosage. He also noted that in his personal history of administering over 15,000 Botox injections, only Medavoy had ever experienced a severe headache after the session.


Botox has unknown risks as an anti-wrinkle treatment in doses higher than 20 units.


Despite much positive testimony, the trial wasn without wrinkles for Botox. Mitchell Brin, a senior vice president at Allergan, admitted the product insert states that Botox has unknown risks as an anti-wrinkle treatment in doses higher than 20 units. He also acknowledged that the drug can spread to other areas of the body. Moreover, Allergan own clinical studies of Botox found a potential link to headaches, pain, flu-like symptoms, and respiratory problems.

The high-profile trial was closely watched for more than legal and medical interest. Medavoy is the wife of producer Mike Medavoy, chairman of Phoenix Pictures. The trial took a Hollywood turn as attorneys showed Medavoy attending galas despite claims she was bedridden. Medavoy last twenty-five years of emotional and physical health became fair game as attorneys discussed her divorces, career troubles, depression, and chronic fatigue syndrome.

Botox, an injectable form of botulinum toxin, has been around for nearly two decades. It also the leading cosmetic procedure in the U.S. When injected, the drug paralyzes or weakens the muscle, preventing it from creating unwanted creases. Treatment is recommended every three to four months. The usual side effects include bruising, temporary headaches, nausea and flu-like symptoms.

In 2003, Botox brought in about $564 million for Allergan. Sales went up 17% in 2004. A big lift for Botox came in 2002, when it was approved to treat labellar lines,?the vertical wrinkles between the eyebrows. Additionally, Botox is currently in the second of three stages of FDA testing in its quest to be named as a migraine treatment.

The Medavoys insist that despite the jury verdict, they have won their personal battle. Theye increased public awareness regarding the financial relationships between doctors and drugs as well as educated the public about the dangers of off-label drug use. Indeed, in the wake of the Botox trial, Irena Medavoy is a new kind of celebrity. She is the spokeswoman for a band of disgruntled Botox patients who blame the drug for pain and paralysis. Botox-bashers would like Medavoy to write a ow to cope?book based on her experiences.

Medavoy herself has proclaimed she is no longer concerned with her appearance. She has apparently decided to grow old gracefully. Whether Medavoy experience will influence others is questionable. After all, Dr. Ava Shamban, a cosmetic dermatologist in southern California said, f Botox were lethal, half of Beverly Hills would be dead and the other half would be suicidal.?/span>

So, the march against time continues. Somewhere Ponce de Leon is smiling next to his Fountain of Youth because, Botoxless, he can.


http://www.legalzoom.com/articles/article_content/article11327.html

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

yoda
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 1:10:43 tghari    [Edit]
salam

tumpang ye boss ..

Apa itu botox
Botox® adalah trademark Allergan Inc., sebuah syarikat farmaseutikal di USA. Diambil dari singkatan botulinum toxin.

Kegunaan Dalam Bidang Perubatan
Merawat penyakit :
1. Mata berkedip (blepharospasm) – mata yang tak boleh berhenti berkedip atau berkedip pada kadar yang luar biasa.
2. Mata juling atau juga dipanggil mata malas (direct translation dari lazy eyes)
3. hemifacial spasm – Kekejangan secara tiba tiba sebelah otot muka. Muka jadi senget
4. spasmodic torticollis atau cervical dystonia – Kekejangan otot leher yang menyebab kepala teleng
5. oromandibular dystonia – Kekejangan berterusan otot muka, tengkuk, dan dalam kes yang teruk, sistem pernafasan
6. Masalah kencing yang teruk yang memerlukan ‘catheterization’ (sebab otot kencing tak boleh ‘relax’ atau mengecut untuk membuka salur kencing.
7. spasmodic dysphonia – Kekejangan peti suara yang menyebabkan gangguan percakapan
8. gagap
9. voice tremor

Side effect
Secara amnya selamat dan efektif jika diadminister oleh pakar saraf (neurologist) yang bertauliah. Jumlah racun yang disuntik perlu dikira dengan tepat sebab botulin ni sangat toksik. Botulin dikatakan racun paling bisa.

Sesetengah pesakit akan mengalami lemah dibahagian otot yang dirawat contohnya bagi pesakit ‘blepharospasm’, kelopak mata akan menjadi layu untuk beberapa ketika (ptosis). Berlaku sebab otot tu lumpuh.

Untuk rawatan kecantikan, basically konsep yang sama digunakan. Kedut disebab kan oleh otot yang mengendur. Apabila botulin dikenakan, otot akan mengecut dan kulit muka akan menegang. Tetapi botox tidak boleh digunakan untuk merawat kedutan disebabkan oleh cahaya matahari

Saraf akan sentiasa membentuk hujung baru yang akan menyebabkan ‘masalah’ lama berulang. Therefore, rawatan ini bukan jenis kekal. Tempoh pengambilan semula botox atau botulin ni bergantung kepada jenis rawatan. Ada ‘pesakit’, orang buat rawatan kecantikan pun pesakit gak kan? Yang akan develop antibody, jadi rawatan seterusnya akan jadi tak efektif.

Apa itu Botulin
Sejenis racun yang dikeluarkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Macam post moshi, ada 7 types of botulin, hanya A,B,E,F diketahui meracun manusia, manakala C dan D meracun haiwan seperti ayam itik, lembu, kuda dan beberapa spesis ikan. Type G, walaupun telah dijumpai, tapi belum ada rekod keracunan.

Botulin adalah racun saraf (neurotoxin). Contoh racun saraf yang lain ialah bisa ular senduk dan kala jengking. Neurotoxin akan menyebabkan kelumpuhan otot.

Secara amnya, keracunan botulin dikaitkan dengan keracunan makanan (botulism). sebenarnya ada 3 jenis keracunan botulin iaitu
1. Food borne botulism
2. wound botulism
3. infant botulism

bagi orang dewasa, kebarangkalian untuk kena botulism ialah food borne botulism.

Wound botulism adalah kes yang sangat jarang berlaku. berlaku jika luka dijangkiti C. botulinum.

Sumber makanan yang berpotensi meracun ialah makanan yang tidak disediakan dengan baik. Insang dan perut ikan merupakan antara tempat pembiakan C. botulinum.

Kebanyakan kes kat US, tak tahu kenapa takde report kat Malaysia, C. botulinum ni soil-based bacteria, so, boleh ada dimana mana. Walaupun kes botulism ni jarang jarang berlaku, tapi sentiasa ditangani dengan serius sebab nature toxin tu yang highly toxic, mortality rate dia tinggi. Masalah dia, kadang kadang salah diagnose sebagai Guillain-Barre syndrome.

Tapi C. botulinum dan spora dia mati pada suhu min 80 C selama 10 minit (minimum).

Beringat dengan makanan yang tidak prepared dengan baik, selain botulism, yang lebih common ialah salmonella poisoning. Salmonella cases ni occurrence dia lebih tinggi tapi mortality rate dia lebih rendah.

sebenarnya tujuan utama tumpang post ni sebab nak share benda ni.Infant botulism.

quote:
Clinical symptoms of infant botulism consist of constipation that occurs after a period of normal development. This is followed by poor feeding, lethargy, weakness, pooled oral secretions, and wail or altered cry. Loss of head control is striking. Recommended treatment is primarily supportive care. Antimicrobial therapy is not recommended. Infant botulism is diagnosed by demonstrating botulinal toxins and the organism in the infants' stools.

Mengikut report yang aku rujuk ni, infant 12 bulan kebawah berisiko untuk kena infant botulism. Tapi aku nak menarik perhatian ibu bapa yang baca post ni, salah satu punca keracunan botulin ni ialah madu. Dan mengikut satu artikel Reader’s Digest yang aku baca few years back, malas nak selongkar balik, doctor yang merawat kes infant botulism ni bagi warning, kanak kanak bawah 3 tahun semua berisiko. Dan kes yang dipaparkan tu, ibu kanak kanak tu bagi makanan tambahan berasaskan madu. It is highly advisable to avoid honey based product untuk kanak kanak bawah 3 tahun. Aku tolong sampaikan kepada ibu dan bapa, esp. yang ada anak bawah 3 tahun.

Botulin ni USFDA kelaskan sebagai Type I recall.
quote dari US FDA http://www.cfsan.fda.gov/%7Elrd/recall2.html
quote:
Class I recalls are for dangerous or defective products that predictably could cause serious health problems or death. Examples of products that could fall into this category are a food found to contain botulinal toxin, food with undeclared allergens, a label mix-up on a life saving drug, or a defective artificial heart valve.

tambahan:
sebenarnya, botulin bukan lah satu satu nya sumber perubatan yang derive dari racun. Research ongoing on ular, kala jengking, lebah dan beberapa jenis racun lagi untuk mengubati penyakit seperti kanser, athritis, multiple sclerosis dsb. Bahkan apithery (bee sting therapy) dikatakan mujarab untuk meredakan penyakit multiple sclerosis.

all in all, racun pun bermanfaat kepada manusia. Tapi orang yang sentiasa cuba melihat sesuatu perkara dari sudut positif yang akan mendapat manfaat dari sunnatullah ni. Kalau kita terlalu negatif, IMHO, lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.

my 2 cents

YNWA

--------------
booo

218.111.27.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 2:49:54 ptg    [Edit]
yoda,
good article dan ulasan..

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

moshi
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 05hb Februari 2006, 11:17:08 mlm    [Edit]


quote:
APA pandangan doktor mengenai minat Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu penggunaan botox sebagai rawatan kecantikan?

Ini memang satu langkah yang bagus, tetapi sebenarnya ada banyak isu lain yang perlu juga pihak majlis fikirkan dan bersedia menghadapinya bukan sekadar botox saja. Sebabnya teknologi perubatan semakin pantas berubah dan baru-baru ini di Eropah sudah ada pembedahan menukar wajah antara pesakit meninggal dunia mendermakan wajahnya kepada pesakit yang masih hidup. Bagaimana kita hendak tanganinya. Soal mengharamkan atau menghalalkan pada saya mesti ada kajian yang mendalam dan perlu berkisar kepada isu asas. Tapi kita sebagai umat Islam dan bagi saya sebagai pengamal perubatan, saya berminat untuk tahu kerana selama ini kita tidak ada panduan ia boleh atau tidak boleh.

Kalau kita lihat, sebenarnya botox itu memanipulasi saraf kepada otot yang membuatnya menjadi lemah. Jika Majlis Fatwa nanti mengharamkannya, apa maksudnya sebagai tidak boleh dipakai kerana botox selepas tiga bulan akan hilang kesannya. Kalau pengharaman atas asas ia mengubah bentuk wajah, perubahan itu tidak kekal.

Kalau botox perlu diharamkan, maka semua jenis pencuci muka dan bahan-bahan dandanan muka yang mengandungi bahan aktif antikedutan atau antipenuaan juga harus diharamkan. Begitu juga dengan rawatan laser, cahaya tinggi, radiofrekuensi, pengupasan kimia dan dermabrasi yang menghilangkan kedutan.



NOTA:
'Dari satu sudut 'pengekalan' botox yang harus bertahan beberapa bulan sahaja yang kemudiannya 'hilang kesannya',
maka dijadikan sebab 'TIDAK HARUS HARAM' As Sunnah,
BUKANLAH suatu hujahan yang 'ilmiah' dan jauh dari 'Taqwa';
kerana,
ia TIDAK PULA MENGAMBIL PELAJARAN, tentang 'ARAK' itu haram, sedangkan kesan kemabukan mungkin hanya mengambil masa beberapa jam.
'ZINA' itu haram sedangkan wanita itu merelakan tubuhnya atau memang sama suka, lagi sama-sama sedia menanggug sedapnya, namun masih HARAM !!!

Na'uzubillahiminzalik.

Belum lagi membicarakan soal berpandukan DARI AS SUNNAH tentang,
LARANGAN merubah 'ciptaanNYA' atas maksud yang ditetapkan As Sunnah atau sebab-sebab lain.
sebagaimana maksud Firman Allah SWT: dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (merobah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merobahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
( 4:An Nissa 119)

Telah lahir suara-suara 'KEGOAN DIKALANGAN MUSLIM' bagi memudahkan apa-apa tentang As Sunnah berpandukan 'YAKIN DENGAN KEILMUANNYA'.
Astaghhafirullah al adzim.

Kerana, eluklah kita baca dahulu sedutan penuh dari yang berkenaan dan mmemang kita memerlukan ulasan dari As Sunnah.
InsyaAllah.WA



SISIPAN PENUH DARI BERITA MINGGU:

Soal Jawab: Kaji isu asas sebelum haramkan botox


Kalau larangan kerana mengubah bentuk wajah, perubahan itu tidak kekal. Banyak pencuci muka dan bahan dandanan mengandungi bahan aktif antikedutan atau antipenuaan

SUNTIKAN botox (botulinum toxic) adalah prosedur kecantikan yang pantas berkembang. Berdasarkan laporan American Society for Aesthetic Plastic Surgery (ASAPS), pada 2001, lebih 1.6 juta orang menerima suntikan botox, meningkat 46 peratus dari tahun sebelumnya, sekali gus lebih popular daripada suntikan membesarkan payu dara. Botox dirujuk sebagai alternatif terbaik mengekalkan keremajaan kulit. Di Malaysia, masyarakat ternanti-nanti keputusan yang bakal dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan botox sebagai rawatan kecantikan. Sama ada diharamkan atau dihalalkan, botox sebenarnya sudah menjadi pilihan sebahagian warga Malaysia termasuk yang beragama Islam sebagai jawapan terbaik memelihara dan mengekalkan kecantikan. Wartawan Berita Minggu, HAFIZAH ISZAHANID menemui Pakar Perunding Bedah Plastik, Rekonsruktif & Kosmetik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, DR MOHD NASIR ZAHARI untuk memperkatakan isu daripada sudut perubatan dan kecantikan.



?APA pandangan doktor mengenai minat Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu penggunaan botox sebagai rawatan kecantikan?

Ini memang satu langkah yang bagus, tetapi sebenarnya ada banyak isu lain yang perlu juga pihak majlis fikirkan dan bersedia menghadapinya bukan sekadar botox saja. Sebabnya teknologi perubatan semakin pantas berubah dan baru-baru ini di Eropah sudah ada pembedahan menukar wajah antara pesakit meninggal dunia mendermakan wajahnya kepada pesakit yang masih hidup. Bagaimana kita hendak tanganinya. Soal mengharamkan atau menghalalkan pada saya mesti ada kajian yang mendalam dan perlu berkisar kepada isu asas. Tapi kita sebagai umat Islam dan bagi saya sebagai pengamal perubatan, saya berminat untuk tahu kerana selama ini kita tidak ada panduan ia boleh atau tidak boleh.

Kalau kita lihat, sebenarnya botox itu memanipulasi saraf kepada otot yang membuatnya menjadi lemah. Jika Majlis Fatwa nanti mengharamkannya, apa maksudnya sebagai tidak boleh dipakai kerana botox selepas tiga bulan akan hilang kesannya. Kalau pengharaman atas asas ia mengubah bentuk wajah, perubahan itu tidak kekal.

Kalau botox perlu diharamkan, maka semua jenis pencuci muka dan bahan-bahan dandanan muka yang mengandungi bahan aktif antikedutan atau antipenuaan juga harus diharamkan. Begitu juga dengan rawatan laser, cahaya tinggi, radiofrekuensi, pengupasan kimia dan dermabrasi yang menghilangkan kedutan.

?Memang ada kosmetik yang berasaskan antikedutan, pencuci muka dan pelbagai formula untuk mencantikkan wajah. Jadi, hal ini bagaimana?

Saya fikir, jangan sempitkan fikiran semua bahan kosmetik yang berasaskan antikedutan mesti diharamkan, konteksnya harus lebih luas dan bukan terhad kepada botox saja. Bukan haramkan botox semata-mata kerana ia kini menjadi isu hangat. Perbincangan harus mengambil kira kesan pada sos i a l , ekonomi dan agama. Botox boleh ubah bentuk rupa, tetapi kena adillah dalam isu ini kerana isu asasnya bahan yang boleh mengubah bentuk muka dari segi Islam, jadi mesti down list' semua, bukan saja botox.

?Kalau begitu Majlis Fatwa Kebangsaan harus mendalami isu sebenar?

Ya dan kalau boleh kaji adakah botox terlalu menonjol penggunaannya? Botox menjadi isu kerana asasnya ia boleh mengubah bentuk muka seseorang tetapi tahap perubahan kena diambil kira juga tempohnya mungkin paling lama dua tahun tapi secara biasa botox hanya bertahan antara tiga hingga enam bulan.

Kalau penggunaan botox diharamkan, semua jenis pencuci muka yang mengandungi formula 'peeling', pelupusan kulit, antikedutan harus diharamkan. Semua ini harus diperhalusi. Jika benar, dalam Islam kata tidak boleh mengubah bentuk asal, berikan definisi sejelas-jelasnya. Kerana bagaimana dengan pemakaian gigi palsu dan penanaman implant gigi. Kalau hendak bincang isu ini harus jelas, apa kedudukan sebenarnya di sisi Islam, sebab kita tidak ada panduan sejelasnya. Kalau ada fatwa akan memudahkan kita sebagai pengamal perubatan, yang haram kita akan tinggalkan.

?Dari sudut kosmetik, apa yang dimaksudkan dengan botox dan betul ia berkeupayaan untuk membunuh?

Botox atau Botulinum Toxin Type A adalah protein yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Ia boleh membunuh jika ambil berlebihan. Orang dulu makan makanan yang luput tarikh tanpa disedari terutama daging lembu atau khinzir. Di situlah, bakteria itu membiak. Kalau dalam makanan moden, makanan yang diawet dalam tin yang tercemar boleh mengandungi toksin botulinum yang boleh menyebabkan kematian. Penyelidikan 30 tahun lepas mendapati, jika dos toksin itu boleh dikawal, ia berupaya mengawal fungsi otot tanpa membahayakan nyawa. Dalam konteks perubatan, transmisi dari saraf ke otot dapat rawat kes memb a b i tkan kekejangan otot, kanak-kanak spastik dan mata juling.

?Boleh Doktor terangkan proses botox dan kesannya.

Botox ini bersifat non-surgical. Dari konteks kecantikan, kajian 15 tahun lepas mendapati otot-otot yang berkedut disebabkan overactive muscle boleh dirawat seperti di dahi dan tepi mata, boleh tegangkan kulit di bahagian dagu, leher. Bagi orang yang berpeluh berlebihan botox boleh membantu mengawal peluhnya. Evolusinya untuk sampai ke tahap sekarang panjang. Di Malaysia, kita ketinggalan 10 atau 20 tahun dari negara Barat, Jepun dan Korea. Di Korea sudah ditubuhkan satu institut untuk mengkaji penggunaan botox dari segi kecantikan. Lima tahun lepas, ramai yang tahu boleh gunakan botox disebabkan capaian kepada produk, informasi, YV satelit dan internet misalnya.

?Masalah di Malaysia, penggunaan botox banyak ditawarkan oleh salun kecantikan dan kita harus akui di Malaysia, banyak 'rule and regulation' tetapi implantasi tiada.

Sepatutnya, segala jenis bahan yang didaftarkan sebagai ubat-ubatan hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah dan mereka yang diberi kebenaran seperti jururawat tetapi atas arahan doktor.

Tapi botox di Malaysia, pengusaha salun kecantikan pun boleh suntik botox pada pelanggan. Mereka buat secara haram. Ini melanggar peraturan.

Tetapi kebelakangan ini saya lihat kerajaan sudah mula prihatin akan perkara ini. Tapi dalam pada itu, lebih ramai ahli kecantikan ini dari doktor yang menawarkan botox sebab, mereka tidak perlu ikuti kawalan dari segi harga dan juga dari segi kebersihan produk dan keselamatan.

Mereka boleh buat bisnes sesuka hati dengan harga yang lebih rendah. Mereka tidak perlu bayar insurans dan lesen. Orang ramai yang pergi ke salun kecantikan untuk cukur kening misalnya, bila ditawarkan buat botox, dia pun ambil, buat apa susah-susah pergi hospital.

?Ada ahli kecantikan ini tidak bertauliah dan tidak dilatih, jadi bagaimana menangani hal ini?

Memang benar. Mereka sekadar tengok doktor buat dan belajar daripada kawan- kawan saja. Jangan fikir tidak ada kesan negatif. Kerana mereka tidak terlatih, kalau suntikan ada masalah, kalau pergi pada otot yang tidak sepatutnya mata boleh jatuh dan bibir senget. Boleh juga berlaku pendarahan dan jangkitan kuman, kerana itu ia mesti dilakukan dalam kaedah steril untuk mengelak HIV dan Hepatitis misalnya. Bagaimana kalau ahli kecantikan itu menggunakan jarum yang sama dan bahan- bahan yang dicemar? Kerana hendakkan harga murah, muka jadi senget sebelah.

Kalau ia berlaku nak ambil tindakan ke atas mereka pun susah kerana mereka tidak berdaftar.

Masalah orang kita mereka hendak cantik tetapi tidak mahu orang tahu dia menyuntik botox. Kita tidak bercakap secara terbuka tentang kecantikan. Kadang-kadang ambil botox tetapi kata ambil kolagen. Kita kena tahu, botox digunakan untuk kedutan dinamik bagi overactive muscle manakala kolagen untuk kedutan statik.

?Bagaimana botox kosmetik ini bertindak ?

Ia disuntik terus ke otot yang berkaitan, misalnya di dahi. Botox bertindak menahan pemindahan dorongan saraf (nerve impulses) terhadap otot yang disuntik. Ia mengurangkan aktiviti otot yang menyebabkan garis-garis halus itu. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang mengakibatkan fungsinya terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Harga botox RM800-RM3,000 bergantung pada kawasan dan dos yang diperlukan. Kegunaan botox dari segi perubatan lebih banyak sebenarnya berbanding kecantikan. Dari segi perubatan, kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki, salah satu cara rawatan adalah dengan botox tetapi ia perlu diulang-ulang kerana ia tidak kekal. Paling lama botox bertahan enam bulan.

?Siapa yang memerlukan botox kosmetik sebenarnya?

Kami hanya tawarkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan, misalnya mereka yang suka berkerut dahi. Dia tidak sedar dia berkerut dahi pun. Botox bukan hanya untuk perempuan tetapi juga lelaki.

Kalau dari sudut perubatan, botox digunakan untuk mereka yang bermata juling atau lazy eye. Ia juga satu rawatan pilihan untuk mereka yang mengalami kekejangan, kanak-ka nak spastik. Tapi kalau tidak ada masalah apa-apa, sekadar hendak mencantikkan wajah, itu terpulang pada individu.

?Ada kesan sampingan?

Seperti yang saya kata tadi, ada kesannya. Mata jatuh, sakit kepala, sakit perut, rasa macam selesema dan boleh bawa maut jika dos berlebihan.

?Satu ketika dulu, ramai yang memilih suntikan Vitamin C sebagai alternatif kecantikan, adakah ia juga punya kebaikan seperti botox?

Vitamin C tidak ada bukti keberkesanannya dan dos yang digunakan terlalu tinggi dan digunakan untuk rawatan penyakit kurang vitamin C. Antara kesan sampingan penggunaan vitamin C termasuk kerosakan buah pinggang. Daripada ambil suntikan vitamin C, lebih baik minum jus oren atau buah-buahan yang mengandung vitamin C dan buat senaman. Itu 50 ribu kali lebih baik dari ambil suntikan vitamin C.

?Ramai orang berpendapat botox adalah keajaiban untuk kelihatan muda.

Siapa kata ia keajaiban? Kalau keajaiban ia datang dari langit itu mungkin keajaiban. Tapi botox adalah kajian saintifik, ia ditemui menerusi kajian demi kajian dan evolusinya sangat panjang untuk sampai ke tahap begini, ia bukan keajaiban. Manusia sudah tahu tentang kehebatan botox sejak 30 tahun lalu.

?Berapa lama tempoh untuk satu-satu prosedur suntikan dan biasanya ia memb a b i tkan bahagian tubuh yang mana?

Prosedurnya ringkas tanpa memb a b i tkan pembedahan dan mengambil masa 15 hingga 20 minit tapi ia mesti dibuat oleh doktor bertauliah. Biasanya di tepi mata, antara dua kening, dahi, kening dan ada juga memilih botox untuk membentuk dagu dan mengubah bentuk senyum.

PROFIL
Dr Mohd Nasir Zahari

JAWATAN: Pakar Perunding Bedah Plastik, Rekonsruktif & Kosmetik HUKM
USIA: 43
ASAL: Kuala Lumpur
AKADEMIK: MBBS (Melb), FRCS (Edin), MS (UKM)

( Berita Minggu 050206 )

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 05hb Februari 2006, 11:24:39 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005