Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulhijjah 1435 @ 02hb Oktober 2014, 12:22:10 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Susu formula : harap para ibu dapat kongsi pendapat
Es00
Ahli Setia
1. Dihantar pada 03hb Januari 2006, 12:52:27 tghari    [Edit]
anak saya sebelum ni minum susu badan. tapi saya nak ajar dia minum susu formula. apa brand susu formula yang bagus untuk baby yg baru nak switch dari susu badan ke susu formula? harap para ibu dapat share pendapat ttg susu yg sesuai .. terima kasih.

60.48.200.:-)

zurina77
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 03hb Januari 2006, 1:19:43 tghari    [Edit]
Es00..
Dah byk kali dibincangkan pasal susu ni..
Secara general, semua susu bagus bergantung pada penerimaan baby. Sesetangah baby tak sesuai brand A tapi sesuai brand B. Sesetengah pulak allergic dgn brand B tapi amat sesuai dgn brand A.

My experience, masa nak tukar susu baby, saya pegi jumpa pakar kanak2 dan tanya pendapat dia. Dia bagi free sample, saya try then continue. My baby minum susu Gain Plus Advance IQ. Kat sini kalau nak buat market survey boleh la..

btw, anak Es00 umur berapa?

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

58.26.136.:-)

Es00
Ahli Setia
3. Dihantar pada 03hb Januari 2006, 2:02:24 ptg    [Edit]
thanks zurina for your reply.
ermmm... dah banyak kali bincang ye.. kalau jumpa link tu boleh paste kat sini tak? coz saya cari tak jumpa. tima kasih..

by the way baby saya umur 8 bulan ++ skang.

60.48.200.:-)

zurina77
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 03hb Januari 2006, 3:07:59 ptg    [Edit]
Es00..
Cari guna enjin carian tak jumpa.
Selak satu2 page jumpa.. ni link dia..

jenama susu bayi : bayi 2 bulan
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=4771

lagi satu..
SUSU BAYI : MANA YG BAGUS
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=6831

harap membantu..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

58.26.136.:-)

Es00
Ahli Setia
5. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 10:55:45 pagi    [Edit]
zurina77,
trimas bebayak.... dah tgok link tu.. bnyk agak panduan.

anyway, abt my baby, hari tu masa umur 2 bulan tu dah start beli susu tepung Bebelac. tapi memandang susu badan banyak so atas nasihat dan galakan dari kawan2 saya pun berusaha perah susu dan Alhamdulillah baby menyusu badan sepenuhnya sampai semalam, lebih kurang 8 bulan le. ni dah masuk 9 bulan saya nak introduce susu formula sebab susu badan pun dah kurang dapat perah dan in a way nak latih dia terima susu formula pulak.

so memandangkan Bebelac tu tak pernah buka pun tin nya semenjak beli dan belum expire lagi so saya try bagi babysitter utk 3 kali minum. disamping itu still supply susu perahan dalam 3 botol. tapikan masa ambik semula baby, alahai.. babysitter kata baby tak nak minum susu tu.. siap geleng2 kepala lagik. sikit je dia minum.

sorang kawan ni bagitau suh saya cuba soy-based sebab maybe baby taknak susu lembu katanya. so semalam try cari Isomil tapi puas pusing2 supermarket n farmasi takda stok. Last2 jumpa Nursoy, soya based gak. hah ambik je tin kecik tu.

mlm tadi n pagi tadi bancuhkan dlm 3 oz, Alhamdulillah dia minum abis. TAPIIII.. ermmmm mcm kekawan MDC cakap susu tu antara yang termahal lam donia.. isk isk.. tapi takpa lah.. demi anakku.. mama beli je lah.. syukur hari tu dapat bonus lebih lebih sket, dapat le beli stok bebanyak sket..

218.111.212.:-)

zurina77
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 1:32:10 tghari    [Edit]
Es00..
my baby mmg minum susu Nursoy dari 3 bulan sampai setahun. Masa umur setahun lebih tu baru saya tukar susu Gain Plus Advance IQ..
Susu Nursoy ni mmg ada tin kecik, 450 g shj. Tin besar takde. Kalau dah baby takde masalah go on dgn Nursoy je la..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

61.6.54.:-)

RiZzaLLia
Ahli Baru
7. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 3:57:17 ptg    [Edit]
es00.. cam lia plak, bagi anak2 lia minum susu Similic yg tuk IQ tu...kaler ijau dia nye cover. susu ni disyorkan oleh pakar kanak2 kat sheela specialist sebab bagus utk IQ anak2 dan kesihatan. Alhamdulillah la... anak2 lia semua ok.. takde demam2 melainkan kena inject, tak meragam, cepat bercakap, membaca, bijak dll... penah gak try susu lain..tapi kejap2 tu le mula cirit le, badan panas je..

lia bagi similac ni sampai le diaorang umo 3 tahun. dari si kakaknye yg sekrang ni dah Darjah 3 sampai le ke adiknya baru 7 bulan, lia tak penah tukar susu. Harganya dalam RM47.00 setin (900g). dalam sebulan 3 tin utk anak lia. lagipun sebelah malam, lia breast feed.. jimat sket.. (lagi bagus nyusu badan ni..badan maintain..kan..)

--------------
**selami kedasarnya**

60.48.252.:-)

Es00
Ahli Setia
8. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 5:15:19 ptg    [Edit]
RiZzaLLia

susu Similic tu soy based ke? kannya apa, baby saya tak mahu nyusu yang susu lembu tu. bila try soy based baru dia nak.
saya memula tu nak bagi dia formula tapi bila dia dah pilih susu mahal ni kenale saya teruskan perah susu. (alhamdulillah tadi dapat banyak gak, dlm 10oz juga 2x perah kat opis). kannya apa, saya ni agak bz jadi makan pun tak tentu jadi agaknya milk production pun drop le. kekadang tu dia nak nyusu memalam mcm kurang plak air susu.,.. jadik dia tak puas last2 kang ngamuk. tapi bila dah minum susu bancuh ni time low prodn tu saya bagi le, puas le dia minum sket.

tadi saya jumpa Isomil tin besar 900g tu harga dia RM44.90. hmmm.. sekeping not RM50 tu utk setin susu yg tah lama mana tahannya tu..

anyway, kalau similac tu soy based, saya nak cuba le. thanks a lot.

218.111.212.:-)

ashra
Ahli Interaktif
9. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 5:24:55 ptg    [Edit]
kalau baby tak suke minum susu lembu elok la susu dpr soya...

my baby masa baru lahir minum S26 Gold..lepas 6 bulan Promil Gold..nanti umor setahun kena tukar lagi susu..Progress Gold pulak sampai umor 3 thn so far ok..baby cerdik,aktif badan pon semangat..cuma harga susu tu jela..yg penting dia sehat ok la

kalau susu yg mahal2 nih jgn beli dekat pasaraya atau farmasi..memang mahal..beli dekat kedai senseh..(kedai ubat cina) harga murah sket..mcm saya beli dekat kg..mmg murah..contoh kalau harga kat pasaraya 52++ kat kg saya boleh dpt 48++..sket pon murah juga kan..tiap2 bulan beli skli 4 tin stok utk sebulan..skang ni kadang sampai 5 tin sebulan..baby ni mkn bertambah umur..mkn kuat menyusu kan..

* Mesej ini telah disunting oleh ashra pada 04hb Januari 2006, 5:29:47 ptg

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

RiZzaLLia
Ahli Baru
10. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 6:07:53 ptg    [Edit]
es00.. similac tu susu sayur campur susu lembu rasanye.. tak perasan la lia sebab dah ada experience yg baik..so, continue je. cuba es00 check. rasa lia dia tak totaly susu lembu..ada campur sayur.

lia juga bagi baby lia gerber perasa carrot, banana, biskut, bubur nasi campur ayam, ikan bilis, udang dan sayur2..

penting sangat jaga pemakanan anak2 ni sebab ia akan mmbentuk fizikal dan mental anak2.. lia masih banyak susu badan sebab lia bz camne pun, at least mesti minum nestum atau milo suam..senang je..yg segera punya tu. es00 blh le try. lg satu kalau masa cuti, susukan sekerap mungkin sebab akan merangsang kelenjar susu.

--------------
**selami kedasarnya**

60.48.252.:-)

x_eti007
Ahli Setia
11. Dihantar pada 04hb Januari 2006, 11:03:18 mlm    [Edit]
anak saya pun macam ashra minum susu S26Gold masa baby, PromilGold masa 6 bulan ke atas, ProgressGold masa 1 tahun ke atas. Kat supermarket ProgressGold RM39.95, tapi kat bandar perda peneng baru RM37.50...so, bila MIL balik peneng selalu dia belikan 4-5 tin. Dekat melaka pun harga lebih kurang mcm peneng, so..bila balik melaka saya akan beli banyak..pampers pun murah berbanding beli kat supermarket.

Mcm kata ashra anak saya pun ok..aktif, umur 1 thun lebih dah pandai main komputer..bukan komputer budak2 tuh tau..nih komputer yang kita dok pakai hari2 ni. Sekarang umur dah 2 tahun 6 bulan dah leh onn pc, bukak DVD katun siap klik menu apa yang dia nak tgk, menu kat toolbar dlm pc pun dia dah bukak abis sampaikan abis file kerja atok dia masukkan dlm recycle bin dan main game NFSU, PS2 pun dah mula nak start pandai..ada satu hari tuh tetiba jerk dia print out gambar nenek dia. Kelmarin dia dah mula bukak powerpoint then copy paste gambar masukkan dlm slide powerpoint.

off topic:
ashra, awak dah jadi ahli gold club ker? kumpul penutup susu pastu leh tukar mcm2 brg.

219.95.175.:-)

ashra
Ahli Interaktif
12. Dihantar pada 05hb Januari 2006, 09:13:36 pagi    [Edit]
xti

co saya yang buat gold club tu..Wyeth tu client kitaorg ..staff sini sume dah join..tapi saya malas laaaaa hehehe..kalau awak nak jadi ahli isi la form nanti saya pass kan kat dept tu ..

mmg betul ckp awk..baby sehat, aktif..cerdik pulak tu..seronok saya berbaloi keluar modal besar tapi hasilnya memuaskan..bila keluar org sume tanya umur berapa..setahun lebih ke?saya kata belum lagi..baru 10 bulan

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

x_eti007
Ahli Setia
13. Dihantar pada 05hb Januari 2006, 1:29:22 tghari    [Edit]
ashra..

saya dah jadi ahli cuma tak aktifkan lagi..nak aktifkan kene hantar 3 sudu dulu kan?

"bila keluar org sume tanya umur berapa..setahun lebih ke?saya kata belum lagi..baru 10 bulan "

Mcm anak saya jugakla..masa umur 1 thn 5 bulan masuk wad nurse2 semua ingat dia dah 3 tahun lebih..bila saya cakap baru 1 thn lebih terkejut diaorang.. . Kekawan ngan sedara mara pun ingat mcm tuh jugak..padahal kecik lagi anak ibu sorang niii...

* Mesej ini telah disunting oleh x_eti007 pada 05hb Januari 2006, 1:31:12 tghari

219.95.254.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005