Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Dzulkaedah 1435 @ 21hb September 2014, 8:04:26 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Negeri , Kelab & Jejak Kasih  
(Pengendali : UGLY)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Kelab Ibu Mengandung : Jom Kongsi Pengalaman Da Masalah
cikgu_taska
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 08:25:14 pagi    [Edit]
Dalam Pantang

1. Shiro - 5hb Nov 2005 (awal 3 hari)...baby boy...4.05kg...
2. Asmaan : 31 Oktober 2005 (baby boy - 2.90) - Muhammad Hazran Hafizudin bin Mohd. Hairee Hairudin
3. Eyzlyn : 8 Nov 2005 ( baby boy- 3.8 kg)- Ahmad Shukri
4. Bizz:17 Oktober 2005
5. liyana 79 : 22 oktober 2005
6. ummie : 15 November 2005
7. sriputri : 5 November 2005
8. zil2512 : 6 November 2005
9. viruspadu : 15 Disember 2005 (baby girl Alesha Abriza)
10. ezzy : 6 Disember 2005
11. Daketor :7Disember 2005 ( baby boy- Aiman Haziq, 3.935kg 10lb 15oz )

Dalam penantian

Disember

1. Nor022275: 24 Disember 2005
2. Deena : 27 Disember 2005
3. Ida2505 : 22 Disember 2005

Januari
4. aN Ne : 11 Januari 2006.
5. rimbunan : Januari 2006
6. Juita77 :26 Januari 2006

February
7. kachang : 16 Feb. 2006
8. Cheq : 24 Feb 2006
9. Cek Molek : 25 Feb 2006
10. Anna virgo4 : 4 Feb 2006
11. nickamera : February 2006

Mac
12. Mahhsuri : 15 March 2006
13. nr75 : 25 Mac 2006
14. arejue : 29 Mac 2006.
15. mscomet : 14/3/2006
16. minah_uk: 29/3/2006

April
17. Syikin72 : 10 April 2006
18.maReeyo 12 April 2006
19. Wanli : 21 April 2006

Mei
20. kamar401 (17/05/06)
21. Sirry : 15 Mei 2006
22. Buazo : 27 Mei 2006
23. Virgo 76 : 25 mei 2006

June
24. ferio : 7 june 06 ( doakan 060606)...amin...
25. Que : 7 june 06 ( harap jangan la 06 06 06)
26. suriapagi : 24 June 06
27. Mama_picah : 16/05/2006

Julai

28. Teja_77 : 1 Julai 2006
29.mamanabil 10 Julai 2006
30: munchkin: 11 julai 2006
31. cikwan: 12 julai 2006
32. b_e_g : 25 julai 2006

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Barang˛ keperluan bayi
1. Baju & seluar - 6 pasang (lengan panjang beli 1 aje dah… panas)
~ beli macam˛ colo & saiz (klu saiz new born 2 @ 3 pasang aje cukup ~ baby cpt besar).
2. Sarung tangan dan kaki - 5 pasang.
3. Topi baby utk mengelakkan ubun˛ sejuk – 1 aje cukup.
4. Bedak, sabun, syampo, minyak rambut – 1 set kecil aje. (Nanti mesti dpt hamper punya)
5. Lampin – 1 dozen (guna utk bedung baby)
6. Diapers size S @ new born (beli brand murah aje dulu coz baby kerap berak)
7. Selimut baby – 1 helai
8. Towel – 1 helai @ beli set kembar pink & blue
9. Barut – 5 helai (seelok˛nya buat sendiri pakai tali ~ 17cm x 46cm)
10. Kelambu – 1 jer
11. Tilam baby
12. Bantal – 1 kepala 2 peluk (kalau boleh beli yg kekabu)
13. Bantal separuh bulat (yg dekat tengah˛ tu kosong) ~ sesuai bagi kepala baby licin @ straight
14. Botol susu – 1 botol besar & 1 botol kecil
15. Tisu basah – 1 botol besar
16. Kapas @ Cotton bud
17. Tisu kotak @ tisu bulat
18. Minyak telon utk mengelak perut kembung
19. Krim utk ruam lampin (Drapoline). Tapi waha guna bedak Peksan. Boleh dpt kat kedai ubat cina.
20. Plastik alas tidur
21. Besen mandi baby
22. Bakul letak kain baju
23. Bakul sampah kecil
24. Pam perah susu

Keperluan tambahan (klu perlu)
1. Katil baby @ Play pen
2. Buai
3. Bouncer
4. Kereta sorong
5. Kerusi dlm kereta
6. Walker (Klu 5 bln ke atas)

* Mesej ini telah disunting oleh cikgu_taska pada 24hb Disember 2005, 09:06:02 pagi

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.48.204.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 08:26:50 pagi    [Edit]
Info sumbangan OM

untuk di kongsi bersama


quote:
--------------------------------------------------------------------------------
BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan ianya juga sebahagian dari ujian Allah s.w.t. kepada kita sebagai hamba-hambaNYA. Anak-anak boleh membawa ibubapanya ke syurga dan anak juga boleh menarik ibubapanya ke neraka. Firman ALLAH s.w.t. :

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15r."(un, 64 : 15Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialahorang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. dul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah
orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang m)
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam :Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi
aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

7. Kesilapan ketujuh enampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas :Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas :Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu a'lam.

--------------------------------------------------------------------------------

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.48.204.:-)

wanli
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 08:30:35 pagi    [Edit]
wahh.. cepat nyer cikgu bukak umah baru...

suka la ngan info yg OM kasik tu..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 08:40:30 pagi    [Edit]

akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Qur'an dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam...


Info yg aku dapat drp topik lama...

quote:
Dear netters... saya nak kongsi cerita dan pengalaman. Sewaktu dalam
sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu
yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas
melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas
hanya selepas darah nifas habis. Para bapa lansung la sebab mereka kata,
bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing
isteri. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk
angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume
semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu.
Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan
kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki perkara :
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. tak keluar
mani pun kena mandi juga

Bagi perempuan :
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.
Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi :

1. Mandi hadas kerana melahirkan
2. WILADAH => Yakni,sebaik sahaja kepala keluar
3. Mandi hadas => Yakni, habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin)
maka diwajibkan mandi hadas.

Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan: Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan
ke atas ku kerana Allah Taala.
Saya teringat orang tua-tua kita tak kasi orang dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk angin la, sejuk la... saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60
hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandila
dengan air panas... kita tak suruhla mandi ngan air sejuk.. cuma pastikan
air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. Jadi, bakal ibu dan bakal bapa,
harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda
dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan
sedara-sedara pompuan yang lain... InsyaAllah, Moga ilmu saya yang cetek
ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini soal remeh, (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama...........



* Mesej ini telah disunting oleh cikgu_taska pada 22hb Disember 2005, 08:51:24 pagi

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.48.204.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 08:52:48 pagi    [Edit]
quote:
wahh.. cepat nyer cikgu bukak umah baru...


Wanli
KEkekekek...dah kebetulan aku masuk topik..kasi kunci pastu bukak baru arr...

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.48.203.:-)

eyzlyn
Pengendali
6. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 09:51:55 pagi    [Edit]
aku dah habis 40 hari dah... segan aa nak lepak kat sini

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

waha7475
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 09:56:59 pagi    [Edit]
wanli... waha pun terkejut gak berat turun dgn cpt tanpa pakai barut & diet... tapi sonok lah kan... harap˛ klu mengandung lain kali pun sama jugalah caranya...

Tambah info lagi utk yg baru :
timang.org
lsmdc.com
hamidarshat.com

--------------
~~* UmmiImran *~~

60.49.104.:-)

minah_UK
Ahli Baru
8. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 10:00:44 pagi    [Edit]
MANDI WILADAH

quote:
quote:
--------------------------------------------------------------------------------
Dear netters... saya nak kongsi cerita dan pengalaman. Sewaktu dalam
sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu
yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas
melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas
hanya selepas darah nifas habis. Para bapa lansung la sebab mereka kata,
bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing
isteri. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk
angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume
semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu.
Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan
kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki perkara :
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. tak keluar
mani pun kena mandi juga

Bagi perempuan :
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.
Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi :

1. Mandi hadas kerana melahirkan
2. WILADAH => Yakni,sebaik sahaja kepala keluar
3. Mandi hadas => Yakni, habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin)
maka diwajibkan mandi hadas.

Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan: Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan
ke atas ku kerana Allah Taala.
Saya teringat orang tua-tua kita tak kasi orang dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk angin la, sejuk la... saya terfikir balik,
takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60
hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandila
dengan air panas... kita tak suruhla mandi ngan air sejuk.. cuma pastikan
air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. Jadi, bakal ibu dan bakal bapa,
harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda
dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan
sedara-sedara pompuan yang lain... InsyaAllah, Moga ilmu saya yang cetek
ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini soal remeh, (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama...........
--------------------------------------------------------------------------------*


Minah petik dari Forum BicaraMuslim.com:

quote:
assalamualaikum..
ade orng tanyer tapi saya tak boleh jawab..
boleh sape2 tolong x?

As'kum,

Ni aku terbace kat internet tentang "mandi wiladah" ni. Ade beberapa fatwa yg dorg kemukakan. Dan aku konpius. Boleh tolong sesape explain? Acai mesti tau punye sbb die kan dh nak dpt anak? Ok ni di antara fatwa yg dikemukakan ::-

1. Mandi wiladah dilakukan ketika selepas bersalin. Ia bukan merupakan "mandi nifas" iaitu mandi selepas kering darah nifas. Ia dilakukan supaya Ibu bersalin berada dalam keadaan suci, sebab mana tau kalu ajal tiba sebelum kering darah nifas. Dan ia adalah wajib dilakukan oleh semua para ibu bersalin.

2. Mandi wiladah hanya dilakukan jika sekiranya ibu tersebut mengalami keguguran atau pun bersalin tetapi tidak melibat kan darah. kalu bersalin normal,tak perlu buat mandi wiladah ni.

erm...ade due fatwa ni..mane satu betul? aku dh bace..ade penerangan die..tapi makin konpius...ermmm....


Jawapan (ehsan dari gayat, pengendali Bicara Feqah, BMC)

quote:
Posted: Sat Mar 27, 2004 11:29 pm

as'kum,

maaf krn lewat menjawab memandangkan saya sibuk minggu ini. Insya Allah saya lampirkan jawapan ust Zayed. WA.

Tiada dalil mengenai mandi wiladah.

Hadith riwayat al-jamaah kecuali an-nasa'ie meriwayatkan bahawa perempuan hendaklah melakukan ghusl dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin samada anak itu hidup atau mati

Imam At-tirmizi menyebut, “di kalangan para sahabat dan generai tabiin dan generasi tabi’ tabiin sepakat mengatakan bahawa wanita selepas melahirkan anak hendaklah ia tidak bersolat selama 40 hari kecuali darahnya berhenti. Sekiranya darahnya berhenti mengalir sebelum tempoh itu (40 hari), hendaklah ia melakukan ghusl (mandi) dan melakukan solat.”

Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

Mandi wiladah merupakan term kpd mereka yg keguguran/bersalin melalui melalui pembedahan/anak mati. Ia masih dlm lingkungan mandi nifas.

Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah?

WA

_________________
Ditulis oleh
g@y@t

http://www.al-ahkam.net
http://www.bicaramuslim.com/

berikut tambahan ust THTL....

Mandi Wiladah = Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian. Tapi spt kata Ust Zayed, mandi yg asah di sisi Jumhur ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi)

Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah nifas. WA

saya rasa penjelasan ini memadai. wassalam


Sumbangan dari netter limaunipis kat BMC

quote:
Posted: Mon Mar 29, 2004 11:33 am

Mungkin penerangan daripada e-mail ini mencukupi ditambah penerangan saudara g@y@t

assalamu`alaikum
persoalan ini telah kami timbulkan ketika di universiti dulu ketika mengikuti kursus pra-perkahwinan.
ustazah yang telah berinteraksi dgn kami semasa sessi fardu 'ain telah menyatakan mandi hadas besar untuk kelahiran anak memang wajib, tetapi under certain condition. sebagai contohnya, kalau perempuan tersebut bersalin tetapi tidak keluar darah nifas selepas beliau bersalin, then, beliau perlu mandi wiladah.. but different story untuk perempuan yang bersalin dan keluar darah nifas, then diwajibkan mandi hadas besar, setelah habis nifas.

soalan ini timbul kerana kemusykilan kami tentang perkara ini, lantas perlu dibawa cerita Fatimah Az-Zahra, anak kepada Rasulullah s.a.w. Fatimah r.a. diwajibkan mandi wiladah kerana waktu bersalin, Fatimah r.a. langsung tidak mengeluarkan darah nifas. lantas bidan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa "Fatimah r.a. merupakan wanita yang suci dan disucikan". Fatimah r.a. tidak pernah datang haid mahupun nifas sekalipun.

please correct me if I'm wrong
wallahu`alam


Respon dari gayat pada komen limaunipis

quote:
Posted: Mon Mar 29, 2004 9:41 pm

As’kum,

Setelah membaca reply Limau Nipis, saya terus melakukan research perihal perkara ini. Saya tidak menemui sebrang istilah mandi wiladah dalam kitab2 besar melainkan dalam kitab2 yg telah saya tulis dalam posting sblm ini. Ttp, perbincangan mengenai perlu mandi ketika kelahiran yg kering itu mmg ada. Dan mandi krn kelahiran yg kering inilah yg dikatakan mandi wiladah spt yg dikatakan oleh Limau Nipis. Maka, kita katakan tidak ada istilah khusus mengenai mandi wiladah. Namun ia tidak menghalang kita menamakan mandi tersebut sebagai mandi wiladah(jika memilih pendpt wajibnya mandi krn kelahiran yg kering yg akan kita bahaskan) krn ia semata2 nama saja.

Setelah saya meneliti beberapa buah kitab, saya membuat kesimpulan bhw tidak ada nas ataupun ijma’ mengenai mandi bagi kelahiran yg kering. Apa yg jelas, ulama’ ijma’ mengatakan mandi itu wajib jika adanya darah nifas. Ijma’ ini dinukilkan oleh Ibn Munzir, at-Tabari dan selainnya. Adapun mengenai kelahiran yg kering, ulama’ berbeza pendpt mengenainya.

Dalam mazhab Syafi’I terdapat dua qaul. Pendpt yg asah ialah wajibnya mandi. Ini juga pendpt Hanafiah. Kewajiban ini disebabkan bersalin membayangkan adanya nifas yg mewajibkan mandi. Oleh itu bersalin mengambil tempat nifas dari segi mewajibkan mandi spt bertemunya dua kemaluan. Ini juga kerana anak itu adalah air mani yg terproses.( al-Majmu’ 2/170, al-Muhgni 1/154, Mughni al-Muhtaj 1/69)

Pendpt yg sahih dari kalangan Hanbali spt yg dinukilkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni adalah tidak wajib mandi krn sesuatu kewajiban itu adalah berdasarkan perintah syara’, sedangkan di sini tidak ada dalil mengenainya. Ia bukannya darah dan ia bukan juga mani. Namun, Imam al-Kharaqi al-Hanbali mengatakan wajib mandi meskipun kering.(al-Muhgni 1/210)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-Ahkamil Mar’ah wal-Bait al-Muslim mengatakan tidak ada nas maupun ijma’ yg menunjuk ke arah wajibnya mandi jika kelahiran yg kering.

Mengenai riwayat yg dinukilkan oleh Limau Nipis iaitu perihal Fatimah ra, saya tidak menemuinya di dalam mana2 kitab yg berada di tangan saya. Mungkin boleh diberikan sumbernya agar kita dapat menilai statu riwayat berkenaan. Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan Lain

Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu
Dr Wahbah al-Zuhaily

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadah
Sheikh Muhammad Nuruddin al-Makki

Fiqh an-Nisa’
Ibn Taimiyyah

Koleksi Hadis2 Hukum
Prof Hasbi as-Siddiqi

Fiqhus sunnah
Sheikh Sayyid Sabiq

Al-Fiqh al-manhaji
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji

I’lamul Muwaqqiin
Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Fatawa Islamiyyah

Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqallani

_________________
Ditulis oleh
g@y@t

http://www.al-ahkam.net
http://www.bicaramuslim.com/

Kesimpulan tambahan

Mandi Nifas = Mandi wiladah = mandi wajib




harap jawapan ni dapat "clear" kan persoalan berkaitan mandi wiladah. Wallahu'alam

* Mesej ini telah disunting oleh minah_UK pada 22hb Disember 2005, 10:07:21 pagi

--------------
~Grow old with you~

218.111.80.:-)

sirry
Ahli Baru
9. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 12:53:15 tghari    [Edit]
nak tumpang tnya la....
kenapa saya pi check kat swasta or gomen tak penah dapat pil obimin? asid folic lak kat swasta je yg bg. gomen satu ubat pun tak bg...????
ni dah nk masuk 5 bln ni....

--------------
Menghitung hari......

218.111.93.:-)

wanli
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 1:00:07 tghari    [Edit]
minah,

thanks 4 the info.. cam kawan2 saya pun ada yg tak tau.. nasib baik la.. mak saya pun ada cakap pasal menda nih.. at least ada peringatan dr org yg lebih berpengalaman..

sirry,

ada certain hospital / klinik tak kasik obimin.. cam saya sendiri.. saya pegi check up kat klinik kerajaan dan swasta.. kat klinik kerajaan.. tak kasik obimin.. bila saya tanya.. nurse tu kata, ubat yg saya makan tu dah ada fungsi obimin.. dia kasik folic asid + vitamin C dan sejenis ubat kaler coklat.. apa tah nama dia.. kat klinik swasta laks, dia kasik Vitamin C + obimin.. saya pun tak pasti naper ada ibu yg mengandung dapat ubat yg berlainan.. maybe ikut jugak kot baper hb darah.. atau keadaann ibu.. cam saya sblm ni kena makab B-Complex.. tp pas nih dah tak yah makan.. sbb selera makan dah bertambah..

lyn,

aler.. masuk je.. samping2 tu.. leh share pengalaman ko bersalin dulu.. pengalaman jaga shukri kee...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 1:33:28 tghari    [Edit]
Sirr,
quote:
kenapa saya pi check kat swasta or gomen tak penah dapat pil obimin? asid folic lak kat swasta je yg bg. gomen satu ubat pun tak bg...????
ni dah nk masuk 5 bln ni....



Gi check kat klinik gomen mana? Akak dr yg first sampai second semua check gomen kat AU2 memang dia bagi vitamin semua tu..Kalau tak salah ada 4 jenis

Vitamin C
Folic Acid
Obimin
B- complect..

Kir completelah sepanjang p'nan tu..


kak waha
Akak memang cepat turun aar..masa second jumpa mak oii dah slim dah cik kak ni..Wal hal baru jer lepas pantang kan time kenduri akikah tu..alhamdulillah la ya..

Ada petua baca dlm mag, kalau nak berat cepat back to normal masa pregnan bykkan berjalan..Jalan pelan-pelan ambil angin..bukan jalan cari makan..
Insya allah lepas bersalin cepat turun berat badan..saya? heheeh jalan juga tapi banyak jalan2 cari makan ler..hehehe

* Mesej ini telah disunting oleh mamanisa pada 22hb Disember 2005, 1:42:08 tghari

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

219.95.37.:-)

cikwan
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 2:00:56 ptg    [Edit]
cikwan cek ngan sepupu pun dia bg asid folic dan ubat tahan muntah jer... pastu bila baca sini n tanya adik ipar dia makan vitamin C, cikwan tanya da.. petang ni gi amik vitamin C plak...

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

Virgo76
Ahli Setia
13. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 3:04:08 ptg    [Edit]
Tentang ubat yg diberi tu, kadang tu tak sama. Ada juga doktor di private hospital bagi folic asid je. Ada juga lengkap dengan calcium, b-complex, vitamin c dll.

Macam saya dr hamid beri ferocom, calcium, omega 3 dan vitamin c. Mungkin sebab tu badan naik 3 kilo dalam masa sebulan. Semalam husband gelak bila tengok saya nak pakai baju kurung, sebab tak boleh masuk langsung kain, tersekat kat punggung. Sekarang berat 50kg. Dulu sebelum pregnant 43 kg tu paling beratlah tu. Doktor pun cakap badan saya tak naik sangat, tapi baby semangat. Terlebih zat kot sebab sehingga sekarang ni mabuk tak hilang lagi.

--------------
*Mohammad Izzul Iqhwan*

202.157.192.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 22hb Disember 2005, 4:49:48 ptg    [Edit]


cikwan- folic acid tu dah cukup dah...lain la kalau doktor tgk kita kurang sihat ke...baby pun tak besar ke...folic acid dah ada mcm2 vitamin dlm tu...

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

DaniaAlia
DaniaAlia
Pengendali
15. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 00:01:06 pagi    [Edit]
ngandung2 pun aktif no..sampai dua topik lak tu diterjahnya..kehkehkeh..ganas2 ibu2 ngandung neh aiii...


--------------
Adam manusia pertama...

wanli
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 08:10:00 pagi    [Edit]
mamanisa,

akak nyer ubat semer lengkap ek... cam saya bila saya tanya kat nurse tu naper dia tak kasik obimin.. dia kata ubat2 yg dia kasik tu dah cukup lengkap... dah merangkumi fungsi2 yg terkandung dalam obimin.. tu yg maleh nak tanya lelebih.. tp kat klinik swasta.. doa kasik obimin + Vitamin.. semer ubat yg klinik kerajaan + swasta, saya makan..

virgo,

tu la kan.. agaknyer lain org lain aturcara ubatnyer... tape laa.. as long as baby kuar sihat..

ngah,

tu la kan.. sbb masa scan tu doktor kasik tau.. baby semer ok.. pembesaran dia pun ok.. takde la besar sangat atau kurang zat kee.. maybe dia kasik ubat tu based on tumbesaran baby n kesihatan kiter.. takut gaks nak makan lelebih.. lagipun, semer ubat yg saya dapat kat klinik kerajaan daripada nurse tu.. saya refer balik kat doktor kat klinik swasta.. tanya kalu amik semer ubat tu.. ada pape effect tak.. so, dia kata takde.. tu yg makan jee...

danik,

hehehee... bukan setakat aktif.. kenkadang tak terkejar... tup2 dah masuk topik baru.. skali kuar sampai 2 topik lak tu.. hehe.. mmg aktif..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

minah_UK
Ahli Baru
17. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 08:48:50 pagi    [Edit]
wanli
sesamer ...semalam kene cucuk..masa cucuk ok jek la...lepas tu siap leh shopping baju peknen lagi...after 6 hours terus flat...ngantuk sesgt..sampai makan pun asben dok kejut banyak kali...muka kiter tetap cam garfield tu ...

pil kaler cekelat tu ekceli pil zat besi (ferum)...

sirry
saya penah tanya doc + surf intenet....biasa klinik gomen dia bagi:
folic acid + B Complex + Zat besi + vit C. Kalau klinik swasta dia selalu bagi Obimin + Kalsium. Ekceli lam obimin tu dah ada semua vit yang diperlukan cuma dia lebih convenient sbb makan sebijik sekali...tak mcm pil yg asing2 tu kan banyak sket tu yg leceh sket........

minah kalau ada kemusykilan ape2 ttg peknen ni suka surf intenet dulu..pastu time check up teros tanya doc....nak kepastian...bakal2 ibu semua kita kene rajin baca/carik info ttg kehamilan supaya bertambah knowledge kiter....at least masa check up tu leh tanya doc/nurse....

--------------
~Grow old with you~

218.111.80.:-)

sirry
Ahli Baru
18. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 08:51:55 pagi    [Edit]
saya kat kedah. chek up kat klinik kesihatan air htm. mesti ramai yg tak tahu ni.. tp may be gak sbb doktor swasta or nurse kat gomen tu tgk kite sehat je kot...tapi takut gak la kan...kang ada yang terkurang,

so far skang ni alhamdulillah ok la...berat yg hilang dkt 8 kilo dulu dh back to normal.. tp tu la cadang nak tkr klinik la...boleh ke ha????

--------------
Menghitung hari......

218.111.93.:-)

Virgo76
Ahli Setia
19. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 09:01:35 pagi    [Edit]
selamat pagi semua,

Kawan-kawan boleh tak berikan cadangan bagaimana nak hilangkan sakit kepala. Sebabnya sekarang ni saya sakit kepala sangat dari semalam lagi. Tambahan pula kucing kat rumah tu, asyik kacau je masa tidur, langsung tak boleh tidur.

Nak makan panadol tak boleh. Mandi pun letak minyak angin seluruh kepala supaya bila kena air rasa sejuk. Tapi tak hilang juga sakit kepalanya.

--------------
*Mohammad Izzul Iqhwan*

61.6.163.:-)

zacks
zacks
Pengendali
20. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 09:27:00 pagi    [Edit]
..


ooo..macam tu.......saja lalu sini kutip pengalaman org..

cikwan
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 10:30:27 pagi    [Edit]
oo.. cam cikwan makan folid asid jer takper yek... risau jugak kalo2 tak cukup zat untuk baby ker..... petang ni nak gi amik vitamin C plak ngan kak siti. jeles jer bila baca ramai org amik vitamin C. Cikwan dah ader selera makan nasik sikit, tp pas makan tu loya semacam jer.. kena la kulum gula2 ker, asam ker.... semalam muntah teruk sangat... makan apa tak ingat dah..... sian hubby makan nasik bungkus..

semalam sembang ngan kawan... dia bagi petua kat cikwan.. dia kata kalo takmo baby besar lam perut elak makan mee kuning.. satgi kalo besar sangat payah nak kuor... heheh.. yer ker... nasib baik arr cikwan tak baper minat mee kuning tu....

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

Virgo76
Ahli Setia
22. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 10:35:53 pagi    [Edit]
Cikwan,

Betul ke kalau tak mau baby besar dlm perut jgn makan mee kuning ? Mee kuning tu memang kegemaran saya sebab nasi tak boleh mask sejak pregnant ni. Patut lah dr hamid kata baby saya semangat ( besar ) bila dia scan.

--------------
*Mohammad Izzul Iqhwan*

61.6.163.:-)

cikwan
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 10:50:53 pagi    [Edit]
virgo,
cikwan tak tau la pulak betol ker tidak... kawan cikwan tu arr yg pesan.. dia cakap tu pesanan mak dia masa dia peknen ari tu... tryla tanya orang lain plak...

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

Virgo76
Ahli Setia
24. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 10:57:36 pagi    [Edit]
Cikwan,

Terima kasih info tersebut. Memang mee kuning ni tak berapa bagus pun sebab kadang tu ada pengilang letak asid borik dlm mee. Dan pesanan org tua tu kadang ada betulnya. Saya pula mak dah tak ada nak beri pesanan sebab mak dah meninggal . sedih sangat tak ada org tua nak beri pesanan dan petua.

--------------
*Mohammad Izzul Iqhwan*

61.6.163.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 12:53:03 tghari    [Edit]
b]virgo,
sabar..mudahan ada hikmahnya tu tp memanglah terasakan..tetambah time pregnant cm ni lagilah terkenangkan mak..yelah kita pun dah nak jd mak so perasaan tu pun sure lain..

Apa pun jgn terlalu sedih sgt kut efek bb, tiap kali ingat mak baca doa untuknya..mudahan anak dlm kandungan pun sihat..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

219.95.37.:-)

V.I.C.O
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 1:48:04 tghari    [Edit]
fewit........ello..testing.....testing......
[link][link]

tak mo la gambo tadi....hehehe gambo ni plak...heheheeh

* Mesej ini telah disunting oleh V.I.C.O pada 23hb Disember 2005, 1:58:28 tghari

--------------
..my daughter...Nurul Ain Suffiyah...fewiiiittttt...

61.6.39.:-)

wanli
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 1:54:11 tghari    [Edit]
minah,

hah.. tu ler nama ubatnyer... tak ingat sangat nama2 saintifik nih.. lagipun skarnag ni dah jadik pelupa.. minah kena cucuk apa? tetanus ekk.. hehe.. saya ari tu kena cucuk tetanus pun balik umah terus flat.. ingat nak g tgk wayang... tp dah flat cam tu.. tak jadik...

sirry,

boleh kot tukar klinik.. tp kena bawak la semer laporan yg kiter dah baut kat klinik lama tu..

virgo,

sabar la ek... semer tu dugaan.. walau bagaimanapun, masih ada kawan2 yg sedia membantu jika ada masalah.. skarnag ni saya mmg tak suka makan mee kuning.. tp kalu nasik mmg suker.. lelagi kalu nasik yg kaler2..

cikwan,

VICO,

uik.. bulatnyer mataaa... pandai laks posing tu...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

Ich_Dich
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 1:58:21 tghari    [Edit]
Ehh.. anak cina ni.. hidung dia cam kenal la..... cam hidung dak Fariza jer.... kan B.I.C.O kan...???

--------------
¬Tidak susah | dengan senang¬

218.208.252.:-)

V.I.C.O
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 2:01:06 ptg    [Edit]
wanli...tukaq gambo lain lah...nampak seksiiii...awwwwww..ahahahaha

ich...
hahahhah ni tak sepet dah...nampak muke melayu plak...

--------------
..my daughter...Nurul Ain Suffiyah...fewiiiittttt...

61.6.39.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 3:36:44 ptg    [Edit]
dah tak terkejar..topik ni....hehehehe.....comelnya anak v.i.c.o...

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

cikwan
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 5:01:20 ptg    [Edit]
comelnya budak tu...

cikwan plak sepanjang masa dok tengok gambar hubby jer... heheh... kannyer apa.... kalo bley baby biarla ikut hubby, muka manjang.. kalo ikut cikwan bulattt jer.... tapi muka sapa pun tak kisah.. janji selamat...

cikwan nak tanya satu arr.. tak tau la kalo dah ader org bincang ke blom lam thread lama.. kalo kiter wat cek up kat swasta cthnya cikwan wat cek up ngan sepupu cikwan tu, kena pegi ker idak cek up kat gomen ek... ader gak tanya akak2 kat opis ni, kbnykan diorang pegi dedua sebab takut tetiba bersalin emergency, diorang terus jer ke sepital gomen.....

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 23hb Disember 2005, 5:36:44 ptg    [Edit]
semua..
jgn risau2 sgt abt ubat yg diambil samada kat klinik kerajaan or swasta.. semuanya sam aje nama je lain2.. dan bentuk and bilangan ubat je lain tp khasiat semua sama.. and org kata tak yah tambah yg lain2.. apa yg doktor bg tu dah cukup dah...

cikwan..
ye ke makan mee kuning baby besar.. akak dulu masa pregnantkan hakimi mmg suka mkn mee kuning tu tp tak le baby besar sgt.. standard le budak lelaki keluar 3.35kg.. sofea dulu 2.87kg.. biasanya kalau baby girl kecik skit tp baby boy besar skit...

Virgo..
sakit kepala tu mmg common time pregnant ni.. sirna pun selalu dpt sakit kepala masa pregnant haritu tp tu le yg bole cuma letak minyak cap kapak je.. tp kalau tny doktor diaorg kata amik panadol bole tp tak sedap ati lak nak amik..

VICO
comelnya baby..

cikgutaska..
tolong update.. viruspadu bukan bersalin 6 December tp 15 December pkl 7.35 pg. Baby girl. Nama anak dia Alesha Abriza

* Mesej ini telah disunting oleh Sirnatinta pada 23hb Disember 2005, 5:42:14 ptg

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 26hb Disember 2005, 12:16:59 tghari    [Edit]

lama tak masuk sini...dah bukak umah baru pun...best ar,beg baru je balik dari langkawi subuh tadi...yg sonoknye asyik duk makan coklat import.. mak ckp nanti baby lahir pandai cakap omputih hehe..takde ar,sbbnya beg takleh minum susu,so now lebihkan coklat,dulu waktu lom peknen mmg tak suka makan coklat sbb nak maintain berat badan...la ni mmg tak pikir hala tu dah..biar ar gemok,kejap je....

cikwan..ttg mee kuning tu...beg mmg takleh makan sbb bila makan mesti angin satu badan,asyik muntah je...

ada beberapa org cakap kalau tak suka makan ayam, mengandung anak lelaki...ye ke? la ni beg mmg takleh makan ayam..menderita gak..tgk gambar rasa ayamas dan KFC pun loya nak termuntah..
hubby pun cakap opismate dia 2 kali ngandung anak laki,2 kali tu jgk mmg takleh makan ayam...

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

210.186.60.:-)

asmaan
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 26hb Disember 2005, 1:33:43 tghari    [Edit]
yahooooo ..... as dah abis pantang & dah nak start keje on 01/01 tp sebab cuti 03/01 baru start bestnye.... lebih 60ari ... best gak yek makan gaji buta 2 bulan hehehhe... tp yg tak best keje dah menimbun atas meja...

so pada semua ibu yg mengandung menafaatkan la saat˛ cuti bersalin sebab kita leh makan gaji buta.

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

60.49.123.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 26hb Disember 2005, 3:43:29 ptg    [Edit]
beg..
maybe betul kot kawan2 beg cakap tu sebab masa sha pregnant kan anak

lelaki sha dulu,tgk gambar KFC tak semena-mena boleh muntah

kelakar juga bila di pk kan..bila tgk iklan kat tv,sha terus gi tutup sebab tak

larat nak muntah.w/pn kandungan dah nak dekat 9 bulan..sepanjang sha

mengandung dulu,tak pernah langsung makan ayam...

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

60.51.36.:-)

V.I.C.O
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 07:55:43 pagi    [Edit]


ehheehhe...fewwwwit....3-4 hari ni.. anak aku kuat sangat isap susu....
betul ke susu berasaskan SOYA cepat lapar?
bukan sikit aku kasi....4 oz tu....licin dibedalnye...kekadang tu
sejam lebih pas isap ..nak isap semula...


ich..hang camana? dah ada ke?

sirna, cikwan tenkiu...tenkiu....

--------------
..my daughter...Nurul Ain Suffiyah...fewiiiittttt...

61.6.39.:-)

Virgo76
Ahli Setia
37. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 08:04:35 pagi    [Edit]
Selamat pagi semua,

Pagi ni lega sikit headache sebab dah rehat cukup-cukup. Doktor kata sebab tekanan darah rendah dan homoglobin rendah sikit.

Tentang ayam tu, kawan saya ada beritahu jangan makan banyak sangat sebab baby nanti kulit dia tak cantik. Bukan tak putih atau licin, tapi baby mudah kena macam alergi dan mudah gatal-gatal. Mungkin sebab sekarang ni yang ada kat pasar tu ayam bandar bukan ayam kampung, aklau ayam kampung tak apa kot.

Tapi saya sendiri tak makan ayam sejak pregnant ni sebab nak muntah bila tengok ayam. Kalau KFC tu, itulah kegemaran sebelum pregnant, tapi nampak pintu KFC pun nak muntah, pelik betul. Husband pun tak boleh makan juga sebab tak sampai hati tengok saya muntah.

Mungkin juga org kata kalau tak suka ayam, insyallah baby boy, sebab doktor hamid dah scan hari jumaat tu, dan dah nampak "bird" dia. harap-harap semuanya selamat hingga bersalin nanti, insyaallah.

--------------
*Mohammad Izzul Iqhwan*

202.157.192.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 08:39:49 pagi    [Edit]
Adehhhhh..ngantuk arr...
la nie sibuk nak stock check..
so aku hanya mampu memerhati jerk....

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.48.207.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
39. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 09:00:49 pagi    [Edit]

demam la ari nih...la ni kat umah,selsema masa di langkawi weekend lepas melarat sampai demam,tambah makan coklat banyak plak tu..tak taula cuti sampai bile ni yg teruknya,bila gi jumpa doktor,doktor tak bg ubat selsema dgn batuk ..dia suh minumair masak byk2 utk bagi sakit sembuh sendiri..pagi ni macam dah ok sket cuma badan masih panas tp hubby tak bagi gi keje sbb dia takut sakit melarat balik..alahai..boring duk umah...

quote:
maybe betul kot kawan2 beg cakap tu sebab masa sha pregnant kan anak lelaki sha dulu,tgk gambar KFC tak semena-mena boleh muntah


ala....kalau boleh,beg nak baby girl mmmmmm...tak kisah ar first baby nih lagipun sebelah hubby mmg ramai lelaki...susah nak dapat girl..

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

210.186.61.:-)

waha7475
Ahli Aktif
40. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 09:05:15 pagi    [Edit]
cikgu.. mlm tadi tak cukup tidur ke....

waha pagi ni segar bangun.... nasib baik imran tak buat hal... nak tidur menyusu kol 10 mlm.... bgn tidur kol 7... lena 3 beranak tidur...

--------------
~~* UmmiImran *~~

60.49.111.:-)

wanli
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 09:06:32 pagi    [Edit]


semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. AMIN

cikwan,

boleh je kot.. kalu nak check up kat klinik gomen atau swasta.. even saya sendiri pun buat check up kat gomen n swasta.. gomen kat putrajaya.. swasta kat klang.. kot2 kalu tak sempat lari g putrajaya.. g je kat klang...

kak sirna,

nak tanya ar.. 2 hari lepas.. anak buah husband saya ada panjat atas saya.. nn tetiba perut rasa sakit sangat.. sampai skarnag nih.. cuma dah kurang skek.. sakit kat bawah perut belah kanan.. kebetulan pada masa yg sama.. saya ada la makan dalam 5 ulas durian... pas makan durian tu mmg takde rasa pape.. ok jerkk.. lagipun, sblm ni dah dapatkan nasihat doktor pasal pemakanan n dia kata tak kisah kalu nak makan nenas or durian.. as long jgn byk sangat.. yg nak tanya nih.. pasal perut saya nih.. rasa sakit.. ye laa... sblm ni, heart beat baby rasa kuat sangat.. tp pas anah buah hubby panjat tu.. dah rasa kureng skek.. tp still rasa laa.. n sblm ni, baby aktif time malam.. skarnag ni takde dah.. tak kira masa.. lelebih lagi pas makan.. slalu nyer.. kalu saya goyang2 kan perut, saya akan rasa pergerakan dia.. tp skarnag ni takde.. maknanyer.. dia gerak ikut suka dia.. bukan ikut suka kiter.. normal ke tu ar???

beg,

oo.. baru balik langkawi ekk.. berjalan manjang.. citer pasal mee kuning.. baru malam tadi makan mee kari..

as,

uik.. dah abis pantang ekk.. hehee.. rasa cepat jerk.. bila laa ko nak bawak hazran jumpa aku nihh.. ko turun klang ar... leh aku g umah akak ko..

ashsha,

quote:
maybe betul kot kawan2 beg cakap tu sebab masa sha pregnant kan anak lelaki sha dulu,tgk gambar KFC tak semena-mena boleh muntah

saya pun tak baper suka makan KFC.. tp kalu hubby teringin.. makan la jugakkk...

virgo,

ye ke kalu makan ayam kulit baby tak cantik.. mmm... dah la suka makan ayam nih...

2-3 minggu ni.. asik tensen jerk... keje berlambak... bukan keje apa.. keje2 persatuan nih... ingat awal tahun depan nak amik cuti seminggu.. tak tahan sehhh...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

Virgo76
Ahli Setia
42. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 09:48:46 pagi    [Edit]
Wanli,

Tentang ayam tu, kawan saya yang beritahu setelah anak dia selalu kena macam bengkak kecil-kecil kat celah peha, ketiak dan tengkuk. Bila tanya doktor,doktor tanya balik dia semasa pregnant suka makan ayam tak ? Kawan pun cakaplah memang suka, kalau KFC tu nak makan setiap masa. Lauk ayam lain pun dia suka juga. Doktor cakap sebab ayamlah baby jadi macam tu. Doktor pun cakap, mungkin sebab ayam bandar, kalau ayam kampung tak ada effect sangat.

--------------
*Mohammad Izzul Iqhwan*

202.157.192.:-)

adeena2000
Ahli Baru
43. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 11:28:02 pagi    [Edit]
quote:
Dalam penantian

Disember

1. Nor022275: 24 Disember 2005
2. Deena : 27 Disember 2005
3. Ida2505 : 22 Disember 2005


..bila aku nak bersalin neh??

--------------
::Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan::

60.49.68.:-)

nafizah
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 11:28:59 pagi    [Edit]
hi..
saja je singgah jap tgk kelab lama...

eh.. korang citer pasal makan ayam waktu peknen? aku plak tak tahu, waktu peknen ari tu mmg makan ayam jer... nampak signboard kfc jer tekak dah terliur.. muurlah baby lahir sihat segar bugar...

waha
seronok la imran dah tak jaga malam... balqis plak ari2 mmg confirmed lah nak minum susu tgh malam..
at least mesti dia bgn sekali .. paling byk 2x...

cikgu
mmg mcm tu la ada anak.. slalu tak cukup tido..
aku dulu mmg menghitung hari je bg balqis cepat besar.. sbb rindu sgt nak tido nyenyak...

beg
dulu saya kuat mkn coklat gak, tp baby lahir tak pandai cakap omputih pun..
tp jgn makan coklat byk sgt, kang gula naik alamat warded la...

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.71.:-)

minah_UK
Ahli Baru
45. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 11:30:40 pagi    [Edit]
wanli,

lahaiii..siannye...dah pi check kat doc lom? pi la scan tgk baby camne movement/heartbeart dia...takleh nak agak2 la lam perkara2 camni...lebih baik pi jumpa doc. Doa banyak2. Jgn risau sgt ok?

kalau tak silap info yg minah dapat, different baby different style/waktu dia aktif menendang tu...as long as lam sehari dia ada menendang lam 10-12 kali considered normal lah....cam minah baby menendang tak ira waktu pagi/tengahari/malam...ikut suka dia aje....

--------------
~Grow old with you~

218.111.80.:-)

cheq
Ahli Baru
46. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 11:40:37 pagi    [Edit]
selamat pagi semua........

waahhh... ranjak yerr... bakal ibu borak...

nak tanya laaa.... kalau hujung jari kita kebas macam mecucuk tu kenapa ya?

saya hujung jari kanan teras kebas tak tahu laa kenapa adakah itu normal ka? semalam pegabng penyapu pun tak rasa apa kebas ajerr..

sekarang nie tengah selsema badan pun lemah ajerr... cuma kuatkan semangat ajerr...

219.93.81.:-)

asmaan
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 12:03:16 tghari    [Edit]
wanli

itu la pasal bila aku pegi putrajaya ko lak asyik tak de je.. tp aku rasa nak je jumpa ko rindu gilerrrr dah kat ko... tetambah nak see muka ko pregnant mcm mana hehehheheh

nie pic terbaru aku ngan hazran on 25/12/05


--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

60.49.122.:-)

buazo
Ahli Interaktif
48. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 12:19:53 tghari    [Edit]
semua..
dh lama tak masuk sini..

cheq..
saya pun tgh selsema n batuk nie..ubat dh abis..seminggu dh kena..tak ilang2 lagi..nk wat cemana ek..

--------------
mama Afiq Haikal

218.111.101.:-)

nafizah
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 12:35:11 tghari    [Edit]
as
comey nya hang ngan anak hang....

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.71.:-)

cheq
Ahli Baru
50. Dihantar pada 27hb Disember 2005, 12:41:57 tghari    [Edit]
buazo,

saya pun sama gak dah seminggu nie.. selsema tak hilang juga

saya tak gi pun laa kat klinik kan doktor bagi ubat selsema gan batuk boleh ka makan? takut juga. dah hujung nie risau juga kan nya apa risau takut effect kat baby ajer saya dah nak masuk 8 bulan dah.

219.93.81.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005