Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 22hb JamadilAkhir 1435 @ 23hb April 2014, 3:18:35 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Umum. : Perasaan yang diabaikan II.
moshi
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 25hb November 2005, 12:10:38 tghari    [Edit]


LANJUTAN TOPIK AWAL. Pn Ann.

quote:
Pada hari raya ke 4, sahabat baik saya bertandang kerumah berhari raya. Dah lama tak jumpa…semenjak beliau ke Jerman..bekerja disana...baru kini dia kembali..apa pun kami kerap berhubung dengan emails..bayangkan sahabat dari sekolah rendah…

Semasa berjumpa…banyak perkara yang kami ceritakan…apa pun saya tertarik dengan luahan beliau…

“Ann…Aku bertahan sebab anak-anak…Anak sulong aku yang suroh aku agar tidak bercerai dengan mama dia..”

“Aysik aku aje yang mesti menjaga perasaan dia..perasaan aku macam mana ?”

“Dah lama Ann…hidup aku begini…dah 20 tahun…ko bayangkan…”

“Makan minum aku…walaupun aku jenis tak kisah..tetapi dia ambil kesempatan..”

Saya sebagai tempat luahan masalah dia…sebagai pendengar setia...kadangkala...memang kesian sekali...kenali beliau...dia memang baik sekali...malah bertanggungjawab...malangnya isteri dia abaikan perasaan dia..



Sipolan yang terabai perasaan, sama ada dengan sebab berpunca soal ranjang atau apa juga sebab yang HANYA ALLAH DAN DIRINYA MENGETAHUI,
seharusnya DICADANGKAN DENGAN BERSUNGGUH,
... KAHWINLAH SATU LAGI !
nescaya, jika sipolan memikirkan, barulah ia menyedari apakah sebenarnya yang dinamakan di abaikan atau sekadar permainan perasaan,
atau;
cuma sekadar kisah.

Cadangan kahwin satu lagi, bukan kerana semata-mata menggalakannya atau menjangka itulah sebab utama, sebaliknya adalah bagi menyedarkan antara kedua-duanya kembali kepada penyelesaian dengan perbincangan yang lebih fokus.
Kerana, bukan bermakna mencadangkan kahwin lagi satu itu menjadikan MESTI KAHWIN, sebaliknya ialah mengajak sipolan 'FOKUS DAN BERSUNGGUH MENYELESAIKAN' masaalah rumahtangganya, tanpa membiarkan terbakar bagaikan 'api dalam sekam'.

Mudah-mudahan sipolan mula untuk kembali mengulang sejarah dan menilai semula segala kelemahan dan kekurangan masing-masing.
Keadaan mereka tidaklah seberat mana, harus hanya disebabkan tekanan yang sukar dikawal dalam masa-masa tertentu.
LETIHKAN @ TIDORKAN FIKIRAN ITU harus mententeramkan.
InsyaAllah.
WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 25hb November 2005, 12:12:20 tghari

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

Inaz2205
Ahli Interaktif
2. Dihantar pada 25hb November 2005, 12:22:39 tghari    [Edit]
uiks.........tak abis lagi ker.........

--------------
~KutunjangkanResahkuDidadaSolat, KuHimpunkanHarapankuDigenggamDoa, KututupiKekecewaankuDenganTakwa~

218.208.111.:-)

KakZa
Ahli Baru
3. Dihantar pada 25hb November 2005, 12:27:31 tghari    [Edit]
Tak mengapa, kita baca dan menerima aje pendapat orang muda yang belum berkahwin

210.19.241.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
4. Dihantar pada 25hb November 2005, 12:31:02 tghari    [Edit]
No komen....baca aje..nak kasi pendapat tak setimpal..

--------------
~PnAnn~

moshi
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 26hb November 2005, 11:56:52 pagi    [Edit]


Saya igin mengajak netters fokuskan kepada:

quote:
malangnya isteri dia abaikan perasaan dia


NOTA:

APAKAH KEBIASAAN 'peng- ABAI -an' berlaku sehingga seorang suami terasa diabaikan, sedangkan SUAMI ADALAH KETUA RUMAHTANGGA.

harus ada dikalangan netters yang dapat memberikan secara JELAS apakah TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI yang wajib bagi seorang MUSLIMAH.

Lepas itu, harus kita dapat kenalpasti,
KENAPA SIPOLAN INI TERASA 'diabaikan'.
BARULAH KENA

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

vok
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 30hb November 2005, 10:58:30 pagi    [Edit]
dulu kan masa masa nak kahwin kan....selalu dengar org2 tua bagi nasihat.......jgn ingat bila suami tu jenis tak kisah kita amik kesempatan......sebab lelaki ni dalam masa 5 tahun awal perkahwinan dia akan buat tak kisah...tapi selepas 5 tahun baru kita tahu langit tinggi rendah.......

betul lakan perumpamaan 'orang tua dah banyak makan garam'.........aku takkan main main kan perumpamaan ni.........mmg nyata dan jelas........

--------------
TeNgOk BoLeH UsHa JaNgAn, LaGi HiDuP LaGi NgELaBaH

219.95.242.:-)

Inaz2205
Ahli Interaktif
7. Dihantar pada 30hb November 2005, 11:50:31 pagi    [Edit]
quote:
APAKAH KEBIASAAN 'peng- ABAI -an' berlaku sehingga seorang suami terasa diabaikan, sedangkan SUAMI ADALAH KETUA RUMAHTANGGA

dalam topik yang pertama sudah jelas bahawa bukan mahu
membicarakan tentang kebiasaan peng abaian. Cuma
membicarakan tentang peng abai an dari segi perasan.
itu jer.....aku rasa msg di no. 1 dah cukup jelas.
dan di topik pertama pun sudah cukup jelas.

--------------
~KutunjangkanResahkuDidadaSolat, KuHimpunkanHarapankuDigenggamDoa, KututupiKekecewaankuDenganTakwa~

218.208.111.:-)

munchkin
Ahli Baru
8. Dihantar pada 30hb November 2005, 3:18:33 ptg    [Edit]
saja je nak tumpang sekaki..

Macam mana pulak 'pengabaian' dari pihak suami.. kadang2 suami ni senang berkata.. kalau isteri x masak, pengabaian.. kalau isteri penat tak layan, pengabaian.. kalau isteri x bersolek, pengabaian.. sikit2 pengabaian.. tapi mereka sedar tak byk yg sebenarnya suami lakukan pengabaian pada isteri.. tetapi isteri diam sbb menerima bulat2 bahawa itulah sikap suami yg terpaksa mereka terima.. dan juga sikap suami yg memandang remeh perkara2 kecil sebegitu.. tetapi itulah pengabaian sebenarnya.. Meh munchkin contohkan pengabaian pihak suami pulak..:

1) Waktu free, suami leka tengok tivi, baca paper, main game & seumpamanya.. x peduli pon nak duduk sebelah isteri berbual dan bertanya masalah..

2) suami isteri balik keje, isteri kelam kabut nak siapkan makan mlm dan layan anak, suami relex dpn tivi mintak kopi..

3) Bila tidor.. isteri tido dgn anak2.. somi tido dpn tivi / dlm bilik sorang2.. tapi kalau time nak gitu2 pandai lak mengeseh kat bini?

4) Bini merajuk atau kecil hati, suami buat tatau. Isteri menangis sorang2 dlm bilik.

Tah byk lagi la pengabaian kecil2 dari suami nih.. tapi masalahnye org kita dah biasa ditanamkan...

"Org pompuan setinggi mana pon belajar, ke dapur juga akhirnya"

Itu yg menyebabkan org lelaki kita.. apa2 hal suma org pompuan.. mereka dok goyang kaki.. Dah mmg tradisi kita mcm tu..

sori pendapat sekupang munchkin jer..

--------------
mama cayang Iqa... :D

203.106.226.:-)

adhadi
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 30hb November 2005, 3:34:35 ptg    [Edit]
isteri aku tido dalam bilik...

aku dengan anak tido depan tv, lepas tgk kartun.. hehehe

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.187.40.:-)

effarosely
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 30hb November 2005, 3:39:14 ptg    [Edit]
quote:
isteri aku tido dalam bilik...

aku dengan anak tido depan tv, lepas tgk kartun.. hehehe



adhadi
suatu pengabaian yg nyata

--------------
hidup biar berpada...jgn over ... jenahak/siakap/ketam nipah .. 0193412883

210.187.84.:-)

adhadi
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 30hb November 2005, 3:51:04 ptg    [Edit]
ya lo... patut wife aku join sama depan tv..

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.187.40.:-)

moshi
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 30hb November 2005, 4:06:35 ptg    [Edit]


JKKK & TK netters yang dihurmati.


Kita sedang berada dalam mencari penyelasaian hal :
SUAMI YANG DI abai KAN.
berhubung seorang insan dari topik I terdahulu.

soal 'isteri ... di ABAI kan .... telah banyak topik dan
harus BUKA topik baru kita dan bincang.

WA.
mk dan netters;

quote:
1) Waktu free, suami leka tengok tivi, baca paper, main game & seumpamanya.. x peduli pon nak duduk sebelah isteri berbual dan bertanya masalah..

2) suami isteri balik keje, isteri kelam kabut nak siapkan makan mlm dan layan anak, suami relex dpn tivi mintak kopi..

3) Bila tidor.. isteri tido dgn anak2.. somi tido dpn tivi / dlm bilik sorang2.. tapi kalau time nak gitu2 pandai lak mengeseh kat bini?

4) Bini merajuk atau kecil hati, suami buat tatau. Isteri menangis sorang2 dlm bilik.




kalau begini, kira suami tidaklah terabai. WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
13. Dihantar pada 30hb November 2005, 5:30:35 ptg    [Edit]
bila kita berjauhan.. siapakah yg terabai sebenarnya? adakah kau yang kutinggalkan? atau aku yg meninggalkan?

benarkah tempat isteri harus sentiasa di sisi suami? atau suami harus berkorban dengan meninggalkan isteri demi tanggungjawabnya?

--------------
~;]usoP..

PnAnn
PnAnn
Pengendali
14. Dihantar pada 30hb November 2005, 5:38:21 ptg    [Edit]
quote:
bila kita berjauhan.. siapakah yg terabai sebenarnya? adakah kau yang kutinggalkan? atau aku yg meninggalkan?

Hakikatnya kita berdua yang terabai...kau meninggalkan ku dan aku meninggalkan mu...tetapi kita kadangkala alpa..hingga ada perasaan yang kita abaikan..kesilapa kita bukan dirancang..tetapi takdir yang menentukan..

quote:
benarkah tempat isteri harus sentiasa di sisi suami? atau suami harus berkorban dengan meninggalkan isteri demi tanggungjawabnya?

Aku akui..hakikatnya antara kita harus berkorban demi kebahagiaan bersama dan demi kesenangan rumahtangga..pengorbanan yang harus dilalui antara kita..kita korban perasaan..

--------------
~PnAnn~

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
15. Dihantar pada 30hb November 2005, 5:49:01 ptg    [Edit]
sungguhkah aku tergolong diantara orang yang zalim.. membiarkan dirimu menguruskan harta dan anak-anak sendirian.. tapi bukanlah aku bersukaria semata hanyalah untuk kebahagiaanmu dan anak2 kita..

adakah aku akan bertindak adil dengan berkahwin satu lagi untuk tidak mengabaikan keperluan lelakiku yg berjauhan denganmu.. dan menidurkan fikiranku demi ketenteramanmu?

--------------
~;]usoP..

munchkin
Ahli Baru
16. Dihantar pada 30hb November 2005, 6:42:34 ptg    [Edit]
kesimpulannya.. maksud munchkin di atas.. setiap pasangan akan saling merasakan diabaikan oleh pasangan masing2.. itu adalah fitrah agar saling melengkapi satu sama lain..

Kalau kita tidak ada perasaan negatif.. maka tiada usaha ke arah yg positif..

Yang penting dlm kita sebok membicarakan perasaan masing2 hatta suami / isteri.. jgn sampai terabai anak-anak!!

--------------
mama cayang Iqa... :D

203.106.226.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
17. Dihantar pada 01hb Disember 2005, 11:07:16 pagi    [Edit]
Apabila berjauhan bukan bermakna antara kita berlaku zalim..kita hanya berlaku zalim apabila perasaan sering diabaikan..perasaan sunyi yang suka dimain-mainkan oleh syaitan..itulah yang menyebabkan antara kita kadangkala lupa bahawa antara kita saling memerlukan walaupun dalam kejauhan..

Apalah daya seorang wanita untuk menidakkan kemampuan seorang lelaki mengisi 3 tempat kosong. Jika itu yang kau fikirkan untuk menuntut kehendak batinmu sebagai seorang lelaki. Tetapi kau lupa..adakah disebabkan pinginnya ranjang dalam hidup mu maka itu sudah cukup untuk bahagiakan dirimu ?

Adakah enaknya hidangan kelamin sudah cukup membuatkan perasaan mu terisi ? Wanita di kejauhan ini di diskriminasi akibat tindakan mu yang abaikan perasaan tuntutan nalurinya.

Memasing adalah saling memerlukan..itulah yang harus kau ketahui..memasing harus mengisi kosongnya perasaan itu..

--------------
~PnAnn~

moshi
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 2:34:26 ptg    [Edit]


quote:
“Aysik aku aje yang mesti menjaga perasaan dia..perasaan aku macam mana ?”

“Dah lama Ann…hidup aku begini…dah 20 tahun…ko bayangkan…”

“Makan minum aku…walaupun aku jenis tak kisah..tetapi dia ambil kesempatan..”

Saya sebagai tempat luahan masalah dia…sebagai pendengar setia...kadangkala...memang kesian sekali...kenali beliau...dia memang baik sekali...malah bertanggungjawab...malangnya isteri dia abaikan perasaan dia..




Mengambil dari apa yang diatas, dan kedudukan sipolan yang bertugas @ berada di luar negara, seharusnya 'berkemampuan' memenuhi keperluan 'lumrah' bagi sebuah keluarga jikapun tidak mewah;
pengakuannya pun menzahirkan TIADA MASAALAH BESAR dalam sipolan tanggungjawab memenuhi keperluan rumahtangga.

Kita masih tercari-cari apakah PERKARA POKOK yang 'di abai kan' oleh isteri sipolan.



--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 09hb Disember 2005, 5:30:12 ptg    [Edit]



quote:
Adakah enaknya hidangan kelamin sudah cukup membuatkan perasaan mu terisi ? Wanita di kejauhan ini di diskriminasi akibat tindakan mu yang abaikan perasaan tuntutan nalurinya


Maksud Firman Allah SWT :

" Barangsiapa yang mengerjakan 'amal solih baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka itu tidak diabaikan walau sedikitpun". ( 40 AlGhafir 40)

Suami dan Isteri mempunyai tanggungjawab bersama dalam mengendalikan pengurusan dan pentadbiran rumahtangga untuk menuju kepada pembentukan rumahtangga dan keluarga bahagia dalam ruang lingkup yang sesuai dengan sifat semulajadi bagi lelaki dan perempuan.Isteri mempunyai hak dalam menentukan maslahat rumahtangga.

SUAMI - ISTERI ADA HAK YANG SEBANDING:
Rujukilah kepada 'YANG AHLI' tentang maksud Firman Allah SWT dibawah ini tentang apa-apa hikmah disebalik ayat SELEPAS EMPAT BULAN tersebut.


"Kepada orang-orang yang meng-ilaa' isterinya diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
( 2 Al Baqarah 226 )


"Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beridah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis idahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat".
( 2 Al Baqarah 234 )


NOTA:

'menangguhkan dirinya (beridah)' : Allah SWT Maha Mengetahui sejauhmana ketahanan dan keutuhan 'iman' hambaNYA, dan rata-rata 'EMPAT' bulan adalah suatu tahap 'kesabaran' yang munasabah bagi yang bernama wanita, harus setelah itu munasabah baginya menilai dimana dan kemana harus meminta jalan 'penyelesaian' yang diredhainya jika berlaku yang sebagaimana Pn Ann katakan. Kerana ia adalah hak yang Allah SWT kurnia dan muliakan bagi wanita dan bukan ada diskriminasi bagi seseorang melainkan ada hak yang seimbang.
POKOKNYA, perbuatlah melalui As Sunnah yang diredhaiNYa dan bukan sebaliknya.
'menangguhkan dirinya, adalah suatu perkara yang mempunyai makssud yang luas, Allah SWT Maha Mengertahui dan sesungguhnya bukanlah rugi bagi yang sanggup memijkirkan hikmahNya.
WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 09hb Disember 2005, 5:36:00 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005