Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulkaedah 1435 @ 02hb September 2014, 12:14:48 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Info Hiburan  
(Pengendali : faent)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Nabila Huda : mengaku berkhalwat-berita hari ini
khira83
Ahli Setia
1. Dihantar pada 23hb November 2005, 12:48:31 tghari    [Edit]
Nabila Huda mengaku berkhalwat
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


GEORGETOWN: Pelakon wanita yang juga anak penyanyi rock, Nabila Huda Suhaimi, 21, didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat.



BERKHALWAT DENGAN PROMOTER:
Nabila Huda meninggalkan
Mahkamah Tinggi Syariah
Pulau Pinang, semalam
selepas dia dan
pasangannya dijatuhi hukuman
denda RM2,000 kerana
kesalahan berkhalwat
26 September lalu.

Teman lelakinya, Zaidy Zailani, 24, seorang promoter yang turut mengaku bersalah atas tuduhan sama, didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan.

Nabila – anak penyanyi Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, serta pasangannya didakwa mengikut Seksyen 27 (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 yang boleh didenda RM3,000 atau dua tahun Penjara atau kedua-duanya.

Kedua-duanya yang dituduh melakukan kesalahan itu di GoodHope Inn, Jalan Kelawei di sini, jam 2 pagi, 26 September lalu, mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Ismail.

Nabila dari Ampang, Selangor dan Zaidy dari Rantau Panjang, Selangor membayar denda masing-masing sebelum memasuki kereta sama, meninggalkan mahkamah jam 12.45 tengah hari.

Menurut fakta kes, Nabila yang juga pengacara televisyen dan Zaidy ditahan dalam operasi cegah maksiat Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp).

Kedua-dua tertuduh yang mengaku dalam perjalanan pulang dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah selepas selesai menjalani penggambaran filem, mendakwa berehat kerana keletihan dan hujan lebat.

Info: Kerjaya seni Nabila Huda

Bekas pengacara rancangan Interzone, di TV1

Pelakon filem Rock yang akan ditayangkan 6 Disember depan

Drama bersiri lakonannya, Usia, sedang ditayangkan di TV2

Mula memb a b i tkan diri dalam bidang seni sejak berusia 15 tahun

VCD popular lakonannya, Blok 404

Berlakon dalam teater Lorong Neraka

218.208.43.:-)

khira83
Ahli Setia
2. Dihantar pada 23hb November 2005, 1:07:31 tghari    [Edit]
nak tambah lagi...khira ada gak ternampak gambar dia ni separuh bogel dlm internet....Mula2 tak caya dia ni macamni..lepas baca brita nie...khira dah tak minat kat minah sorang ni....

Ya allah bantu la dia..

So apa komplen korang rasa macam tak cayer ada gak kan..

* Mesej ini telah disunting oleh khira83 pada 23hb November 2005, 1:08:10 tghari

218.208.43.:-)

khira83
Ahli Setia
3. Dihantar pada 23hb November 2005, 4:29:21 ptg    [Edit]
ala korang nie baca jer..komen la sikit....aper tak heran langsung ke?

218.208.43.:-)

mie8777
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 23hb November 2005, 4:58:45 ptg    [Edit]
semua berbalik pada didikan agama yg sangat penting..

--------------
Advisor Prudential Assurance 0122332845 ~ Hidup Jangan Jadi Mangsa

210.186.19.:-)

khira83
Ahli Setia
5. Dihantar pada 23hb November 2005, 5:06:40 ptg    [Edit]
dia ni kan byk kawan laki dari ompuan....so bila dipikir best gik kalau byk kawan pompuan kan..

bukan nak memburukkan, tapi realiti

218.208.43.:-)

mie8777
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 23hb November 2005, 5:15:40 ptg    [Edit]
Edisi Nasional: Maafkan Nabila

Oleh Nazarali Saeril

KUALA LUMPUR: “Sebagai bapa, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku ke atas Nabila.

“Saya meminta maaf pada peminat saya dan Nabila kerana perkara itu (kes khalwat). Saya harap Nabila diberi ruang dan sokongan untuk terus aktif dalam bidang seni,” kata penyanyi rock, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search, ketika dihubungi, di sini, malam tadi.


Sebagai bapa, Amy tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dengan kes yang dihadapi Nabila Huda, 21, yang mengaku berkhalwat dengan pasangannya dan didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, semalam.

“Bagaimanapun, saya memaafkannya lama dulu. Bapa mana yang tidak sayangkan anak, begitu juga yang saya rasakan terhadap Nabila.

“Dia masih muda dan perjalanan dalam karier seninya masih jauh. Sebagai bapa, saya tetap akan memberikan sokongan padu kepadanya walau apa terjadi,” katanya.

Amy turut berharap kesilapan yang dilakukan Nabila tidak akan berulang lagi dan menjadikan kes itu sebagai satu pengajaran penting.

Katanya, tiada ibu bapa yang mahukan perkara kurang elok seperti itu berlaku terhadap anak mereka.

“Saya sayangkan Nabila dan berharap dia tidak menoleh ke belakang atau rasa kecewa. Dia punya bakat yang hebat dalam seni.

“Saya harap dia tidak patah semangat untuk meneruskan perjalanan dunia seninya yang masih jauh,” katanya.


Ditanyakan kemungkinan tanggapan negatif pihak tertentu berkaitan kes berkenaan, Amy mengatakan ia adalah hak peribadi mereka.

Malah, dia mengatakan apa yang perlu Nabila lakukan sekarang ialah bersikap tabah selain menunjukkan dia sedar akan kesilapan yang dilakukannya.

“Biarkan pandangan negatif seperti itu kerana kita tidak boleh memastikan semua orang puas hati dengan kita.

“Kini, Nabila hanya perlu berusaha keras dan fokus dalam kariernya. Saya harap peminat faham dan sedia memaafkan Nabila,” katanya yang belum sempat berbicara dengan Nabila sehingga malam tadi.

Bagaimanapun, dia berharap dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu secepat mungkin.

“Saya akan sentiasa berada di sisi Nabila untuk memberikan sokongan padu kepadanya. Kasih sayang saya pada Nabila takkan berubah atau berkurang,” katanya.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, semalam menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan ke atas Nabila dan pasangannya, Zaidy Zailani, 24, kerana kesalahan khalwat.

Pasangan berkenaan ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, kira-kira pada jam 2 pagi pada 26 September lalu oleh sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang membuat pemeriksaan.


Renung2lah baik2 kata amy dalam petikan akhbar ini

--------------
Advisor Prudential Assurance 0122332845 ~ Hidup Jangan Jadi Mangsa

210.186.19.:-)

khira83
Ahli Setia
7. Dihantar pada 23hb November 2005, 5:44:13 ptg    [Edit]
Amy memang bapa yg baikkan...Tak macam yg khira imaginekan...(khira imagine mesti dia marah sangat, sampai tak nak ngaku anak lagi...)

218.208.43.:-)

ella973
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 23hb November 2005, 10:30:21 mlm    [Edit]
sedih tgk nabila mcm tu, ingat lagi dulu2 tgk gambar amy dan nabila dlm majalah, jalan2 comel sgt nabila mcm tu, syg sungguh perangai ia mcm ni sekarang nih..

--------------
Amway/DCL/Salindah/T&K/PF/Be-Nice/Tupperware/ANGGUN~ella973@hotmail.com/YM:eljoe73/012-2728944

210.195.96.:-)

kisaak
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 24hb November 2005, 09:03:50 pagi    [Edit]
quote:
dia ni kan byk kawan laki dari ompuan....so bila dipikir best gik kalau byk kawan pompuan kan..


berbalik dr azali lg.
Didikan Parents yg betul..
tengok ler ayahnyer dulu sebelum menuduh anaknyer..
tersilap pilih kawan bukan takleh kawan lelaki ramai

--------------
mungkin...................

219.93.8.:-)

faent
Pengendali
10. Dihantar pada 24hb November 2005, 11:05:12 pagi    [Edit]
Semua org bertanggungjawab dlm segala apa pun yg terjadi. Jaga diri sendiri, adik beradik demi nama baik semua.

--------------
Cuba bertanya pada manusia, Tak ada jawabnya. Cuba bertanya pada langit tua, Langit tak mendengar

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005