Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 2hb Muharram 1436 @ 26hb Oktober 2014, 02:54:18 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh TAQLID. : Yang dinamakan talid.
moshi
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 22hb November 2005, 5:57:48 ptg    [Edit]


TAQLID menurut kefahaman yang biasa adalah:
menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui asal-usul perkatan itu atau tidak ada hujjah (dalil)nya.
( dalam hal ibadah Islam ) dapatlah di maksudkan sebagai:
menurut perkataan dan perbuatan seseorang dalam hal agama (ibadah) dengan tidak mengetahui keterangan atau dalilnya dari Al Quran dan Hadith ( Sunnah SAW ).


Dalam hubungan ini,
marilah kita fikirkan tentang tegahan taqlid ia itu mengikut sahaja perkataan dan perbuatan orang tanpa dalil Al Quran dan Sunnah SAW.

Maksud Firman Allah SWT:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. ( 17 Al Israa 36 )

NOTA:

Apabila jelas ditegah mengikuti kata-kata orang lain dalam hal agama yang tidak diketahui asas dan dalilnya.
MAKA seseorang pengajar haruslah menyertakan keterangan dasar atau dalil dari Al Quran ataupun Hadith ( Sunnah SAW ). Kerana Agama Islam Yang Haq adalah dari Allah SWT dan RasulNya SAW mengenai hukum-hukum dan pelaksanaannya.

Jika kita hanya mengikuti pendapat atau fikiran orang lain tanpa disertakan dasarnya atau tanpa mengetahaui keterangan dan pengertian As Sunnah ITULAH YANG DINAMAKAN 'TAQLID' menurut maksud ayat diatas.


Semuga dikalangan yang 'ahli' dapat turut memberikan penjelasan yang BENAR untuk manfaat umat tanpa menimbulkan kelamkabut atau pecahbelah, melainkan atas maksud MENCARI KERDHAAN ALLAH SWT bagi mendapat balasanNYA di akhirat, InsyaAllah.

WA.

RALAT:

Tajuk Topik: TAQLID: Yang dinamakan taqlid.

Maaf: terdapat salah ejaan - talid -
kesilapan itu sangat saya kesali. (moshi)



* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 23hb November 2005, 11:13:09 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 22hb November 2005, 10:13:35 mlm    [Edit]
Moshi .. apa khabar Moshi .. bagaimana hari-hari mu .. bersungguh-sungguh benar nampaknya kamu .. so .. apa nak buat Moshi .. terpaksalah Potpetpotpet yang serba dhaif ini bertanya .. Moshi .. siapa pula agaknya yang dinamakan mujtahid .. apa pula yang dinamakan ijtihad .. dan apakah keperluan serta kelayakan yang sepatutnya ada pada seorang mujtahid dalam melakukan ijtihad?

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.35.:-)

moshi
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 23hb November 2005, 11:01:37 pagi    [Edit]


netters yang dihurmati.

Sebahagian orang bertanya untuk mendapatkan sesuatu hukum atau cara ibadah yang seharusnya menjadi amalan harian dengan tujuan membaiki amal-ibadahnya.

Sama ada ustadz, guru-guru agama atau mubaligh dimana-manapun,
maka sebahgianmereka ada yang memberikan penjelasan dapat menepati yang diSunnahkan dan sebahagaian pula sekadar memberikan 'HUKUM TANPA RUJUKAN AS SUNNAH SAMA ADA TERUS DARI AL QURAN DAN HADITH ATAU PENJELASAN IJTIHAD DARI YANG DIIKUTI.


Harus mereka menyatakan:
misalnya:
.. anjuran saya, kerana adalah seorang ASWJ yang bermazhab Syafi'ii, maka keterangan sipolan atau saya boleh digunapakai kerana keterangan yang berpandukan kepada fiqh imam mazhab sipolan dan telah saya rujuk kepada Tuan Guru dsb.


ATAU

cukuplah dengan mengikuti saya dan saya bertanggungjawab kebenarannya. Kerana ini sudah dikupas habis oleh orang-orang alim terdahulu, oleh ulama dan imam mujtahid itu dan ini yang telah berijtihad. Tentulah mereka tidak membuat dasar dengan main-main atau itu dan ini....



NOTA:
Keadaan sedemikian itulah yang dinamakan taqlid dan mengajak orang lain taqlid, dan orang yang taqlid sedemikian dinamakan muqalid.
Mereka memberikan jawaban tanpa keterangan dari dalil dari As Sunnah.
atau;
JIka ia mengambil dari hasil Ijtihad Para Mujtahid, maka mereka TIDAK MEMBERIKAN DALIL APA YANG DIJADIKAN DASAR-POKOK BERFIKIR-BERHUKUM YANG DIHASILKAN KESIMPULAN OLEH MUJTAHID BERKENAAN. Maksudnya; TIDAK MEMBERIKAN perbandingan atau penjelasan tentang hasil Ijtihad dari Mujtahid, melainkan mengikuti sahaja hukum atau beramalan tanpa mengetahui dasar @ hujah As Sunnah atau penjelasan hasil Ijtihad dari Mujtahidnya.

Keadaan sedemikian itulah antara maksud PM pertama tentang tegahan taqlid. ( PM 1 - moshi diatas, sebelumnya ).

Para Sahabat RA dahulu TIDAK TAQLID, sebaliknya sebagai Muttabi' jika tidak Mujtahid, dan memang Para Sahabat RA jarang jadi Mujtahid disebabkan jika berlaku masaalah, mereka terus menemui Rasulullah SAW sendiri atau kepada Para Sahabat RA lain yang lebih rapat atau lebih mendapat ajaran Baginda SAW.


WA.



PS:
sdr potpetpotpet yang dihurmati.
MONGGO berilah sahaja penjelasan 'kebenaran' yang sdr fikir baik dan benar menurut As Sunnah yang menjadi manfaat tanpa mempersoal sesuatu yang membawa FITNAH.
Kerana; tanpa kira apa juga fahaman 'mazhab' yang tersohor TIDAK ADA BERBEDZA PENDAPAT TENTANG KEBENARAN AL QURAN DAN SUNNAH SAW, JIKA MENGAMBIL DARI IMAM-IMAM YANG TERSOHOR ITU,
jika sebaliknya yang hanya dibawakan oleh 'pengikut kemudian' sehingga lahir perpecahan adalah BUKAN TANGGUNGJAWAB SESIAPA MELAINKAN DIRINYA SENDIRI YANG SENGAJA MENCARI MASAALAH.
WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 23hb November 2005, 11:09:52 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 23hb November 2005, 12:02:11 tghari    [Edit]


TAQLID @ MUQALLID dapat juga dimaksudkan sebagai 'IKUT-IKUT SAHAJA' atau sekadar menyatakan kesana-kemari tanpa memberitahukan pokok atau dalil dan alasan ketarangan dari Al Quran dan Sunnah SAW.
atau paling tidak dapat menjelaskan keterangan @ dalil tersebut dari hasil ijtihad dari Mujtahid yang dikutinya.
Kerana PARA MUJTAHID YANG BENAR TIDAK MEMBUAT DASAR HUKUM untuk diamalkan tanpa DALIL AS SUNNAH. Itulah yang telah dilakukan @ di amalkan oleh Imam-Imam yang tersohor dan bukan sebahagian pengikutnya.

KE EMPAT-EMPAT IMAM TERSOHOR bukanlah yang merusakan As Sunnah atau mengabaikan, sebaliknya mereka adalah BERPEGANG TEGUH KEPADA AS SUNNAH, kerana itu mereka MELARANG PENGIKUT @ MURID-MURIDNYA BERTAQLID KEPADA MEREKA TANPA MERUJUK KEPADA AS SUNNAH.

Menurut riwayat Imam Ar Rabi RAH, Imam Syafie RAH telah menyatakan yang bermaksud:

Tiap-tiap masaalah yang pernah saya bicarakan, padahal ada khabar yang syahih ( hadith yang syahih ) tentang masaalah tersebut dari Nabi SAW disisi ahli riwayat, yang mana menyalahi apa yang telah saya katakan, maka saya akan ambil daripadanya ( Sunnah SAW itu), baik sewaktu saya hidup atau sesudah mati (untuk pengikutnya).

dan:

Barang apa yang datang dari Sunnah Rasulullah SAW dengan menyalahi pendirianku, maka tinggalkanlah olehmu akan jalanku, kerana sesungguhnya yang demikianitulah jalanku.


NOTA:
Demikian antara contoh pesanan Imam Syafie RAH yang menghendaki pengikutnya MERUJUK KEPADA AS SUNNAH setiap apa yang diamalkan melalui ajaran beliau.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 23hb November 2005, 12:02:30 tghari    [Edit]
Moshi .. bila fikir-fikirkan .. sebenarnya malas Potpetpotpet nak melayani kerenah Moshi ni .. Warga MDC pun menyampah dengan kita jadinya .. cuma disebabkan mereka berbudi bahasa maka mereka berdiam diri .. Moshi jangan terkejut jika satu ketika Moshi dan Potpetpotpet disenaraihitamkan kerana isu seperti ini .. Moshi jangan terkejut jika ada kalangan Warga MDC yang hilang sabar dan menulis "Wei Moshi .. wei Potpetpotpet .. korang berdua diam lah .. tak kuasa kami nak dengar korang berdua punya merepek .. korang ni perasan .. ingat kita semua nak dengar ke korang punya conflict .. ingat kita semua ni minat sangat ke dengan polemik yang korang cetuskan!"

WBP .. Potpetpotpet dengan berat hati .. terpaksalah sembang .. soal jawab soal jawab tak habis-habis .. Warga MDC semua dok perati perati dan perati .. sebenarnya Potpetpotpet dah lama bersabar dengan cara Moshi ni .. iya betul Moshi .. dah lama Potpetpotpet saja tak mahu kata apa-apa .. ingat kut benda ni jadi sejuk .. rupanya kau terus-terusan memberus dan memancung .. kain pelikat pun jika diberus dan diberus tak henti-henti lama-lama terkoyak!

Nanti Moshi tengoklah sendiri .. berapa orang yang akan turut membuat posting dalam thread taqlid ni .. jangan-jangan kita berdua saja .. tak ke kelakar namanya!

OK .. back to the topic .. taqlid .. oh ya .. kamu masih hutang satu soalan Potpetpotpet .. soalan mengnai mujtahid, ijtihad dan ilmu alat untuk ijtihad! Ini tak ambil kira banyak lagi soalan Potpetpotpet yang tak berjawab dalam thread Alfatihah dan thread sujud sahwi! Macam mana nak bincang jika tak jawab?

Ini satu soalan lain .. soalan ke-2 .. apa pandangan lurus, jujur dan terus terang dari Moshi .. adakah Warga MDC ini majority nya ummat yang taqlid? Adakah amal ibadat Warga MDC tertolak sekiranya mereka dalam kedudukan bertaqlid? Adakah Warga dunia ini .. di Malaysia .. di Indonesia .. di Pakistan .. di India .. di Timur Tengah .. di Afrika .. di Cina .. adakah majority mereka ummat taqlid .. dan adakah amal ibadat mereka semua tertolak sekiranya mereka dalam kedudukan bertaqlid?

Potpetpotpet yang serba dhaif bertanya .. kau jawablah Moshi .. janji jawapan kau biarlah lurus .. jujur .. terus terang .. jangan pula kau emosional sudah lah!

OK .. sambung malam nanti kut .. ni ada kerja lain nak settle dulu!

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 23hb November 2005, 12:04:58 tghari

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

moshi
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 23hb November 2005, 12:23:53 tghari    [Edit]


Allah SWT mmeberikan gambaran berupa celaan kepada amalan yang hanya ikut-ikut dalam berbuat amalan tanpa merujuk kebenaran berpandukan As Sunnah.

Dalam hubungan ini, saya suka mengambil fikir atas maksud firman Allah SWT:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)? ( 2 Al Baqarah 170 )

NOTA:

'Islam' Datuknenek atau ustadz-ustadz kita dahulu adalah mendapat pendidikan AS SUNNAH dalam keadaan yang terhad, dan harus sekadar memiliki KITAB PERUKUNAN ATAU MATLAUL BADRAIN dan lain-lain yang sangat terhad..

Sedang kita masakini, Al Quran dan Sittah Hadith adalah telah siap dapat menatap dan memilikinya dengan terjemahan dan tafsiran oleh ulama terdahulu.
Belum lagiu dengan kemudahan 'laman maya' begini.

Mungkin kita merasakan berbagai pendapat dan hujjah sehingga sanggup menyatakan...beginilah yang datuk-nenek, guru-guru dan sebagainya ajar dahulu kepada kita. Tanpa kita sedari, bahawa dimasa mereka, kemudahan mendapat dan menimba ilmu dari KITAB-KITAB HADITH SYAHIH MAHUPUN AL QURAN YANG BERTERJEMAH adalah sukar atau tidak terdapat sebagaimana sekarang.
MAKA, ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN tentulah maha mengetahui keasdaan mereka dengan masanya BERBANDING KITA DIMASA INI.

SEKARANG INI, kemajuan manusia teramasuk umat Islam yang telah dengan mudah mendapat bahan-bahan AS SUNNAH, BAHKAN YANG TELAH DITERJEMAH ATAU DITAFSIR OLEH ILMUAN ISLAM YANG LAYAK DENGAN IZIN ALLAH SWT, tentulah TIDAK SAMA PERTIMBANGAN DAN KEADILAN ALLAH SWT antara datuknenek kita dahulu berbanding kita sekarang yang serba tersedia tetapi masih culas menimba ilmu yang benar.

Datuk-nenek kita, atau guru-guru kita sebelum zaman maju ini, dengan serba susah payah hanya mampu ada KITAB-KITAB AGAMA YANG TERHAD, maka; mudah-mudahan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka dan pastilah ianya dalam Rahmat keampunanNya jika berbuat banyak kesilapan berlaku disebabkan tanpa rujukan yang banyak,InsyaAllah.

Sedangkan kita tidak sedemikian halnya.
Astaghafirullah al adzim.

WA.



potpetpotpet:
maaf; saya tidak dapat melayan anda sekarang.
haru8s dilain masa. InsyaAllah.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 23hb November 2005, 12:28:07 tghari

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 24hb November 2005, 11:10:57 pagi    [Edit]
Moshi .. Potpetpotpet rasa Moshi usahlah terlalu bimbang berhubung dengan taqlid ni .. please! Tengoklah .. soalan Potpetpotpet yang menyentuh status Agama dan status amal majority Warga MDC .. pun Moshi elak untuk menjawab .. kenapa elak? .. serba salah kan! Jika Moshi kata mereka adalah tergolong dalam golongan taqlid dan amal mereka tertolak .. niscaya melentinglah majority Warga MDC .. niscaya punah juga segala agenda Moshi .. betul kan!

Ambillah jalan sederhana Moshi .. usah terlalu menyempitkan Agama sehingga seolah-olah Agama adalah suatu yang susah orang nak amal .. very dangerous .. akibatnya kelak orang tolak Agama kerana mereka rasa Agama terlalu sempit dan sukar!

Dalam hukum taqlid ni ada 3 pendapat:

1) Pendapat yang mengatakan haram bertaqlid .. di mana taqlid hanya dibolehkan kepada Alqur_an dan Al_hadith, tidak kepada sesama manusia setinggi mana sekalipun ilmunya.

2) Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid .. di mana semua umat Islam wajib bertaqlid kepada salah seorang imam mujtahid kecuali mereka yang mencapai darjat kemampuan untuk berijtihad secara mutlak.

3) Pendapat yang mengatakan hukum bertaqlid berbeza-beza bergantung menurut kemampuan setiap individu dalam aneka ragam masa, tempat dan keadaan.

Moshi .. nampaknya kamu duduk dalam pendapat pertama .. ketat dan sempit .. siapa yang boleh ikut pendapat semacam itu .. mungkin kamu seorang lah Moshi!

Potpetpotpet duduk dalam golongan yang mempunyai pendapat ke-dua .. pendapat ke-tiga boleh jugalah Potpetpotpet terima! In fact jika diteliti .. pendapat ke-dua dan ke-tiga ada persamaan .. boleh dikira satu pendapat yang sama. WBP pendapat ke-dua lebih kuat, tegas dan jelas manakala pendapat ke-tiga adalah terdedah kepada bias fikiran sendiri .. normally orang rasa diri dia pandai .. layak .. mulalah buat ijtihad sendiri .. perasan!

OK .. Moshi kata tak mahu layan soalan dan pandangan Potpetpotpet .. hanya kerana Potpetpotpet tegur benda yang betul kamu pun dah tak tertepis .. langsung merajuk dan menutup minda dari membuat pertimbangan yang adil dan bijaksana .. ini lagi langsung tak Sunnah .. betul tak Moshi?

Wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 24hb November 2005, 11:14:33 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

moshi
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 24hb November 2005, 2:38:05 ptg    [Edit]


Netters yang dihurmati.

potpetpotpet menulis:
quote:
1) ...

2) Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid .. di mana semua umat Islam wajib bertaqlid kepada salah seorang imam mujtahid kecuali mereka yang mencapai darjat kemampuan untuk berijtihad secara mutlak.

3) Pendapat....
.....
Potpetpotpet duduk dalam golongan yang mempunyai pendapat ke-dua .. pendapat ke-tiga boleh jugalah Potpetpotpet terima! In fact jika diteliti .. pendapat ke-dua dan ke-tiga ada persamaan .. boleh dikira satu pendapat yang sama. WBP pendapat ke-dua lebih kuat, tegas dan jelas manakala pendapat ke-tiga adalah terdedah kepada bias fikiran sendiri .. normally orang rasa diri dia pandai .. layak .. mulalah buat ijtihad sendiri .. perasan!



Saya menangguhkan jawapan apa-apa yang potpetpotpet tanyakan bukan ada prasangka dan sebagainya;
MELAINKAN eluklah saya menyatakan khusus kepada perkara TOPIK yang saya sampaikan BERPANDUKAN AS SUNNAH.
apatah lagi;
saya bukan sebagaimana yang disangka-sangkakan olehnya.

HARUS berlaku kebetulan yang saya nyatakan BERBETULAN ADA KAITAN DENGAN PERTANYAN potpetpotpet, alhamdulillah.
DISAMPING itu saya TIDAK BERHAJAT UNTUK BERPERANG DENGAN SESIAPA DAN MEMBIARKAN SEBARANG ANGGAPAN MEREKA SENDIRI TERHADAP SAYA,
DAN
SAYUGIA INGIN SAYA NYATAKAN KHASNYA KEPADA potpetpotpet;
BAWAKANLAH HUJAH @ DALIL AS SUNNAH atau IJTIHAD MANA-MANA ULAMAK YANG DIAYKINI dalam meyampaikan apa juga bantahan atau pendapat dan bukan menurut pendapat-pendapat TANPA HUJJAH @ DALIL YANG DIMAKSUDKAN, maskudnya mengambil pendapat busHUK @ bulBLAIR dalam amalan Islam.
ATAU bersikap YANG MEMECAH BELAH SPERTI PEMBAWA FITNAH DAJJAL YANG TERKUTOK.


Astagahfirullah al adzim.
WA.



PS:

NETTERS HARUS KEMBALI MENGAMATI,
ADAKAH moshi menyatakan IMAM-IMAM MAZHAB YANG EMPAT ITU SALAH @ moshi MENULAK IMAM-IMAM TERSEBUT ?
Jika ada, sila 'quote' semula pada saya. Maaf. WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 02hb Disember 2005, 4:48:29 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

moshi
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 24hb November 2005, 3:24:42 ptg    [Edit]


APABILA TIDAK HARUS 'TAQLID',
bagaimanakah untuk beribadah ?

Umat Islam secara umumnya, maksudnya 'orang awam seperti saya dan semua',
HARUS 'ITTIBA'
atau sentiasa berada dalam :
"BELAJAR dan NIAT BELAJAR BERSUNGGUH " UNTUK PALING TIDAK KE ARAH JADI 'MUTTABI',
dan harus belajar dari MUTTABI' dikalangan mereka.


ITTIBA MENURUT ISTILAH ahli agama ialah:
MENURUT PERINTAH, LARANGAN DAN PERBUATAN RASULULLAH SAW dan Para Sahabat RA.
Sama ada BELAJAR DARI MUTTABI' @ ULAMA @ MURSYID @ ustadz atau harus setelah mempunyai panduan dan kebolehan membaca keterangan itu sendiri, yang bermaksud keterangan dari Al Quran dan Hadith ( Sunnah SAW ).
Jikapun terdapat 'ijtihad' dari MUJTAHID maka ia dapat menjelasankan 'ijtihad' melalui sumber ia belajar itu. Kerana setiap IJTIHAD YANG BENAR DARI MUJTAHID SEHARUSNYA MENGAMBIL HUJJAH @ DALIL AL QURAN DAN SUNNAH SAW YANG BERSANGKUTAN PERKARA ITU, atau YANG MENJADI 'ijtihad' AMALAN PARA SAHABAT RA yang mengharuskan Mujtahid itu berijtihad DAN BUKAN KERANA 'MAJORITI MENJADI KESUKAAN PENDAPAT MASAKINI.

NOTA:
MUJTAHID TIDAK BERIJTIHAD KERANA TEKANAN ATAU DESAKAN SEMASA.

Yang demikian; seseorang itu, apabila beramalan dalam kehidupannya, khasnya dalam ibadah khusus mengetahui yang ia beramal berpandukan dasar As Sunnah DAN BUKAN BERAMALAN TANPA DASAR @ IKUT-IKUT TANPA DASAR - DALIL dan bukan pendapatnya sendiri.

Apabila seseorang bertanya (belajar) sesuatu AMALAN ATAU HUKUM tentang agama Islam, seharusnya ia perlu mendapat PENJELASAN DARI SESEORANG PENJAWAB ITU HENDAKLAH DAPAT- DIBERIKAN DASAR-DASAR ATAU DALILNYA DARI AS SUNNAH.
ITULAH 'ITTIBA'
Orang yang mengamlkan ittiba' dipanggil muttabi'.

Orang yang belajar (bertanya) harus bertanya hukum agama untuk mendapatkan adalah bermaksud belajar bagi kefahaman untuk mengamalkan KEBENARAN DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW, yang diredhaiNYA.
dan;
ORANG YANG MEMBERI JAWAPAN hendaklah pula memberikan penjelasan dari keterangan As Sunnah juga.

JIKA MUTTABI' @ USTADZ TIADA jawapan As Sunnah kereana tidak @ belum ia ketahui DARI AS SUNNAH maka harus memberikan jawaban DARI IJTIHAD MUJTAHID,
dan hendaklah ( Mursyid @ guru, Mubaligh, Muttabi dsb ) haruslah memberikan KETERANGAN DALILNYA YANG DIJADIKAN DASAR ATAU LANDASAN BERFIKIR UNTUK MENGELUARKAN HUKUM IJTIHADNYA OLEH MUJTAHID berkenaan sehingga mengeluarkan hukum (fatwa) tersebut.

MUTTABI' adalah yang diberitahukan dan dijelaskan dalil atau dasar dalam menjalankan kehidupan beragama.
Muttabi BUKAN MESTI MENGETAHUI BAHASA ARAB dan BUKAN MESTI PANDAI, sebaliknya orang awam pun harus dapat berbuat sedemikian kerana tentulah dapat memahami keterangan dari MUrsyid @ Guru, Ustadz, Mubaligh yang menterjemahkan dalil Al Quran atau Hadith
( Sunnah SAW ). Apatah lagi dewasa ini TELAH BANYAK AL QURAN DAN KITAB-KITAB SITTAH HADITH TERJEMAHAN DAN TAFSIRAN MUJTAHID TERTENTU berada dimana-mana Khutub Khanah dan pasaran awam.

NOTA:

Telah bertahun-tahun lampau sehingga sekarang pun,
cubalah rujuk PM pogolix sebagai contoh:
DiMasjid dan Surau:
TERDAPAT PENGAJIAN @ kuliah-kuliah AGAMA;
Tafsir Al Quran @ Hadith,
Ada pengajian
DARI AL KITAB RIADHUS SALIHIM, BUKHARI & MUSLIM, SIRA SALIKIN, IHYA ..DSB
bahkan, ada juga sebahagain kelas pengajian khusus bagi kaum ibu-wanita.
Di Pusat-pengajian Tinggi, tentulah lebih hebat.
BOLEHLAH DIKATAKAN SEBAHAGIAN BESAR PENGAJIAN ITU ADALAH DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW.

HARUS DISEBABKAN KESIBUKAN KITA, MAKA TELAH ALPA DAN TIDAK SEDAR BETAPA SEBENARNYA IA TELAH LAMA BERJALAN dsekiling kita.




WA.

(bertemu dilain PM bersangkutan topik. InsyaAllah)

Renungkanlah untuk diambil fikir maksud hadith:

Hadith dari Abdullah bin Amru bin Al-As RA katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah SWT mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan . Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula. ( Muslim )

JKKK. WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 24hb November 2005, 4:02:06 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

abede
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 24hb November 2005, 10:56:42 mlm    [Edit]


no komen...kerana bagi saya kalian berdua sama-sama mencintai as-sunnah yang haq..
kalian berdua mengakui kebenaran mujtahid imam mazhab yang empat....
kalian berdua sama-sama mewarisi ilmu yang disepakati benar dari golongan yang mencintai as-sunnah...
kaian berdua sama-sama bergerak memartabatkan ajaran rasullullah...

Apa lagi yang ana dan semua warga MDC mahu komen??...ente berdua timbangkanlah cuma jangan sampai ada lagi makhluk diantara korang berdua

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

betterman
betterman
Pengendali
11. Dihantar pada 24hb November 2005, 11:42:58 mlm    [Edit]
sambung kat sini pulak yer....
baca je lah walaupun kurang paham.....
seronok tgk perdebatan orang-orang tinggi ilmu agama nie.....
menyedarkan aku betapa rendahnya ilmu agama aku.....
dan menguatkan azam aku utk belajar ilmu agama dgn lebih tekun....

--------------
www.gunungonline.com

moshi
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 24hb November 2005, 11:54:37 mlm    [Edit]


TAQLID MENURUT RIWAYAT IMAM SYAFIE RAH:

Menurut Imam Rabi' RAH, antara pesanan-pesanan Imam Syafie RAH telah membawa maksud:

Apabila kamu dapati dalam kitabku ( ada sesuatu yang ) menyalahi Sunnah SAW, maka hendaklah kamu berkata dengan berdasarkan ( mengambil dalil) Sunnah Baginda SAW, lalu tinggalkanlah perkatanku.


dan lagi;

Apabila telah syahih hadith menyalahi perkataanku, maka lemparkanlah perkataanku ke balik dinding, dan beramallah kamu dengan hadith yang syahih (kukuh)-kuat itu.

NOTA:

Yang demikian, adalah menjelaskan betapa Imam Syafie RAH sendiri TIDAK MENYURUH umat Islam yang mempelajari ajaran beliau lalu TAQLID TANPA MERUJUK KEPADA AS SUNNAH YANG LEBIH BENAR.

Sebagaimana penjelasannya ( Imam Syafie RAH) lagi:

Barang apa yang datang dari Sunnah SAW dengan menyalahi jalanku (pendirianku), maka tingalkanlah olehmu akan jalanku, kerana sesungguhnya yang demikian itu ADALAH JALANKU.

NOTA:
Jika sebahagian orang yang enggan kembali kepada As Sunnah yang lebih syahih dari yang terdapat pengajaran yang kurang menepati As Sunnah oleh beliau, sesungguhnya merekalah yang TIDAK MENGHARGAI DAN TIDAK MEMULIAKAN IMAM SYAFIE RAH.
KERANA' IMAM SYAFIE ADALAH PENGUIKUT AS SUNNAH YANG BENAR DAN ITULAH JALAN (MAZHAB)NYA.

WA.



PS:
abede, betterman dan netters yang dihurmati;
tiada perbalahan atau persengkataan antara saya dengan sesiapa pun dalam kalangan warga MDC termasuk potpetpotpet, kerana setahu saya semua kita adalah sedang belajar kearah menyempirnakan diri dalam wadah Islam yang benar menurut Al Quran dan Sunnah SAW, tanpa mengira ia berpendidikan dari pengajian yang dianggap sebagai mazhab-mazhab tertentu.
Kerana Imam-imam tersohor termasuk yang empat, yang berpegang teguh kepada As Sunnah adalah dalam SATU JAMAAH YANG BERSUNGGUH
"MENTATI ALLAH SWT MENURUT AJARAN RASULULLAH SAW".
Sedang kelamlkabut kemudian dari itu, hanyalah sebahagian dari hasil pemainan dan tipudaya anti-Sunnah yang semaksud dengan pembawa Fitnah Dajjal bagi memecahkan 'kesatuan ummah'. WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 25hb November 2005, 00:04:18 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

azarazara
Ahli Setia
13. Dihantar pada 25hb November 2005, 3:11:59 ptg    [Edit]
Terpulanglah kpd netters menilai jawapan feqh daripada pihak potpet atau daripada pihak moshi: jika hujah mana mana antara keduanya lebih kuat dan lebih hampir kpd Al-Qur'an dan as-Sunnah, maka pendapat yang lemah tertolak dgn sendirinya, dan begitulah sebaliknya.


Saya percaya setiap netters memiliki kebolehan untuk menilai dan meimbang antara sesama hujah kemudian memilih mana yang paling baik untuk diikuti

Jalan selamat ialah kajiselidik sendiri dan jangan dengar dan percaya apa yang orang tolong tulis untuk anda.

218.111.76.:-)

luarpagar
Ahli Setia
14. Dihantar pada 26hb November 2005, 11:18:38 pagi    [Edit]
InsyaAllah yang baik kita ambil yang buruk kita tolak ketepi cuma nak tanya satu perkara saja macamana saya nak tahu lebih lanjut golongan Wahabi ini secara lebih terperinci lagi.. ada tak sesiapa disini yang sudi untuk menerangkannya.

219.95.62.:-)

moshi
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 26hb November 2005, 11:47:15 pagi    [Edit]


JKKK luarpagar dan netters yang dihurmati.

Saya suka mencadangkan sdr 'lp' membuka satu 'topik' dalam maksud yang sdr tanyakan, harus lebih munasabah kerana soal tersebut memerlukan perbincangan yang khusus oleh mereka yang harus sangat atau lebih mengetahui dari kita.

Dalam soal topik 'TAQLID' disini, bukanlah tidak boleh disebutkan,
NAMUN akan jadi kurang fokus lagi kurang tepat kesudahannya,
INI DISEBABKAN 'TAQLID' SAHAJA MEMPUNYAI BANYAK HAL YANG MUNGKIN PERLU DIFOKUSKAN, kerana ia menjadi amalan lumrah disekiling kita sedangkan ia suatu yang perlu ada pembaikan.

Semuga Allah mengampuni kita semua. InsyaAllah.

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 26hb November 2005, 11:49:24 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

moshi
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 26hb November 2005, 12:29:10 tghari    [Edit]




Takhayyur serta Talfiq sesama Mazhab.

Takhayyur bererti memilih dan Talfiq bererti mencampur dan dalam ertikata perbincangan fiqh, ia bermaksud memilih-milih serta mencampur antara ajaran-anjaran mazhab-mazhab fiqh yang sedia ada, iaitu Mazhab Shafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab Hanbali. Setiap ajaran mazhab itu adalah berasal dari ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah dan oleh itu tidak menjadi halangan untuk kita mengikuti sebahagian atau mana-mana bahagian dari ajaran sesuatu mazhab itu. Adapun perkara-perkara kecil yang menjadi perbezaan sesama mazhab tidak sepatutnya menjadi batu penghalang tetapi sebaliknya perlu dijadikan pemangkin bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan kematangan beragama.

Dalam hal ini penulis bukanlah seseorang yang tidak bermazhab atau anti mazhab tetapi hanya sahaja kebenaran itu lebih berhak untuk dikemukakan dan lebih disayangi untuk diperhujahkan. Sekalipun penulis tidak merujuk kepada sesuatu mazhab secara khusus, penulis tetap merujuk kepada kitab-kitab tulisan tokoh-tokoh mazhab tersebut dengan mengambil dalil-dalil serta hujah penjelasan mereka tanpa menyebelahi pendapat mazhab mereka.

Oleh itu para pembaca akan mendapati dalam buku ini terdapat sumber rujukan yang dinukil dari tulisan Imam Nawawi dan As-Suyuti dari Mazhab Shafie, Imam Ibnu Qudamah dan Ibnu Qayyim dari Mazhab Hanbali, Imam al-Qarafi dari Mazhab Maliki dan begitulah seterusnya. Setiap dari imam-imam mujtahid di atas cenderong kepada sesuatu mazhab akan tetapi kecenderongan mereka kepada satu-satu mazhab itu tidaklah bererti mereka ikut sahaja secara membuta akan ajaran mazhab tersebut. Mereka meluaskan sesuatu yang sememangnya kuat lagi benar dan pada waktu yang sama meralat dan membetul apa-apa yang kurang tepat atau tersalah tafsir. Atas prinsip inilah juga menulis mengusahakan buku ini. Mana-mana pendapat mazhab yang paling mendekati kebenaran topik yang dibicarakan maka pendapat itulah yang diambil dan dikemukakan tanpa menolak pendapat-pendapat mazhab lain. Jikalau terdapat perbezaan yang nyata antara mazhab dalam satu-satu isu, maka perbezaan itu akan dikemukakan bagi sebagai analisa dan perbandingan lanjut.

Selain dari rujukan tokoh-tokoh sesuatu mazhab, penulis juga merujuk kepada imam-imam mujtahid yang diluar lingkungan sesuatu mazhab, seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyah, Imam as-Sha'nani dan Imam asy-Shaukani. Asal sahaja jikalau seseorang tokoh mujtahid itu berada dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah, ilmu-ilmu mereka tetap menjadi sumber rujukan dan sandaran oleh penulis. Dan begitulah juga sepatutnya kita memperluaskan manhaj agama kita, tidak pula menyempitkannya kepada sesebuah mazhab sahaja.


Menjauhi Taqlid Buta.

Taqlid buta bererti mengikuti sesuatu ajaran agama tanpa mengetahui hujah atau dalil rujukan disebaliknya. Taqlid buta juga bermaksud menerima ajaran agama sekadar mengetahui itu wajib dan ini haram, tanpa mengetahui hikmah sesuatu hukum mahupun tujuan pensyariatannya. Perbuatan beragama secara taqlid buta dilarang oleh Islam sebagaimana perintah Allah Azza waJalla di dalam al-Qur'an: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [Maksud surah al-Israa' 17 - 36]


Taqlid buta membawa banyak keburukan kepada Islam dan sekali-gus umatnya. Ia menjauhi seseorang itu daripada al-Qur'an dan as-Sunnah, mencetekkan kefahaman agama seseorang itu dari nas-nas wahyu kepada hanya rangka-rangka perkataan manusia, menjadikan ilmu-ilmu Islam bagai hitam dan putih, iaitu sekadar ini boleh itu tidak boleh, ini halal itu haram, ini wajib itu sunat dan banyak lagi. Seseorang yang mempelajari ilmu-ilmu agama dengan taqlid buta tidak akan dapat melihat keindahan ajaran itu, mahupun hikmah di sebaliknya dan akhirnya hanya akan menyempitkan pandangannya terhadap keseluruhan ajaran Islam yang sekian luas ini. Kerana itulah kita dapati al-Qur'an, as-Sunnah, para sahabat, para imam mazhab dan ahli-ahli ilmuan agung sepanjang zaman mengecam pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu agama dengan kaedah taqlid buta.


Berpegang kepada prinsip menjauhi taqlid buta, setiap permasalahan yang dihuraikan dalam buku ini akan disertakan hujah serta dalil asasnya agar para pembaca sekalian dapat benar-benar memahami apa yang dibicarakan dan dapat mengamalkan setiap yang dipelajari itu dengan penuh keyakinan dan kepastian. Dari perenggan ini juga dinasihatkan kepada para pembaca sekalian agar menjauhi kaedah pembelajaran yang berdasarkan taqlid buta dan berarahlah kepada pembelajaran yang bersandarkan kepada dalil-dalil serta hujah-hujah. Carilah tenaga pengajar atau buku agama yang membicara serta menerangkan sesuatu hal itu lengkap dengan dalil-dalil serta hujah-hujah al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih dan disalingi dengan penjelasan tokoh-tokoh ilmuan yang diiktiraf zaman.


Menghormati Perbezaan Pendapat.

Setiap hujah penjelasan yang diberikan dalam buku ini adalah hasil dari penggalian, pengkajian, penetilitian dan analisa yang diusahakan oleh penulis berdasarkan kepada dalil-dalil al-Qur'an serta as-Sunnah dan rujukan terhadap kitab-kitab muktabar tulisan tokoh-tokoh ilmuan sepanjang sejarah Islam. Walaubagaimanapun dalam suasana keluasan ilmu-ilmu Islam ini, sedia diakui bahawa setiap perbincangan itu pasti menjemput perbezaan pendapat dan harapnya suasana sebegini dapat dilihat dengan pandangan yang positif dan tidak pula negatif.

Searah dengan itu penulis amat menjemput sebarang diskusi atau perbincangan dengan para pembaca sekalian terhadap mana-mana topik yang dibincangkan dalam buku ini, asalkan ia dilakukan kerana mencari kebenaran dan bukan sebaliknya. Penulis juga dengan terbuka hati menjemput para pembaca sekalian agar membanding dan menganalisa hujah penerangan dalam buku ini dengan mana-mana ustaz atau tenaga pengajar yang mereka yakini. Setelah itu berpeganglah kepada penerangan yang paling mendekati kebenaran serta yang diyakini, iaitu penerangan yang paling kuat diperhujahkan oleh sumber nas al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih. Dengan cara ini kita sama-sama dapat berusaha kearah keluasan ilmu, menambah keterbukaan fikiran, mengarah kepada kedewasaan manhaj menuju ke dinamisme agama yang berwawasan.

Menganalisa serta mengkaji antara beberapa dalil-dalil dan hujah penerangan agama adalah satu sikap terpuji yang amat digalak oleh Allah Subhanahu waTa'ala, yakni dengan firmanNya: (Orang-orang) yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [Maksud surah az-Zumar 39 - 18]




NOTA:
Petikan dari yang disampaikan oleh Ustadz Firdaus Abdullah.
Melalui alFirdaus.com.

Saya sampaikan sisipan ini kerana itulah juga semaksud dengan hasrat saya. BAGI SAYA : Manfaat dari makumat ilmu adalah harus dISIBARKAN SEKALIPUN SEKADAR 'QOUTE-PASTE' YANG KURANG DISENANGI OLEH SEBAHAGIAN ORANG, sedangkan ia adalah harus LAGI TIDAK ADA HUJJAH YANG MENGHARAMKAN DALAM AS SUNNAH ATAS MAKSUD MENGEMBANGKAN SYIAR AS SUNNAH ITU SEDNIRI. WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 26hb November 2005, 11:38:27 mlm    [Edit]
Bukan semua orang boleh faham apa yang Imam Syafi'ii RAH benar-benar maksudkan dalam kata-katanya .. apatah lagi orang-orang yang dhoif seperti Potpetpotpet ni! Jika Moshi benar-benar faham apa yang Imam Syafi'ii RAH maksudkan dalam kata-kata beliau .. alhamdu-li-(A)llaah! Hebat tu!

Warga MDC .. supaya kita tidak terkeliru oleh faham yang kita ada .. mari kita sama-sama semak apa Imam Nawawi RAH faham mengenai apa yang dimaksudkan oleh kata-kata Imam Syafi'ii RAH:
quote:
Apa yang telah diucapkan oleh Imam Syafi'ii bahawa apabila hadith itu sahih itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith yang sahih, seseorang boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab Syafi'ii dan boleh diamalkan menurut lahirnya. Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai derajat ijtihad dalam mazhab A(l)ssyafi'ii sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut. Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafi'ii RAH belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih. Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Syafi'ii RAH dan kitab-kitab para ulama' pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun disyaratkan demikian kerana Imam Syafi'ie RAH sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya, atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil, atau sebab lainnya.
BTW .. Moshi .. Potpetpotpet nak beritahu .. bukan tuduh dan bukan memfitnah .. Firdaus Abdullah yang Moshi quote itu .. dia memang Salafi Wahabi .. Potpetpotpet kenal dia bukan baru!
quote:
macamana saya nak tahu lebih lanjut golongan Wahabi ini secara lebih terperinci lagi
Luar .. orang-orang Wahabi ni tidak mengaku mereka Wahabi! Nantilah .. insyaa-Allowh .. manalah tahu mungkin ada sesiapa yang akan initiate thread mengenai firqah Wahabi dan perincian mengenai siapa mereka!

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 26hb November 2005, 11:48:52 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

abede
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 26hb November 2005, 11:55:42 mlm    [Edit]
quote:
Luar .. orang-orang Wahabi ni tidak mengaku mereka Wahabi! Nantilah .. insyaa-Allowh .. manalah tahu mungkin ada sesiapa yang akan initiate thread mengenai firqah Wahabi dan perincian mengenai siapa mereka!



pastinya lebih menarik...dan mungkin ramai yang ingin melihat apa-apa kesalahan dari mereka...

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 26hb November 2005, 11:56:33 mlm

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:04:09 pagi    [Edit]
Warga MDC

Berikut adalah quote dari sebahagian bab (Bab 10 dan bahagian akhir dari Bab 16) yang menyentuh isu taqlid dari kitab "Allaa-mazhabiyyatu-akhthoru-bid’atin-tuhaddidu-(al)ssyarii’ata-(a)l_islaamiyyah", karya Dr. Muhammad Said Ramadhan Albuuthi. Tajuk kitab itu bermaksud "Pegangan Tak Bermazhab Bid'ah Terbesar Yang Menggugat Syari’at Islam". WBP ianya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia dengan tajuk yang telah disesuaikan iaitu “Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syari’at Islam”.




--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:07:11 pagi    [Edit]
quote:
Bab 10: Diskusi Dengan Golongan Bebas Mazhab (Anti Mazhab)

Fasal ini sangat penting bila dibandingkan dengan fasal lain dalam risalah kami kerana bukan saja mengandung huraian-huraian ilmiah yang baru. Dalam fasal ini pembaca akan melihat bentuk fanatik berlebihan yang tidak akan ditemui pada diri mereka yang masih mempunyai akal sihat.

Mereka, para anti mazhab, menuduh bahawa golongan pengikut mazhab adalah fanatik kerana tidak mahu beranjak dari perkara hak yang berdasarkan ribuan dalil. Akan tetapi, mereka sendiri sebenarnya terkurung dalam sangkar kefanatikan yang justeru membuat mereka seperti kehilangan akal sihatnya.

Seorang pemuda bersama kawan-kawannya datang menghadap kami dan berbicara tentang suatu masalah. Lalu kami bertanya, “Bagaimanakah cara anda memahami hukum Allowh? Apakah anda mengambil dari Alkitab dan A(l)ssunnah atau mengambilnya dari para imam mujtahid?”

Dia menjawab, “Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid beserta dalil-dalilnya, kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Alkitab dan A(l)ssunnah.”

Lalu kami bertanya lagi, “Seandainya anda mempunyai wang lima ribu lira Syiria dan wang tersebut anda simpan selama enam bulan, lalu Anda mempergunakan untuk membeli barang dagangan, bilakah anda wajib membayar dagangan anda tersebut? Apakah setelah enam bulan kemudian atau setelah satu tahun?”

Sambil berfikir, ia menjawab, “Maksud pertanyaan tuan ialah harta dagangan itu wajib dizakati?”

Kami pun lalu berkata, “Kami ini bertanya dan kami harap anda menjawab menurut cara (pengertian) anda sendiri. Perpustakaan berada di hadapan anda dan di situ terdapat kitab-kitab tafsir, hadith, dan kitab-kitab para imam mujtahid.”

Setelah berfikir sebentar, ia berkata, “Ah tuan! Ini adalah masalah agama dan bukan soal mudah yang dapat dijawab seketika. Untuk itu, perlu mempelajarinya dengan saksama dan memerlukan waktu. Kami datang ke mari kerana ingin membahas masalah lain.”

Kemudian, kami pun pindah pada masalah lain dan berkata, “Baiklah, kami ingin bertanya, apakah setiap orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para imam mujtahid, kemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan Alqur_anu-(a)lkarim dan A(l)ssunnah?”

Ia menjawab, “Ya benar!”

Lalu kami bertanya lagi, “Kalau demikian, bererti semua orang Islam harus memiliki kemampuan ijtihad seperti yang dimiliki oleh para imam mazhab. Bahkan, mereka harus memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Alkitab dan A(l)ssunnah sudah tentu lebih pandai dari semua imam itu.”

Dia menjawab, “Sesungguhnya manusia itu terbahagi menjadi tiga macam, iaitu mujtahid, muqallid, dan muttabi’. Orang yang mampu membandingkan mazhab kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Alkitab dan A(l)ssunnah, adalah muttabi’, iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid.”

Kami bertanya lagi, “Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?”

Dia menjawab, “Taqlid kepada mujtahid yang cocok (sesuai) dengannya.”

Kami bertanya lagi, “Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus menerus kepada seorang imam dan tidak pindah kepada imam yang lain?”

Ia menjawab, “Memang, hal itu hukumnya haram.”

Kami bertanya, “Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?”

Dia berkata, “Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allowh.”
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:10:07 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
Kami bertanya, “Dengan qira’at apakah anda membaca Alqur_an?”

Dia menjawab, “Dengan qira’at Hafas.”

Kami bertanya lgi, “Apakah anda selalu membaca Al_quran dengan qira’at hafas, atau anda juga membaca Alqur_an setiap harinya dengan qira’at yang bermacam-macam?”

Ia menjawab, “Tidak, saya selalu membaca Alqur_an dengan qira’at Hafas.”

Lalu kami bertanya lagi, “Mengapa anda menetapi qira’at Hafas, padahal Allowh ‘Azza-wa-jalla tidak mewajibkan anda, kecuali membaca Alqur_an menurut riwayat yang diterima dari Nabi SAW. secara mutawatir.”

Ia kemudian menjawab, “kerana saya tidak sempurna dalam mempelajari qira’at yang lain dan tidak mudah bagi saya untuk membaca Alqur_an selain qira’at Hafas.”

Kami berkata kepadanya, “Demikian pula halnya bagi orang yang mempelajari fiqih menurut mazhab A(l)ssyafi’ii. Dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam A(l)ssyafi’ii. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun wajib mempelajari semua qira’at dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, demikian pula halnya dengan si muqallid tadi. Ringkasnya, kami ingin menanyakan kepada anda, apakah alasan yang mewajibkan muqallid harus berpindah-pindah dari mazhab satu ke mazhab lain, padahal Allowh ‘Azza-wa-jalla tidak mewajibkan seseorang untuk berpegang terus pada suatu mazhab tertentu, juga tidak mewajibkan seseorang berpindah-pindah terus dari satu mazhab ke mazhab lain.”

Dia menjawab, “Sesungguhnya yang haram ialah kalau seseorang mempunyai i’tikad (keyakinan) bahawa Allowh memerintahkannya untuk terus menerus menetapi mazhab tertentu.”

Kami berkata, “Ini masalah lain dan apa yang anda katakana itu memang benar juga tidak ada perbedaan pendapat. Akan tetapi, masalahnya sekarang ialah bagaimana kalau ia terus-menerus menetapi imam tertentu dan ia tahu bahawa Allowh ‘Azza-wa-jalla tidak mewajibkan kepadanya begitu. Apakah dia telah berdusta?”

Dia menjawab, “Tidak, jika demikian?”

Kami berkata lagi, “Tetapi, buku Alkhajandi (Muhammad Sulthan Alma’shumi Alkhajandi Almakki) yang anda pelajari menyebutkan hal yang berbeda dengan apa yang anda ucapkan. Ia secara tegas mengharamkan hal tersebut, bahkan bahagian-bahagian tertentu dari buku itu menyatakan kafir kepada orang yang menetapi terus-menerus seorang imam tertentu dan tidak mahu berpindah kepada yang lain.”

Dia lalu bertanya, “Mana…?”

Selanjutnya ia berfikir (mengenai) ibarat (yang terdapat dalam) buku tulisan Alkhajandi yang berbunyi, “Bahkan siapa yang menetapi seorang imam yang tertentu dalam setiap masalah, bererti ia fanatik yang salah dan taqlid buta, serta termasuk golongan yang memecah belah agama, serta mereka pun berkelompok-kelompok.”

Setelah berfikir sejenak, ia kemudian menyatakan bahawa yang dimaksud menetapi di sini ialah meyakinkan wajibnya hal tersebut menurut syariat. Jadi, dalam ‘ibarat’ tersebut terdapat kekurangan.

Kemudia kami bertanya lagi, “Apakah buktinya kalau penulis buku tersebut memaksudkan demikian? Mengapa anda tidak menyatakan bahawa penulis buku itu keliru?”

Atas pertanyaan ini dia tetap berpendirian bahawa pernyataan pada buku Hal-li-(a)lmuslimu-multazamun-bi-(i)ttibaa’i-mazhabin-mu’ayyanin-mina-(a)lmazhabi-(a)l_arba’ah dapat dibenarkan dan penulisnya pun tetap tidak salah kerana dalam pernyataan tersebut memang ada kekurangan kata.
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:13:36 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
Lalu kami berkata lagi, “Setiap orang Islam mengetahui bahawa mengikuti seorang imam tertentu dari keempat mazhab bukan termasuk kewajipan syariat, tetapi atas dasar pilihan (kesedaran) orang itu sendiri.”

Ia menyatakan, “Bagaimana bisa demikian? Saya mendengar dari banyak orang dan juga dari sebahagian ahli ilmu bahawa diwajibkan secara syariat untuk menetapi mazhab tertentu dan tidak boleh berpindah-pindah pada yang lain.”

Kami lalu menjawab, “Cuba anda sebutkan kepada kami nama seorang saja dari orang awam atau kalangan ahli ilmu yang menyatakan demikian.”

Ia kemudian berdiam sejenak dan berasa hairan dengan ucapan kami yang benar bahawa sesungguhnya apa yang ia gambarkan adalah sebahagian besar manusia mengharamkan berpindah-pindah mazhab. Kami berkata kepadanya, “Anda tidak menemukan orang yang beranggapan keliru seperti ini. Memang pernah diriwayatkan bahawa pada masa terakhir Dinasti ‘Utsmaniyyah, mereka keberatan kalau ada seorang yang bermazhab Hanafi pindah ke mazhab lain. Hal ini kalau memang benar, termasuk fanatik buta yang terkutuk.”

Setelah itu, kami bertanya lagi kepadanya, “Dari mana anda mengetahui perbedaan antara muqallid dan muttabi’? Perbedaan ini ditinjau dari segi bahasa atau istilah?”

Dia menjawab, “Perbedaannya ialah dari segi bahasa.”

Kami pun mengambil kitab-kitab lughah agar ia dapat menetapkan perbedaan makna bahasa dari dua kalimat tersebut, tetapi ia tidak menemukan apa-apa.

Kemudian kami katakana kepadanya, Sayyidina Abu Bakar RA pernah berkata kepada seorang Arab Badwi (pedusunan) yang menentang pajak dan perkataannya ini pernah diakui segenap para sahabat:

“Apabila para sahabat muhajirin telah rela, kamu sekalian harus menyetujui (mengikuti).”

Abu Bakar mengatakan, “taba’un” (mengikuti) yang mempunyai erti menyetujui (muwafaqah).

Kemudian ia berkata, “Kalau begitu, perbedaan makna kedua kata tersebut adalah dari segi istilah dan bukan hak saya untuk membuat suatu istilah.

Kami menjawab, “Boleh-boleh saja anda menjawab istilah, tetapi istilah yang anda buat tetap tidak akan mengubah hakikat sesuatu. Orang yang anda sebut muttabi’, kalau dia mengetahui dalil dan cara melakukan istinbath darinya, bererti dia adalah mujtahid. Akan tetapi, bila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath, bererti dia adalah seorang muqallid. Apabila dalam suatu masalah mampu, tetapi dalam masalah lain tidak, bila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath, beerti dia adalah seorang muqallid. Apabila dalam suatu masalah mampu, tetapi dalam masalah lain tidak, beerti dia mujtahid dalam sebahagian masalah dan muqallid dalam masalah lain. Oleh kerana itu, bagaimanapun juga pembahagian tingkatan seseorang hanya ada dua macam, iaitu mujtahid dan muqallid, dan hukumnya sudah cukup jelas dan diketahui.”

Ia berkata, “Sesungguhnya muttabi’ adalah orang yang mampu membedakan pendapat mujtahidin dan dalil-dalilnya, kemudian menguatkan salah satu darinya. Tingkatan ini berbeda dari taqlid.”

Kami menyatakan, “Kalau yang anda maksudkan membedakan pendapat para imam mujtahid ialah membedakan mana yang kuat dan mana yang lemah dari segi dalil, beerti tingkat ini lebih tinggi daripada ijtihad. Apakah anda mampu akan berbuat demikian?”

Lalu ia menjawab, “Saya akan lakukan sekuat kemampuan saya.”

Kami berkata kepadanya, “Kami mengetahui bila anda telah memberi fatwa bahawa talak tiga yang dijatuhkan dalam satu majlis beerti satu talak saja. Apakah sebelum menyampaikan fatwa, anda telah meneliti pendapat para imam mazhab serta dalil-dalil mereka, kemudian anda memilih salah satu dari pendapat mereka dan anda fatwakan? Ketahuilah bahawa Uwaimir Al_ijlani telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya di hadapan Rasulullah SAW. setelah ia bersumpah li’an dengan isterinya. Ia berkata, “saya akan berbohong kepadanya, ya Rasulullah, bila saya menahnnya, dan saya talak tiga.” Bagaimana pengetahuan anda tentang hadith ini dan kedudukannya dalam masalah ini, serta pengertiannya menurut mazhab sebahagian besar ulama dan menurut mazhab Ibnu Taimiyah?”

Lalu dia menjawab, “Saya belum melihat hadith ini.”

Kemudian kami bertanya, “Bagaimana anda bisa memfatwalkan suatu masalah yang bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh keempat imam mazhab, padahal anda belum mengetahui dalil-dalil mereka, serta tingkatan kekuatan dalil tersebut. Kalau begitu anda telah meninggalkan prinsip yang anda anut, iaitu ittiba’, menurut istilah yang anda katakana sendiri.”

Pemuda itu menyatakan, “Pada waktu itu saya tidak memiliki kitab yang cukup untuk melihat dalil dari imam-imam mazhab.”

“Kalau begitu, apa yang mendorong anda untuk tergesa-gesa memberikan fatwa yang menyalahi pendapat jumhur kaum muslimin, padahal anda belum memeriksa dalil-dalil mereka?” Kami bertanya kepadanya.

Pemuda itu menjawab, “Apakah yang harus saya lakukan ketika saya ditanya mengenai masalah tersebut, sedangkan kitab yang ada pada saya terbatas sekali?”

Kami katakan kepadanya, “Sesungguhnya cukup bagi anda untuk mengatakan, “Saya tidak tahu tentang masalah ini”, atau anda menukil saja pendapat mazhab empat kepada si penanya, serta pendapat mereka yang berbeda dengan mazhab empat tanpa harus memberikan fatwa kepadanya dengan salah satu pendapat. Demikianlah, apa yang kami kemukakan ini sudah cukup untuk anda dan memang sampai di situlah kewajipan anda, apalagi masalah itu tidak langsung menyangkut diri anda sehingga anda harus tergesa-gesa mencari jalan keluar. Akan tetapi, bila anda memberikan fatwa dengan pendapat yang menyalahi ijma’ keempat imam tanpa mengetahui dalil-dalil yang dijadikan hujjah oleh mereka kerana anda menganggap cukup dengan dalil yang ada pada pihak yang bertentangan dengan mazhab empat, anda telah berada di puncak kefanatikan sebagaimana yang selalu anda tuduhkan kepada kita.”

Kemudian dia mengatakan, “Saya telah menelaah pendapat keempat imam dalam kitab Subulu-(al)ssalam karya Asy-Syaukani dan Fiqhu-(al)ssunnah karya A(l)ssayyid Sabiq.”

Kami menjawab, “Kitab yang anda sebutkan adalah kitab yang (pendapat pengarang tersebut) bertentangan dengan pendapat keempat-empat imam mazhab dalam masalah ini. Semuanya bicara dengan satu nada dan alasan yang sama. Apakah anda rela menjatuhkan vonis (hukum) kepada salah seorang tertuduh hanya mendengarkan keterangan tertuduh sahaja, keterangan saksi-saksi, dan keluarganya tanpa mendengarkan keterangan tertuduh lain?”

Kemudian pemuda itu menyatakan, “Saya kira apa yang telah saya laukan tidak patut dicela. Saya telah memberikan fatwa kepada orang yang bertanya, dan itulah batas kemampuan faham saya.”

Selanjutnya, kami mengatakan kepadanya, “Anda telah menyatakan sebagai seorang muttabi’ dan kita semua harus menjadi muttabi’. Dan anda telah menafsirkan ittiba’ ialah meneliti semua pendapat mazhab dan mempelajari dalil-dalil yang dikemukakannya, kemudia mengambil mana yang paling mendekati dalil yang benar. Akan tetapi, apa yang telah anda lakukan ternyata bertolak belakang. Anda telah mengetahui bila mazhab empat telah ijma’ bahawa talak yang dijatuhkan tiga kali sekaligus, beerti jatuh tiga. Anda mengetahui bahawa keempat imam mazhab mempunyai dalil tentang masalah ini, hanya saja anda belum melihatnya. Namun demikian, anda berpaling dari ijma’ mereka dan mengambil pendapat yang sesuai dengan keinginan anda. Apakah anda sejak semula telah yakin bahawa dalil-dalil keempat mazhab itu tidak dapat diterima?”

Dia menjawab, “Tidak, hanya saya saja tidak melihatnya kerana saya tidak memiliki kitab-kitab tersebut.”

Kami bertanya kepadanya, “Mengapa anda tidak mahu menunggu? Mengapa anda tergesa-gesa padahal Allowh SWT tidak memaksakan anda berbuat demikian? Apakah kerana anda tidak melihat dalil-dalil ulama jumhur yang dapat dipakai sebagai alasan untuk menguatkan pendapat Ibn Taimiyah? Apakah fanatik yang anda anggap dusta itu tiada lain ialah apa yang anda telah perbuat?”

Ia menyatakan, “Dalam kitab-kitab yang ada pada saya, saya telah melihat beberapa dalil yang cukup memuaskan dan Allowh tidak membebani saya lebih dari itu.”

Kemudian kami bertanya lagi, “Apabila seorang muslim melihat satu dalil dalam kitab yang ia baca, apakah cukup dengan dalil tersebut ia meninggalkan semua mazhab yang berbeda dengan fahamnya, meskipun ia belum melihat dalil-dalil dari mazhab tersebut?”

Jawabnya, “Cukup.”
< bersambung >

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 27hb November 2005, 00:14:49 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:18:04 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
Lalu kami mengatakan, “Ada seorang pemuda yang baru saja memeluk Islam, dan ia sama sekali tidak mengetahui pendidikan agama Islam. Lalu ia membaca firman Allowh ‘Azza-wa-jalla:
quote:


Mafhum: Dan kepunyaan Allowh lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situ lah wajah Allowh. Sesungguhnya Allowh Maha Luas (rahmat Nya) lagi Maha Mengetahui < Albaqoroh : 115 >
Pemuda (yang baru masuk Islam) tersebut lalu beranggapan bahawa setiap orang yang hendak melakukan solat boleh menghadap ke arah mana saja sebagaimana ditunjukkan oleh zahirnya lafaz ayat Alqur_an. Kemudian ia mendengar bahawa keempat-empat mazhab telah sepakat bahawa ia harus menghadap Kaabah. Ia pun mengetahui bahawa para imam tersebut mempunyai dalil untuk masalah ini, hanya saja ia belum melihatnya. Apakah yang harus dilakukan oleh pemuda tersebut manakala ia akan solat? Apakah cukup dengan mengikuti panggilan jiwanya saja kerana ia telah menemukan ayat Alqur_an tersebut atau ia harus mengikuti imam-imam yang berbeda dengan fahamnya?”

Ia menjawab, “Cukup dengan mengikuti panggilan hatinya.”

“Meskipun menghadap ke arah timur, misalnya. Apakah solatnya dianggap sah?” Demikian kami tanyakan dengan rasa hairan.

“Ya, kerana ia diwajibkan mengikuti panggilan hatinya,” jawabnya.

Kemudian kami mengatakan, “Andaikata panggilan jiwa pemuda itu (yang baru masuk Islam) mengilhami dirinya sehingga ia berasa tidak apa-apa berbuat zina dengan isteri tetangganya, memenuhi perutnya dengan khamar, dan merampas harta manusia tanpa hak, apakah Allowh akan memberikan syafaat kepadanya lantaran panggilan jiwa (hati)?”

Kemudian dia diam sejenak, lalu berkata, “Sebenarnya contoh-contoh yang tuan tanyakan hanyalah khayalan belaka dan tidak ada buktinya,”

Lalu kami berkata, “Bukan khayalan atau dugaan semata, bahkan sering terjadi hal seperti itu atau lebih aneh lagi. Bagaimana tidak! Seorang pemuda yang tidak mempunyai pengetahuan apa-apa tentang Islam, Alkitab, dan A(l)ssunnah, kemudian membaca sepotong ayat Alqur_an yang ia fahami menurut apa adanya. Ia kemudian berpendapat bahawa boleh saja solat menghadap kea rah mana saja meskipun ia tahu persis bahawa solat diharuskan menghadap kiblat (Kaabah) Dalam keadaan ini, apakah anda tetap berpendirian bahawa solatnya sah, kerana menganggap cukup dengan adanya bisikan hati nurani atau panggilan jiwa si pemuda tersebut. Di samping itu, menurut anda, bisikan hati atau panggilan jiwa dan kepuasan mental boleh saja memutuskan segala urusan pendirian. Pendirian ini jelas bertentangan dengan prinsip anda, bahawa manusia terbahagi menjadi tiga kelompok, yakni mujtahid, muqallid dan muttabi’.

Setelah kami katakana demikian, ia menyatakan bahawa sebenarnya pemuda tersebut (yang baru masuk Islam) harus membahas dan meneliti. Apakah ia tidak membaca hadith atau ayat lainnya?

Kemudian kami menyatakan, “Ia tidak memiliki cukup bahan untuk membahas sebagaimana halnya anda ketika membahas tentang masalah talak. Ia tidak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan maslahkiblat selain ayat di atas. Dalam hal ini apakah ia tetap harus mengikuti bisikan hatinya dengan cara meninggalkan ijma’ para ulama?”

Lalu ia menjawab, “Memang harus demikian, kalau ia tidak mampu mambahas dan menganalisa. Baginya cukup berpegang pada hasil fikirannya sendiri dan ia tidak salah.”

Kami katakana kepadanya, “Ucapan anda sangat membahayakan dan menghairaikan dan akan kami siarkan…”

Dia mengatakan, “Silakan tuan menyiarkan pendapat saya dan saya tidak takut!”

Kami pun menjawab, “Bagaimana anda takut kepada saya, padahal anda sendiri tidak takut kepada Allowh SWT. Sungguh, dengan ucapan tersebut, anda telah membuang firman Allowh SWT:
quote:


Mafhum: Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui. < A(l)nnahl : 43 >
Selanjutnya, dia menyatakan, “Tuan, para imam bukanlah orang yang ma’sum. Ada pun ayat yang ia pegang merupakan firman Allowh yang terpelihara dari kesalahan. Bagaimana mungkin ia harus meninggalkan yang ma’sum dan berpegang pada orang yang bukan ma’sum?”

Jawapan kami, “Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna hakiki yang dikehendaki oleh Allowh ‘Azza-wa-jalla dengan firmanNya:
quote:


Mafhum: Dan kepunyaan Allowh lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situ lah wajah Allowh. Sesungguhnya Allowh Maha Luas (rahmat Nya) lagi Maha Mengetahui < Albaqoroh : 115 >
Akan tetapi, faham pemuda yang jauh sekali dari pendidikan Islam sama sekali tidak ma’sum. Jadi, masalahnya ialah perbandingan antara dua faham, yakni faham atau pemikiran dari seorang pemuda yang jahil (bodoh) dan faham atau pemikiran para imam mujtahidin, yang kedua-duanya tidak ma’sum. Hanya saja perbedaannya ialah yang satu terlalu bodoh (jahil), sedangkan yang lain (imam mujtahidun) sangat dalam ilmunya.”

Lalu ia berkata, “Sesungguhnya Allowh SWT. tidak membebani dia melebihi kemampuannya.”

Selanjutnya, kami mengatakan kepadanya, “Tolong, jawablah pertanyaan ini, “Seorang mempunyai anak kecil yang sedang sakit panas. Menurut saran semua doktor yang ada di kota, ia harus diberi ubat khusus dan mereka melarang orang tua si anak untuk mengubatinya dengan antibiotik. Mereka pun telah memberi tahu kepada orang tua si anak bila dilanggar (nasihat doktor itu) hal itu akan menyebabkan kematian sang anak. Kemudia orang tua tersebut membaca selebaran (pamphlet) tentang kesihatan, dan menemukan keterangan bahawa antibiotok kadang-kadang bermanfaat untuk pengubatan sakit panas. Dengan adanya selebaran (pamphlet) ini, si orang tua tidak memedulikan lagi nasihat doktor kerana ia tidak mengerti alasan yang melatarbelakangi larangan doktor. Kemudian dengan panggilan hatinya, ia mengubati anaknya dengan antibiotik sehingga mengakibatkan kematian si anak. Dengan tindakan ini, apa orang tua tersebut berdosa atau tidak?”

Pemuda itu diam sejenak, lalu berkata, “Saya kira masalah tersebut lain dengan masalah ini dan maksudnya pun berbeda dengan persoalan yang sedang kita bicarakan.”

Kami memberikan keterangan, “Masalah ini sama hakikatnya dengan hal yang sedang kita bicarakan. Cuba anda perhatikan! Orang tua tersebut sudah mendengarkan ijma’ (kesepakatan) para doktor, sebagaimana pemuda tadi juga telah mendengar ijma’ ulama’. Akan tetapi orang tua tersebut justeru berpegang pada selebaran (pamphlet) buku kesihatan, sebagaimana pemuda tersebut melaksanakan panggilan hatinya.”

Kemudia ia berkata, “Tuan, Alqur_an adalah Nur. Nur Alqur_an tidak dapat disamakan dengan yang lain.”

Kami bertanya kepadanya, “Apakah pantulan Alqur_an itu dapat difahami oleh yang membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh Allowh SWT? Kalau begitu, apa bedanya antara ahli ilmu dan yang bukan ahli ilmu dalam meneriama cahaya Alqur_an?”

Dua contoh di atas adalah sama. Anda harus menjawab apakah keduanya harus menerima begitu sahaja panggilan hatinya atau harus mengikuti dan taqlid kepada orang yang ahli?”

Pemuda itu menjawab, “Panggilan hati adalah yang paling pokok.”

Lalu kami menyatakan, “Orang tua tersebut telah melaksanakan panggilan hatinya sehingga menyebabkan kematian anaknya. Apakah ada pertanggungjawaban bagi orang tua, baik dari segi syariat maupun tuntunan hukum?”

Dengan tegas ia menjawab, “Dia tidak dapat dituntut apa-apa.”

Kemudian kami menyatakan, “Dengan pernyataan anda seperti ini, saya kira dialog dan diskusi ini kita cukupkan sampai di sini saja. Sudah putus jalan untuk menemukan pendapat kami dengan anda. Dengan jawapan anda yang sangat menghairankan itu, cukuplah kiranya anda telah keluar dari ijma’ kaum muslimin.”

Cuba anda renungkan! Seorang muslim yang jahil (bodoh) hanya mengandalkan hatinya dalam memahami apa yang ia temukan dalam Alqur_anu-(a)lkarim. Lalu ia mengerjakan solat menghadap ke arah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, biasa dengan panggilan jiwanya, ia mengubati orang yang sakit sekehendaknya, sehingga menyebabkan kematian orang yang ia ubati. Lalu atas perbuatannya itu, ia terbebas dari segala tuntutan.

Kalau demikian halnya, mengapa mereka tidak membiarkan orang-orang bodoh menggunakan panggilan jiwanya untuk taqlid dan mengikuti imam mujtahid kerana mereka (para mujtahid) lebih waspada daripada merka tentang urusan kitab Allowh ‘Azza-wa-jalla dan Sunnah Rasullah SAW?

Pendapat ini mungkin salah menurut mereka, tetapi tercakup dalam pengertian memenuhi panggilan jiwa.
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:21:05 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
Setelah kami ungkapkan dialog kami dengan pemuda ajaib (aneh ini), kami ingin menghimbau kepada para pembaca agar sedar dan insaf serta membebaskan diri dari fanatik. Apabila pembaca ingin mengetahui perkara yang hak dengan segala alasan serta dalil-dalilnya, apa yang telah kami tulis dan kami jelaskan sudah cukup mengungkapkan perihal yang samar-samar dan menghilangkan semua hal yang meragukan.

Akan tetapi, kalau anda mempertahankan pendapat lantaran fanatik dan fanatik itu sudah menjadi watak dan karekter anda, berapa banyak pun dalil dan alasan yang saya tambah, tetap tidak akan ada gunanya untuk anda. Sesungguhnya masalah anda bukanlah masalah kebodohan yang dapat dihilangkan dengan ilmu, tetapi masalah fanatik yang tidak dapat dihilangkan dengan ilmu, tetapi masalah fanatik yang tidak mungkin dapat dilengkapkan, kecuali dengan cara melakukan koreksi peribadi yang tulus di hadapan Allowh ‘Azza-wa-jalla.

Terlepas dari golongan manakah anda berada, yang kami ingatkan ialah kelompok masyarakat tempat anda melakukan dakwah, mengenai golongan sasaran dakwahnya tidak lagi ditujukan pada usaha perbaikan iman dan menghindarkan kekufuran, tetapi satu-satunya usaha yang mereka lakukan ialah menyalakan api persengketaan di kalangan umat Islam manakala api sudah padam. Mereka seolah-olah melakukan kegitan perbahasan ilmiah untuk mengungkapkan pokok-pokok fikiran, tetapi tujuan utamanya hanya ingin memperdalam jurang perselisihan dan mengupayakan terjadinya permusuhan dan perpecahan serta menjauhkan pola-pola berfikir yang sihat dalam segala persoalan. Inilah kenyataan yang dapat kita rasakan.

Lalu jalan keluar untuk menyelamatkan umat Islam dari kenyataan ini dan bagaimana cara menghindarkan diri dari sikap-sikap yang menunjukkan pertengkaran, permusuhan, serta perpecahan?

Satu-satunya jalan adalah kembali pada norma-norma ilmiah setiap hendak melakukan kegiatan pembahasan dan jauh dari sikap fanatik atau adanya maksud lain yang mencampuri kemurniaan ilmu pengetahuan.

Dengan cara ini, perselisihan akan lenyap, sedikit demi sedikit, kemudian larut, serta tidak ada kemungkinan bagi para penyelundup dari luar untuk menggiring ke dalam lembah perpecahan, hasad (dengki), dan sakit hati.

Dalam risalah ini, telah kami kemukakan penjelasan yang diperlukan untuk mengetahui mana yang benar dalam permasalahan ini. Telah kami ungkapkan bahawa penulis buku, Hal-li-(a)lmuslimu-multazamun-bi-(i)ttibaa’i-mazhabin-mu’ayyanin-mina-(a)lmazhabi-(a)l_arba’ah yakni Alkhajandi telah menukil karangan yang tidak benar, bahkan bertentangan dengan kenyataan.

Pembaca pun telah mengetahui bahawa penjelasan para imam yang dinukil oleh Alkhajandi adalah bertolak belakang (bercanggah) dengan apa yang dituduhkan oleh Alkhajandi.

Kami yakin bahawa para pembaca telah mengikuti uraian (penjelasan) kami dalam risalah ini dengan penuh perhatian dan pengharapan.

Demi Allowh, orang yang iri dan tidak mempunyai keinsafan, mungkin menuduh kami melakukan pelanggaran dalam pembahasan sekadar iseng serta main-main dalam menukil suatu keterangan, atau kurang proporsional dalam menukil suatu keterangan dan megemukakan dalil. Oleh kerana itu, kami mengajak pembaca untuk menuntut kebenaran yang selama ini selalu dipegang oleh jumhur kaum muslimin setiap masa. Tegaklah berdiri sebagai pembela dalam mempertahankan kebenaran dengan memerangi segala macam sikap yang berlebihan.

Peringatkan manusia (umat Islam yang kita cintai) untuk tidak fanatik kepada mazhab menurut cara-cara seperti yang telah kami jelaskan. Berikanlah keterangan yang kukuh kepada mereka bahawa dalil atau pokok dari segala yang pokok dalam setiap perkara kalau anda dapat memahaminya.

Jangan berdiri di atas kepala untuk menempuh jalan yang berlebih-lebihan kerana sesungguhnya semua itu merupakan pangkal segala musibah dan bencana.

Tiada daya dan kekuatan selain Allowh, Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

[Tamat Bab 10: Diskusi Dengan Golongan Bebas Mazhab (Anti Mazhab)]
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:23:29 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
Petikan dari Bab 16 (bab terakhir)

1. Sebagai penjelasan dalam permasalahan ini, kami ingin menambahkan keterangan untuk lebih memperjelas, iaitu sebagai berikut:

Yang dinamakan bermazhab adalah seorang awam atau orang yang belum mencapai tingkat melakukan ijtihad, yang taqlid kepada seorang mujtahid (imam mazhab), baik kepada seorang mujtahid beserta mazhabnya atau berpindah ke imam mujtahid yang lain.

Penafsiran terhadap dua kalimat di atas, merupakan penafsiran yang sesuai menurut lughah (bahasa) dan istilah, serta cukup difahami oleh masyarakat. Sama halnya dengan orang yang selalu mengikuti organisasi atau parti, baik mengikutinya secara tetap pada satu organisasi (parti) ke organisasi (parti) lain. Pengikut organisasi tadi disebut orang organisasi atau orang parti. Demikian pula halnya dengan orang yang tidak mengikuti organisasi atau parti apapun, ia disebut orang yang bebas organisasi atau bebas parti.

Hanya saja, Nasiruddin Albani menyatakan bahawa kata-kata bermazhab sebagaimana diuraikan di atas, tidak sesuai dengan apa yang difahami oles setiap muslim sekarang ini.

Nasiruddin Albani berkata, “Dengan penafsiran di atas, bererti kami sendiri telah menghapus isi risalah yang kami tulis. Menurut pandangan kami, dengan definisi tersebut bererti semua manusia bermazhab. Jadi perbahasan kami dianggap sebagai prasangka yang tidak ada kenyataannya.” Demikianlah ucapan Nasiruddin Albani.

Kalau memang demikian halnya pendapat Nasiruddin Albani, kami sangat bergembira andaikata orang-orang yang menyatakan dirinya mengikut faham salaf dapat bermazhab menurut pengertian sebenarnya, iaitu pengertian yang masih belum difahami (dimengerti) oleh beliau bahawa mereka tidak mungkin lepas dari taqlid kepada imam-imam mujtahidyang pendapat dan mazhabnya telah dikutip serta sampai kepada kita sekarang. Dengan demikian, kami tidak perlu menulis pembahasan ini.

Akan tetapi, sayang sekali apa yang telah dikemukakan oleh Nasiruddin Albani tersebut tidak sesuai dengan kenyataan yang ada. Kenyataan menunjukkan bahawa mereka yang kami inginkan mendapat petunjuk yang benar, tidak mahu taqlid kepada sesiapapun dari para imam mazhab yang empat. Mereka harus langsung mengambil hukum dari Alqur_anu-(A)lkarim dan A(l)ssunnah Rosulu-(A)llowh SAW.

Kami telah melihat sendiri bahawa orang-orang awam dari mereka, yang boleh dikatakan buta huruf (tidak mengerti dan membaca bahasa arab) sama sekali, tidak mahu menerima fatwa-fatwa dari keempat imam mazhab sebelum kami mengungkapkan dalil-dalil yang dipegang oleh para imam serta hadith yang dijadikan pedoman fatwa Imam Hanafi, Maliki, A(l)ssyafi’ii, dan Ahmad bin Hanbal Rohimahumu-(A)llowh.

Bahkan kami harus menjelaskan kekuatan dalil yang dijadikan pegangan serta sahih tidaknya dalil tersebut. Kami pun harus menjelaskan sanad hadith berikut para perawinya, seolah-olah mereka menguasai ilmu sanad dan rijalul hadith.

Setelah itu, barulah mereka menetukan sikap, iaitu membenarkan mazhab-mazhab para imam tersebut atau sebaliknya, yakni menanggap salah dan bahkan membodoh-bodohkan imam-imam mazhab na’uuzu-bi-(A)llaahi-min-zaalik.

Demikian pula halnya dengan Alkhajandi (Muhammad Sulthan Alma’shumi Alkhajandi Almakki) yang disebut-sebut oleh Nasiruddin Albani sebagai seorang yang sangat alim dan ia bela risalahnya (Hal-li-(a)lmuslimu-multazamun-bi-(i)ttibaa’i-mazhabin-mu’ayyanin-mina-(a)lmazhabi-(a)l_arba’ah). Alkhajandi dalam risalahnya berkata: “Untuk menghasilkan ijtihad, sebenarnya sangat mudah. Ia tidak memerlukan lebih dari kitab Al-Muwaththa’, Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami’ At-Tirmidzi, dan An-Nasa’i. Kitab-kitab tersebut sudah cukup dikenal lagi popular, dan dapat diperoleh dalam waktu singkat.”

Kemudian ia (Alkhajandi) berkata lagi, “Apabila terdapat beberapa riwayat dari Rasulullah SAW tentang suatu masalah, sedangkan engkau tdak mengetahui mana riwayat yang lebih dahulu dan mana yang kemudian, serta tarikh pun kurang jelas, kamu harus mengamalkan semuanya. Yakni pada satu saat mengamalkan yang satu dan pada saat yang lain mengamalkan riwayat lain.”

Demikianlah ucapan Alkhajandi dalam risalahnya. Ucapan Alkhajandi tersebut jelas tidak mencerminkan pengertian bermazhab menurut penjelasan yang telah kami kemukakan. Dengan ucapan tersebut, dia telah menutup jalan bagi semua orang untuk mengikuti imam-imam mazhab lantaran di hadapan mereka sudah tersedia Al-Muwathta’ Imam Malik, Sahih Al-Bukahari dan Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami’ At-Tirmidhi, dan A-Nasa’i. Semua kitab ini menurut pernyataan Alkhajandi adalah kitab-kitab yang sudah terkenal dan popular serta dapat diperoleh dalam waktu singkat. Jadi, tidak diperlukan lagi taqlid kepada sesiapapun dari imam-imam mazhab.

Kami ingin menyatakan, barangkali Nasiruddin Albani mengetahui bahawa semua imam termasuk di dalamnya Ibn Taimiyah, Ibnul Qayyim, dan A(l)ssyaukani telah sepakat bahawa dengan sekadar memperoleh (mempelajari) kitab-kitab tersebut di atas, tidak mungkin seseorang menjadi mujtahid. Dalam melakukan fatwa dan istinbath, tidak cukup sekadar berpegang pada kitab-kitab tersebut, tetapi dia pun harus melengkapi syarat-syarat ijtihad yang lain, sehingga ia mencapai darjat mujtahid. Hal ini memang sangat berbeda dengan apa yang telah ditetapkan oleh orang yang dikatakan sangat alim, iaitu Alkhajandi dalam risalahnya.

Dengan tambahan penjelasan yang cukup panjang ini, kiranya dapat diketahui bahawa adanya risalah yang mengupas tentang masalah mazhab tetap sangat dibutuhkan oleh kaum muslimin.
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:25:44 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
2. Menurut pendapat Nasiruddin Albani bahawa kitab risalah Alkhajandi terdapat sejumlah kata yang dapat memperbaiki pengertian yang salah terdapat dalam susunan kata-kata yang kami sebutkan di atas.

Sejumlah kata dimaksud ialah ucapan Alkhajandi pada halaman 29 iaitu: “Ketahuilah! Bahawa mengambil pendapat ulama dan qiyas mereka, kedudukannya adalah ibarat tayammum. Tayammum itu diperbolehkan manakala tidak ada air. Begitu pula halnya kalau sudah ada nas-nas Alkitab dan A(l)ssunnah serta ucapan para sahabat, wajib mengambilnya dan tidak boleh pindah pada pendapat para ulama.”

Demikianlah pernyataan Nasiruddin Albani yang dikemukakan dalam diskusi dengan kami.

Sebenarnya kami sudah melihat kata-kata Alkhajandi ini, tetapi menurut pendapat kami, kata-kata tersebut justeru menambah kemusykilan yang lebih ruwet tau terlepas dari satu kesulitan dan jatuh dalam kesulitan lain.

Di hadapan kita memang sudah ada kitab-kitab Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, dan kitab-kitab hadith lainnya. Akan tetapi, bila seluruh umat Islam memahami langsung hukum agama mereka dari nas-nas yang ada di dalamnya, apa yang akan terjadi? Tiada lain ialah kekusutan dalam mengamalkan ajaran agama.

Imam Ibnul Qayyim dan hampir semua para ulama dan imam-imam Rohimahumu-(A)llowh telah menyatakan, “Adanya kitab-kitab Sunan yang lengkap tidak cukup sebagai bekal utuk sahnya suatu fatwa. Di samping itu, harus ada kemampuan melakukan istinbath dan keahlian dalam membahas serta meneliti suatu masalah. Bila persyaratan tersebut tidak dipenuhi, kewajiban orang tersebut ialah seperti yang difirmankan Allowh ‘Azza-wa-jalla berikut:
quote:


Ertinya: Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui. < A(l)nnahl : 43 >
Demikianlah yang ditegaskan oleh para ulama dan imam termasuk Ibnul Qayyim.

Adapun menurut Alkhajandi dan Nasiruddin Albani, kalau nas-nas Alkitab dan A(l)ssunnah sudah ditemukan, demikian juga ucapan (atsar) para sahabat, wajib bagi umat muslim untuk berpegang padanya dan tidak boleh pindah pada pendapat para ulama.

Dalam hal ini, sudah tentu terserah siapa yang harus dipercaya. Apakah ijma’ para ulama, di antaranya termasuk Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, dan lain-lain, ataukah pendapat Alkhajandi dan Nasiruddin Albani.

Di samping itu, cubalah renungkan ucapan Alkhajandi ini, maka akan terlihat jelas kebodohannya. Dia menggambarkan bahawa para imam tersebut dalam menegakkan ijtihadnya yang boleh diikuti kaum muslimin, mereka hanya berpendirian pada pendapat dan fikiran mereka semata-mata dan sama sekali tidak berlandaskan dalil nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadith. Ijtihad seperti inilah yang boleh ditaqlidi, dan itulah tayammum yang dilakukan.

Itulah ucapan Alkhajandi, padahal sebenarnya ijtihad para imam tersebut tidak mungkin terjadi dan tidak sah bila tidak berdasar (berlandaskan) dalil nas-nas AlQur’an dan Al-Hadith.

Seorang imam yang melakukan ijtihad dalam suatu masalah agama tanpa didasari Alkitab dan A(l)ssunnah Rasululah SAW bererti telah menambah-nambah urusan agama dan hasil ijtihadnya bukanlah merupakan syariat agama. Dengan demikian, setiap orang Islam tidak boleh mengikuti imam tersebut.

Imam A(l)ssyafi’ii RA telah mengatakan dalam kitabnya Ar-Risalah sebagai berikut:

Setelah Rasulullah SAW., Allowh tidak memperkenankan kepada seorang pun untuk berpendapat, kecuali berlandaskan ilmu yang sudah lewat atau sesudahnya, iaitu Alkitab, A(l)ssunnah, Al_ijma’ Al_atsar, dan Al_qiyas (apa-apa yang boleh diqiyaskan kepadanya). Kemudian seseorang tidak boleh melakukan qiyas, kecuali bila ia sudah cukup alat-alat yang diperlukan untuk melakukan qiyas, iaitu mengetahui hukum-hukum kitab Allowh, berapa fardunya, adabnya, nasikh-mansukhnya, ‘aamnya, khaashnya, dan irsyadnya.”

Kita mengetahui bahawa dalam urusan ijtihad, qiyas banyak digunakan untuk melakukan istinbath. Padahal qiyas itu sendiri tidak sah bila tidak berdasarkan pada nas dari Al-Qur’an dan A(l)ssunnah serta ucapan para sahabat. Ucapan sahabat itu pada hakikatnya termasuk bahagian dan macam-macam sunnah, kecuali dalam urusan-urusan yang dimungkinkan sebaai pendapat peribadi.

Kemudian Alkhajandi pun menggambarkan pula bahawa kebodohan terhadap hukum syariat itu disebabkan tidak adanya nas. Apabila nas sudah ditemukan dalam Alkitab dan A(l)ssunnah, sebab-sebab kebodohan tersebut sudah tidak ada dan kedudukan semua manusia adalah sama dalam kemungkinannya memahamii hukum syariat. Oleh kerana itu, tidak perlu lagi taqlid kepada imam-imam mazhab. Demikian huraian Alkhajandi.

Lalu pantaskah bagi orang yang mengerti betul tentang nas dan cara-cara istinbath berkata demikian?

Apa ertinya ucapan Alkhajandi, “Di mana saja orang mendapatkan nas Alkitab dan A(l)ssunnah serta ucapan para sahabat, ia wajib mengambilnya dan tidak boleh beralih pada ucapan para ulama.”

Kemudian apa perlunya tayammum kalau ucapan Alkhajandi seperti demikian? Adapun Nasiruddin Albani setelah kami memberikan komentar terhadap ucapan Alkhajandi di atas, dia menyatakan, “Sebenarnya pada ucapan Alkhajandi tersebut, ada kata-kata yang tersirat. Mesti ditambahkan kata-kata: bila menemukan nas tersebut sudah sampai ke tingkat kemampuan melakukan istinbath. Akan tetapi, setelah kami katakana kepadanya bahawa kata-kata: ‘di mana saja’ mempunyai erti umum, Nasiruddin Albani menjawab, “Ucapan Alkhajandi yang mengandung makna umum harus diertikan secara khusus.”

3. Bandingkan ucapan Ibnul Qayyim dengan apa yang didakwahkan oleh penulis kitab bahawa ijtihad adalah soal yang mudah dan tidak memerlukan apa-apa, kecuali kelengkapan kitab-kitab hadith dan Al-Muwaththa’ Imam Malik. Dan pendapatnya (Alkhajandi) bahawa apabila dalam hadith-hadith terdapat pertentangan, seseorang boleh mengamalkan salah satunya pada suatu saat dan saat lain boleh mengamalkan yang lain pula.
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:28:26 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
4. Apa yang kami telah sebutkan di atas menjelaskan bahawa di kalangan para sahabat tabi’in, tabi’i-(al)ttabi’iin dan orang-orang sesudahnya ada orang-orang yang menetapi imam mazhab tertentu dan tidak pindah pada yang lain. Dan menunjukkan pula bahawa berpegang satu mazhab saja tanpa berpindah-pindah pada mazhab lain merupakan hal yang sudah berjalan tanpa ada larangan dari sesiapapun, baik di kalangan para sahabat sendiri, tabi’i-(al)ttabi’in, dan generasi sesudahnya.

Dengan demikian, bukankah pendapat yang mengharamkan seseorang menetapi terus menerus seorang imam atau mazhab tersebut adalah bid’ah dalam agama dan menambah-nambah agama?

Namun demikian Nasiruddin Albani, dalam diskusi dengan kami menanyakan dalil yang ada dalam risalah kami yang menganggap bahawa bebas mazhab adalah bid’ah dan juga menanyakan dalil bahawa di kalangan para sahabat dan tabi’in terdapat orang-orang yang menetapi seorang imam saja.

Untuk menjawab pertanyaan Nasiruddin Albani, kami pun bertanya kepadanya, “Apakah Tuan sudah membaca risalah kami ("Allaa-mazhabiyyatu-akhthoru-bid’atin-tuhaddidu-(al)ssyarii’ata-(a)l_islaamiyyah")?

Beliau menjawab, “Insya-Allowh.” Kami tidak mengerti apa maksud beliau mengucapkan, “Insya-Allowh.” Apakah ucapan tersebut sekadar untuk tabarruk (mengharapkan berkah dengan ucapan tersebut, yang beerti beliau membaca) atau dengan maksud ta’lig (akan membacanya kalau memang dikehendaki oleh Allowh SWT)

Nasiruddin Albani menyatakan “Insya-Allowh telah membaca risalah,” tetapi beliau tidak melihat bahawa dengan tugas fatwa yang hanya diberikan oleh khalifah kepada Atha’ bin Rabah dan mujtahid di Mekah tanpa ada seorang pun yang ingkar, hal itu menunjukkan ada ijma’ bahawa menetapi suatu mazhab tertentu memang disyariatkan, dan pendapat sesudahnya yang mengharamkan hal tersebut adalah bid’ah dan tidak diizinkan oleh Allowh SWT.

Nasiruddin Albani menyatakan, “Insya-Allowh telah membaca risalah,” tetapi beliau tidak melihat bahawa dengan berpegang teguhnya penduduk Iraq pada mazhab ahli Ra’yu yang dicerminkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA dan murid-muridnya merupakan bukti bahawa berpegang pada mazhab tertentu memang dilaksanakan. Demikian pula yang terjadi di Hijjaz yang selalu menetapi mazhab Abdullah bin ‘Umar RA

Nasiruddin Albani telah membaca risalah kami, tetapi tidak melihat bahawa adanya berjuta-juta umat manusia yang memeluk mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafi’ii, dan Hanbali) yang merupakan bukti ijma’ yang nyata bahawa mengikuti mazhab imam tertentu bukanlah haram atau makruh dan bukan pula bid’ah dalam agama.

Beliau mungkin berpura-pura tidak mengetahui dalil-dalil yang cukup jelas ini dan menyatakan haram bermazhab pada mazhab tertentu dan menganggapnya bid’ah yang tidak berdasar agama.

Akan tetapi, menurut pendapat kami, bukti-bukti yang telah kami kemukakan dapat menyatakan bahawa anjuran agar manusia bebas mazhab merupakan bid’ah yang paling berbahaya yang akan menghancurkan syariat Islam, khususnya pada waktu sekarang ini kerana manusia banyak dikuasai hawa nafsunya.

5. Sesungguhnya bukanlah persoalan bagi kita andaikata golongan bebas mazhab mempunyai ijtihad sendiri dalam hukum syariat Islam yang berbeda dengan ijtihad sebahagian besar imam mazhab. Hal ini kerana mungkin juga di anatara mereka ada yang mampu membahas masalah fiqih dan melakukan ijtihad menurut kemampuannya.

Sungguh, kadang-kadang kami memperhatikan bahawa pendapat mereka berbeda dengan pendapat jumhur ulama. Kami lebih mengutamakan jumhur kerana kami melihat bahawa mereka tidak mampu berijtihad sebagaimana para jumhur ulama. Akan tetapi, pendapat mereka yang tidak sesuai dengan jumhur tidak perlu kita jadikan bahan untuk pertengkaran dan permusuhan.

Bukanlah urusan yang perlu dipersoalkan andaikata ada orang yang solat dengan mengerak-gerakkan telunjuknya waktu duduk tahiyat atau lebih mengutamakan solat tarawaih delapan rakaat, atau memeandang wajib qadha’ bagi orang yang sengaja meninggalkan solat fardhu. Sesungguhnya, di antara imam dan para fuqaha, ada juga yang berpendapat demikian. Bukan masalah baru pula dalam tarikh Islam kalau ada orang yang mengaku dirinya mujtahid, kemudian menciptakan sendiri mazhab fiqih untuk mereka, baik ia mampu untuk melakukan ijtihad atau tidak.

Akan tetapi, hal yang kita ingkari dan sangat memprihatinkan ialah kelompok bebas mazhab (anti mazhab) telah menggunakan pendapat mereka sebagai senjata untuk memerangi imam-imam mazhab. Dengan senjata itu pula, mereka memutuskan hubungan antara imam-imam mazhab dengan kaum muslimin, serta mengobarkan fitnah dalam masjid-masjid, dan tempat lain, dan di mana saja yang memungkinkan untuk menyebarkan fitnah.

Mereka tinggalkan dakwah dan seruan kepada Allowh dan agama-Nya yang telah dibawa dan dicontohkan oleh Rosul Nya, Sayyidinaa Muhammad Rosulu-(A)llowh SAW. Mereka tinggalkan orang-orang yang telah menyimpang dan tersesat dari ajaran Islam dan mereka alihkan kegiatannya untuk memusuhi orang-orang yang seagama, tetapi berbeda pendapat dengan mereka, atau orang-orang yang berpegang teguh dengan imam-imam mazhab.

Mereka mengajak orang-orang yang tidak mampu untuk berdebat dan menuduh sesat kepada pengikut-pengikut imam-imam madzhan, bahkan membodoh-bodohkan para imam serta menyebut-nyebut kitab mazhab sebagai dokumen yang berkarat dan menyimpang.

Apabila melihat seseorang memegang tasbih untuk menghitung wirid, mereka cepat-cepat menuduh sesat dan bid’ah. Bila ada muadzdzin membaca selawat kepada Rosulu-(A)llah SAW setelah adzan, mereka menuduhnya syirik. Bila melihat orang solat tarawih 20 rakaat, mereka membuat keriuhan dalam masjid sehingga terjadilah hiruk-pikuk suara omongan kotor serta keji.

Kami masih teringat suatu peristiwa di malam Ramadhan ketika sekelompok orang awam, kurang lebih lima belas orang, datang menghadap kami setelah Isya. Dari wajah mereka dan suara-suara yang terdengar, tampak bahawa mereka baru saja bertengkar. Mereka datang meminta bantuan agar kami dapat menghentikan keributan dalam masjid disebabkan ada seseorang di masjid yang mengharamkan solat terawih lebih dari delapan raka’at sehingga terjadilah keributan dan masjid berubah menjadi tempat perkelahian. Apa sebenarnya yang memberatkan mereka kalau kita solat tarawih dua puluh rakaat kerana kita taqlid kepada seorang imam, sebagaimana mereka juga sesukanya solat tarawih delapan rakaat?

Kalau menganggap dirinya mampu memahami hukum syariat dari Alqur_an dan A(l)ssunnah tanpa taqlid kepada imam mazhab, silakan mencipta mazhab baru di samping mazhab empat yang sudah mu’tabar, untuk membukukan sepuluh masalah saja dari urusan ibadah dan silakan mereka meninggalkan fiqih para imam mazhab sesuka hati mereka.

Akan tetapi, satu hal yang patut disayangkan, mengapa mereka bersikap sinis kepada yang lain dengan membodoh-bodohkan dan menyesatkan para pengikut mazhab empat? Serta menghina para imam mazhab empat dan kitab-kitab mereka?

Untuk apa mereka mengadakan majlis dengan mencaci-maki dan menghina Imam A(l)ssyafi’ii RAH, lantaran fatwa beliau yang mengesahkan seorang laki-laki menikahi anak perempuan darah dagingnya sendiri, tetapi dengan cara zina? Padahal kalau ia mahu membaca keterangan Imam A(l)ssyafi’ii tentang masalah tersebut dalam kitabnya Al-Umm, dia akan tahu kebodohannya sendiri.

Akan tetapi, seorang seperti Nasiruddin Albani mungkin menyatakan bahawa ia sedikit pun tidak mengurangi kedudukan para imam dan tidak akan menganggap buruk terhadap mazhab-mazhab.

Memang kadang-kadang dia menyatakan demikian dalam suatu majlis, tetapi kenyataan yang ia perbuat tidak sesuai dengan apa yang ia katakana.

Orang yang benar-benar menghotmati para imam mazhab empat dan menghargai jerih payah mereka dalam mengungkapkan hukum syariat Islam dan mengoreknya dari Al-Qur’an dan A(l)ssunnah, tidak mungkin berkata mengomentari (mengulas) hadith turunnya Nabi Isa a.sa sebagai berikut:

“Hal ini jelas bahawa Nabi Isa AS akan berhukum dengan syariat kita dan memutuskan sesuatu dengan kitab dan sunnah, tidak dengan lainnya baik Injil atau fiqih Hanafi dan semacamnya.”

Harap pembaca dapat merenungkan ucapan Nasiruddin Albani di atas, “Tidak dengan lainnya, baik Injil, atau fiqih Hanafi, dan semacamnya.” Dengan ucapan tersebut, ia mempunyai keyakinan bahawa Fiqih Hanafi sama seperti kitab Injil, iaitu kitab yang tidak ada hubungannya dengan syariat Islam, Al-Qur’an, dan A(l)ssunnah.

Adakah seorang Muslim yang tidak mengetahui bahawa Fiqih Hanafi merupakan hukum Islam yang diambil (bersumberkan) dari Alqur_an, A(l)ssunnah, dan juga Qiyas? Apakah ia tidak mengetahui bahawa dalam mengungkapkan hukum dari Alqur_an dan A(l)ssunnah, Imam Abu Hanifah RAH semata-mata bertaqarrub dan mendekatkan diri kepada Allowh ‘Azza wa Jala, dan bukan mendekatkan diri kepada syaitan untk membuat fiqih tandingan kemudian bersamaan dengan Injil dihadapkan pada Alqur_an. Meskipun harus diakui juga bahawa Imam Abu Hanifah kemungkinan salah dalam melakukan ijtihadnya.

Kemudian, siapakah yang berkata seperti ini? “Sesungguhnya Nabi Isa AS esok akan datang ke dunia, tetapi pengetahuan beliau tentang Kitab dan Sunnah lebih lemah daripada Nasiruddin Albani, sehingga beliau tidak mampu berijtihad sendiri dan terpaksa taqlid kepada para imam dalam hukum syariat, dan di antara imam-imam tersebut yang beliau pilih adalah Imam Abu Hanifah.”

Betulkah ada di kalangan pengikut Hanafi yang berkata demikian? Semestinya Nasiruddin Albani menyebutkan orang yang berkata demikian dan menunjukkan letak ucapan tersebut dengan penjelasan ilmiah, yang setiap orang pasti dapat mengutamakannya, bahawa Nabi Isa AS mampu mengambil hukum syariat dari Alqur_an dan A(l)ssunnah. Kemampuan ini pasti dimilikinya kerana sesungguhnya beliau adalah utusan Allowh SWT. Jadi, dalam hal ini bukan pada tempatnya kalau Nabi Isa AS taqlid kepada para imam mazhab.

Sungguh kalau bukan pekerjaan yang bersifat ilmiah dan sesuai dengan Islam, kalau Nasiruddin Albani menyeludupkan ucapan di atas ke dalam kitabnya, kemudian dia membantahnya dengan maksud mendiskreditkan Fiqih Hanafi dan menganggapnya bukan Syariat Islam seperti Injil.

Bila pembaca berasa keberatan atas ucapan di atas yang keluar dari mulut seorang muslim, kami persilakan membaca kitab ringkasan (mukhtashar) Sahih Muslim susunan Imam Almunziri, kemudia bacalah catatan-catatan kakinya yang ditulis oleh Nasiruddin Albani pada halaman 308. Kepada yang mengedarkan kitab ini, telah diberi peringatan oleh seorang tokoh ulama mengenai ucapan yang sangat munkar ini dan diperintahkan untuk membuang kalimat tersebut pada cetakan akan datang. Kami mengetahui, apakah penerbit kitab tersebut tetap akan memuat ucapan yang sangat berbahaya atau akan menghapusnya?
< bersambung >

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 27hb November 2005, 00:31:11 pagi    [Edit]
< sambungan >
quote:
6. Kami mengetahui bahawa penulis kitab (Alkhajandi) termasuk orang-orang yang tidak memandang Imam Alghazali Rahimahumu-(A)llowh dan tidak mengakui keutamaan beliau dan ilmunya. Bahkan, di antara tokoh mereka, ada mengumpat-umpat dan memandang beliau telah keluar dari agama Islam, sesat, dan menyesatkan serta menyeleweng. Jadi, kalau mereka mengutip ucapan Imam Alghazali untuk dijadikan bukti atas kebenaran pendapat mereka, hal itu sekadar usaha untuk mencari pengakuan dari lawan dan bukan bererti menyetujui pendapat Imam Al-Ghazali.

(Tamat bab terakhir, Bab 16: Catatan Akhir)
Catatan: Cuplikan ini dikutip dari website Bicarasufi.com dalam sebuah thread yang bertajuk "Dr. Muhammad Said Ramadhan Albuuti - Bahaya Bebas Mazhab" oleh saudara System.

Semoga Warga MDC dapat go thru tulisan Dr Muhammad Said Ramadhan Albuuti seorang tokoh Ulama' dan penulis kitab-kitab Agama dari Timur Tengah yang memang cukup terkenal .. jika ingin meneliti pengenai isu golongan tidak bermazhab maka buku terjemahan beliau boleh didapati dalam pasaran .. better .. boleh memahami dari pelbagai sudut dan bahasan.

Baroka-(A)llowhu-lakum-wa-lanaa!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 27hb November 2005, 00:42:35 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.192.:-)

abede
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 27hb November 2005, 03:00:31 pagi    [Edit]
berita dlm utusan malaysia hari ini..

quote:
Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda
Oleh NAZERI NONG SAMAH


KUALA LUMPUR 26 Nov. - Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.

Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.

``Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.

``Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini.

Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.

``Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.

``Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,'' katanya.

Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.

``Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.

``Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,'' ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.

``Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.

``Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,'' katanya.

Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan agama.

``Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,'' katanya.






minta maaf dan utk pengetahuan semua saya bukannya penyokong gerakan wahabi..saya hanya tertarik utk mengetahui bagaimanakah utk mengenali golongan ini dan ingin mengetahui sejauhmanakah sesatnya golongan ini?
Melalui petikan diatas..saya tertanya-tanya akan phase ini:
quote:
Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah .


dan tertanya, inikah jenis kesesatan bagi golongan ini??

Saya cuba utk menjadi adil utk mempertimbangkan secara ilmiah utk menilai utk menghindari fitnah dan juga hasutan syaitan..namun terus-terang dari mula topik begini dibincang di MDC suatu masa dahulu sehinggalah kehari ini saya masih lagi blurr..apakah jenis kesesatan fahaman ini..selain dari perkara diatas spt...tahlil, qnut, talkin dll...
Bukan apa ditakuti kita berpecahbelah hanya kerana perkara-perkara yang cabang...dah tentu akan berguling-guling ketawa..

p/s: diulang saya bukannya pendukung golongan wahabi..

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 27hb November 2005, 03:24:37 pagi

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 27hb November 2005, 08:18:54 pagi    [Edit]
Abede .. di Malaysia amnya dan di MDC khususnya .. Salafi Wahabi masih berlemah lembut kerana mereka masih duduk dalam bilangan minority dan mereka sedang mencari pengaruh .. Potpetpotpet pernah berbincang dalam satu portal Bahasa Inggeris .. Alsalafiyyoon .. di mana bilangan mereka adalah majority .. mereka kata orang-orang yang bermazhab ini adalah Mubtadi' (pelaku bid'ah) .. tidak harus bermakmum dalam solat berjemaah di belakang seorang Imam yang bermazhab!

Pada dasarnya ummat Islam di Malaysia adalah muqallid (orang yang bertaqlid) kepada imam mazhab kerana mereka tidak layak untuk berijtihad sendiri (walau pun Tuan Guru dan Ustaz) .. Salafi Wahabi mengatakan mereka sebagai Mubtadi' (pelaku bid'ah)!

WBP .. thread ini Moshi buka untuk taqlid .. baiklah Abede dan Netters semua cerita sekitar bab taqlid sahaja .. nanti Moshi marah pula kalau cerita bab lain!

Buku-buku firqah Salafi Wahabi ni bersepah dalam pasaran .. mana-mana buku tulisan Ibn Taimiyah, Ibnul Qoyyim, Ibn Qudamah, Muhammad Abd Wahab, Nasiruddin Albani, Abdullah Bin Baaz, Salleh Uthaimin, Muqbil dll penulis (kebanyakannya Saudi) adalah merupakan hasil karya Salafi Wahabi. Antara penulis tempatan yang Potpetpotpet lihat ada banyak menghasilkan buku adalah Firdaus Abdullah (atau Muhammad Firdaus Abdullah) tetapi hasil tulisan beliau masih lembut-lembut .. kenen-kenen .. belum cukup direct .. di Malaysia belum sesuai untuk mereka bertegas dan berkeras!

Potpetpotpet tahu perkara ini kerana Potpetpotpet pun sebahagian pengikut Salafi Wahabi .. lama dah .. dulu .. alhamdu-li-(A)llaah dapat kembali melalui jalan yang ditempoh oleh ASWJ .. pendek kata apabila Potpetpotpet cakap fasal Salafi Wahabi maka Potpetpotpet bukan meneka-neka atau mengagak-agak!

OK insyaa-Allowh .. jumpa lagi!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.56.:-)

azarazara
Ahli Setia
31. Dihantar pada 27hb November 2005, 09:44:09 pagi    [Edit]
Ok kita lihat pro dan kontra ni kepada permasalahan Wahabi ni.


quote:
Fahaman Wahhabi menular -- Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda
Oleh NAZERI NONG SAMAH



artikal itu jelas menunjukkan pengetahuan mereka itu amat dangkal berkaitan dengan Muhammand bin Abd al-Wahhab itu dan pergerakannya itu. Kebanyakan perihal berkaitan tentang beliau itu dari sumber yang tidak putus2 menyerang beliau secara tidak adil.

Saya bukan di pihak wahabi kerana bagi saya - saya amat bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin. Tetapi sejarah tidak boleh di tipu oleh orang yang suka cakap orang itu wahabi, orang ini wahabi itulah kalau fitnah dah jadi makanan.

Sesuatu untuk di fikirkan?

Kalau Wahabi itu sesat, adakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid Nabi sedang di diami dan di imami oleh golongan sesat? Ini kerana mereka menjadikan fitnah itu makanannya atas faktor semata-mata kerana kerajaan Arab Saudi dikatakan menganut dan mengamalkan fahaman Wahabi yang menyesatkan.
.................................................................


Aku suka untuk paste bagi tatapan umum apa yang sahabat saya Fowrd kan kepada saya untuk di fikirkan bersama.


WAHABI ADALAH WAHABI

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi

* Mesej ini telah disunting oleh azarazara pada 27hb November 2005, 12:40:53 tghari

218.111.76.:-)

luarpagar
Ahli Setia
32. Dihantar pada 27hb November 2005, 12:18:49 tghari    [Edit]
Apa kata tuan zayed... saya percaya sebagai pengendali sach yang berwibawa mampu menjawab persoalan tentang taqlid dan fahaman wahabi dengan lebih terperinci..insyaAllah..

218.208.198.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 27hb November 2005, 9:41:40 mlm    [Edit]
Abede, Luar, Azara dan Warga MDC .. nampaknya isu Salafi Wahabi terseret-seret sama dalam thread ini .. ianya memang mempunyai kaitan langsung namun Potpetpotpet syor elok jika kita khususkan .. betulkan arah semula supaya thread ini membincangkan perkara-perkara di sekitar isu taqlid dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya sahaja seperti isu ijtihad, isu talfiq dan isu ittiba' dsb .. sekedar pendapat 2 sen Potpetpotpet .. memandangkan sebelum ini pun Moshi sudah kata ..
quote:
Saya suka mencadangkan sdr 'lp' membuka satu 'topik' dalam maksud yang sdr tanyakan, harus lebih munasabah kerana soal tersebut memerlukan perbincangan yang khusus oleh mereka yang harus sangat atau lebih mengetahui dari kita
Demikian juga .. Potpetpotpet pun .. more or less dah memberi persetujuan ..
quote:
insyaa-Allowh .. manalah tahu mungkin ada sesiapa yang akan initiate thread mengenai firqah Wahabi dan perincian mengenai siapa mereka!
BTW .. Azara .. usahlah Azara berasa emosional .. in fact pihak ASWJ dan pengikut-pengikut mazhab (Syafi'ii khususnya di Malaysia) menerima serangan dari firqah Salafi Wahabi jauh lebih awal .. kami dah menerima cemuhan .. kutukan .. mubtadi' (pelaku bid'ah) lah .. sesat lah .. mazhabi lah .. Asy'aariyah lah .. Maturidiyyah lah .. Sufiyyah lah .. hizbi lah .. macam-macam dah .. sedangkan kami ASWJ yang bermazhab empat ni cuma kata yang mereka tu Wahabi .. awat yang sensitif sangat .. emosional sangat .. bertenang Azara .. cuba baca posting Potpetpotpet dll dengan teliti dan berlapang dada sambil mohon taufiq dan hidayah agar Allowh SWT sentiasa melorongkan kita semua menuruti jalan Sunnah yang haq .. yang terbimbing .. bukannya yang bebas merdeka tanpa bimbingan dan disiplin keilmuan yang menepati jalan yang ditempuh oleh mereka-mereka yang terdahulu!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.243.:-)

moshi
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 28hb November 2005, 00:10:43 pagi    [Edit]


POTPETPOTPET dan netters yang dihurmati.

JKKK atas usaha sdr 'pp' mencari pendapat-pendapat untuk mempertahankan apa yang pada pendapat sdr sebagai 'wajib benar' diikuti berada dalam 'mazhab' pilihannya.

Seharusnya, jika dapat direngkaskan sedikit, dan membawa HUJJAH DARI AS SUNNAH ADALAH LEBIH BENARNYA. Kerana banyak hujah dari Al Quran yang belum/tidak sdr jelaskan. INSYAALLAH.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ( 4 An-Nisaa' 59 )


NOTA;
Semuga Allah memberikan HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA dan sebaliknya semuga Allah selamatkan kita dari bencana FITNAH DAJJAL YANG MENYUURH UMAT BERPECAH BELAH DALAM FIRQAH-FIRQAH.
Astaghafirullah al adzim.WA.




quote:
TAQLID MENURUT RIWAYAT IMAM SYAFIE RAH:

Menurut Imam Rabi' RAH, antara pesanan-pesanan Imam Syafie RAH telah membawa maksud:

Apabila kamu dapati dalam kitabku ( ada sesuatu yang ) menyalahi Sunnah SAW, maka hendaklah kamu berkata dengan berdasarkan ( mengambil dalil) Sunnah Baginda SAW, lalu tinggalkanlah perkatanku.


dan lagi;

Apabila telah syahih hadith menyalahi perkataanku, maka lemparkanlah perkataanku ke balik dinding, dan beramallah kamu dengan hadith yang syahih (kukuh)-kuat itu.

NOTA:

Yang demikian, adalah menjelaskan betapa Imam Syafie RAH sendiri TIDAK MENYURUH umat Islam yang mempelajari ajaran beliau lalu TAQLID TANPA MERUJUK KEPADA AS SUNNAH YANG LEBIH BENAR.

Sebagaimana penjelasannya ( Imam Syafie RAH) lagi:

Barang apa yang datang dari Sunnah SAW dengan menyalahi jalanku (pendirianku), maka tingalkanlah olehmu akan jalanku, kerana sesungguhnya yang demikian itu ADALAH JALANKU.

NOTA:
Jika sebahagian orang yang enggan kembali kepada As Sunnah yang lebih syahih dari yang terdapat pengajaran yang kurang menepati As Sunnah oleh beliau, sesungguhnya merekalah yang TIDAK MENGHARGAI DAN TIDAK MEMULIAKAN IMAM SYAFIE RAH.
KERANA' IMAM SYAFIE ADALAH PENGUIKUT AS SUNNAH YANG BENAR DAN ITULAH JALAN (MAZHAB)NYA.



* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 28hb November 2005, 00:58:18 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 28hb November 2005, 00:41:27 pagi    [Edit]


Mentaqlid Imam-Imam.


Terdapat golongan yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam-imam yang empat. Inilah yang dikatakan oleh pengarang kitab tauhid, `al Jauharah'

Terdapat juga pendapat melampau yang menyatakan wajib bertaqlid kepada Imam yang tertentu sahaja:

Pengikut mazhab Syafie berkata wajib bertaqlid kepada Syafie: Pengikut mazhab Hanafi berkata wajib bertaqlid kepada Abu Hanifah. Begitulah seterusnya, pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata wajib bertaqlid kepada imam mereka.

Pendapat ini adalah silap menurut para pengkaji. Bahkan mereka berkata:

"Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:

"Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh."

Ini adalah kerana orang yang berkata wajib bertaqlid di dalam urusan agama kepada Imam yang tertentu, mengambil kata-katanya semata dan menolak kata-kata yang lain, seolah-olah telah menjadikan Imamnya pencipta undang-undang dan nabi yang maksum. Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengatakan kata-kata ini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiah.

Ibnu Qayyim juga telah berkata:

"Kita telah ketahui secara daruri, tidak terdapat di zaman sahabat mahu pun tabi'en seorang lelaki yang melebihkan seorang lelaki lain dari kalangan mereka; dia mentaqlid semua pandangan beliau tanpa meninggalkan satu pun daripadanya dan menolak semua pandangan selain daripada pandangan orang yang ditaqlid itu. Dustalah mereka yang berkata, terdapat lelaki sebegitu di kurun yang dimuliakan oleh Rasulullah ini iaitu tiga kurun pertama yang baginda muliakan di dalam hadis-hadisnya yang sahih. Bidaah ini hanyalah berlaku di kurun yang keempat yang dicela oleh Rasulullah (s.a.w).


Ibnu Qayyim telah menentang kata-kata ini (taqlid empat Imam sahaja dan taqlid salah seorang yang tertentu dari mereka) di dalam kitabnya "I'lam al-Muqi'en'. Dia telah menggunakan lebih kurang lima puluh hujah dalam menyalahkan pandangan ini. Beliau telah membuat perbincangan yang panjang dan bernilai. Sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah merujuk kepada kitab tersebut.

Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah di dalam firmannya :

"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7
Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.



NOTA:
Penjelasan di atas, adalah ikhsan seorang sahabat yang mengirimkankan perkara bersangkutan yang menurutnya adalah sebahagian dari SIRI JAWAPAN DARI FATWA DR YUSUF QARADAWI - Bertaklid Pada Mazhab.

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 28hb November 2005, 00:44:23 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 28hb November 2005, 2:46:58 ptg    [Edit]
quote:
Seharusnya, jika dapat direngkaskan sedikit
Moshi .. kalau Potpetpotpet kata kau ni macam berkelakar .. nanti kau marah .. tetapi ayat kau tu seolah-olah mengisyaratkan yang kau tidak membaca dan meneliti setiap apa yang Potpetpotpet kata dan apa yang Potpetpotpet quoted!

Moshi .. jika apa yang Potpetpotpet kata dan apa yang Potpetpotpet quoted dalam posting thread ini pun kau tak dapat go thru dengan teliti dan memahaminya dengan jelas .. macam mana kau nak study fiqih Syafi'ii dengan merujuk sumber tulisan asal beliau dan dari imam-imam pengikut beliau yang jumlahnya jika disenaraikan adalah beratus-ratus! Itu belum lagi nak study fiqih Hanafi .. fiqih Maliki .. fiqih Hambali!

Moshi .. jika sekedar untuk meninjau satu bab dalam fiqih Syafi'ii melalui apa yang dikaji oleh Nasiruddin Albani .. maknanya kau Moshi telah taqlid dengan Albani .. ikut mazhab Albani! Demikian juga sekiranya dalam hal lain pula kau hanya membaca apa yang ditulis oleh Bin Baaz .. maknanya kau bertaqlid pula dengan Bin Baaz .. ikut mazhab Bin Baaz! Jadi .. tang mana yang kau kata tak taqlid? Jika Albani dan Bin Baaz itu satu mazhab .. maknanya kau ikut mazhab yang itu lah .. tang mana yang kau kata tak ada mazhab! Moshi .. faham tak apa yang Potpetpotpet kata ni?

Berkenaan mafhum kata-kata Imam Syafi'ii RAH .. dalam posting # 17 Potpetpotpet dah terangkan melalui kenyataan Imam Nawawi RAH .. apa lagi yang nak dijelaskan .. jika itu pun kau tak kuasa nak baca .. tak peduli nak faham .. isy .. kau ni sungguh menyedihkan .. ni Potpetpotpet quote sebahagian posting # 17 tu ..
quote:
Bukan semua orang boleh faham apa yang Imam Syafi'ii RAH benar-benar maksudkan dalam kata-katanya .. apatah lagi orang-orang yang dhoif seperti Potpetpotpet ni! Jika Moshi benar-benar faham apa yang Imam Syafi'ii RAH maksudkan dalam kata-kata beliau .. alhamdu-li-(A)llaah! Hebat tu!

Warga MDC .. supaya kita tidak terkeliru oleh faham yang kita ada .. mari kita sama-sama semak apa Imam Nawawi RAH faham mengenai apa yang dimaksudkan oleh kata-kata Imam Syafi'ii RAH:
quote:
Apa yang telah diucapkan oleh Imam Syafi'ii bahawa apabila hadith itu sahih itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith yang sahih, seseorang boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab Syafi'ii dan boleh diamalkan menurut lahirnya. Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai derajat ijtihad dalam mazhab A(l)ssyafi'ii sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut. Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafi'ii RAH belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih. Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Syafi'ii RAH dan kitab-kitab para ulama' pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun disyaratkan demikian kerana Imam Syafi'ie RAH sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya, atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil, atau sebab lainnya.

Berhubung dengan fatwa Qardhawi .. itu kau yang paste .. cuba kau teliti apa yang kau paste sendiri dan fahamkan dengan penuh hemat supaya jelas sejelas-jelasnya .. ni dia frasa yang Potpetpotpet maksudkan ..
quote:
Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad.
Moshi .. apa maksud frasa "seseorang yang bukan ahli ijtihad"? Jika kau Moshi .. tidak faham apa maksud frasa tersebut .. cerita panjang pun tak guna .. jika perkataan Qardhawi pun kau tak dapat singkap dengan jelas .. bagaimana kau nak faham frasa Imam Mujtahid atau frasa Sahabat dan Nabi dalam Hadith atau lebih-lebih lagi firman Allowh SWT dalam Alqur_an?

Moshi .. jika kau bincang kerana mencari kefahaman Agama semata-mata untuk memperolehi redha Allowh SWT .. sila dalam your next posting jawab pertanyaan Potpetpotpet itu! Sudah cukup banyak pertanyaan demi pertanyaan Potpetpotpet yang kau elak-elak tidak menjawabnya .. jawab pun kenen-kenen pusing-pusing blur macam nak kelirukan orang! Ni bukan marah .. ni tegur saja!

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 28hb November 2005, 2:56:51 ptg

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.94.83.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 28hb November 2005, 3:06:41 ptg    [Edit]
Oh ya .. satu hal lagi nak tegur Moshi dll .. isy .. Potpetpotpet ni macam Cikgu pula jadinya .. kalau bolehlah .. elakkan terlalu banyak menggunakan huruf bold .. dan elakkan terlalu banyak menggunakan frasa yang ditulis dengan capital letters .. kedua-dua kaedah berkenaan kurang menyelesakan mata memandangnya dan macam seolah-olah memekik-mekik atau melaung-laung! Etika ini adalah etika yang universally accepted untuk sebarang bahan tulisan! WBP .. bukan paksa .. minta sahaja .. jika Moshi tak setuju tak apa lah .. up to you!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.94.83.:-)

zayed
zayed
Pengendali
38. Dihantar pada 29hb November 2005, 1:41:15 tghari    [Edit]
just nak tanya pada potpetpotpet since dia letak scan karangan said ramadhan al-buti. baru2 ini dlm seminar fatwa asean di Kuala Lumpur yg turut dihadiri oleh Dr Said Ramadhan al-buti. antara kenyataannya yg menarik dan saya mintak potpetpotpet komen:
"Tiada fiqh al-aqliyyat (minoriti) (فقه الأقليات. fiqh ada fiqh." (lebih kurang..)

أنا أؤيدك فيما تقول.. والمشكلة‏،‏ مشكلة الذين يكابرون بالمحسوس ويتعامون عن الحقائق الفظيعة والأخطار المهلكة‏،‏ استجابة منهم لمصالحهم الدنيوية التافهة. ولقد جرّ هذا البلاء إلى بلاء أخطر منه‏،‏ وهو ابتداع ما سموه ‏(‏فقه الأقليات‏‏‏،‏ الذي من شأنه أن يجعل في الدنيا إسلامَين‏:‏ إسلاماً للأقليات المقيمة في الغرب‏،‏ وإسلاماً للأكثرية المقيمين في دار الإسلام. وهو ما تخطط له بعض الدوائر الغربية اليوم‏،‏ من تحويل الإسلام إلى ديانة إقليمية بحيث يكون للمصريين إسلام يخصهم‏،‏ ولأهل الشام إسلام آخر يخصهم‏،‏ وللمسلمين في الغرب إسلام يخصهم... إلخ. وعندما يصبح الإسلام مطية ذلولاً لاستجرار المغانم والمصالح الدنيوية‏،‏ فحدث عن هذه المآسي ولاحرج.
----------------------
Ringkasnya lebih kurang : Syeikh al-Buuthi mengatakan bahawa konsep Fiqh Aqliyaat ini bahaya. Ia membahagikan dunia Islam kepada dua : Penduduk Islam minoriti yang tinggal di barat, dan penduduk majoriti yang tinggal di negara Islam. Konsep inilah yang rancangkan oleh orang Barat hari ini, iaitu wujud Islam Mesir, Islam Syams, Muslim Barat, dan lain2, dimana masing2 prihatin dengan hal masing2.

URL : http://www.bouti.net/

apa pandangan anda?

--------------
Ãóæú ÒöÏú Úóáóíúåö æóÑóÊøöáö ÇáúÞõÑúÂäó ÊóÑúÊöíáðÇ

mexico
Ahli Setia
39. Dihantar pada 29hb November 2005, 2:05:27 ptg    [Edit]
,

Tq potpet for the article tu. Dah baca abih dah, w/pun susah jugak nk diphm (stgh2 ayat kena baca 2,3 kali baru boleh phm).

Bagus article tu...


Jazakallahukhoir...

202.184.41.:-)

moshi
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 30hb November 2005, 3:25:03 ptg    [Edit]


potpetpotpet dan netters yang dihurmati.

Berulangkali saya katakan, bukan hasrat saya untuk berbantah-bantah dalam apa juga p[ersoalan, lagi awal telah saya jelaskan; SAMAPIAKAN SAHAJA APA-APA PENDAPAT MASING-MASING TANPA MENYENTUH PERMUSUAHAN atau merendahkan sesiapapun dikalangan netters,

Harus kita rasa 'hebat' menurut '''cermin sendiri;
disisi Allah SWT, Allah sahaja Maha Mengetahui siapa kita.

sdr potpetpotpet;

quote:
Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah di dalam firmannya :

"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7
Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.




Kesimpulan Al Qardhawi adalah jelas:
"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7
nota: Fahamkanlah sendiri maksud tersebut, kerana potpetpotpet pun memang merasa sangat 'ilmuan' apakah yang MAKSUDKAN 'ZAKIRIN' dalam ayat tersebut.

Sedangkan bagi saya atau harus orang lain;
'AHLI ZIKIR' itu secara rengkasnya adalah yang istiqamah dalam mentaati ilmu dan amal As Sunnah dalam apa juga IBADAH yang diSunnahkan, seharusnyalah beliau 'berilmu'. DAN BUKAN SEMESTINYA 'MUJTAHID'.

ITULAH PERINTAH 'AGAR' KITA MENEMUI MEREKA JIKA PUN BUKAN IA DARI KALANGAN 'MUJTAHID', harus sebagai YANG MUTTABI'. AGAR TIDAK JADI 'TAKLID BUTA'.

SEBAGAI PERINGATAN.

TAQLID DALAM TOPIK INI ADALAH SECARA TOTAL DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM YANG DIJELASKAN OLEH AS SUNNAH;
Tiada kira ia seorang pengikut Mazhab mana sekalipun,
bahkan dikalangan Syiah atau sebagainya ASALKAN MENGAKU ISLAM.

Maka, janganlah 'menyempitkan ISLAM' itu hanya yang 'aku punya', SEBALIKNYA Islam yang AL QURAN DAN SUNNAH SAW JELASKAN.
Sesiapa yang berada dalam 'X TREM" atau fanatik mazhab atau apa sahaja adalah hak mereka sendiri berada dalam 'FIRQAHNYA' , sedang dalam topik ini adalah membicaraklan soal 'TAQLID' yang tidak seharusnya untuk setiap individu beramalan.
Sedangkan ia adalah pemahaman yang tidak sama antara satu sama lain.

KEBENARAN HANYA ALLAH SWT DAN RASULNYA SAW SAHAJA YANG LEBIH M,ENGETAHUI.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 30hb November 2005, 9:14:49 mlm    [Edit]
quote:
Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad.
Moshi .. kata-kata Qardhawi ini kau yang paste .. kata-kata Qardhawi ini pula merujuk kepada kata-kata Ibnu Qayyim .. nampaknya mereka mengharuskan taqlid kepada "seseorang yang bukan ahli ijtihad"! Mereka pula mewajibkan ijtihad hanya kepada "ahli ijtihad"!

Dalam posting yang lepas Potpetpotpet tanya Moshi ..
quote:
Moshi .. apa maksud frasa "seseorang yang bukan ahli ijtihad"?
Adalah penting untuk kita mengenalpasti .. identify .. memberi definisi .. siapa "seseorang yang bukan ahli ijtihad" .. sebab ianya berkaitan dengan keharusan bertaqlid! So .. menurut Moshi .. siapakah "seseorang yang bukan ahli ijtihad" .. tolong jawab Moshi .. Allowh SWT tahu apa isi hati Moshi .. Potpetpopet tak tahu!

Dalam bincang ini Moshi .. tak penting siapa menang siapa kalah .. apa yang penting adalah setiap kita dapat melihat kebenaran yang haq di sisi Allowh SWT .. kebenaran yang haq di sisi Allowh SWT itu lah yang nombor satu penting!

Potpetpotpet bersoal jawab .. bersoal jawab .. lagi dan lagi .. semata-mata atas semangat tersebut .. mengetengahkan kebenaran yang haq di sisi Allowh SWT .. untuk itu Potpetpotpet kena bersikap lurus, jujur dan hanya mengharapkan keredhaan Nya .. so Moshi pun kena bersikap lurus, jujur dan hanya mengharapkan keredhaan Nya semata-mata!

No point salah seorang dari kita berasa menang .. sekiranya kemenangan itu adalah dalam keadaan yang batil dan mengundang murka Allowh SWT .. please remember that .. Moshi!

Zayed .. harap usah deviate tumpuan bincang ini dengan isu dan pertanyaan OT walau pun ianya ada sedikit kaitan .. after all bukan Potpetpotpet boleh jawab semua soalan .. siapalah Potpetpotpet yang dhaif ini sedangkan Imam Malik RAH pernah ditanya dengan 48 soalan dan hanya menjawab 16 soalan sahaja .. 32 soalan dia jawab dengan ayat "Saya tak tahu .. wa-(A)llowhu-aa'lam!".

wa-(A)llowhu-aa'lam!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.63.:-)

moshi
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 30hb November 2005, 10:08:01 mlm    [Edit]


netters yang dihurmati.



quote:
Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah di dalam firmannya :

"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7
Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.




NOTA:

Fahamkan sendiri dan jawab sendiri mengikut kefahaman yang Allah SWT beri anda kemampuan, biarkan netters merujuk kepada ilmuan yang diyakini untuk mengambil faham.
Sdr2 harus membuat pernilaian dan rujukan sendiri dengan 'maula' sdr2.

kita berbicara untuk pengetahuan umum dan bukan hanya kepada 'seorang tertentu' dan manfaat bersama.
saya tidak pernah mahu menang apa juga gelaran atau menyuruh orang lain menerima bulat yang saya sampaikan:
BAHKAN, SAYA ULANGI... BAHKAN saya sering meminta netters sendiri rujuk kepada yang mereka yakini termasuk sdr pp, dan tanpa kempen atau merayu netters menerima apa yang sampaikan secara 'tunai' menyokong aatau menerima yang saya sampaikan.

SAYA TIDAK MEWAKILI ahli MDC atau sesiapa yang ada kepentingan disini atau diluar melainkan ATAS KEPENTINGAN MENYELAMATKAN DIRI SAYA DARI AZAB ALLAH SWT dan mencari keredhaanNya.
Jika yang sampaikan ada kebenaran dan menjadi sebab netters merujuk kepada 'maula' masing-masing, Alhamdulillah.
InsyaAllah.

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 30hb November 2005, 11:35:35 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

moshi
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 4:41:51 ptg    [Edit]


bagi orang awam seperti kita YANG TIDAK DIBERI'NYA MAMPU BERIJTIHAD maka itulah datangnya perintah sebagaimana yang Al Quran sebutkan sebagaimana Al Qardhawi sampaikan:

quote:
"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7
Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.




NOTA:

itulah adanya ITTIBA',
Yang mengajar @ menunjukan @ MURSYID, tuan guru, ustadz atau mubaligh haruslah termasuk yang dipanggil 'AHLI ZIKIR',
yang demikian itu, PEMBERI AJARAN itulah harus MEMBERIKAN HUJAH AS SUNNAH atau MEMBERIKAN PENJELASAN IJTIHAD DARI MUJTAHID yang diketahuinya.
MEMBERIKAN HUJJAH AS SUNNAH @ KETERANGAN HASIL FIKIRAN ATAU FATWA YANG DIBUAT HASIL IJTIHAD MUJTAHID.
Itulah yang dinamakan ITTIBA @ jadi Muttabi' dan BUKAN 'TAQLID'.

Sama ada,
USTADZ ITU belajar berpandukan jalan pendidikan Imam Malik RAH, Imam Abu Hanifah RAH, Imam Ahmad Hanbal RAH atau Imam Syafie RAH adalah sama sahaja,
HARUS MEMBERIKAN HUJAH AS SUNNAH ATAU PENJELASAN FIKIR & PENDAPAT MUJTAHID ITU MENETAPKAN HUKUM @ FATWA kepada yang meminta hukum atau pengajaran.

KERANA,
KE EMPAT-EMPAT IMAM TERSOHOR ITU SENDIRI TIDAK MEMBENARKAN PENGIKUTNYA TAQLID BUTA terhadap sesuatu amalan tanpa berusaha belajar dan mengetahui kebenaran As Sunnah,
lebih-lebih lagi apabila disampaikan kebenaran dari Sunnah SAW kemudiannya. Bahkan mereka adalah berbuat sesuatu adalah memurnikan As Sunnah dan bukan memaksiati, MEREKA AKAN TUNDUK KEPADA Sunnah SAW apabila mendapati apa-apa IJTIHAD MEREKA MENYALAHI Sunnah SAW yang disampaikan kemudian dari itu.

Yang demikian itu, sama ada seseorang Mukmin itu dikalangan yang mengikuti Mazhab Syafie atau lainnya, harus merujuk kepada Hujah as Sunnah atau mengetahui penjelasan pengajaran dari Ijtihad imam-imam berkenaan dan bukan sekadar 'ikut-ikut' tanpa merujuk kebenaran.

Itulah yang dinamakan bersungguh belajar jadi Mukmin yang tidak TAQLID, sebaliknya ITTIBA' yang diharuskan.


Sesungguhnya, ITTIBA' bukan TAQLID,
kerana YANG MEWAJIBKAN TAQLID harus telah menyamakan maksud 'PINTU IJTIHAD TELAH TETUTUP' .

Saya suka menmgambil fikir atas maksud Firman Allah SWT:

: Iktuilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhammu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. ( Al A'Raaf 2)

: Katakanlah, " Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, iktuilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu:
( Ali Imraan 31 )

NOTA:
kITA dikehendaki;
MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA SAW SEBAGAI PEMIMPIN dan TIDAK DIWAJIBKAN MENTAATI SELAIN dari itu,
kerana setiap masaalah telah ada dasar atau hujjah yang menjadi pokok hujjahnya dari As Sunnah,
kerana itu setiap pemimpin dari Para Sahabat RA mahupun Tabiien RAH telah memberikan HUJAH @ DALIL dari As Sunnah apabila melakukan sebarang Ijtihad DAN BUKAN PENDAPAT PERIBADI.

Yang demikian itu, apabila kita mentaati sesuatu amalan dalam amalan seharian seharusnya mengetahui 'penjelasan' akan amalan berkenaan dan bukan sekadar ikut-ikut yang menjadikan diri sebagai ' behenti dari belajar' merujuk As Sunnah atau keterangan Ijtihad Mujtahid.
terutamanya dalam ibadah, tanpa mengira dari kalangan mazhab mana-mana pun, harus merujuk kepada 'yang ahli (zikir)' sebagaimana perkara merujuk kepada ( surah Al Anbiya 7) diatas.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 9:20:35 mlm    [Edit]



Masih lagi tentang; Jawapan Al Qardhawi, yang cuba diputarbalikkan pemahaman tentang ITTIBA dan BUKANNYA 'TAQLID'.

Dalam suruhan As Sunnah agar terus menerus BELAJAR @ MERUJUKI kepada 'ahli zikir dalam ayat tersebut bagi mendapatkan kefahaman dalam beramal.

Kesimplulan dari Al Qardhawi :

quote:
" Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. ( 21 AI-Anbiya 7 )

Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.




Sebahagian ulamak mentafsirkan dengan lebih jelas:
maksud 'ahli zikir' itu sebagai 'orang yang berilmu':

"maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. "

Sekiranya ada anggapan, bahawa Al Qardhawi MEMBENARKAN TAQLID setelah tidak LAYAK/ tidak mampu IJTIHAD,
terserahlahlah menurut 'pendapatnya sendiri/masing masing'
kerana,
dari penjelasan Al Qardhawi dan dari hujah Ayat Al Quran berkenaan ADALAH JELAS DAN TERANG tentang ... orang awam harus bertanya yang bermaksud belajar dengan yang lebih berilmu yang bermaksud MUTTABI' dan BUKAN TAQLID.

NOTA:

YANG BERZIKIR
DAN
YANG BERILMU,
tentulah lebih luas 'skopnya' jika mahu diambil secara terpeinci;
dan paling mudah (rengkas) dimaklumi adalah,
YANG BERZIKIR ( SENTIASA TAAT KEPADA AS SUNNAH DAN TIDAK @ KURANG BEBRUAT DOSA )
dan/atau
BERILMU tentulah beramal dengan ilmunya TENTANG AS SUNNAH.
Demikian itu seharusnya 'tempat' @ Tuan Guru, Ustadz atau Mubaligh yang 'lebih mengetahui' dari kita sebagai orang awam @ pelajar yang patut kita belajar atau membuat rujukan.
Itulah yang dinamakan perintah TERUSMENERUS BELAJAR @ MENUNTUT ILMU dengan tujuan untuk beramal soleh dalam sentiasa membaiki kepada yang lebih baik dan sempurna.

HARUS BERLAKU;
dan
Memang terdapat 'ikut-ikut' @ Taqlid' dikalangan anak-anak kecil atau 'MUALAF' YANG BARU MEMELUK ISLAM, yang mana mereka beramal sekadar 'ikut-ikut' tanpa hujah atau dalil As Sunnah atau tanpa penjelasan hasil buah fikiran Mujtahid bagi mengadakan/menghasilkan ijtihasnya tentang sesuatu amalan, atau ittiba' kerana belum mampu berbuat demikian kerana baru atau belum cukup umur yang mengharuskannya mencari sedniri, 'melainkan 'ikut-ikut tanpa tahu asas atau dasar' yang harus dimampui.
Haruslah bagi mereka IKUT-IKUT SAHAJA @ TAQLID.


Sebaliknya,
BAGI yang memang telah berusia seperti kita,
seharusnya ITTIBA' yang bermaksud merujuki atau belajar @ mengulangkai dengan bersunguh mendapatkan dari dikalangan 'yang lebih berilmu pengetahuan tentang agama - As Sunnah dan sentiasa membaiki amalan mencari keredhaan Allah SWT menepati As Sunnah seboleh-bolehnya, kerana kita TIDAK MAMPU-TIDAK LAYAK BERIJTIHAD.
sebahagian guru-guru atau Ustadz @ Mubaligh pun bukan mampu berijtihad kerana bukan 'ahli Mujtahid',
sebaliknya ilmu mereka sekadar mencapai kepada 'lebih bepengetahuan tentang As Sunnah' daripada kita/orang awam, haruslah mereka layak JADI MENGAJAR HASIL DARI PEMAHAMAN YANG LEBIH DARI KITA, sama ada dari As Sunnah yang terus dari pemahmannya mahupun dari penjelasan Mujtahid dan Ijtihadnya, itulah sumber yang mereka sampaikan kepada orang awam.
TANPA MENGIRA DARI APA FAHAMAN ATAU PERCAYA KEPADA SATU-SATU MAZHAB selagi ianya menuju kepada As Sunnah yang benar. InsyaAllah.

WA.



ps:

menyambungkan 'antara' PM pogolix tentang 'istiqamahnya' As Sunnah di ajarkan dimana-mana dan telah lama berjalan, bagi yang mahu berusaha membaiki amal masing-masing. InsyaAllah.


03 Disember 2005 (Sabtu)
Us. Ismail Abas
Kitab Tafsir

04 Disember 2005 (Ahad-Suboh)
Us. Dr. Mohd Bakhair Abdullah
Kitab Jauhar Mauhub

04 Disember 2005 (Ahad)
Us. Moheydin Abdul Rahman

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 02hb Disember 2005, 10:32:20 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 03hb Disember 2005, 11:25:01 pagi    [Edit]


AMALAN TAQLID @ IKUT-IKUT merupakan suatu kecacatan @ kekurangan adalah amalan yang seharusnya dijauhi bagi Mukmin yang bersungguh belajar menuju kepada kesempurnaan amalan Islam berpandukan Sunnah SAW.

quote:
Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ke tahap mampu berijtihad. Mengikut kenyataan Ibn Khaldun bahawa khalifah ialah orang yang melaksanakan hukum Allah. Dia dapat melaksanakannya bila dia mengetahui dan tidak mungkin dapat dilaksanakannya bagi orang yang tidak mengetahui. Untuk itu dia hendaklah seorang yang mujtahid bukannya seorang muqallid. Kerana sifat taqlid adalah suatu kecacatan, sedangkan jawatan ketua negara memerlukan kesempurnaan dalam semua hal(24).
( mengambil contoh ayat dari keterangan sebuah artikel Oleh: Dr. Abd. Halim El Muhammady
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia )

NOTA:

Semua individu Muslim tentulah sering menerima dan mengakui akan menyatakan dirinya sebagai 'KHALIFAH DIMUKA BUMI'.
Untuk mengaku sedemikian,
TENTULAH BUKAN 'AHLI IKUT-IKUT TANPA ILMU',
atau mengetahui sumber kebenaran As Sunnah @ Ijtihad dari Muttabi'.
Ambil contoh:
Jika Khalifah dimuka bumi yang bermaksud amanah membawa Rahmat seluruh alam, yang bermula tanggungjawab atas dirinya, keluarganya, jiran-jirannya, masyarakat-kaumnya, jajahannya, negerinya dan negeranya, MENGAPA HARUS DIPERMUDAHKAN DALAM MENGAMALKAN AGAMA SEKADAR IKUT-IKUT TANPA MENGETAHUI KEBENARAN AS SUNNAH atau HASIL IJJTIHAD DARI MUJTAHID SECARA PASTI !!!.

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 03hb Disember 2005, 11:29:49 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 04hb Disember 2005, 8:55:08 mlm    [Edit]


(1)

BERKENALAN DENGAN
DR. Said Ramadhan al-Buthi


Saya kembarkan sisipan:
bagi menjelaskan sebagaimana yang dibentangkan oleh netters tentang usaha 'mewajibkan taqlid' :

quote:
Berikut adalah quote dari sebahagian bab (Bab 10 dan bahagian akhir dari Bab 16) yang menyentuh isu taqlid dari kitab "Allaa-mazhabiyyatu-akhthoru-bid’atin-tuhaddidu-(al)ssyarii’ata-(a)l_islaamiyyah", karya Dr. Muhammad Said Ramadhan Albuuthi. Tajuk kitab itu bermaksud "Pegangan Tak Bermazhab Bid'ah Terbesar Yang Menggugat Syari’at Islam". WBP ianya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia dengan tajuk yang telah disesuaikan iaitu “Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syari’at Islam”.





DR. Said Ramadhan al-Buthi

Satu lagi pembesar asy’ari sufi dikemukakan sebagai hujjah untuk menghentam manhaj salaf dan ahlinya. Al-Buthi ini dikenal dengan sikap permusuhannya terhadap Manhaj Salaf dan ahlinya. Beliau menyatakan bahwa bermadzhab secara mu’ayan (spesifik) adalah wajib dan menyatakan bahwa tidak bermadzhab adalah suatu kebid’ahan yang membahayakan agama, sebagaimana didalam kitabnya yang berjudul al-Laamadzhabiyyah Akhtharu Bid’ah.

Beliau juga menyatakan bahwa salafiy bukanlah manhaj, namun merupakan zaman penuh berkah belaka, sebagaimana termaktub di dalam kitabnya as-Salafiyatu Marhalah Zamaniyah Mubarakah La Madzhab Islamiy, yang isinya mencela penisbatan salafiy dan membatalkan manhaj salaf dari pokoknya.

Al-Buthi adalah seorang Asy’ariyah tulen dan membela madzhab Asy’ariyah. Hal in dapat terjelas di dalam kitabnya yang berjudul Kubro al-Yaqqiniyaat al-Kauniyah, namun beliau melakukan kontradiksi dengan kitabnya terdahulu yang berjudul al-Aqidah al-Islamiyah wal Fikru al-Mu’ashir yang menetapkan manhaj salaf dengan menukil dari buku al-Ibanah ’an Ushulid Diyaanah karya Imam al-Jalil Abul Hasan al-Asy’ari.

Berikut ini saya turunkan kontradiksi al-Buthi dari kedua kitabnya yang saya nukil dari Majalah al-Asholah (no. 12/15 Shofar 1415/Tahun II/Yordania) di dalam artikel yang berjudul DR. al-Buthi min Khilaali Kutubihi yang disusun oleh Syaikh Abu Abdillah asy-Syaami.

Tentang Hadith Ahad

Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Hadith Ahad tidak dapat diperhitungkan sebagai dalil membangun masalah aqidah

Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Beliau menukil dari dari Abul Hasan al-Asy’ari bahwasanya tidak ada perbedaan antara Mutawatir dan Ahad yang shahih dari segi hujjah dan istidlal. Keduanya membuahkan keyakinan dan Amal. Beliau menganggap baik aqidah asy’ariyah dan memujinya karena aqidah ini merupakan aqidah mayoritas kaum muslimin dari para ulama hadits dan fikih serta seluruh sahabat dan tabi’in.

Tentang Kalamullah


Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Beliau berkata dengan khalqul Qur’an (Pernyataan al-Qur’an makhluk) namun dengan uslub filosofi dan pemahaman yang rumit, yang beliau namai dengan kalam nafsi atau majazi, dengan tetap menetapkan sifat kalam bagi Allah, namun hanya berupa lafazh belaka tanpa suara dan huruf.

Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Beliau menukil dari Abul Hasan bahwa al-Qur’an adalah Kalamullah dan Abul Hasan sendiri berpendapat dengan pendapatnya Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu (yaitu mengkafirkan orang yang menyatakan al-Qur’an makhluk dan menetapkan suara dan huruf, pent.)

Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Menganggap syadz (ganjil) Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu dari Ahlis Sunnah dalam masalah i’tiqod beliau tentang sifat Kalam bagi Allah, bahwasanya kalam-Nya dengan huruf dan suara


Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Al-Buthi menetapkan keimaman Abul Hasan dan memujinya. Beliau mengakui keutamannya, kebenaran aqidahnya tanpa perkecualian. Sedangkan kita mendapatkan bahwa Imam Asy’ari sendiri memuji, menghormati, memuliakan dan menyanjung Imam Ahmad bin Hanbal, sampai-sampai beliau mensifatinya sebagai ar-Ra`is al-Kamil (Pemimpin yang sempurna) dan al-‘Alim al-Fadhil, beliau juga berpegang dengan ucapan dan aqidahnya Imam Ahmad tentang sifat Kalam bagi Allah, yaitu dengan huruf dan suara.


Ketinggian Allah


Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Beliau mengingkari Allah berada di atas makhluk-Nya, beristiwa di atas Arsy-Nya.


Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Menetapkan aqidah al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari bahwa Allah berada di atas makhluk-Nya beristiwa di atas Arsy.


Sifat Allah


Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Meniadakan dan menakwilkan sifat Allah yang Agung seperti Tangan, Wajah, Mata, dan lain sebagainya.

Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Menetapkan aqidah Imam al-Asy’ari dan menyetujuinya yaitu menetapkan sifat sesuai dengan yang ditetapkan Allah pada diri-Nya, yang tiada satupun yang serupa dengan-Nya baik dari dzat-Nya maupun sifat-Nya serta tidak pula perbuatan-Nya yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Mengingkari kebolehan isyarat bagi Allah atau sifat al-Maji’ (kehadiran) dan al-Ityaan (kedatangan) atau yang serupa dengannya.

Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Menetapkan aqidah Asy’ari yaitu mengimani Allah di atas langit dengan kebolehan isyarat kepada-Nya subhanahu. Beliau juga menetapkan sifat al-Ityan dan al-Maji’ sebagaimana Allah sendiri mensifatkan-Nya di dalam firman-Nya : ”Dan datang (ja’a) Rabbmu dan malaikat bershaf-shaf”.


Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Pencampuradukan olehnya antara madzhab salaf dengan madzhab mufawwidloh (menyerahkan makna sifat tanpa menetapkannya sebagaimana aqidahnya Hasan al-Banna, pent.)



Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Dirinya mengetahui madzhab salaf di sela-sela nukilannya tentang aqidah asy’ariyah, sedangkan perbedaan antara madzhab salaf dengan mufawwidloh adalah sangat terang seterang matahari di siang bolong.


Kubro al-Yaqqiiniyat al-Kauniyyah
Menganggap bahwa Mu’tazilah dan Ahlus Sunnah bersepakat di dalam kemakhlukan al-Qur’an, dan perbedaan diantara keduanya hanyalah permasalahan perbedaan lafazh belaka.


Al-Aqiidah wal Fikru al-Mu’ashir
Beliau mengetahui bahwa aqidah Asy’ari mengikut kepada Imam Ahmad rahimahullahu, dan terdapat perbedaan nyata dan mendasar antara ahlus sunnah dengan mu’tazilah. Masalah ini seorang penuntut ilmu pemula pun mengetahuinya.

( bersambung )

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 04hb Disember 2005, 9:18:53 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

moshi
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 04hb Disember 2005, 9:10:43 mlm    [Edit]
(sambungan)

2.

DR. Said Ramadhan al-Buthi pernah berdialog dengan Syaikh Muhammad Nashirudin al-Albani dan muridnya, Syaikh Muhammad Ied Abbasi berkisar dalam masalah madzhabiyah.

Al-Buthi menulis sebuah buku yang mengharamkan bagi seorang muslim untuk tidak bermadzhab yang dibentangkan di dalam kitabnya yang berjudul al-Laamadzhabiyah Akhtaru Bid’ah Tuhaddidu asy-Syarii’atal Islamiyyah.

Syaikh Muhammad Ied Abbasi membantah syubuhat dan argumentasi al-Buthi di dalam kitab beliau yang berjudul Bid’atut Ta’ashshubil Madzhabi wa Atsaruha al-Khathirah fi Jumudil Fikri wa Inhithaatil Muslimiin (bid’ahnya fanatik terhadap madzhab dan pengaruhnya yang berbahaya bagi kebekuan pemikiran dan pembodohan kaum muslimin).

Di dalam kitab setebal lebih dari 350 halaman ini, syaikh Muhammad Ied Abbasi membantah kelancangan dan kesalahan al-Buthi di dalam memandang wajibnya bermadzhab secara spesifik/tertentu. Faham ini berangkat dari pemahaman tentang tertutupnya pintu ijtihad setelah generasi Imam yang empat dan pemilahan manusia di dalam agama ini hanya menjadi dua, yakni imma seorang mujtahid atau imma seorang muqollid.

Padahal pemilahan yang demikian ini adalah pemilahan yang kurang dan tidak mencukupi. Berikut inilah penjelasan yang dipaparkan oleh Syaikh al-Allamah al-Muhaddits Muhammad Nashirudin al-Albani rahimahullahu :

”Termasuk hal yang disepakati oleh para ulama bahwa taklid adalah ”Mengambil suatu pendapat tanpa diketahui dalilnya.” Artinya taklid bukanlah berdasarkan ilmu pengetahuan. Maka atas dasar ini, para ulama menetapkan bahwa orang yang melakukan taklid tidak dinamakan orang yang alim.

Bahkan Ibnu Abdil Barr telah menukil kesepakatan tentang hal ini di dalam Jami’ Bayanil Ilmi (II/37 dan 117), Ibnul Qoyyim dalam I’lamul Muwaqqi’in (III/293) dan Suyuthi serta para peneliti lainnya, hingga sebagian mereka secara berlebihan mengatakan, ”Tidak ada perbedaan antara taklid terhadap hewan dengan taklid terhadap manusia.”

Penulis kitab al-Hidayah berkata berkaitan dengan seorang ahli taklid yang memegang jabatan hakim, ”Adapun taklid yang dilakukan oleh orang awam menurut kami adalah boleh, berbeda dengan pendapat imam Syafi’i.
Oleh karena itu, para ulama berkata bahwa orang yang taklid tidak diperkenankan untuk memberikan fatwa.

Dengan mengetahui hal itu, maka jelaslah bagi kita sebab yang mendorong kaum salaf mencela dan mengharamkan taklid, karena perbuatan taklid dapat menyeret seseorang untuk berpaling dari al-Kitab dan as-Sunnah dalam rangka berpegang teguh dengan pendapat para imam dan taklid terhadap mereka sebagaimana yang sering terjadi di kalangan ahli taklid. Bahkan larangan melakukan taklid seperti ini telah dinyatakan secara transparan oleh para imam generasi baru dalam kalangan madzhab Abu Hanifah.

Al-Buthi disusupi pemahaman bahwa ia menjadikan ijtihad sebagai sisi yang berhadapan dengan taklid, jika seseorang tidak bertaklid maka tentulah berijtihad. Sehingga ia menuduh para pengamal sunnah atau salafiyin mewajibkan pengikutnya untuk berijtihad baik ia seorang yang alim maupun jahil, dan ia menyatakan bahwa taklid adalah haram baik terhadap seorang alim maupun jahil. Tentu saja ini adalah kesalahan dan kedangkalan dalam berfikir serta kesalahfahaman yang sangat nyata.

Al-Buthi tidak menyadari bahwa selain ijtihad dan taklid, ada sisi ketiga, yaitu ittiba’, dan para imam telah memahami bahwa yang dimaksud dengan ittiba’ adalah mengikut pendapat seorang imam karena kuatnya dalil, yaitu dalil menjadi acuan pertama bukannya ucapan imam itu sendiri. Maka dari sini, jelas bahwa sisi yang berhadapan langsung dengan taklid adalah ittiba’ bukan ijtihad.

Sebagai kesimpulan adalah bahwa para pengamal sunnah atau salafiyun tidaklah mewajibkan ijtihad kepada para pengikutnya, tuduhan salafiyin mewajibkan ijtihad kepada pengikutnya ini jelas adalah suatu kedustaan terhadap salafiyin, karena ijtihad adalah hak para ulama yang memiliki kapasitas memadai untuk berijtihad.
Namun salafiyun mewajibkan pengikutnya untuk ittiba’ kepada setiap muslim yang memiliki dalil terkuat, baik dari pendapat Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’iyah, Hanbaliyah, Tsauriyah ataupun Zhahiriyah maupun selainnya yang dirujuki oleh dalil yang kuat.
Oleh karena itu salafiyun mengharamkan taklid kecuali dalam keadaan darurat, seperti orang yang tidak mampu meneliti dalil, maka tiada kewajiban baginya melainkan hanyalah taklid, dan inipun dalam keadaan darurat.

Adapun karyanya yang berjudul as-Salafiyyatu Marhalatun Zamaniyyatun Mubarokatun La Madzhabun Islamiyah merupakan buku yang penuh dengan kegelapan dan celaan terhadap salaf. Syaikh Salim al-Hilali menyebutkan bahaya buku ini sebagai berikut :

1. Al-Buthi berusaha mencela as-Salaf dan Manhaj Ilmiah mereka dalam talaqqi, istidlal dan itstinbath. Dengan demikian, ia telah menjadikan mereka seperti orang-orang yang ummi yang tidak memahami al-Kitab melainkan hanya angan-angan.

2. Dia telah menjadikan manhaj salaf dan salafiyyah hanyalah sejarah masa lalu yang telah sirna dan takkan kembali lagi kecuali hanya dalam angan-angan.

3. Meng'klaim' bid’ahnya berintisab kepada salaf, sehingga ia telah mengingkari satu perkara yang sudah dikenal dan tersebar sepanjang zaman secara turun temurun.

4. Ia berputar sekitar manhaj salaf dalam rangka membenarkan madzhab kholaf dimana akhirnya ia menetapkan bahwa manhaj kholaf adalah penjaga dari kesesatan hawa nafsu dan menyembunyikan kenyataan-kenyataan sejarah bahwa manhaj kholaf telah menghantarkan kepada kerusakan pribadi muslim dan pelecehan terhadap manhaj Islam.

Di sinilah kesekian kali, simpatisan Hizbut Tahrir ini membawakan bantahan terhadap salafiyin dengan ucapan-ucapan atau tulisan para fanatik madzhabi yang melazimkan seorang muslim untuk bermadzhab dengan madzhab tertentu, bahkan mengharamkan dan membid’ahkan madzhab salaf yang hakikatnya madzhab salaf ini tidak fanatik terhadap seorangpun selain Rasulullah SAW dan tidak menganjurkan kaum muslimin untuk bermadzhab secara mu’ayan (spesifik), hal ini menunjukkan bagaimana HT dan para ulama fanatik madzhab yang mereka jadikan acuan berupaya menganjurkan ta’ashshub madzhab dan mengajak kaum muslimin untuk taklid kepada para imam madzhab, tidak kepada dalil yang rajih dari madzhab mereka.

Sebenarnya saya ingin sekali menambahkan penjelasan secara mendetail tentang penyimpangan dan kesalahan al-Buthi yang ditulis oleh para ulama sunnah, namun saya rasa apa yang saya tuliskan cukup adanya.

WA.



NOTA:
Sisipan dari : Oleh : Abu Salma at-Tirnati

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

maReeyo
Ahli Setia
48. Dihantar pada 04hb Disember 2005, 11:49:47 mlm    [Edit]
makin dibaca makin xpaham... mungkin terlalu details sbb masa sekolah cikgu ajar xdetails macam ni...

--------------
http://www.klik4biz.com/?ref=MyVi

219.93.97.:-)

moshi
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 06hb Disember 2005, 3:01:13 ptg    [Edit]



Sejarah perkembangan dakwah Islam As Sunnah telah ada sejak dahulu, mereka mengembalikan prinsip dakwah mereka kepada apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW, Para Sahabat RA dan orang-orang yang mengikuti petunjuk mereka.
Gulongan selain As Sunnah, memulai dakwah mereka dengan 'taasub terhadap prinsip pendirinya' atau tokoh-tokohnya. Kekadang berlaku sebahagian mereka berkata, baik dengan bahasa lisan, atau bahasa kenyataan, bahwa petunjuk Muhammad SAW tidak lagi layak dipakai pada zaman sekarang ini @ TIDAK RELEVAN.
Padahal generasi AWAL SEWAKTU JAHILYYAH yang umat diwaktu itu lebih terkenal kezalimannya TELAH menjadi baik MENERUSI BERPEGANG TEGUH KEPADA SUNNAH SAW dan meninggalkan adat kebiasaan nenekmoyang mereka.

WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 06hb Disember 2005, 3:02:36 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

moshi
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 06hb Disember 2005, 3:25:18 ptg    [Edit]


Yang saya sangat takuti ialah :

1.
Yang bertaqlid kepada seseorang tanpa mengendahkan dan mengabaikan hujah al-Quran dan Sunnah SAW.
2.
Yang Bertaqlid kepada seseorang yang tidak ada kemampuannya berijtihad dan TIDAK PULA ITTIBA.

Astaghafirullah al adZim.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005