Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 2hb Muharram 1436 @ 26hb Oktober 2014, 11:36:29 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Pinjaman Pelajaran : Langkah MARA hukum anak peminjam dipuji
dPJ
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 21hb November 2005, 2:43:57 ptg    [Edit]
Aku sokong penuh langkah MARA dgn TIDAK memberikan pinjaman pelajaran pada anak2 yg ibubapa dia liat nak byr loan. Elok dipercepatkan sikit langkah tu. JPA, Petronas, PTPN bila lagi nak ikut?

quote:
Anak tidak dapat pinjaman:
Mara bertindak tegas terhadap bekas pelajar enggan bayar hutang RM111 juta

Oleh Ziauddin Sharuddin


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar tajaan Mara yang berdegil dan enggan melunaskan pinjaman kini berhadapan dengan risiko baru apabila anak mereka tidak akan dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi itu pada masa depan.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Zamani Md Noor, berkata tindakan itu terpaksa diambil jika keadaan tunggakan pinjaman masih tidak berubah berikutan kedegilan peminjam membayar semula hutang berjumlah RM111 juta memb a b i tkan 79,000 peminjam.

Daripada jumlah itu, 7,300 orang disifatkan sebagai peminjam liat kerana mempunyai tunggakan lebih enam tahun bernilai RM64 juta.

“Kita mungkin terpaksa buat walaupun tindakan itu tidak adil kepada anak peminjam terb a b i t. Ini boleh dilakukan kerana setiap kali peminjam baru memohon, Mara boleh menyemak maklumat ibu bapa mereka,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Minggu, semalam.

Beliau mendedahkan, ada beberapa kes peminjam baru datang memohon dan apabila disemak, didapati bapanya masih mempunyai tunggakan. Malah, ada juga kes bapa berkenaan terpaksa membayar hutang kerana malu kepada anaknya.

Zamani berkata, anak memang tidak sepatutnya menanggung masalah berikutan perbuatan bapa yang gagal atau degil melangsaikan hutang.

“Kita boleh pergi ke tahap itu, tetapi janganlah paksa Mara melaksanakannya. Kita mungkin buat macam itu, selepas bapa menyelesaikan hutang, baru boleh mempertimbangkan permohonan anak,” katanya.

Mara yang akan menggunakan perkhidmatan ejen pengutip hutang secara percubaan mulai tahun depan berharap dapat mengutip semula tunggakan secara berperingkat.

Peminjam, katanya sepatutnya bertanggungjawab membayar balik pinjaman supaya kemudahan yang sama dapat dinikmati oleh peminjam baru.

Beliau mengakui kos pembiayaan pinjaman pelajaran Mara semakin meningkat setiap tahun.

“Mara turut membiayai pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang kos pembiayaan mereka adalah lebih mahal, berbanding Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Zamani berkata, Mara sepatutnya membiayai 20,000 pelajar setahun dan jumlah itu pun tidak berubah sejak 10 tahun lalu, tetapi tahun ini hanya 11,000 pelajar dapat dibiayai.

Beliau berkata, pada awal 1990-an, jumlah RM200 juta setahun mencukupi untuk membiayai 20,000 pelajar.

Bagaimanapun, katanya RM1.2 bilion diperlukan untuk mengekalkan jumlah 20,000 pelajar tahun depan, sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya RM800 juta.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khalid Nordin berkata, langkah menggunakan khidmat ejen pengutip hutang dibuat ekoran ramai bekas pelajar tajaan Mara yang berdegil dan enggan melunaskan pinjaman.

Katanya, pelajar diingatkan segera membayar hutang dan tidak bersikap seperti “kacang lupakan kulit” memandangkan banyak wang telah dibelanjakan bagi membiayai pengajian mereka.

“Mara akan mengesan walau pun di mana mereka berada dan langkah kita melantik ejen adalah sebahagian ikhtiar. Hutang tetap hutang dan pelajar ini perlu memikirkan bahawa ramai lagi pelajar lain memerlukan sumber kewangan,” katanya.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin pula berkata ejen pengutip hutang yang dilantik Mara bagi mendapatkan semula tunggakan bayaran pinjaman para pelajar tajaannya akan beroperasi mulai awal tahun depan.

Katanya, proses pelantikan ejen terb a b i t kini di peringkat perbincangan oleh pengurusan Mara dan dijangkakan mengambil masa selewat-lewatnya sehingga hujung tahun ini.

“Proses pelantikan ini masih diteliti dan kita akan bincang di pelbagai peringkat termasuk kaedah pengutipan wang tersebut,” katanya.



219.94.53.:-)

Kucing_Aku
Ahli Baru
2. Dihantar pada 21hb November 2005, 3:37:34 ptg    [Edit]
Apsal depa ni bodo x mau bayar hutang?

Tak takut ker..mati dalam hutang..bukan mati dalam iman..
isk la..

--------------
Namun ramai yang tidak menyedari, hidup hari ini adalah untuk kehidupan 'masa depan'

210.187.114.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 22hb November 2005, 09:08:49 pagi    [Edit]
kesian kat anak-anak...
diorang ni tak kesian ke kat anak-anak diorang hah?
sedihnya kalau ada yang tak dapat sambung belajar kerana mak bapak... issyykk...

203.115.226.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 22hb November 2005, 09:57:16 pagi    [Edit]
dah pinjam taknak bayar...bodo.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.245.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 22hb November 2005, 10:20:47 pagi    [Edit]
Dan tambah kesian pada penjamin dan anak2 dia orang. Masa nak suruh jadi penjamin, mulut bukan main manis lagi. Janji akan bayar...tapi end up tak bayar. Yg susahnya penjamin. Tak leh nak buat apa2. Kalau kerja pun tak leh nak pegang jawatan. Kalau menyusahkan diri sendiri takpe laa tapi orang yg tak bersalah pun diheret sama.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

60.48.74.:-)

dPJ
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 22hb November 2005, 10:25:03 pagi    [Edit]
Ramai diisytihar muflis kerana jadi penjamin

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pada 2003 semasa Chan sedang dalam perjalanan pulang dari Singapura, pegawai imigresen di Johor Bahru menahan pasportnya.

Pelukis grafik itu diarah pergi ke ibu pejabat imigresen di Kuala Lumpur dan diberitahu bahawa dia telah diisytihar sebagai seorang muflis pada 2001 disebabkan satu pinjaman tidak berbayar. Chan kemudian dirujuk kepada Jabatan Insolvensi di Jabatan Perdana Menteri.

Dia merupakan seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana menjadi penjamin sama ada kepada kawan, anggota keluarga atau rakan perniagaan.

``Kami mempunyai 150,000 fail dan separuh daripada mereka yang diisytihar muflis terdiri daripada penjamin,'' kata jurucakap Jabatan Insolvensi kepada Bernama.

Kebanyakan penjamin ini tidak tahu bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap pinjaman yang dibuat dan boleh diisytihar muflis.

Apabila seseorang itu menjadi muflis, pasport mereka akan ditahan dan mereka perlu mendapat kebenaran untuk keluar negeri. Akaun bank mereka dibekukan dan mereka tidak boleh membuka akaun baru. Kesemua harta mereka diletakkan di bawah Ketua Pengarah Insolvensi.

Mereka tidak boleh memiliki, membeli atau menjual hartanah. Mereka tidak boleh memegang jawatan dalam mana-mana syarikat di peringkat pengurusan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.

Mereka tidak boleh meminjam lebih RM1,000 dan mereka tidak boleh bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.

Bagaimanapun, mulai November 2004, kerajaan telah meminda undang-undang berkaitan supaya bank dikehendaki menjejaki mereka yang membuat pinjaman ``sos i a l '' seperti untuk membeli kereta dan melanjutkan pelajaran.

``Hanya setelah segala usaha dilakukan, barulah mereka boleh mendapatkan balik bayaran daripada penjamin,'' kata jurucakap jabatan itu.

Beliau menyeru penjamin supaya memberitahu mahkamah mengenai alamat peminjam dan memohon agar mahkamah meminta bank membuktikan bahawa mereka telah benar-benar cuba dan gagal mencari peminjam asal.

Kerajaan juga telah menaikkan jumlah minimum hutang daripada RM10,000 kepada RM30,000 yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi muflis.

``Bank seharusnya lebih berhati-hati dalam meluluskan pinjaman, seperti memastikan peminjam terdiri daripada golongan yang mampu membayar balik,'' kata jurucakap itu.

Beliau menasihatkan seseorang yang ingin menjadi penjamin supaya membuat sedikit semakan serta sentiasa berhubung dengan bank untuk mengetahui status pinjaman itu.

Chan, umpamanya, bersetuju menjadi penjamin kepada kawannya untuk meminjam RM7,500 bagi membeli komputer pada 1988.

Apabila dia berpindah ke sebuah negeri lain, dia tidak lagi berhubungan dengan kawannya itu, dan oleh kerana dia tidak memberitahu alamat barunya kepada bank, dia tidak tahu bahawa kawannya itu gagal membuat bayaran.

Semasa Chan diisytihar muflis, pinjaman asal termasuk faedah telah meningkat kepada RM14,000.

Chan kemudian berunding dengan bank dan bersetuju membayar 35 peratus daripada jumlah itu _ walaupun dia bukannya orang yang membuat pinjaman berkenaan.

``Saya perlu bersihkan nama saya, walaupun saya tak tahu berapa lama ini akan memakan masa,'' kata Chan.

Selagi bayaran itu tidak selesai, pasportnya masih ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Jurucakap Jabatan Insolvensi tadi berkata seseorang penjamin mestilah sedar bahawa dia juga bertanggungjawab terhadap pinjaman yang tidak berbayar dan harus bersedia menanggungnya.

Orang ramai boleh memeriksa kedudukan pinjaman seseorang atau sesebuah syarikat menerusi beberapa pembekal perkhidmatan online.

Mereka yang melanggan CTOS Sdn. Bhd. (www.ctos.com.my) boleh mengakses pangkalan datanya (www.ctos.com,my) atau membuat semakan kebangkrapan secara online menerusi www.myeg.com.my, www.eservices.com.my dan www.rilek.com.my. - Bernama

219.94.53.:-)

faent
Pengendali
7. Dihantar pada 22hb November 2005, 11:04:21 pagi    [Edit]
Nasib baik MARA..Kalau JPA aku nak sound sikit..staff² dia lembab gile..
surat discount 70% aku dah 6 bulan tak sudah² lagi process..

--------------
Cuba bertanya pada manusia, Tak ada jawabnya. Cuba bertanya pada langit tua, Langit tak mendengar

wanli
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 22hb November 2005, 11:48:58 pagi    [Edit]
apa laaa... dah pinjam takmo bayoo.. tak berkat apa yg dorang blaja selama nih...

tak baik cam tuh.. cuba pk kalu ada org pinjam duit kat kiter bukan skek2.. skali pinjam RM20,000.. pas tuh.. bertahunnn laaaa sampai anak kita dah beso panjang.. duit tak jugakkk di pulangkan.. anak2 kiter pun nak guna duit gaks utk belanja sekolah.. apa perasaan kiter??? cam tu laa perasaan MARA tuh.. so, jgn la tangguh2 hutang tuh.. tak berkat ilmu yg kiter tuntut tuh.. kalu mati nnti roh akan berterbangan sbb hutang masih x langsai...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

angel_carl
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 22hb November 2005, 12:12:47 tghari    [Edit]
nasib baik angel dapat scholarship jpa masa study dulu...kontrak keje gomen 3 tahun jek...

--------------
jgn banyak lemak tau.....

219.93.8.:-)

muhibbah
Ahli Interaktif
10. Dihantar pada 22hb November 2005, 1:05:53 tghari    [Edit]
kawan aku sorang tu, tak byr satu sen pun sampai skrg pinjaman komputer dgn MARA. Tak ingat mati apa. Bala kalo mati tak bayar utang nie.

Ni aku thg nak carik kat mana dia keje skrg, nak inform kat MARA biar dpt kutip. Nak byr sebulan RM100 pun liat

--------------
http://www.baguznet.com | https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/Actions/Redirect.ashx?Agent=108994

203.82.65.:-)

Kucing_Aku
Ahli Baru
11. Dihantar pada 22hb November 2005, 2:49:34 ptg    [Edit]
Aku x pernah masuk universiti, nak tanya korang yang pernah masuk dan dapat pinjaman nih. mahal ke nak bayar tetiap bulan? mahal ke ? lebih mahal dari bayar duit keta ker?

--------------
Namun ramai yang tidak menyedari, hidup hari ini adalah untuk kehidupan 'masa depan'

210.187.114.:-)

dPJ
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 22hb November 2005, 3:32:55 ptg    [Edit]
MARA sebenarnya tak kisah sangat berapa peminjam dia nak byr, yg penting byr!

Lecturer aku dulu, la ni masih dok byr loan masa buat Degree kat oversea. Bulan2 RM50 je
La ni dia ada title Prof. Madya Dr. lagi...
at least dia byr..

219.94.53.:-)

attyra
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 23hb November 2005, 08:02:27 pagi    [Edit]
Atie salah seorang peminjam MARA - komputer & degree.
Tp alhamdulillah pinjaman degree tuh dah dijadikan biasiswa lepas submit surat rayuan.. proses pon tak lama.. rasa dlm 6 bulan kot.. rasa less lagi dari tuh tp sebabkan dokumen tak lengkap so lama ler proses tuh..

pinjaman komputer still dibayar RM100 sebulan.. ada lg sethn.. patut dah abis tp masa mula2 start kene bayar tak alert plak ... then menganggur sethn.. tuh yg still pening bayaran tuh

tp RM100 tuh takdeler membebankan... apa2 pon kene discuss ngan dorang baik2 kalau mmg tak mampu nak bayar dorangnya bayaran minimum

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

luvvie
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 23hb November 2005, 08:09:14 pagi    [Edit]
naper le sumer2 liat betul nak bayar, bukan nye banyak pun nak bayar bulan2 tuh....iskhhh...muskil betul ler

--------------
RlElAlDlIlNlG *Reading between the lines*

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 23hb November 2005, 08:14:28 pagi    [Edit]
tu laa.. MARA dah cukup baik hati dahh.. leh nego lg nak bayar baper byk bulan2.. tp org langsung x appreciate.. cam aku nih.. dapat pinjaman JPA.. skarnag ni bulan2 bayo RM221.. monthly payment nak mintak bayar kurang pun susah.. tp takpe.. pasal pinjaman JPA ni la yg buat aku berjaya sampai skarnag nih..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

sufiku
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 23hb November 2005, 08:40:01 pagi    [Edit]
Mmg wajar MARA amik tindakan tegas gitu. Siar kat akhbar sudah, tapi msh ada gak peminjam yg takmo bayar yg mana ada di antaranya dah punya kerjaya n jadik org besar. Perkara yg sama blaku bkn saja pd MARA, JPA, ptptn, tapi jugak pd yayasan2 negeri. Cuma tang penjamin tu, kena dipertimbangkan laa ... kesian diorang.

Pengalaman sy sekitar thn 2001 - masa tu blm dpt surat hitam putih diskaun 75% drp JPA dan masa tuh sy blm punya keje ... tapi atas nasihat hubby, sy still bayar gak bulan demi bln ... monthly sepatutnya RM200++, tapi sy bayar RM100 jerr ... hubby kata asalkan bayar tetiap bln. Apa tdknye ... sy sendirik pun rasa tak lena tido bila terima "bil" tetiap bln. Then +-6 bln pastu dpt jwpn drp JPA diskaun kena bayar 25% jerr. 2002 rezeki btambah walaupun bkn keje mkn gaji, tapi sy mula bayar penuh tetiap bln. 2003 dpt keje tetap ngan gov n awal tahun 2004 alhamdulillah selesailah sudah sgl hutang JPA.
(kekadang sengaja sy "jamak"kan bayar 2 bln sekali kat post opis bg mengelakkan bayar komisyen RM2 pd pos opis tetiap bln).

Skang turn hubby pulak melunaskan loan JPAnya. Ratus ribu lemon ooo ... tapi pas diskaun kena bayar sekitar RM30k++ lagik.

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.250.:-)

coppec_2000
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 23hb November 2005, 3:53:40 ptg    [Edit]
coppec pon dpt pinjaman MARA...mininum sebulan seratus je...
takde plak terpikir tak nak bayar.....
lagipun...coppec bersyukur dapat diskaun utk bayar balik pinjaman..
kalau 100% pinjaman perlu dibayar ...mau sengkek gak tetiap bln....

--------------
GENIUS is 1% iNsPiRaTiOn and 99% pErSpIrAtIoN

203.106.39.:-)

Pinardi90
Ahli Setia
18. Dihantar pada 23hb November 2005, 4:12:37 ptg    [Edit]


woo...takut nyeee.....P90 skang blaja under loan MARA......kalau setahun tuh nak dekat RM50,000 abis kat P90 sorang.....

Harap2 bole bayar laaa nnt dah kerja...cuma gusar sket skang sebb ada terkantoi paper.......macam mana nak cari $$.........kena RM20,000 plak tuh...huee


--------------
No BOdY ElSE BuT ME!!

202.46.112.:-)

dPJ
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 23hb November 2005, 4:50:06 ptg    [Edit]
khabarnya JPA bagi diskaun promotion 75%. 25% balance tu korang kena byr lumpsum!

ada sesapa c ni ambik loan JPA?

219.94.53.:-)

adhadi
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 23hb November 2005, 6:05:55 ptg    [Edit]
tak bayar lumpsum pun takpe.. janji bayar. yang diaorang marah sebab orang tak bayar langsung

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.187.40.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 24hb November 2005, 12:12:00 tghari    [Edit]
no wonder MARA byk hntr student gi indon,new zealand ngan australia jer la ni,MARA dah takder duit nak hantar gi jauh2

--------------
Biru yang cumil...

60.48.110.:-)

sufiku
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 24hb November 2005, 3:26:59 ptg    [Edit]
quote:
khabarnya JPA bagi diskaun promotion 75%. 25% balance tu korang kena byr lumpsum!



seingat sy, sejak thn 2000/2001 student yg dpt 2.7 > semua
akan dpt diskaun 75%.
Sbgmana adhadi nyatakan, tak byr lumpsum pun takpe.
Sy sendirik pun walau dpt diskaun 75%, JPA bg tempoh byr monthly
utk tempoh 2 thn lebih.

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.253.:-)

nuralisya
Ahli Interaktif
23. Dihantar pada 30hb November 2005, 3:56:07 ptg    [Edit]
kalu ikutkan gue takyah bayor loan sebenarnya.. tapi dulu gue ngengada lewat-lewatkan blajo.. sampai 7 semester.. so, kira naseb aa kena bayar loan utk 1 semster sahaja.. tapi dah langsai dah lepas konvo degree dulu..

219.95.93.:-)

EluSIve
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 30hb November 2005, 4:46:26 ptg    [Edit]
salam..

entah ler.. den tak baper setuju hukum anak ni.. bukan sebab den tak nak bayar.. tapi ekonomi meleset.. pastu byk lagi tanggungan.. tambahan bila memikirkan.. walo bayar seperti ditetapkan.. sampai pencen tak abis bayar tak semangat nak bayar..

bagi den.. buat ler perjanjian betul2 ngan student.. biar diorang faham.. loan tu apa.. senario sebenar pahit perit dunia kerja.. tangggungjawab..

mara bukan bank.. walo hutang.. tapi lebih kepada bantuan.. bukan utk membebankan anak bangsa melayu.. tapi saluran utk menjayakan anak melayu..

apapun hutang perlu dibayar..

--------------
- : -

60.48.200.:-)

dPJ
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 30hb November 2005, 5:35:28 ptg    [Edit]
memang la MARA bukan bank
kalau jadi status bank, dah lama peminjam2 MARA muflis!


kita kena tgk, MARA bergantung pada peruntukan
dlm masa yg sama dia kena tanggung hutang tak berbayar

219.94.53.:-)

nuralisya
Ahli Interaktif
26. Dihantar pada 01hb Disember 2005, 3:12:50 ptg    [Edit]
quote:
bagi den.. buat ler perjanjian betul2 ngan student.. biar diorang faham.. loan tu apa.. senario sebenar pahit perit dunia kerja.. tangggungjawab..

mara bukan bank.. walo hutang.. tapi lebih kepada bantuan.. bukan utk membebankan anak bangsa melayu.. tapi saluran utk menjayakan anak melayu..
kira baik aper MARA nie... kalu nak banding ngan JPA ngan PTPTN yg mencekik leher..
kurang-kurang MARA walaupun loan.. kalu kite mintak kurangkan... derang luluskan utk takyah bayar langsung.. gue yg wat loan utk 7 semester pun.. cuma perlu bayar balik harga 1 semester jer..

cuma gue kesal.. mara dah stop bagi loan kat bebudak... smua org kena pakai ptptn.. time gue post-graduate pun dah takleh mintak dah...

* Mesej ini telah disunting oleh nuralisya pada 01hb Disember 2005, 4:26:22 ptg

60.48.191.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
27. Dihantar pada 01hb Disember 2005, 4:13:48 ptg    [Edit]
Ala.. kalau tak mampu byr RM100 sebulan pun boleh apa.. As long as byr. Kesian bg mereka next yg nak pinjam.

Kalau Ca Ya nak study pakai duit sendiri byr tau.. Ini patut tima kasih pd MARA bg pinjam.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

dPJ
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 09:16:46 pagi    [Edit]
MRSM tak ambil pelajar keluarga hutang Mara

KUALA LUMPUR: Mara akan membatalkan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pelajar yang ibu bapa mereka disenarai hitam atau sedang menghadapi tindakan undang-undang kerana gagal membayar balik pinjaman dengan agensi itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Datuk Nam Marthinin, berkata tindakan itu berkuat kuasa bagi pengambilan pelajar ke MRSM untuk sesi akademik 2006 yang bermula dengan kemasukan pelajar Tingkatan Satu pada 14 Februari ini.

Beliau menjelaskan, keputusan itu bagaimanapun bukan bertujuan menjadikan pelajar mangsa, sebaliknya sebagai peringatan kepada ibu bapa supaya bertanggungjawab.

“Peraturan ini memb a b i tkan ibu bapa pelajar yang ingkar membayar hutang mereka dengan Mara sama ada untuk pelajaran, perniagaan atau sewa premis,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Mara kini dalam proses mengumumkan senarai tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu bagi 20 MRSM di seluruh negara kepada 2,883 pelajar yang lulus cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005.

Nam berkata, walaupun Mara dalam proses menghantar surat tawaran, pelajar terpilih yang ibu bapa disenarai hitam atau menghadapi tindakan kerana tidak membayar hutang, akan dimaklumkan sebelum pendaftaran kemasukan ke MRSM.

Dalam surat tawaran itu, Mara menyediakan perenggan khas menyebut: ‘Tawaran ini terbatal jika nama ibu/bapa/penjaga anda termasuk dalam senarai hitam Mara atau sedang menghadapi tindakan mahkamah/undang-undang Mara’.

Beliau berkata, ibu bapa atau penjaga pelajar terb a b i t masih berpeluang berunding dengan Mara bagi menyelesaikan hutang mereka untuk membolehkan anak mereka diterima mendaftar ke MRSM.

“Jika sebelum ini ibu bapa berkenaan boleh ‘lari’, kini mereka perlu merundingkan penyelesaian dengan Mara terlebih dulu. Jika tidak, tawaran kemasukan anak mereka ke Tingkatan Satu di MRSM akan dibatalkan,” katanya.

Nam berkata, rundingan itu tidak bermakna hutang mereka perlu diselesaikan 100 peratus sekali gus, sebaliknya mereka juga boleh mengusahakan penyelesaian secara ansuran atau penjadualan semula pinjaman.

Bagaimanapun katanya, jika ibu bapa atau penjaga terb a b i t kemudiannya mengingkari komitmen membayar semula hutang berkenaan, anak mereka tetap boleh disingkirkan dari MRSM.

219.94.53.:-)

Es00
Ahli Setia
29. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 3:19:02 ptg    [Edit]
hmm.. beberapa tahun akan datang ni rasanya MRSM akan makin kosong kerana dah kurang pelajar..

kemudian tu terpaksala pinda peraturan disebabkan kurang pelajar, maka MRSM akan jadik 90% pelajar bukan melayu dan selebihnya lah pelajar melayu sebab kebanyakan pelajar adalah anak kepada pelajar tajaan MARA.

ini berdasarkan statistik nama2 org yg kuar suratkabar saban minggu..

heheh teori aku le nih..

219.95.198.:-)

arkina78
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 4:19:28 ptg    [Edit]
Dah agak dah, satu ari nanti mesti ada tindakan pada anak-anak yg mana bapanya tak bayar pinjaman...

Pernah dibincangkan dgn kawan yg sampai skrg tak reti nak bayar-bayar pinjaman...

--------------
Hari Yang Ceria Bermula Dengan Minda Yang Ceria

219.93.8.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 26hb Januari 2006, 4:28:43 ptg    [Edit]
quote:
Ramai diisytihar muflis kerana jadi penjamin

ohhh tidak.. dulu ayah dapat surat lawyer nak lum sum harta yang ada..
sebab apa... sebab malaun tu tak reti nak bayar hutang ngan MARA..
dah lerr berzaman menda tuh.. time ayah keja lagi kat IPTA..
sebab ayah baik hati kat student tu lerr ... ayah sanggup jadi penjaminnya..

terkezut org tua tu.. time pencen tua² nie sampai surat lawyer..
ader ker patut aku ngan ayah gi carik malaun tu..
dah pindah umah.. gi pulak naik opis dia..
pangkat besar.. gaji besar.. otak letak kat lutut pulak..
nyusahkan orang jerkkk...

nasib lerr malaun tu mau nak bayar ansuran.. kalau tak dah pelangkung dek abg² aku.. hehhhehhee

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005