Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Safar 1436 @ 24hb November 2014, 09:02:25 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Tambah DARAH : Apa makanan yg elok dimakan?
mama_syafiq
Ahli Setia
1. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 12:32:58 tghari    [Edit]

saya mengalami tekanan darah rendah yg teruk.baru ni nurse yg amik bacaan darah tu pun terkejut.saya dah puas mkn kerang.tapi tak elok2 gak..

saya kerap pening kepala dan sometimes pitam.apa food yg bagus utk tambah darah ya?harap sgt2 warga mdc dpt membantu..saya tak nak pil2..nak makanan harian..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

aliyna
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 12:41:38 tghari    [Edit]
mama kerang beli kat mana?

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

maz3d
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 12:44:28 tghari    [Edit]
rasanya mama perlu byk rehat jer..........bukan krg darah ker baru makan
kerang........maz3dpun x reti gak ni...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

diina
Ahli Setia
4. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 12:45:42 tghari    [Edit]
mama_syafiq

Diina dulu pun penah kena...mmg selalu rasa nak pitam kan...

Amalkan makan hati ayam, limpa, kerang....insya allah...

--------------
Bidadariku...sayangi mama & papa

203.106.229.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
5. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 2:59:31 ptg    [Edit]
aliyna
beli kerang kat econsave sg buloh.nape?aliyna susah nak cari org jual kerang ke?ni kerang yg belum kopek kulit tu..kalau dah kopek kulit,tak baper sedap.

diina
a'ah la..mmg salu pening2 and kadang2 pitam..mkn gak hati ayam,dll tu tapi jarang la..ada org kata amalkan mkn bayam..tapi bab2 sayur ni saya kureng skit..

sapa tahu camna nak wat keropok bayam?kalau keropok bayam saya suka la..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

aliyna
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 3:48:16 ptg    [Edit]
mama..
setau liyna kalau ikut nasehat Kak ida pusat rawatan,
beli kerang kat pasar basah paling elok.. especially yg fresh.
Kalau kat pasar giant and etc tak tentu lagik khasiat masih ada ke idak...

mama..
kena berkorban sket kut kena makan apa yg tak suke makan tu

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

edinureen
Ahli Setia
7. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 10:20:56 pagi    [Edit]
mama, kalau iku nasihat doktor dia soh makan bayam merah...kerang..hati...tapi sekali makan mesti dlm kuantiti yang byk...bukan makan sikit2...

--------------
Nusantara Restaurant & Catering- 0192240531

219.93.8.:-)

jamd
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 11:50:28 pagi    [Edit]
mama,

jamd mmg mengalami tekanan darah rendah.....below normal ...so Dr suruh jamd banyakkan ambil iron, kalsium , magnesium....so jamd ambil brand nutrilite...so far alhamdulillah ...tak de pitam2 ....

* Mesej ini telah disunting oleh jamd pada 21hb Oktober 2005, 3:59:13 ptg

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

218.111.23.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
9. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 12:57:52 tghari    [Edit]
oo ye ke..kerang kat psr bash lagi elok..okla..pasni beli kerang kat situ..betul pun rasanya..sbb kerang kat giant,etc tu rasa dah kurang manis.mcm kerang lama je..rebus pun bau 'semerbak'..

jamd,nutrilite tu pil ke?adusss...saya pasal ubat2 ni mmg failed.heh heh..sbb mmg penakut mkn ubat..kalau org pregnant leh mkn nutrilite tu ke?

bayam merah ek..ermmm..akan diusahakan laaa walaupun teringat kisah raja bersiung..hahahaha....

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

just4fun
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 12:58:52 tghari    [Edit]
quote:
so Dr suruh jamd banyakkan ambil iron, kalsium , magnesium....

betul tu, especially iron...selain tu boleh jugak amik vitamin B compleks...

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.194.:-)

jamd
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 4:01:55 ptg    [Edit]
mama,

nutrilite tu supplement utk vitamin...skrg jamd ambil daily, B complex, calsium magnesium, iron, vitamin C & Lecitin E...sbb jamd tak sure quantity banyak mana badan kita perlu bila ambil makanan yg banyak iron cam kerang, hati , sayur and etc coz jamd tak jaga sgt cara pemakanan.

tu yg jamd kena ambil semua supplement nie coz jamd boleh tahu berapa byk badan diperlukan bedasarkan tablet yg diambil hari2 .

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

218.111.23.:-)

Jeneral
Ahli Setia
12. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 11:25:47 pagi    [Edit]
Rawatan yg paling baik untuk low blood pressure ialah amik asid folik... vitamin b complex... ferrous fumarate....

Makan hati ke kerang ke whatever melainkan sayur kalau di makan byk byk akan menambahkan aisd urik dalam darah... tak semena mena anda mendapat gout ... Makan lah sayur bayam yang direbus sebentar sahaja... Memasak dalam tempoh lama maengakibatkan khasiat berkurangan.... Jadi anda kelihatan seperti kambing yang memakan rumput lalang sahaja...

--------------
Bersedia Merawat Pelbagai Jenis Penyakit Kronik

60.48.66.:-)

syikin72
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 1:44:27 tghari    [Edit]
mama_shafiq,
cuba masak rendang campur ~ hati, paru, limpa & daging lembu.. kena pulak dekat nak raya nih, makan sekali dgn ketupat.. wah.. lazatnye... internal organ ni membantu untuk tambah darah..


lagi satu, masa dalam pantang, mak syikin rajin masak limpa + hati lembu dgn halia & lada hitam.. dia kata untuk tambah darah... hari-hari mak suruh makan.. lepas pantang, bau je lauk ni, rasa nak muntah..



--------------
www.kedai2ekin.com ~DCL~Trimz&Klenz~PhytoFiber~Be-Nice ~ 0123838018~ ym:syikin72~ syikin72@yahoo.com

60.50.207.:-)

jen
Ahli Baru
14. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 1:55:30 tghari    [Edit]
kalau pregnant, tak pyh lah ambik hati2 binatang lain. tak semena-mena baby pulak affected.

sayur can be a good source of iron utk darah tapi tak sebagus kalau dari sumber binatang dari segi our body nak serap. plus, avoid taking them together with tea, tak dapat serap dgn efficient. seafood mcm kerang pun be careful takut ada hepatitis.

my opinion, consult doctor kalau nak ambik supplement sebab kalau tgh pregnant a few vitamins should not be taken in high amount.

physically jgn active, kalau boleh duduk diam2 the better. jgn jalan2 sgt sb bila darah rendah maknanya oxygen content pun mungkin rendah. kalau mak tak pengsan anak pulak yg pengsan dlm perut tu.

60.48.155.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
15. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 12:07:46 tghari    [Edit]
tima kasih bebanyak ramai yg bagi petua..tapi betul gak kata jen tu,waktu pregnant,tak digalakkan makan any pils kan..

so far saya hanya mkn acid folic yg doc bagi je.nak mkn spirulina pun takut dah..tapi tu laaa...badan lemah jerk..kerap sejuk.nak mkn nasi pun tak lalu..dah seminggu lebih tak mkn nasi.smlm try makan,sampai kat tekak jadi pahit..mujur tak muntah..tapi dah rasa lain mcm.waktu tgh taip ni pun,sebut je nasi, dah rasa lain mcm tekak..

nak tanya, low blood pressure sama ke ngan kekurangan darah?

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

jen
Ahli Baru
16. Dihantar pada 26hb Oktober 2005, 09:23:52 pagi    [Edit]
low blood pressure mungkin disebabkan oleh low blood volume. so, depends pd diagnosis doc mama, diaorg boleh bg tau apa penyebab kpd LBP condition. mungkin disebabkan jantung atau other medications.

mama, bukan takleh mkn pill langsung masa pregnant, tapi kena be careful apa yg dimkn. in fact doc saya dulu tak kisah saya nak ambik spirullina.

tapi kalaulah LBP tu disebabkan oleh muntah teruk ke or dehydration, you better stop taking spirullina atau apa2 vitamin yg boleh dehydrate & heat up your body.

60.48.155.:-)

maz3d
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 26hb Oktober 2005, 4:46:06 ptg    [Edit]
Info jika kita hamil tapi kurang darah..........

quote:
MASALAH KURANG DARAH

Masalah kurang darah atau anaemia kerap berlaku di kalangan wanita, kanak-kanak dan juga orang dewasa khususnya meraka yang tinggal di luar bandar. Mengikut kajian yang dilakukan, kadar kejadian kurang darah (anaemia) di kalangan wanita hamil di kawasan luar bandar ialah dalam lingkungan 60 peratus. Mungkin kadar ini meningkat lagi ke kalangan wanita yang tinggal dikawasan pedalaman yang sosioekonominya rendah. Masalah kurang darah boleh menimbulkan masalah pada wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak. Ini mungkin satu faktor punca kematian ibu.

Pendarahan waktu bersalin adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan beranak. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah sudah tentulah ketahanan badannya lemah. Ini boleh menyebabkan maut. Wanita yang tahap darahnya tinggi ataupun normal jika mengalami masalah tumpah darah, masalahnya dapat diatasi tanpa menemui ajal.

Banyak perkara yang menjadi punca masalah kurang darah di kalangan wanita. Antaranya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kekurangan kandungan zat vitamin dan zat logam khususnya besi. Masalah ini juga berlaku kerana kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak disusun dengan betul. Begitu juga dengan penyakit seperti cacing kerawit (hookworm) atau malaria yang masih berlaku di kalangan penduduk pedalaman. Supaya pembaca lebih faham, saya ingin menghuraikan dengan lebih panjang mengenai sebab terjadinya penyakit kurang darah ini. Untuk membina darah kita memerlukan sumber makanan yang penting khususnya zat protein yang didapati daripada makanan seperti daging, ayam, ikan, sayur dan biji-bijian. Zat logam khususnya besi sangat penting uintuk pembinaan darah. Ini boleh diperolehi dalam makanan seperti sayur-sayuran, ikan, hati atau limpa. Jika seseorang wanita tidak dapat sumber makanan yang diperlukan untuk membina darah, sudah pasti dia akan mengalami masalah kurang darah. Masalah kekurangan sumber zat makanan berpunca daripada banyak faktor. Kemiskinan sesuatu keluarga menyebabkan mereka tidak mampu membeli makanan yang berzat untuk membina darah.

Faktor ini tidak semestinya menjadi satu alasan bagi kita di Malaysia kerana pada pendapat saya kebanyakan penduduk tidak begitu miskin. Jika miskin di segi kewangan atau harta benda, mereka masih juga mempunyai sebidang tanah di kawasan rumah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam seperti sayur-sayuran.

Untuk mencapai tujuan ini, penduduk khususnya kaum wanita perlu disedarkan, bagaimana pentingnya zat pemakanan bagi membina darah. Program pendidikan yang boleh menimbulkan kesedaran pentingnya pemakanan dalam kehidupan sehari-harian menerusi media cetak dan media elektronik, hanya sampai kepada orang terpelajar sahaja sedangkan mereka yang menjadi sasaran khususnya penduduk di kawasan pedalaman yang kerap mengalami masalah ini juga tidak mendapat mesejnya. Masalah pemakanan ini juga berpunca daripada pemilihan dan tabiat makan serta cara menyediakan makanan. Sesetengah orang tidak tahu memilih makanan yang mengandungi zat vitamin, manakala sesetengahnya pula disebabkan tabiat mereka. Makanan yang dipilih hanyalah yang kaya dengan zat protein dan zat logam tidak diutamakan langsung. Begitu juga dengan cara menyediakan makanan yang tidak betul boleh merosakkan beberapa jenis vitamin yang terkandung di dalamnya. Masalah kurang darah juga berpunca daripada kehamilan serta kelahiran yang kerap dan tidak teratur. Setiap kali seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak dia akan kehilangan darah. Kehilangan ini berlaku kerana bayi perlu membina darahnya sendiri. Tumpah darah juga tidak boleh dielakkan ketika seseorang itu bersalin. Kehilangan darah ini perlu diatasi selepas bersalin. Oleh itu penting setiap wanita yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin mendapat sumber makanan yang berzat. Di samping itu perlu baginya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memberi peluang kepada badannya pulih. Dengan ini badannya dapat membina darah hingga ke tahap normal supaya pada kehamilan yang berikutnya dia tidak akan mengalami masalah berkaitan dengan kekurangan darah. Wanita yang kerap mengalami masalah keguguran juga akan mengalami masalah kehilangan darah. Sebaiknya sebelum hamil seseorang wanita perlu menentukan tahap darahnya normal menerusi ujian menyukat paras hemoglobin.

Masalah kurang darah juga disebabkan oleh beberapa penyakit terutamanya seperti malaria yang masih berlaku di kawasan pedalaman. Kuman malaria biasanya menyerang sel darah menyebabkan sel ini pecah dan musnah. Jika keadaan ini berlaku terus-menerus, sudah tentu pesakit itu akan mengalami masalah kurang darah. Jangkitan cacing yang kerap berlaku di kalangan penduduk di luar bandar khususnya di kalangan kanak-kanak dan wanita juga mempunyai kesan terhadap tahap kesihatan dan paras hemoglobin. Penyakit cacing kerap terdapat di kalangan penduduk di luar bandar khususnya cacing gelang dan cacing kait. Cacing ini boleh merampas makanan ynag dihadamkan dalam perut sebelum zat makanan ini diserapkan ke dalam darah. Dengan ini akan mengganggu tahap kesihatan dan pemakanan.

Cacing kait atau hookworm pula suka mencangkukkan dirinya pada dinding usus dan kemudianya berpindah ke tempat lain. Tempat yang telah ditinggalkannya itu akan berdarah. Jika beribu-ribu cacing ini berbuat demikian, nescaya seseorang yang dijangkiti cacing ini akan mengalami kehilangan banyak darah.

Biasanya, jika masalah kurang darah hanya sedikit, mungkin tidak ada sebarang tanda. Kekurangan darah itu hanya boleh dikesan setelah menjalani ujian hemoglobin ketika dia membuat pemeriksaan kehamilannya di klinik. Jika darahnya sangat berkurangan wanita itu kelihatan pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya. Jika dia membuat sesuatu pekerjaan yang memerlukan tenaga, wanita ini mungkin mengalami kesesakan nafas.

Selain daripada kematian akibat tumpah darah, masalah kurang darah yang teruk juga boleh membebankan jantung wanita. Ini boleh menyebabkan berlakunya lemah jantung. Dalam keadaan sederhana atau ringan, ibu yang sarat mengandung hanya akan mengalami rasa letih lesu serta kurang bertenaga.

Kesan pada bayi juga bergantung kepada tahap kurang darah ini sama ada ringan atau teruk. Jika kekurangan darah hanya sedikit sahaja, ia mungkin tidak membawa sebarang kesan kepada janin yang dikandungnya. Jika ibu dalam keadaan teruk, masalah kurang darah ini boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keguguran, kematian jantina dalam rahim, bayi lahir tidak cukup bulan atau tidak cukup timbang beratnya. Akibatnya juga boleh berterusan selepas lahir seperti menjejaskan pertumbuhan otak yang akan memberi kesan perkembangan intelektual bayi.

Masalah kurang darah hanya boleh diatasi setelah kita mengetahui apakah puncanya. Oleh itu saya ingin menegaskan, setiap wanita perlu mendapat sumber pemakanan yang berzat khususnya zat protein, zat vitamin dan logam yang mencukupi. Wanita juga perlu mengurangkan zat karbohidrat. Setiap keluarga juga patut memberi keutamaan dari segi makanan kepada wanita yang sedang hamil. Program untuk menimbulkan kesedaran kepada penduduk luar bandar khususnya kaum wanita betapa pentingnya pemakanan bagi proses penzuriatan perlulah diperluaskan dan diperhebatkan. Tabiat memilih dan cara memasak makanan perlu diubahsuaikan supaya zat pemakanan dan segala vitaminnya dapat dikekal dan distabilkan. Wanita dalam peringkat umur kesuburan perlu digalakkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. Wanita dan keluarga juga perlu diberi tunjuk ajar mengenai konsep penyusuan dan menjarakkan kehamilan untuk kesejahteraan dan kesihatan ibu dan bayi. Segala usaha untuk membasmi penyakit cacing dan demam malaria perlu dipertingkatkan. Masalah kecacingan ini boleh diatasi dengan amalan memakan ubat cacing yang sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.107.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005