Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Dzulkaedah 1435 @ 21hb September 2014, 4:04:09 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Misteri : Pergerakan Badan Secara tiba tiba
Jeneral
Ahli Setia
1. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 3:31:32 ptg    [Edit]
Korang pernah rasa mata berkenyit kenyit....makan terserdak.... ( tanda ada orang panggil kita )

Jika nak tahu,...
PERGERAKAN TUBUH DAN ALAMATNYA:

KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK-beroleh kewangan

KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

KELOPAK MATA ATAS KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh

KELOPAK MATA BAWAH KANAN -hendak menangis

EKOR MATA KANAN BERGERAK-menerima kedatangan org jauh

EKOR MATA KIRI -mendapat sedikit kepayahan

BIJI MATA KANAN BERGERAK-akan menangis dalan bercinta

BIJI MATA KIRI -gembira dihati

KENING KIRI BERGERAK-beroleh kelapangan

BIBIR ATAS BERGERAK-anda akan bergaduh/berbalas balas jawap dgn seseorg

BIBIR BAWAH -ada org sedang mengata/mengumpat pasal anda

SIKU KANAN BERGERAK GERAK-beroleh kebahagiaan

SIKU KIRI -org yg mengasihi kita akan datang

BAHU KANAN BERGERAK GERAK-harta akan datang kpd kita

BAHU KIRI -bakal berjumpa pembesar/ketua

PIPI KANAN BERGERAK-alamat sakit mata

PIPI KIRI-sentiasa bahagia

--------------
Bersedia Merawat Pelbagai Jenis Penyakit Kronik

60.48.71.:-)

katakhuduh
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 4:00:19 ptg    [Edit]
dah berminggu-2 kelopak mata kiri bergerak-2. terganggu betul rasanya.

quote:
anda akan berjalan jauh


ni secara literal ke atau tersembunyi. kalau literal tu mungkin la aku nak pegi zimbabwe ke, pakistan ke.

tapi... kalau tersembunyi, maknanya aku dah nak mati??

210.187.105.:-)

Jeneral
Ahli Setia
3. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 4:01:56 ptg    [Edit]
Ko nak balik kampung la tuh... balik beraya

--------------
Bersedia Merawat Pelbagai Jenis Penyakit Kronik

60.48.71.:-)

cikciti
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 4:13:17 ptg    [Edit]
quote:
KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

hari2 aku melihat diri aku dan kwn2 pompuan aku

202.184.211.:-)

webweb
Pengendali
5. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 09:23:56 pagi    [Edit]
errr jeneral,
bulan ni udara dlm perut aku makin kuat dan kerap lak gerak2. siap bunyik-bunyik lagi.
apa pulak maknanye ye?

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

fadzreen
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 09:40:34 pagi    [Edit]
kalau seluruh anggota tangan bergerak..tu maknenye parkinson

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

202.185.243.:-)

missG
Ahli Setia
7. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 09:48:36 pagi    [Edit]
fadzreen, sabo jek haku..sempat lagik nyelit lawak lak...aku selalu debo2 time mlm napa yek..ade gak ker maknanya...

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 09:51:37 pagi    [Edit]
missG

saje je le..serius sangat aku tengok..takleh caye sangat benda ni..
kalau debar waktu malan tak tau le aku.. aku pun belum habis berguru

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

202.185.243.:-)

missG
Ahli Setia
9. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 09:57:41 pagi    [Edit]
fadzreen

mang pon series jek..aku pon ngah bace ngan ala2 series tiber2 tergelak lak tgk statement ko..pi ler cepat2 abih khatam ilmu ko tuh..nnti leh turunkn ilmu yg hader...aku bkn nk cayer ngat tp sker gak mende2 gini...

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 10:17:14 pagi    [Edit]
missG

Ziana zain tu kening dia selalu gerak gerak..aktif lak tu.. apa maksud ekk..

kening kiri ke kanan..aku tak pasan

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

202.185.243.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 10:55:05 pagi    [Edit]
KatakHuduh : wah, jauh ko nak balik kg berayer.. sampai ke Zimbabwe!!

quote:
KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

mm.. aku nye Kelopak Mata Atas Kiri selalu bergerak, tapi tu misti tanda nak nangis..

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.111.217.:-)

kizz
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 11:08:01 pagi    [Edit]
kelopak mata kizz belah atas bergerak2.........dah agak dah nak dapat duit .

duit kutu !!!

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 11:35:16 pagi    [Edit]
kizz : swonok la beraya tahun ni yek!!

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

219.95.39.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 12:40:52 tghari    [Edit]
semua

menarik topik ni.. aku pun tergelak baca info tambahan fadzreen

nak tumpang tambah sket.. ni semua dapat dari orang tua2..

1. kalau tersedak benda manis - ada orang tengah puji
2. kalau tersedak benda pedas - ada orang ngumpat
3. berdesing dalam telinga - daun orang lain yang meninggal terkena daun kita.. (err, korang biasa dengar tak pasal pokok yang ada daun2 tertulis tentang hidup tiap orang kat dunia ni? - kalau salah, tolong betulkan ek.. )

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.191.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 12:57:22 tghari    [Edit]
dulu..
belakang aku (bhg tulang belakang) ototnya bergerak-gerak. Lama gak, hamper 1 buLan. Then, a month after, nenet aku meninggal. Masih tak brenti gak otot gerak-gerak aku, sminggu lepas nenet aku mninggaL, atuk aku plak menyusuL. Baru berhenti otot aku bergrak2.

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.208.221.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 1:33:13 tghari    [Edit]
row

quote:
korang biasa dengar tak pasal pokok yang ada daun2 tertulis tentang hidup tiap orang kat dunia ni?


penah dengar..seriau jugak..kalau daun orang nak meninggal terkena daun kita..pastu daun kita pun gugur same..

ex8
quote:
Baru berhenti otot aku bergrak2

ok la.. berenti gak otot kau..mulut aku ni tak berenti ngunyah.. tp bulan posa ni ngunyah malam jer le

* Mesej ini telah disunting oleh fadzreen pada 14hb Oktober 2005, 1:35:07 tghari

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

202.185.243.:-)

linot9778
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 14hb Oktober 2005, 2:09:52 ptg    [Edit]
mcm2 ekkk... kalau kat tempat lain??? kalau mc aku nih selalu kat lengan laaa... peha laaa... bleh nampak gerak2. nih bkn sebab perjalanan darah tak lancar ke??? atau ada makna lain?

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

ani7
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 15hb Oktober 2005, 9:17:57 mlm    [Edit]
quote:
KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK-beroleh kewangan

KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

KELOPAK MATA ATAS KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh

KELOPAK MATA BAWAH KANAN -hendak menangis

EKOR MATA KANAN BERGERAK-menerima kedatangan org jauh

EKOR MATA KIRI -mendapat sedikit kepayahan


Ada orang cakap kalau atas mata kanan bergerak -- nak menangis tak tau kenapa

kalau atas mata kiri bergerak - ada orang jauh rindu kat kita

Mana satu ini ?

Kawan saya cakap alah senang aje kau tak cukup tidur sebab itu mata kau bergerak gerak

165.21.154.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 16hb Oktober 2005, 08:45:34 pagi    [Edit]
ani7
ada satu lagi yang aku selalu dengar pasal orang rindu nih..

bulu mata jatuh..
tapi tak tau lah kot ada spesifiknya.. bulu mata kanan lain, kiri lain, jatuh bawah lain, jatuh lam mata lain.. hehe.. tapi ada orang pesan, kalau kita amik bulu mata tu then letak kat rambut, malam nanti kita mimpi orang yang rindu kat kita tu.. ekekek..

fadzreen
quote:
kalau daun orang nak meninggal terkena daun kita..pastu daun kita pun gugur same..
tu la pasal.. bila banyak sgt daun dok kena daun kita.. lelama nanti daun kita pun ikut luruh samalah..

* Mesej ini telah disunting oleh rowhoney pada 16hb Oktober 2005, 08:46:42 pagi

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

doraemon
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 07:55:31 pagi    [Edit]
quote:
aku selalu debo2 time mlm napa yek..ade gak ker maknanya...

mknanya ko dah sampai seru tu...tu yg ko bedeba2 tetiap mlm tu.. kena tukar status miss kpd mrs.... ehehehe..

--------------
ang, ang, ang, dora-e-mom....

219.93.8.:-)

missG
Ahli Setia
21. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 10:18:51 pagi    [Edit]
doraemon

ko nih memain lak..aku tanyer btul2 neh..seram lak..kn btul kn kna tuko title huh tak sanggup gik la..

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 10:51:02 pagi    [Edit]
ada satu lagi misteri..

kalo tetiba kita rasa termenggigil ala ala geli geleman..

tu maknanya udara sekeliling akan tercemar samada disertai bunyi ataupun tidak..

dan mungkin jugak penyahtinjaan akan berlaku..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 10:59:21 pagi    [Edit]
Rowhonnei
quote:
penyahtinjaan akan berlaku

Aku cukup LAMA dah TAK dgr purkataan ini!!

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.208.223.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
24. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 12:24:37 tghari    [Edit]
exactly

aku pun dah laaaama tak guna perkataan tu..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

linot9778
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 12:44:42 tghari    [Edit]
quote:
kalau daun orang nak meninggal terkena daun kita..pastu daun kita pun gugur same..

aku lak dgr... bkn daun kita gugur sama tapi biler daun dier langgor daun kite, telinga kita berdesing. ye ke? sebab daun tuh daun emas ke... aper ke?

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 1:00:40 tghari    [Edit]
quote:
aku lak dgr... bkn daun kita gugur sama tapi biler daun dier langgor daun kite, telinga kita berdesing. ye ke?
linot ,
betullah tu.. cumanya bila daun orang lain asik dok kena ke daun kita.. lelama.. daun kita yang asalnya kukuh, makin goyah dan bila sampai masanya.. gugur jugak.. then timpa lak daun orang lain then tinga orang tu pun berdesing.. dia pun pas tu risau dengan kedudukan daunnya.. kita lak masa tu.. ntah le.. Allah je yang tau..
quote:
sebab daun tuh daun emas ke... aper ke?
emas ke perak ke zhulian ke.. bersiap sedialah kita sebelum daun itu gugur..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

linot9778
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 2:01:35 ptg    [Edit]
tuh ler pasal... insaf aku

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 2:13:35 ptg    [Edit]
quote:
tuh ler pasal... insaf aku
yey! berjaya gak aku menginsafkan ko.. ekekek..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

eynda
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 18hb Oktober 2005, 1:34:51 tghari    [Edit]
quote:
KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

KELOPAK MATA ATAS KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh



Apa beza dua ni?

219.95.21.:-)

zurina77
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 18hb Oktober 2005, 1:58:27 tghari    [Edit]
Jumaat lepas kelopak mata kanan asyik bergerak jer.. sampai tak selesa sibuatnya..

quote:
KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK-beroleh kewangan

Nak dapat bonus ujung bulan ni kot..

quote:
Ada orang cakap kalau atas mata kanan bergerak -- nak menangis tak tau kenapa

Mmg pon ari jumaat tu aku nangis..
tak jaga sahur punya pasal, takde tenaga sampai nak berdiri pun terketar2.. Dah la mlm berbuka pun makan sikit je..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.142.:-)

linot9778
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 18hb Oktober 2005, 2:06:16 ptg    [Edit]
quote:
yey! berjaya gak aku menginsafkan ko.. ekekek..

ko tak insaf ke???

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 09:46:00 pagi    [Edit]
quote:
ko tak insaf ke???
aku memang dah insaf.. tapi masih banyak lagi ruang untuk aku lebih insaf... hehe..

alaa.. linot .. jangan amik ati yer.. sesungguhnya segala2 yang aku taip hak ala ala menginsafkan tu.. lebih banyak ditujukan untuk diri aku sendiri bila aku baca balik posting tu.. in case ada yang nak amik iktibar sama.. alhamdulillah..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 09:48:26 pagi    [Edit]
quote:
quote:
--------------------------------------------------------------------------------
KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

KELOPAK MATA ATAS KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh

--------------------------------------------------------------------------------



Apa beza dua ni?
agaknya maksud dia dua dalam satu kot.. akan berjalan jauh sambil melihat perempuan

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

linot9778
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 1:00:32 tghari    [Edit]
rowhoney...
takde ler amik atie... ok ok aja...

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

Ngel83
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 1:04:09 tghari    [Edit]
ish... awat le ekor mata kanan aku dok gerak2 je nih..
dah le dr pg td ati ni dok bdebar debar...
org jauh mana le plak aku nak jmpe..

* Mesej ini telah disunting oleh Ngel83 pada 21hb Oktober 2005, 1:04:59 tghari

--------------
L.I.B.Y.A <LoVe iS bEautiFuL.. yOu aLsO!>

219.94.125.:-)

maz3d
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 9:25:11 mlm    [Edit]
kalu bulu mata jatuh/gugur tu maksudnya apa pulak....

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

syikin72
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 22hb Oktober 2005, 10:51:03 mlm    [Edit]
aku paling suka klu gatal tapak tangan belah kanan... maknanya ada le duit nak masyuk tuh.. selalu jugak jadi... suratan atau kebetulan ek....





maz3d,
org kata klu bulu mata gugur, ada org rindu.. ahaks...

--------------
www.kedai2ekin.com ~DCL~Trimz&Klenz~PhytoFiber~Be-Nice ~ 0123838018~ ym:syikin72~ syikin72@yahoo.com

60.50.205.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 23hb Oktober 2005, 10:45:36 pagi    [Edit]
kata org kg aku plak..
kalu otot2 lengan bergerak2...maknanya ada sedara2 terdekat nak meninggal...ntah la.ada yg betulll, ada gak yg x

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

210.195.42.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
39. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 3:08:36 ptg    [Edit]
quote:
aku paling suka klu gatal tapak tangan belah kanan... maknanya ada le duit nak masyuk tuh.. selalu jugak jadi... suratan atau kebetulan ek....
aku pun selalu gini tiap kali nak dapat gaji..
tapi yang tak best bila tapak tangan kiri pun gatal gak tiap kali nak bayar utang..

* Mesej ini telah disunting oleh rowhoney pada 24hb Oktober 2005, 3:10:42 ptg

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

202.58.85.:-)

linot9778
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 4:58:02 ptg    [Edit]
aku pun selalu gak camtu... tp mcm lagik byk gatal belah kiri drpd yg kanan

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005