Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 2hb Syawal 1435 @ 30hb Julai 2014, 12:59:05 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Bersalin : Hospital mana yg lebih baik? swasta atau gomen?
mama_syafiq
Ahli Setia
1. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 10:28:58 pagi    [Edit]

nak tanya kpd semua yg berpengalaman...atau yg tahu apa2 info ttg hospital bersalin..

mana yg lebih baik? dari segi kemudahan, layanan dan sebagainya..ada pendpt kata hospital kerajaan skrg dah ada improvement.ada yg kata hospital swasta lebih elok la..tapi mahal.

kalau hospital swasta,adakah bayaran sama setiap hospital?contohnya hospital tawakkal dan pusrawi.sama ke utk satu mlm?

harap dpt membantu ya..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
2. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 10:45:56 pagi    [Edit]
napa takde yg reply....

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

eyzlyn
Pengendali
3. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 11:15:16 pagi    [Edit]
cuba tanya kat kelab ibu mengandung, gerenti ramai reply.

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

jamd
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 11:30:25 pagi    [Edit]
mamshafiq


of course hospital swasta ...dari segi layanan & etc lagi baik dari hospital kerajaan ...dah sah2 kita bayar lebih...kalau layanan kurang ....mmg leh complaint kat management.

untuk setiap hospital swasta ...bayaran adalah berbeza mengikut package yg ditawarkan.....lagi grand nama hospital tu ...lagi mahal...dlm erti kata lain...org2 kaya selalu pi hospital tu...so bayaran mmg le mahal tapi utk bersalin ada package yg disediakan yg berpatutan.

utk hospital kerajaan lak...ikut nasib tentang layanan tu...bagi jamd kalau ada duit lebih tak salah pergi ke hospital swasta & bagi yg kurang berkemampuan...hospital kerajaan ada

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

218.208.236.:-)

qisttina
Ahli Baru
5. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 11:41:04 pagi    [Edit]


aku bersalin kat PPUM (pusat perubatan universiti malaya) @ Universiti Hospital (UH).
mula˛ decide nak beranak kat swasta kononnya nak layanan lerr...
tapi bila dipikir dalam dalam kalau ada any complication swasta akan tolak gak kat sepital gomen or dia akan bagi shortcut solution, operate.
alhamdullilah aku selamat melahirkan baby sihat 3.5kg secara normal walaupon tekanan darah aku menurun, baby dah berak dlm perot n leher dia terbelit tali pusat tapi doc UH sedaya upaya nak suruh aku deliver normal gak...

rata˛ member member aku (adalah 3-4 org) bersalin di private mula˛ signed tuk normal delivery pastu checkout kena byr tuk operate.

dpt layan baik beranak sakit gak...atleast kalau x dpt layanan baik pon sekurang˛nya aku jadi sorang yg tabah n kuat masa nak bersalin

218.111.149.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
6. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 11:43:14 pagi    [Edit]
kita kena booking dulu ke kalau nak bersalin kat mana2 hospital? atau gamble jerk..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
7. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 11:46:23 pagi    [Edit]
ezylyn

kat ner kelab ibu mengandung?dalam sembang kesihatan gak ke?ada web add tak? tenkiu...

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

pingu
Ahli Baru
8. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 1:30:28 tghari    [Edit]
mama_syafiq

pingu nak bagi pendapat sikit lah....

swasta atau kerajaan terpulang kepada niat dan kemampuan masing2.

pingu anak sulung, lahir kat hospital kerajaan, rezeki mmg menyebelahi pingu, pingu dapat layanan cam kat swasta dengan bayaran yang amat rendah (staff gomen).

apa yang pingu tak puas hati ialah labpr room tu bebas mana2 staf dia nak masuk....paling malu bila ada lelaki yang masuk kemudian senyum2 tgk kita nak beranak...sakit hati tuhan saja yang tahu...


so anak kedua ni decide nak pergi swasta...Insya Allah......tapi pingu ke swasta bukan sebab nak layanan baik....baik buruk sakit tetap sama.......cuma kalau buruk tu tambah lagi satu sakit.....sakit ati....

pusat rawatan yang pingu pilih kali ni pingu pastikan semuanya bercirikan Islam even biar dia punya pakar pun Islam dan pastikan Perempuan....sbb kalau lelaki baik pingu gi hospital saja.....

pingu dapati ramai yang terlepas pandang benda ni....SYARIAT AGAMA...kalau kemampuan dan situasi mengizinkan ...kenapa takk...?

tapi semuanya ditentukan TUHAN....kita patut banyak berdoa moga dimudahkan semua kerja kita termasuklah kalau dah yang menuggu hari cam pingu ni....

InsyaAllah...yang baik dari NYA sahaja...yang buruk dari kelemahan pingu sendiri.

--------------
Aku adalah aku...

202.58.85.:-)

maz3d
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 2:38:43 ptg    [Edit]
mama_syafiq....
Boleh refer kat sini...

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=11544

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

just4fun
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 4:44:31 ptg    [Edit]
tempat aku bersalin, staff dia semua perempuan, kecuali gynea jerr lelaki. takdelah insiden staff lelaki sesuka hati masuk labour room...lagipun kalau tak berkenaan, tak boleh masuk labour room, kecuali yg in-charge patient jerr..

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.189.:-)

aliyna
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 5:13:09 ptg    [Edit]
liyna bersalin di SJMC...
memang puas hati.. mmg suami kite sorang jek lelaki...


baby yg keluar pun pompuan... hehehhehe

* Mesej ini telah disunting oleh aliyna pada 11hb Oktober 2005, 5:14:09 ptg

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

maz3d
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 5:24:06 ptg    [Edit]
Aliyna........mak aiii bestnya beranak kat situ mesti mahal kan.....berapa yer
kos kene bayar ari tu?.

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

OoooD
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 5:40:00 ptg    [Edit]
aku prefer tempat yg boleh pilih doktor..maksud aku nak doktor pompuan or lelaki..hubby aku pesan seboleh2 elak ambik dr lelaki...
first time, aku gi swasta..mmg situ sumer gynea pompuan...
2nd time, aku gi swasta jugak, then mmg pilih gynea pompuan...
3rd time, aku gi gomen, alhmadulillah dr awal sampai sudah dapat doktor pompuan...nasib aku gamaknya...

--------------
http://jajancrispy.blogspot.com ~~teh_bunga2002@yahoo.com / 013-2040120

192.228.129.:-)

aliyna
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 08:33:16 pagi    [Edit]
maz,

liyna ngan dr delaila... mmg mahal sket dia tuh..
tapi liyna ngam ngan dia.. kire orait la
memula nak doctor siti... tapi ulahai.. ramainye patient dr tuh..
ngan delaila nih very detail.. terjawap segala persoalaan..
esp first pregnancy liyna mmg teruk.. bleedingnye... muntah nye.. kena ward.. MC sebulan... mcm2.. tapi dr delaila always on my side.. tuh yg sayang tuh

Hasya - RM3900
(22hrs in labour room, epidural, vacuum)

Hazirah - RM2900
(doctor byk bagik diskaun sebab dah 2 thn berturut tgk muke kite kut)

(16 hrs in labour room, pethidine, gas, epidural, vacuum)

tapi staff dia mmg pro la.. kalau sakit pun rasa kurang sakitnye...

* Mesej ini telah disunting oleh aliyna pada 12hb Oktober 2005, 08:35:01 pagi

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 08:36:46 pagi    [Edit]
saya dah ada 3 orang anak, so maksudnya dah ada tiga kali
pengalaman bersalin. untuk pengetahuan, saya ni bukanlah
tergolong di dalam orang yang banyak duit atau berada. saya
serba sederhana, kalau ada lebih pun secipu je...jadi bila bab
bersalin ni sure lah pegi ke hospital gomen. tapi nasib saya baik
agaknya, anak pertama dapat doktor pempuan, pakai tudung labuh
lagi dan punya lah lembut. anak kedua jugak aku dpt doktor
pempuan jugak, agak dah berumur tapi pandai bab bab pantang
larang itu ini dan peramah pulak tu....anak ketiga pun nasib aku
baik dapat doktor pempuan juga...dan kebetulan satu kampung
dengan aku. rasanya cukup lah aku bersalin tiga kali ni. nak tutup
kedai dah. tapi kalau tuhan beri rezeki lagi aku redha. kat hospital
gomen tempat aku bersalin ni, satu bilik seorang, dan nurse nya hanya
untuk bilik itu saja. tkde orang masuk sesuka hati, pintu sentiasa
tertutup dan ada tandas sendiri tidak berkongsi.
tapi hospital ni bertaraf hospital besar.....aku bersyukur, mungkin juga
nasib menyebelahi aku....kalau kita tak pernah menyakiti hati orang,
insya-allah, tuhan akan beri balasan baik juga pd kita....

aliyna...susah ke awak bersalin? banyak sgt nama-nama apa tu?
tak biasa dengar pun. alhamdulillah saya semua normal dan tak lama
kat labour room, paling lama anak pertama 5 jam, anak kedua 2 jam dan
anak ketiga lagi cepat tak sampai 1 jam pun....alhamdulillah ye...seram gak dengar bila sakit lama-lama sampai berbelas jam...nauzubillah..

* Mesej ini telah disunting oleh mawarrimba pada 12hb Oktober 2005, 08:40:13 pagi

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

aliyna
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 08:45:08 pagi    [Edit]
mawarrimba,

nama anak2 liyna hasya * hazirah tuh...
gambo depa ada kat http://shuhaida.blogdrive.com

yg nama2 pelik tuh nama2 penahan sakit
gas tuh = laughing gass (mmg best ar gas nih hehehheh tak laughing pun)
pethidine tu midwives inject kat punggung
epidural masuk kut tulang belakang.
amik semua tuh sebab doktor pakar bius semua occupied kat operation theater sebab 18hb org cina ramai operation nak bagik keluar anak diorg tarikh ong! .. so kena panggil doctor bius luar... sementara tunggu tuh amik gas & pethidine tuh.. lepas masuk epidural.. legaaa!!


mawar,
liyna mmg sebelum pregnant pun mmg dah ngan sjmc..
tuh ngan ge ngan diorg.. lagikpun company sponsor RM2000..
ok la nak topup apa patut.. heheheh.. kalau idak pengsan gak...

lama sgt tuh sebab pelvic bone liyna kecik..
jadik nak bukak mmg takes time..
org merasa la baby dah engage segala.. tapi liyna tak rasa...
masa anak pertama dah bukak 10cm pun dia masih stuck kat "situ"
masa anak kedua plak.. dah bukak 10 tapi dia tak turun..
nyaris dak kena operation...
tuh yg kena vacuum tuh.. tapi alhamdulillah la...
semua okay..

* Mesej ini telah disunting oleh aliyna pada 12hb Oktober 2005, 08:51:36 pagi

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

ummi_zz
Ahli Setia
17. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 09:40:45 pagi    [Edit]


ummi pon macam OooD jugak...
1st baby swasta....dpt gynea pompuan
2nd baby gomen ...pon dapat gynea pompuan gak

Layanan...alhamdulillah...kedua˛ puas hati....

--------------
MZZ-Muhammad Zawir Zakwan & MAF-Muhammad Aiman Firdaus

60.48.150.:-)

keen
Ahli Setia
18. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 10:30:46 pagi    [Edit]
Lyna,

Cerita sikit bersalin dgn dr delila tu. ok ke dia? Plan kali ni nak pergi sana. Masa checkup lama tak tunggu?

170.38.99.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 11:39:07 pagi    [Edit]
liyna...bersalin tu dugaan masing-masing. semua orang ada
pengalaman sendiri, walau apa pun bersyukur lah sempurna
jadi ibu dan selamat melahirkan zuriat..bertambah lah umat
islam kat dunia ni..

company ada sponsor utk bersalin? ok le tu...company saya
jangan harap lah, bab bersalin ni sendiri bikin, sendiri tanggung lah

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

sue_afrida
Ahli Baru
20. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 11:59:53 pagi    [Edit]
hai.......sume

mawarrimba....
awk bersalin kat mana yer........sy kat area serdang nih

hmmm..............
citer ler macam mana pengalaman bersalin......sakitnya cam mana yer.......maklumlah anak first.....kekadang fikir seriauuuuu gak.....hehehehehe ......tapi berserah pada kuasaNya....

liyna......
yg kata pasal tulang punggung /pelvic bone tuh kan.....dia salah satu sbb punggung kiter kecik ker apa........atau sume tuh tak ada kene mengena......sue skrg 4 bulan.....doa ler sume selamat.

* Mesej ini telah disunting oleh sue_afrida pada 12hb Oktober 2005, 12:02:07 tghari

202.184.41.:-)

aliyna
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 1:30:33 tghari    [Edit]
keen,
Doctor delaila tuh ada org serasi dgn dia serasi..
kalau idak tak ngam.. sekarang pun dia dah ramai patient..
tapi yg best nye leh ge jugak kat klinik dia kat S tu.
senang sket..

Dr delaila nih garang ngan nurse tapi ngan patient dia ok..
tapi charges dia mmg mahal sket.
staff SJMC mmg liyna suke la..
labour room pun okay.. midwives alhamdulillah..
tunggu time appmt tuh biasa la.. mmg jenuh sket

mawarrimba,
tu ler alhamdulillah.. company tanggung RM2000
pastuh insurance RM1500
ok la kan....

sue_afrida
tulang punggung tuh tak semestinye badan beso dia beso..
doktor akan ckp nnt..
takper.. pengalaman setiap org berbeza...
sakit pun berbeza tiap satu nya...
bykkan istighfar...
macam liyna bersalin lama sket..
tapi alhamdulillah anak2 senang maintain..
kite berdoa je pada allah kay...

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 2:30:45 ptg    [Edit]
ye sue afrida...betul kata liyna tu. pengalaman bersalin ni
tak sama meskipun utk diri sendiri. anak pertama lain, kedua
pulak lain dan seterusnya...cuma dari pengalaman lah kan..
mungkin, saya pun tak berani kata 100% semuanya dgn kehendak
dan izin allah. cuba amalkan membaca surah Yasin. kerap kali,
kalau mampu setiap hari, insya-allah tak sakit semasa bersalin..
cuba lah kan..ikhtiar...insya-allah...

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

ida2505
Ahli Baru
23. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 4:29:10 ptg    [Edit]


qistina, pernah deliver kat ppum kan? facilities kat sana mcmana ekk? leh book utk bilik sorang2 or sharing.

atau ibu2 kat sini yg pernah deliver kat ppum.. maybe we share s.thing.
ida plan nak deliver kat specialist hukm tapi jauh ckit dgn umah. ppum lagi dekat tuh yg terpk nak sana jer

202.188.132.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
24. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 08:43:14 pagi    [Edit]
my fren bersalin kat ampang puteri specialist,kena RM15 ribu.sbb dia operate n duk sana pun seminggu...

a'ah la..nak tahu gak ppum tu ok ke?yg pastinya dengar citer hospital klang (ampuan rahimah tu) mmg very2 worst.teruk sgt2..tapi mmg pun..adik ipar saya sakit n dah amik air tulang belakang,tapi doktor situ tak tahu lagi adik saya tu sakit apa.lastly bawak ke hospital selayang,amik skali lagi air tulang belakang,sekejap je doktor dah tahu dia kena SLE.

so,kpd sesapa yg plan nak deliver kat gomen,pikir le byk kali spital klang tu kan...menggerunkan je..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

aisyatin
Ahli Setia
25. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 09:26:46 pagi    [Edit]
saya bersalin tiga2 anak ngan dr fauziah, Ampang Puteri. Nasib baik company bayor. So far ok la, layanan kat APSH ni kira memuaskan la.

Dah anak ketiga baru I tahu yg Dr ni wife lecturer I masa study dulu...kecik tul dunia.Best ngan Dr Fauziah sbb dia pandai buat lawak, pastu dia ni alim, selalu beristighfar, selalu baca bismillah bila nak buat apa2. Kita pon jadi lega sbb selain dapat bantuan dari Dr, dia pon sama2 berdoa kepada Allah.

antara swasta dgn kerajaan, bergantung kpd kemampuan, sakit bersalin tetap sama. Tapi kalau kat swasta perasaan selepas bersalin tu lebih tenang sbb kita dapat bilik yg selesa, senang kengkwan nak dtg melawat, kira lebih privacy lah.

144.199.176.:-)

sistma
Ahli Baru
26. Dihantar pada 13hb Oktober 2005, 4:07:46 ptg    [Edit]
,

ida2505,
saya blum bersalin lagi tapi tengah survey utk bersalin kat um specialist centre, private wing utk ppum...

kat umsc ni, ada sorang je specialist pompuan, prof siti zawiyah..baik, peramah...baru sekali check up ngan dia, first check up kena la dalam rm89.sabo je la...

klinik prof siti start pukul 5-8 selasa n rabu sahaja, kalau bulan puasa sabtu sahaja...

rate bersalin normal...start dari rm2500-3000, operation rm4,500-rm5,000.
tapi bilik dia sebilik sorang, ada sofa bed utk husband tdo n bersalin pun dlm bilik yang sama...nampak cam selesa la

kalau kat ppum, rate utk govt servant, normal 1% je kot dari kos, provided bwk gl la...kalau tak RM530, utk operation tak sure...

jenis bilik, mostly 4 org sebilik, 2 org sebilik pun ada,bilik utk 1 org ada satu, n normally dia prepare utk kecemasan je la n ikut nasib la kot....

kalau part dr. plak, macam2 jenis ada, pelatih ada specialist pun ada, ikut keseriousan kes bersalin la...tapai kalau umsc kita blh pilih any specialist yang kita nak...

ni info yang saya dapt by calling ppum, sorry kalau ada yang tak betul.
leh call diorang utk confirm balik.

219.93.8.:-)

maz3d
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 15hb Oktober 2005, 1:46:34 tghari    [Edit]
mama_shafiq...........tQ bagi info pasal hospital klang tu...x sangka pulak sampai
camtu sekali service dorang ni....kalau area shah alam mmg susah nak cari hospital gomen ni....

Aliyna.........insurance apa tu yg cover bersalin sekali...boleh ler share kat sini..pastu ambil package yg mana satu...tQ

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 10:02:09 pagi    [Edit]
ye lah, jarang dengar orang bersalin claim insurance ye..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

aliyna
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 10:57:46 pagi    [Edit]
maz, mawar,

nih plan amik thn 99 dulu... depa dah tak jual dah..
nama dia AIA ladies special... mmg special plan nih
byk benefit.

Tapi kalau tak salah ada gak takaful untuk bersalin nih
try ler tanye

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 2:59:55 ptg    [Edit]
ye lah liyna, mawar tak pandai sgt bab bab insurance ni..

macam-macam ada...macam Astro gak kan...ni ha, plan utk
hari raya pun ada...insurance utk beberapa hari...hehehe

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

mie8777
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 4:16:00 ptg    [Edit]
prudential pun ada gak

namanya PRULADY.
Bukan bersalin sahaja, berkahwin,, bercerai, melahirkan anak, keguguran.. dan macam2 lgi.

Berapa cover bergantung kpd premium kitalahkan...

--------------
Advisor Prudential Assurance 0122332845 ~ Hidup Jangan Jadi Mangsa

210.186.40.:-)

aliyna
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 11:47:25 pagi    [Edit]
hah apa lagik kengkawan..
sign up jek ngan mie tu...
nnt senang takyah nak pikir2 nak carik duit dah...

kan mie kan kan kannnnn


- saya bukan agen insurance ar... ada plak PM nak beli insurance ngan kite

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

maz3d
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 12:41:01 tghari    [Edit]
Boleh citer sikit saper ada pengalaman bersalin kat hospital putrajaya..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

kamar401
Ahli Aktif
34. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 12:55:00 tghari    [Edit]
ha ah la..nak tau gak saper penah bersalin kat hosp. putrajaya tu?
saya dok kat putrajaya...asben ckp biar ada la..sorang anak dia lahir kat putrajaya nih...risau gak hosp. gomen nih...tak pernah lagi bersalin kat hosp. gomen, 4 anak semua kat hosp. swasta...tak kena bayar pe2 pun...semua company asben tanggung...

* Mesej ini telah disunting oleh kamar401 pada 19hb Oktober 2005, 12:56:05 tghari

--------------
bersama HERBALIFE - membina keyakinan diri....ctc wan 019-2776889

219.95.19.:-)

maz3d
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 06:18:51 pagi    [Edit]
kamar401..............bertuah la badan sbb dpt bersalin free kat hospital swasta...
Kalau ikutkan sekali bersalin tu kene kos berapa yer?...

Betul ker kalau bersalin kat hospital kerajaan xde bius masa doktor jahit luka kita yg digunting tu......
Seram gak la sbb sakit giler tu....saper pernah bersalin kat hospital kerajaan..
Bolehla story sikit...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

serena
Ahli Baru
36. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 1:36:51 tghari    [Edit]
dengar cerita kawan-kawan, hospital putrajaya ok jugak.
tapi ikut nasib la kot ek.. hospital gomen ni ada cerita yang didengar ok..
tapi ada jugak dengar yang tak bape ok.. esp bab layanan la

gabra jugak.. ni pengalaman pertama nak bersalin.. nak pi hospital
mana kan? emmmm...

202.190.100.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 22hb Oktober 2005, 00:33:33 pagi    [Edit]
serena..
kwn baik sha pernah bersalin kat hosp.putrajaya..sha pun dah pernah melawat dia kat sana..kelas le tmpt dia..siap ada lampu tidur kat kepala katil..ada langsir sendiri..dia duk kat 3rd class je tu..kalau 1st/2nd tak tau le camne biliknya..mau cam VVIP ..layanan nurse2 dia lemah lembut je..


nak tanya..ada sesapa pernah bersalin kat hosp.seremban???

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

61.6.58.:-)

maz3d
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 22hb Oktober 2005, 10:50:22 pagi    [Edit]
Ashsha...........Betul ker sampai camtu sekali bagusnya hospital putrajaya tu...
Kalau boleh nak dgr lagi komen pasal hospital ni.....
takut masa jahit tu x bius..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

aliyna
Ahli Aktif
39. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 09:28:06 pagi    [Edit]
maz...

jgn risau pasal jahit tuh..
dah sure tak rasa punya... hehehe...

--------------
*Allah berkati kita semua*

202.186.33.:-)

maz3d
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 2:25:37 ptg    [Edit]
Aliyna...........akak maz la yg citer masa jahit tu x bius sampai nangis dia sbb
x tahan...Hospital kuala kubu..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
41. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 08:08:20 pagi    [Edit]
maz...jgn risau, masa jahit tu tak rasa langsung..
ada bius...sebelum jahit, doktor tu cakap,
kena cucuk dulu nanti tak lah sakit...maksudnya bius la tu..

lagi pun bukan banyak jahitnya...
bila dah dpt tengok muka baby tu, lupa semua,
lega...bila dah selamat semua..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

maz3d
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 12:59:06 tghari    [Edit]
mawar..........kalau betul camtu lege la skit hati ....Akak maz ari tu ada buasir..
masa tgh teran(push) baby tu buasir tu kuar sekali...doktor gunting sekali sbb
tu masa jahit tu sakit..akak kata masa jahit yg dlm tu ok jer tapi masa jahit
kulit yg luar tu yg sakit giloss... ...Hospital kuala kubu tu mmg Ulu
tempatnya sbb tu la teruk sikit layanan/kerja dorang....tq share info

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
43. Dihantar pada 26hb Oktober 2005, 12:15:32 tghari    [Edit]
oh iye ke maz....ada gak dengar cerita pasal buasir ni..
rasa akak lah kan...tu sbb yg jadi sakit giloss tu...
kalau normal je, insya-allah...seronok beranak ni...suatu
nikmat yg tk terhingga. bukan semua org ada pengalaman
tu tau..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

maz3d
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 28hb Oktober 2005, 2:17:06 ptg    [Edit]
quote:
ha ah la..nak tau gak saper penah bersalin kat hosp. putrajaya tu?
saya dok kat putrajaya...asben ckp biar ada la..sorang anak dia lahir kat putrajaya nih...risau gak hosp. gomen nih...tak pernah lagi bersalin kat hosp. gomen, 4 anak semua kat hosp. swasta...tak kena bayar pe2 pun...semua company asben tanggung...



kamar ....boleh refer kat sini...penat gak cari nih..

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=8061

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.107.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 30hb Oktober 2005, 01:53:46 pagi    [Edit]
maz3d..
apa yg sha citer,itu pengalaman kawan sha.sampai dia offer,klu sha nak 'anak putrajaya' ,bgtau dia..sha kena guna alamat umah dia..dia kata lagi,seronok bersalin kat hosp.putrajaya...rasa mcm malas nak balik umah..

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

61.6.58.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
46. Dihantar pada 11hb November 2005, 07:59:46 pagi    [Edit]
kalau macam tu, orang putrajaya boleh le beranak
tiap tiap tahun ye...sampai dah tak nak balik umah heheheh

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
47. Dihantar pada 21hb November 2005, 2:31:02 ptg    [Edit]
ada tak yang baca berita hari ni, seorang ibu bersalin
secara pembedahan kat Hospital Klang, pastu ada tertinggal
gumpalan kain dan tali kat dlm perut beliau.
ish..menakutkan, hospital ni mmg banyak rekod buruk ye.
sesape yang tinggal kat kaw. sinun, lebih baik cari
hospital swasta atau alternatif lain utk bersalin.
bayangkan benda tu dah bernanah dan hampir 6 bulan duduk
kat dlm perut...hi...nauzubillah..terjadi benda-benda camgini
kat kite ek...

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

cikwan
Ahli Aktif
48. Dihantar pada 21hb November 2005, 2:38:40 ptg    [Edit]
isk, betul ker mawar?? ngerinya dengar.... cikwan tak baca berita lagik ari ni.......

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

maz3d
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 21hb November 2005, 3:16:49 ptg    [Edit]
sha....cakap la dgn kwn tuh bagi ma3d tumpang sekali hehehe ...xdelah gurau jek ...

mawar ...maz3d ada gak terbaca pasal kes tuh...hospital klang nih mmg byk rekod buruk..patut la member kat MDC nih pesan jgn bersalin kat sana..Yg geramnya dia tu dah beberapa kali pegi hospital tu cakap pasal sakit perut..cuma bagi ubat jek....nasib mak dia x bagi lagi berurusan dgn dorang dan tross ke hospital seremban jek.....eeee teruk betullll ...saman jek

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

maz3d
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 21hb November 2005, 3:31:16 ptg    [Edit]


quote:
Edisi Nasional: Kain dalam perut
Oleh Khalid Yasin
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: “Saya sering sakit perut yang amat sangat dan sudah beberapa kali merujuk kepada pihak HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) tetapi cuma diberikan ubat tahan sakit dan antibiotik,” katanya Mariam Haron, 33, yang terkejut punca kesakitan itu disebabkan kewujudan benda asing dipercayai kain dan tali di dalam perutnya.

Menurutnya, selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Seremban, di sini, Jumaat lalu, doktor mengeluarkan benda asing itu dari dalam perutnya.

Dia yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Sijangkang, Klang, berkata benda asing itu dipercayai tertinggal dalam perutnya selepas menjalani pembedahan melahirkan anak di HTAR, Klang, pada 15 Jun lalu.

Sejak itu, katanya, dia sering sakit perut dan merujuk kepada pihak HTAR untuk rawatan selain klinik swasta.

Pada mulanya, doktor memberitahu ibu kepada lapan anak itu bahawa ada ketulan darah beku di dalam perutnya menyebabkan dia sering sakit perut.

“Setiap kali pergi mendapatkan rawatan saya hanya diberi ubat tahan sakit dan antibiotik.

“Kali terakhir saya menjalani rawatan di HTAR pada 19 Oktober lalu, dan selepas menjalani saringan, doktor tidak memberitahu masalah yang saya hadapi tetapi meminta saya menjalani pembedahan pada 16 November lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Mariam berkata, ibunya yang berada di Muar tidak membenarkannya menjalani rawatan di HTAR lagi kerana bimbangkan keselamatannya.

Mangsa diminta merujuk kepada seorang kenalan ibu di bandar ini yang kemudian membawanya ke hospital pakar itu.

“Saya dinasihati doktor pakar supaya menjalani pembedahan segera. Selepas menjalani pembedahan selama lebih dua jam setengah mulai 11 pagi, doktor mengeluarkan segumpal benda asing itu dari dalam perut saya.

“Doktor memaklumkan, saya perlu menjalani pembedahan kerana bahagian yang terlekat benda asing itu sudah bernanah dan belum pecah yang boleh menyebabkan masalah lain pula,” katanya ketika di temui di wad 211, Hospital Pakar Seremban, petang semalam.

Turut berada di sisinya ialah suaminya Ahmad Nazri Abdullah, seorang peniaga kain di pasar malam sekitar Klang, Selangor.

Ahmad Nazri berkata, isterinya itu menderita sakit perut selepas balik daripada menjalani pembedahan melahirkan anak kelapan.

“Masalah kesihatannya menyebabkan perniagaan saya terganggu dan terpaksa beberapa kali tidak berniaga hingga menjejaskan pendapatan saya untuk menyara keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia akan mendapatkan nasihat daripada keluarga sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap HTAR.

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005