Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulkaedah 1435 @ 02hb September 2014, 05:03:02 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh nak tanya : angin ahmar
shrek
Ahli Baru
1. Dihantar pada 06hb September 2005, 03:57:41 pagi    [Edit]
assalamualaikum...ada tak sesiapa yang tahu tempat urut/ rawatan utk angin ahmar. mak saya dah 3 bulan lebih kena stroke ni...sebelah kanan..dah recover sikitla...alhamdulillah..tp, dia ada terdengar sebuah klinik kat area melaka yg boleh pulihkan penyakit ni...so, ada sesapa yg tau tak???mak saya dgr dlm TV ari tu...tp tak dpt amik no telefon...for your info, saya kat skudai...kalau ada kekawan yg ada info ttg mana2 tempat rawatan especially kat melaka tu tlg inform saya k...many thanks...

--------------
yuhuuu...anybody there??

161.139.100.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 06hb September 2005, 04:38:09 pagi    [Edit]
penah baca lam internet pasal stroke nih.. yang lam simpanan MR kalau angin ahmar..ada sorang imam kat melaka..insyaAllah.. coz baca tru internet..mak dia gi berubat kat melaka ngan imam nih....shrek try la call ye ..

Address:
Tuan imam Hj Mazlan
ms 15, ayer merbau
777200 jasin Melaka
Tel : 06-5297051
Waktu Rawatan: sabtu - Khamis : 8 pagi-12.30 noon, 2-5pm & Jumaat - 8pg-12 noon, 2.30-5pm.

Seeloknya dalam masa 3 hari kena stroke nih bawak jumpa coz masa tu urat lembut lagi..tp kalau dah lama takes time skit la kot.. tp kita usaha dan tawakal ajer la kan.. good luck..

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

dadidu
Ahli Baru
3. Dihantar pada 06hb September 2005, 06:36:25 pagi    [Edit]


Betul, imam Mazlan tu memang dah terkenal untuk mengubat angin ahmar,org melaka biasanya berubat kat situ kalau diserang angin ahmar..insyaAllah...

203.106.198.:-)

lissa
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 06hb September 2005, 09:27:17 pagi    [Edit]
yup...betul tu...dpt email pasal imam Mazlan ni then forward tu my relatives. Makcik saya pernah bawa ayah dia berubat. Lagi cepat lagi elok..

--------------
:: tO rEmeMbEr a LitTle soMetHinGs ::

203.106.31.:-)

yatz
Ahli Baru
5. Dihantar pada 06hb September 2005, 09:43:56 pagi    [Edit]
sori Shrek I tak der plak tempat-tempat nak berubat ni..cuba Yatz ada satu ayat yang boleh di amalkan (bacalah sekali walau seumur hidup) untuk mengelak dari kena Strok ni..insyaallah jika di di amalkan..

ANGIN AHMAR

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Doanya seperti dibawah;








ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .

--------------
aku gadis melayu

192.85.47.:-)

Teja_77
Ahli Setia
6. Dihantar pada 07hb September 2005, 01:54:16 pagi    [Edit]
yatz

bole pm kat teja tak doa tu.kecik sangat.teja try copy tapi dia kelua terbaliklah. masalah tu.

219.95.90.:-)

shrek
Ahli Baru
7. Dihantar pada 07hb September 2005, 06:34:49 pagi    [Edit]
mrs. red and kekawan yg lain..thanks for your feedback... ,mmg lepas kena terus bwk berurut..at the same time, follow-up gak kat hospital, buat CT scan and fisioterapi...skang ni je dah stop kejap..nak ikhtiar ke tempat lain plak..rasa2nya ngan Hj mazlan ni dah try jgk..tp 3x je..nanti saya tanya abah dulu..sebab dia yg bwk mak p jasin ni....lagi satu..doa angin ahmar tu jgn baca byk2..cukup sekali je..kalau kita baca selalu, jin tu akan datang makin dekat ngan kita...ni pesan org2 yg urut mak saya le...mula2 dulu excited gak baca..konon2 pelindung..anyway, Allah yg maha berkuasa...setiap penyaking tu kita anggap sebagai penebus dosa2 kita yang lalu..kena reda..i'allah

--------------
yuhuuu...anybody there??

161.139.100.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 08hb September 2005, 08:52:43 pagi    [Edit]
Shrek : saya tumpang rasa sedih bagi pihak kawan-kawan MDC dan saya doakan mak kamu cepat sihat dan kembali seperti biasa. Ketahuilah bahawa mak kamu tu tergolong dari orang-orang yang disayangi Allah S.A.W. dan diRahmati-Nya. Insyaallah.

Saudara terdekat saya ada juga yang terkena angin Ahmar ni. Jadi yg pentingnya sokongan moraL itu banyak diperlukan dari kalangan ahli keluarga terutama suami dan anak-anak. Semuga cepat sembuh.

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.111.217.:-)

yatz
Ahli Baru
9. Dihantar pada 09hb September 2005, 02:47:04 pagi    [Edit]
teja, dapat tak PM saya??

--------------
aku gadis melayu

192.85.47.:-)

abirr
Ahli Setia
10. Dihantar pada 17hb November 2005, 3:00:21 ptg    [Edit]
shrek ..
abirr tumpang simpati..ayah abirr dulu pon kena angin ahmar..yg penting skali bila kena angin ahmar ni ialah pemikiran pesakit tu sendiri..kalo boley jgn bagi dia sedey..tension..marah..sbb serangan kedua boley terjadi..try penuhi apa yg dia nak..and happykan dia..

org kata elok tanam badan tu kat tepi pantai waktu matahari naik and terbenam..macam dlm cerita'sekeras kerikil' tu..tu pon kalo tempat awak ada pantai..

--------------
abirr1437..:D

218.111.172.:-)

moshi
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 19hb November 2005, 2:07:14 ptg    [Edit]


Apa yang disampaikan oleh yatz itulah sebenarnya ADALAH JELAS tentang 'SERANGAN AHMAR' yang menjadi topik tuan rumah dan masaalah semasa tentangnya.

BERLINDUNG ADALAH LEBIH MUDAH DARI MENGUBAT.
Apabila kita menyedari punca serangan datang dengan tiba-tiba MENGIKUT KELEPASAN ALLAH SWT TERHADAP SIAPA YANG DIKEHENDAKI,
ikhtiar kita ialah berada dalam YANG DILINDUNGI ALLAH SWT.

BAGI YANG TELAH DISERANG sama ada diri atau keluarga,
ALLAH SWT DALAH PENOLONG YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG,
melalui kekasihNya Rasulullah SAW telah diberikan contoh,
maka ikutilah jalan Baginda SAW, semuga selamat.
yang pasti, MEMANG PASTI !!!
APABILA MELALUI 'AL QURAN' TIDAK DAPAT MENYEMBUHKAN PEYAKIT ITU',
nescaya
TIDAK ADA SESIAPA LAGI DAPAT MENYEMBUHKAN...
MELAINKAN MENANTI MAUT.
InsyaAllah.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.238.:-)

kacang_rebus
Ahli Setia
12. Dihantar pada 19hb November 2005, 8:56:39 mlm    [Edit]
shrek..

Angin ahmar mmg bahaya..
kalau ke hospital pun doktor kata mmg tak ada ubat..
doktor cuma bagi sokongan moral & semangat..
so boleh cuba perubatan alternatif..
Setiap penyakit ada penawarnya..

Boleh cuba berikan tf...insyaAllah sembuh dgn IzinNya..
saya sendiri dah nampak depan mata..
mula2 mcm tak percaya...tp tulah hakikaynya...
tp takde yg mustahil..dah nampak sendiri..
mmg tf ni 'miracle molecule'...
& clinical report ttg tf ni pun byk..
dah terkenal di USA & Russia..
cuma baru di market Malaysia...

Skudai di mana?
maybe we can meet..
i pun kat JB..

219.95.183.:-)

Hana_Iylia
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 21hb November 2005, 9:41:22 mlm    [Edit]

boleh tak PM kat hana jugak? sbb kecik sgt la..susah nak baca..
doa nie..dlm al quran ade tak? boleh kasi tau..dr surah ape..dr ayat ke berapa hingga ke berapa? senang sket..

hana penah dengar org bercakap..
kalau org ade niat busuk.. dia akan guna iblis/syaitan..ganggu org kat bilik air..kasi jatuh..bila jatuh tu..akan diserang angin ahmar..
sbb tu, kena berhati hati kat bilik air..

dan selalunyer.. org org yg kena angin ahmar nie..(yg hana kenal & tahu)..sumer dah pass away...termasuk la mak kawan hana baru baru nie..
amin..semoga dicucuri rahmat..

--------------
I hate myself the fact I dont hate you at all!

219.95.159.:-)

mexico
Ahli Setia
14. Dihantar pada 22hb November 2005, 09:05:48 pagi    [Edit]
,

Psl angin ahmar ni ada buku dia. Cubalah cari kat kedai buku. Ada sekali dgn doa dia sekali. Nipis aje, tp doanya panjang.

Semoga Allah menyembuhkan penyakit mak shrek tu. Aaamiiin...

* Mesej ini telah disunting oleh mexico pada 22hb November 2005, 09:06:26 pagi

202.184.41.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005