Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 3hb Syawal 1435 @ 31hb Julai 2014, 03:11:28 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh JAMU : jamu oh jamuuuu...!!!
sha_aida
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 07hb Ogos 2005, 6:15:16 ptg    [Edit]
boleh mintak tolong skit tak???
saper2 kat sini penah cuba buat jamu sendiri....
sha aida ader amalkan jamu dari mustika ratu...
ermmm tapi raser cam tak cukup jer...

saper2 penah buat jamu untuk perempuan yang blom kawen...
cuba bagi resepi die...

contohnya: 5 sudu lada hitam, 2 inci halia and so on...


cuba bagi respi lengkap dan peminumannya....
plzzz.... nak sangat2 cuba minum jamu yang buat sendiri....

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.191.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 06hb September 2005, 02:15:02 pagi    [Edit]
aida,
Rasanya jamu puteri Mustika Ratu tu dah OK dan memadai untuk anak-anak dara ni..Dulu saya pon amalkan jamu tu sejak umur 15 thn lagi. Bila dah kawen tukar jamu yg lebih sesuaila. SEBABnya masa tu period tak teratur so mak belikan kat kedai jamu..Serasilah pulak.

Kalau untuk yg dah kawen memang perlu extralah terutama yg pernah melahirkan anak..Yelah org pompuan, dalaman kena jaga selalu bagi sihat barulah terbit keceriaan luarannya..

Kalau untuk homemade jamu (saya dapat resepi dr satu magazine..lama dah tapi pernah cuba )

Asam Jawa sebesar ibu jari- tanpa biji
Halia 1/2 inci - tumbuk
Kunyit hidup 1/2 inci -tumbuk
Kulit kayu manis - 2 inci (sebatang tu)
Bunga lawang
Bunga cengkih
2 sudu teh gula merah
Madu secukupnya
Kuning telur ayam kampung


Didihkan asam jawa bersama semua bahan kecuali telur ayam dan madu.
Bila dah mendidih, tapiskan dlm gelas biar suam-suam kuku
Tambah madu dan kuning telur kacau sebati dan minum (kalau boleh senafas)

For anak dara rasanya lebih elok just amalkan ulaman atau pun jus pegaga..tak pun boleh amalkan air rebusan daun sireh setiap kali lepas period..Bagi kesegaran badan dan lancarkan peredaran darah. For sure muka pon berseri-seri jer..Insya allah

* Mesej ini telah disunting oleh mamanisa pada 06hb September 2005, 02:16:29 pagi

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

60.48.36.:-)

cikAlong
Ahli Setia
3. Dihantar pada 06hb September 2005, 02:22:43 pagi    [Edit]
air rebusan sireh tu mcm mana mamanisa?

219.93.8.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 06hb September 2005, 02:52:49 pagi    [Edit]
hi cik along..lama aa sepi sejak MDC demam hari tu..

Ok air rebusna sireh tu simple jer...

Ambil beberapa helai daun sireh yg fresh -cuci bersih
2 cawan air

Rebus sampai mendidih (seeloknya api perlahan) sehingga tinggal secawan jer airnya (anggaran la kan) Pastu saringkan (tapis)
MINUM time suam suam kuku..Elok minum selepas habis period..Buatlah 3-5 hari berturut-turut dlm sebulan ker..InsyaAllah.

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

60.48.36.:-)

cikAlong
Ahli Setia
5. Dihantar pada 06hb September 2005, 05:55:49 pagi    [Edit]
heheh..ahah...senyap sat...rindu ke mamanisa? heheh...pahit tak kak?nak try la..kalau waktu2 biasa minum, ok tak?

219.93.8.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 06hb September 2005, 08:05:21 pagi    [Edit]
cik along,

nak minum time bias apon boleh tapi lepas peroid tu nak bagi pulih balik badan..yelah period kan darah keluar..so lepas tu kira paling mujarab la..

Selain tu air rebusan ni elok juga buat cuci private part terutama time period dan elak masalah gatai/ keputihan...

Rasa dia tak adalah pahit atau kelat ker..pedar sikit jer..(bukan pedas tau)..Tapi tak ada efek sgtlah rasa tu mcm berangin gitu jer...Minum suam-suam kuku memang sekali teguk jer secawan tu.

Selain tu bagus untuk rawat keputihan di samping kembalikan seri wajah.

Boleh lah cuba secawan dulu..pastu mesti suka punya..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.183.:-)

cikAlong
Ahli Setia
7. Dihantar pada 06hb September 2005, 08:17:46 pagi    [Edit]
roger n out...habih la sireh kat umah..susah pulak mak kite nak carik sireh nak wat sireh junjung org kawen..huhu

219.93.8.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 15hb September 2005, 08:54:32 pagi    [Edit]
jamu yang mamanisa bagi tuh...
sesuai ke untuk anak dara...??

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

60.48.56.:-)

cikwan
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 15hb September 2005, 09:52:00 pagi    [Edit]
kalau tak silap cikwan, area india jual bunga kat jalan pudu tu banyak sireh... ala... dekat mcdonalds sebelah putra masjid jamek tu.... boleh arrr borong.....

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 16hb September 2005, 01:27:28 pagi    [Edit]
dekat chow kit pun senang nak dapatkan rempah jamu...
tapi tak suka la makan jamu..panas!!

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

202.184.60.:-)

by_n_gelz
Ahli Baru
11. Dihantar pada 16hb September 2005, 02:07:09 pagi    [Edit]
b_e_g penah makan jamu ker?

ada kawan2 sebaya mak by_n_gelz amalkan jamu...kesannya diaorang nampak muda dari usia sebenar.....tengok macam 25tahun sekali tu dia kata umur dia dh 38tahun....

penah nak cuba gak tp takut panas

--------------
aku tanpa cintamu

60.48.177.:-)

ct_arter
Ahli Setia
12. Dihantar pada 16hb September 2005, 04:14:10 pagi    [Edit]
nak tunpang tanya...ader tak yg tau pasal jamu mak dara yg diusahakan oleh auntie halimah..tukang masak terkenal dr johor

--------------
tanpa keberanian hidup tak bermakna

61.6.35.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 16hb September 2005, 07:32:35 pagi    [Edit]
by_n_gelz

beg pernah cuba makan jamu untuk lancarkan cik p. tapi..ya Allah..tido malam rasa cam panas je kat dalam badan tapi jamu tu pun memang home made bukan yg jual biase kat kedai tu, tu khasiat die memang kuat sikit,cepat terasa. tapi cik p memang ok, pastu terus stop mamam.
kalau utk awet muda tu x sure la pulak, sebab beg pun muda lagi,ahaks

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

202.184.60.:-)

mama_aina
Ahli Baru
14. Dihantar pada 29hb September 2005, 08:02:56 pagi    [Edit]
ada tak sesapa mengamalkan jamu untuk menjarakkan kelahiran anak??

219.93.8.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005