Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Dzulhijjah 1435 @ 22hb Oktober 2014, 8:13:08 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Makna angka : Apakah makna angka / nombor dalam islam
izalana
Ahli Setia
1. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 11:39:33 pagi    [Edit]


Saya mahukan kepastian setiap makna angka2 atau nombor2 dlm islam
kebanyakan kawan2 saya tahu makna angka dlm bangsa lain...
saya nak tahu angka dr 0-9 pun sudah memadai...
bagi sesiapa yg tahu dan nak berikan pendapat silakan...

maaf kalau ada yg tak faham pertanyaan saya...

--------------
~LiFe MuSt Go On~

203.106.93.:-)

rashna
Ahli Setia
2. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 11:52:47 pagi    [Edit]
rasanye no ganjil kan....

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menguasainya akan memasuki al-Jannah. Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa), Dia suka kepada yang ganjil”.

wallahualam...

--------------
"Wahai Tuhanku,kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"

219.94.111.:-)

moshi
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 3:23:51 ptg    [Edit]

Salam.

izalana, rashna dan netters yang dihurmati.

Harus memang saya kurang dapat memahami maksud persoalan yang diajukan.

Adakah rahsia 'angka @ bilangan' yang bersangkutan dengan,
* RAMALAN BINTANG DUABELAS
* RAHSIA ANGKA SEPERTI KEPERCAYAN 'KOD 19'
* SIMBUL PENGGUNAAN ANGKA "UNTUNG-RUGI"
atau apakah yang menjadi maksud soalan 'ANGKA' ?

Mudah-mudahan mendapat penjelasan PERSOALAN yang tepat,
"MAKNA ANGKA DARI SUDUT MANA ?"
kerana apa yang dimulakan ada menyebutkan ... bangsa asing tahu tentang makna angka...
maka haruslah tuan rumah mahukan penjelasan betapa Islam lebih tahu, kerana Islam adalah 'sempurna' !!!
barangkali

Wallahu a'lam.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

izalana
Ahli Setia
4. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 4:41:45 ptg    [Edit]


moshi,
begini... cthnya mcm angka 8 pd cina ia membawa maksud untung angka 4 pulak pd cina membawa maksud buruk...

so, skrg ni saya nak tau betul ke angka 8 pd melayu membawa maksud buruk... cth 9 maksud kekal

saya cuma mahukan kepastian... dan juga utk pengetahuan jugak...
memanglah kadang2 tu kita tak boleh percaya sangat tapi kalau utk ilmu pengetahuan jer bolehlah...

* Mesej ini telah disunting oleh izalana pada 04hb Ogos 2005, 5:17:13 ptg

--------------
~LiFe MuSt Go On~

203.106.93.:-)

moshi
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 4:58:27 ptg    [Edit]

Salam.


izalana dan netters yang dihurmati.

Tentang untung atau kes i a l an 'angka tertentu',
bagi kepercayaan kaum termasuk Melayu, saya memang tidak tahu.

Sebaliknya;
Setahu saya mengikut As Sunnah,
SAYA BELUM MENEMUI HUJAH ADANYA KEUNTUNGAN ATAU s i a l DARI ANGKA-ANGKA TERTENTU.
Sebaliknya, keyakinan demikian harus 'merusakan iman Islamnya'


Tidak lah saya tahu jika ada dikalangan netters yang lebih ariff ada hujah tentang 'angka' ada peranan 'untung atau kes i a l an'.

Wallahu a'lam.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

krismann
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 7:02:45 mlm    [Edit]
izalana: Makna nombor yang kamu maksudkan itu hanyalah kepercayaan kaum-kaum tertentu sahaja dan ia tidak mempunyai asas atau bukti yang kuat untuk dijadikan ilmu atau panduan. Contohnya: Kebanyakan orang Cina mempercayai nombor 4 itu s i a l kerana bunyi sebutannya (si/sai) sama dengan perkataan "mati" sementara kebanyakan orang India pula mempercayai nombor 4 itu beruntung. Begitu juga ada orang-orang di Barat yang percaya bahawa nombor 13 itu s i a l .

Pengaruhnya menular hingga kita melihat pemilik/penghuni bangunan tinggi yang menukar aras 4 kepada aras 3A dan aras 13 kepada 12A sedang pada hakikatnya aras-aras itu tetap aras 4 atau 13. Harap kita jangan terikut-ikut, sebab ia terang-terang satu superstition atau jika dipandang dari sudut agama; ia adalah tahyul kerana nombor tidak mempunyai sebarang kuasa.

Setahu aku, samada dari segi budaya bangsa atau pun pegangan agama, kita tidak mempunyai sebarang tradisi yang memberi sebarang nilai kepada mana-mana angka selain dari nilai matematiknya. Cuma kita mengutamakan nombor ganjil kerana Tuhan itu satu, nombor satu itu ganjil dan kita diajar yang Tuhan sukakan yang ganjil; bukan kerana nombor-nombor itu mempunyai sesuatu pengaruh luar biasa.

Tetapi terdapat gerakan yang memberi nilai nombor kepada huruf-huruf dan ada orang yang menggunakan hasil angka-angka itu untuk menilik itu dan ini. Kaedah yang dipanggil Numerology ini bukan satu cabang dari ilmu-ilmu Islam, tidak mempunyai sebarang bukti saintifik dan rasanya ia tidak pernah diiktiraf oleh para ulama.

Walaupun begitu, nilai nombor pada huruf ini ada digunakan juga digunakan oleh orang-orang Islam untuk tujuan tertentu; contohnya Basmallah lengkap diberi nilai 786 seperti yang kita lihat sering digunakan orang-orang India Muslim. Tujuannya semata-mata adalah sebagai pengganti ayat-ayat suci di papan tanda atau kepala surat misalnya, sebagai tanda pengenalan (yang pemiliknya itu Muslim) dan untuk mengelakkan dari berlaku tidak hormat kepada ayat-ayat suci ketika papan tanda atau surat itu dibuang kelak.

------------------------------------------------------------

p/s Kod 19 yang dibawa oleh Dr Rashad Khalifa yang disebut oleh Moshi di atas adalah sesuatu yang menarik dan mungkin boleh dibincangkan dibawah topik lain. Apa kata Ustaz Moshi?

--------------
Falling into you...

218.111.186.:-)

moshi
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 9:30:44 mlm    [Edit]

Salam.

sdr krismann, izalina dan netters yang dihurmati.

JKKK diatas penjelasan krismann yang harus memuaskan banyak pihak.
'kod 19', kenalah sekali lagi saya buat rujukan,
kerana ianya sesuatu yang mempunyai hubungkait soal 'akidah' dan amalan Islam yang sangat perlu teliti 'lisannya'.

InsyaAllah, harus ada sdr lain yang lebih arif mendahulukannya.

Wallahu a'lam.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

izalana
Ahli Setia
8. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 10:09:06 pagi    [Edit]

Terima kasih sdr krismann keterangan yg mudah difahami.
nih mungee

--------------
~LiFe MuSt Go On~

203.106.93.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 10:41:09 pagi    [Edit]
786 - Bismillahirrahmanirrahim

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.244.:-)

adhadi
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 2:01:54 ptg    [Edit]
Makna angka

0 = kosong
1 = satu
2 = dua
3 =....

dan seterusnya..

Angka ni diguna untuk mengira, cthnya kira faraid, zakat..
yang lain lain makna tuh, rasanya kurang relevan...

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.187.40.:-)

munchkin
Ahli Baru
11. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 3:28:27 ptg    [Edit]
munchkin pernah terbaca satu artikel kajian seorang professor mengenai rahsia angka dlm Al-Quran.. memang menakjubkan.. menunjukkan Allah swt tu maha bijaksana dan sempurna kerana apa yg diciptakan di dunia ini tepat dan adil.. dan bersamaan dgn hukum sains.. dan membuktikan Al-Quran itu adalah satu mukjizat dan melambangkan kebesaran dan kekuasaanNya.

munchkin x ingat dah angka2 tersebut, artikel tu pon dah tak ingat kat mana.. tapi kajian professor tu adalah berkenaan cth:

Dalam Al-Quran perkataan yg bermaksud 'lelaki' adalah sama banyak dgn perkataan yg bermaksud 'wanita'.. menunjukkan bahwa wanita dan lelaki itu sama disis Allah..

Terdapat 7 perkataan yg bermaksud 'langit' dlm al-quran yg bersamaan dgn 7 lapisan langit dan seumpamanya.. (maaf kalau x tepat... sbb ingat2 lupa)

nnt munchkin cuba cari artikel ni (kalau jumpa la) insya allah..

--------------
mama cayang Iqa... :D

203.106.226.:-)

bungabiru
Pengendali
12. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 3:32:54 ptg    [Edit]
thanks krissman. senang nak paham. bb tertarik part 786 tu..ekceli, 786 tu apa maksud tersirat? kenapa mesti 786? kenapa tidak 645 etc?

bb memang tak tau ni. sorry kalau soklan tu bunyik mcm bodo jer.

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

webweb
Pengendali
13. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 3:38:01 ptg    [Edit]
quote:
cthnya mcm angka 8 pd cina ia membawa maksud untung angka 4 pulak pd cina membawa maksud buruk...
adapun ramai jugalah yg pasti berpendapat akan angka 4444 dengan 888 adalah lebih baik dan beruntung tuahlah angka 4444 itu jugalah padanya jika 4444 & 888 adalah jumlah gaji pilihan yg diberi kepadanya.

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

izalana
Ahli Setia
14. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 3:44:45 ptg    [Edit]

munchkin
kalau jumpa bgtau ler... kalau tak jumpa takpe
krissman
saya pun nak tau jugak apa maksud tersirat 786 tu yer...

* Mesej ini telah disunting oleh izalana pada 05hb Ogos 2005, 3:45:34 ptg

--------------
~LiFe MuSt Go On~

203.106.93.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 4:01:25 ptg    [Edit]

sekadar pengetahuan utk semua...
sumber:email fowarded

Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah.

Melalui gaya penulisan arab baku, kalimah Bismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 ( Bismillah ), 8 ( al-Rahman) dan 6 ( al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21.



Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai angka bagi huruf arab tersebut, maka ayat Bismillahirrahmanirrahmim dapat digantikan dengan nombor 786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.

Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:



2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8 + 10 + 40 = 786

Manakala nisbah bagi nama " Allah " dikira sebagai berikut:



alif + lam + lam + ha = Allah
1 + 30 + 30 + 5 = 66

wallahualam....

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.244.:-)

krismann
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 8:26:57 mlm    [Edit]
Terima kasih Langsuir80. Aku harap mereka yang bertanya berkenaan simbol nombor 786 akan berpuas hati dengan penerangan itu.

Apa yang disebut oleh Munchkin di atas itulah apa yang terkandung di dalam Kod 19 yang ditemui oleh Dr Rashad Khalifa, setelah beliau menganalisa kandungan al-Quran menggunakan komputer. Penemuan penting Dr Khalifa menunjukkan bahawa angka 19 muncul di dalam al_Quran terlalu kerap untuk dianggap sebagai kebetulan. Contohnya: Di dalam al-Quran terdapat 114 surah, gandaan kepada 19. Basmallah, yang menjadi pembuka setiap surah, kecuali satu, mempunyai 19 huruf. Perkataan pertamanya (ism) berlaku 19 kali di dalam al-Quran. Perkataan kedua (Allah) terdapat 2,698 kali, iaitu 142 x 19 kali. Perkataan ketiga (al-Rahman) terdapat 57 kali, satu gandaan 19, begitu juga perkataan keempat (al-Rahim) yang terdapat 114 kali.

Dia popular dalam era 70an dan 80an kerana berjaya menghasilkan bukti saintifik keunggulan al-Quran dan dia menulis 6 buah buku mengenainya. Beliau kemudian memulakan kempen kembali kepada al-Quran tetapi meninggalkan Hadith sepenuhnya, kerana Kod 19 tidak didapati di dalamnya. Dialah yang memulakan gerakan moden anti-Hadith. Dr Khalifa dibunuh di Arizona dalam tahun 1990.

Maklumat lanjut berkenaan Kod 19 boleh didapati di sini:
http://www.submission.org/miracle/

--------------
Falling into you...

218.111.184.:-)

senyum007
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 05hb Ogos 2005, 9:48:29 mlm    [Edit]
quote:
cthnya mcm angka 8 pd cina ia membawa maksud untung
mmg tak elok pecayeČ nombo bawak untung nih...rosak akidah...
tapi bleh jek kalau kite gunekan kesempatan ni beli barang nombo 8...88...888...
pastu jual ler kat cine...barang baikk punye..!!
beli kedai nombo 8 ker...rumah nombo 8 ker...sewakan kat cine mahalČ...hehehe...
tapi kalau aku ade rumah pon...betuah aku nak sewakan kat si mate sepet...

--------------
||::: http://www.biztet.com :::|| ---> sebarang komen sila email biztet@gmail.com...terima kasih...

219.95.92.:-)

akulah
Ahli Setia
18. Dihantar pada 08hb Ogos 2005, 09:14:38 pagi    [Edit]
Bagi aku ler.. angka 7 mungkin mempunyai maksud yang tersendiri.
Dalam kehidupan kita 7 memainkan banyak peranan. Ustaz aku dulu dulu ada bercerita tentang keistimewaan angka 7 nih, tapi aku tak berapa ingat. Tapi aku cuba tulis beberapa perkara berkaitan. Misalnya;

1) Dalam solat, semasa kita sujud, 7 anggota badan kita mesti sentuh ke bumi.

2) Dalam seminggu, ada 7 hari.

3) Ada 7 lapisan bumi.

4) Ada 7 lapisan langit.

5) Pelangi ada 7 warna.

6) Ada 7 benda ajaib di dunia.

Ish.. yang lain aku tak pasti. Adakah 7 ni satu kebetulan?
Atau ada rahsia disebaliknya?

--------------
786 - AKULAH lelaki itu.

219.94.83.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005