Sembang² Sembang²
  24hb Oktober 2014, 11:21:13 mlm
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga
(Pengendali : usoPkuChai)
Dihantar oleh Tidak bahagiakah kau : Suami:
jeen 1. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:42:16 ptg   
Bila dah berumahtangga ni..macam2 masalah yg datang..tu semua untuk menambah kematangan kita dalam hadapi situasi begini..

kita cuma boleh dengar apa yg org kata sebab yg mengalaminya kita sendiri..

so butet, rasanya ko jer yg tau mana salah silapnya..sesekali tu gembirakanlah hati kita sendiri..jangan terlalu berkorban pada mereka yg tak memerlukan pengorbanan kita..rasanya paham kan..


butet 2. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 8:20:07 mlm   


Bila konflik melanda, mulalah fikiran bertanya: suami oh suami, tidak bahagiakah engkau? Tidak bahagiakah dikau walau sudah berkahwin hampir 5 tahun dan dapat 2 org puteri. Tidak bahagiakah dikau walau si isteri sudi berkongsi tanggungjawab - 60% beban kewangan agar kau dpt membantu ibu bapa dan adik2 kau. Tidak bahagiakah dikau, si isteri tidak pernah meminta duit gajimu untuk nafkah dirinya?

Pening kepala. Dulu ustaz kata kalau kahwin dgn pasangan yg tidak sekufu terutama kalu isteri lebih (kewangan, pendidikan) drp suami, masalah akan timbul. Malah ustaz tak galakkan. Tapi kerana chenta, lautan api sanggup direnangi. 7 gunung sanggup didaki. . Sekarang sendri mau ingat. Inilah dilema yg sedang melanda jiwaku. Masalah dgn biras, memang tak berkesudahan. Sekarang masalah suami pula yg sedang mencuri tumpuan.

Dah mcm2 perkara aku lakukan smata2 nak kan dia bahagia. Aku tinggalkan perkara yg aku suka (shopping ngan kengkawan, tgk wayang, daki gunung, jumpa kengkawan lama). Dia kata tak suka tgk aku pakai jeans sbb tak sesuai, aku pakai skirt labuh. Dia tak suka aku balik keje lewat, tepat 4.30 mesti kad aku dah dipunch. Dia suruh aku bertandang ke rumah biras yg aku tak suka, aku ikutkan. Dulu aku malas, sekarang dah rajin. Hampir semua yg dia nak, aku turutkan sbb semata2 nak dia bahagia. Tapi tak bahagia2 juga.

Ajak kuar shopping, mcm kena kejar anjing. Kelam-kabut. Sejam paling lama. Ajak dine in kat KFC, Pizza atau McDonald, disuruhnya tapau. Ajak jln2 kat tmn bawa anak, penat katanya. Konon ajak keluar nak spend quality time together. Tapi katanya tido kat umah lg baik .

Kat umah, selain tido, dia suka melepak kat surau dan kedai kopi. Mana quality timenya ngan isteri, anak2. Aku perasan dia happy bila keluar ngan family dia atau kawan dia. Dia tak cukup bahagia ke ngan aku dan anak2 dia? Kenapa mesti ada org lain baru dia bleh bahagia?

Tolonglah bg pendapat. Kat mana aku dah buat silap
azlalchedin 3. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 8:30:43 mlm   
aku rasa ni jawapan kepada soalan/masalah ko tu.....

quote:
Dulu ustaz kata kalau kahwin dgn pasangan yg tidak sekufu terutama kalu isteri lebih (kewangan, pendidikan) drp suami, masalah akan timbul. Malah ustaz tak galakkan.


quote:
Tapi katanya tido kat umah lg baik

ada sesuatu dalam kepala dia.....dah 5 tahun kawin... tak'kan tak paham lagi.....

quote:
Aku perasan dia happy bila keluar ngan family dia atau kawan dia.


cuba ko selidik......maybe ada yg tak kena ..... maybe ko dah tak cun macam dulu lagi ke...!!!


tah la......
jawapan ada pada ko..... cari la....
cadangan aku..
cuba tukar "resepi" ...
butet 4. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 09:06:16 pagi   
azlal,

quote:
ada sesuatu dalam kepala dia.....dah 5 tahun kawin... tak'kan tak paham lagi.....


aku tak faham. apa maksud ko?

tak cun? aku rasa aku lbh cun sekrang. lepas bersalin anak kedua ni, berat bdn aku semakin menurun (tp dia semakin memboroi ). Dulu aku tak pandai gayakan diri, sikalang ha...sudah manyak beza. Apa lagi yg dia mau?

Nak tukar resepi? Resepi apa yek? Udang masak tempoyak? Dia tak makan. Sambal bilis goreng, favourite dia dan aku slalu masakan. Apa lagi?
* Mesej ini telah disunting oleh butet pada 27hb Jun 2005, 09:07:23 pagi
thinkerbell 5. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 09:09:18 pagi   
kekadang terasa seperti ada persamaan di antara kita...
hani_ls 6. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 09:24:19 pagi   
cuba ko tanya dia terus terang...apa dan mcm mana dia nak yg dia nak sebenarnya?????
senijuju 7. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:01:54 pagi   
butet,

kesalahan paling besar kita ialah bila kita cuba nak bagi dia happy. sepatutnya kita kena biarkan Somi yang buat kita happy... Maksudnya, kalu kita nak melawa... sebb kita nak tingkatkan confident sdr... kalu nak gi shopping, sbb nak release tension.. balik awal ke rumah, sbb nak jadi pekerja efisien ...kerje siap on time. Cuma kalu nak gi trekking ker, mgkn x sesuai sikit sbb kita dah ada anak2... unless somi pun suka join mende2 mcm tu...

Saya rasa, butet ni terlalu nak memuaskan hati dia.. kira mcm motherkan dia la... he doesnt need another mother... dia cuma nak companion. so, apa2 hal pun, bincang betul2... sudah la buat mende utk bahagiakan dia before your open discussion.

Rasanya mana2 lelaki ni, dia nakkan peluang utk tunjuk kemachoan dia dlm amik hati pompuan yg dia suka.. bila kerseronokan utk menunjukkan skil tu x der, tu yg rasa hidup dia bosan... sementelaah dia x jumpa another challenge (other woman) lagi, baik luah jer... kurangkan tolong dia in term of monetary terms... so dia akan rasa lbh tanggungjawab dan berusaha utk isikan apa yg patut diisi.

Create a challenging life pada dia... its ok to have a fight now... takut bila dah terlambat, x guna nak bertekak...right?
* Mesej ini telah disunting oleh senijuju pada 27hb Jun 2005, 10:03:00 pagi
azna 8. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:12:58 pagi   


Selalunya orang lelaki nie mahukan yg terbaik dari isteri tapi
dia sendiri hampeh.....

- Nak isteri lawa,cun,slim - Tapi dia buncit,boroi & selekeh
- Nak isteri ikut kehendak suami - Tapi suami x pernah memahami isteri
- Nak isteri duduk kat umah - Tapi suami melepak kat kedai kopi

Klu nak buat senarai memang tak terkira banyaknya.......

Apa2 pun dah jodoh...... terima ajelah......

Kita dah melakukan yg terbaik, banyak2 berdoa untuk kebaikan bersama...

bungakertas 9. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:13:36 pagi   
BUtet,

sebagai isteri tentu ko tahu dimana kedudukan dia..sebagai seorang suami. maksud aku jenis suami camna
adakah:

suami yang sentiasa suka dibelai?
suamiyang suka isteri berdikari?
suami yang suka berjalan2?
suami yang suka isteri pendiam?
suamiyang suka isteri bercerita?

aku penah hadapi cam ko masa memula kahwin.. semacam hambar jek.. pastu aku perati suami aku jenis suka aku sentiasa disamping hatta tengok tv or baca paper.. so aku buat seperti tu dan alhamdulillah skrang ni selangkah aku bergerak, mesti bising. "nak kemana tu " hatta aku nak basuh pinggan pung dan aku kini telah mempunyai 3 org anak...memang tension sbb kita nak kemas lagi nak layan dia lagi. tapi bakkata org kalau suami dah tak masam2.. kita penat buat keje pun hatisenang...time dia tido tu kita kemas lah rumah ..dia ada kat rumah kita layan elok2..

pesan aku... jadilah diri sendiri dan carilah titik permulaan utk suami ko rasa takleh renggang dari ko..
ok.. nah bunger
avanza 10. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 11:01:03 pagi   
butet
sedih pulak aku baca cerita ko tu...tapi betul ke apa yang ko cerita kan tu...?

kalau betul apa kata ko refer kat topik yang usop bukak tu...banyak jugak boleh membantu...dan lagi satu...bila kita buat sesuatu untuk bahagiakan orang yang kita sayang dengan ikhlas..tolong jangan mengharapkan balasan...kalau ko rasa ko dah give up nak bahagiakan dia sedangkan ko tak dapat balasan seperti mana yang ko harapkan...just ignore him...ko ada duit dan berpelajaran apa kata ko plan aktiviti tanpa suami ko...jangan peningkan kepala...
adikcomelx 11. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 11:46:59 pagi   
butet,
normal ler perkara chenggitu dalam umah tangga.. ada masanya kita berasa terlampau sangat berkorban.. sampai kepentingan diri kita sanggup ketepikan untuk kebahagiaan yang tersayang.. but worth it untuk long term act..

hidup ni memerlukan cabaran.. kalau tak ada tak trill.. maka dicari trill dengan masalah... baru ada umphh.. hehhhe betul kaa.



aku suka quote uchop,
quote:
bahagia itu kita yang cipta..


so pandai² menyesuaikan diri.. kekadang gi outing pon dapat release kan tension.. sebab bila kita berjauhan dari kuarga.. kita boleh pikir out of box.. apa masaalah sebenarnya.. dan kat mana nak point masalah tuh.. bilah dah dapat.. kita balik umah dengan solution dan azam yang baru.. fikiran yang fresh membantu mood dan solution yang akan dibuat..
ex8ly 12. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 12:24:05 tghari   
cik Puan Butet : Orang kata, tahun ke 5 adalah fasa kritikal bagi sesebuah perkahwinan. Waktu ini lah masa yang sangat penting bagi pasangan suami isteri untuk betul-betul menumpukan kepada gerbang perkahwinan yang telah dibina, samada untuk memperbaikinya atau sebaliknya.

Kalau Puan rajin, baca-bacalah majalah Mingguan Wanita, kaunseling tentang keluarga. Tak ingat nama kaunselor tu, perempaun, ape kenamanya.. nanti balik umah, aku tgk. Tapi nasihat dia boleh dijadikan bekalan.

Dulu pernah terbaca salah satu saranan dia bilamasa dia beri nasihat kepada client dia yang diambang perpisahan. Dia nasihatkan supaya ‘berpisah’ sementara dengan suaminya (suami dia lebih kurang sama cerita mcm suami puan). Dia berpisah hamper 5 bulan (terpaksa menanggung sengsara sebab dia tidak bekerja dan membela 3 orang anak) dan akhirnya suami dia kembali kepangkuan dia semula.

Orang kata berpisah akan menerbitkan rindu. Mana tau kalau cara ini berkesan. Roda masa berpusing, kita tidak selalu berada diatas..
azad 13. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 12:45:39 tghari   
edit..edit..edit..edit..
* Mesej ini telah disunting oleh azad pada 27hb Jun 2005, 5:36:43 ptg
acen1010 14. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 12:57:20 tghari   
Tak dinafikan, dalam islam pun ada juga disebut tentang perpisahan sementara ni, even 'pemulauan' juga kadang kala perlu. Tapi tak dinafikan juga, agak sukar utk melakukan perpisahan. Ada pros and cons nya kat dalam kaedah ini. But, one thing for sure.. hati kena kuat. Keluarga kena banyak membantu dari segi fizikal, mental dan ofkos rohaniah. Kita sendiri pun takleh mudah cepat mengaku kalah. Cuba mencari sinar dari dalam diri sendiri jika sinar tu kita tak dpt dari orang lain.

Jika tidak berpisah pun, cuba praktikkan mulai sekarang utk mencari sinar dan cabaran baru dalam diri. Lakukan perkara2 yang kita ingini dan minati. Tapi sudah tentu nak gi camping/back-pack tu susah sket, tapi kita leh sesuaikan dengan keadaan diri kita sekarang ni. Say like gi out for vacation wif family, dgn anak2. kalau suami tak dpt nak ikut, mintak izin gi wif kids. Ajak gi main kat swimming pool sure suka punya. Diorang gembira, insyaAllah kita gembira. Leh try wat one night treatment kat local hotels berdekatan. Baru RM100++ aje semalam.

Gi shopping, gi makan2. When you can stand on your own, you'll definitely appreciate life insyaAllah.
langsuir80 15. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:05:56 tghari   
quote:
kesalahan paling besar kita ialah bila kita cuba nak bagi dia happy. sepatutnya kita kena biarkan Somi yang buat kita happy...


ni yg aku tak paham ni.
tanya belah pengantin laki jawab lain
tanya belah pengantin pompuan jawab lain.
apa yg salah besornya kita buat laki/bini heppi?
ni sumer ego ni beb.

senang citer ni sumer jiwa kacau la.
kalau sayang tu camne pun tetap sayang.
dah tua ke berkedut ke berkertu ke botak ke boroi ke
apa² je la tetap akan sayang.

hish aku yg tak kawen lah nyampok...
takut aku nak kawen camni..
adikcomelx 16. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:07:29 tghari   
betul tu, tak rugi untuk mencuba.. but pastikan jalan yang dicari mengikut hak² seorang isteri dan diredhai oleh somi..

dalam kes yang lain, kekadang jugak.. berlaku pada husband² middle crisiss age.. even umor baru nak cecah 30's or late 30's tak terkecuali.. so imbalance hormon pon berlaku jugak pada dorang.. bila kecelaruan pikiran dan perasaan tu yang membuatkan dorang jadi bertentangan perilaku..

kita akan anggap partner kita dah lose attention pada kita.. but sebenarnya sedikit perubahan system biologi manusia itu sendiri ada impact terhadap tingkah laku partner kita...
acen1010 17. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:25:17 tghari   
ada betulnya gak, perubaan hormon. I've read somewhere kekurangan vitamin tertentu dalam badan menyumbang pada perubahan perilaku. Berapa persen ianya menyumbang tidaklahh diketahuui...

quote:
ni yg aku tak paham ni.
tanya belah pengantin laki jawab lain
tanya belah pengantin pompuan jawab lain.
apa yg salah besornya kita buat laki/bini heppi?
ni sumer ego ni beb.



memang tak salah bagi kebahagian pada pasangan. Tapi based on cased gak. Macam kes ni, kita baca yang butet dah cuba mencuba at least semampu yang boleh utk membahagian pasangan tapi masih belum dihargai. Kadangkala cabaran kesabaran yang terlalu lama, mampu menggoyahkan perasaan dan hati. Kerana itu, disarankan utk mencari kebahagian diri sendiri dahulu. bila kita happy insyaAllah segala2nya dpt kita adaptkan. kalau salu nak happykan orang, kadang pening paler gakk dibuatnya...
senijuju 18. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:35:02 tghari   
langsuir80,

tu ler ko x kawen lagi... susah bercakap ngan ko ni...

yg dimaksudkan... ko mesti buat utk diri ko.. bukan utk org lain termasuk ler somi sdr... ko kawen sebb ko happy nak kawen... bukn sbb org lain suruh kawen atau org lain dah ramai kawen...

ko nak buat somi ko happy, sbb ko happy nak buat somi ko happy... baru ko x rasa ralat... kalu ko rasa TERPAKSA buat somi ko happy, tu yg rasa ape...kenape...ETC...

quote:
kalau sayang tu camne pun tetap sayang.
dah tua ke berkedut ke berkertu ke botak ke boroi


betul... tp kena ingat, semua ni kena pupuk dan di maintain. lagi pokok ko x letak baja, mmg tumbuh la...tp sihat ker idak? segar ker tidak? betul tak? Doa tu pun salah satu dr baja. Kalu ko nak expect sayang tu kekal tanpa ko buat apa utk segarkan dia... tu yg tiba2 satu hari mkn pizza...setlh 5 thn makan nasi...

Paling penting, buat jer segala mende utk diri sendiri... asal ko tau dan paham sedlmnya apa ko buat leh bahagiakan ko... Ada paham? Ke...nak tunggu ko kawen baru nak paham?
* Mesej ini telah disunting oleh senijuju pada 27hb Jun 2005, 1:36:07 tghari
bungakertas 19. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:39:47 tghari   
Butet,

quote:
dalam kes yang lain, kekadang jugak.. berlaku pada husband² middle crisiss age.. even umor baru nak cecah 30's or late 30's tak terkecuali.. so imbalance hormon pon berlaku jugak pada dorang.. bila kecelaruan pikiran dan perasaan tu yang membuatkan dorang jadi bertentangan perilaku..




aku setuju tapi apabila berlaku sesuatu crisiss maka disitulah perlunya diimbangi dengan IMAN...
maka dalam bahasa yang aku tak berapa pandai olah, berdoalah utk diri sendiri dan anak2 serta suami apa yang kau mahukan.. doalah degn sungguh2 agar termakbul..
quote:
kesalahan paling besar kita ialah bila kita cuba nak bagi dia happy. sepatutnya kita kena biarkan Somi yang buat kita happy... Maksudnya, kalu kita nak melawa... sebb kita nak tingkatkan confident sdr... kalu nak gi shopping, sbb nak release tension..


erk.. mana ko dapat nih senijuju??? melawa hanya utk suami le... bukan utk org lain.. niat nak gembiran suami tuh sendiri dah dapat pahala walau suamitak hargai..
.. kekadang niat tu tak betul so, apa yg kita harapkan dari suami tak Allah tak makbulkan. wallahu `aklam...sowi la ye terkasar bahasa..
Sirnatinta 20. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:41:44 tghari   
butet
pada sirna semuanya berpunca dr kurang komunikasi antara suami isteri...
bab2 pengorbanan yang dah dibuat dan sedang dibuat tu jgn diungkit2 tak elok, walau tak diungkit depan suami.. nanti jadi kita buat tu tak rela lak jatuh hukum semua tu tak halal utk suami.. parah nanti...

kebahagiaan bukan terletak pd apa yg butet dah sebutkan tu.. tak usah paksa2 dia.. kalu pd dia spend quality time ngan famili maknanya duduk rmh and tido.. sama2 le tido dgn dia.. tu yg sirna buat ngan suami.. weekend time dia tido ptg sirna and anak tido sekali.. kalau sirna ada nak buat keje lain..sirna tido kejap je tp make sure mmg temankan dia tido tu..

kalau ada perkara yg butet tak suka, kenapa tak duduk berbincang dgn dia.. tak perlu ikutkan semua kehendak dia... ada sesetengah perkara mmg perlu perbincangan, perlu di discusskan..

susah la nak beri pendapat kat sini.. tak idea lak nak menyusun kata...
cuba butet dan kengkawan semua layari website Dr. Ikmal ni.. panduan rmhtangga yg dia berikan mungkin dpt dijadikan panduan utk diri kita... ni websitenya... http://www.geocities.com/dr_ikmal/
* Mesej ini telah disunting oleh Sirnatinta pada 27hb Jun 2005, 1:42:32 tghari
bungakertas 21. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:47:50 tghari   
setuju dgn sirna, camtulah yang nak aku sampaikan.. kalo dia suka tido, tido sekali dgn dia dan anak2 .. kejab pun takpe,, pastu bangunla buatlah apa2 yg you nak (dia sedang tido)

ada sesetengah suami jarnag mempamerkan rasa sayang pada isteri.. hanya melalui body language.. mungkin husband butet camtu cuma butet tak perasan??

nak citer pengalaman sendiri, hubby jenis suka makan angin@jln2.. tapi contoh kami g port dickson nak holiday, aku jenis suka nak kuar2 kat pantai, hubby suka memerap kat hotel nak tido.. kenalah aku ikut kan.memula tak happy dan bosan gak lelama aku sendiri yg rimas nak kuar2.. yang penting ikhlaskan diri..
senijuju 22. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 1:51:47 tghari   
bungakertas...

tu ler kalu part nak salah sangka secepat kilat jer ye ko....

maksud aku, melawa tu bukan ler pakai bedak 3-4 color kat muka...
cukup le setakat x sememeh...taik mata bukan kat mata lagi...
Maksud aku, ko nak melawa utk diri sendiri... kalu ko nak palit pai 3-4 kaler kat muka ko tu... memag ler ko buat utk laki ko....

aku pun x kata ko buat utk org lain. ader aku kater melawa utk org lain ker? tak der kan.... aku cuma kata buat tu utk buat ko rasa bagus tentang diri ko... takkan ko nak kelihatan kemas depan somi... bila dia x der... ko nak pakai baju kelawor jer... kat umah bedak pun x pakai...

Aku x dapat kan dr mana2 dalil... cuma aku tau apa aku kata memg x salah dr hukum... aku buat utk diri aku... suipaya aku bangga jd diri aku... bila aku selesa, happy dan bangga kat diri sendiri... eventually, somi aku pun hargai aku...

Yang jd masalahnye... kat umah, pakai bedak sejuk...kat luar umah pakai 3-4 kaler... memag ler x betul niat dia. tu sah2 nak minta pujian dr luar...

Mcm kwn aku lawyer kat klang, somi kerje kastam, tp kalu kuar umah wajib kena byk2 kaler... tu betul la tu...somi dia suka bior org kata bini dia cantik. x ikut cakap somi kang, dosa...

Harap sudah diclearkan sebarang ketidak fahaman...
* Mesej ini telah disunting oleh senijuju pada 27hb Jun 2005, 2:06:22 ptg
acen1010 23. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:01:57 ptg   
senijuju,
aku kasi ngko 4 bintang!
langsuir80 24. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:03:05 ptg   
quote:
langsuir80,
tu ler ko x kawen lagi... susah bercakap ngan ko ni...

ye la ye la...tak nak arrr kawan.
bungabiru 25. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:05:08 ptg   
dulu pernah rasa mcm gini. tapi alhamdulillah..selepas 'tsunami' melanda perkahwinan kami, skg kami berdua lebih bertolak ansur dan cuba memahami antara satu sama lain. yang nyata, dia makin sayang pada bb.

tapi kalau pun ada tersirat yang lain dihatinya, bb takmo amik tau lagi..biarlah Allah jer yang menentukan perjalanan jodoh kami, disamping itu, kami berdua cuba sedaya upaya menghargai apa yang ada untuk dinikmati selagi HALAL....

semoga kebahagiaan milik AKU dan SUAMIKU...aminnnn
senijuju 26. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:11:10 ptg   
bb,

ada hikmah dalam setiap perkara yg berlaku... hopefully, hidup bb lebih gempak dan best... ehem... bila nak terima 'org ketiga'? hehe... jgn mare..

langsuir,

ala...jgn la mcm tu... kita kena la betul kan sebarang ketkfahaman yg berlaku... nanti disalah ertikan... kwn la yek.. nah bunga

kata org kita akan dpt lebih ilmu dr musuh kita sendiri... anggap ler aku ni musuh sebb kedudukan aku sekrg...(sesaper tau citer...tau la).
bungabiru 27. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:12:12 ptg   
juju.

insyallah Allah akan bukakan rezeki pada bila2 masa jer...it's only a matter of time kan? harap2 dua2 kami bersabar dan nikmati honeymoon time ni.
adilatul44 28. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:13:28 ptg   
aku tumpang simpati ngan cik puan butet.....aku pun baru 5 tahun kawin...dan ada 2 org puteri....setakat ari nih aku rasa tak ada masalah ngan suami aku...walaupun pada asalnya aku kawin ngan dia....main sambar jer lah...(dulu la...sekarang ni sayang bangat)sempat la cintan cintun setahun....banding ngan putus cinta lepas 4 tahun dengan sebelumnya....
aku tak tau nak komen macam mana ngan masalah butet...tapi boleh kongsi pengalaman umahtangga jer la.....

aku sekrg tak kerja....tapi dulu pernah kerja sekejap on and off.....
masa kerja dulu memang penat nak layan semer...tapi masa tu anak sorang...dia kerja malam...kita kerja siang....bangun pagi kul 4.45 am...masak lauk utk lunch dia...masak moi anak.....penat tak usah nak cerita....tapi dlm pada dok buat kerja ...selawat banyak2...insyaallah...masak tak sedap pun...menambah2...macam ada serapan masuk. kalau dia bangun tido...nanti kalau ada sepah sikit2 tak kata apa....automatik tolong kemas.....dia akan paham...

pas tu aku dapat petua dari ustazah....kalau lepas semayang...jgn lupa doa supaya suami kita jadi suami dan ayah yang baik...penyayang....caring...dan bla bla bla....sama gak doa utk diri kita...

malam masa nak tido....lepas baca 3 kul...kalau tak terlelap lagi baca subhanallah.....alhamdulillah...allahuakbar...masing2 33 kali....pas tu mintak doa...kot melayu pun tak per...lembutkan hati suamiku.....jadikanlah dia suami yang penyayang...bla3...apa2 lah yang baik2 utk rumahtangga....jangan doa supaya cepat blah lak...bahaya....then hembus kat telinga kanan suami...bukan telinga sendiri ...kat telinga sendiri payah...
insyaallah kalau niat kita baik lama2 tuhan makbul....
macam nak mintak duit ngan mak masa kecik gak....mintak skali tak bagi...mintak banyak kali...lama lama...."""alah bosan la budak ni...nah ambik...gi main jauh2"""

insyallah selamat...banyak lak aku ngomel....
* Mesej ini telah disunting oleh adilatul44 pada 27hb Jun 2005, 2:16:43 ptg
Arman754 29. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:14:34 ptg   
laki ko teringin nak jadi bujang kembali..........
senijuju 30. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:14:34 ptg   
waaa.... jelesnyer...

sudah2 ler tu honeymoon...

tp mak pernah kata, kalu dah puas honeymoon, things that come after rasa mcm dihargai sgt...

betul kut kan? tu ler pasai tgh honeymoon pepuas ni...
adikcomelx 31. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:18:11 ptg   
quote:
laki ko teringin nak jadi bujang kembali

arman,
betul ker.. kalau sebelum kawin tak pueh enjoy.. bila dah kawen lepas certain season dia kan jadi chenggitu..

p/s: ni hubby aku bagi tau laa..
bungakertas 32. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:19:46 ptg   
senijuju..
aku tak pahamla memula ko ckp tuh... sowila...

aku baca 2-3 kali baru aku paham.. kes..kes..
aku mintak maaflah..

aku bab2 melawa kat luar bukan dari suami sendiri memang no kompromi.. banyak sebabnya. yang paling utama, berdosa kan berhias selain suami, kedua nanti suami ckp luar cantik umah cuma lipstick jek... tu aje..tapi kawan ko kat kelang tu aku tak setuju.. maaflah ye.pada aku suami isteri dedua silap.

butet, tarik napas panjang2 dan selesaikan satu2.. kekadang benda niberlaku banyak hikmah nak menguji kasih sayang kita. Allah tak uji benda A, Dia akan uji benda B.. camtulah putaran kehidupan..dan percayalah ko boleh selesaikan .insyaAllah....
Arman754 33. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:20:01 ptg   
tu teori 1.
Lagi satu dia ada tak puas hati dengan ko.......tapi dia tak nak cakap.....
adikcomelx 34. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:24:08 ptg   
somi tak pueh hati .. tapi tak mo cakap
sebab tak mo dengar leteran bini ker..
senijuju 35. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:29:41 ptg   
bungakertas,
dah dibetulkan roger... cuma kalu sy, dlm umah jer pakai 3-4 kaler,... kat luar lipstik jer...kecuali kalu nak goda2...baru tebal sikit... hehe

Bg Arman,

Tak de la...dah memang perangai dia mcm tu... dia rasa dia tua la...dia lepak kedai kopi
* Mesej ini telah disunting oleh senijuju pada 27hb Jun 2005, 2:31:39 ptg
Arman754 36. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:29:59 ptg   
ada macam2 sebab. aku tak tau kes butet ni yang macammana. Ada jenis lelaki yang pemendam perasaan. Salah satu cara melepaskan kekecewaan dia adalah menjadi 'escape'.......menjauhkan diri, malah bersikap dingin.
Kena selami perasaan dia.
Qyrana_Biru 37. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:31:49 ptg   
Lagi satu dia ada tak puas hati dengan ko.......tapi dia tak nak cakap.....

--------------

Bang Man, kalau dengan kawan pun macam tu ker
Arman754 38. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:40:13 ptg   
QB
ngan kawan pun ada camtu. Aku baru aje hilang member baik sebab aku mintak tukar department. 3 minggu sebelum aku blah dia tak tegur aku.....sampai laa sekarang. Aku tak tau apa yang dia marah tu.....misteri

Laki suka lepak kedai kopi tu ada sikit musykil. Tabiat lelaki tak sama. Macam aku.....aku tak rasa gembira sedikit pun lepak kat kedai kopi tu. Susah mau kikis perangai tu. Orang kampung aku yang veteran pun ramai yang suka lepak kedai kopi. Boleh tengok punggung anak dara yang hantar kopi kata depa
bungakertas 39. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:48:58 ptg   
senijuju

somi ko suka ke 3-4 kaler? kalau time tak goda berapa kaler?? kekadang kan suami ni tak tentu gak kot. kekadang suka 3-4 kaler,,kekadang suka langsung tak kaler.. camna nak tahu time dia suka berapa kaler hah??
Qyrana_Biru 40. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:53:07 ptg   
quote:
QB
ngan kawan pun ada camtu. Aku baru aje hilang member baik sebab aku mintak tukar department. 3 minggu sebelum aku blah dia tak tegur aku.....sampai laa sekarang. Aku tak tau apa yang dia marah tu.....misteri

Laki suka lepak kedai kopi tu ada sikit musykil. Tabiat lelaki tak sama. Macam aku.....aku tak rasa gembira sedikit pun lepak kat kedai kopi tu. Susah mau kikis perangai tu. Orang kampung aku yang veteran pun ramai yang suka lepak kedai kopi. Boleh tengok punggung anak dara yang hantar kopi kata depa


Patut la ada abg Qb tu lama dah senyap..... tak tau la marah aper ek...


Pastu mesti lepak kedai kopi sebab suka join kawan dia tgk punggung anak dara.....

Pssssttt: Bukan nak belanda.. QB tgh karang nasihat yg bernas tapi tak siap lagi... jap tunggu ilham..
cikyinn 41. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:03:36 ptg   
malu bertanya sesat jalan..

itu lah kata bidalan..tapi dalam maksudnya, jangan ingat dengan hanya tengok/pandang saja kita tau masalah orang dan orang tau masalah kita. rasanya dlm kes butet ni baiklah butet bertanya terus terang dengan suami kenapa dia bersikap sedemikian sedangkan butet banyak membantu dan berkorban untuk dia. jawapan jawapan yang diberikan oleh suami tu butet kena lah pikir balik..boleh terima ke tidak.. pendek kata perkara ni kalau nak diselasai kan terus mungkin makan masa tapi untuk mengurangkannya mungkin boleh..selagi tak tanya butet pun tak tau apa yang sebenarnya ada dalam hati/otak suami kan.. semoga semuanya berakhir dengan kebaikan
Sirnatinta 42. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:05:14 ptg   
just nak share info.. maybe bole dijadikan panduan gak

An island of togetherness is full of possibilities for healing, for closeness, for understanding, for romance -- especially romance, because amid all the baby preparation, sometimes the romance and the love between the two of you gets forgotten. But it doesn’t have to be that way. Expanding your family can have a romantic aspect, especially when you’re willing to talk to each other like you did when you were courting. You have new experiences to share. Ask your partner how his life has changed since your pregnancy. Tell him what you’re looking forward to. Listen carefully to each other. You’ll renew your relationship as you share the events of the day. You may not be able to solve each other’s problems, but you can be one another’s sounding boards.

It’s such a pleasure coming home at the end of the day to see the face of your beloved. Spending time together ignites some of the spark that brought you first together. Quality time doesn’t need to be elaborate. The most tender moments are often the simplest: sitting on the step while your husband washes the car, reading the newspaper over breakfast, taking a walk. Sometimes you don’t need words to feel the loving energy between you; other times you want to express what you’re thinking and feeling.

Lauren said, “As my husband worked at his computer, I’d slip up quietly and put my hand on his back and kiss his cheek, or I’d sit beside him and read. Sometimes we wouldn’t say a word, but he’d look over at me with such tenderness that for a brief moment we were on our own island of togetherness.”

Snuggling, hugging, holding hands, laughing, smiling and listening will transport you to your own island -- you can go there for brief intervals several times each day. Healing moments of togetherness are the invisible glue that holds a couple and a family together. They are the reason you came together in the first place.

Qyrana_Biru 43. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:08:36 ptg   
Nasihat Qb untuk butet

Pertama skali Qb nak mintak maaf sebab menyampuk... Qb pun belum berumahtangga so tak paham sgt kehidupan berumahtangga...Tapi bila Qb baca apa yg ditulis oleh butet, Qb rasa masalah ni berpunca dari sikap awal butet dulu . pada mula2 permulaan perkahwinan…Macam2 kita buat utk bahagiakan dia, sebenarnya kesilapan disitu, mmg seharusnya membantu tetapi dari soal tanggungjawab, suami yg perlu sediakan, bukan isteri..

Dan sebagai isteri jika anda telah rela memberi jangan sesekali mengungkit kembali.. kerana lelaki amat pantang diungkiti...


Apa2pun itu perkara yg telah berlalu, Apapun saudari kene barsyukur kerana dia hanya bersikap sedemikian dan BUKANNYA dia ada org lain.. adalah lebih parah kalau dia ada org lain??? Dari situ cuba bawa2 berisgtighfar dan bersyukur kepada Allah kerana dugaan itu tak seberat org lain yg hari2 memakan sepak terajang suami , tak bertangungjawab dan ada pula di antaranya yg suka “psiko” kan isteri… Qb masih ingat ada satu cerita kat MDC dimana dia amat taat pada suaminya sehingga stoking pun dipakaikan, suaminya ada org lain di luar, dia mengetahuinya dan amat bersabar menempuhinya…tabah mendengar nasihat dari QB…..

Satu saja yg QB kata kat dia, inipun amanat aruah ibu QB…

Sebagai isteri kita jalankan tanggungjawab kita sepenuhnya kepada suami, beri layanan yg sepenuhnya hinggakan tiada ruang utk dia menembusi tembok kasih kita dengan alasan yg tidak munasabah..

Selebihnya apa yg dia lakukan pada kita berserah lah kepada Allah SWT kerana Allah yg lebih mengetahui yg tersembunyi di langit dan bumi..Walllahualam…


Qb belum lagi berumahtangga, tetapi selama Qb menggunakan ayat keramat itu, Ramai juga teman2 QB yg menjadi semakin tabah.. malah rumahtangga yg kuat bergoncang dapat dieslamatkan kembali…Inikan pulah rumahtangga saudari yg belum lagi bergoncang…

Dan Amanat ini juga pernah menjadi penyelamat kepada rumahtangga kekasih QB yg amat QB sayang dengan QB menasihati isterinya agar mempertingkatkan rasa tanggungjawab terhadap suami tersayang.. Akhirnya mereka berbaik semula dan isterinya amat menyayangi QB ..

Walau hingga saat ini QB masih lagi sendiri.. Qb bahagia kerana melihat org yg disayangi bahagia..

Percayalah bahawa disebalik kesakitan kita ada org lain yg lebih sakit dan menderita...

* Mesej ini telah disunting oleh Qyrana_Biru pada 27hb Jun 2005, 3:12:00 ptg
bungabiru 44. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:12:35 ptg   
sebut pasal lipstik2 ni, ingat ada la sekali tu solek sikit masa hubby balik. bb solek simple jer sbb memang tak suka solek amboi merahnya makngah macam zaman dulu.

sekali tau aper hubby cakap? aik, ni solek2 ni nak g mana? kan ker nanti nak masuk tido? mana elok muka bersolek bawak tido? nanti clog pori2 muka la, nanti masa bangun bila roh nak masuk badan balik dia tak kenal la (sbb bersolek) dan banyak lagik. heheeheheh

yang bb pastikan, muka tidak berminyak, calit moisturizer white perfect loreal ngan bedak loreal skli, sapu lipgloss sikit, spray pleasure sikit...PERFECT.
just4fun 45. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:31:34 ptg   
quote:
Ajak dine in kat KFC, Pizza atau McDonald, disuruhnya tapau.

laki aku pun kekadang suruh tapau gak sebab kat rumah boleh makan sambil tengok tv ke vcd ke...tak habis, simpan dulu...kendian sambung makan lagi...

quote:
Tapi katanya tido kat umah lg baik

tido time....sesi tido bersama anak2...

yg lain2 no komen...

kalau rajin gi baca topik pak usop -->> Komunikasi : Pengurusan konflik dalam rumahtangga
ex8ly 46. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:32:10 ptg   
Yer betul jugak, suami sebenarnya byk tanggungjawab dan tanggungjawab tu si bini yang jalankan. Nowadays laaa.. contohnya dlm bab-bab jaga anak bilamana anak nangis tgh malam, sumuaaa nak harap bini bangun buat susu. Padahal sedap sama-sama, bila baby nangis bini aje buat sorang-sorang.

Kekadang kena didik suami supaya bertanggungjawab. Kalau bab bekorban tu, mmg baik nya jgn diungkit2. Habis nanti pahala dapat pada org yang kita duk ungkit tu..

bungakerta wrote
quote:
nak citer pengalaman sendiri, hubby jenis suka makan angin@jln2.. tapi contoh kami g port dickson nak holiday, aku jenis suka nak kuar2 kat pantai, hubby suka memerap kat hotel nak tido.. kenalah aku ikut kan.memula tak happy dan bosan gak lelama aku sendiri yg rimas nak kuar2.. yang penting ikhlaskan diri..


same aje lah aku. Masa duk rumah hanya 10% sahaja, 90% lagi dihabiskan dengan memakan angin. Kekadang balik keje pun ajak kuwa jenjalan. Aku plak tak suka keluar umah, memandangkan aku ni homely type person. Jadi mungkin aku kena 'ikhlas-ikhlaskan' diri demi menjaga keharmunian rumahtangga..
* Mesej ini telah disunting oleh ex8ly pada 27hb Jun 2005, 3:33:31 ptg
shulie 47. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:34:24 ptg   
communication breakdown
Qyrana_Biru 48. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:36:51 ptg   
communication breakdown


betul la apa yg ko cakap kat QB ari tu shulie...

kene terus terang kalau ada msalah bincang...
azad 49. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:09:48 ptg   
hehe..

sini pun edit..
* Mesej ini telah disunting oleh azad pada 27hb Jun 2005, 5:37:33 ptg
Qyrana_Biru 50. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:14:49 ptg   
lebih bagus dari org lain....

Bersyukur... dari bersyukur kita dapat ketenangan hati.. dari ketenangan Allah beri hidayah.. kepada kita.. kepada suami juga...

BUkan Qb nak cakap lelebih.. dari pembacaan wanita yg dikasihi iskkk lagi pedih dugaan mereka...
shulie 51. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:59:45 ptg   
berkomunikasi bukan sekadar berbincang... juga blh dilakukan melalui perbuatan...
sbg cth;
1) suami yg mmg liat nak semayang, klu tegur kena sepak terajang.. kita xyah tegur.. xyah suruh.. cuma taim semayang, bentang sejadah.. pas2 semayang je. bila doa, minta dibuka pintu hati suami..
2) kita suka melancong suami pulak sebaliknya.. x usah paksa.. kita bykkan m'baca flyers psl pakej melancong.. pas2 letakkan di tempat yg suami blh terperasan.. di samping tu kumpul duit, klu x bekerja mgkn jimatkan duit perbelanjaan. klu dia bukak mulut, katakan kita mampu b'kongsi perbelanjaan. insya-Allah dia t'buka hati utk pergi..
eynda 52. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 6:26:39 ptg   
quote:
laki aku pun kekadang suruh tapau gak sebab kat rumah boleh makan sambil tengok tv ke vcd ke...tak habis, simpan dulu...kendian sambung makan lagi...


Weekend selalu gak tapau sebab kat rumah boleh makan lambat-lambat...kalau tak habis boleh sambung makan bila lapar lagi heheheh....Selalunya malam la tapau...malas nak keluar dinner...


quote:
tido time....sesi tido bersama anak2...



Weekend kalau petang2 takde plan ke mana-mana ini la yg kami buat sekeluarga sambil tengok TV, lepak-lepak, sembang2, gurau2...last sekali semua zzzzzzzzzzz.....
newcutemy 53. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 01:07:23 pagi   


erm...tu namanya si suami mengada. sajer jer cari perhatian. Nak tegok sejauh mana kesabaran si isteri....
butet 54. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 09:23:21 pagi   


hani_Is
kalu tanya, dia tak kan jawab. hubby aku ni jenis tak reti luah perasaan. paksa baru dia nak bukak mulut. dan kalu kena paksa tuh, mesti ada gaduh sket.

senijuju
thanx for the inspiring advice. memang dah bg dia challenge dr segi family xpenses. sekarang pun bil sumer dia bayar xcept bil tmnet dan astero . cuma keta jer kongsi bayar sbb sama2 pakai. dr segi monetary, memang dah tak 'manjakan' dia pun.

bkn sy terlalu nak memuaskan hati dia. tp kalu kita happy sensorang pun tak best jugak kan?

azna
ya...ada betollll!!!!

bungakertas
jawapannya:
- tak suka dibelai. dia geli kalu dibelai2
- ada sesetengah per. memang dia suka aku berdikari. tp ada juga sesetengah benda yg dia tak mo aku wat sendiri cthnya drive anak2 pergi jln2. wpun dia merungut tak mo ikut, tp dia akan drive (kes terpaksa)
- sblm kahwin: "abg ikut ajer. ajak ler ke mana2". lepas kahwin: "tido kat umah lg baik"
- dia dah pendiam, aku plak yg bising
- memang slalu aku yg bercerita. tp nk harap dia gelak, jadi apek senario pun blom tentu dia mau gelak. apa macam?

kalu laki aku jenis yg suka dibelai, romantik...aku tak de masalah sbb aku blh 'manjakan' dia. tp dia ni jenis dingin. nak duduk rapat2 tgk tv pun jarang dia balas affection tuh. cemana????

memang dia pamerkan rasa sayang tu melalui body language. tp kengkadang aje dan slalu buat aku wonder.

avanza
aku tak pernah harapkan balasan. cuma aku harapkan senyuman. malangnya hati aku tak sekeras dulu nak buat aktiviti tanpa laki aku. bg aku kalu dah hidup bersama tuh, semuanya mesti dilakukan bersama. susah sama susah, senang sama senang.

ex8ly
tak ler sampai nak berpisah. nauzubillah!!! cuma kapla ada fenin sket bila pk ini problem

bgn mlm wat susu anak dah jd tugas haqiqi aku. nak harapkan dia...alamat kering ler tekak anak.

acen1010
semua tuh sudah saya lakukan. memang sekarang anak2 yg buat saya happy. tp kalu berseronok tanpa ayahnya, what's the meaning of it?

adikcomelx
perubahan hormon? kurang vitamin? heheheh...aku bg dia minum byoung, dia buangnya. katanya tak sedap. pdhal, advance functional food course tu nak tolong sihatkan bdn dia....

sirnatinta
sehinggan hari ni tak pernahlah aku ngungkit apa2 kat dia. sbb semuanya ikhlas. mcm aku kata tadi, aku cuma harapkan senyuman. nak sesama tido di siang hari???kerja rumah sapa mau buat???

adilatul44
main sambar? sama ler kita...heheh. cemanalah nak hembus do'a kat tinga dia? siang aku keje, mlm dia keje.

arman754
dia sentiasa berasa bujang bila dia melepak kat kedai kopi pd waktu mlm (bila dia tak keje). dia memang x reti meluah perasaan. nak buat dia bercakap, nanti dinding yg cakap dulu....Nak selam mcm mana kalu ditanya dia kata tak ada apa2.

cikyinn
kelmarin gaduh saya tanya dia, "asyik nak marah jer abg ni. ntah apa yg buat awak hepi pun saya tak tau." dia diam aje. tak jawab. sudahnya saya pun diam. ckp yg penting aje. tp dia muka selamba bila kita merajuk. cam tak ada apa2. cemana tu yek?

Qyrana_Biru
nah

Pendapat2 kamu sumer akan ku pikirkan masak2. mungkin aku akan cuba approach baru. kalu selama ni aku jer yg slalu bimbang tak tentu pasal mengenai kebahagiaan dia, apa kata selepas ni aku plak yg bg dia tertanya2 'bahagiakah aku di samping dia?'. jeng jeng jeng.
acen1010 55. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 09:35:07 pagi   
butet,
sememangnya kamu seorang yang tabah. insyaAllah...
Qyrana_Biru 56. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 09:48:05 pagi   
quote:
Qyrana_Biru
nah

Pendapat2 kamu sumer akan ku pikirkan masak2. mungkin aku akan cuba approach baru. kalu selama ni aku jer yg slalu bimbang tak tentu pasal mengenai kebahagiaan dia, apa kata selepas ni aku plak yg bg dia tertanya2 'bahagiakah aku di samping dia?'. jeng jeng jeng.



Tahniah butet.. Qb doakan semoga lebih tabah dan makin mengenali suami... berikan lebih ruang mengenali...

InsyaAllah.. Qb pun belajar dan akan terus belajar
just4fun 57. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 09:48:27 pagi   
butet,

apa kata butet luahkan segala yg terbuku di hati tu dlm bentuk tulisan...lepaskan segala perasaan yg terpendam...lepas tu tinggalkan kat atas meja ke, selitkan kat wallet dia ke...biar dia baca luahan hati butet..
azlalchedin 58. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 10:02:12 pagi   
butet....

hang rujuk link ni....khas untuk hang dll......seangkatan...

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=8584

tu sebahagian di antara sebab musababnya....
SugarCane 59. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 10:17:15 pagi   
quote:
memang sekarang anak2 yg buat saya happy. tp kalu berseronok tanpa ayahnya, what's the meaning of it?


anak2 butet mulut bijak tak?
pe kata 'gunakan' kebolehan anak lak..


bukan apa hubby aku pun ada le sesikit pe'el cam tu..
dulu memang le makan ati, kecik ati segala.. tapi tak pe.. ikut je lah..
skang ni anak2 dah pandai..
kadang tu bila anak2 ajak aku gi kedai ke,gi jalan ke, bukan aku tak nak or tak boleh bawa..
saja aku suruh derang kenen abah derang..
ngan anak2 dia cair le skit..

antara ayat2 yg derang guna..
'abah ni kan..asik balik lambat je..'
'farah kan bah..ayah dia kan bawa gi tengok F1' (dlm kes ni derang gunakan sepupu derang.. )
'ari tuh kan gi genting ngan nenek best..'
'alaaa...kakak nak pegi ngan abah jugak..'

so... drpd situ abahnya mesti 'makan dalam' punya..anak beb..
dia akan rasa yg anak2 memerlukan dia dalam segala hal..
dia mesti nak anak dia happy kan?
kadang para suami ni dgn isteri derang bukan tak sayang cuma selalu 'terrrlupa' dan 'terrrrrlalai'

* Mesej ini telah disunting oleh SugarCane pada 28hb Jun 2005, 10:23:16 pagi
Sirnatinta 60. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:17:17 pagi   
butet
jgn salah faham... mmg tahu butet tak ungkit dpn suami tp kdg2 kita dlm hati ada gak terungkit, tak pun bila borak ngan kwn2.. sirna ckp tu sbb sama2 mengingatkan diri sirna sendiri ni.. sbb kdg tu secara tak sengaja mmg ada terdetik gak ungkit mengungkit ni...

azlal
terima kasih atas maklumat yang berguna...
rashna 61. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:23:34 pagi   
kenalilah pasangan anda LUAR dan DALAM... krn apa yg terlihat pada zahir tak semestinyer sama batinnye....
kizz 62. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:26:37 pagi   
masalh butet lebih kurang cam masalah aku gak !

aku ada suami tapi segala2nya aku uruskan sendiri....dia tahu bagi duit tiap2 bulan je ! dah abis tanggungjawab dia....kasih sayang...hampehhhh!!

sekolah anak2/report kad day/ambik hantar anak aku uruskan..
segala bil2 aku uruskan...
shopping/outing aku ngan anak2 je....(dah rasa cam tak de suami je....tengok org lain semua ada suami ikut sekali jalan2) aku dah bosan !!
kenduri kawin sedar amara aku ngan anak2 je....)dorang mesti tanya soalan yang dah lali aku dengar..suami mana??aku jawap keje....)tapi sebenarnya dok layan geng dia...kat kedai kopi...tak pun kat rumah layan astro....

dok dekat dia dia kata panasss...kerusi sana kan kosong katanya !
dia mmg jenis koboi tak suka dibelai2...
aku yg terhegeh2 asyik dok belai dia....dia cam batang kayu.....mmg tak tahu berkasih sayang langsung !!
segala2nya aku sorang2 ngan anak2...sampaikan aku dah sampai tahap BOSAN !!!!
kasih sayang aku terhadap dia semakin menipis....hanya yang tinggal SABAR !!! SABAR!!!SABAR!!!!!
nr75 63. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:30:13 pagi   
kizz

sabar kizz.. sabar yek... aduhai baru je semalam ada orang luah masalah kat nr... perkara yang sama mcm kizz luahkan.....
rashna 64. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:33:40 pagi   
so dlm masalah kizz dan yg sewaktu dgnnyer... apa cadangan jalan penyelesaian dr pihak wanita @ isteri2x????... moga dpt memberi petunjuk kpd golongan suami yg bersikap sedemikian... (termasuk le aku)...
LipasMafia 65. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:42:51 pagi   


kekadang terasa.. yg kita ni mempunyai masalah yg serupa.. tapi mungkin tak sama... entah lah..
adikcomelx 66. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 11:49:18 pagi   
kizz, rashna, butet;
why not try let go one by one apa yang selalu kizz buat tu.. tapi jangan drastik sangat.. biar dia tak perasan.. let play strategic plan A

mulakan dengan bayar bil² rumah.. then later pikir mana² yang sesuai.. justnak tarik slowly dia involve dalam pengurusan rumah..

and barang² keperluan rumah.. jangan beli selagi dia tak pi sama².. katalah tak sempat.. buatkan position bila beras, minyak masak, gula, susu anak dah betul² kering.. and dia still takmo gak gi ke pasar or hypermarket.. then plan B

ajak anak² makan di luar.. gunakan perantaraan anak² untuk certain kes.. macam anak teringin nak makan masakan you.. then apply SugarCane idea..
SugarCane 67. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:00:09 tghari   
sebenarnya apa yg dialami butet ke kizz ke malah aku sendiri, hampir serupa..

kat sini mungkin kengkawan leh bg pandangan dan nasihat..
tapi bukan semua nasihat tu 'terpakai' kat suami kita..
kira kena ada trial error.
so, kena cuba cari segala macam punya jalan penyelesaian.
yang penting don't give up..

apa yg adek cakap tu ada betulnya..
cuba slowly jgn buat apa kita bese buat kat dia..
mungkin lama-lama dia tersedar..
aku dah penah cuba..
dan berjaya menarik perhatian dia..
skang ni anak2 tuh dah kira plan B le tuh..
supaya dia lebih bond to family. AMIN...
Qyrana_Biru 68. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:09:24 tghari   
quote:
kat sini mungkin kengkawan leh bg pandangan dan nasihat..
tapi bukan semua nasihat tu 'terpakai' kat suami kita..
kira kena ada trial error.
so, kena cuba cari segala macam punya jalan penyelesaian.
yang penting don't give up..



Bersabar adalah nasihat paling baik... tindakan apa pun yg nak di ambil kene sabar dulu... bila ada sabar, kita boleh berfikir secara waras...

Cubalah jangan give up
adikcomelx 69. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:18:48 tghari   
yeap betul tu SugarCane.. persoalan rumah tangga umumnya seperti roda yang berputar.. tak esok, hari ini.. mungkin lusa.. siapa tahu.

bila kita dikemelut permasalahan..pikiran otomatik jadi buntu.. fitrah kejadian manusia .. sebab itu amalan dan mendekatkan diri kepadaNya banyak membantu dari segi kuasa dalaman dan spiritual kehidupan..

..usia perkongsian yang terlalu lama, gaya dan patern yang serupa, terlalu statik, komitment pada kerjaya dan rumahtagga.. menerbitkan suasana kongkongan dalam hidupnya.. bahkan akan mungkin menerbitkan kebosanan pada tahap melampau

bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang bijak dalam pengurusan rumah tangga.. kita kupas bersama rakan² yng lain

quote:
kat sini mungkin kengkawan leh bg pandangan dan nasihat..
tapi bukan semua nasihat tu 'terpakai' kat suami kita..
kira kena ada trial error.
so, kena cuba cari segala macam punya jalan penyelesaian.
yang penting don't give up..


go.. go.. go .. cher up ur life
butet 70. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:26:48 tghari   


rupanya ramai jugak yg senasib atau hampir senasib ngan aku. at least ada yg paham cemana rasa dlm hati ni.

quote:
apa kata butet luahkan segala yg terbuku di hati tu dlm bentuk tulisan

masa bercinta dulu, penah hantar surat jawab pd dia sbb bergaduh. tak tau ler dia masih simpan atau tidak. tp bila kenang blk saat tuh, memang lawak. jadi nak pakai teknik surat ni...ish tak mo ler. nanti dah tue2 sok (kalau jodoh berpanjangan) kot diungkit semula, pasti kelakar. kalau dia bg anak cucu baca lagi kelako

kizz
at least aku blom sampai tahap gitu lagi. masih boleh bertahan dan selamba walaupun hati terbakar2.

laki aku pun kalu ada kenduri belah famili aku memang liat nak pegi. alasannya tak kenal. masalahnya cemana nak kenal kalau selalu avoid nak berkumpul. time kenduri belah famili dia, wajib pegi. kalau merungut tak mo pegi, siaplah kena lecture. tp sebab taatkan dia, ikut sajalah. kita pun bknnya kenal sedara dia sgt. time kumpul2 gitu baru kenal. masalahnya kenapa dia tak leh buat apa yg kita buat. padahal situasinya sama aje.

org lelaki tolong beri pandangan.
kizz 71. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 12:46:53 tghari   
butet.....

selagi aku boleh sabar....aku SABAR !!!

KEBOSANAN aku dah sampai.... apa dorang selalu cakap tu "TAHAP CIPAN"
hah cam tu la lebih kurang !!

sampaikan aku dah 'terbiasa' berjalan dgn anak2 sorang2.....
kdg2 join ngan cousin aku....jalan2....

kadang2 aku takut aku berlaku curang kat dia...sebab ramai sangat 'lelaki' yang nak berkawan....simpati konon...
tapi aku still setia kat suami aku walaupun dia 'tak layan aku' !!
tapi suatu hari...suatu saat dan ketika....aku cuma manusia......
aaarrrgggghhhhhhhh..............aku malas nak fikirkan....
yang penting kau dan aku SABAR...SABAR...SABAR...dan banyak berdoa.........
* Mesej ini telah disunting oleh kizz pada 28hb Jun 2005, 12:56:56 tghari
just4fun 72. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 1:04:43 tghari   
hairan...kenapa mesti nak rasa lawak? kelakar? kalau dgn cara itu dpt meredakan segala kekusutan yg ada kat dlm kepala otak tu...terpulanglah nak bagi dia baca ke tidak...

pelik kan? masa bercinta memacam benda boleh buat...tapi bila dah kahwin...rasa macam kelakar nak buat benda2 tu semua...pelik...


quote:
Tidak bahagiakah dikau, si isteri tidak pernah meminta duit gajimu untuk nafkah dirinya?

big mistake...suami WAJIB beri nafkah walaupun si isteri bekerja dan bergaji lebih...tidak gugur tanggungjawab suami dlm perkara ini...

butet,

siapa sebenarnya yg tak bahagia?
suami atau diri butet sendiri?
adikcomelx 73. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 1:21:47 tghari   
wadah 'keterbiasaan' itu yang memakan diri..
relekss..

kejadian manusia itu banyak hikmahnya..
..keluarga yang normal wujud konflik di celah² nya..
dari konflik, wujud komunikasi dua hala.. dari itu kita belajar erti kata kehidupan sebenar.. bukan semata² teori yang sering dilaungkan oleh pakar motivasi.

kita merasa perit dan getirnya untuk menguruskan hidup beberapa insan.. disini letaknya cabaran.. akal dan cabaran yang di sahut dengan ehsan positive akan membuahkan hasil yang ranum dikemudian hari.
.. di imbangi method yang betul dan sesuai

keluarga yang pasif ertinya tidak wujud sebarang bentuk komunikasi dan tindak balas.
nr75 74. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:34:26 ptg   
ntah ler.. pernah alami nasib seperti itu suatu ketika dahulu...

nak suruh sabau... dah abis sabau.. nak buat bodo.. dah macam org bodo pun... kita nie sebagai wanita terasa sangat macam di buat sebagai hamba oleh lelaki yang tidak BERTANGGUNG JAWAB...

nak ceritakan camner nr setelkan problem nie suatu ketika dahulu.. teramatlah panjangnya huraiannya nanti.. cukuplah pengalaman itu cukup berharga buat nr...

ape pun paling penting dan teramat penting sekali... SAYANGI DIRI KITA DAHULU....
* Mesej ini telah disunting oleh nr75 pada 28hb Jun 2005, 4:36:20 ptg
Sirnatinta 75. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 5:14:35 ptg   
nr
betul tu.. yg utama sayangi dan bahagiakan diri sendiri dulu.. niat kan dlm diri segala pengorbanan kita tu bukan utk kebahagian org lain sebenarnya.. tp utk kebahagiaan, kesenangan dan kegembiraan kita sendiri.. InsyaAllah takkan rasa bebanannya..
nr75 76. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 11:01:35 pagi   
Sirna

Thanks... suka baca signature awak..
Qyrana_Biru 77. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 12:10:06 tghari   
quote:
big mistake...suami WAJIB beri nafkah walaupun si isteri bekerja dan bergaji lebih...tidak gugur tanggungjawab suami dlm perkara ini


Qb suka ayat ni....

Suami buat t.jawab dia, isteri buat tanggungjawab dia,

Dari Qb sekali lagi utk butet
bersabar dan tabahkan dirimu... InsyaAllah.. kebahagiaan akan bertamu...
abbysuria 78. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 5:35:35 ptg   
BETUL TU JEEN....
azlalchedin 79. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 02:08:39 pagi   
quote:
dok dekat dia dia kata panasss...kerusi sana kan kosong katanya !
dia mmg jenis koboi tak suka dibelai2...
aku yg terhegeh2 asyik dok belai dia....dia cam batang kayu.....mmg tak tahu berkasih sayang langsung !!
segala2nya aku sorang2 ngan anak2...sampaikan aku dah sampai tahap BOSAN !!!!
kasih sayang aku terhadap dia semakin menipis....hanya yang tinggal SABAR !!! SABAR!!!SABAR!!!!!


ada masanya...aku pun macam tu juga.....
tapi pasal bab belai tu....ko kena pandai la....
laki ni sebenarnya suka dimanja....suka dibelai...
ada masanya laki ni ...ego ....tu pasal dia cam batang kayu.....mmg tak tahu berkasih sayang langsung !!

apa pun ingat la.... setan syok kalau masjid runtuh....

p/s : cuba ingat dan pk....mesti ada silap kat mana-mana........
* Mesej ini telah disunting oleh azlalchedin pada 30hb Jun 2005, 05:17:08 pagi
senijuju 80. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:13:33 pagi   
Abg Din,

memang ada silap... kat somi tu ler... bini dah buat mcm2... dah ada yg bosan dan hilang sabar tahap cipan... , salah pihak somi la pulak... \

semuanya seperti di atas...

dah ler jadi tunggul...
dah ler ego...
dah ler jd pemalas...
dah ler...
dah ler....etc
* Mesej ini telah disunting oleh senijuju pada 30hb Jun 2005, 1:39:15 tghari
PED6209 81. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 11:00:44 pagi   
Banyak tul isteri yang dah hilang sabar dan bosan ek..
akma22 82. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 2:55:44 ptg   
sabar yer butet...

akma faham perasaan butet...
memang sedih kalau kita sebagai isteri yang buat itu ini...
tugas yang sepatutnya menjadi tanggungjwb suami, kita yg buat...
sbg isteri kita memang tak kisah asalkan suami & anak2 bahagia...
tapi bila segala pengorbanan yang kita buat selama nie tak dihargai langsung, tu yang buat kita lagi sedih dan serta merta jadi penat, letih, bosan, sedih etc..

tapi tulah kalau kita jer nak jaga hati suami, tapi hati kita tak der siapa yang tahu, lama2 gunung berapi meletup jugak kan...kita nie pon manusia..bukannya robot...

kalau dapat suami yang pandai laksanakan tanggungjawab dlm rumahtangga..alhamdulillah...
kalau dapat yang sebaliknya, kita sebagai isteri kenelah sentiasa berdoa supaya dalapt dilembutkan hati untuk menjadi suami yang baik...insyallah...akma doakan yang terbaik untuk butet...
nr75 83. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 3:27:54 ptg   
banyak2 lah bersabar dengan dugaan dan ujian Nya...
Presint9 84. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:30:53 ptg   
kalo ayat tu nak tiup kat telinga somi u agak sukar dan tidak berkesempatan, satu cara yg paling mudah dan mujarap ialah (khusus yg memasak utk somi n keluarga), masa masak contoh basuh beras tu dah stat doakan, basuh beras air tangan kita kan.... doakan jek dalam BM pun tak pe.. Tuhan dengar semua tuh.. selawat banyak2, doa sungguh2.. ni mmg paling mujarap sekali.. pass tu ikhtiarkan dengan yg lain2 pulak..
mamanisa 85. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:49:12 ptg   

harap butet dpat tempuhi ujian dgn tabah..nak komen pjgn pun tak mampu rasanya sbb diri sendiri pun tak sunyi dr masalah rumah tangga ni..cuma pandangan kengkawan kat sini ada jugak yg boleh saya ambil sebagai panduan. Ni saya nak bersalin lg dua bulan harapnya kisah bersalin anak sulung 2 tahun lepas tak akan berulang..Mudahan
mama_picah 86. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 09:31:22 pagi   
Hmmmmmm...

Ramai jugak yg senasib dgn ku rupanya... Selalu baca dlm MDC ni yg indah-indah aje (kecuali yg bebetul bermasalah laa..). Malas nk bukak topik...nanti ade yg tuduh tk bersyukur dgn suami plak...

Cam saya pulak...suami saya secara generalnya seorang yg baik, sembahyang tk tinggal, tk pernah curang (walau pernah mengaku secret admirer kt someone), tk suka keluar rumah kecuali dgn saya & anak2...

Cuma satuuuuu aje masalahnye...dia mmg tk pandai memanjakan saya dan tk suka juga dimanjai oleh saya. Kalau nonton TV... baru saya melabuhkan punggung disebelahnya mesti dia pindah ke kerusi lain. Nak tidur... tak pernah menghadap saya... sentuh2 sikit pun dia tak pandai... melainkan waktu bersalaman, waktu saya mintak dia picit kepala.. hmm...bila lagi eh....tk ingat..

Tapi saya tetap menyayanginya...dan saya pernah berterus terang dgnnya...dia berjanji akan cuba baiki...tp mmg mengambil masa bertahun-tahun. So... kata-kata yang lelaki ni suka dimanja tuh...sukar untuk saya percaya....


kizz 87. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 10:16:12 pagi   
quote:
Cuma satuuuuu aje masalahnye...dia mmg tk pandai memanjakan saya dan tk suka juga dimanjai oleh saya. Kalau nonton TV... baru saya melabuhkan punggung disebelahnya mesti dia pindah ke kerusi lain. Nak tidur... tak pernah menghadap saya... sentuh2 sikit pun dia tak pandai... melainkan waktu bersalaman, waktu saya mintak dia picit kepala.. hmm...bila lagi eh....tk ingat..



hmmmmmmmmm.........cam tu le............ramai yg senasib rupenye........
kita picit dia dgn penuh rasa sayang siap selawat2 lagi nak bagi sembuh cepat..... tapi bila tang kita mintak tolong.........dah merungut........dia picit rasa cam nak tercabut kepala....kasar....tak de dengan kasih sayang langsung !
Arman754 88. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 3:59:11 ptg   
Nak Tanduk sket

Apalah yang korang teringin nak belaian manja tu sangat.........macam kucing garfield aje

korang sedih kalau tak kena belai yer
Qyrana_Biru 89. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:02:06 ptg   
Abg MAn apa tau....

Saudari butet yg QB kasihi...tolong cek PM anda ... ada pesanan dari penaja.. pls...pls.. plss
nr75 90. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:06:18 ptg   
memang tak di nafikan perempuan adakalanya mahu di belai dalam erti kata lain bukan belaian yang 'itu'
Arman754 91. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:20:17 ptg   
Jiwa lelaki dan perempuan tak sama. mmg tak ramai lelaki yang suka membelai........kecuali yang jiwa halus tu. So korang kaum ibu pandai-pandai laa bawak diri bila dah terkahwin dengan lelaki yang kurang romantik tu. Tak yah ler nak sedih2, sebab benda ni semulajadi dan tak boleh di paksa2.
usoPkuChai 92. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:25:21 ptg   
semua konflik ada jalan penyelesaian.. dengan hanya berharap semuanya berubah apabila kita bangun esok pagi bukanlah satu cara menyelesaikan masalah.. dgn mengasihani diri sendiri dan bersedih hati bukanlah cara menguraikan kekusutan.. tapi dgn bertindak.. merancang dan bertindak..

amat berbesar hati kalo ko leh cuba apa yg cuba aku sampaikan dlm topik bawah nih:

Komunikasi : Pengurusan konflik dalam rumahtangga
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=8184

take your time reading it.. it'll be better kalo ko leh beli buku nih.. sebab dia jelaskan lebih details.. its very good for couple in conflict.. itu pun kalo ko betul2 nak selesaikan masalah ko.. kalo ko hanya nak melepaskan perasaan.. aku cuma boleh tumpah bersedih atas kesedihan ko.. kerna ko akan sedih selama2nya.. its your call to make your choice.. to live with it or change it.. good luck!
nr75 93. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:26:01 ptg   
err... Meran.. hang romantika diamor ka?
mama_picah 94. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 5:01:17 ptg   
Arman75...

quote:
Apalah yang korang teringin nak belaian manja tu sangat.........macam kucing garfield aje
korang sedih kalau tak kena belai yer


Ini adalah contoh2 suami yg tdk mahu memahami isteri tp sokmo nk suruh isteri memahami suami....
* Mesej ini telah disunting oleh mama_picah pada 01hb Julai 2005, 5:01:59 ptg
Qyrana_Biru 95. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 5:01:58 ptg   
quote:
err... Meran.. hang romantika diamor ka?


NAGA tau romanti ka...
nr75 96. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 5:06:14 ptg   


NAGA tau menyembur jerk....

mamapicah

betul.. betul...
adikcomelx 97. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 5:10:18 ptg   
just nak share phsycology lecture;
memahami fungsi biologi manusia antara lelaki dan wanita..

lelaki
# analitycal - pemikiran logic - lebeh kepada penggunaan otak kiri
# task focused - fokus hanya satu point/perkara untuk diselesaikan
#.. tak sempat salin.. hehhe


wanita
# intuitional - menggunakan rasa naluri/kata hati untuk bertindak
# relationship forced -
# .. tak sempat salin..

wanita berkejaya zaman millinium lebih memerlukan emotional support dari partner supaya mereka dapat berkongsi rasa dan perasaan yang ingin mereka luahkan

wanita lebih berketrampilan dan indipendent pada hari ini. malah adakala hampir 40% aspek beban/tanggunggan dalam rumah tangga dikongsi bersama oleh wanita.

yang terbaik perlu bagi lelaki lakukan adalah
# mendengar
# menggunakan rasa hati/naluri
# bersimpati

pada pasangan anda dengan memberikan perhatian yang khusus supaya wanita berasa di hargai, di perlukan dalam diri mereka.

kenapa lelaki sering meminggirkan kaum wanita kerana lelaki tidak sanggup untuk melalui sudut perasaan apabila disingkirkan atau tidak dipeduli..

wanita perlu mengkaji sikap dan jenis yang ditonjolkan oleh partner adakah mereka tergolong dari jenis suka berfikir, romantik, beremosi, atau sensual.. supaya dapat menyesuaikan diri bila berlaku konflik.
azlalchedin 98. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 00:36:48 pagi   
pada pendapat aku.......

masalah besarnya berpunca dari sikap tidak tahu / tak mahu ambil tahu / takut nak bagi tahu......./ tak mahu belajar....


ni kira cth je la :
si isteri tidak tahu kehendak suami dan tak mahu ambil tahu kehendak suami dan lebih malang lagi si isteri takut nak bagi tahu/berterus-terang ttg problem yg sedang melanda....... bertanya why suami jadi macam tu......bla-bla..

ingat.!!.. si suami bukan nya teror.... tahu semua isihati dan kehendak si isteri....
time belayar, kalau tak puas .... cakap jer terus terang.... minta dia ubah haluan.. bla-bla....begitu juga la dengan perkara lain....

ini tak .... diam je.... pastu , salahkan suami.... salahkan diri.... apahal.....

saper suka gaduh-2.......
boring arr....hari-2 masam muka......
x_eti007 99. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 02:54:23 pagi   
akom,

saya kalau ada problem ngan asben selalu luahkan melalui surat, email atau kalau dia tgh online YM saya akan YM dia..walaupun dedua ada kat umah saya lebih suka buat macam tu..sebabnya tiap kali dia dapat jer luahan perasaan saya tu terus jer dia dtg kat saya..walaupun tak pujuk tapi dia akan tegur saya dulu..buat2 tanya nak pegi beli brg dapur tak ari nih? hehehehe. Kalau ader problem mesti akan selesai dlm hari tu jugak..takde berlanjutan sampai 2-3 hari. Dari bercinta lagi saya amalkan surat menyurat nih ngan email nih..YM tu baru tahun nih start..sebab ader 3 pc kat umah. Dia YM kat dlm bilik saya YM kat ruang tamu..hehehehe
Qyrana_Biru 100. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 08:46:20 pagi   
BIarlah QB tutup topik ni dgn satu permintaan.. kalau nak bukak part 2 pun OK...

Saudari butet pls check your PM... ada pesanan dari seseorang.. QB dah jadi cam agen plak.. ni hajat org Qb sekadar menyampaikan...
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005