Sembang² Sembang²
  31hb Ogos 2014, 10:27:50 pagi
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi
(Pengendali : abe)
Dihantar oleh Tol : Ada Apa Pada Tol????
ikanukai 1. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 12:24:14 tghari   
10% tiap 3 tahun untuk selama 40 tahun lagi...camtuh la keadaan berkaitan dengan TOL yg aku buat dengar tak dengar pasal tol nih...sebab tol naik 100% aku bukan kena tol pon....sebab...he..hee...aku tak bayo tol...TAPI sian la aku pada kengkawan kita yg salu ulang alik semban KL...tiap ari tu...

Tu la aku ingat bagus ADUN SRI GADING (kalau kerajaan nak dengar yg wakil KERAJAAN buat cadangan) mencadangkan usul seperti dibawah bagi mengADILkan sedikit keadaan yg amat tak adil ni:

IAITU...

Ikut perjanjian sekarang TOL ialah ikut TEMPOH...iaitu 30 tahun...40 tahun dan sebagainya....

APA KATA..

Kita adjust sikit perjanjian tu dgn menukar TEMPOH kepada JUMLAH...iaitu kita adakan HAD MAKSIMA jumlah kutipan TOL TAHUNAN yg boleh dikutip oleh PLUS ka....apa ka...CONTOHNYA setahun PLUS boleh kutip TOL sebanyak RM50 juta sahaja MAKSIMA...40 tahun dah RM2bilion...

RASanya buat camnih lagi baik SIKIT DARIPADA..ikut PERJANJIAN berdasarkan TEMPOH yg ada sekarang...logiknya bilangan kenderaan makin bertambah...makin byk kenderaan yg guna tol berbanding 5 tahun lepas...kalau 5 tahun lepas 5juta kenderaan lalu tol setahun sekarang mungkin dah 10juta kenderaan...kadar tol makin meningkat....so 40tahun lagi...camno..???? tak ke SAMI VELO anak beranak untung 8juta bilion kali ganda...???!!!!!

ni CADANGAN aku la kalau KERAJAAN tu nak pikey MASALAH RAKYAT.... tanak terima tak apa...haa..pikey la pasal bisnes lain lak yg akan menambah MASALAH RAKYAT....bisnes AIR pulak ke....iyo tak..????he....he...
tempoyak 2. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 12:29:26 tghari   
hmmm... ade satu topik pasai tol tak habis lagik, nape bukak yg baru?
ikanukai 3. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 12:39:14 tghari   
salah ke..?? mintakmaap le...bagi CADANGAN je..topik lagi satu tuh RINTIHAN...segala kesulitan amat dikesali....jalan dibaiki...he
tempoyak 4. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 1:41:43 tghari   
maaf le.. tak salah.. tapi bior le habis satu2 dulu.. topik lebih kurang same, nanti topik ko tak dapat sambutan, tak syok jugak kan.. takpe, nanti habis topik lagi satu tu, kite sambung diskus kat sini pulak..
tempoyak 5. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 08:07:40 pagi   
jom sambung cerite pasal tol kat sini

message lama boleh korang tengok kat link ni
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=437
cenango 6. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 10:43:24 pagi   
tataule diorang ni, semua nak naik naik...

umo pon dah meningkat, simpanan pon tak naik2 lagi... mmm

lkalo jalan rata takpele jugak, ni sana tampal, sini tampal, mau amik tiket pon berator, mau bayar pon berator, mau touch n go plak berator lagi panjang

susah2, buat le laluan bayaran utk sebulan ke ape ke, kira macam rm30 sebulan, unlimited access, cam streamyx gitu, contohnye la...

nak beli menatang smaktex tu mehe le plak, dah le takot cermin kereta pecah

macam2 alasan

senang2, tayah le bayo tol...

ekekeke
luarpagar 7. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:37:10 pagi   
Plus kenalah kreatif sikit jgn dok harap duit tol saja .. sepanjang jalan tu macam-macam boleh buat ... tambahkan produk yg belum ada lagi sepanjang lebuhraya dan jadikannya satu destinasi pelancongan menarik. Rasanya cara ini lebih profesional dari mengikis duit rakyat yang dah makin berkurang ni..berikut sedikit cadangan.

1. Tambah satu lorong lagi supaya tiada kesesakan. Wujudkan satu lorong laju jika perlu.
2. Buat tempat persinggahan yang besar dan menarik pada setiap negeri minta kerjasama kerajaan negeri bagi menjadikan ia sebagai suatu destinasi baru pelancongan pada negeri berkenaan.
3. Mini Zoo, Tmn mini rama-rama, tmn bunga, tmn burung dan lain-lain yang patut dan unik.
4. Tambah lampu jalan jika kenderaan pada mlm hari dah bertambah
5. Buat pakej bulanan dari segi bayaran tol.
6. Masukkan dalam kalender produk pelancongan Malaysia supaya orang luar dapat menikmati pemandangan semula jadi Malaysia.
7. Perlu ingat apa yang menjadi kebiasaaan pada orang kita adalah amat asing bagi orang luar terutama mat saleh, orang jepun dan tok-tok arab ni. Mereka ni nak tengok juga bagaimana rupa pokok getah, kelapa sawit, kerbau lembu, buah-buahan tempatan. Kalau tak dipromote masakan depa tau.

Buatlah servey dulu apa yang patut ada pada sepanjang lebuhraya tu.
webweb 8. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:49:59 pagi   
aku ingat persaam kenderaan makin banyak ngan tol makin meningkat dgn senang boleh dijawab oleh samy veloo.

itu tol kite kasi naik pasai itu kerete sudah makin banyak.
jadi itu kos mahu kasi butul itu jln rosak juge naik pasai itu banyak reta sudah kasi hantam itu jalan. dulu itu kerete sikit, itu jalan sikit jugak rosak.
ape-ape hal saye akan bawa ini masalah ke kabinet. dan jkr tidak ade kenne menggene dgn ini masalah.
jgn takut saya jenis buat kerja punya org, pagi-pagi bangun pukul 5.00
Babyhubby 9. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 12:04:23 tghari   
Luarpagar...
Bernas cadangan ko tuh! Napa la depa tak buat sesuatu kan... Lagi satu papan iklan pun leh perbanyakkan... iklan kan good income!
muhibahnet 10. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 12:06:00 tghari   


* Mesej ini telah disunting oleh muhibahnet pada 16hb Disember 2004, 12:06:47 tghari
harisbee 11. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 1:50:05 tghari   
Org Malaysia dah kaya raya...apa salahnya sedekah duit utk PLUS. Kan kita guna jalan raya depa kita kena bayarla berapa banyakpun harganya. Kalu x nak bayar...naik jer rakit mudik ke hulu.
nuralisya 12. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 2:34:36 ptg   
ada apa pada tol.. ada toll gate boy..

bowing bowing aa 'syik citer tol..
rakyat sudah melalak dan meneriak.. derang wat muka toye jer.
why why..

gue nak tanyer gak kan...
masa agreement kerajaan ngan developer... takde ker klause yg menyebut jumlah hasil kutipan tol yg patut dikutip pada tempoh tertentu & amaun tertentu?!

kalu tak mention dlm agreement, takkan sampai hujung dunia punya hayat ... tol jalan kena kutip?
kalu standard rate takper, ini makin menaik nie apa barang nih... dah ler kenderaan makin banyak...
tak cukup nak cover expenses ker... isk tak logik aih!

p/s: MUHIBBAHNET
iklan tawuk tempat lain ler bai.. sembang iklan niaga kan ada..
ko nak kena jerit ngan gue ker..
* Mesej ini telah disunting oleh nuralisya pada 16hb Disember 2004, 2:37:26 ptg
adikcomelx 13. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 2:45:51 ptg   
makcik aku penah terlibat mengira kos expenses PLUS Highway dalam kes tanah runtuh kat Tol Bukit Lanjan... dicongak-congak collection bersih satu hari Tol sg besi boleh tampung kerugian 3 bulan penutupan kat Tol Bukit Lanjan..
tol sg besi peyumbang terbesar kepada hasil jualan kutipan tol pada PLUS highway... perghhh

kes.. kes.. kes...
* Mesej ini telah disunting oleh adikcomelx pada 16hb Disember 2004, 2:46:22 ptg
maizana 14. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 3:07:27 ptg   
This year.. pernah I buat hal.. sampai kat toll house di Alor Gajah.. I buat tak nak bayar toll.. sebabnya.. bagi I.. disediakan highway untuk keselesaan.. dan berbayar.. tapi hari tu.. I keluar rumah pukul 10 pagi.. sampai Alor Gajah..pukul 6 petang... mahu tak marah...

Sampai kat toll tu.. kami cakap dengan juru toll tu.. ' Kami tak ada duit lagi nak bayar toll... duit yang ada dah habis beli minyak... sebab keluar rumah pukul 10.00 pagi.. sampai sini 6.00 petang... masa dan minyak terbuang bergitu sahaja'... .. tak boleh kak... kena bayar jugak..jurutol tu kata... I buat tak kisah... I cakap lagi.. habis..I tak ada duit.. nak buat macam mana? .. kat belakang tu kereta berderet... nak tak nak.. dia call.. orang kat atas (kat rumah tu)... I dengar dia kata.. 'dia kata tak ada duit'... so lepas tu... dia lepaskanlah I..

Kemudian tu.. orang belakang I pun.. rasanya dok argue the same thing...
nuralisya 15. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 3:15:17 ptg   
KAK MAIZANA
apsal ler lisya tak terpikir nak argue - wat cam akak ekk..
terlupa bawak wallet pun.. terpaksa selongkar gak syiling 10 sen 20 sen 5 sen dalam keta... semata-mata bayor duwit tol.

dicongak-congak collection bersih satu hari Tol sg besi boleh tampung kerugian 3 bulan penutupan kat Tol Bukit Lanjan..
tol sg besi peyumbang terbesar kepada hasil jualan kutipan tol pada PLUS highway...

hah tu... isk tensen nyerrr... dlm agreement apsal le tak wat statement "kutipan tol harus dihentikan apabila hasil sudah mencapai sekian sekian RM "
sampai kiamat ker nak bayor tol...

dari segi expenses untuk maintenance.. cari ler alternative lain.. contoh cam LUARPAGAR cadangkan tu...
adikcomelx 16. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 3:30:57 ptg   
kak zana,
macho la lu...
laylyza 17. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 3:52:33 ptg   
kak maizana
best gak cara tu... berani arrr!!!. cayalah.
laylyza 18. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 3:53:52 ptg   
aikkk! baru lah aku perasan yg aku ni dah jadi ' ahli setia'..
kira2 kenaikan pangkat ker?. hihihihikk. naik pangkat je ke,
gaji tak naik ker?. bonus ker?.
ajib 19. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 05:01:28 pagi   
tak mo kena tol
pakai la moto
tak pon
pakai helikopter macam akoo...
ha ha ha
CAM51 20. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 08:21:05 pagi   
Pengalaman aku ... aku penah gak tak bayar tol...
puncanya ....aku baru balik dari Scudai kerana menghadiri hari konvo anak aku dan malam tu jugak balik ke K.L. sampai Tol Sg. Besi dalam pukul 1.10 pagi... aku lalu slow je kat kounter tu tapi cermin dia tutup.. dan tak nampak pekerja di situ.. aku dah sedia hulurkan tiket untuk bayar tapi tak de sesiapa aku terus je kedepan dan melintasi tol ...dalam 20 meter aku terdengar org jerit.. OOii.... tapi aku intai kat cermin tak nampak sesiapa.. aku berhenti dalam 1 minti tak jugak ada org yg datang... keputusannya aku terus ke KL tanpa buat bayaran.. selamat RM35.00 masa tu..sampai skrg ni aku masih simpan slip TOL dari Scudai tu ...takut kalau ada apa-apa tindakan dari PLUS.. .mana la tau kalau dia sempat ambik no kereta aku...so.. disini salah ke aku... bertindak demikian.. aku rasa staff TOl masa tu tidor... ...
eyzlyn 21. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 08:24:28 pagi   
cam51.. confirm tido tu...

nak try buat macam kak zana la.. lin pernah dari ayer keroh nak pi kl.. bertolak kul 5 ptg... kuar tol serdang pukul 9.30.... haiya...
tempoyak 22. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 08:38:55 pagi   
quote:
makcik aku penah terlibat mengira kos expenses PLUS Highway dalam kes tanah runtuh kat Tol Bukit Lanjan... dicongak-congak collection bersih satu hari Tol sg besi boleh tampung kerugian 3 bulan penutupan kat Tol Bukit Lanjan..

hekele... jual batu yg runtuh kat bukit lanjan tu pun dah boleh cover cost baikpulih bukit lanjan tu... hehehehe

gile kau, batu free.. bukan kena beli pun kalau nak keluarkan..
CAM51 23. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 08:48:14 pagi   
aku pun lain kali kalau sangkut kat highway dan lebih dari masa yang ditetapkan ..akan aku bawa usul dan tektik cam si zana buat... .
sebab kita bayar pada mereka untuk masa dan keselesaan kita.....
Liz_Dee 24. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 09:14:33 pagi   
Tol tetap dinaikkan. dlm paper today.
comeydokada 25. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 09:54:07 pagi   
nak tak nak kene gak bayo...
suke ke tak suke ke.. terpaksa bayo..
ader aper2 bantahan
eyzlyn 26. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:00:31 pagi   
apa kata lepas ni korang tak yah bayar tol.. main redah jer.. amacam.. berani tak...
comeydokada 27. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:13:47 pagi   
wakakka cuba lah kalau brani.. silap2 tido dalam jugak..
siapa 28. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:34:09 pagi   
...nampak gaya...
kena tukau moto besau laa aku tawun depan...
..keter biar lam garaj...gi kejer nek motor..tp kapcai aku tentu jahanam hari2 100km pegi balik kejer...
...nasib aku laa beli umah dekat ngan highway....




oh apammm...
CAM51 29. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:38:12 pagi   
ada sekali member aku dilepaskan tanpa buat bayaran kerana tidak ada tiket ..puncanya semasa dia masuk tol .. kakitangan plus di kounter tidak bagi dia tiket ..puas dia tunggu...lepas tu dia cabut je masuk tanpa ambil tiket... sampai kat kounter bayar dia declare tak de tiket...gaduh la sampai pegawai plus dtg... akhirnya dia pergi tanpa buat bayaran...walau pun dicaj 30% lebih dari harga sebenar...
adikcomelx 30. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 3:04:55 ptg   
Apa nak buek... dah umah pon tepi highway...


quote:
Tol tetap naik 1 Jan. -- Jika tidak kerajaan perlu bayar RM154j setahun kepada PLUS

PETALING JAYA 16 Dis. - Kenaikan tol 10 peratus yang dicadangkan di Lebuh Raya Utara-Selatan mulai 1 Januari ini akan berjalan sebagaimana dirancang walaupun mendapat bantahan daripada orang ramai termasuk ahli-ahli Parlimen.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata:

``Tol di Lebuh Raya Utara-Selatan akan dinaikkan mulai 12.01 pagi, 1 Januari. Ia akan diteruskan seperti dirancang.''

Beliau menegaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai Perundingan Awam bagi Mempromosi Perubahan menerusi Perkongsian Komuniti: Memperkasa Masyarakat India Malaysia, anjuran Pengguna Malaysia ERA di sini hari ini.

Samy Vellu turut mengesahkan, isu kenaikan tol 10 peratus itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Menteri itu berkata, orang ramai dan ahli Parlimen hendaklah faham bahawa kerajaan tidak dapat menanggung beban subsidi tol oleh kerana ia akan memerlukan kerajaan membayar RM154 juta setahun kepada penerima konsesi lebuh raya itu, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jika kadar tol tidak dinaikkan.

Awal minggu ini, ahli Parlimen pada sidang Parlimen menentang langkah kerajaan membenarkan PLUS menaikkan kadar tol sebagaimana perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat berkenaan.

Samy Vellu kemudian berjanji membawa rungutan itu ke mesyuarat Kabinet, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Bagaimanapun, sumber memberitahu tidak ada sebarang keputusan dibuat kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiada dalam mesyuarat itu.

Samy Vellu berkata, kerajaan kini membayar kepada empat penerima konsesi setiap tahun kerana mereka tidak dibenar menaikkan kadar tol menurut perjanjian ditandatangani dengan kerajaan.

Katanya, kerajaan membayar RM50 juta kepada penerima konsesi Lebuh raya Kesas, RM60 juta kepada Lebuhraya Damansara Puchong, RM290 juta kepada Prolintas dan RM70 juta kepada lebuh raya Sprint.

``Jika kita sekat kenaikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan, ia akan jadi beban besar kepada kerajaan. Kita perlu membayar RM38 bilion dalam bentuk ganti rugi kepada PLUS dalam tempoh 33 tahun akan datang. Wang ini boleh digunakan untuk projek lain,'' tambah beliau.

Menteri itu berkata, PLUS tidak mendapat untung buat ketika ini kerana ia hanya dijangka menerima pulangan kewangan dari projek itu selepas beroperasi 15 tahun.

Beliau juga berkata, laluan di KM303 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Perak yang ditutup kepada lalu lintas menghala ke selatan berikutan tanah runtuh pada 11 Oktober lepas, akan dibuka semula kepada semua lalu lintas esok (17 Disember).

``Kami pada mulanya menjangka laluan itu akan hanya dibuka pada 23 Disember tetapi oleh kerana semua kerja sudah selesai, kita buka enam hari lebih awal,'' kata beliau.

Kepada soalan lain, Samy Vellu berkata kesesakan teruk di Subang Jaya akan reda hanya selepas siap lebuh raya bertingkat bernilai RM160 juta yang sedang dibina.

``Kerajaan bercadang melaksanakan skim penyuraian lalu lintas lebih baik di Subang Jaya tetapi sesetengah pihak membantah, menyatakan lebuh raya tidak harus dibina depan rumah mereka.'' katanya. - Bernama


waja82 31. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 3:30:37 ptg   


tol naik, minyak naik, pasni tataula ape lagi yang nak naik...

saya bukanlah jenis orang tak bersyukur... bersyukur sbb negara kita ni aman damai... ada kemajuan... hidup selesa dan persekitaran kita pun harmoni...

tapi nak marahla jugak... kenaikan tol dikaji 3 tahun sekali, perjanjian dari tahun 1999 sampai 2030... setiap 3 tahun naik 10%, tahun 2030, harga tol adalah 100% dari harga sekarang...

kenaikan tu biarlah berpada dengan khidmat yang diberi... mase highway mula-mula bukak, kereta peronda plus punyala banyak... setiap 10km nampak je keta plusronda... skrang ni, makin lama makin sikit plak...

buat highway nak tampung 160,000 pengguna... rakyat malaysia ade 20 juta, yang pakai keta dekat 2 juta... logik ke?

highway jam tu dah satu bab lagi... siap boleh duduk bersila atas highway mase balik raya aritu... ayah kat sebelah siap berborak dengan pakcik drebar lori kat sebelah... adik-adik semua rasa bangga sebab dapat jejak kaki atas highway...

malas nak salahkan sape-sape dalam hal ni...
rayban 32. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:35:00 mlm   
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Rakyat diminta memboikot penggunaan Lebuh Raya Utara Selatan mulai 1 Januari depan bagi memberi tekanan kepada kerajaan yang berdegil menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus.



Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berharap rakyat bertindak drastik memprotes keputusan kerajaan yang tidak memberi faedah selain menambahkan bebanan.

Menurut beliau, selagi rakyat tidak berani melakukan bantahan maka selama itulah kerajaan akan terus menekan dengan menaikkan segala keperluan mereka.

Katanya, tidak mustahil kerajaan BN akan terus menaikkan kadar tol sekali lagi seperti peningkatan harga minyak beberapa kali dalam tempoh setahun.

Mengulas tindakan Kementerian Kerja Raya terhadap kenaikan tol itu, Ustaz Idris berkata, Dewan Pemuda PAS akan melancarkan kempen satu bulan tanpa tol di mana pengguna jalan raya digalakkan supaya tidak menggunakan lebuh raya.

Tambahnya, jika tindakan itu gagal mengubah pendirian kerajaan maka Dewan Pemuda PAS akan berdemonstrasi.

Beliau terkilan dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu yang berkata kerajaan tidak boleh menampung kos pampasan RM154 juta setahun kepada pemegang konsesi jika kadar tol tidak dinaikkan.

Katanya, dahulu kutipan tol Jalan Kuching di Kuala Lumpur tetap dilanjutkan walaupun tempoh pembayaran itu sudah tamat dan kutipan tol itu sudah memperolehi keuntungan.

"Sudah pasti tindakan kerajaan meneruskan tol di Jalan Kuching hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu tanpa mengambil berat kepentingan rakyat," katanya.

Ustaz Idris mengingatkan masyarakat supaya mempunyai jati diri dan tahu tentang harga diri supaya tidak mudah diperalatkan oleh orang lain.

Kerajaan rompak duit rakyat, kata Mahfuz

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mahfuz Omar mendesak kerajaan membentangkan kertas putih laporan keuntungan dan kerugian yang ditanggung Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus).

Menurut beliau, laporan itu penting didedahkan supaya rakyat mengetahui sejauh mana keuntungan yang diperolehi Plus setiap tahun.

Selain itu beliau juga berharap rakyat bekerjasama dengan parti pembangkang seperti PAS, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengguna dan pertubuhan lain untuk mengadakan demonstrasi membantah kenaikan tol 10 peratus itu.

Katanya, jika bantahan itu hanya diusahakan parti pembangkang (PAS) tanpa pemb a b i tan NGO dan pertubuhan lain, maka kerajaan tidak akan mendengar rintihan rakyat.

Katanya, luahan perasaan sahaja tidak boleh menyedarkan kerajaan BN melainkan rakyat melakukan demonstrasi di mana ia merupakan satu tindakan yang lebih praktikal bagi memastikan kerajaan tidak akan terus menekan rakyat.

Mengulas kenyataan Samy Vellu kononnya tol perlu dinaikkan kerana kerajaan terpaksa menanggung bayaran subsidi tahunan kepada empat pemegang konsesi beliau berkata:

"Amat tidak wajar kerajaan memulangkan segala bebanan kepada rakyat, kerana empat syarikat itu antara Plus dengan UEM mempunyai hubungan dengan kerajaan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baginya, jika tindakan itu dilakukan jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab dan menafikan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan lebuh raya.

Mahfuz berkata, tol naik kesan daripada kenaikan petrol dan barang-barang keperluan dapur dan sudah pasti selepas ini berlaku kenaikan tambang bas dan teksi.

Beliau berkata: "Tol naik 10 peratus, petrol 10 peratus dan mungkin tambang bas dan teksi akan naik 10 hingga 20 peratus, kesannya rakyat terpaksa menanggung kenaikan sebanyak 30 peratus setahun."

Katanya, kerajaan telah melakukan satu rompakan secara terhormat melalui wang rakyat selain menafikan hak rakyat untuk menggunakan lebuh raya bagi mereka yang tidak mempunyai wang.
maizana 33. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 00:42:01 pagi   
quote:
Rakyat diminta memboikot penggunaan Lebuh Raya Utara Selatan mulai 1 Januari depan bagi memberi tekanan kepada kerajaan yang berdegil menaikkan kadar tol sebanyak 10 peratus.


Rasanya ianya dapat membantu, tapi mampu ke kita berbuat demikian?. Tapi bak kata orang bersatu kita teguh bercerai kita roboh..kalau betul kita sakit hati dan tak puas hati dengan kadar kenaikan tol... maka kita buat...hendak seribu daya.. tak nak seribu dalih.. jangan cakap tak puas hati.. tapi masih lagi menjadi pengguna setia. Jalan alternatif harus dicari.. sama-sama kita lakukan .


quote:
buat highway nak tampung 160,000 pengguna... rakyat malaysia ade 20 juta, yang pakai keta dekat 2 juta... logik ke?

highway jam tu dah satu bab lagi... siap boleh duduk bersila atas highway mase balik raya aritu... ayah kat sebelah siap berborak dengan pakcik drebar lori kat sebelah... adik-adik semua rasa bangga sebab dapat jejak kaki atas highway...

malas nak salahkan sape-sape dalam hal ni...



buat haighway untuk buat duit...salahkan diri kita kerana kita yang pilih..jangan kita ni marah2 tahi ayam saja.. hilang panas... masuklah PLUS semula.. jangan biarkan diri kita diperbodohkan...

quote:
aku pun lain kali kalau sangkut kat highway dan lebih dari masa yang ditetapkan ..akan aku bawa usul dan tektik cam si zana buat... .
sebab kita bayar pada mereka untuk masa dan keselesaan kita.....



Buat CAM51, jangan tak buat.. kita berhak..jangan nafikan hak kita... dari bersesak-sesak di highway dan kena bayar toll baik ikut jalan lama.. kalau sesak sekali pun boleh singgah dimana-mana, kena teh tarik ke... murah pun murah.. hati puas.

quote:
cam51.. confirm tido tu...

nak try buat macam kak zana la.. lin pernah dari ayer keroh nak pi kl.. bertolak kul 5 ptg... kuar tol serdang pukul 9.30.... haiya...


Eyzlyn, you should do..

quote:
KAK MAIZANA
apsal ler lisya tak terpikir nak argue - wat cam akak ekk..
terlupa bawak wallet pun.. terpaksa selongkar gak syiling 10 sen 20 sen 5 sen dalam keta... semata-mata bayor duwit tol.



Lisya, kalau tak sesak, serta tak ada apa-apa hal.. dan tak ada duit.. seboleh2nya Kak Zana akan buat macam lisya, carilah duit 1 sen dalam kereta nak cukupkan 50 sen, tapi pernahlah jugak jurutol tu bagi Kak Zana lepas jer..sebab hulur duit RM 100 dan nak bayar toll hanya 50 sen, kebetulan memang tak ada siling langsung... sebelum sampai kat toll..dalam hati Kak Zana dah tekad...'kalau dia marah aku sebab bayar guna notes 100 ringgit... aku nak bagi dia balik...', tapi bila sampai.. dia tanya..'tak ada duit 50 sen ke kak?', bila Kak Zana jawab tak ada jer.. dia terus kata 'tak apa lah Kak.. saya baru tukar shif.. tak ada cukup duit'... baik jugak budak toll ni..
joedett 34. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 07:43:35 pagi   
Ada pengalaman tak bayar tol,bukan taknak bayar tapi tak jumpa pondok tol yg dimaksudkan.Jimat RM20
maizana 35. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 2:46:54 ptg   
Quote kata-kata Tarantula ni..


quote:
Secara logiknya...sapa pun yg perintah, toll tetap toll...agreement telah pun di tandatangani...rasanya tidak akan ada perubahan yg ketara akan berlaku.

Cuma yang silapnya adalah pihak kerajaan semasa menandatangani perjanjian konsesi tersebut.

Kenapalah kita, sebagai pihak yg memerintah, pihak yg mengeluarkan duit perlu tunduk kepada pihak kontraktor/pembuat? Tidak bolehkah kerajaan membuat agreement yang berpihak kepada mereka? Kenapa perlu tunduk kepada pihak kontraktor?

Jawapannya mudah....Renong...kontraktor asal projek PLUS adalah syarikat milik UMNO dan ketika itu, Renong didalam keadaan tenat dann memerlukan projek untuk terus bernafas.

Projek lebuhraya tersebut di anugerahkan kepada Renong tanpa melalui proses tender biasa....(kiranya direct nego la tu) dan akhirnya rakyat perlu menanggung kos tersebut sehingga berpuluh-puluh tahun



Apa pasal pasal royalti minyak kat Terengganu tu boleh berubah dengan sekelip mata.. nak seribu daya.. tak nak seribu dalih.. kalau lah kita rakyat biasa.. rakyat kebanyakan boleh lihat perjanjian tu..ALANGKAH BAIKNYA... ini kita hanya dibagitau .. perjanjian yang telah dibuat..dengan syarikat konsesi.. Dulu masa belajar.. taulah pasal konsesi tiket keretapi...
eyzlyn 36. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 2:52:14 ptg   
hehehe kak zana, tiket konsensi keretapi.. bulih half price tambang.. memang glamer betui maser study... ... ader lagi tak skang ni?

biler la tol ni nak free ek? kat canada memang free pun tol ni... minyak pon 0.70 cent seliter.. (harga lak ikut suka hati, tapi tak penah lebih 1 dollar) .....

kalau compare pun tak guna gak.... nanti dijawab" kadar tol /petrol malaysia lebih rendah berbanding negara lain".. statement hampeh dan hampeh....
lobakbiru 37. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 2:56:48 ptg   
err....lyn...ko ni pangkah parti pembangkang ke?x pernah tgk posting puji kerajaan pun.hehehehehe....jgn marah!
kita nak kuar ni...nak gi date.dah kul 3 maaa...tapi ari nak ujan plak.tapi tak per...nasib baik nak kete....tapi yang pastinya tak lalu jalan bertol.KLCC je.nak ikut?jommm....
eidadara 38. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 10:26:12 mlm   


Kalau menaikkan harga tol.....kenalah menaiktarafkan kemudahan lebuhraya. Ini tak...kawasan yg takde lampu, tetap tak ada....R&R akan penuh waktu cuti, jualan makanan yg sangat mahal dan tak sedap. Kat perhentian rehat, cuma ada 2 toilet. yang turun sebuah bas.....beratur panjang...pakat 'mengepit' sebelum menunggu giliran masuk ke tandas.

Bising macam mana pun...kita tetap kena bayar.....esok2 ni nak beli helikopter je lah...
siapa 39. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 10:48:16 pagi   
....naik rega satu hal...
servis TOUCH&GO pun cam C***I jer...
..dah 3 kali dah aku kena...rosak..mesin takbleh baca kad aku..
pastuh..bila kita repot..sampai laa nih pun tak dpt ganti..asyik bertempoh aje kejer nyer...
ni plak mintak org guna EKSPRESS TAG...kot kalu murah takpa..




oh apammm...
edinamaya 40. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 11:04:10 pagi   
Hehhehehe...marah tul nampaknya.....
siapa 41. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 11:13:22 pagi   
....'termarah' plak aku nih...
..aku rasa...aku laa warga yg tak banyak songeh nyer...
masih cuba berikhtiar mencari sebaik mungkin alternatif sesatu hal sekiranya perlu...
...tp..jgn laa sampai buat org hilang kesabaran...kang lengkali tak pangkah kangggggg haa....



oh apammm...
azlalchedin 42. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 02:25:38 pagi   
quote:
Bising macam mana pun...kita tetap kena bayar.....esok2 ni nak beli helikopter je lah...


beli jer basikal.....harga pun murah, minyak tak kena, roadtax lepas, tak payah pakai helmet,....senang nak parking.....senang nak angkut..kalau nak simpan dalam rumah flat.....
serba-serbi jimat.........
kni_03 43. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 11:18:55 pagi   
quote:
....naik rega satu hal...
servis TOUCH&GO pun cam C***I jer...
..dah 3 kali dah aku kena...rosak..mesin takbleh baca kad aku..
pastuh..bila kita repot..sampai laa nih pun tak dpt ganti..asyik bertempoh aje kejer nyer...
ni plak mintak org guna EKSPRESS TAG...kot kalu murah takpa..



ko buat cam aku. kad TnG aku simpan jer kat umah. sebab dah byk kali aku tgk, lorong TnG le yg selalu jam. so guna manual le. dari jauh ckp ngan anak jantan aku yg aku nak cari toll gate girl... kena ikut naluri hati...
cam biasa turun cermin.kasi salam, hulur duit, tunggu balance, senyum dan jalan...

tapi kengkadang terkena yg jantan. bini aku pulak le pulun senyum perli kat aku sepanjang jalan...
azlalchedin 44. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 2:21:22 ptg   
quote:
tapi kengkadang terkena yg jantan. bini aku pulak le pulun senyum perli kat aku sepanjang jalan...



siapa 45. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 6:56:35 ptg   
kni...
..skang nih..lrg tunai pun dah boleh guna Touch&Go dah...(PLUS)
mudah dan pantas...
..nak lg pantas..ingat nak guna Ekspres Tag...tp mahai kedeghak...




oh apammm...
KUKRAK 46. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 05:47:10 pagi   
Tol : Ada Apa Pada Tol????

ada SAMI VELO
kekwa_04 47. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 09:56:46 pagi   
quote:
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), sila kemukakan bantahan anda dengan menandatangani petisyen ini secara on-line.

Sila klik di sini
http://www.petitiononline.com/notohike/petition.html



sign je sape rajin ... heheh .. aku lum sign lagi ..
tak tau nak pakai signature mana ..
alamak 48. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 11:12:47 pagi   
Naik-naik-naik ... heiiiiiiiy... apa nak jadi .. lotih la kerajaaan tak da duit nak cover. Cam na buat kerja salah kiro ko.. tak dapat buat anggaran tepat pertambahan kereta. Itu ekonomi meleset tu .. kalau tak meleset entah berapa juta la kereta kat malaysia sekarang ni. Highway diupgradedan ditambah tapi tak terikut dengan pertambahan kereta.

Betul la Smart Tag tu senang dan laju tapi kalau kat highway terkemut-kemut sampai tang tol ke laju buat apa.

Kalau Touch & Go tak berfungsi kita Hit & Run la .. apa lagi

soba yo la...
kni_03 49. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 12:20:25 tghari   
quote:
.
..skang nih..lrg tunai pun dah boleh guna Touch&Go dah...(PLUS)
mudah dan pantas...
..nak lg pantas..ingat nak guna Ekspres Tag...tp mahai kedeghak...


tak suka yg pantas2 sngt. sebab tak sempat nak tgk muka awek...
tu pasal la guna manual jer... sejuk sket hati...
siapa 50. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 12:39:09 tghari   
alamak...
..dari uamh den ke subang jaya..Ekspress Tag tak pernah jem pun..
yg buat jadi beratur kat Touch&Go tu..pasal ramai yg tak tau lrg tunai dah leh guna Touch&Go....

...tp mmg ada sestgh plaza tol yg jem...



oh apammm...
alamak 51. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 2:07:59 ptg   
dari kl ke melaka 6 jam sampai lorong smart tag 2 saat buat ape..

isunye highway yg jem bukan tol
siapa 52. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 5:19:55 ptg   
..aku rasa laa...
byk sebab gak ngapa highway la nih ada yg jem...
sbb byk org dah mampu pakai keter...
...sebulan jer jpj kata lebih kurang 5000 kenderaan yg berdaftar seluruh negara...
..itu kenderaan baru tuh...lom campur yg beli sekenhen...
satu lebuhraya sepanjang 36km pun amek masa lebih 2 tahun nak siap..
..bayangkan pertambahan jumlah kenderaan waktu highway tuh baru siap..
..itu soal kenapa ada highway..tapi jem...

walo cemana pun...aku tak laa sokong kenaikan rega tol yg melampau2 nih...
...semua pihak..start dari gomen..rakyat...bank..kena laa kerja sama nak kurangkan jem...
..mana yg patut guna motor..guna laa...
yg patut pertingkatkan sistem pengankutan awam..tingkatkan laa..
..yg mana keperluan tak mendesak utk beli keter..takyah laa beli..

kalu idak...tak selesai nyer tol dan jem nih...
...tu pandangan aku jer lerr...hehehe...



oh apammm...
Awang_Liku 53. Dihantar pada 02hb Januari 2005, 00:08:05 pagi   


Hmm hari ni kadar tol baru pun telah dinaikan sebanyak 10%......diikuti dengan kenaikan surat khabar dari RM 1.20 ke RM1.50, akhbar metro dari RM1.00 ke RM1.20 , manakala akhbar keluaran hari Ahad meningkat ke RM2.00 senaskah.....isu kenaikan tol ditenggelami dengan bencana tsunami....tidak kedengaran lagi jerit pekik mereka yg membantah kenaikan itu.....

Alhamdulillah. Bersyukurlah kepada kerajaan. Tanpa mereka, harga tol pasti akan terus statik dulu, kini dan selamanya. Itu namanya jumud, bukan maju dan progresif. Kita tidak mahu harga tol terus jumud.

"What you give, U get back..." Kata kumpulan Scorpion.


maizana 54. Dihantar pada 02hb Januari 2005, 03:11:36 pagi   
quote:
Hmm hari ni kadar tol baru pun telah dinaikan sebanyak 10%


Sakit hati mendengarnya... harga minyak, tol dan barang2 keep on increasing..tapi gaji macam tu jugak.. naiknya sikit..heboh sekampung. Kalau dulu setakat fresh graduate..dah boleh katakan hidup mewah.. sekarang ni mana ada lagi..silap2 makan pun tak lepas.

Sebenarnya orang2 di Malaysia ni macam PAK TURUT semuanya, kita ni banyak bercakap dari tindakan... bagi Kerajaan..setakat bising2 tu tak menjadi hal.. adatlah tu.. sekejap jer.. penat membising diam lah kita.

Tindakan perlu dibuat.. Boleh ke kita boikot lebuhraya... boleh ke kita semua 1 hari tu pakat2 jangan balik kampung atau jangan gunakan highway.. kalau kata nak sampai cepat.. apa salahnya perjalanan kita tu kita percepatkan sikit masanya.. atau.jangan naik kereta.. kita gunakan public transport seperti bas atau keretapi.. biar padan dengan muka PLUS tu..

Masalahnya hendak ke kita bersatu hati. Membising..membebel pun...esok kita guna lagi lebuhraya...

luarpagar 55. Dihantar pada 02hb Januari 2005, 12:39:50 tghari   
kenaikan harga barang seperti gelombang tsunami juga nampaknya..lepas satu satu ..kadar inflasi juga dah meningkat... pembelanjaan meningkat tidak berkadar pula dengan kenaikan .. juga satu bala
Melayu04 56. Dihantar pada 02hb Januari 2005, 10:11:20 mlm   
tapi aweks2 kat tol tu ramai yg cun2 melecun.............tiap kali sampai kat tol nak masuk or nak kuar aku mesti jampi dulu nak tuju tol gate yg awek cunz.........boleh senyum 2 sambil kejit mata...........dah hensem............takkan tak cair langsung...........

tapi apasal aku tak rasa nak marah ngan kenaikan tol ni?????????//

aku rasa sbb aku tinggal kat langkawi kot.................kat sini mana ada tol...........................

so mintak maaf la yer...............tak dapek den nak nolong
alamak 57. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 11:25:23 pagi   
quote:
Masalahnya hendak ke kita bersatu hati. Membising..membebel pun...esok kita guna lagi lebuhraya...


Setuju

Ni yg dikatakan, anjin' menyalak bukit.. bukit tak runtuh, suara yg ilang

Tahun baru harga akhbar naik beberapa sen... membebell tapi beli juga

Kadang2 bila dipikirkan balik,
buat letih je kita dok debate dan discuss kat MDC ni... no further action....
setakat ni aku tak nampak apa-apa hasil ? Ada ka.. ?
MrsBayijahat 58. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 4:21:52 ptg   


mana tau takde action? maybe ada yg dah meulis pd paper dsb, itu je termampu utk voice out unless le memang wakil parlimen/ leh bomohkan si Samy Vellu tuh...

teringat kata husband saya time dia byr tol pg tadi...........tol dah naik, org jage tol kasik lagi cun la

saya rasa yg patut dibagi ialah jalan yg tak lubang2 dan lampu2....ada ka dari rawang/ bkt beruntung ke sg buloh takde lampu ?? tetiba bile sampai sg buloh, mcm lalu KL lak....cerah , pdhal dari rawang ke sg buloh tu je dah 20km bergelap. tu belum lagi bab highway ke utara !! mana bas tak bwk laju (takut hantu kot ), kereta tak terbabas dsb...........gelap sgt. mata manusia pun bkn semuanya cerah !!!
nuralisya 59. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 4:41:58 ptg   
toll gate boi gue makin hensem aper sekarang...
senyum sengih lorat jer... tau ler takleh pegang tangan gue lelama..

sg. besi - kajang 1.80.. luper le plak dah naik 10sen..
bleh mamat tu kata:
alaaa dik, 10 sen pun takkan nak berkira

ziuppppp... chet, muler ler naik baran darah nih
musti berkira laa... tau tak 10 sen tu bleh wat aper?
dgn 10 sen tu... saya bleh antar sms surat cinta, tau tak!!

maizana 60. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 7:02:39 mlm   
Tadi I lalu toll Cheras Batu 9... bayar pakai duit 1 sen dan 5 sen.. kebetulan duit 1 sen pun banyak.. daripada dibiarkan bersepah.. baik dibuat bayar toll.

Husband kata.. Tak payahlah gunakan duit 1 sen tu .. I jawab... Boleh ke I lepas toll ni kalau I bayar 65 sen jer?.. for sure tak lepas..dan sure toll lady tu akan mintak lagi 5 sen... makanya tak salah kalau kita bayar toll guna duit 1 sen...

Esok2.. I nak kumpul duit 1 sen dan buat bayar toll... kalau dia orang marah.. I nak fire dia balik...

Sakit hati dengan kadar baru toll
kni_03 61. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:27:12 pagi   
pernah buat kat tol batu 9 tu...
berkerut mamat tu kira duit 1 sen... tapi campur2 la ngan 10 sen...

pernah terpikir nak bayar pakai duit 1 sen utk harga RM 27.00 waktu nak balik batu pahat... tapi kesian plak... maunyer jam pondok tol tu...kena plak duit tu terjatuh atas jalan. pas tu golek bawah keta...
babycute_nye 62. Dihantar pada 05hb Januari 2005, 6:35:37 ptg   
rombakan kabinet nanti tau lah.. sapa menteri kerjaraya baru.. yang sekarang dah tak leh pakai.. runtuh sana sini.. asyik2 bagi tol naik je...
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005