Sembang² Sembang²
  02hb Oktober 2014, 00:14:10 pagi
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen
(Pengendali : LangBuana, harsha)
Dihantar oleh PATCH WORK : minat dgn patch work ni.. sesapa boleh tolong..??
SugarCane 1. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 3:44:47 ptg   
reen..

hah tu lah.. aku lak yg imagine lelebih..

cara kita sama tak?
kalu sama, apa kata reen lak tolong jawabkan..

aidamaisarah..

don't cry bebeh
pe kata buat training skit..
amik apa2 kain lam dua keping..buat bentuk segi4..
potong kertas (acuan) buat cam kat step atas tuh..
pas tu cuba jahit-cantumkan dia..
leh tak kuarkan acuan dia tuh..
nafizah 2. Dihantar pada 21hb Mac 2005, 12:03:09 tghari   
saya ni rasa berminat dgn patch work ni.. tp tak tahu mcm mana nak start.. selalu tgk org buat jer..
so, ada sesapa yg boleh ajar kan atau bg info ker.. saya ni mmg start dgn zero la.. so kalau boleh nak sgt share infi tentang ni.. boleh kan... sesapa forumers yg boleh tolong...
SugarCane 3. Dihantar pada 21hb Mac 2005, 1:50:17 tghari   
penah buat untuk sarung bantal ngan tilam anak..

cara saya..

1.cari apa-apa kain. nak murah guna perca jek..
2. potong kertas keras bentuk yg awak suka.segi3,segi4,hexagon ke..
buat 2,3,4 keping sekali
3. potong plak kain bentuk yg sama, cuma besarkan sikit dr size kertas tuh..
4. letak kain atas kertas,klipkan guna paperclip.buat 2,3,4 sekali..
5.sambungkan satu persatu.dah sambung kuarkan kertas keras td..
ulang langkah 4. sampai abis...

kalau nak buat yg berdesign tuh..leh imagine sendiri..
guna 2,3,4 color.. kena pandai match..
nnt hasilnya memang kelas...
nafizah 4. Dihantar pada 21hb Mac 2005, 3:34:23 ptg   
tima kasih SugarCane sbb bg respon..
nah

awak ada gambar tak yg boleh paste kat sini? atau laman web seni quilt ni.. teringin sangat nak buat tp rasa mcm tak reti..
SugarCane 5. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 07:46:18 pagi   
gambar? alamak.. takde lah pulak..

rasanya nak buat design yg simple tuh senang je kot..
just cantum jek sampai berapa besar ko nak..queen ke, king ke, single ke..
kalau nak buat yg bercorak tuh,
cuba plan dulu atas kertas, corak yg dikehendaki(guna buku math )...
pas tu folo je lah..bila nak guna plain, bila nak guna kain bercorak..

ekceli, sekali jek ko tengok org buat benda ni mesti ko leh ikut punya..

ish.. ko paham ke apa aku cakap nih..
fadzreen 6. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 10:32:07 pagi   
nafizah

try seacrh kat website ni..www.searchalot.com pastu type patchwork..banyak ilmu kat situ.. corak corak patchwork pun ada.. dah siap buat nanti boleh la nafizah paste kat sini pulak hasil kerje tu
aidamaisarah 7. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 11:12:15 pagi   


saya pun minat nak wat patch work ni tapi x berapa paham..

lepas jahit kena kuarkan kertas tu...dah jahit camner nak kuarkan kertas ye...sorry x paham
nafizah 8. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 12:50:40 tghari   
thanx SuagrCane & fadzreen
nanti bg saya try buat dulu..
kalau cantik saya snap gambar pas tu saya paste kat sini..
ok..
SugarCane 9. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 2:05:54 ptg   
quote:
lepas jahit kena kuarkan kertas tu...dah jahit camner nak kuarkan kertas ye...sorry x paham


hmm.. cam ne lah aku nak xplain nih..

cam ni le..
cantumkan dua keping (yg dah ada kertas).guna paperclip jek
jahit yg sebelah belakang.kena kemas dan halus.kalau tak berkedut.
kuarkan je kertas tuh, takkan terjahitnye..

ish.. leh imagine tak korang..aku kat sini siap buat demo sengsorang lagik nak kena ada gambo step-by-step nih..
aidamaisarah 10. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 2:53:01 ptg   


ish...aku x paham gak..
fadzreen 11. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 3:17:54 ptg   
sugarcane : kalau orang tak biasa buat mmg tak paham..tapi reen penah buat so reen paham lah
ady1661 12. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 5:11:00 ptg   
saya pun minat...teringin sangat nak belajar...
senang ke sugarcane...saya cam faham apa awak terangkan... nak try laa...
tapi kan... kita boh apa˛ tak kat belakang dia... nak nampak cam tebal tu camne?
eicha 13. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 5:28:28 ptg   
apa kata sugarcane paste gamba step by step ( cam lagu plak ehehe)? lagi senang kengkawan paham.

ady,
kalau tak salah saya, nak kasik tebal..kita letak batting kat bawah patchwork tu. kalau salah, tolong betulkan yerk
SugarCane 14. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 07:35:23 pagi   
quote:
senang ke sugarcane...saya cam faham apa awak terangkan... nak try laa...
tapi kan... kita boh apa˛ tak kat belakang dia... nak nampak cam tebal tu camne?



nak kata senang tuh.. memang ler senang..kalau design simple le..
kalu dah paham..leh le mula projek.. test drive..
buat sarung bantal anak ke..kecik jek..

yang kat bakang dia tuh, boh bila dah siap..org kata boh fibre..leh carik kat kedai jahit..tp aku tak nah cuba.. alas kain bese jek..
kalau kata nak wat quilt tau le deme tuh..
kasik fibre, kasik border.. fuh! kalau kena color ngan design dia memang cunnn..ada yg tak nak tido atas katil kang..

kwn aku kata kat bangsar ada satu kedai jual quilt ni..
yg paling murah RM2000.00..kecit jek tau..

tak dek ke org yg lebih pakar wat benda nih..aku nih tahap intermediate..
SugarCane 15. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 07:39:40 pagi   
eicha ..

paste gambo? alemak tak dek org jalan projek lagik le skang ni..
tak musim..
5 tahun lepas kat opis aku berebut2 derang buat..
asal waktu lunch jek dok mengpatchwork..tu yg aku tersampuk skalik tuh..

tapi tak pe..nnt kalu aku rajin surf jumpa gambo..aku cuba paste..
kalu tak eicha carik le sendirik jgn marah hah.....
PnAnn 16. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 08:56:34 pagi   



Saya tolong jawab soalan kalian...tetapi bukanlah tahap pakar...sekadar membantu kalian...

Jika bebetul nak belajar ada peralatan untuk Quilt...jika nak cuba-cuba berjinak-jinak minat dalam Quilting...kalian cuba kaedah dibawah.

Untuk peringkat permulaan...saya syorkan beli kain China Cottonharganya RM3.80 per-meter. Untuk peringkat mahir..barulah guna American Cotton..RM24 - RM48 semeter.

Untuk Keraskan kain, terdapat 3 kaedah;

~ Guna kain pengeras (colour baju) yang bergam. Biasanya mereka yang jahit baju tahu apa dia kain pengeras tersebut. Tidak terlalu keras...soft macam kapas...

~ Fabric Spray...ada dijual di kedai Quilt Gallery..spray pada fabric..biarkan beberapa ketika dan gosok.

~ Rendam & Masak dengan kanji...ini kaedah orang dedulu...lebih baik...sebab senang nak bentuk fabrik...nak buat fabrik origami pun senang...

Kalian pilih salah satu kaedah...barulah gunting kain ikut saiz kesukaan anda...untuk permulaan...buat bentuk segiempat...

Tips yang lebih baik ~ guna gunting ZigZag...bila gunting pada fabrik..bentuk segitiga-segitiga di tepinya...

Cantum kepingan kain dan jahit...kalian boleh jahit tangan...jahit jelujur halus..atau jahit mesin...saya syorkan guna mesin jahit yang terbaik untuk cantuman...

Untuk buat comforter...bawah fabrik diletakkan fibre...macam spounge tetapi seperti kapas...semeter RM15.00...atau Fabrik Kapas...China brand RM7.80 semeter...US brand RM23.00 semeter...

Kalo saya rajin ...saya akan upload pelan (template) untuk buat quilt....
eicha 17. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:19:14 pagi   
sugarcane...

tak marahnyer

aku ada beli asas quilting penerbit karangkraf. memang asas ler. dia siap senaraikan barang˛ asas utk quilt. tapi takde la buat apa˛ lagi.. ehehe cam sugarcane kata, musim belum ada lagi
SugarCane 18. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:27:36 pagi   
eicha

hah orait le tuh..
dah ada buku pun..

pnAnn

tq.. tolong jawab..
saya carik kain cotton paling murah jek..
nak cantik tp nak murah..
Melurputih 19. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:29:54 pagi   


seperti diterangkan oleh Pn Ann... ada banyak rujukan di dalam internet...

http://www.bykate.com/shapes.html
http://www.frommarti.com/quick.html

sila browse link yang disertakan...

apabila menggunakan China cotton yang keras, anda tak perlu mengeraskan kain untuk menjahit patchwork... ianya lebih mudah terbentuk dan hasil patchwork lebih cantik... boleh juga menggunakan pengeras fabrik... harganya dlm RM8.00 mudah didapati di pasaraya... cuma spray pada kain, biarkan sebentar, gosokkan dan potong mengikut paten yang dikehendaki...

Patchwork boleh dibuat dlam bentuk berpeta-petak ataupun freehand ... ini adalah imaginasi yang diterapkan ke patchwork...

basic patchwork... mulakan dengan patchwork berpaten...

Melur akan sambung bila berkesempatan...
Melurputih 20. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 10:40:11 pagi   


Ini ada satu lagi link dimana bolehlah kita lihat hasil patchwork / quilt...

di section community... sila ke hobbies / craft ... jika ada kesulitan.... taipkan patchwork ataupun quilt di bahagian search dan anda akan dapat melihat hasil-hasil kerjatangan ... dari situ bolehlah dapat ilham untuk memulakan patchwork / quilt...

http://www.webshots.com

jika kalian ingin memulakan patchwork dengan bantuan majalah ataupun buku yang terdapat di pasaran.... pastikan anda mendapatkan buku bergambarajah yang menunjukkan langkah satu persatu dari menggunting kain ke bahagian cantuman....

majalah-majalah patchwork senang didapati di kedai-kedai buku seperti mph dan lain-lain... harga antara RM 12 ke atas...

memilih kain

apabila memilih kain untuk patchwork, pastikan benang-benang di kain itu jaraknya antara satu tidak jauh... lebih rapat maka lebih elok untuk dibuat patchwork...

kain paling murah boleh didapati...RM2.50

jahitan patchwork

ada dua jenis : menggunakan mesin, tangan

mesin - gunakan jahitan no.3 ataupun 4 tidak perlu terlalu halus

tangan - jahitan sembat, jahitan mati (knot) pada permulaan jahitan adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan jahitan terbuka apabila kita membasuh patchwork yang telah siap.

Jahit permulaan - jahit sembat dua bertindan, dua kali untuk permulaan jahitan sahaja untuk mengukuhkan jahitan.

Jarum - gunakan jarum yang pendek dan halus untuk jahitan tangan, jari tak cedera kerana kain agak keras...

nanti kita sambung lagi....
SugarCane 21. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 10:45:27 pagi   
hah dah ada org yg lebih berpengalaman masuk..
baru le namanya ngajor..

kalu ikut cara saya apa jek jarum yg jumpa tu lah yg diguna..
takde protokol... janji siapppp!
arenum 22. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 12:25:58 tghari   
http://quilting.about.com/library/0lib/bl0_half-split_half-triangle.htm

kat atas tu link cara2 nak start buat quilt....
secara asas la....
boleh la try....senang paham step by step tuh..
aidamaisarah 23. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 12:30:56 tghari   


Pn. Ann
saya masih tak jelas tentang beberapa perkara

quote:

Tips yang lebih baik ~ guna gunting ZigZag...bila gunting pada fabrik..bentuk segitiga-segitiga di tepinya... so zig zag tu bila kita dah jahit pada kain tu still leh nampak lagi ke

Rendam & Masak dengan kanji...ini kaedah orang dedulu...lebih baik...sebab senang nak bentuk fabrik...nak buat fabrik origami pun senang...
kanji tu nanti utk lekatkan kain pada kertas ke?

saya ni budak baru belajar
nafizah 24. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 12:42:01 tghari   
thanx sume pada sesapa yg bg respon..
nah ..

SugarCane
saya dah try spt apa yg awak citer tu.. tp baru dok gunting kertas keras.. tp gunting kertas tu dah byk.. kainnya blm beli lg.. lps ni nak beli kain pulak la...

PnAnn
tu dia.... tima kasih byk2.. tp saya nak tanya satu soalan, mesti Pn Ann ni termasuk dlm slaah seorang yg ber'experience' kan... saya skrg ni peknen, dah 8 bln.. pas tu ofismate tegur dia kata dlm keadaan mcm ni jgn dok jahit la.. sbb tu pantang org peknen, nanti kalau kita dok jahit diibaratkan 'jln kat bawah' tu mcm terjahit, susah nak bukak.. betul ke? nampaknya saya kena postpone la.. saya mmg minat abis ni, berkobar2 nak start patch work ni..

Melurputih
thanx utk link yg diberi, puas saya cari kat yahoo, tp yg jumpa sume dah tahap expert.. mcm saya ni br beginner.. kena buat yg mudah2 dulu.. cadangnya nak buat cadar.. cewah!!! mcm dah jadi jer..
Melurputih 25. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:38:30 tghari   
nafizah,

Patchwork Melur yang pertama ... cadar - 'wedding ring'. dalam tempoh 3-4bulan dapat siapkan patchwork.... selepas itu baru dicantumkan ke kain besar untuk cadar.... tak boleh nak tunjukkan kat sini sebab camera Melur baru je hilang...

patchwork yang kecil-kecil ada buat hadiah utk kawan-kawan.... recently aje baru ajar comforter, seorang student buat utk cucu pertamanya... menggunakan kain flannel...


SugarCane 26. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:55:13 tghari   
aidamaisarah..

sian tul kat hang..

nafizah..

kertas dah gunting? tak yah le potong bebanyak..
dalam 4,5 keping cukup kot..
lepas jahit kan nak kena kuarkan gak..
tp kalau dah tak de mende lain nak wat tu..potong le bebanyak..

eh.. ye ke tak leh jahit..
masa buat patchwork ni dulu tengah peknen gak..
anak sulung..
bila tengok org buat tu yg teringin nak buat..

Melurputih

wah.. musti dah banyak koleksi..
ingat nak cuba wat cadar..
tapi tu lah kena ada semangat juang yg tinggi dulu..
nafizah 27. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:21:07 ptg   
Melurputih

terujanya dgr awak buat cadar... teringin betul saya.. mcm mana awak lapik span/fiber nak bg cadar tu tebal?

SugarCane

saya dah gunting kertas-kertas tu.. tp baru gunting kertas la... gunting byk2, sbb tu jer ada dulu.. saya mmg teringin sgt nak jahit cantum kain tu, tp org tua2 tak bagi.. alah.. tak kan nak kena postpone kot.. frust la.. sbb agaknya ni mengidam kot..
PnAnn 28. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:59:53 ptg   
aidamaisarah
dah pernah tengok macam mana actual patchwork tak ?


Melur
ko patut tunjuk handbag pacth work anak ko pada depa...baru ler depa teruja nak buat...


nafizah
karut ~ itu dedulu punya alasan ...masa mengandung anak sulong...semua peralatan..dari tilam, comforter, selimut, sarung bantal, barut, lampin dan baju...saya jahit...


sugarcane
patut cuba..beli kain memurah dulu...


Kak Ani
tolong depa ni ...jawab soalan depa untuk buat patch work...
SugarCane 29. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 3:14:46 ptg   
pnann

nak kena panaskan balik enjin nih..
cadang nak wat cadar utk 2 anak dara tu..


nafizah..

dah nak bersalin pun..buat je le lepas bersalin nnt..
nnt lepas ko bersalin,bila nak wat ajak aku sesama..

nafizah 30. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:04:06 pagi   
SugarCane

nanti bila dlm pantang, boleh la kot menjahit patch work ni... cewah!!!! mcm rajin jer..
yusmar 31. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 5:21:45 ptg   
fizah kalau nak buat tu sepatutnya sekarang sbb lepas ni susah dah bila ada anak kecik...sll ada excuse. Akak dulu masa anak sulung, sarung bantal, sarung tilam semuanya jahit sendiri. Itu semua karut lah jgn di ikut sgt. Habis tukang jahit tu x leh pregnant lah!. Kalau dlm pantang lagi org tua2 tak bagi, tapi dulu curi2 jugak sbb nak raya baju anak x siap lagi.
nafizah 32. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 5:33:25 ptg   
yus

betul ke akak... saya ni mmg teruja sungguh tgk org dok buat patch work... ntah kenapa tetiba jer rasa teringin.. agaknya baby girl kot.. tu yg teringin pelik jer...
tp bila dok dgr pantang larang org tua2 tu yg niat tu tersangkut tu.. ambik kesempatan tanya dulu nak buat mcm mana, pas bersalin la cadang nak buat. tak tau sempat ke takk..
la ni dok asyik gunting kertas,, punya la byk... asben heran pulak, ni hobi baru ker gunting kertas ni..
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005