Sembang² Sembang²
  02hb Oktober 2014, 08:20:33 pagi
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Iklan & Niaga
(Pengendali : Krew)
Dihantar oleh PRA : Pembantu Rumah Thailand
Mann70 1. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 12:10:40 tghari   
Semua org pikir takut maid lari, pakai maid malaysia le kot..hheheh...

kalau lari kedai makan, kita robohkan kedai tu...
Melayu04 2. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 12:07:26 tghari   
aku dah suggest kaorg umah aku bab nak amik maid ni.......awal2 dah kena bantai..................suew sungguh..................mentang2 la aku pernah curang ngan dia........ingat sampai kesudah,.................baru curang 6 kali takkan salah kot..............nampak gaya tak dpt nak amik org gaji siam yg gebu2 ni..........dia kata kalau nak boleh tapi kena muka macam mangkuk tandas....................hampeh..............
Mann70 3. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 4:44:06 ptg   
Dah mati dah semua siam2 nih...

* Mesej ini telah disunting oleh Mann70 pada 17hb November 2009, 02:32:02 pagi
Imah80 4. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 4:50:41 ptg   


Agak2nya maid dari Thai (siam) ni ok tak? Coz tak de experience lagi tentang maid dari siam ni. Kotlah ada yang pandai Tomoi kang...
riss_1688 5. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 4:53:56 ptg   
pls email kt saya

rizsa_97@hotmail.com
SaripDol 6. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 4:57:20 ptg   
pembantu rumah dari Siam...

ok jugak nih....

maid @ tukang urut @ tukang masak tomyam...

leh la tukar selera sikitt .... asyikkkk minah Indon jekkk.....!!


raihanis 7. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:20:19 ptg   
brape gaji sebulan? sama mcm maid INDON ke? penah ambik
sorang maid dari saturn, thailand tapi utk 2 bulan je la sbb
dia ada suami & anak2. payah gak. rajin betul orgnya,sayang
takleh keje lama.
dowry 8. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:20:44 ptg   
Imah80 dowry dah ambil maid siam ni baru sebulan setakat ni alhamdulillah..lemah lembut dgn bebudak..bebudak cukup sayang kat dia..asal dari Narathiwat bertudung dan solat pun tak tinggal..tapi yg kita kena tahu ttg maid siam ni dia karektor mcm kita org Malaysia..lembut dan agak sensitif so kita kena tau layan dia la.. kalau sesekali nak bagi dia cuti pun tak le teruk bayar ticket flight )
jamd 9. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:23:25 ptg   
last time kawan jamd masa kecik2 maid dia org siam...dah le pandai masak tomyam...mmmg sedap le sampai hari2 bapak dia suruh maid nie masak tomyam...last2 jadi second wife bapak dia....org siam mmg comel2 ....putih melepak gitu
maizana 10. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:29:03 ptg   
dowry

Ya lah.. memang senang ada maid ni. Bagi Kak Zana tak kisahlah Indon ke siam ke... tapi bila teringat kan kawan hubby... ambil maid siam.. macam jamd katalah... lama2.. jadi isteri kedua kawan suami Kak Zana.. isteri pertama merajuk minta cerai.. entah apa yang specialnya maid siam tu kami pun tak tau... kawin dengan maid siam.. dapat 1 anak.. isteri pertama bercerai (ada 2 anak)..
raihanis 11. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:31:50 ptg   
quote:
last2 jadi second wife bapak dia....org siam mmg comel2 ....putih melepak gitu



ni yg tak sedap dengo nih. tapi dah jodoh dia la, nak buat camna.
atiqah_hazir 12. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:37:06 ptg   
mmm..payah gak yek..

tak de maid pun susah, ada maid pun susah gak yek.
tapi bagusla, ada alternatif lain gak, sebab ulamak indonesia pun dah keluarkan fatwa yang wanita indonesia tidak dibenarkan bekerja jauh tanpa mahram...so maybe lepas ni, dah tak leh nak dptkan maid indon lagi yek..

kalau nak kira last2 kawin ngan maid, org lelaki ni memang camtu, tak de maid pun, dia kawin gak ngan org di luar sana...betul kata raihanis, dah jodoh dorang dan dah nasib isteri pertama..
jamd 13. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:40:18 ptg   
kak anis

kak anis mmg dah jodoh diorg...tapi out of 10 yg ada maid siam...9 kawin dgn majikan as second wife...camna tu
SaripDol 14. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:41:38 ptg   
quote:
org siam mmg comel2 ....putih melepak gitu


ia ke.......??? wowwwwww...!!

berapa lama ambil masa utk proses ni arr......??
kalau boleh cepat aa sikit..... badan dah lama tak massage nihhhh....

wakakakakakaka...
eynda 15. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:44:42 ptg   
quote:
last2 jadi second wife bapak dia.



Nasib baik tak perlu guna maid kat rumah .
Imah80 16. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:52:23 ptg   
Alahai camtu plak ker? Org siam memang cantik2, kalau ada member MDC pernah dengar dan tgk, pertandingan mak nyah kat sana. Amboiiiiiiiiii mak nyah depa pun cun2 kalah perempuan.

Susah gak kan
TApi org kata pokok pangkal suami kita jugak ye tak? Kalau depa nak kahwin lain tak yah tunggu ada maid siam, mek2 siam kat luar sana pun depa carik juga
jamd 17. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:56:43 ptg   
quote:
Susah gak kan
TApi org kata pokok pangkal suami kita jugak ye tak? Kalau depa nak kahwin lain tak yah tunggu ada maid siam, mek2 siam kat luar sana pun depa carik juga


betul tu imah...tapi kalau dah depan mata...lagi senang le langkah depa...tak yah susah2 pi siam cari
kamar401 18. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:56:51 ptg   
pernah jugak dulu masa kamar kerja ambik maid siam ni...selalunye diorang dok tak lama...macam2 alasan nak balik kg, maklum le dekat jer...
jamd 19. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 5:59:35 ptg   
sebenarnya terpulang kat masing2 le.....sebelum ambik tu buat sembahyang istiharah, mintak petunjuk agar dapat maid yg boleh jaga anak2 & tolong kita mana yg patut.

kelebihan maid siam nie diora pandai masak especially yg kat area patani tu...so sapa yg suka maskan kelantan/tahiland....mmg untung dapat maid siam nie

fees yg abg man kenakan pun reasonable....tak le mahal sgt....tapi tak tahu lak gaji diorg sebulan berapa....
Imah80 20. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 6:04:08 ptg   
quote:
fees yg abg man kenakan pun reasonable....tak le mahal sgt....tapi tak tahu lak gaji diorg sebulan berapa....



Tulah dia, mana tuan rumah ni, Imah tgh tunggu jawapan ni, berapa gaji sebulan agaknya.

Ambik yg umur ala2 mak sedara boleh tak , paling best dgr yg diaorang pandai masak , emmmmmmmm....bestnya Tomyam Thai....
raihanis 21. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 6:11:46 ptg   
cari ler yg dah bersuami, insyaAllah selamat.

maid indon pun banyak kerenah gak. tawakkal je la.
Dean 22. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 7:16:19 mlm   
dari siam!!!!,,,
suruh je suami hangpa pie sana cari,, kalau dah dapat dia bawak balik,,
tengok le layak ke tak nak jaga anak hangpa,,,


toksah dok buat main no,, baik pie ambik kat indon,,
Mann70 23. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 01:59:57 pagi   
Gaji maid siam RM350 sahaja (gaji maid indon jawa RM400, medan RM380)

Kalau takut maid balik ikut suami, cari yg bujang (macam maid saya)..gerenti dia keja 2 thn...

Proses lebih kurang 1 bulan (10 hari proses pasport di Siam, 7 hari proses Levi/permit di M'sia, dan 10 hari proses levi di Siam)..

Saya dah pakai maid Indon dan sekarang Siam (dah 2 maid siam)

Keja dua2 ok, cuma tak tahan bila kos mereka nak balik...RM450 saya kena keluarkan utk flight maid indon balik..
sedangkan RM60 je kos utk maid siam balik kg dia...

Masakan pun ikut selera masakan kita, sembahyang pun ok, maid indon dtg seminggu semayang, lepas tu sembahyong....
walau pun segelintir yg solat..

Kalau dah ada permit, mereka tak boleh balik sesuka hati mereka..yg keja kejap tu sebab tak de permit...

Dulu anak sulong saya selalu meninggi suara dgn maid indon, tapi dgn maid siam ni bersopan je anak sulong saya bila bercakap dgn dia...

berbeza watak maid siam dgn indon..yg kasar...
ella973 24. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 08:25:45 pagi   
rasa macam nak try juger maid siam ni
yer la kalau nak ikutkan kerenah, saya rasa baik maid indon ke, maid jawa ke maid siam jer, semuanyer sama jer,, cuma rezeki kita la kalau dapat yg baik

mcm la ni maid saya org indon dari medan, Alhamdullilah boleh dipercayai.. dah nak masuk 3 tahun dah. sebelum tu pun maid indon gak dr medan, tahan sebulan setengah jer, bila confirm bukti dia bawa masuk lelaki dlm rumah sy terus berentikan dia keje...

btw, fees yg abg man tawarkan tu reasonable juger...
dowry 25. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 08:30:12 pagi   
kak zana..err seramm pulak dowry dengar tu..
tapi ajen ni pun pandai kak dia pilih hak tak putih gebu yg saya punye tu muka cam org asli sikit..hubby tengok pun tak le pandang 2x. ok le kut no..
tapi kebanyakkan diorg memang berpewatakkan lemah lembut..so anak kita dididik dgn lemah lembut nampak perbezaanya..sekarang ni anak anak nampak lebih bersopan dan mendengar kata..
anak dowry darjah 2 walaupun cuti sek, dowry siap pesan maid utk kejut solat subuh ok la tak macam selalu penuh 5 waktu dia solat..dia cukup respect dgn maid ni..sbb maid ni pun pandai respect dia agaknya..
puji lelebih kang 'terkena mata' syukur alhamdulillah setakat ni harap berterusan lah macam ni.
TJ_04 26. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 12:32:11 tghari   
ni dijamin tak? kalau hilang atau tetiba dia nak balik camne? ada warranty tak?
OoooD 27. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 12:52:39 tghari   
Dah sebulan saya guna Maid dari Thai ni...OK aje setakat nih takde plak nampak perkara2 yg tak elok.....Saya pernah juga ambik maid dari Indon...
setuju dgn dowry.... maid Thai ni perwatakan dia lebih kurang org kite, lemah lembut & agak sensitif....perwatakan begini sesuai unt jaga anak2 dan kite pun tak risau, peratus untuk mendera anak tu tipis la...

Jiran sebelah umah saya pun pakai Maid Thai dan jiran belakang umah saya dah 14 thn dgn org yg sama punnn from thai....so far takde masalah ...ni le yg menarik minat saya bertukar dari maid indon ke maid Thai....
belum cuba belum tahu..dah cuba nanti baruuuu tahu dannn time tu le rasa rugiii tak tukaq dari awalllll awalllll...
maid Indon ni demand lebih..maid thai kurang demand..banyak ngikut jee...
cam maid saya, apa yg ada dalam jadual tu sumer dia ikut w/o fail...

sesapa ingin cuba Maid dari Thai bleh le ym :teh_bunga2002 or email teh_bunga2002@yahoo.com
nih door to door service
Imah80 28. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 1:39:27 tghari   


Yelah betul kata Ella. Rezeki kita dpt yg baik @ tak baik. Sebelum ni pun Imah ada Maid Indon ( umur 40 ). Dgn budak2 memang sayang. Tapi dah balik Indon dah dekat 5 bulan. Anak2 Imah masih igt lagi dia. Kalau sebut BIBIQ mesti dia igt. Tapi nak cari yg baik tu dlm 100 org ada lah 2 @ 3 org kot. Sebelum Bibiq, ada maid indon jugak tapi penduduk tetap malaysia, laki bini kat Malaysia. Dah tiap2 minggu pulak nak blk jumpa husband, pas tu asyik mengadu rindu kat husband + suka berangan, termenung bila Imah panggil tak dengar2. PENINGGGGG....dgn maid ni.
cats75 29. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 3:55:42 ptg   
teringin gak di hati nak ambik maid siam ni sbb tgk jiran sebelah rumah tu, maid siam rajin dan pandai mengemas rumah.. pandai mengambil hati anak2nya... berbanding dgn org indo ni kita macam caya tak caya jerr... ialah depan kita baik belakang tu tak tau la.. agama pun kita tak tau cakap lain buat lain.... bayaran pun murah utk ambil maid siam ni...

klau nak tau pasal maid ni leh laa ym saya (znogy_75 ).. sbb saya pernah tanya agen yang ambik maid ni..
raihanis 30. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 4:20:57 ptg   
quote:
ni dijamin tak? kalau hilang atau tetiba dia nak balik camne? ada warranty tak?



a'ah. dan juga, biasanya beberapa bulan pertama depa keja tu tanpa gaji.
jadi maid siam ni pun sama gak ke? atau bulan pertama kena terus bayar
gaji depa?

tanya dulu, nak survey. serik dah ambik maid indon dulu. bayar ejen rm4,500
tapi dpt maid tak reti buat keje pun. nak iron baju pun kita yg kena ajarkan.
nak masak...lagi la ampeh. sabo je la.
Mann70 31. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 5:32:05 ptg   
Maid siam tak reti membaca bahasa kita...so nak lari pun dia nak pegi mana..kang silap jln ke indon lak dia...

dia hanya tahu baca tulisan siam dan jawi je...

warranty tak sama dgn maid indon sebab dah murah...

gaji tak potong, bulan pertama terus bagi gaji kat dia..
jamd 32. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 5:44:59 ptg   
man,


rasanya kalau jamd nak ambik tahun depan boleh tak ? sebab maid nie habis kontrak tahun depan...rasa2 still sama ke harga
raihanis 33. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 6:46:38 ptg   
Mann,
nanti nak tanya husband dulu. memang berkenan maid siam ni sbb
bahasa diaorg lemah lembut, buat keje pun cekap gak. tak reti marah
atau dera anak2.

umur maksimum maid siam ni brape? takmo la muda2 sgt. sbb area sini
ramai org siam, kedai tomyam 7-8 biji. jiran sebelah rumah pun org
siam gak. baru pindah bulan lepas, ada restoran di sini agaknya.

jamd, maid u punya la cun...nak tukaq pasai apa? keja tak bagus ke?
jamd 34. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 07:14:03 pagi   
kak anis,


mmg kalau boleh dia nak stay lama sini tapi akak di lak nak dtg malaysia...so tak de sapa nak jaga bapak dia kat indon....kesian gak dia coz dia dgn my kids okay je....


mmg dia happy duduk sini
Mann70 35. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 08:42:38 pagi   
Sesiapa yg nak maid, sila segera call saya sebab 25hb (minggu depan) saya nak balik Kelate, nak uruskan pasport maid....

Anda hanya perlu bagi tahu saya umur yg dikehendaki, tujuan (jaga baby atau uruskan rumah serta jaga anak yg dah besar)

Maid saya umur 20 thn & bujang (so tak de commit dgn suami) - Asal Narathiwat & dari keluarga yg susah.
Melayu04 36. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 09:45:48 pagi   
cun tak???? selalunya awek siam ni gebu2.....................bahaya nanti aku yg tak tahan kang....................mengamuk sakan la org umah aku.........................apa pun awek siam mmg nyam nyam.........aku nak sorang..............
Mann70 37. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 10:09:03 pagi   
Melayu04

dulu aku cakap kat agen sana nak yg cun, lepas tu wife aku cakap..kak saya nak yg gigi jongang...aduhhhh
Melayu04 38. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 10:27:19 pagi   
levi org indon dah turun.............turun jugak ker yg siam punya? kalau yg siam punya turun........................teringin jugak nak amik tapi takut org rumah tak kasik sbb syarat utama nak jadi i punya maid.........mesti cun melecun.................baru la rasa seronok nak duduk rumah.............boleh tolong sama cuci rumah.........bab keje tu tak kisah la dia boleh buat apa pun tapi bayaran muka tu........takut burn jer kalau dia lari keje kedai makan........
Mann70 39. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 10:36:36 pagi   
Levi indon dgn siam sama (form pun sama)

yg beza muka dia org dgn perangai dia org...hehehe
TJ_04 40. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 11:06:05 pagi   
tapi bayaran muka tu........takut burn jer kalau dia lari keje kedai makan........

.....................................

tulah pasal...............ni yg paling takut ni kalau takde warranty..........
jamd 41. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 11:23:15 pagi   
kalau takut lari make sure ambik insurance MNi utk maid tu ...atleast tak yah bayar denda kat imigration....insurance cover dah....


tak nak bagi lari ....ikat je maid tu kat rumah
Mann70 42. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 12:51:57 tghari   
Setakat ni yg confirm sudah 7 org

sapa cepat dia dpt dulu...
riss_1688 43. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 1:14:03 tghari   
mann..saya nk pm awak..tapi dah penuh le...pi clear sat...!
OoooD 44. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 2:16:38 ptg   
riss_1688
u boleh email or ym saya juga > sya punya syarat2 & harga sama je cam mann70....
ym : teh_bunga2002
santanpandan 45. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 2:24:45 ptg   


quote:
aku dah suggest kaorg umah aku bab nak amik maid ni.......awal2 dah kena bantai..................suew sungguh..................mentang2 la aku pernah curang ngan dia........ingat sampai kesudah,.................baru curang 6 kali takkan salah kot..............nampak gaya tak dpt nak amik org gaji siam yg gebu2 ni..........dia kata kalau nak boleh tapi kena muka macam mangkuk tandas....................hampeh..............



Betul apa yg orang umah kau cakap tu, aku setuju. Baru padan dengan muka kau. Kita ambil maid utk meringankan kerja kita, ini lain pulak.
Niat tu kena betul....., jangan marah ye Melayu04.
ctmira 46. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 2:41:36 ptg   
Mann70,

awak dah call husband saya ke pasal ni? kalau dah apa dia kata?
Mann70 47. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 3:03:42 ptg   
Selalu kes maid lari sebab gaji tak bayar 3 bulan..
ada setengah maid indon dia tahu gaji kena potong, tapi ada yg ingat gaji dia dpt terus bila keja 1 bulan..

macam kes kawan saya, maid indon dia mogok sebab majikan tak bayar gaji...pada hal majikan dgn agen kata potong 3 bulan...

last2 terpaksa bayar separuh gak...

tapi maid siam ni keja sebulan terus dibayar gaji..so dia akan semangat bila dpt RM..bila convert dgn duit siam..perhhhh...makcik kayo...

tapi majikan boleh diskus dgn maid, nak bayar separuh, dan simpan/pegang separuh...tu pandai2 majikan le...

CT, saya dah call ur hubby...dia kata nanti dia diskus dgn ct..
ardinawate03 48. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 4:42:46 ptg   
pernah tanya dgn org siam sendiri...dia kata org siam kebanyakan tak suka jadi pembantu rumah...diorang lebih suka keje kedai makan...jadi tukang masak atau jadi pelayan...
Mann70 49. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 6:08:23 ptg   
quote:
pernah tanya dgn org siam sendiri...dia kata org siam kebanyakan tak suka jadi pembantu rumah...diorang lebih suka keje kedai makan...jadi tukang masak atau jadi pelayan...


Pembantu rumah indon pun begitu...saya nak jumpa cowoknya atau suami saya di m'sia...

hehehe...sapa soh cari yg nak keja kedai makan, cari le yg nak keja di rumah..kan byk pilihan....
Mann70 50. Dihantar pada 06hb April 2005, 09:21:15 pagi   
Rabu 6 Apr 2005



Pekerja Asing Separa Mahir & Kurang Mahir

DASAR PENGAMBILAN PEKERJA ASING PELBAGAI SEKTOR

Adalah menjadi dasar Kerajaan memberi keutamaan peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan dan mengambil segala usaha untuk mendapatkannya sebelum membenarkan pekerja asing diambil kerana pengambilan pekerja asing bukanlah faktor utama dalam meningkatkan produktiviti negara. Namun dalam ledakan ke arah pemulihan ekonomi negara, keperluan pekerja asing tidak dapat dinafikan. Justeru itu, dasar semasa pengambilan pekerja asing di sesuaikan dengan keperluan yang mendesak yang sukar diceburi oleh rakyat tempatan.

Sektor Yang Dibenarkan
SEKTOR PERKILANGAN

Ia meliputi semua kilang yang berorientasikan eksport iaitu lebih 50% hasil keluarannya adalah dieksport.

Kilang yang bukan berorientasikan eksport iaitu :-
Industri berasaskan kayu
Industri perabot
Industri berasaskan getah
Industri berasaskan plastik
Industri perkilangan dan pemprosesan makanan
Industri bahan-bahan binaan
Industri besi, keluli dan galian
Industri seramik
Industri pakaian
Industri kasut
Industri fabrikasi dan kejuruteraan
Industri berkaitan dengan sektor perkilangan
Industri kuari dan bitumen


Kriteria disyaratkan untuk pengambilan pekerja asing bagi industri yang bukan berorientasikan eksport iaitu :-
Jumlah jualan adalah RM 2 juta dan keatas
Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya RM 100,000



SEKTOR PERLADANGAN

Ia meliputi sub sektor:-
Tanaman
Makanan
Bungaan
Ternakan
Akuakultur



SEKTOR PEMBINAAN


SEKTOR PERKHIDMATAN

Ia meliputi sub sektor:-
Restoran ( tukang masak dan pekerja am )

Dibenarkan bekerja di restoran di seluruh negara sebagai tukang masak dan pekerja am ( mencuci pinggan mangkuk, mengemas dan membersih restoran ) sahaja.
Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pelayan dan juruwang (cashier).
Pencucian / Pembersihan

Syarikat perlu menyertakan kontrak lengkap dan dimatikan setem
Tidak layak bagi kerja-kerja pembersihan untuk syarikat sendiri
Tidak dibenarkan untuk kerja-kerja pencucian basuh kereta, bas, stesyen minyak dan kerja-kerja penyelenggaraan lain
Pengendalian Kargo
Rumah Kebajikan
Kedai Dobi
Kedi (Padang Golf)
Pulau-Pulau Peranginan (tidak termasuk Pulau Pinang)





Negara Sumber Yang Dibenarkan
Negara Sektor
Indonesia
Thailand
Kemboja
Nepal
Myanmar
Laos
Vietnam
Filipina ( L )
Dibenarkan bekerja di dalam sektor perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pembinaan sahaja.
Turkmenistan
Uzbekistan
Kazakhstan
Dibenarkan bekerja di dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan sahaja
India Sektor Perkhidmatan ( tukang masak restoran ), pembinaan ( pekerja kabel bervoltan tinggi ) dan perladangan










Prosedur Permohonan Pekerja Asing

Permohonan Baru (Kelulusan KHEDN) Menggunakan borang KHEDN/PA 2/98 dan dihantar terus ke:-
Ketua Setiausaha
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Aras 5, Parcel D2
Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Permohonan perlu dilakukan sendiri oleh pemohon/syarikat/majikan.
Permohonan melalui agen/orang tengah tidak dibenarkan dan akan ditolak. .


Permohonan Gantian Pekerja Asing
Menggunakan Borang IMM.BPA.229/857 dan dihantar terus ke:
Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia
Bahagian Pekerja Asing
Blok K, Aras 2
Pusat Bandar Damansara
50550 Kuala Lumpur

Permohonan perlu dilakukan sendiri oleh pemohon/majikan/syarikat
Permohonan melalui agen/orang tengah akan ditolak
Permohonan pekerja asing gantian akan diketahui setelah Jawatankuasa Penggantian Pekerja Asing bermesyuarat
Surat penerimaan permohonan pekerja asing gantian akan diberikan terus/pos kepada majikan dan tarikh pengambilan surat kelulusan dinyatakan di dalam surat tersebut iaitu dalam dua minggu
Hanya nama pemohon/majikan yang tersenarai di dalam Borang 49 ataupun Borang B dan D sahaja yang dibenarkan mengambil surat kelulusan



Permohonan Gantian Pekerja Asing hanya boleh dibuat di atas sebab-sebab berikut:

Pekerja asing dihantar pulang
Pekerja tidak sihat
Cukup tempoh perkhidmatan
Perkhidmatan pekerja asing tidak diperlukan

Pemohon/majikan dikehendaki melampirkan:

Memo periksa keluar sekiranya pekerja asing dihantar pulang

Surat kematian jika pekerja asing mati

Kegagalan mengemukakan dokumen di atas, permohonan akan ditolak
Pemohon/majikan adalah dikehendaki memastikan pekerja yang terlibat di dalam urusan penggantian ini dihantar pulang ke negara asal seperti Memo Periksa Keluar. Sekiranya tidak, kelulusan penggantian pekerja asing akan dibatalkan.
Nisbah permohonan gantian adalah 1:1
Tempoh maksima masa bekerja bagi pekerja asing gantian adalah tiga (3) tahun sahaja.
Sektor Yang Dibenarkan Memohon Gantian
Sektor perkilangan
yang berorientasikan eksport
Sektor pembinaan
Sektor perladangan
meliputi tanaman, makanan, ternakan, bungaan dan akuakultur
Sektor perkhidmatan
Restoran
Pencucian/pembersihan
Pengendalian kargo
Rumah kebajikan
Kedai dobi
Kedi (padang golf)Pulau-pulau peranginan (kecuali Pulau Pinang)
Negara Sumber Yang Dibenarkan Pengambilan Gantian Pekerja Asing Dihadkan Kepada :

Indonesia
Thailand
Kemboja
Walaubagaimanapun gantian pekerja asing dari negara tertentu dibenarkan:

Sri Lanka untuk bekerja di ladang teh dan getah
India untuk bekerja sebagai `tool and die maker' dalam sector perkilangan dan sebagai pekerja binaan dalam bidang pemasangan talian kabel bervoltan tinggi
Nepal hanya akan dibenarkan atas sebab-sebab yang penting, khusus dan tertentu sahaja.

Permohonan Pemindahan Sementara Pekerja Asing Ke Lokasi Baru

Majikan boleh mengemukakan permohonan pemindahan sementara pekerja asing ke lokasi baru dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

Surat permohonan dari majikan
Salinan Kad Pengenalan majikan

Surat perjanjian kontrak (letter of award) daripada syarikat penaja yang asal serta satu salinan dengan alamat lengkap
Senarai nama pekerja yang terlibat
Salinan pasport pekerja di mukasurat yang bercop/pelekat
Majikan hanya dibenarkan memindah sementara berdasarkan nama pekerja asing yang diluluskan sahaja untuk tempoh masa tertentu iaitu sehingga tamat kontrak dengan syarikat penaja.

Permohonan Pertukaran Nama dan Alamat Syarikat

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan pertukaran nama dan alamat syarikat ialah:

Surat permohonan dari majikan
Salinan Kad Pengenalan majikan
Borang Pendaftaran Syarikat (Borang 9,13 dan 49 ataupun Borang B dan D)
Salinan pasport pekerja
Salinan bil air, elektrik dan telefon atas nama atau majikan yang baru
Tenancy Agreement bukti penyewaan
Lesen Kilang
Permohonan yang telah dikemukakan akan dijalankan siasatan dan semakan, iaitu:

Menyemak tarikh tamat PLKS sabjek terb a b i t
Membuat panggilan telefon untuk menyemak samada nama atau alamat yang telah ditukar sekiranya perlu
Meminta pengesahan nama atau alamat daripada TNB, Telekom atau JBA
Surat kelulusan akan dikeluarkan sekiranya permohonan diluluskan dan pertukaran nama dan alamat syarikat akan dibuat dalam sistem komputer jabatan dan majikan perlu mengemukakan pasport untuk dikeluarkan pelekat PLKS yang baru.



Permohonan Pekerja Asing Di Sabah
Majikan adalah dibenarkan mengambil pekerja asing dari Indonesia dan Filipina sahaja. Sebelum memohon PLKS majikan adalah dikehendaki mendapatkan lesen daripada Jabatan Buruh Sabah dan kuota yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing dari Jawatankuasa Pekerja Asing Indonesia di Sabah di:

Urusetia
Jawatankuasa Tetap Buruh Asing Indonesia di Sabah
Pejabat Imigresen Sabah
Tingkat 4 & 5 Wisma Dang Bandang
Jalan Tuanku Abdul Rahman
88550 Kota Kinabalu

Tel: 088-216711

Selepas mendapat lesen dan kuota pengambilan, majikan perlu mengemukakan permohonan PLKS ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Labuan (yang mana dekat)


Permohonan Pekerja Asing Di Sarawak
Majikan yang bercadang untuk mengambil pekerja asing dikehendaki mendapatkan lesen dan kuota pengambilan dari Jabatan Buruh Sarawak di
Pengarah
Jabatan Buruh Sarawak
Tingkat 13 Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
PO Box 1383
93532 Kuching

Setelah memperolehi lesen dan kuota pengambilan majikan dikehendaki mengemukakan permohonan PLKS ke Pejabat Imigresen berdekatan.




Permohonan Pekerja Asing Di Wilayah Persekutuan Labuan

Majikan adalah dibenarkan untuk mengambil pekerja-pekerja Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh dan Pakistan sahaja. Permohonan PLKS untuk pekerja-pekerja asing hendaklah dikemukakan ke:

Urusetia
Jawatankuasa Buruh Asing
Pejabat Imigresen
Wilayah Persekutuan Labuan
87077 Labuan

Tel:088-412298





Tempoh Pekerja Asing Dibenarkan Bekerja

Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja selama 3 tahun sahaja dan boleh dilanjutkan setahun sehingga lima tahun sahaja di atas permintaan majikan.

Lanjutan Selepas Tahun Ke Lima
Untuk lanjutan selepas tahun kelima, majikan hendaklah mendapatkan kelulusan persijilan dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Kementerian Sumber Manusia atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengesahkan pekerja berkenaan telah pun mencapai ke tahap mahir.
Pekerja asing ini perlu mendapat samada:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 & 11 atau Sijil Perakuan Pekerja Mahir daripada MLVK atau
Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) atau Perakuan Kemahiran Pekerja Asing dari CIDB sebelum dipertimbangkan untuk lanjutan tempoh bekerja mereka.

Permohonan Visa Dengan Rujukan
Visa Dengan Rujukan bermaksud suatu Visa yang dikeluarkan oleh pihak -pihak Perwakilan Malaysia di luar negara kepada orang asing yang mana Visa tersebut telah dipohon terdahulu oleh majikan di Pejabat Imigresen yang berkenaan dan telah dipersetujui pengeluarannya.
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan pekerja asing pelbagai sektor :
Surat permohonan daripada majikan
Surat kelulusan asal dan salinan daripada KHEDN (kelulusan baru) ataupun Jabatan Imigresen Malaysia (kelulusan gantian)
Wang cagaran / bank guarantee - mesti sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan
Borang Komputer ( Maklumat Majikan )
Bayaran dalam bentuk bank draf / wang pos.*
Borang IMM12
Salinan pasport pekerja asing yang ingin dibawa masuk
Laporan perubatan yang diikhtiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari negara sumber
Borang permohonan VDR ( Pejabat Pengeluar VDR dan Pintu Masuk yang dipohon )
(* Nota : Bayaran Visa Pekerja Asing warganegara India dan Indonesia perlu dikemukakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara ( iaitu Pejabat Perwakilan Malaysia di Chennai dan New Delhi bagi India dan Pejabat Perwakilan Malaysia di Jakarta, Medan dan Pekan Baru bagi Indonesia)


Permohonan Pengesahan Tangkapan Daripada Majikan Atau Imigresen Negeri / Balai Polis
Sekiranya pekerja asing ditangkap oleh polis, majikan dikehendaki melaporkan ke Bahagian Pekerja Asing bagi mendapatkan pengesahan tangkapan

Dokumen yang diperlukan bagi pengesahan tangkapan ialah:

Surat permohonan dari majikan
Surat pengesahan tangkapan sabjek daripada pihak berkenaan
Salinan Kad Pengenalan majikan
Salinan pasport penaja
Bahagian Pekerja Asing akan menjalankan siasatan dan semakan terhadap kes yang dirujuk dengan menyemak data pekerja di dalam sistem komputer jabatan mengenai kesamaan gambar, tarikh tamat PLKS, ketulinan nombor pelekat PLKS dan butiran yang berkaitan dengan sabjek.

Bahagian Pekerja Asing akan mengeluarkan surat pengesahan ketulinan PLKS sabjek terb a b i t dan menyerahkan surat tersebut kepada majikan pada hari yang sama dan fax sesalinan kepada pihak yang berkenaan.

Prosedur Permohonan Tuntutan Balik Bayaran Levi

Majikan boleh mengemukakan tuntutan balik bayaran levi yang telah dibayar kepada Jabatan Imigresen Malaysia berdasarkan sebab-sebab berikut:

Pekerja Asing Tidak Sihat

Dokumen yang perlu disertakan:

Surat permohonan dari majikan
Kedua-dua resit bayaran / surat akuan sumpah sekiranya resit asal hilang
Borang tuntutan bayaran balik levi
Salinan pasport pekerja
Kedua-dua borang bayaran
Prosedur Permohonan Tuntutan Balik Bayaran Bank Guarantee

Majikan boleh mengemukakan permohonan tuntutan balik bayaran bank guarantee yang lama sekiranya pekerja asing telah pulang ke negara asal.

Dokumen yang perlu disertakan:

Surat permohonan dari majikan
Salinan bank guarantee lama dan senarai nama pekerja
Salinan Memo Periksa Keluar dan salinan pembatalan pasport sekiranya pekerja asing balik ke negara asal
Salinan Sijil Kematian
Sekiranya pekerja asing tersebut melarikan diri, majikan boleh mengemukakan permohonan dengan mengemukakan salinan repot polis dan pengesahan dari pihak kedutaan. Walaubagaimanapun, kelulusan tersebut bergantung kepada pertimbangan Jabatan Imigresen Malaysia.

Prosedur Permohonan Tuntutan Balik Wang Cagaran

Majikan boleh mengemukakan permohonan jika pekerja asing telah pulang ke negara asal.

Dokumen yang perlu disertakan :

Surat permohonan dari majikan
Resil asal wang cagaran
Memo Periksa Keluar
Nombor akaun bank bagi syarikat ataupun Nombor Kad Pengenalan bagi orang perseorangan




Bayaran Yang Perlu Dikemukakan
Bayaran Levi, PL(KS) dan Proses Yang Perlu Dikemukakan Bagi Permohonan Baru Dan Lanjutan.

Bayaran Levi (1 tahun) PLKS Proses
Sektor: Perkilangan, Perkhidmatan dan Pembinaan RM1,200.00( Sem. Malaysia )
RM 960.00( Sabah & Sarawak)
RM60.00 RM50.00
Sektor Perladangan RM360.00 RM60.00 RM10.00


Bayaran Visa dan Wang Cagaran Yang Perlu Dikemukakan Bagi Permohonan Baru Dan Lanjutan.

Warganegara Visa Wang Cagaran
Indonesia RM 15.00 RM 250.00
Bangladesh RM 20.00 RM 500.00
Pakistan RM 20.00 RM 750.00
Myanmar RM 19.50 RM 750.00
India RM 50.00 Single Entry Visa)
RM 100.00 (Multimedia Entry Visa) RM 750.00
Filipina RM 36.00 RM 1,000.00
Thailand Gratis RM 250.00
Kemboja RM 20.00 RM 250.00
Nepal RM 20.00 RM 750.00
Vietnam RM 13.00 RM 1,500.00






--------------------------------------------------------------------------------



DASAR PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH ASING

Pembantu Rumah Asing (PRA) merujuk kepeda pekerja yang diberi Pas Lawatan (Kerja Sementara) untuk bekerja dalam sektor domestic helper.

Negara Sumber Yang Dibenarkan
Pada masa ini hanya lima negara yang dibenarkan untuk diambil Pembantu Rumah Asing iaitu:

Indonesia
Thailand
Kemboja
Filipina
Sri Lanka





Garis Panduan Pengambilan PRA

Permohonan mestilah mengikut alamat majikan dan di Pejabat Imigresen Negeri dimana majikan menetap.

PRA hendaklah berada di negara asal mereka sementara menunggu permohonan diproses. Pekerja hanya akan dibenarkan masuk setelah permohonan PLKS diluluskan dan masuk menggunakan Visa Dengan Rujukan.


PRA yang dipohon mestilah tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dilarang masuk ke Malaysia menurut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)

Majikan mesti mempunyai anak yang perlukan perhatian dan jagaan atau ibu bapa yang sakit

Majikan dan isteri mestilah bekerja dan hanya satu PRA layak dipohon untuk satu keluarga

PRA yang dibenarkan adalah dari Indonesia, Thailand, Kemboja, Sri Lanka dan Filipina sahaja.

PRA yang dipohon mestilah perempuan dan berumur antara 25 - 45 tahun

PRA tidak dibenarkan membawa ahli keluarga tinggal di negara ini

PRA tidak dibenarkan menukar sektor pekerjaan ataupun menukar majikan tanpa kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia

Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya membayar deposit, visa, pas dan levi PRA

Pendapatan majikan yang hendak menggajikan PRA Filipina dan Sri Lanka hendaklah melebihi RM5,000.00 dan bagi PRA Indonesia, Thailand dan Kemboja melebihi RM3,000.00

Endosmen PLKS hendaklah diperolehi di Jabatan Imigresen Negeri yang meluluskannya dalam tempoh satu bulan dari tarikh tiba

PRA TIDAK DIBENARKAN BERKAHWIN dengan rakyat tempatan atau pekerja asing yang bekerja di negara ini

PRA hendaklah sentiasa memelihara tingkahlakunya setiap masa dan tidak terlibat dengan aktiviti yang melanggar susila/budaya tempatan

Lanjutan tempoh sah laku PLKS hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PLKS

Majikan yang bukan beragama Islam mestilah menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada PRA yang beragama Islam dan tidak melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam dan memberi pengakuan tidak akan mengendalikan khinzir atau anjing

PRA akan dikeluarkan Multiple Entry Visa untuk tempoh 12 bulan

Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA berhenti/diberhentikan kerja atau sekiranya hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja

Majikan bertanggungjawab menghantar pulang PRA yang diberhentikan, memohon berhenti, tamat tempoh pas atau dibatalkan pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari dengan Pejabat Imigresen.

Jabatan Imigresen mempunyai hak membatalkan kelulusan atau pas yang dikeluarkan

PRA tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PLKS

Perjanjian Pekerjaan

Tempoh Perjanjian - setahun ke setahun bermula dari tarikh ketibaan pekerja ke kediaman majikan

Tempat Bekerja - PRA hanya dibenarkan bekerja dan tinggal di kediaman majikannya seperti tertera di dalam pelekat PLKS

Tugas dan Tanggungjawab PRA

Mestilah cekap dan setia, membantu melaksanakan tugas rumahtangga/melaksanakan kerja

Mestilah mematuhi segala arahan majikan berkaitan dengan perlaksanaan tugasnya

Mestilah bekerja dengan majikannya sahaja dan tidak boleh bekerja dengan majikan lain

Dikehendaki sentiasa bersopan santun dan menghormati majikan dan keluarganya

Mestilah mematuhi undang-undang dan adat resam rakyat Malaysia

Kemudahan Tempat Tinggal / Makan / Rawatan Perubatan

Majikan mesti menyediakan tempat tinggal percuma dengan bekalan air dan elektrik untuk PRA

Majikan mesti menyediakan makanan berkhasiat sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari untuk PRA

Majikan mesti menanggung kos bayaran perubatan sekiranya PRA sakit atau tercedera semasa bertugas

Hari Kelepasan

Majikan mesti membenarkan PRA mengambil satu hari cuti kelepasan pada setiap minggu. Hari kelepasan ini hendaklah dalam jangkamasa berterusan tidak melebihi 24 jam. Sekiranya majikan meminta PRA bekerja pada hari kelepasannya, majikan mestilah memberi ganjaran sewajarnya.

Majikan boleh menamatkan perjanjian ini atas alasan jika PRA:

Sengaja bekerja dengan majikan lain

Sengaja mengingkari arahan munasabah yang berhubung dengan tugas PRA

Berterusan mengabaikan tugasnya dan sentiasa lewat memulakan kerja

Didapati salah kerana menipu dan tidak amanah

Hamil

Terlibat dengan kegiatan haram seperti penyalahgunaan dadah, pelacuran, kegiatan subversif dan jenayah.

PRA boleh menamatkan perjanjian ini tanpa notis bayaran gaji sekiranya:

Secara munasabah bimbang akan keselamatannya atau kecederaan fizikal disebabkan keganasan atau penyakit

Menjadi mangsa dera atau layanan buruk majikan

Mendapati majikan melanggar apa-apa syarat termaktub dalam perjanjian ini


Carta Aliran Kerja Permohonan PRA (Baru)

Hantar borang Perjanjian Pekerjaan dan Borang Lampiran dan jika berkenaan kepada PRA untuk tandatangan.

Dapatkan kembali borang Perjanjian Pekerjaan daripada PRA beserta Laporan Perubatan PRA di hospital atau klinik yang dilantik Kementerian Kesihatan Malaysia dan salinan pasport PRA.

Pastikan semua dokumen yang telah disediakan seperti senarai dan borang permohonan diisi dengan lengkap.

Sila dapatkan nombor giliran di kaunter dan tunggu sehingga dipanggil

Serahkan permohonan dan dapatkan akuan penerimaan.

Permohonan akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja bagi permohonan individu dan 14 hari bekerja bagi Agensi PRA yang berdaftar.

Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan surat kelulusan. Pastikan resit rasmi diperolehi.

Kirimkan surat kelulusan bersama resit bayaran (asal) kepada PRA anda untuk dikemukakan ke Pejabat Perwakilan Malaysia bagi tujuan mendapatkan visa.

Majikan perlu menunggu PRA di pintu masuk semasa ketibaan

Dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh ketibaan, majikan dikehendaki hadir di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan surat kelulusan (bersama pasport PRA) untuk mendapatkan pelekat PLKS.




Senarai Semak Dokumen Permohonan Baru
Senarai semakan semasa mengemukakan permohonan baru

Butir majikan (Borang PRA 1)

Borang IMM 12

Borang IMM 38

Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00

Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM 10.00

Salinan kad pengenalan majikan dan isteri

Salinan Pasport Bakal PRA

Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel klinik yang dilantik Kementerian Kesihatan Malaysia

Majikan bukan beragama Islam yang menggaji PRA Islam dikehendaki mengisi Lampiran A dan B manakala majikan yang mengemukakan permohonan secara individu diwajibkan mengisi Lampiran C.

Salinan Penyata Cukai Pendapatan (Borang J) - majikan suami dan isteri

Sijil Lahir anak-anak atau laporan perubatan keluarga sakit daripada doktor berdaftar

Surat Pengesahan Gaji / Pendapatan Majikan

PERHATIAN:
Sila bawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan.
PERINGATAN :

Permohonan boleh dibuat secara individu atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Semasa penyerahan, permohonan mestilah lengkap dan permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Pastikan resit rasmi Jabatan diterima setelah bayaran dibuat.

Untuk tujuan lanjutan PL(KS), pastikan pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS)

Majikan adalah bertanggungjawab diatas kelakuan dan tatatertib PRA semasa berada di Malaysia. Sila baca dan ambil perhatian kontrak kerja yang ditandatangani.



Bayaran Yang Perlu Dikemukakan
Bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)
Levi - RM360.00
PL(KS) - RM60.00
Proses - RM10.00
Multiple Entry Visa

RM15.00 - Indonesia

RM36.00 - Filipina

RM20.00 - Kemboja

RM15.00 - Sri Lanka

Gratis (tiada bayaran) - Thailand
Jumlah Bayaran Keseluruhan
Indonesia - RM430.00 (RM 445 untuk visa yang dikeluarkan di Pontianak)
Thailand - RM430.00
Filipina - RM466.00
Kemboja - RM 450.00
Sri Lanka - RM445.00

Majikan juga boleh membuat permohonan dan lanjutan PLKS untuk PRA mereka bagi tempoh 24 bulan. Surat kelulusan PLKS selama 24 bulan akan dikeluarkan.

Tuntutan Balik Levi Tahun Kedua
Hanya bayaran levi sahaja dibenarkan untuk dituntut balik. Tuntutan balik levi bagi tahun pertama tidak dibenarkan kecuali
PRA tidak masuk. Bayaran levi juga boleh digunakan untuk diganti PRA baru.
Tuntutan balik bayaran levi tahun kedua adalah dibenarkan atau untuk digunakan sebagai bayaran PRA pengganti hanya apabila PRA ditamatkan perkhidmatan, lari dan kepulangan tidak teratur dalam Tahun Pertama.
Surat pemeriksaan perubatan untuk memberitahu majikan supaya membuat pemeriksaan kesihatan PRA akan dihantar oleh setiap Pejabat Imigresen Negeri/ Bahagian Pekerja Asing dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tahun pertama tamat.
Bayaran adalah seperti dibawah

12 bulan 24 bulan
Levi RM360.00 RM720.00
PLKS RM60.00 RM120.00
MEV (bergantung kepada warganegara)
Proses RM10.00 RM10.00

Bayaran dibuat dalam bentuk bank draf/ wang pos di atas nama 'KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA' untuk bayaran yang dibuat di Ibu pejabat . Dan atas nama PENGARAH IMIGRESEN NEGERI bagi permohonan di negeri berkenaan.


Perhatian

Sekiranya PRA melarikan diri, majikan seharusnya membuat laporan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia

Bayaran Sita yang dikenakan bagi PRA yang melarikan diri adalah seperti berikut:
Indonesia - RM 250.00
Filipina - RM 750.00
Thailand - RM 250.00
Kemboja - RM 250.00
Sri Lanka - RM 750.00

--------------------------------------------------------------------------------

Permohonan Lanjutan PL(KS) Pekerja Asing
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan lanjutan PL (KS ) pekerja asing pelbagai sektor:

Surat permohonan majikan.

Bayaran dalam bentuk bank deraf /wang pos.

Resit wang cagaran / jaminan bank / jaminan insurans berlaku selama 18 bulan.

Pasport asal pekerja asing (tempoh sahlaku lebih daripada 12 bulan).


Carta Aliran Kerja Permohonan PRA (Lanjutan)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan lanjutan PL(KS) pekerja asing pelbagai sektor:

Proses lanjutan PLKS boleh dibuat 3 bulan sebelum pas pekerja berkenaan tamat.

Majikan dikehendaki mengemukakan
Laporan perubatan dari FOMEMA (http://www.fomema.com.my)
Pasport asal PRA
Bayaran melalui bank draft / wang pos
Levi - RM360.00
PL(KS) - RM60.00
Proses - RM10.00

Multiple Entry Visa
RM15.00 - Indonesia
RM36.00 - Filipina
RM20.00 - Kemboja
RM15.00 - Sri Lanka
Gratis (Tiada bayaran ) - Thailand
Jumlah Bayaran Keseluruhan
Indonesia - RM445.00
Thailand - RM430.00
Filipina - RM466.00
Kemboja - RM 450.00
Sri Lanka - RM445.00


Catatan:

Sila pastikan pasport PRA mempunyai tempoh sah laku melebihi 12 bulan dari tarikh tamat PLKS yang sedia ada.
Bagi wakil majikan, hanya saudara terdekat sahaja dibenarkan untuk berurusan. Sila bawa salinan Kad Pengenalan dan Surat Perwakilan dari Majikan.
Pastikan permohonan lanjutan dikemukakan seawal 3 bulan sebelum PLKS PRA tamat.
Jika menggunakan khidmat agensi, sila pastikan ianya berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia
Permohonan gantian PRA memerlukan senarai dokumen yang sama sepertimana permohonan baru








Permohonan Memo Periksa Keluar
Memo Periksa Keluar (MPK) ialah surat pengesahan keluar yang dikeluarkan oleh Bahagian Pekerja Asing / Imigresen Negeri bagi permohonan penghantaran pulang pekerja asing
Setelah majikan memohon Memo Periksa Keluar ini, PLKS pekerja asing mereka akan ditamatkan dan dikehendaki pulang ke negara asal.

Majikan hendaklah memastikan pekerja asing mereka pulang pada tarikh yang ditetapkan pada Memo Periksa Keluar melalui Pintu Pemeriksaan Imigresen yang berkaitan.

Majikan dikehendaki mendapatkan pengesahan keluar pekerja asing mereka dengan menyerahkan Memo Periksa Keluar ini kepada pintu masuk/keluar Imigresen berkaitan dan mendapatkan pengesahan keluar dari Pegawai Imigresen yang bertugas.

Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pekerja asing tersebut masih dianggap bekerja dengan mereka dan bertanggungjawab terhadap pekerja asing tersebut.

Memo Periksa Keluar dikeluarkan kepada pekerja asing berdasarkan beberapa sebab:

Perkhidmatan pekerja asing tidak diperlukan lagi
Pekerja asing telah tamat tempoh perkhidmatan
Pekerja asing tidak sihat
Pekerja Lari
Majikan dikhendaki membuat laporan ke Jabatan Imigresen Malaysia

Dokumen yang diperlukan:

Surat permohonan dari majikan
Pasport asal pekerja
Tiket kapalterbang / feri tujuh (7) hari sebelum berlepas
Majikan tidak dibenarkan membatalkan Memo Periksa Keluar ini melainkan mempunyai alasan-alasan tertentu setelah mendapat kelulusan daripada perrmohonan Pas Khas

Pas Khas boleh dipohon oleh majikan berdasarkan sebab:

Tarikh tiket melebihi tarikh tamat PLKS bagi permohonan Memo Periksa Keluar
Menunggu pengeluaran wang KWSP
Menunggu keputusan permohonan perakuan kemahiran pekerja mahir dari MLVK/CIDB
Menunggu keputusan perubatan daripada FOMEMA
Arahan yang dikeluarkan oleh pegawai atasan berdasarkan sebab-sebab tertentu



Senarai Klinik Yang DIlantik
Senarai Klinik Yang DIlantik Oleh Kementertian Kesihatan Malaysia Untuk Menjalankan Pemeriksaan Perubatan

INDONESIA

Jakarta

Rumah Sakit Pondok Indah
Jalan Metro Pondok Indah
Jakarta Selatan

Rumah Sakit Persahabatan
Jalan Persahabatan Rawamangum
Jakarta Timur

Insani Medical Centre
JI. Basuki Rahmat No. 18, Jakarta

Hidayah Medical Centre
Jl. Tebet Dalam IV No, 10m Jakarta
12820

Assa'adah Medical Centre
JI. Tebet Timur Dalam VI No. 10, Jakarta

Puri Medika Medical Centre
JI. Waraka VI No. 124, Tanjung Priok , Jakarta 14340

An- Nur Medical Centre
JI. KH. Abdullah Syefe'I No.12, Tebet Jakarta 12820

Nur- Huda Medical Centre
JI. Otista III No. A 13, Jakarta

Az- Zahra Medical Centre
JI. Kalibata Raya No. 6 Jakarta Selatan

R, S, P, A, D Gatot Subroto
JI. Abdul Rahman Sajet, No. 24, Jakarta Pusat

Medan

Rumah Sakit H. Adam Malik
Jalan Bunga Lau
No. 17 Kacamatan Tuntungan

Rumah Sakit Dr. Pirgnadi Medan
Jalan Prof. HM Yamin No. 47

Surabaya

RSUP Dr. Soetomo, Surabaya

Mataram

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Yang Di Lantik / laboratorium Alumni Agung, Jln Bung Karno, No. 2, 633523 Mataram

R, S,U, D Mataram, Jln, Pejanggik, No. 6 Mataram, NTB

THAILAND

Pemeriksaan kesihatan di buat di hospital kerajaan di negara berkenaan.


Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
(Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri)
Tingkat 1-7, (Podium) Blok 2G4, Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62550 Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN
Tel: 03-88801000 Fax: 03-8881200
sitimania 51. Dihantar pada 06hb April 2005, 12:55:35 tghari   
tu la. Bila dgr citer psl kebaikan maid siam ni ...cam best je. Anak dah dua , byr kat org jaga Rm400. Kena hntr gi rumah org tu lagi. pastu balik keje....kena masak, mengemas....penat sgt. Kalau ikut hati rasa cam nak amik je maid ni , boleh tolong wat keje rumah.

Tapi tu la, bila fikir balik. Suami keje cikgu...kekadang kalau takde aktiviti petang...dia balik rumah tghari. Actually psl tu tak la risau sgt sbb kita percaya kat hubby kita. Kalau nak cari pun...gerenti kita cari yg umur dah lanjut sikit. Cuma yg ditelan mati emak, diluah mati bapak ni psl ye la. Isu bukan muhrim la kan!

Camne tu ye? Kita dgn dia tu bukan muhrim. Nak suruh dia pakai complete bertudung dan tutup aurat dlm rumah....dia mau ke? Satu lagi psl ye la.....dah tinggal satu bumbungkan.

nak kena tanya org yg tau hukum agama jugak ni sbb...was-was psl ni. Boleh sesape tolong jawabkan tak?

Mekasih.
Mann70 52. Dihantar pada 06hb April 2005, 12:58:27 tghari   
Majikan ada hak suruh maid pakai tudung dan pakaian bersopan dlm rumah...
Mann70 53. Dihantar pada 29hb April 2005, 11:18:38 mlm   
kasik up sikit :

Terbaru - semua majikan kena buat surat permohanan kpd Imigresen bila memohon PRA

Macam surat rasmi le...kalau dah puas pakai maid indon, try le pulak maid Siam...

sawadikappp...
rem2912 54. Dihantar pada 30hb April 2005, 12:52:11 tghari   
Mann...bole ker tolong uruskan pengambilan pekerja asing untuk perladangan...ada pihak nak pakai lebih 30 orang.... mcmana dengan komisennya..tu kena tau juga he..he..he...ada lg kalu berjaya yg ni...

RAMLI - 013 4450763
Mann70 55. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 3:54:12 ptg   
tu diaaaaa..30 org..satu kg kena carik nih...heheh

Siam susah sikit kalau perladangan..mereka lebih suka keja di rumah atau kedai makan..

perladangan biasanya bangla/indon/nepal/vietnam
ddla 56. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 11:34:47 mlm   
Man,

Kalau saya berminat , tapi saya di Johor , boleh tak?

Diorg ni ada kepandaian lain seperti mengurut ke..?
mamasue 57. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 08:12:00 pagi   
Mann70,

slm pg2u. ni kita yg contact awak mlm tu (sutaiping).
harap2 next week kalu ada tolong contact hp somi su ya.
dia kata dia ada call Mann smlm.

tapi itu lee, kalau boleh nak yg itam + gemuk + jongang
heee acah je

selalu balik dahhh mlm, mmg x larat sgt.
penat dah ari2 anta dobi.
mamaboomboom 58. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 08:14:33 pagi   
Off topik

mamasue

Lama tak nampak...............sibuk bangat ke?
mamasue 59. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 08:25:29 pagi   
mamaboomboom,

(off topik lagi, sori tuan rmh)
lama tak nampak? salah statement tu,
nak jumpa dia yg x nak.
ada ni haaa selalu kita 'nampak' akak (dari kejauhan)
idak lar sibok, biasa2 je.
tapi nk byr muka amik maid ni dgn duit ST je kak!
mamaboomboom 60. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 08:31:47 pagi   
mamasue

offtopik ~~ nanti kita jumpa ok...Tak kan gini aje selama nya..
Chewah ....cam orang bercinta plak..Tuan umah baik ati..jgn marah ek.
Ok..akak nak kuar ni.
Mann70 61. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 4:33:48 ptg   
ddla

boleh, tapi kos dia lebih sikit le (lebih RM150)
jadi kos RM2000 + levi RM430 + stamping RM20

mamasue
ok aman dah call saya..minggu depan dapat le maid..
mamaatiqah 62. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 09:49:01 pagi   



kalau saya nak ambik orang siam untuk jaga kedai kain saya boleh ke?
maksudnya dia kene berniaga la dari pagi sampai petang dlm kul 7....
boleh ke?
ddla 63. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 2:20:56 ptg   
Mann ,

Kalau problem etc..boleh tukar ke atau amik baru ker?

Kena bayr lagi ker..?

Maklumlah pernah kena maid lari ikut pakwe ..jadi fobia sikit...
mamasue 64. Dihantar pada 10hb Mei 2005, 08:08:26 pagi   
Mann70

just a gentle reminder, kot2 terlupa kita.

ada lah ya pembantunya this week.
if ready, pls contact somi kita ya.
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005