Sembang² Sembang²
  24hb Julai 2014, 07:57:32 pagi
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Iklan & Niaga
(Pengendali : Krew)
Dihantar oleh RUMAH UTK DISEWA ==> : FLAT DI KERAMAT (JALAN AU3/1)
hazdi 1. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 10:27:23 pagi   
RUMAH UTK DISEWA

Lokasi : Keramat Jalan AU3/1
Jenis : Flat 5 tingkat (rumah di tingkat 2)
Sewa Bulanan : RM 480.00
Deposit : 1 + 1 bulan sewa bulanan + RM 200 (Api + Air)
Kemasukan : Secepat mungkin


Lainē :
1. Maintenance bulanan RM 15.00 termasuk di dalam sewa bulanan
2. 5 minit menaiki kenderaan ke kawasan kilang (Texas, Chip Pac, dll) -Jalan AU2.
3. 10 minit jalan kaki ke pasar malam setiap hari isnin.
4. Bas Rapid KL(Chowkit, Ulu Kelang,Pasar Seni, Bangkok Bank, Ampang Park), Putraline (Setiawangsa & Jelatek), Triton (Ampang).
5. Kedai makan, kedai runcit, pasar basah.
6. Pasaraya terdekat Giant Setiawangsa (15 minit), Carrefour Wangsa Maju (20 Minit).


Sesiapa yg berminat bolehlah menghubungi 03-22466134 atau PM saya
* Mesej ini telah disunting oleh hazdi pada 19hb April 2005, 08:54:10 pagi
ixora22 2. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 11:17:06 pagi   
kenapa mahal benar......
takut tak laku jer nanti sebab sekarang dah banyak rumah sewa
aneesa 3. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 11:30:48 pagi   
ha`ah mahal sangat tu.....kurangkanlah sikit.....
rumah kita yang double storey ni pun baru RM450.00

hazdi 4. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 12:43:43 tghari   
,

bleh tahu sewa RM 450 tu kat area mana?
sebab standard kat area rumah ni mmg mcm tu...
lagi rumamh tu dah extend so ruang tamu dia besar dari biasa.
kalau tingkat atas sekali pun RM 480.00.
antara faktor2 kenapa harga kat situ standard mcm tu adalah public transportation, kedia makan, kedai runcit, pasaraya,

awalnya saya nak bagi sewa hanya utk pekerja2 kilang berhampiran....
aneesa 5. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 2:57:37 ptg   
hazdi..
rumah saya ni,dekat gak ngan kl..kiranya amek masa 20 minit nak ke kl kalau tak jem...
rumah saya kat taman sri sinar,segambut.....

p/s:memang area rumah saya ni semuanya ada kemudahan....dan kalau nak ikut kat sini pun sekarang dah RM500 keatas...
tapi bila tuan rumah ni kasi murah,ramai ler berebut....jadi kalau nak cepat orang sewa letak murah sikit dari orang lain..heheh
* Mesej ini telah disunting oleh aneesa pada 14hb Februari 2005, 3:00:51 ptg
mamanisa 6. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 4:37:10 ptg   
kak neesa,
450 murah tu double storey..saya flat 2 bilik pun sewa 400 sebulan..sesak napas dah dgn keluasan rumah tapi terpaksa ler dah itu jer rezeki...
aneesa 7. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 9:52:15 mlm   
mamanisa...
ha`ah memang murah....
sebab tu bagi akak ,kalau rumah flat sampai RM500..memang mahal
ommi 8. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 09:03:20 pagi   
alahaii..susah2 kalo dah mahal membayar sewa baik beli jer umah...cam aku nie hah....beli apartment kat kota damansara, 3bilik, 3bilik air...luas la jugak...bulan2 potong gaji RM350 jer....takyah nak pening pala nak bayar sewa umah...sudah tentu jadi hakmilik kita.....3 tahun lagi abih ler utang umah aku...legaaaa..rasa nyer...lepas ni baru la nak pikir beli umah atas tanah plak.....
eicha 9. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 09:29:13 pagi   
ommi,

cepatnya nak abis bayar ansuran umah tu. baper tahun buat pinjaman? mesti down payment tinggi kot?? ajar la aku yg baru berjinak nak beli umah. aku kat shah alam, apartment pun kena bayar ansuran 800++.
ixora22 10. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 09:59:56 pagi   
As'kum ommi,

nak tanya sikit boleh u beli rumah kota Damansara seksyen baper?
Saya rumah dekat Seksyen 7.... Sekarang tengah mencari penyewa
tapi sewa RM 400.00 sahaja ( deposit 1 bulan ), flat tingkat bawah ( G)
boleh bercucuk tanam kalau berminat... menjemur pakaian luar rumah...
berhmapiran medan selera...berhampiran stesen minyak shell... rumah siap dengan langsir tingkap sekali... ader stor... 3 bilik + 2 bilik air... parking kenderaan depan rumah .......rumah dah ader kipas...grill pintu dan tingkap....

Sesaper berminat boleh call 012-3553243 / 012- 6943169
ommi 11. Dihantar pada 15hb Februari 2005, 11:51:35 pagi   
saya beli apartment tu tahun 2001 (apartment baru RM88,800), bayar muka 10%...pastu saya ngan hubby kuar kan EPF utk selesaikan utang...so middle this year nak kuar kan lagi EPF nak kasi selesaikan utang, jadi kurang la sket utang yg tinggal ngan bank. Baki utang umah saya skang tinggal lagi RM34 ribu nanti bila saya kuar EPF middle this year, kurang la lagi...tu yg best!. Saya ingat dlm masa 3 or 4 tahun jer lagi abih ler utang umah ni. Kalo saya buat potongan byk lagi cepat abih mungkin 2 tahun jer lagi. EPF buleh dikeluarkan utk menyelesaikan utang rumah, 3 tahun sekali.

Ixora,
Saya dok kat seksyen 6, Palma Puteri Apartment. Saya tau kat mana awak duduk, saya selalu jgak ke kedai seksyen 7 tu, g beli ikan kat kedai tepi tu. Saya dok atas sekali (tgkt 5) naik tangga tu.....takde lif. Palma Putera ada lif tapi tu mahal RM145ribu (Apartment baru 2nd phase keluasan sama). Aparment yg saya dok ni kalo bawah sekali harga dia RM92ribu (itu dulu nyer harga...skang dah mahal kalo di jual)
hazdi 12. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 08:13:15 pagi   
sesapa yg berminat bleh contact saya
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005