Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 13hb Rejab 1434 @ 23hb Mei 2013, 02:21:53 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Aku Yang Mencari

Hasil karya : clarytine
Tarikh siar : 18hb Mei 2006, 9:51:56 mlm
No. IP : 60.51.125.:-)
Akukah itu
yang sedang tercari-cari
haluan diri
di saat senja kian hampir
hingga kini
masih lagi ku mencari
ingin benar ku miliki
hajat yang sekian lama di hati

Aku pun tidak tahu
mungkin belum tiba masa
atau tidak bersungguh ku berdoa
barangkali juga
belum cukup usaha
kerana andai rezeki ku ada
aku yakin suatu masa
akan ku gapai jua
dengan izin DIA Yang Maha Kuasa

--------------
Berakit ke langit

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005