Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 8hb Dzulkaedah 1435 @ 03hb September 2014, 10:06:22 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Pantun Seloka
(Pengendali : Krew)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Pantun maaf

Hasil karya : DeadRose
Tarikh siar : 14hb Februari 2005, 12:05:15 tghari
No. IP : 60.48.98.:-)
salahkah jika ibu dodoikan
tidurkan anak di atas pangkuan
salah dan silap hamba lakukan
ampun maaf hamba pohonkan

badang kuat bertubuh sasa
mencabar dia eloklah berjaga
tersilap kata tersasar bahasa
kesalahan hamba maafkan juga

bulan mengambang bintang berkelipan
pungguk merindu amat merawan
andai menyinggung juga melukakan
kupohon maaf darimu kawan

cekap bersenjata datuk panglima
gagah, berani juga perkasa
andai dikau tak dapat menerima
mohon dimaafkan segala dosa

di tepi sungai berenang-renang
tebarkan jala tangkap gelama
jangan disebut jangan dikenang
lupakan sahaja sengketa lama

puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan hamba berlalu pergi
jangan ada dendam di hati
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005