Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 10hb Rejab 1434 @ 20hb Mei 2013, 05:27:50 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
lawatan ke kl..

Hasil karya : gadisayu79
Tarikh siar : 26hb Januari 2006, 3:05:37 ptg
No. IP : 161.139.211.:-)
Membaca luahan kawan-kawan di dairi menyebabkan ayu terasa sayu, sedih dan sunyi…entah kenapa ye?…meh kita lupakan sejenak.. dan baca citer ayu seterusnya…

Ahad lepas, 22 januari 2006, ayu ke opis awal jugakla.. sampai opis jam 11 pagi.. sampai je terus download gambar dari kamera digital.. dr minta ayu siapkan 4 salinan CD gambar lawatan ke jepun, 1 cd famili dr dan 1 lagi cd utk gambar gambar lain.. malangnya software yang sepatutnya boleh memuatturunkan gambar-gambar tu semua ada masalah.. jadi ayu Cuma boleh guna imaging kodak.. dahla format yang boleh di simpan hanya dalam TIFF, maka gambar tu bersaiz besarla..dah pindah masuk pc ayu pindah masuk laptop lak.. sebab nak burn masuk cd.. erkkk leceh sungguh….

Jam dah menunjukkan kul 2 ptg.. mana su kong ni.. janji kul 2 nak bertolak dari sini.. kamarul dtg.. tanya amir… su kong on the way.. okla selamat… sampai je kat opis.. su kong pindahkan barang ke opis ayu, pindah masuk beg-beg, laptop dan lcd, kami bertolak ke kl… awal-awal lagi kamarul dah minta makanan.. kata dah makan lunch…apsal leh lapo lak.. nasib baik ada limau.. makanla dia limau tu…singgah kat stesen minyak shell.. kamarul minta ayu belikan jajan.. ayu beli jela apa yang ayu suka.. pastu dia kata apsal tak beli susu ke, kerepek ke.. ayu jawab, dah ko taknak turun… ikut suka akula nak beli apa. Heheh padan muka ko…

Perjalanan ni merupakan perjalanan yang pertama bagi su kong dan kereta kancilnye ke kl..sepanjang perjalanan ayu bertanyakan keadaan dia.. samada ok atau tak.. bos lak asyik call bertanya kat mana.. akhirnya ayu bagi mesej setiap kali kereta kancil su kong melepasi mana-mana exit… setibanya kami di exit sg besi, dr bagi msg, dan call. Sepatutnya kamu masuk ikut exit shah alam, klia.. senang sikit nak ke shah alam.. skang kamu tunggu saya kat utm kl.. alamak.. kami semua dah resah.. sebab masing-masing tak tahu nak ke sana camna.. nasib baik ada peta… so kami buat keputusan nak ikut jalan ke klcc. So ikutla.. sampai kat menara celcom ayu mesej kawan ayu.. dia kata nanti ko jumpa simpang 4 ko belok kanan masuk ke kg melayu.. ayu ngan konfiden cakap kat su kong ko jalan je terus sampai naik fly-over.. hujung fly over turun jumpa round about dekat hotel grand season.. alamak.. nak ke mana nie pikir ayu.. ko amik no 3 la su kong..then jalan punya jalan.. kawan ayu call dia marah.. kata ko dah salah masuk jalan patah balik ke bulatan tadi..

So patah balik ke bulatan tadi.. masuk area mana ntah, ada brother kat gerai tunjuk pela.. waktu tu dah jam 6.30 petang.. then kami ikut direction tu. Asyik salah masuk simpang je.. su kong excited dan ayu pun ha okla masuk sini…last-last jumpa gak jalan masuk ke utm kl. Bagi su kong, kamarul dan amir.. ni first time diorang sampai kat sini… dr bagitau kami yang kami akan ikut serta dinner ngan ex penyelia dia dari universiti swansea, UK. Alamak kami semua dahla pakai kasual je… t-shirt lusuh ngan jeans je.. dr suh tukar pakai kemeja ngan slack dan berkasut.. diorang suh ayu pujuk dr jangan bawa diorang sekali.. ayu cakap ala sekali sekala apa salahnya makan ngan penyelia dr.. so amir dan kamarul ke masjid solat maghrib,ayu dan su kong berlegar kat area car park tu. Su kong tu kar baju, ayu make up lebih kurang, dr sampai..Kamarul dan amir b aru abis solat, terus tukar baju dalam keta.. ayu lak tetiba naik segan, terus naik kete dr.. dr bercerita lebih kurang dan apa planning utk esok dan lepas nie…sampai kat area klcc, ayu call kamarul.. kata ko dah sampai klcc..hehehe… dr suh ayu gan anak buah dia car maa saloma bistro kat sebelah kiri… dah jumpa.. dr suh cari mana hotel renainsence lak..(betul ke ejaan tu).. dah sampai kat hotel, dr tunggu tetamu dia, kami terus ke saloma bistro.. sekali salah masuk parking kat area parking utk pelancong. Tapi nasib baik je.. kalau kene kuar masuk parking saloma bistro yang cuma sebelah je tapi nak masuk, masak jugakla atas jalan.. nak tunggu turn masuk simpang.. so kami sampai kat sana, bertanya macam mana nak tempah, jenis hidangan macam mana… kalau bufet sekepala rm60 tu… heheh dr bayar heheh. Dr sampai, kami sambut, dr tanya prof dia nak makan macam mana. Pelayan tu kata kalau makan buffet, ada persembahan.. so dr pilih makan dalam dewan. Dr pilih meja tgh dan paling depan dekat ngan pentas lak tu.. segan lak rasa.. budak-budak nie kata kita nie macam tourist lak hehehsiap amik gambar…bergambar dengan penari lagi.. tapi yang penting tetamu dr, pasangan suami isteri prof tu puas hati.. depa dapat tgk gabungan tarian tradisional di malaysia.. paling diorang suka tgk lelaki dari sarawak bersumpit dan tarian buluh.

Puas bergambar dan berbual, kami bertolak ke shah alam. Sampai di hotel jam 12 malam.. bersihkan diri, iron baju terus tidur..esok paginye, gi sarapan.. tepon buat hal pulak… semua call in masuk voice mail mesej.. apa kehal pulak nie.. bawa gi kedai mesti dia salahkan keadaan perayaan dan rangkaian network lembap…hmmm tukar hanset..gaji lum dapat…pastu tunggu dr sampai.. kami bertolak mencari pejabat IWK shah alam.. mula sesat bangat jugakla… lepas tu, callin-callin, dapat gak jumpa opis dan main loji utk kaw. Shah alam.. siap perbentangan, depa bawa kami ke site di puchong prima… dah puas tgk site.. dalam giler manhole.. depa kata ni di kira shallow…kalau area shah alam lagi dalam… wayar sensor 3 m… mana cukup nak sampai ke dasar.hmmm sama ada masukkan flowmeter sekali hingga bawah atau gantung dari atas… tgkla camna…diameter sewer pipe pun besar gak berbanding dengan yang biasa…

dah puas tgk manhole dan identified site, rombongan kami berpecah. Kami ikut dr balik ke hotel, dinner kat restoren sebelah de palma inn, tunggu amir dan kamarul solat, kami bertolak balik ke johor bahru… dalam perjalanan balik.. kamarul masih merungut.. nak makan something..benti kat stesen minyak petronas kat selepas tol sg. Besi.. beli something, masih tak cukup.. benti kat hentian ayer keroh, beli something… mentos sampai 2 gulung… sampai jb… dah habis kamarul kunyah semua humang aii… giler mentos ke apa budak nie…

lepas anta kamarul kat umah dia di taman sri skudai, su kong anta ayu ke opis ayu lak…sampai opis… kepala ayu makin berdenyut,… almaklumla duduk tgh panas…. Pastu duduk dalam keta lama lak tu… mana kepala tak sakit..then sampai umah… mandi, makan apa yang cik ah masak.. tidur…..

* Karya ini telah disunting oleh gadisayu79 pada 26hb Januari 2006, 3:09:18 ptg

--------------
kau berikan aku bahagia.. kau berikan aku derita....

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005