![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 12hb Rejab 1434 @ 22hb Mei 2013, 07:26:48 pagi | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Diari |
| (Pengendali : PuRe) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
Andai aku mampu bersuara![]() Hasil karya : Ayzan Tarikh siar : 23hb Januari 2006, 3:23:25 ptg No. IP : 210.187.114.:-) |
|
Harus kah diulangi lagi peristiwa dulu - dulu, dikenang kembali kisah yang perit duka hiba yang dulu - dulu, patutkah dikorek-korek cerita luka yang pedih menghiris yang dulu - dulu.. hanya hati yang tahu !! Dicaci yang tak berdosa..dihina yang paling rendah ... Tetapi, kerana cinta suci kami, niat yang diredhai oleh Allah tuhan yang Maha Agung dan atas dasar cinta yang paling tulus dan ikhlas di lubuk hati aku dan dia.. Kami direstui.. meskipun waktu,masa,pengorbanan,luka,jarak,masa,umur,segala-galanya menjadi pengorbanan..dan kesakitan dan tangisan, dan hati yang terluka luka, bukan sedikit tapi calar yang terbalar-balar.. hanya pengubat dan penyembuh selepas diijabkabulkan..dengan lafaz sah.. Ya Allah.. Dan kini..kepahitan itu terasa manisnya,terasa getarnya bahang asmara ini, terasa setiap pelukan, usapan, kucupannya.. sungguh - sungguh aku hargai, sungguh nikmat.. Tak terkata dengan penulisan ini, tak terucap dengan segala madah pujangga di dunia ini..betapa nikmatnya..kasih sayang ini.. Sehingga kalam ini ditulis air mata ini masih mengalir dipipi entah kenapa? entah airmata apa? aku tak pasti. tiada maksud.. Dan untuk mereka.. sungguhpun aku tak berani bersuara, kerana mereka ramai dan besar dan darjat dan tinggi dan mulia dan suci.. dan kami jugalah yang hina,yang sikit,yang kecil,yang tiada darjat tiada pangkat.. dengarlah kalian dari lubuk hati ini tanpa suara..biarkanlah kami bahagia..dengan jalan kami, dengan cara kami, sungguh dugaan ini yang aku tak tahan...tak tertanggung!! Dan jika disatu hari nanti ada suara dari aku..saat itu .. pastinya terbalik dan tergoncang lah dunia.. kerana aku pasti satu itu.. dan kalian tak akan bertemu aku lagi.. aku akan lari jauh jauh jauh dengan dia.. jauh jauh sekali..hingga tak terlihat tak ternampak.. apalah guna semua itu darjat pangkat kemasyuran..jika jiwa terseksa dan kesepian?? Sekali lagi..andai aku kuat pastinya aku beritahu kepada seluruh mereka jangan campur urusan kami,jalan hidup kami, kehendak kami....tapi aku lemah, lemah yang tak berupaya kerana mereka keluarga aku!!! Ya Allah..kuatkanlah semangat aku! Biarkanlah kami bahagia.. -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |