Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 11hb Rejab 1434 @ 21hb Mei 2013, 5:04:39 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
rabu...4 januari 2006

Hasil karya : gadisayu79
Tarikh siar : 04hb Januari 2006, 1:46:22 tghari
No. IP : 161.139.211.:-)
pagi lalu....
jam 5.30 pagi 27 tahun yang lalu.. lahir seorang baby perempuan di batu maung, penang....
pagi ini...
jam 5.30 pagi,bangun seorang perempuan dengan mata kuyu melihat jam di hanset....
awal lagi... sambung tidurla...
sejenak ayu terpikir semalam…
dah 27 tahun ayu di bumi Allah.. namun apa kejayaan ayu yang sebenar-benarnya dalam hidup ini?.. masih belum tercapai.. hasrat ibu dan abah melihat ayu menggenggam segulung ijazah telah ayu usahakan dan berjaya walaupun tidak seelok mana… kemudian target ayu sekarang adalah untuk mendapatkan pekerjaan tetap.. ataupun segulung master… ataupun seorang lelaki yang boleh ayu gelar sebagai suami….erk… bila agaknya.. ayu nak kawin ek?… bakal pun tak nampak lagi.. apalagi merasa sebebntuk cincin emas bertatahkan berlian di jari manis ayu… heheheh lambat lagi la tu..

semalam..
ayu ke site Shah, di Taman Pelangi Indah, Tebrau… mulanya merancang pagi akan bertolak ke sana.. tapi disebabkan tiada technician yang boleh membawa land cruiser pagi itu, jadi perancangan di tunda ke waktu petang.. nasib baik tidak hujan, jadi pelajar en.kamarul tidak akan membuat cerapan di sungai skudai (belakang kuil india, bersebelahan dengan tapak stesen minyak shell). Mulanya ayu malas nak pergi sebab ada masalah dengan alat yang di pasang di taman Universiti.. kalau shah menggunakan bubbler flowmeter, di taman Universiti lak, Kamarul dan dua orang student Psm menggunakan Area Velocity Flowmeter.. ingatkan nak cukupkan pusingan seminggu.. lengkap bacaan flowrate untuk weekend dan weekdays.. namun masalah pada sensor yang berdiri di dalam paip sewer dan penutup manhole yang tidak dapat dibuka.. maka ayu memendekkan tempoh cerapan ke semalam.. namun masalah tiada siapa yang sanggup berurusan dengan iwk, maka terpaksa ayu postpone ke hari ini.. di mana ayu menguruskan sendiri.. harapkan student master… huh..,mimpi jela dia nak tolong…(kalau dia baca.. matila ayu).. maaf sih.. ayu tak tahan… baik ayu luah kat sini….

So jam 2.30 petang semalam. Semua technician yang berkenaan sampai, en,bai dan aida, menggunakan land cruiser fakulti, kami bertolak ke site.. untuk securekan alat, kami bawa cage. So bubbler flowmeter dan raingauge isco di pasang kat tebing monsun drain. Pemasangan alat ini bertujuan untuk mendapatkan tinggi air apabila berlaku hujan lebat di kawasan hulu sg ini.. ayu tak sure sg nie anak sungai atau punca sg. Tebrau… korang tahukan betapa panasnya sinar matahari pada jam 3 hingga 4 petang,… walaupun kawasan sekeliling semak setinggi pinggang, tapi pokok tinggi takde.. bagus juga utk meletakkan raingauge..so takde halangan sangatla…so dah pasang alat, dah lekatkan sensor kat dasar monsun drain, shah belanja kami makan di McDonald Taman Pelangi indah…. Rasa nak meletup kepala sebab dalam panas-panas minum air sejuk… dah makan.. balik utm.. siggah kat sri putri.. aida beli tiket balik kl.. anta aida balik umah, then baru kami balik ke utm.. disebabkan ayu guna motor cik’ah semalam.. so singgah la kejap kat kedai komputer beli cd imation.. tapi kak ratu tak suka sebab takde tempat nak tulis atas cd.. penuh ngan corak…so kenela gi tukar lain hari nie…
Panjag tu… hari ni lak… lepas deal ngan iwk dan minta abg wan datang tolong angkat alat bawa balik utm.. singgah makan kat ayub, gi bersatu jaya beli barang minuman makmal, beli makanan ikan. Pastu, bila nak masuk bilik.. alamak kunci tertinggal.. pinjam motor maznah… balik umah.. jumpa kunci opis dalam kocek baju.terus sampai opis amik tool bozx, pinjam dari makmal semalam, kak.norli lepak dalam bilik, menunggu student dia, gi basuh flowmeter dan sensor… segumpal rambut dengan lemak ayam kot terlekat kat wayar sensor… geli wooo nak cabut..walaupun pegang dengan sarung tangan tapi masih terasa lemak dan gumpala rambut, guna parang potong rambut tu abis citer…. Dah basuh semua, angkat naik biliklak.. humang aiiii penatnye… sampai bilik, sarizah dan izan dok tersengih kat luar bilik, ajak makan lagi.. bila tanya kenapa… sengih lagi.. last-last diorang balik.. masuk dalam bilik.. ooo ada hadiah unuk ayu rupanya.. thanks kalian…frame… ngan gambar dia berdua…ada gak orang nak bagi adiah ehheh… okla sambung lenkali..

--------------
kau berikan aku bahagia.. kau berikan aku derita....

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005