Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 12hb Rejab 1434 @ 22hb Mei 2013, 2:39:12 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
Wahyu ke-dua

Hasil karya : RadenMkamil
Tarikh siar : 27hb Disember 2005, 09:39:59 pagi
No. IP : 202.185.55.:-)
Lihat dan bacalah wahyu ke-2
ayat 1-4 surah al-Qalam itu.

Ia dimulai dengan Nun
untuk "Nuron" dalam ayat 52 surah As Shura.
Al-Qalam itu mempunyai 52 ayat
42 ayatnya diakhiri dengan Nun
10 ayatnya diakhiri dengan Mim.

Nun itu adalah akhirnya Ar Rahman
dan
Mim itu adalah akhirnya Ar Rahim.

Lalu ,
lihat semula wahyu pertama , al Iqra'
Dia berfirman " Bacalah"
Maka , bacalah " Bismillah.... Arrahman , Ar Rahim",
yang memang terbenam dalam diri kita.
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005