Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 11hb Rejab 1434 @ 21hb Mei 2013, 08:56:45 pagi
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
seminggu yang dulu2...

Hasil karya : citanuryati
Tarikh siar : 19hb September 2005, 4:14:03 ptg
No. IP : 203.106.99.:-)
Komputer aku baru ‘pulih’ setelah lebih kurang sebulan ‘sakit’. Hm….bukan taknak hantar ke ‘hospital’ tapi masa sungguh2 tidak mengizinkan untuk berbuat demikian. Sungguh…perjalanan sebulan tanpa mdc, begitu membosankan, tapi hasilnya kerja menjadi lebih efektif bak kata Guly….heheh……tapi sekali sekali pi gak aku ke cc dalam sejam gitu, semata2 nak check email….

Nah skang computer aku sembuh sediakala….aku hantar pi klinik pagi ahad, dan amik ari sabtu semalam…eh dua malam…dan lat-lat masa tersebut betapa rindunya dgn pusat karya baca coretan teman, jua kelab KAD…dan bila masuk ni, masih jugek tak kelihatan sumbangsih kawan2 dairy..mana menghilangnya cempakadesa? Kelipan? Mislollypop? (sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh kerana dorang siap ym tanpa mana pinya mdc…waktu mdc tengah merundum…skang dah pulih, agak2nya dorang masih tak tahu kot mdc dah ok macam sediakala..macam kelipan plak, dia kata takleh masuk mdc sbb tak ingat password..aiseh..adaka plak..hm….

So sepanjang ketiadaan mdc sebulan yg lalu, hidupku masih begitu…

Seminggu sebelum cuti…berlaku perkara menyedihkan dalam hidup aku..teresak2 aku menangis sambil driving….gara2 aku terlanggar sekor kucing…aduhai…takleh aku gambarkan remuknya hati aku masa tu. Arakian malam tu, aku kuar jap malam tu sorang2 nak amik barang….kawasan sini teramatla sunyiknya dgn ketiadaan lampu jalan, akupun kira laju jugak bawak…takut oiii! Di pertengahan jalan petronas yg sunyi tu, aku terlihat kelibat sekor kucing belang kuning tengah duduk tunggu adik dia beli tepung kot. So aku brek mengejut dan pakai tepi jalan, tapi kucing tu terkejut gak…so dia lari bawah tayar keta yg tengh bergerak…perkkk! Aku terasa terlanggar sesuatu yg keras! Aku tahu mesti ni..tapi aku takleh berhenti..jalan yg menyeramkan tu tak membenarkanku berbuat demikian…kiri kanan sunyik..kebun orang! Akibatnya aku terasa bersalah sangat2..soknya aku masih phobia..dan kelas luar sidang pagi tu aku tanya kot2la student aku ternampak kucing terbaring tempat laluan mereka…sorang kata ada…yg lain kata tader lagi dah…hm..kejamnya aku!Bila aku bagitau benda ni kat cikgu aku, dia ‘mengharamkan’ aku ikut jalan tu selama 2 minggu…dan aku tak lagi lalu jalan tu selama sebulan! Skang macam phobia nengok kucing dok santai baring tgh jalan kalau aku bawak keta..takut sejarh berulang! Lagi2la kucing2 kat sekolah ni yg selamba aje baring…last2 aku jugek kena turun kereta alihkan dorang yg sedang terlena beradu.

Seminggu cuti…sedihnya berpisah ngan keluarga…cuti tu aku banyak menghabiskan masa kat rumah akak aku….sesambil pagi petang tolong mak kat kebun belakang rumah…dan yg teristimewanya, apa ya? Penerimaan positif mak dan abah aku..kalau dulu, takmo sungguh dorang ngan sesapa di sekeliling aku..tup2 malam cuti tu, masa aku nak melelapkan mata, mak aku soal aku (cuti tu asyik tidur bawah ketiak mak ngan bapak aje) :p muehehe…’ bapak ko Tanya, bila ko nak kawen? Kan ko kata nak sambung study? Bapak ko kata, takpayah study lagi, kang lama kawan tu menunggu! Erk…aiseh..takmolah mak,,nak belajar lagi..(macam merajuk da)..dan kami pun tertidur…sok pagi hari2 mak bual perkara yg sama..hm…kakak aku perasan mak dan bapak aku dah ok tak macam dulu, boleh terima orang tu, tapi aku plak yg sebaliknya….jenuh gak mak aku ‘saiko’ aku…hm…agak2nya macam tu gakla aku dulu pujuk mak suh terima orang tu,..sekarang da terbalik!...dan abih cuti aku pun ‘membebaskan’ segala kaitan dgn teman hidup….kerja, kerja….taun depan nak mintak transefer..nak belajar……

Seminggu selepas cuti…aiseh…terlibat dgn sambutan harijadi TYT ( Tuan Yg terutama) kita orang secara besar2an…beberapa org guru sekolah aku termasukla aku ditugaskanm bahagian protocol dan sambutan..siap diberi kain batik percuma, dan suh buat dalam masa sehari aje…gila! Bersengkang mata aku menjahit baju kurung malam tu…siap jugek..tak sempat nak dicuci balik aku da pakai…..seminggu tu bizi amat…pagi sampai malam sambut VIP, datuk datin…..sampai sakit mulut aku dek melebarkan senyuman..time tula kenal gaya hidup dorang…masa dinner, high tea..baju dorang mak aii…macam artis…dahla kitaorang tak dibenarkan pakai baju warna terang, takleh bawak handbag..takut mengalahkan datin2…hoho…..taknak lagila bahagian sambutan ni…penat!

Minggu ni…ada guru2 baru masuk…dan 7 orang pompuan semuanya ditempatkan kat rumah aku! Bayangkan…..dan terimakasihlah kat kawan2 aku yg sudi pelawa sebahagiannya ke rumah dorang, takle dorang rimas sangat ngan rumah aku yg sempit ni…dan hujung minggu ni bawak dorang carik rumah sewa, tolong bersihkan rumah dan beli barang keperluan..adat musafir, aku paham keadaan mereka yg terasing dgn bumi Sarawak ni..jugek minggu ni aku ditugaskan menjaga adik2 berlatih kompang malam2 sbb kena lagi bahagian protocol. Kali ni sempena perhimpunan pelajar sempena kemerdekaan kat stadium pada 1 oktober ni nanti. Hm..da dua minggu adik2 surau buat solat hajat lepas solat isya’ berjemaah , pastu kami sama2 berlatih kompang..aku sebenarnya tak pandai kompang2 ni…join samala…adeih..kematu tapak tangan aku….punyala ‘bebal’ nak ikut rentak..hehehe..tadik aje masa berlatih, asyik buat silap aje aku..last2 aku eksen2 macam palu kompang tapi tak jejakpun tangan kat kompang..hahaha…sehinggakan azrul adik surau aku tu selaku ketua kompang bagitau, pasukan pukulan 1 tak kuat..erk..kumpulan akula tu!...actually paluan kompang kami ada paluan 1, 2, 3 dan 4…so aku ngan 4 yg lain kena asas je….masa berlatih tadik..pecah rahsia, aku tak palu…kena gelak aje…

Panjang plak dairy ni..melepas gian aje…mata aku sebelah ni sakit..kawan pun tegur gitu..ada yg suh mintak cuti takut berjangkit…hm..takleh..rasanya last year aku ada mintak cuti ngan pk1 bagitau aku nak ke klinik sbb sakit mata, tapi dia tak bagik..tunggulah dua2 mata merah….(geram)….kay……selamat nisfu syabaan malam tadik….

tiga tikus buta...
kulihatnya berlari...
ekor mereka terputus dua
Tiada pernah kusaksikan
Tiga tikus buta!


rindu!...

* Karya ini telah disunting oleh citanuryati pada 19hb September 2005, 4:18:03 ptg

--------------
terpenjara di sangkar dosa.....

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005