Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 9hb Rejab 1434 @ 19hb Mei 2013, 12:51:54 tghari
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
hari nie...

Hasil karya : gadisayu79
Tarikh siar : 24hb Jun 2005, 8:54:53 mlm
No. IP : 202.188.13.:-)
24 jun 2005..
pagi ni, hari jumaat, budak2 tak dtg umah, so lepas solat subuh, ayu bergumpal lagi dalam bilik… baca novel lama… pastu teringat esok ayu ada MTeST, banyak lagi lum baca, mak lum bangun kot, sarapan tak buat lagi… kuar bilik, codet dah bising minta nasi… jamu dia dulu, masak air, abah dah kuar umah,.. gi mana entahla.. mak ke dapur, kuarkan roti, telur, timun, daun salad, marjerin..
kakak.. buat roti telur dahla.. mak nak masak pulut, nak makan dgn durian..
hmm.. yelah..
air dah masak, masukkan uncang teh dlm teko, tuang air yang baru mendidih… hidu bau wap teh, wah! Wanginye…hmm.. biarkan dulu, bagi tehnya betul2 kembang. Sementara tu, roti yang dah di sapu dengan marjerin tgh digoreng di dalam kuali… satu demi satu ayu masak.. kemudian masukkan telur pulak… timun dan daun salad yang telah dicuci ayu potong nipis-nipis.. susun timun, daun salad dan telur goreng atas roti, tuang sos cili, lipat.. dah.. sedia dihidang.. ayu punya sendiri special sikit, tambah bawang besar dan sos tomato, hmm… tomato takde.. sos pun jadila…
dah siap sarapan, mandi, terasa terajin nak sapu rumah lak…
kakak.. amikla vakum.. nanti akak bersin sapu macam tu je..
takpela mak….
Dah bersihkan rumah… puas ati sebab nampak kemas sikit..almaklumla.. ruang tamu ayu skang nie jadi tempat buang sampah sementara.. sebab pokok buah mata kucing sedang berbuah lebat.. dah hampir masak.. budak-budak yang dtg ngaji dan yang mak jaga, selalu petik buah tu, walaupun di tegah.. agak lebat buahnya kali nie.. udin sempatla merasa, emy lak.. nanti ayu bawakan bila balik ke jb nanti…

Tgh hari tu… man call…ct,.. awak dtg awal sikit, sebab saya dah nak kene pergi awal.. diorang panggil saya suruh dtg cepatla ct….

Hmm… okla man..nasib baik ayu lum beli tiket bas lagi.. dan takde keje yang memerlukan ayu kene stay lama sikit. Cuma satu je… tolong akak nie siapkan report dia… dalam bahasa inggeris.. ayu bukannya reti sgt… tapi tolongla jugak… kesian… lagipun masa ayu terima keje nie, ayu tak tahu kene dtg awal ke jb…

Petang tadi, bawa mak gi jalan ke pantai air tawar… mak bosan kot duk umah tu.. heheheh org gi pantai ngan awek ke, pakwe ke, ni gi ngan mak.. siap berkelah lagi.. papelah… papepun ayu dah cuba buat mak ceria.. abah ceria.. tapi entahla… ayu masih belum pandai amik hati diorang kot…

* Karya ini telah disunting oleh gadisayu79 pada 24hb Jun 2005, 11:40:55 mlm

--------------
kau berikan aku bahagia.. kau berikan aku derita....

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005