Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 11hb Rejab 1434 @ 21hb Mei 2013, 2:46:26 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Sajak dan Puisi
(Pengendali : daunsirih)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
...serpihan rindu

Hasil karya : DeadRose
Tarikh siar : 21hb Januari 2005, 9:15:25 mlm
No. IP : 60.48.103.:-)
sesekali aku menoleh
pada kenangan semalam
ingin sekali
aku kutip semula serpihan-serpihan rindu
yang berserakan di taman malam

ingin sekali
aku khabarkan kepada angin malam
tentang kesakitan dan luka
yang tertoreh pada cinta semalam
sakit yang sukar disembuhkan

mampukan aku menggapai awan
di mana rindu itu bersembunyi
mampukah kupetik dan simpan
bagai indahnya kisah semalam

aku tau
angin tak mungkin lagi menyapa
angin tak mungkin lagi singgah
menyapu airmata di pipiku
aku tau
malam semakin kelam
kerana di situ
tidak lagi kunampak bayangmu
namun sukar sekali
terhapus rasa rindu itu
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005