Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 15hb JamadilAkhir 1435 @ 16hb April 2014, 3:29:14 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
bersantai-santai

Hasil karya : cempaka_desa
Tarikh siar : 02hb Mei 2005, 6:14:50 ptg
No. IP : 210.187.42.:-)
Assalamualaikum...

Cuti 3 hari ni aku memang betul2 bersantai. Relax bukan main. Tak buat keje sekolah pun. Konon2 baru je lepas zaman kesibukan, nak menghayati erti rehat yang sebenar lak. Ehehe. Tapi yang rehat betulnya 2 hari je. Hari sabtu lepas, gi sekolah dari 6.45 sampai nak dekat pukul 12 tengahari. Ada ko-kurikulum. 7.00-9.00 pagi ada aktiviti sukan dan permainan. Aku jaga bola jaring. Actually aku hanya cikgu pakej je. Aku bukan penasihat pun. Ada cikgu penasihat yang dilantik. Tapi kakak tu tak datang lak. Nak tak nak aku kene la buat apa2 aktiviti. Aku ni dah lama tinggalkan bola jaring ni. Last main masa sekolah menengah dulu. Tu pun main masa PJ je bukan wakil sekolah pun. Dah lebih 10 tahun dulu. Isk..tak reti aku nak latih budak2 ni. Lastly aku suruh dorang main, buat 2 pasukan. Aku lantik student yang jadi wakil sekolah jadi pengadil. Lepas tu 9.00-11.00 dorang ada unit uniform lak. Tapi aku tak yah jaga sebab dorang kawad je. Tapi aku balik lambat jugak sebab tengok budak yang kene denda gotong royong lak. Kat sekolah aku, student yang ada buat kesalahan disiplin atau selalu tak siap keje rumah kena denda membersihkan sekolah pada hari sabtu. Bagus gak...sekurang2nya dorang serik dan tak akan ulangi lagi kesalahan tu. Selain tu boleh gak menjaga kebersihan sekolah... Ehehe...

Semalam lak, aku dok rumah je. Cadang nak gi bandar tapi malas la pulak. Panas. Aku tengok tv, masak dan tengok tv balik. Ehehe tengok Nona, Norjuma kawin. Dah lama aku tak bersantai2 camni. Aku jarang tengok tv lama2. Kalau hari sekolah lagi la. Balik sekolah je dah pengsan..ehehe...kalau mengajar sesi petang ni...rasa penat sangat bila balik rumah. Aku ingat aku sorang je camtu api kawan2 yang lain turut mengakuinya. Kalau ngajar pagi, kalau penat petang boleh tido. Orang yg ngajar petang ni balik rumah dah maghrib dah.

Hari ni pun aku dok rumah je. Lama berkurung dalam bilik yang sekangkang kingkong ni. Isk...lapo lak perut ni. Hari ni makan mee goreng je dari pagi sampai tengahari. Perut aku lak jenis perut melayu tulen yang memerlukan nasik. Ehehe. Pagi tadi housemate aku masak banyak mee goreng. Ada tetamu kat rumah kami. Bekas anak murid dia. Budak tu nak tumpang guna pc, nak buat power point. Pastu pagi tadi hmate aku ajak jiran kami @ kawan satu sekolah dia untuk breakfast sekali dengan kami. Ala-ala rumah terbuka lak. Adui..pedih perut lak. Emm jap lagi nak turun bawah la. Masak nasik je. Rendang daging rusa yang masak petang semalam masih ada. Eh korang yang baca diari aku ni, jangan terkejut lak ekk..ehehe dengar makan daging rusa macam orang kaya je. Takde la..tak kaya pun. Kat sini harga daging rusa murah je. Aku pernah beli RM 9.00 je sekilo. Ni rusa yang tulen dok dalam hutan tau bukan yang bela dalam kandang. Harga dia lebih murah dari daging lembu biasa. Kalau kat semenanjung, rasa2nya dalam RM 40 sekilo kot. Tapi rusa ni orang kata tak leh makan banyak2. Dia macam daging kambing gak, panas.

Kat sini makanan laut pun murah gak. Udang kertas sekilo belas2 ringgit je. Ikan temenung@ kembung boleh dapat RM 2 je sekilo. Ketam aku pernah beli RM 3 sekilo. Tapi sayang, aku tak berapa minat makan udang dan ketam. Aku dok sini selalu makan ayam je. Abah aku selalu marah aku. Dia cakap harga ikan dan makanan laut murah tapi tak nak beli lak. Rugi betul. Memang orang kata, duduk sini boleh save duit untuk beli lauk sebab murah2 belaka. Masa abah dan mak aku datang menjenguk aku kat sini dulu, rambang mata abah aku masa gi pasar ikan. Ehehe. Emm mesti ada orang tertanya2 SINI tu kat mana? Sini kat Sabah bah Emm biasanya dalam diari yang aku tulis sebelum ni. Aku hanya tulis "daerah sepi" je kan. Memang aku rasa sunyid an sepi duduk sini. Walaupun kawasan aku duduk ni bukanlah pedalaman tapi ia tetap sepi bagi aku yang dok jauh di perantauan dan berjauhan dengan keluarga ni. Walaupun riuh camana....hati aku tetap rasa sunyi.

Isk..camana lak citer pasal cuti, sekali masuk pasal harga ikan dan daging lak...ehehe...sori lak ekk..melalut. Oklah yer, dah nak maghrib kat sini. Nak mengundurkan diri la. Jumpa lagi..bye..

* Karya ini telah disunting oleh cempaka_desa pada 03hb Mei 2005, 7:45:34 mlm

--------------
hanya insan biasa...

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005