Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 8hb Rejab 1434 @ 18hb Mei 2013, 8:00:31 mlm
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Diari
(Pengendali : PuRe)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
En. D, Aku kembali!

Hasil karya : syauqina
Tarikh siar : 19hb April 2005, 3:20:20 ptg
No. IP : 219.93.8.:-)
Nak kata santai sangat ketika ini tidaklah juga, ada kerja yang perlu perhatian aku tapi memandangkan otak aku dah hampir beku memikirkan ayat-ayat yang perlu dikarang, tiba-tiba teringatkan pula akan En. D yang sudah lama aku tinggalkan tanpa khabar berita … eheheh … camna pun En. D tetap tidak sunyi kerana masih ramai yang sudi hadir meluahkan rasa hati di dadanya.

Dah genap sebulan aku kembali ke tanah air dan dalam 4 minggu ini sudah banyak benar catatan pahit manis terungkai satu persatu dalam lembaran hidupku. Alhamdulillah segala ujian dariNya dapat aku tempuh dengan sabar walaupun sesekali langkah ini tersekat jua. Cumanya setiap kali pulang ke SJ pasti saja hati ini meruntun luka dengan sikap saudara-saudara kandung apatah lagi saat mendengar luahan mak, jadilah aku pendengar setia pada mak yang begitu tabah hadapi segala dugaan. Melihat wajah-wajah tua, abah dan mak menambah sayu hati, pun begitu alhamdulillah rahmat dan rezekiNya sentiasa tercurah buat kami.

Mak sabarlah … kebahagiaan perlukan pengorbanan, mudahan kesabaranmu diredhaiNya

--------------
sAbAr TeMpUhI rAnJaU hIdUp InI

Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005